26 May 2017

HaRUM ; Perjuangan Cinta Untuk Nusantara dan Dunia


Delegasi HaRUM Dalam Sidang Ekonomi WIEF


Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan  Rumpun Nusantara atau singkatannya HaRUM (Allied Nexus Of Nusantara Communities) kini aktif memperjuangkan keamanan dan menentang ektrimisme di rantau Asia Tenggara khususnya dan dunia amnya.
.
Terkini, HaRUM melancarkan program DAPUR RAMADHAN, bagi mengedarkan makanan dan bantuan kepada golongan sasar dari negara-negara jiran yang tidak bernasib baik. Umum mengetahui kebanyakan golongan ''tidak bernasib baik'' dari negara-negara di Asia Tenggara ini adalah umat Islam seperti Pattani, Sulu, Mindanau, Rohingya, Laos, Indonesia dan Kemboja. Berlatar belakangkan berbagai-bagai isu dan konflik seperti geo-politik,sosio-politik, sejarah dan ekonomi; golongan ini tertindas di negara sendiri tanpa masa depan. Tiada jaminan masa hadapan, rata-ratanya adalah terkebelakang dan tertinggal dari aspek pendidikan dan kemajuan yang dikecapi kita mutakhir ini. Perjuangan hidup mereka hanyalah mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga.
.
Tn Sayed Khairul Mizan b Abdul Wahab














 BAcc (Hons), MIA Members & IFP Members

HaRUM yang turut aktif diperingkat antarabangsa merupakan ahli NGO UNIW - sebuah pertubuhan keamanan dunia yang dianggotai negara-negara Islam dalam membawa mesej keamanan dan cinta keseluruh dunia. Selaras dengan VISI yang terpateri kemas :
.
Visi HaRUM untuk menyatukan kembali kekeluargaan dan persaudaraan masyarakat Asia Tenggara yang telah berkongsi nilai yang sama, agama, bangsa, bahasa, kebudayaan, sosio – ekonomi dan sebagainya tanpa mengira halangan geografi dan Negara dalam rangka mewujudkan wilayah Asia Tenggara yang sejahtera.
.
DAPUR RAMADHAN bukanlah kempen yang pertama, sebaliknya adalah kesinambungan dan aktiviti tahunan yang dianjurkan HaRUM sejak awal penubuhannya. Komited dalam menyebarkan mesejnya- FAITH-LOVE-PEACE, HaRUM menggerakkan semua jenteranya bagi mencapai matlamat asal penubuhannya. Tidak dapat disangkal lagi, usaha ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari rakyat Malaysia. Bermula dari penghantaran daging korban sebanyak 50 ekor sehinggalah kepada sumbangan wang ringgit, bantuan banjir sehingga infak pendidikan masyarakat Islam di sana, sambutan yang diberikan amat mengejutkan. 
.
HaRUM yang kini diketuai Presidennya Tn Sayed Khairul Mizan b Abdul Wahab bertungkus-lumus bersama pasukannya berusaha membawa mesej KESATUAN, KASIH-SAYANG DAN KEAMANAN serantau tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan negara. Mesej Salaman ( menyebarkan kebaikan dan menghindar kerosakan) menjadi panji-panji yang akan dikibarkan ke semua masyarakat dan negara yang dibantunya.
.
Pun begitu, segala usaha ini memerlukan bukan sedikit tenaga, fikiran dan pengorbanan, bahkan mereka memerlukan juga dukungan berupa dana untuk melaksanakan operasi. Sehubungan dengan itu, bersempena bermulanya pembukaan tirai Ramadhan, HaRUM membuka pintu seluasnya kepada penyumbang yang mempunyai aspirasi yang sama agar dapat turut membantu meringankan beban yang dipikul. Tiada lain yang kita harapkan melainkan setitis cinta Rasulullah saw dalam usaha menyebarkan cinta baginda di akhir zaman ini.
.
 Ada berbagai-bagai kaedah yang disediakan untuk para penyumbang membantu yang paling mudah boleh klik pautan ini  (DONATION) untuk menyumbang atau boleh terus berhubung dengan person incharge
+6019 795 8387 (En Hashim) 
+6013 585 5288 (En Muhammad Afif) 

untuk sebarang pertanyaan perkembangan semasa HaRUM atau untuk mendapatkan pengecualian cukai dari kerajaan. Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web HaRUM di www.harum.org.my
.
FB: 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger