16 Sept 2014

MBSA SUKA SAMAN TAPI KUALITI PERKHIDMATAN POOR.--cermin diri


SHAH ALAM: Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bercadang untuk untuk menaikkan kadar parkir awam daripada 40 sen kepada 60 sen sejam mengundang reaksi negatif daripada penduduk di negeri ini.

Ujar mereka alasan yang diberikan oleh MBSA bahawa kadar sedia ada telah digunapakai sejak 15 tahun lalu dan ia masih rendah jika dibandingkan dengan kawasan parkir yang lain tidak boleh diterima oleh mereka.

Jika kita lihat adakah MBSA sudah menyediakan parkir yang mencukupi, menjamin keselamatan pengguna dan parkir yang mesra pengguna  seperti  berbumbung, meter yang sentiasa diselenggara dan mudah digunakan.

"Parkir kereta sepatutnya dibanyakkan lagi. Macam di kawasan Giant Seksyen 18, bilangan parkir sangat terhad. Tindakan menaikkan caj parkir dikira wajar sekiranya bilangan parkir ditambah.

"Orang ramai pasti akan marah kerana apabila parkir kurang, mereka terpaksa meletakkan kereta di luar kotak parkir, kemudian dikompaun pula. Seharusnya bilangan parkir ditambah untuk kemudahan orang ramai," kata suri rumah Niza Haida Abd Ghani.

Manakala bagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Lim sahaja menyifatkan tempat letak kereta masih tidak mencukupi dan banyak kenderaan terpaksa diletakkan berkembar atau di tempat-tempat larangan.

Sehingga mengakibatkan, mereka dikompaun atau kenderaan itu akan ditunda ke Pusat Tunda MBSA di Seksyen 17.

"Kenaikan ini tak wajar, caj lama harus dikekalkan. Gaji pula tak naik. Sudah tentulah membebankan. Bagi yang bekerja, paling kurang tujuh hingga lapan jam sehari. Bayangkan kos yang perlu ditanggung. Itu yang menyebabkan sesetengah orang bayar caj tidak penuh. Kalau tak bernasib baik, kena saman pula.

"Saya rasa parkir tak cukup, terutama di sesetengah kawasan di sini. Sebab itu kita terpaksa parkir di mana-mana," katanya.

Bagi peniaga runcit Rabunah Hassan pula, beliau kecewa dengan sistem penyelenggaraan mesin yang disediakan oleh MBSA. Di mana adakalanya ia tidak berfungsi, jadi bagaimana mereka boleh menaikkan kadar dengan mudah?

"Kadang-kadang mereka saman kalau ada kereta yang terlupa atau terlambat bayar caj, sedangkan meter parkir selalu rosak. Ini yang selalu menimbulkan rungutan, sedangkan saman atau kompaun sudah dikeluarkan.

"Seharusnya pihak MBSA selalu melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan meter parkir yang disediakan," katanya.

Tidak cukup dengan tindakan MBSA, pihak polis juga turut mengeluarkan saman ke atas pemilik yang meletakkan kenderaan di kawasan larangan. Kawasan paling kerap dikenakan tindakan ialah di sekitar Dataran Shah Alam, Kompleks PKNS Shah Alam, pusat perniagaan Seksyen 9, Seksyen 15 dan Seksyen 18.

Kesesakkan kenderaan akan menjadi lebih rumit apabila pembangunan baru dilaksana dan dibuka seperti Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersebelahan Plaza Alam Sentral. MBSA sepatutnya menjalankan kajian tepeinci mengenai keperluan tempat letak kereta sebelum sebuah kawasan dibangunkan.

Beberapa pakir berbumbung yang disediakan oleh pemaju swasta dan PKNS seperti di Seksyen 15, Seksyen 7 dan Alam Avenue tidak dimanfaatkan. Malah pakir di Alam Avenue yang disediakan untuk kemudahan orang ramai, kini dijadikan tempat simpanan kereta mewah. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger