24 May 2011

Kembalilah BERTAUBAT dan MENJERNIHKAN JIWA


Orang diatas hanya cuma mahu bertanya jalan bukan membeli tiket.



Kerosakan masyarakat hari ini tiada lain melainkan apabila jiwa sudah berada dalam kegelapan haiwani dan nafsu. Mereka menjadikan segala kebendaan, asbab, kekuasaan diri, akal sebagai penyembahan mereka. Masyarakat sudah meninggalkan Allah pada hakikatnya walaupun mereka solat dan patuh dengan islam pada syariat. Jiwa mereka tiada mencapai hakikat redha dengan takdir Allah, jiwa mereka tiada sebenarnya menyakini akan sifat kasih sayang Allah - jiwa mereka tiada terikat dan pergantungan dengan Allah - jiwa mereka tiada sepenuhnya meletakkan cinta hanya pada Allah ; Jiwa mereka tiada berada di langit rabbaniyah tetapi terikat dan terbelenggu dalam alam haiwani dan syaitani.

KETUHANAN kepada KEBENDAAN MATA BENDA DUNIA seperti DUIT telah membunuh KELAZATAN PENGABDIAN KEPADA PENCIPTA KEBENDAAN itu sendiri.


Sebagai penyelesaian masalah, mereka meletakkan nafsu di hadapan daripada keimanan. Mereka menjadikan kemarahan, kesombongan, dengki, dendam, kebencian, buruk sangka, fitnah, perdebatan, mencari kemenangan sebagai keutamaan. Justeru , masalah akan menjadi lebih bermasalah dan kehidupan menjadi semakin tiada haruman keamanan.

Anak-anak didoktrin ibu bapa secara tanpa sedar agar memburu HIDUP SENANG dengan belajar atau dengan kata lain; BELAJAR UNTUK KESENANGAN DUNIA/PANGKAT/HARTA/KAYA.

Anak-anak dari bangku sekolah lagi diajar fahaman KETUHANAN KEBENDAAN sehingga mereka belajar dengan tujuan kebendaan demi jaminan kehidupan dunia yang kecil. Siapa yang kaya, berada, berpangkat DIHORMATI dan golongan yang bertakwa yang miskin dipandang rendah, jumud dan tiada maju malah penghalang kemajuan.

Fahaman kebendaan ini menghancurkan kasih sayang dalam keluarga, masyarakat dan Negara. Fahaman kebendaan melahirkan para pemimpin menjadikan jawatan sebagai jalan untuk mengkayakan diri dan kroni, menjadikan kekayaan sebagai agenda utama melebihi rakyat, para ulama yang sanggup menjual agama mereka dengan sesuap kebendaan, menjadikan rasuah, penipuan dan pecah amanah sebagai adat kebiasaan yang perlu dalam masyarakat hari ini, mewujudkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri, mengerjakan umrah tiap tahun sedangkan sekelilingnya penuh dengan mereka yang miskin mengharapkan bantuan.

Dunia menuju kemajuan kebendaan, jiwa manusia menuju kepada kehancuran dalam sifat kebuasan haiwan dan kejahatan syaitan . Apa akan jadi pada dunia dan kehidupan ini jika masyarakat dikelilingi manusia yang bernafsu haiwan dan syaitan. Yang menjadi mangsa adalah golongan kanak-kanak dan remaja, mereka akan hidup meniru dengan acuan yang wujud dihadapan mereka membawa jiwa mereka langsung mati dengan Allah dan Rasul.

Kita sudah menyaksikan kini bagaimana kemungkaran zina, riba, arak, judi, rasuah, penipuan, rompakan, kecurian, samun, pembunuhan dan pelbagai lagi jenayah yang diharamkan islam dan semua agama menjadi perkara biasa malah tiada dianggap dosa dan kesalahan. Islam pada syariat sahaja tiada dapat menyembuh jiwa yang menajdikan kebendaan dan diri sebagai penyembahan.

Begitu ramai ahli agama yang menjadikan dunia sebagai matlamat, ahli abid yang memuji diri mereka, para pendakwah yang mencari pujian. Semua ini berlaku kerana jiwa tiada ,mencapai hakikat iman, tauhid dan makrifat yang hakiki.

Marilah kita membina kejernihan jiwa dengan benar-bnenar mendidik jiwa dengan kesucian kepada Allah, suci dalam niat, suci dalam kemahuan, suci dalam ketauhidan dan suci dalam perasaan. Mari kita menghirup ketenangan menyerah diri pada Allah, memandang segala dari Allah, merasai sentiasa bersama Allah dan hanya bermatlamat kepada Allah.

Mari kita bertaubat dan jernihkan jiwa untuk membangunkan Islam diatas muka bumi ini diatas manhaj AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR; jernihkan jiwa dengan.....

  1. jiwa yang mencintai Allah dan Rasul,
  2. jiwa yang fakir,
  3. jiwa yang merasa berdosa diantara orang yang berdosa,
  4. jiwa yang berlapang dada dengan perbezaan pendapat,
  5. jiwa yang memaafkan,
  6. jiwa yang cintakan kebaikan,
  7. jiwa yang penuh kerendahan dan kasihsayang,
  8. jiwa yang lazat dengan muraqabah(merasa) dan musyahadah (memandang),
  9. jiwa yang lazat dalam ibadah,
  10. jiwa yang rindu pertemuan dengan Allah,
  11. jiwa yang berbimbang akan dosa,
  12. jiwa yang bebas dari iktan makhluk dan kebendaan,
  13. jiwa yang benas dari mengagungkan budaya Barat,
  14. jiwa yang tiada takut dan gentar hanya paad Allah,
  15. jiwa yang syukur dengan kewujudan Rasulullah sebagai taulaudan dan rahmat bagi sekelian alam.

Zawiyah Syaikh Abdul Malik.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger