24 Dec 2011

Program Merenggut AKIDAH UMMAH dengan HUTANG!

Home Posts RSS Comments RSS
KIBAD.BLOG

Perang Politik..siapa musuh sebenarnya..

2012: PROGRAM MELEMAHKAN AKIDAH MELALUI HUTANG
Posted by Youwillsee On Friday, December 23, 2011 0 comments
Anda mungkin juga meminati:
Si mamak penghancur bangsa Melayu
Cadangan Menurunkan Harga Minyak
Konspirasi Makanan Dunia
Malaysia; Merdeka dan Umno
LinkWithin
Teks ucapan Syed Husin Ali di Dewan Negara pada 7 Disember 2011.

Waktu membentang Belanjawan atau Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober 2011, Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri menyatatakan,”Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merobah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.”

2. Saya tidak menafikan bahawa Malaysia telah mencapai kejayaan dalam banyak bidang sejak Malaya mencapai Merdeka pada 1957. Akan tetapi jikalau dibandingkan dengan beberapa buah negara sebaya, kejayaan itu tidaklah begitu membanggakan. Dari segi ekonomi, sekitar tahun 1960, pendapatan perkapita Singapura, Korea Selatan dan Taiwan boleh dikatakan hampir sama dengan kita. Akan tetapi sekarang ini pendapatan perkapita Singapura kira-kira tiga kali ganda Malaysia, manakala pendapatan perkapita Taiwan dan Korea Selatan pula lebih dari dua kali ganda Malaysia. Kenapakah kita ketinggalan?

3. Memang benar jika dikatakan Malaysia tidak lagi berwajah pertanian, walaupun aktiviti pertanian masih luas diamalkan dan memberi pekerjaan kepada sebilangan besar rakyat. Akan tetapi tidak tepat sama sekali manakala didakwa Malaysia sudah menjadi “negara perindustrian moden”. Jika dibandingkan dengan Korea Selatan, misalnya, kita dapati pencapaian negara kita masih terkebelakang. Korea Selatan jauh lebih maju, bahkan boleh menyaingi negara-negara Barat dalam bidang perkembangan elektronik dan digital. Akan tetapi Malaysia tidak memperlihatkan tanda permulaan pun. Dalam industri bermotor, kemampuan Korea Selatan juga mengatasi Malaysia. Kereta-kereta buatan mereka boleh bersaing dengan model-model kereta terkenal dari Amerika danEropah. Akan tetapi kereta-kereta kita belum mempunyai enjin yang sepenuhnya dicipta sendiri dan lebih bergantung hidup kepada pasaran tempatan yang dilindungi.

PERANAN BELANJAWAN

4. Sekarang ini kita lihat bahawa kadar kemajuan yangdicapai oleh beberapa buah negara seperti Vietnam, Thailand dan bahkan juga Indonesia mula mencabar kedudukan Malaysia. Mengapakah ini berlaku. Tentu banyak faktoryang menyebabkannya, yang menunggu untuk dikaji secara halus serta mendalam. Akan tetapi, oleh kerana kita membahaskan Belanjawan, izinkanlah saya mengemukakan hujah-hujah bagaimana Belanjawan mungkin memainkan peranan untuk menggalak kemajuan atau mengakibatkan sebaliknya.

5. Mengikut Belanjawan 2012 ini, jumlah anggaran perbelanjaan yangdicadangkan ialah RM232.83 bilion. Sejumlah RM181.58 bilion (atau 78%) ialah untuk Perbelanjaan Mengurus dan RM51.25 (atau 22%) ialah untuk Perbelanjaan Pembangunan. Peratus untuk Perbelanjaan Pembangunan 2012 ini lebih kecil daripada peratus untuk tahun lalu, iaitu 23.9%. Saya tidak tahu sama ada ini peratus yang terkecil untuk Pembangunan sejak Belanjawan yang pertama. Yang pasti ia adalah terkecil sekali sejak tahun 2000. Sejak tahun itu anggaran perbelanjaan untuk Pembangunan menurun daripada 31.6% (tahun2000), ke 28.4% (tahun 2004) dan 27.2% (tahun 2008) hinggalah 22.0% (tahun2012). Penurunan ini tentu menjejaskan kadar pembangunan negara.

6. Ada sekurang-kurangnya dua peranan besar yang harus dimainkan oleh Belanjawan. Pertama ia harus cuba mengatasi secara progresif kelemahan struktural jangka panjang sesebuah ekonomi. Jadi Belanjawan tidak terbatas hanya menentukan pendapatan dan perbelanjaan mengikut jangka pendek bagi satu-satu tahun secara terpisah. Kedua, ia harus mengulangkaji kemajuan serta masalah bagi tahun itu dan membuat ramalan untuk tahun berikutan serta mengemuka syor-syor untuk menumbuhkan ekonomi sambil mengatasi masalah serta kesulitan yang mungkin timbul.

7. Seperti kita maklum instrumen terpenting bagi mencapai matlamat Belanjawan dari segi pendapatan ialah cukai langsung dan cukai tidak langsung. Antara cukai langsung ialah cukai pendapatan perseorangan dan korporat; manakala cukai tidak langsung pula termasuklah cukai jualan, duti import dan export dan duti eksais. GST juga merupakan cukai tidak langsung yang membebankan semua golongan masyarakat dan lebih teruk kesannya ke atas rakyat berpendapatan rendah. Dari segi perbelaanjaan pula ialah perbelanjaan pengurusan dan pembangunan, termasuk “transfer payments” dan subsidi. Instrumen ini sering disebut sebagai instrumen fiskal.

KELEMAHAN STRUKTUR EKONOMI

8.Kelemahan pertama dalam struktur ekonomi Malaysia ialah terbukanya ia kepada pengaruh ekonomi global. Ekonomi Malaysia bergantung kuat kepada perdagangan dan pada masa sama kepada pelaburan langsung asing (FDI). Permintaan dari luar adalah sebahagian penting dari keseluruhan permintaan. Pusat pasaran dunia, terutama sekali Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun sekarang ini sedang menghadapi masalah besar, dengan kadar pertumbuhan yang perlahan, kadar pengangguran yang meningkat, hutang isi rumah dan sektor awam yang tinggi dan sektor kewangan yang boleh membawa kepada kemelesetan.

9. Segala ini sudah pasti akan mempunyai kesan buruk ke atas eksport, yang boleh mengakibatkan kelembapan pertumbuhan ekonomi negara kita, terutama sekali bagi tahun akan datang. Sektor yang paling kuat bergantung kepada eksport seperti pengilangan atau pembuatan dan perkhidmatan, terutama pelancongan, mungkin mengalami keadaan merudum akibat daripada kejutan luar yang mendadak. Sebahagian besar tenaga kerja di sektor-sektor yang terjejas ini mungkin akan menghadapi ancaman bahaya terjebak ke dalam kancah masalah ekonomi seperti kehilangan atau pembuangan kerja.

10. Kelemahan kedua ialah trend bertambah besarnya jurang perbezaan dalam pengagihan pendapatan di Malaysia. Hal ini memang sering berlaku dalam semua masyarakat kapitalis. Pada ketika ini, lapisan 20% di atas rumah tangga dalam negara memiliki 52% daripada kekayaan negara, manakala 40% dari yang di bawah sekali memiliki hanya 15%. Angka begini masih tinggi lagi, iaitu di sekitar 0.462. Akibatnya, di negara Malaysia ini segelintir kecil golongan elit, terutama yang 5% di atas,mempunyai lebihan (surplus) yang banyak. Pada masa yang sama majoriti besar, yang meliputi mereka dalam lapisan pendapatan rendah dan menegah menghadapi banyak defisit (kurangan).

11. Oleh kerana itu tidak peliklah sebahagian besar dari rakyat Malaysia terbeban dengan jumlah hutang yang membimbangkan. Pada akhir 2010, jumlah hutang isi rumah yang ditanggung rakyat Malaysia telah mencecah RM577 bilion bersamaan 77% dari KDNK. Ada di kalangan mereka yang banyak berhutang daripada bank, khidmat kad kredit, syarikat hutang beli (higher purchase), untuk membeli rumah, kereta dan juga menampung perbelanjaan pendidikan anak. Ada pula yang terpaksa hidup menanggung penggunaan yang rendah (underconsumption). Pada keseluruhan, akibatnya ialah ekonomi menanggung kekurangan permintaan yang disebabkan salah satunya oleh masyarakat yang bertambah tidak saksama.

12. Kelemahan ketiga ialah tampungan kemahiran dan pengetahuan yang kecil serta terbatas disebabkan oleh pengaliran keluar bakat atau “braindrain” dan kemasukan besar-besaran pekerja separuh mahir atau tidak mahir dan juga asas teknologi yang lemah. Pertumbuhan produktiviti terbatas. Malaysia terus terperangkap dalam “middle income trap” dan tidak dapat keluar dari perangkap ini oleh kerana kemahiran yang terbatas. Masalah ini berkaitan dengan masalah mutu pendidikan yang merosot, usaha penyelidikan yang lemah dan kekurangan sifat innovasi oleh kerana amalan kronisme dan juga kurang mengakui kecemerlangan.

13. Kelemahan keempat ialah wujudnya negara yang lemah, tidak cekap tidak telus serta tidak akauntabel, dan luasnya institusi yang korup seperti polis, kehakiman, birokrasi, Suruhanjaya Pilihanraya dan SPRM. Ini membawa kepada bertambah kurangnya keyakinan terhadap tata kelola baik (good governance) secara keseluruhannya.

14. Keempat-empat yang dijelaskan di atas merupakan kelemahan jangka panjang. Selain itu ada dua kelemahan jangka pendek. Pertama ialah ekonomi Malaysia tahun depan mungkin menghadapi suasana antarabangsa yang tidak menetap dan tinggi risikonya. Ia boleh mengakibatkan pertumbuhan lebih perlahan serta pembuangan kerja yang besar dan mendadak. Keduanya, orang ramai terutama sekali golongan pekerja di bandar terus menghadapi tekanan yang timbul dari kos hidup meningkat; ini mengakibatkan kejatuahan pendapatan sebenar, ertinya dengan pendapatan sama bertambah kurang barang-barang yang boleh dibeli.


MENILAI BLANJAWAN 2012


Melindungi Golongan Terdedah – Pekerja

15. Memandang kepada keadaan golongan pekerja bandar yang paling terdedah kepada kejutan luar, sangat perlu dikaji semula jaringan keselamatan (safety net) yang disediakan untuk mereka. Akan tetapi perkara ini tidak kelihatan dalam Belanjawan 2012 dan ini sangat mengecewakan. Kini, jikalau seseorang pekerja dibuang kerja, beliau berhak mendapatkan hanya sedikit faedah atau ganti rugi mengikut Akta Pekerjaan 1955 akibat dibuang kerja. Ada beberapa kelemahan dalam Akta ini yang sepatutnya ditangani oleh Belanjawan 2012. Akan tetapi ini tidak dilakukan.

16. Berhubung ini ada tiga perkara yang sepatutnya diberi perhatian. Pertama, hanya pekerja yang mempunyai pendapatan pada peringkat tertentu saja yang berhak menerima ganti rugi. Walaupun paras pendapatan yang ditentukan telah dinaikkan, namun patutnya ia boleh ditingkatkan lagi supaya boleh meliputi golongan pekerja yang lebih ramai lagi. Kedua, bilangan berapa bulan dalam setahun perkhidmatan yang harus dikira untuk mendapatkan ganti rugi sepatutnya ditambah juga. Ketiga ialah penguatkuasaan bagi melaksanakan syarat ganti rugi ini adalah lemah. Prestasi Jabatan Pekerjaan dalam hal ini tidak memuaskan dan harus diperbaiki.

17. Ada satu lagi masalah yang menunggu golongan pekerja yang mudah terjejas ini. Kementerian Sumber Manusia sedang meminta kelulusan untuk membuat pindaan tertentu ke atas Akta Pekerjaan 1955. Pindaan ini meminta supaya dibenarkan dari segi undang-undang proses pengambilan pekerja dilakukan oleh pihak luar atau di-”outsource”. Dengan pindaan tersebut pihak ketiga, iaitu kontraktor pekerja akan diperkenalkan kepada tempat kerja, yang pada masa kini terdiri hanya kepada dua pihak, iaitu pekerja dan majikan. Terma dan syarat pekerjaan akan lebih teruk dan menindas, dan kedudukan pekerja akan menjadi bertambah lemah sebab lebih sulit bagi mereka untuk menubuhkan kesatuan dan mengambil tindakan perusahaan ke atas majikan. Cara ini seperti memperkenalkan semula sistem “kangani” yang diamalkan di zaman penjajahan.

18. Belanjawan ini sepatutnya telah mengesyorkan langkah-langkah untuk melunakkan kesan kuat ke atas ekonomi akibat kejutan dari luar. Satu cara ialah dengan menaikkan permintaan domestik melalui penggunaan domestik yang dipertingkatkan. Belanjawan ini ada menyentuh perkara ini, akan tetapi dengan premis yang boleh dipertikaikan, iaitu kenaikan kadar pendapatan. Sebenarnya, yang diperlukan ialah memperkenalkan strategi pengagihan pendapatan yang lebih banyak kepada golongan yang berpendapatan rendah. Misalnya, perbelanjaan tidak produktif seperti perbelanjaan ketenteraan, baik pulih dan peningkatan taraf kediaman rasmi dan perbelanjaan keluar negara sepatutnya dikurangkan, bahkan jika sesuai, dibatalkan. Pada masa yang sama perbelanjaan untuk Pembangunan Masyarakat dan Desa dan perbelanjaan untuk Kebajikan Masyarakat, misalnya hendaklah dinaikkan lebih besar. Sekarang ini, perbelanjaan masing-masing bagi kedua-dua ini hanya 0.3% dan 0.2% sahaja daripada jumlah anggaran perbelanjaan.

19. Simpanan atau jimatan dari mengurangkan atau membatalkan segala perbelanjaan yang tidak produktif ini boleh disalurkan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam bentuk bayaran kebajikan, bayaran pencen minimum yang boleh membantu penghidupan, bayaran pencen yang berkaitan dengan inflasi, dan perbelanjaan tambahan untuk membina rumah bagi golongan miskin, memperbaiki layanan kesihatan dan juga pengangkutan awam. Walaupun Belanjawan ini menaikkan tambahan tahunan sebanyak 2% bagi pencen bekas pekerja awam mulai 2013, namun ini adalah lebih rendah daripada kadar inflasi. Walaupun ia membantu sedikit, peruntukan ini gagal untuk melindungi nilai sebenar pencen. Sehubungan ini gaji minimum boleh memainkan peranan penting. Akan tetapi PM mengelak perkara ini dalam ucapan Belanjawannya.

Kedudukan Golongan Petani

20. Perlu diingat bahawa para petani juga boleh terjejas pendapatannya oleh perubahan suasana ekonomi yang berlaku di pusat pasaran dunia. Getah dan kelapa sawit merupakan hasil pertanian komersial yang boleh turun naik mengikut harga pasaran dunia; dan pendapatan mereka pun turut dipengaruhi. Beberapa langkah boleh membantu petani ini semasa mengalami harga rendah. Pertama ialah dengan memberikan subsidi. Kedua ialah dengan mengadakan harga stabil melalui sistem stok penimbal. Waktu harga rendah, badan stok penimbal boleh membeli keluaran petani untuk menambah permintaan dan menaikkan harga. Keluaran yang dibeli disimpan dalam stok. Waktu harga naik pula, stok boleh dikeluarkan untuk menambah bekalan dan sekaligus menurunkan harga. Sistem ini memang susah dilaksanakan, akan tetapi belum pernah dicuba.

21. Dari segi pemilikan sumber pengeluaran, pendapatan petani adalah rendah apabila mereka tidak memiliki atau kurang memiliki tanah. Oleh itu mereka menyewa tanah dan akibatnya mereka mendapat hanya sebahagian, biasanya separuh, daripada hasil yang dikeluarkan. Cara terbaik ialah untuk mengadakan rancangan bagi memberi tanah kepada petani tiada atau kurang tanah. Ini tujuan utama rancangan Felda sebagaimana yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Razak Hussein. Akan tetapi, semasa zaman anaknya PM Najib Razak, tanah milik peneroka Felda diambil alih dan dijadikan milik Felda Plantations, dijalankan atas asas kapitalis yang mengutamakan untung syarikat bukannya kebajikan para petani atau pekerja. Peneroka yang menyerahkan tanah mereka secara sukarela atau terpaksa kepada ladang ini, mendapat pendapatan bulanan yang jauh lebih kecil (adakalanya separuh atau sepertiga saja) daripada yang diperolehi peneroka yang tidak menyerahkan tanah mereka tetapi terus mengerjakannya sendiri.

Penyenaraian FELDA Global Ventres Holding Bhd

22. Dalam ucapan Belanjawan terbarunya, berbicara tentang Fokus Pertama; Meligat Pelaburan, Najib Razak mengumumkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012. Peneroka Felda dijanjikan durian runtuh. Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat telah mengeluarkan satu kenyataan media yang panjang mengkritik rancangan ini. Di sini saya memetik beberapa perkara pokok yang disebutnya. Felda Global Ventures memiliki hanya 42,000 hektar tanah di Kalimantan yang masih dalam peringkat penanaman dan semaian. Jadi, untuk tujuan penyenaraian ini, Felda berhasrat untuk memajakkan 350,000 hektar kepada Global Ventures. Memajakkan tanah Felda denga tujuan penyenaraian ini adalah bertentangan dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan PM Razak.

23. Struktur Pra Penyenaraian Felda Global Venures di mana Koperasi Permodalan Felda akan memiliki 60% ekuiti sementara FELDA memiliki 40% kelihatan direka untuk menipu dan mengabui mata rakyat, terutama peneroka dankakitangan Felda. Kononnya wujud konflik kuasa eksekutif apabila Pengarah Besar Felda juga memegang jawatan Pengerusi Permodalan Felda. Pengerusi Felda Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Permoalan Felda dengan melanggar Akta Koperasi melalui Agenda Khas Mesyuarat Lembaga Pengarah Feld ketika Pengarah Besar FELDA sedang menunaikan umrah. Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh Ketua Eksekutif FELDA, Sabri Ahmad.

24. Difahamkan tujuan perubahan ini ialah untuk memungkinkan Isa Samad mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangan ekuiti Koperasi Pemodalan Felda dalam Felda Holdings dan merombak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merobah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli koperasi. Ia juga untuk menutup mata kakitangan FELDA yang menjadi ahli Koperasi Permodalan FELDA dari mengetahui bahawa mereka bakal kehilangan majoriti 55% dalam saham Felda Holdings Bhd. Struktur selepas penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Anak-anak Syarikat FELDA susut kepada 30% saja dan baki 70% lagi ditawarkan kepada pelabur luar.

25. Felda Global Ventures bukanlah sebuah syarikat yang diurus dengan baik. Ia telah mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit dalam pelaburan luar negara seperti pelaburan dalam Twin Rivers Technologies dan pembelian apartment di Mekah. Ketua Eksekutif syarikat ini pula pernah disyaki terlibat dalam salah laku yang mengakibatkan kerugian RM120 juta di Syarikat Golden Hope Plantation Bhd. Setelah disiasat oleh KPMG Forensics, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Penasihat Intergrasi Kumpulan SimeDarby, seperti dilaporkan dalam Straits Times bertarikh 11 Jun 2008.

26. Durian runtuh yang dijanjikan Perdana Menteri akan merupakan hanya pemberian sekali (one off). Sebaliknya FELDA kehilangan pendapatan antara RM1.5-RM2 bilion setahun yang sahrusnya boleh digunakan untuk kebajikan peneroka. Jaminan Isa Samad dan Sabri Ahmad bahawa FELDA bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan. Ini ialah kerana difahamkan tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan.

Kekurangan Kemahiran dan Pengetahuan

27. Di negara kita ini, tampungan kemahiran dan pengtahuan adalah terbatas dan asas teknologinya lemah. Ini mungkin diakibatkan oleh mutu pendidikan yang semakin merosot dan kapasiti penyelidikan yang terbatas di kalangan universiti dan lain-lain institusi penyelidikan tempatan. Seterusnya tendesi mengutamakan faktor-faktor lain daripada kejayaan ilmu bagi kemasukan pelajar ke pusat-pusat pengajian tinggi; kelayakan bagi kenaikan pangkat kakitangan; sukatan pelajaran yang tidak tersusun rapi; sistem peperiksaan yangtidak begitu ketat semuanya menyumbang kepada kemerosotan mutu pendidikan dan seterusnya kelemahan asas teknologi kita.

28. Kerjasama universiti dengan industri yang lemah dalam bidang latihan dan penyelidikan membawa kepada kegagalan syarikat kecil dan sederhana (SMI) untuk meningkatkan teknologinya. Belanjawan 2012 sepatutnya memberikan insentif untuk menggalakkan kerjasama itu. Tampungan kemahiran danpengetahuan ini ditambah burukkan lagi oleh “brain drain” yang luas berlaku. Saya menyokong rancangan untuk menaikkan pendapatan guru dan penjawat awam lain, akan tetapi ini tidak mencukupi. Lebih penting, ia mesti diikuti oleh langkah-langkah di dalam dan di luar Belanjawan, untuk mengatasi masalah-masalah yang saya sebut di atas bagi meningkatkan mutu, menambah efisiensi dan menguatkan kapasiti teknologi.

29. Sehubungan izinkan saya merujuk kepada Fokus Kedua: Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti dan Mencetus Innovasi dalam UcapanBelanjawan. Perdana Menteri menyatakan dua perkara di dalamnya. Pertama,katanya “institusi penyelidikan perlu menyusun semula stratagi untuk menterjemahkan hasil R&D kepada produk bernilai kommersial”. Pandangan ini diterima. Akan tetapi ia tidak mungkin berlaku dengan meluas kerana peruntukan negara ini kepada R&D sangat kecil, iaitu dalam lingkungan 3 peratus daripada KDNK saja. Pada hal pukul rata bagi seluruh dunia ialah hampir 6 peratus dan dalam rantau ini dalam lingkungan 4 peratus. Dari segi peruntukan ini kelihatan seolah-olah Malaysia tidak memberi penekanan yang berat kepada R&D.

30. Keduanya, PM menegaskan “Innovasi perlu diterap dan diamalkan oleh semua”. Untuk menggalakkan ini beliau mengumumkan Gerakan Innovasi Nasional bagi tahun 2012, dengan peruntukan RM100 juta bagi mengatur beberapa inisiatif strategik. Sesuai dengannya tujuh langkah dirancangkan. Sebenarnya, gerakan seperti ini tidak begitu mencukupi. Innovasi adalah berkaitan dengan kreativiti dan seterusnya dengan pembentukan minda yang bebas dan kritikal. Ini tidak mungkin berlaku sekiranya meluas psikologi takut di dalam masyarakat melalui undang-undang seperti ISA, dan pelbagai tindakan menekan minda dalam institusi pendidikan, terutama di peringkat Universiti, melalui AUKU dan “Aku Janji”. Perkara ini akan dibincang nanti bila tiba waktunya. Buat semenatara ini, perlu ditegaskan segala undang-undang yang menekan ini perlu dimansuhkan dan bukan cuma dipinda saja.

Membentuk Masyarakat Malaysia Lebih Saksama

Apabila pasaran saham pulih nanti, saya ingin melihat cukai keuntungan modal (capital gains tax), iaitu untuk mencukai keuntungan daripada spekulasi. Saya juga ingin melihat Kerajaan menumpu atau fokus sumber cukainya daripada cukai langsung lebih daripada cukai tidak langsung. Dari segi inilah cukai GSP harus ditolak, kerana ia berbentuk regresif dan akan lebih memberatkan beban ke atas golongan berpendapatan rendah, Seterusnya, demi menggalakkan kesaksamaan serta kesama-rataan sosial, Kerajaan perlu meningkatkan kadar cukai pendapatan yang lebih tinggi kepada golongan kaya, pada kedua-dua peringkat individu dan korporat.

32. Dengan langakah-langkah sedemikian, surplus atau lebihan daripada isi rumah dan korporat yang kaya boleh dipindahkan kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah yang mempunyai “marginal propensity” Lebih tinggi untuk mengguna. Lebihan daripada mereka yang berada yang selalunya terbiar atau dilabur kepada aset kewangan yang tidak produktif atau harta, bolehlah digerakkan melalui penggunaan yang bertambah oleh golongan miskin dan bependapatan rendah. Dengan ini, jumlah permintaan boleh ditingkatkan dan pertumbuhan dapat dipercepat, walaupun pada masa suasana antarabangsa tidak begitu baik bagi ekonomi Malaysia.

33. Akan tetapi perkara ini akan berjaya dilakukan hanya dengan campur tangan pihak pemerintah. Ini tidak mungkin dilakukan sekiranya pemerintah melaksanakan dasar liberalisasi dan sistem ekonomi pasaran yang luas. PM Najib Razak nyata sekali berazam untuk menguatkan asas dasar liberalisasi dalam melaksanakan segala rancangan pembangunannya. Perlu diingat bahawa jika dasar liberalisasi diteruskan tanpa batas dengan tidak membenarkan peranan kerajaan, kerajaan akhirnya harus menamatkan DEB yang diagung-agungkannya itu. Sebabnya ialah ialah sebahagian besar dari matlamat DEB itu akan dapat tercapai hanya dengan membenarkan peranan kerajaan dan bukannya bergantung hanya kepada peranan pasaran.

33. Begitu juga dengan kemudahan sosial seperti pendidikan dan kesihatan. Dalam keadaan dasar liberalisasi seluasnya, tentulah kemudahan pendidikan dan kesihatan akan diswasta sepenuhnya. Selari dengan ini kemungkinan besarnya kebajikan rakyat akan diabaikan untuk memberikan peluang terbuka kepada modal untuk membuat untung daripadanya. Golongan yang paling teruk menanggung tekanan dari dasar ini tentu sekalilah yang miskin dan berpendapatan rendah. Lihat saja betapa mahalnya bayaran untuk memasuki universiti dan hospital swasta. Sudah tentu mereka daripada lapisan bawahan dalam masyarakat tidak termampu membayarnya.

34. Baru-baru ini ada berita besar yang menyatakan bahawa akan dilakukan penstrukturan semula perkhidmatan perubatan dengan mengubah antara lainnya “health financing” (pembayaran untuk kesihatan). Saya tidak faham mengapa hal ini perlu dilakukan, melainkan hanya untuk memberi keuntungan kepada golongan kecil tertentu yang memang sudah kaya, melalui penswastaan perkhidmatan kesihatan ini. Ini sesuai dengan tuntutan liberalisasi. Kerajaan hendaklah mengkaji dengan halus sekali sebelum melaksanakan rancangan ini. Sebabnya ia akan mengakibatkan bebanan berat terutama sekali kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Mengikut ini tiap-tiap pesakit terpaksa membayar sendiri untuk mendapat khidmat kesihatan. Ini tidak harus berlaku sama sekali. Sehubungan ini juga harga ubat-ubatan mesti direndahkan lagi. Hendaklah diadakan peraturan supaya Ubatan-ubatan “generic”, yang jauh lebih murah, mudah diperolehi oleh rakyat ramai.

35. Nampaknya, salah satu daripada tujuan meluaskan dasar liberalisasi ialah untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI). Akan tetapi kejayaan Malaysia manarik pelaburan asing, apabila dibandingkan dengan negara-negara lain tidaklah begitu berjaya. Mengikut laporan “FDI Report Outlook” yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011, kedudukan lima negara yang paling banyak mendapat pelaburan luar ialah: China, India, Australia, Vietnam, dan Singapura. Malaysia tidak termasuk dalam senarai. Malah jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion. Akan tetapi Malaysia hanya memperolehi RM29 bilion. Dakwaan yang dibuat oleh YB yang bercakap sebelum saya tanpa mengemukakan bukti adalah tidak benar.

36. Saya bukan menentang usaha untuk menarik modal asing. Saya cuma hendak menegaskan dua perkara. Pertama, kita tidak boleh bergantung kepada modal asing sepenuhnya, bahkan mobilisasi modal tempatan hendaklah digalakkan juga. Keduanya, apabila kita menerima modal asing, kita hendaklah jelas untuk tujuan atau matalamat apa ia digunakan. Adakah lebih untuk menjana pekerjaan dengan gaji bepatutan di kalangan rakyat daripada memberi peluang pemodal asing mengaut keuntungan? Seterusnya, sebagai misalan, jikalau modal asing itu digunakan untuk membina rumah, adakah yang dibina itu hanya rumah-rumah mewah saja untuk untuk dijual kepada golongan atasan dan memaksimakan untung modal asing?

Laporan Audit: Kelemahan Urusan Atau Rasuah?

37. Sekarang saya ingin berpindah kepada Laporan Ketua Audit Negara. Tiap-tiap tahun kita membaca laporan tentang Kementerian dan Jabatan membeli pelbagai barang dan alat dengan bayaran berkali ganda dari harga pasaran. Akan tetapi nampaknya tidak ada tindakan tegas dan berkesan diambil. Itu sebab kita membaca cerita yang berulang tahun ini. Antaranya ialah: Laptopdan pencetak berharga RM3428 dibeli 246% lebih mahal; LCD TV dn DVD Player berharga RM2182 dibeli 638% lebih mahal; Radar X-Brand berharga RM8255 dibeli 478% lebih mahal; Bushbell Binoculars berharga RM2827 dibeli 1893% lebih mahal; Marine Binoculars berharga RM11940 dibeli 2805% lebih mahal; dan Walkietalkie berharga RM1561 dibeli 177% lebih mahal. Ini contoh-contoh daripada Jabatan Taman Laut Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar saja. Adakah ini kerana kelemahan urusan atau Rasuah. Hendaklah dipastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

38. Sekian lama kita melihat pendedahan demi pendedahan berhubung Projek Feedlot yang telah diberikan kepada suami seorang Menteri. Sebanyak RM250 juta diserahkan, walaupun bentuknya dipertikaikan, sama ada hutang atau geran. Jikalau hutang, tiada tempoh membayar balik. Sebahagian dari wang ini telah digunakan untuk bermacam-macam perkara yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu. Antaranya ialah membeli kondo, tanah, kereta Mercedes, pergi melancong dan umrah, dan sebagainya. Perincian yang jelas diberikan tentang setiap perkara yang didedahkan. Menteri kata dia tiada kaitan. TPM menafikan skandal ini, mungkin kerana projek diberikan semasa beliau Menteri Pertanian. Yang anehnya PM pun menolak tuduhan-tuduhan yang dibuat. Sepatutnya beliau harus berkata perkara ini akan disiasat.

39. Satu lagi pendedahan oleh Ketua Audit Negara ialah mengenai pembelian 257 kenderaan berperisai dari Turki oleh Kementerian Pertahanan. Kerajaan Malaysia tidak melakukan kaji selidik apabila membayar syarikat Deftech Malaysia sebanyak RM29.4 juta bagi setiap kenderaan, pada hal Deftech Malaysia membayar hanya RM6.6 juta kepada FNSS Turki. Ertinya, perbezaan atau ketirisan sebanyak RM23 juta sebuah. Sekiranya Kerajaan memberi secara langsung (Kerajaan dengan Kerajaan), harganya tidak melebihi RM4.5 juta sebuah. Bezanya bagi 257 kenderaan melebihi RM6 bilion. Siapakah yang mendapat laba daripada transaksi ini? Sekali lagi saya ingin bertanya: salah urus atau rasuah?

40. Satu hal yang tidak diketahui umum, dan bukan didedah oleh Ketua Auditor ialah tentang pembinaan Jambatan Sungai Bagus, Bandar Baru Ketereh, Daerah Kemaman. Paling aneh, jambatan ini dibina atas daratan dan tidak melintasi Sungai Bagus, sebagaimana tujuan jambatan dibina. Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa sudah meningkat RM210 juta. Tambahan RM70 juta untuk membentung anak Sungai Bagus mengalir di bawah jambatan! Jambatan ini hampir siap dan tiada halangan dan larangan dari JKR yang mengawasi pembinaan. Bayaran dibuat mengikut kemajuan kerja. Usaha untuk mengalih anak Sungai Bagus ke bawah jambatan dilakukan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai. Proses tender sedang dirangka. Nama kontraktor jambatan atas darat ini ialah: TSR Construction Sdn Bhd. Khabarnya kontraktor seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.

41. Contoh-contoh yang diberi merupakan hanya sebahagian daripada bukti bagaimana wang rakyat dan kekayaan negara dirompak dengan begitu mudah sekali. Kita jangan lupa perompakan lebih besar telah berlaku. Dewan Rakyat pernah diberitahu oleh seorang Menteri apabila menjawab soalan, bahawa sebanyak kira-kira RM52 wang ekuiti Bumiputera telah hilang. Bagaimanakah wang sebayak ini boleh lesap? Siapakah yang secara langsung bertanggungjawab atas kelesapan ini? Jikalau RM52 bilion boleh hilang tanpa penjelasan, apalah perlunya mengambil tindakan ke atas jumlah RM210 atau RM250 juta. Keadaan sudah parah. Ia tidak boleh didiamkan lagi.
Labels: Bencana, Ekonomi, Malaysia, Orang Melayu, Pakatan Rakyat, Pengkhianat, Penyelewengan, Rasuah, Umno
in
Share

69

0 comments:

Post a Comment
Older Post
Home

Berita Semasa
Lampiran C SBPA Lambat & Tangga Gaji Tidak Didedahkan Untuk Elak Manipulasi Harga Barang?
Iphone 4S Dilancarkan di Malaysia. MAXIS VS DIGI VS CELCOM Mula “Berentap” Memikat Pelanggan!!
Pegangan Saham Terbesar Proton : Khazanah Nasional VS DRB Hicom VS NAZA. Mana Satu Pilihan Anda?
(Video) Sembang Rakyat Dengan Bangga Mempertikai & Menghina Hukum Allah – HUDUD?
Negara Berpendapatan Tinggi Hanya Akan Tinggal Angan-angan Jika….
GARIS MASA PENGUASAAN DAJJAL





A.B.U








Kalendar

Label
Dadah (11)
Ekonomi (36)
Illuminati (58)
Islam (103)
Konspirasi (178)
Malaysia (92)
Melaka (11)
Mujahideen (21)
Orang Melayu (128)
Pakatan Rakyat (74)
PAS (19)
PDRM (52)
Pengkhianat (153)
Perang (18)
Pilihan raya (13)
Raja Melayu (16)
Selangor (25)
Umno (89)
Zionis (41)
Arkib
▼ 2011 (134)
▼ December (3)
2012: PROGRAM MELEMAHKAN AKIDAH MELALUI HUTANG
KONSPIIRASI MAHATHIR
Si mamak penghancur bangsa Melayu
► November (4)
► October (4)
► September (1)
► August (19)
► July (12)
► June (8)
► May (21)
► April (20)
► March (11)
► February (10)
► January (21)
► 2010 (56)
► 2009 (63)
► 2008 (393)
► 2007 (31)


© KIBAD.BLOG 2011 | Design by Blogger Hack Supported by PBT

8 Dec 2011

Syarif Muhammad al-Baghdadi Ulama Yang Dicintai Ummah

Syarif Muhammad al-Baghdadi dan warisnya Tok Pulau Manis, ulama besar abad ke-14 dan 17 Masehi. Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.

Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Di Hulu Terengganu, beliau menjalankan kerja-kerja dakwah Islam dengan gigih kepada masyarakat dan dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu[1], beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam[2] dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam lalu menjadi pengikut setia kepadanya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 700 tahun dahulu. Pemerintahan dan perjuangan Syarif Muhammad al-Baghdadi kemudiannya diteruskan oleh zuriat keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh)[3] dan seterusnya cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis.

Kesemua zuriat keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah. Diantara warisnya yang paling menonjol ialah cicitnya iaitu Tok Pulau Manis. Tok Pulau Manis diriwayatkan pernah menubuhkan ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang sangat terkenal di Alam Melayu pada ketika itu. Anak Tok Pulau Manis yang bernama Siti Zubaidah dikatakan telah berkahwin dengan Tun Jenal yang kemudiannya ditabalkan menjadi raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Satu-satunya peninggalan terbesar Syarif Muhammad al-Baghdadi ialah sebuah batu bersurat yang dikenali dengan nama Batu Bersurat Terengganu. Tulisan yang tercatat pada permukaan hadapan batu bersurat tersebut adalah seperti berikut;

``Rasulullah dengan yang orang sahabi mereka sekalian, asa pada Dewata Mulia Raya; memberi hamba meneguhkan agama Islam dengan benar bicara derma, meraksa bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya di benuaku ini. Pebantu agama Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wa Sallam - Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi. Pebantu itu fardu pada sekalian Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar bicara, berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri Paduka Tuan mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua.''

Catatan yang terdapat pada batu itu tidak sekadar mengandungi pernyataan hukum-hakam seperti yang disebut dalam Al-Quran misalnya hukuman kesalahan zina iaitu direjam bagi yang telah berkahwin dan dipalu seratus kali sebatan bagi yang masih bujang tetapi turut meliputi bidang falak (astronomi). Unsur falak ditemui didalam catatan tersebut berdasarkan kepada frasa ``adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua''. Ramai pengkaji cuba menyelidik maksud frasa ini tetapi gagal sehinggalah seorang pemikir besar Islam dirantau ini berjaya memecahkan kebuntuan tersebut. Beliau ialah Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa maksud frasa diatas ialah Jumaat pertama dalam bulan Rejab tahun 702 Hijrah serentak dengan timbulnya buruj Saratan, tatkala perintah agama (sasanakala) yang mengisytiharkan pemahatan hukum Islam di atas Batu Bersurat itu oleh pemerintah Terengganu pada waktu itu. Satu kajian menarik tentang perkara tersebut seperti yang dicatat oleh Nor Azam Mat Noor ialah kaitan frasa tersebut dengan peristiwa falak. Seperti yang dinyata oleh Nor Azam Mat Nor, Persoalan yang timbul ialah alasan apakah yang digunakan oleh pemahat, yang memahat tulisan pada Batu Bersurat untuk mensabitkan Buruj Sarathan[4] ketika diarahkan oleh pemerintah (raja mandalika) di tempat berkenaan, padahal terdapat banyak lagi buruj-buruj lain yang terkenal turut muncul pada waktu itu, iaitu Buruj Leo (Asad), Gemini (Virgo), Taurus (Saur), Aries (Hamal) dan Pisces (Hut)?

Bulan pada ketika ini belum lagi terserlah kerana masih berupa sabit muda di ufuk barat dengan fasa kecerahan 20 peratus dan berada di Buruj Aries. Ini bermakna bahawa Bulan bukanlah alasan utama untuk dikaitkan dengan Buruj Sarathan. Mungkin Buruj Sarathan yang dikaitkan dalam Batu Bersurat itu, adalah disebabkan oleh planet Musytari sedang berada di buruj ini sebagai objek yang terpaling cerah ketika itu, dan menjadi ikon langit malam sebermula matahari terbenam. Namun pada jam 10.11 malam, planet Marikh dan Zuhal yang berada di Buruj Virgo (Sunbulah), turut bersama-sama Musytari yang ketika ini tepat berkulminasi, turut menjadi ikon-ikon langit malam dengan ketiga-tiganya mempunyai kecerahan 99 dan 100 peratus masing-masing.

Menurut simulasi perisian Starry Night Pro, adalah didapati bahawa Bulan dan planet Musytari adalah benar-benar berada di Buruj Sarathan pada hari Khamis, 28 Februari 1303 MJ bermula terbenam matahari. Fenomena serentak Bulan dan planet Musytari dalam Buruj Sarathan ini berlangsung selama dua hari, iaitu pada hari Khamis, 28 Februari (10 Rejab) dan hari Jumaat, 1 Mac 1303 MJ (11 Rejab 702 H) bilamana Bulan telah bergerak ke sempadan buruj tersebut. Ini bermakna bahawa peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat minggu kedua dan bukannya pada Jumaat pertama bulan Rejab 702 H.[5] Hasil kajian tersebut sangat menakjubkan kerana ia jelas menunjukkan betapa Syarif Muhammad al-Baghdadi bukan sahaja alim dalam hukum-hakam Islam tetapi juga ilmu falak.

Batu Bersurat yang sangat berharga ini telah ditemui oleh Saiyed Husin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan pada tahun 1902 di bahagian tangga surau Kampung Buluh.[6] Ketika ditemui, batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya.Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abdidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri.

Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Pada tahun 1923, batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.[7] Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.[8]

Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada waktu itu.[9] Seperti yang dinyatakan sebelum ini, zuriatnya yang paling masyhur ialah Tok Pulau Manis.

Menurut almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, tokoh ini mendapat pendidikan awal di kampungnya sendiri dan dari beberapa ulama di Terengganu.[10] Beliau kemudiannya meneruskan pelajarannya ke Aceh dan salah seorang gurunya di Aceh ialah Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Sewaktu belajar di Aceh, Tok Pulau Manis bersahabat dengan beberapa ulama besar antaranya seperti
Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al-Mankatsi dari Bugis-Makasar,
Syeikh Abdul Muhyi Pamijahan dan
Syeikh Burhanuddin Ulakkan dari Sumatera Barat yang juga merupakan anak murid Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.

Dari guru utama di Aceh ini, mereka telah menerima talqin baiah Tarekat Syathariyah. Mereka kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Makkah dan Madinah. Sewaktu berada di Makkah, Tok Pulau Manis bersahabat pula dengan Syeikh Abdus Syukur bin Abdul Karim Batani al-Fathani dan belajar kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani. Tambah almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, Syeikh Ibrahim al-Kurani ini juga adalah guru kepada Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri.[11] Dengan Syeikh Ibrahim al-Kurani[12], beliau mendalami Feqah Mazhab al-Shafi’i di sana.

Tok Pulau Manis turut mendalami bidang usuluddin dan tasawwuf. Bidang Usuluddin yang diikutinya adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum ahl-al Sunnah wal Jamaah manakala bidang Tasawuf yang didalaminya adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf. Dalam ilmu tasawwuf ini, diriwayatkan bahawa tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang menjadi rujukan Tok Pulau Manis berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah
Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Syazili sendiri,
Abu al-Abbas al-Mursi,
Ibn Arabi,
Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi,
Abu Turab al-Khashabi,
Abu Yazid al-Bistami,
Abu Talib al-Makki,
Abu Hamid al-Gahzali,
Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi,
Abu Bakar al-Shibli,
Abu Nasr al-Sarrj,
Ahmad al-Rifa’i,
Ahmad Ibn Hanbal,
iBn Abbad,
Hassan Basari,
Junayd al Baghdadi,
Ahmad Zarruq,
Shal bin Abdullah,
Sirri al-Suqti,
al-Sha’rani,
Abd al-Salam bin Mashish
dan Ma’ruf al-Karkhi.

Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i.

Tok Pulau Manis juga dikatakan pernah menjadi tenaga pengajar di Makkah. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kitab karangan Tok Pulau Manis yang paling masyhur bahkan masih berlegar dipasaran kitab sehingga ke hari ini ialah Kitab Hikam Jawi. Selain dari minatnya terhadap isi kandungan kitab ini, permintaan dari sahabat-sahabatnya juga telah mendorong Tok Pulau Manis menterjemahkan matan Hikam karya Ibn ‘Athaillah, tokoh tasawwuf yang sangat terkenal dalam dunia Islam.

Kitab keduanya yang terbesar ialah Kifayah yang merangkumi bidang Usuluddin dan Feqah tetapi kitab ini amat sukar didapati di pasaran. Tok Pulau Manis dipercayai kembali ke tanahair sekitar tahun 1690-an pada ketika usianya 40 tahun. Kepulangannya ditunggu-tunggu oleh masyarakat tempatan dan dengan ilmunya yang meluas, beliau sangat dihormati malah terlibat dengan urusan pemerintahan secara langsung.

Seperti yang disebut tadi, beliau dikatakan bertanggungjawab menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Sultan Zainal Abidin I juga juga telah berkahwin dengan anak perempuan Tok Pulau Manis. Tok Pulau Manis meninggal dunia dalam lingkungan usia 86 tahun pada tahun 1149H bersamaan 1736M.

[1] Ada juga yang menyatakan kerajaan Buddha
[2] Ada yang menyebut kerajaan ini dengan nama Dinasti al-Kamil. Pemerintah kerajaan Pasai iaitu Sultan al-Malikul Salleh bersama dengan seorang wali Allah bernama Syeikh Ismail (makamnya di Pulau Besar, Melaka) dikatakan pernah menghadap seorang khalifah dari dinasti al-kamil pada tahun 1290. Kemungkinan besar Khalifah yang dimaksudkan olah Syarif Muhammad al-Baghdadi. Kerajaan Dinasti al-Kamil ini dkatakan menaungi kerajaan Islam lain seperti kerajaan Cirebon, Banten, Mataram dan Pagar Ruyung.
[3] Makam beliau terletak di Kampung Pauh 6 km dari Bandar Kuala Berang.
[4] Catatan Nor Azam Mat Nor menyebut bahawa peristiwa falak yang dinyatakan pada Batu Bersurat Terengganu boleh disimulasikan dengan menggunakan satu perisian khas Starry Night Pro 4.5.2 yang boleh menjejak kembali peristiwa kulminasi Buruj Sarathan (Ketam: Cancer) pada tarikh 22 Februari 1303 MJ [5] Nor Azam Mat Noor. 2004. Isyarat Astronomi - Batu Bersurat Terengganu. Utusan Malaysia. Terbit pada 21 Oktober 2004. Boleh dirujuk di http://www.utusan.com.my/​utusan/​info.asp?y=2004&dt=1021&pub=utu​san_malaysia&sec=Bicara_Agama&​pg=ba_01.htm&arc=hive
[6] Tengku Fauziah Ngah. 2009. Penemuan Batu Bersurat. Utusan Malaysia. Terbit pada 31 Mac 2009. Boleh dirujuk di http://www.utusan.com.my/​utusan/​info.asp?y=2009&dt=0331&pub=utu​san_malaysia&sec=Timur&pg=wt_0​1.htm&arc=hive
[7] http://www.pmn.gov.my/​terengganu/​Pembangunan%20Usahawan/​SejarahHTrg.htm. Dicapai pada 23 Julai 2009
[8] http://www.pmn.gov.my/​terengganu/​Pembangunan%20Usahawan/​SejarahHTrg.htm. Dicapai pada 23 Julai 2009
[9] http://www.pmn.gov.my/​terengganu/​Pembangunan%20Usahawan/​SejarahHTrg.htm. Dicapai pada 23 Julai 2009
[10] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Tok Pulau Manis Syeikh Abdul Malik Terengganu . Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Oktober 2007. Boleh dirujuk di http://www.utusan.com.my/​utusan/​info.asp?y=2007&dt=1022&pub=utu​san_malaysia&sec=Bicara_Agama&​pg=ba_01.htm&arc=hive
[11] Wan Mohd Saghir Abdullah. 2007. Tok Pulau Manis Syeikh Abdul Malik Terengganu . Utusan Malaysia. Terbit pada 22 Oktober 2007. Boleh dirujuk di http://www.utusan.com.my/​utusan/​info.asp?y=2007&dt=1022&pub=utu​san_malaysia&sec=Bicara_Agama&​pg=ba_01.htm&arc=hive
[12] Menggantikan gurunya Ahmad Qushashi menjadi pengajar Mazhab Imam Shafi’i

SUMBER: Utusan Malaysia Online - Bicara Agama www.utusan.com.my
                                                         Get the latest Malaysia news from Utusan

11 Nov 2011

Keahlian illuminati?

Illuminati ada menulis web (ILLUMINATIO ORDER) bagi mencari ahli dan sokongan ..serta secara halus mendekati masyarakat agar kelihatan tidak mengancam ..bahkan mereka meyaklinkan masyarakat dunia mereka sama seangkatan dengan NGO biasa..

Betapa bahayanya mereka ini ..sebenarnya ruang media ini/ laman web ini bertujuan menilai sejauh mana umat manusia menerima mereka...tidak menghairankan propaganda dan ajaran mereka melekat kuat dalam jiwa manusia dan ramai sekali sebenarnya yang memang mahu menjadi ahli illuminati.

Dalam ramai bloggers dunia mendedahkan konspirasi jahat mereka..identiti mereka sebagai penyembah IBLIS..sebegitu ramai pula mempertikaikan dengan maklumat yang dihidangkan ...

rujuklah kod ini .2.16.102.. kod ini jika dipecahkan maka kita akan menemui tiada lain peringatan...




RUJUK LAMAN WEB: Iluminati Order

rujukan tambahan: Illuminati Membership?
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan Mengikut ajaran- ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puakSyaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmusihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut,di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka,kalaulah mereka mengetahui.surah 2.m/s 16. ayat 102

Apa yang Ghadafi dah buat untuk LIBYA

Muammar Gaddafi Memorial - Libyan Dictator




1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.



2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.



3. Home considered a human right in Libya – Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi's father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.



4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$ 50,000 ) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.



5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate. Today the figure is 83%.



6. Should Libyans want to take up farming career, they would receive farming land, a farming house, equipments, seeds and livestock to kick- start their farms – all for free.



7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya, the government funds them to go abroad for it – not only free but they get US $2, 300/mth accommodation and car allowance.



8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.



9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.



10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion – now frozen globally.



11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.



12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.



13. A mother who gave birth to a child receive US $5 ,000



14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15



15. 25% of Libyans have a university degree



16. Gaddafi carried out the world's largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country.



--------------------------------------------------------------------------------
Jadi jika sangsi..buatlah kajian tentang siapa sebenarnya pemimpin ini dan kenapa PBB (ISRAELdan sekutu JAHATNYA) mahu hancurkan pemimpin ini : tk dinafikan jua kezaliman pemimpin ini

 rujukan tambahan:
1. Hidden agenda behind Libya Propaganda
2. Libya truth Story
3.Green Book Of Muammar Ghadafi
4. Wikipedia ( type it in GOOGLE then :)  )

- 2.16.102 -

31 Oct 2011

Elton John - Mencabut Barakah, Menebuk Pintu Bala



Ihsan dari blog; http://walidalmalik.blogspot.com/

Elton John
akan datang ke negara ini
bukan sahaja melagukan kemerduan suaranya
tetapi juga melagukan kehidupan songsangnya
budaya kaum Lut yang dilaknat
dipersembah dalam wajah yang segar
berlindung disebalik kebebasan hak asasi manusia
sehingga tanpa disedari
keasyikan pada lagu-lagunya
menjadikan dunia redha terhadap tabiat sonsang
kemurkaan Allah dipandang sepi




Ada yang mengatakan
kami minat hanya suaranya
bukan budaya kehidupannya
tetapi aku tetap mengatakan
engkau akan terjerumus dalam subahat
tanpa disedari engkau tiada marah kemungkarannya
malah engkau menganggap ia adalah hak individu
engkau terperangkap dengan fahaman sesat
hak asasi manusia mengatasi hak Allah dan Rasul
maka dimanakah lagi letaknya cahaya Allah
jika engkau tutup dengan kain kebatilan
maka gelaplah alam
musnahlah insan
hidup bagaikan haiwan
malah lebih sesat daripada haiwan





Wahai para pemimpin
dimanakah janjimu ketika mengangkat sumpah
di atas kalimah Allah
dengan jawatan yang engkau diamanahkan
engkau akan pelihara negara ini
daripada apa jua yang merosakkan
yang bertentangan dengan perintah Allah
engkau bukannya terlepas daripada sifat hamba
walaupun tubuhmu bersalut kain sinar bersilau
engkau tetap setitis mani yang hina
engkau tetap keluar daripada saluran najis
maka jangan engkau sombong diatas darjatmu
kesempitan kubur tiada mengenal sesiapa
ulat-ulat tiada mengenal daging dan darah jenis apa




Munkar Nakir tiada peduli apa jua gelaranmu
walaupun atas kuburanmu dihiasi binaan indah




Wahai para pencinta negara
kemungkaran bagaikan menebuk pintu bala
apakah makna zikir, solat dan masjid yang indah
sedangkan ia berada dalam negara yang dimurkai Tuhan
negara akan ditarik barakah
tiada lagi rasa keamanan dan kedamaian
ibu bapa merenung kebimbangan melihat anak-anak mereka
di zaman yang penuh kedurjanaan




Berhati-hatilah dengan fitnah akhir zaman
syaitan menukar watak dengan pelbagai wajah
sehingga hancur manusia dari segala sudut
tanpa disedari mereka ditipu
dengan ajaran ‘bebas daripada agama’ adalah kemajuan dan kebebasan
sedangkan mereka menuju lorong kebinasaan dan kesempitan




Ajaran sonsang Dajal al-Masih
akan menjadikan manusia cacat akal dan jiwanya
dunia akan menjadi neraka
tetapi diwajahkan bagaikan syurga
apabila golongan yang cacat ini menguasai pentas dunia




Aku bukan menentang Elton John
dia hanyalah simbol
tapi aku menentang
semua tentera syaitan
yang bertopeng dengan nama dan wajah manusia




Demi sebuah cinta
yang berada dalam jiwamu
bangunkan ia untuk berjuang
menyebarkan cinta Allah
melalui bisikan ajaran Rasul
seluruh dunia akan selamat
daripada gaung neraka yang sedang membakar kini
akan segala jiwa dan akal yang suci




Bangunlah demi sebuah cinta!
agar darahmu mengalir kalimah Cinta yang Agung....


24 Oct 2011

Resolusi Himpunan Sejuta Rakyat

1. Menyeru agar semua pihak menghormati dan mendokong peranan Raja-Raja Melayu untuk melaksanakan amanah sebagai ketua dan payung kepada pentadbiran Islam di Negara ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh negeri.

2. Kerajaan yang memerintah baik diperingkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa sensitiviti yang tertinggi di dalam Islam dari perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam negara yang dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada.

3. Menuntut supaya kerajaan dalam usaha memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah memastikan supaya undang-undang pencegahan yang tegas dan kukuh untuk memelihara kemuliaan Islam di dalam perlembagaan dapat dimasukkan sebagai kandungan utama.


4. Menuntut supaya kerajaan mengambil langkah segera menggubal undang-undang khusus untuk mencegah dan membendung gejala memurtadkan umat Islam selaras dengan kedudukan Islam di dalam perlembagaan persekutuan.


5. Menuntut agar sistem pendidikan negara disemak semula untuk memastikan tidak ada unsur yang boleh mendedahkan pelajar kepada penghakisan aqidah. Kami menggesa pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia supaya menggubal sistem pendidikan yang berpaksi kepada aqidah tauhid dan penerapan akidah yang berkesan kepada pelajar-pelajar.


6. Meminta kerajaan supaya mengadakan program-program penerangan yang menyeluruh dan berkesan di setiap saluran supaya masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita dapat memahami Islam dan kedudukannya di dalam negara untuk menghilangkan prasangka buruk dan kekeliruan terhadap Islam.


7. Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk menganggu-gugat kesucian Islam.


8. Menyeru semua institusi dalam masyarakyat terutamanya ibu bapa mengambil tanggungjawab yang tegas di dalam mendidik anak-anak dengan kefahaman yang syumul agar dapat membentengi anak dan waris terdekat daripada terjebak di dalam aktiviti pemesongan akidah.


9. Menggesa kerajaan supaya memantau dan mengawal aktiviti pihak media samada media cetak, media elektronik dan media baru. Sebarang bentuk penyiaran yang menyimpang dan menyentuh sensitiviti umat Islam dan keharmonian bernegara perlulah diambil tindakan yang tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.


10. Menyeru seluruh umat Islam yang hadir dalam perhimpunan ini mahupun yang tidak dapat hadir, melupakan segala perbedaan fahaman politik dan lain-lain hambatan untuk bersama bersatu menyongsong tugas berat mempertahan dan menyelamatkan aqidah umat daripada sebarang bentuk pencerobohan.

12 Oct 2011

NAMRUD DAN ILLUMINATI











Kategori:


Raja Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Sam bin Nuh (Nabi Nuh as)amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan. Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.



"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." Surah Al baqarah : Ayat 258



Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatang kan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati. Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.



Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup. Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s dari api yang panas bersemarak itu.



"Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak". Kami (Allah) berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim", mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 68 - 70



Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang. Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir. Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman bin Daud dan ZulQarnain. Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.



.

Kaitan Namrud dengan Illuminati



Subhanallah, penyebutan sedikit kisah Namrud di dalam AlQuran rupa-rupanya ada kaitan hingga ke zaman moden ini. Selain dari kisah yang berkaitan dengan perjuangan Nabi Ibrahim a.s, juga berkaitan dengan keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.



Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab. Contoh kata "Marad" di dalam bahasa Arab ialah "Ridda" yang bermaksud "murtad".



Ketahuilah bahawa manusia pertama di muka bumi ini yang murtad dan musyrik dan kemudian mengaku sebagai tuhan ialah Namrud. Kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq). Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.



Blue_Room_Christmas_treeDari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya nya amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.



tammuzWalaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud. Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'. Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'. Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.



Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis dianggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.



Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon. Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.



Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.



Di bawah ini merupakan gambar beberapa Goddess / Dewi kuno dan di antaranya ialah Semiramis iaitu ibu kepada Raja Namrud. Watak-watak ini telah disadur semuanya dari kisah Semiramis dengan Namrud;



ancient goddess







Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat. Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.



semiramis in coin

Semiramis dalam duit syiling lama





illuminati_liberty

Statue of Liberty





Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini. Statue of Liberty bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam. Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.





Columbia_Pictures



.



Keturunan Namrud hingga kini



Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline). Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun. Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.



13 illuminati bloodlines





Perhatikan lah bahawa Children's TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya. Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang melalaikan. Sila baca Illuminati dan hiburan



Sesame Street - Abbey Road



.





Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka



Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;



1 - UN - United Nation (PBB - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)

UN-LOGO



2 - USA - United States of America

3 - UK - United Kingdom

4 - USSR - Union of Soviet Socialist Republics

5 - UAE - United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.

6 - UNESCO - United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization

unesco











Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.



bendera USA

Bendera Amerika Syarikat (USA) - Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid) dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia pun dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh British.









bendera Australia

Bendera Australia - Perhatikan ada 6 bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid di dalamnya), 1 bintang besar dan 5 bintang kecil. Dan ada bendera UK di dalamnya, kerana Australia ialah milik kepada UK.









bendera china

Bendera China - Ada 5 bintang, 1 bintang besar dan 4 bintang kecil













bendera russia

Bendera Russia (USSR) - Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata. Dan ada satu bintang di atasnya.







bendera israel

Bendera Israel - Sudah terang lagi bersuluh











bendera UK

Bendera United Kingdom (UK) - Anda mungkin tidak dapat melihat bintang di dalamnya. Tetapi jika anda berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat sebuah PIRAMID dari pandangan ATAS. Piramid 3 segi yang mempunyai 4 bucu. Dan cross di tengah dengan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun secara simboliknya seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat ada banyak segitiga di dalamnya.








Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya. Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka. Dan yang paling PENTING, rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!



.

Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama



Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.



Kejadian 10 : 8 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;

10 : 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: "Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN."

Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian

Kejadian 11 : 1 Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.

11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.

11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, "Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras." Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.

11 : 4 Kata mereka, "Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi."

11 : 5 Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.

11 : 6 Lalu Ia berkata, "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.

11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain."

11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.

11 : 9 Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.



Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons. Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.



Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.

Tentang binaan-binaan yang mereka bina dan tujuan pembinaan serta matlamat mereka mungkin saya akan tulis pada tajuk lain pula nanti, insyaAllah.







Babylon baru



Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;



Wahyu 13 : 18 Maka inilah "hikmat". Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.



Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60. Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar. Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.



Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada 'The great Seal' , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru. Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu (0.6 x 1110 = 666).



Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai 'Babylon yang hebat' bersama-sama dengan 'Agama Misteri' nya. Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).





great seal









Dan ketahuilah bahawa nombor 666 TIDAK ADA KAITAN dengan AlQuran, kerana jumlah ayat AlQuran bukannya 6,666 ayat seperti yang digembar-gemburkan dulu. Itu hanyalah satu FITNAH untuk memburukkan AlQuran tetapi sudah ternyata SALAH. Jumlah sebenarnya setelah dikaji dengan teliti ialah 6,236 ayat.



barcode666



.



Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon



Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.



Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Yesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.



Tetapi sebenarnya nama Easter itu bukan bermula di situ, tetapi sudah berkait dari zaman penyembah berhala dulu lagi, terutamanya dengan babylon. Perhatikan gambar di bawah;





easter origin





Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar 'Dewi Kesuburan' atau dalam bahasa babilonian nya 'Ishtar'. Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte





.

Kesimpulan



Kisah tentang Namrud sememangnya masih berlanjutan hingga ke hari ini dengan diwarisi oleh keturunan-keturunannya. Dan anda dapat lihat dengan jelas kenapa Amerika Syarikat telah menakluki Iraq (Babylon) tidak lama dulu. Bukan semata-mata kerana minyak, tetapi ada agenda lain yang menjadi misi mereka.


“Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tidak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” Hadith Riwayat Muslim



"Tidak akan kiamat dunia ini sehingga ada seorang lelaki daripada keluargaku yang akan memimpin bangsa Arab, namanya sesuai (serupa) dengan namaku.” Hadis riwayat Abu Dawud



Rasulullah bersabda: "Al-Mahdi berasal dari keturunanku, keturunan dari Fatimah." Hadis riwayat Abu Dawud



.
Khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal



Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.



Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.



Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.



Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.



“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”



Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.



“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.



“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah."







Penulisan berkenaan Illuminati ini akan bersambung lagi selagi hayat saya masih ada insyaAllah kerana masih terlalu banyak untuk dibongkarkan. Semoga kita dapat mengambil manfaat darinya , mencegah mana-mana yang tidak elok, berusaha untuk menguatkan umat Islam dengan bersatu di bawah Tauhid yang satu, dan sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi dari fitnah Dajjal.



Semoga kita dapat menjadi manusia yang membantu perjuangan Nabi Isa a.s nanti dan sama-sama menegakkan HUKUM ALLAH kembali di muka bumi yang sudah banyak tercemar dan ternoda ini.





Rujukan:

1 - AlQuran

2 - Tafsir Ibnu Katsir

3 - Tulisan Alexander Hislop

4 - Dajjal dan Simbol Setan - Toto Tasmara

5 - The plain truth about Christmas - H.W. Amstrong

6 - Wikipedia

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger