20 Feb 2009

Jaga hukum -hakam AGAMA.

Kehidupan yang kita lalui sehari-hari menjadikan kita tepaksa cuba untuk cepat belajar dan mengambil pengajaran dari kesilapan diri dan orang lain. Tanpa ilmu dan bimbingan yang betul dari orang yang berilmu, kita sudah pasti akan merasakan diri cukup sempurna dan jauh dari melakukan kesilapan. Pasti! setiap kali berada dalam majlis ilmu bersama-sama orang alim kita akan sentiasa termuhasabah, diri kita seolah-olah dirobek- robek oleh kata-kata nasihat dan peringatan Nabi saw melalui perantaraaan hadisnya yang menjadikan kita insaf dan kembali rasa malu pada ALLLAH RABBUL JALIL!

Memasuki dunia separa pekerjaan, separa belajar seperti aku ini tidak sunyi dari dugaan dan fitnah yang membukit... Semacam 1001 dugaan memberati diriku, dari hati, amalan, ilmu yang tak teramalkan...hubungan kita dengan manusia, dengan lab mate(amoi cina) dan komitmen kita kepada agama yang kita cintai ini. Semakin aku genggam erat AJARAN ISLAM yang aku cintai ini, semakin berat pula dugaannya.

Mendaki redha ALLAH SWT sungguh mencabar, benarlah ungkapan redha ALLAH swt sangat mahal: namun rahmat ALLAh swt meluas! Beberapa kali aku cuba daki..iltizam bwerhempas pulas menekan nafsu , berjinak-jinak dengan satu jalur dari jalur-jalur menghampirkan diri sahabat nabi saw...dan setiap kali itu juga aku selalu tersungkur menyembah jatuh dihamparan nafsu yang membelenggu. Tidak sesemudah yang diungkapkan... terngiang-ngiang lagi ditelingaku tentang cerita ketakutan ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Rasulullah bertanya kepada sahabat-sahabat yang lain tentang bau hangit yang mereka hidu semasa solat. Sahabat ada juga terhidu tetapi tidak tahu mana punca bau tesebut. Lalu Rasulullah saw mengatakan itulah bau hangit terbakarnya hati ABU BAKAR AS SIDDIQ kerana takutkan ALLAH SWT. Jika kamu mahu melihat orang yang telah mati sebelum mati dan orang yang mati dan berjalan lihatlah pada ABU BAKAR!. Mendengar sirah ini, meremamg bulu romaku merasakan sampai begitu sekali ketakutan sahabat kepada ALLAH swt, membanding diri yang serba lemah dan dosa ini...ia sungguh memalukan dan sangat mendukacitakan.

Merasakan sukarnya mencari redha ALLAH SWT ini dan mendengar jalur-jalur jalan para sahabat dalam memghampirkan diri kepada ALLAH swt, aku melazimkan diri dengan majlis orang alim ulama' untuk memperbaiki hati dan islahkan amal. Motivasi-motivasi dari cerita periwayatan ketakutan sahabat nabi saw kepada ALLAH sungguh membekas pada hati-hati yang gersang rasa takut pada ALLAH swt. Seingat diriku, aku memang belum betul-betul merasakan ketakutan itu, aku didik jiwaku agar cuba rasa takut , namun bak kata ustaz selagi nafsu amarah kita belum dapat ditundukkan dan kita masih belum punyai latihan yang cukump menundukkannya untuk mencapai maqam ( kedudukan tetap ) hati yang lebih tinggi selagi itulah kita perlu wajibkan diri kita berjihad memerangi kehendak nafsu yang tidak pernah berhenti meruntun diri kita meyalahi perintah ALLAh swt. Latihan - latihan ruhiyyah dan jasadiyyah yang digariskan IMAM-IMAM yang bersar dalam AHL-SUNNAH WAL JAMAAH sangat banyak untuk kita belajar melalui guru-guru yang mursyid.

Mengapa aku ceritakan perkara ini untuk tatapan umum...?bagi ku kita semua sama..jika jalan menghampirkan diri kepada ALLAH swt dan jalan mula mencari hidayah ALLAH swt serta jalan memperbaiki amal dan islahkan hati menuju ALLAh sehingga ALLAh memanggil kita dan kita mahukan saat itu kita sangat rindukan ALLAH swt dan kita teringin ALLAh segerakan kematian kita serta kita gembira serta tersenyum semasa mati yang kita pilih untuk diri kita. Maka tiada bezanya susah - payah yang kita tempuhi. Kita berhadapan runtunan yang sentiasa bersalahan dengan hati kita, namun acapkali kita cuba meyalahi kembali runtunan nafsu hati kita luluh dan gugur. Terasa panas membakar jauh dalam tengah dada...sesak menahan pertembungan antara nafsu dan ketaatan kepada ALLAH swt.

Cuma untuk mendapatkan jalan yang benar dan betul..kita perlukan guru dan pembimbing agar kita tidak tersesat. Dalam jalanmencari redha ALLAH swt macam-macam boleh berlaku! dari tipudaya iblis sehinggalah tipu daya diri kita sendiri yang akhirnya akan menjadikan kita muflis dalam beramal. Yang paling penting kita iltizam dan teruskan berusaha kita termasuk dalam kalangan mereka yang soleh dan beruntung diantara umat MUHAMMAD saw ini.

12 Feb 2009

Sifat - Sifat Munafiq

“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.” (Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)

Huraian :

Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik:

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

Sindrom munafik pula berlaku apabila individu berpegang kepada nilai yang buruk tetapi berpura-pura mengucapkan perkataan yang baik dan bertindak dengan tingkah laku yang baik supaya diterima oleh masyarakat. Ini mengakibatkan jiwa manusia menjadi gelisah kerana takut keburukan dirinya diketahui oleh orang lain. Penderita sindrom munafik lebih takutkan manusia daripada Allah sebagaimana situasi golongan munafik yang didokumentasikan di dalam Al-Quran.

Kecerdasan emosi luaran penderita ‘sindrom munafik’ berada pada tahap tinggi kerana keupayaannya menyesuaikan diri dengan orang lain dan bertindak dengan tindakan yang sepatutnya. Kecerdasan emosi merujuk kepada kebolehan seseorang memahami emosinya dan emosi orang lain dan bertindak sesuai dengan emosi tersebut (Thibodeaux & Bond, 2005). Bagaimanapun, kecerdasan emosi dalamannya berada dalam keadaan tertekan dan akan menzahirkan realiti dirinya yang sebenar pada bila-bila masa. Justeru, ketaqwaan dan konsep kendirinya berada pada tahap rendah.

Tuntutan mengamalkan Quran-

DARI BLOG AKHI DZULKHAIRI-

http://dzulkhairi.blogspot.com/2009/02/generasi-al-quran.html


YB Ustaz Mohamad Mustafa menyebut ada tujuh tuntutan dalam mengamalkan al-Quran. Tujuh tuntutan tersebut ialah:

a) Kita mesti membaca al-Quran

b) Kita mesti membaca al-Quran sehingga betul

c) Kita mesti membaca al-Quran sehingga memahaminya

d) Kita mesti membaca al-Quran sehingga mampu menghayati dan mengamalkannya

e) KIta mesti membaca al-Quran sehingga kita mampu mengajarkannya kepada orang lain

f) Kita mesti membaca al-Quran sehingga al-Quran dimasyarakatkan

g) Kita mesti membaca al-Quran sehingga al-Quran didaulatkan

Ayah Sir Muhammad Iqbal berpesan kepadanya, "Wahai anakku, jika dahulu para sahabat yang menjadi generasi al-Quran, maka kini kamulah yang akan menjadi generasi yang mulia tersebut".

Seorang ulama berpesan, "Bacalah al-Quran seolah-olah ia merupakan surat kiriman daripada Allah SWT".

Nabi SAW pernah bersabda, "Sebaik-baik kalangan kamu ialah yang mengajarkan al-Quran dan mengajarkannya".

Bahkan baginda SAW bersabda, "Ahli al-Quran adalah keluarga Allah secara khususnya".

11 Feb 2009

Muhasabah Diri..

Siapa berani mendabik dada dia pejuang ISLAM...? Pemikiranku meleret memikirkan kata-kata ini yang dirasakan mengasak segenap urat dan nadi seluruh badan.

Suasana persekitaran banyak mempengaruhi hidup kita sehari-harian...Apa pendapat kalian tentang usul yang penulis cuba lontarkan..?

1) Lutfi merupakan seorang ahli gerakan Islam , kesana-kemari menganggap diri pejuang..menyampaikan risalah dakwah. tetapi amalnya tidak pernah lebih baik melainkan kekal seperti biasa bahkan semakin berkurang pula.

2) Anda sering mengajak manusia ke pada yang lebih baik..dan menegah dari yang buruk. namun hakikatnya anda sendiri masih melakukan yang buruk itu..mengapa jadi begitu?

3) Anda terus berdakwah, mengikuti manhaj yang di gubal dengan segenap tenaga...habis siap semuanya anda mendapati tiada satupun anda dapat mengikutinya dan anda sendiri tidak istiqamah dengan apa yang anda sendiri gagaskan..... adakah anda hampir putus asa?

4)setiapkali ujian melanda anda cuba positif, menghadapai dengan rasa lapang dada..namun jauh disudut hati anda ..anda tahu bahawa Allah sedang menghukum anda kerana anda sebenarnya katakan apa yang anda sendiri tidak perbuat...

5) Kamal naik meluat dengan segala yang di perkatakan Sulaiman...Bijak berkata tetapi satupun tak tahu nak buat..Apa pendapat anda tentang orang ini?

6) Anda memiliki banyak ilmu , namun ilmu tersebut tidak memberikan manfaat kepada anda....
Anda terperangkap dengan nafsu sendiri...tetapi asyik menyalahkan orang lain...Orang jenis apakah ini?

7) Anda cuba meniru-niru gaya, pemikiran, dan cara seseorang...akhirnya anda sendiri pun tidak tahu apa yang anda cuba jadi sebenarnya? dan dalam percakapan anda sentiasa mengambarkan anda orang paling yakin dengan idea meniru -niru ini... semua orang melihat anda macam bagus, tapi anda sendiri mengetahui bahawa anda sendiri pun berharap agar tiada orang tahu kelemahan anda ini..... sampai bila anda rasa orang ini boleh bertahan berpura-pura begini?

8) zulkarnain merasakan banyak menyumbang kepada gerakan dakwah....sampai satu tahap ia tepu dengan tugasan yang berat..dan mengeluh..bila lah aku boleh berhenti dari buat kerja ni...
Tak semena-mmena Allah kabulkan doanya...dan ia meyepi mengatakan mahu rehat sebentar..namun semakin lama ia semakin tersisih dan mula selesa dengan keadannya begitu....dan hilang dalam kabus kecelaruan fikirannya sendiri. bagaiman boleh kita bantu orang ini?

9)ALI tak berani berdepan..jadi ALI membelash sahabat nya di belakang!!!.... ALI merasakan tidakannya betul dan terus membelasah sahabatnya tanpa sempat memperbaiki apa2....


Idea - idea ini timbul dari cermatan atas realiti yang berlaku kalangan sahabat-sahabatku...
Mungkin ada pembaca faham dan mungkin ramai yang tak faham...tak menagpalah, setiap kita pasti akan melintasi satu dari usul-usul tadi..walahualam

10 Feb 2009

Siapa Penderhaka Sultan?


UMNO sendirilah Penderhaka Kepada Sultan Selama Ini
Sikap Mereka Bak Kata Pepatah

Mengatuk Dulang Paku Serpih.
Mengata Orang Sendiri Yang Lebih.

Dipetik dari Harakah Daily: bukti Keburukan UMNO dan Kezaliman Mereka



Tue | Feb 10, 09 | 12:02:51 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Hrkh) - BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Berhubung tindakan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifakannya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.

Menurut beliau, tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.

"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah," tegasnya.

Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.

Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.

Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan. - lanh _

P/S:Apakah aku juga akan dibawa ke ISA sebab terbitkan semula petikan akhbar Harakah ini???

9 Feb 2009

Himpunan Raksaksa Rakyat Di Kediaman MB sekali dalam tempoh 51 tahun!

Tidak penulis jangkakan himpunan Raksaksa 10 000 orang mencapai jumlahnya yang disasarkan. Bergempa dengan laungan keramat Suara Rakyat, Makhhal Sakhti, Takbir!, Reformasi silih berganti memeri sokongan padu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak bagi menumbangkan Perompak Jalanan (Regim Perak) yang bermain kotor dan tidak bermaruah dan mendabik dada menjadi juara Ketuanan Melayu..Pi Mampos UMNO! Regim Taghut!

Pada awal maghrib, selepas berjemaah solat jamak...imam utama membawakan solat hajat khusus untuk Pakatan Rakyat dan tulang utama perjuangan ini Ir Nizar Muhammad Jamaludin agar diperteguhkam beliau dalam perjuangan memastikan gerak kerja Islam kita membawa kepada tertegaknya hukum Allah berjaya. Jemaah juga mengaminkan semoga dihancurkan banjingan -banjingan totok UMNO Najib, dan barua - baruanya terutama penasihat Sultan yang berselindung disebalik kerabat raja menjadikan huru -hara kerabat sultan perak dek bahana eksplotasi kelompok ini.



Padang yang terbentang luas di depan kediaman rasmi MB perrak yang sah itu dipenuhi rakyat dari seluruh negara memberi sokongan padu kepada Kepimpinan Pakatan rakyat yang dilihat memberikan perkhidmatan kepimpinan yag paling bermaruah dan penuh hormat kepada amanah dan mandat rakyat yang dipikulkan kepada mereka. Buka seperti UMNO yag membuang mandat ini di longkaang , memperbodohkan rakyat dengan politik kotor dan najis. Menaikkan dan menyokong pimpinan belot, haprak dan tiada prinsip perjuangan. Mereka tahu mereka tidak punyai kekuatan , bukan jenis anak jantan yang sanggup berpencak di gelanggang dan medan. Sungguh, rakyat Perak pasti akan memalukan mereka suatu hari nanti!



Hasrat agar DUN dibubarkan dipertimbangkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Rakyat perlu diberi mandat untuk menetukan siapa yang seharusnya memimpin mereka. Patik harap Kebawah duli Yang Maha Mulia Sultan Memperkekankan kehendak Rakyat ini, Ampun Tuanku. Kerja -kerja merampas secara tidak bermaruah ini dilihat kerana UMNO tertalu terdesak dan tidak sanggup lagi mengalami kekalahan akibat UMNO yang membusuk dan tidak dapat lagi menutupi bangkai-bangkai yang mereka pelihara dalam UMNO! Mereka tidak sanggup lagi mengalami kekalahan seperti di Terengganu kubu kuat mereka sebelum ini.

Media Utusan Meloya dan Berita Hairan serta Anjing-anjing belaan mereka TV3 pula menutup isu sebenar dengan isu-isu yang tidak munasabah. Terlalu ketara peranan Media ini membantu UMNO cuba memenangi isu, namun tidak semudah itu memperbodohkan rakyat. Kata DSAI orang Dayak rumah panjang pun tahu media ni tidak pernah telus dalam memaparkan isu. BOIKOT MEDIA INI! Rakyat perlu menghukum mereka!



Provokasi memburukkan Pakatan Rakyat dilihat tidak mampu lagi menggugat kepercayaan rakyat kepada pemimpin berwibawa mereka. Bahkan pula rakyat mulai sedar mereka sedang melihat perangai sebenar bakal PM mereka yang bakal menghancurkan Malaysia dan sistem perlembagaan serta prinsip Rukunegara..Kedaulatan Undang-Undang. bagaimana orang sepertinya memperalatkan Undang - undang untuk kepentingannya , bukan untuk Rakyat. Ini bukan pemimpin, ini memalukan...Inilah pemimpin Cakap tak Serupa Bikin. Kita patut malu memiliki seorang yang tidak bermaruah seperti ini, menunggang isu kerajaan Perak bagi menutup kelemahan sendiri, cuba menjadi juara! tetapi yang sebenarnya rakyat semakin meluat dan geram dengan keangkuhan serta keburukan moral mereka. CELAKA mungkin satu konotasi yang paling sinonim untuk orang sepetinya. Betullah apa yang diungkapkan Tuan Guru tentang pemimpin seperti ini. CELAKA!



Himpunan berlangsung aman dan penuh tamadun, terasa semangat muhibbah antara kaum. Seperti segala perselisihan dan benih kebencian yang disuntik UMNO terhadap kaum-kaum di Malaysia selesai pada malam ini. Mereka mula memahami kenikmatan perpaduan sebenar Kematangan Rakyat pimpinan PR pastinya mengundang risau gundah gulana UMNO kerana mereka ketandusan idea meraih sokongan. Tinggal sedikit masa lagi , seinci demi seinci dikatakan pengikut UMNO juga mula beralih arah kepada Perjuangan PR serta pemimpinnya

Penulis dan sahabat seperjuangan mula beransur pulang jam 12.30 tengah malam. Kepuasan setimpal dengan perjalanan 2 jam KL-PERAK, serta tambang eksekutif rm 30. Berbaloi untuk ini, satu babak adlam perencaanaan sejarah Malaysia kami saksikan untuk modal kepada anak-anak cucu-cicit kemerdekaan. Bahawa usaha mempertahankan Malasysia dari petualang sebenar , dan penderhaka sebenar Sultan. Dalam sedar tidak sedar...penulis terbawa-bawa dalam tidur ungkapan DSAI semasa kereta meluncur laju kembali ke KL 140 KM/jam ..
LAWAN TETAP LAWAN! SUARA RAYAT SUARA KERAMAT...!



Tahniah buat PAKATAN RAKYAT.. KAMI BERSAMA_SAMA KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT!

8 Feb 2009

Allah Membantu Mujahideen Di Palestin- Ayuh Sahabat Teruskan Jihad Kita sehinggalah Allah menangkan ISLAM

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan
tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan
serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah
membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama
penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku
sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat
mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam
Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang
disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan
kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah
sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada
saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah
kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera
Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan
mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut
seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan
burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan
tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat
tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera
Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat
mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak
dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh
dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid
yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan
besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak
ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya
melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket
bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan
ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila
ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-
apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih
ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen
kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai
pakaian puti dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS
yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen
memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan
bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid
dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah
seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan
lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.
Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan
yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama
serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad
ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu,
mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula
dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke
laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah
salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami
di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada
mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu,
sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

Ustaz Halim www.inijalanku. wordpress. com

7 Feb 2009

Kerajaan BN PERAK HARAM

Mursyidul Am PAS menyifatkan kerajaan baru Perak yang bakal diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir (BN - Pangkor) sebagai sebuah kerajaan haram.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apa yang dimaksudkan haram kerana Umno 'menculik' wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga mereka hilang beberapa hari tanpa dapat dikesan.

"Kemudian apabila keluar dari persembunyian tiba-tiba mereka menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional. Tentunya mereka diberi sesuatu sehingga sanggup meninggalkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

"Kemungkinan ada unsur rasuah bagi menarik Adun terbabit tidak dapat ditolak. Apabila kerajaan baru cuba dibentuk dengan cara seperti itu tidakkah ia wajar dinamakan sebagai sebuah kerajaan yang haram," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Petang ini Zambry dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di hadapan Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Manakala barisan Exco kerajaan negeri yang baru pula dijadual dilantik 10 Feb ini.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan yang dilakukan Umno merampas kerajaan yang dipilih rakyat Perak jelas membelakangi tamadun manusia.
Oleh itu beliau mempertahankan tindakan Dato' Seri Nizar Jamaluddin memohon kepada sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi memberi ruang rakyat menyelesaikan krisis yang berlaku sekarang.

"Saya menyokong penuh usaha yang dibuat kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Tidak ada jalan lain lagi untuk keluar daripada kemelut tersebut melainkan diadakan pilihan raya semula.

"Saya juga menafikan dakwaan sebuah stesen televisyen yang mengatakan saya menyokong tindakan istana Perak memecat Nizar. Kenyataan saya semalam sengaja diputar belit," ujarnya.
Ditanya tindakan Sultan Perak enggan membubarkan Dun dan tetap mahu melantik Menteri Besar baru daripada BN, katanya hak itu terpulang kepada pihak terbabit.

Bagaimanapun katanya, isu berkenaan tidak akan selesai dengan mudah tanpa diberi semula mandat kepada rakyat bagi menentukan kerajaan mana yang layak mentadbir.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat yakin kemelut yang melanda Perak sekarang tidak ada penghujungnya tanpa diserah semula mandat kepada rakyat.

Sementara itu, difahamkan tokoh agama ternama di Perak juga menyifatkan kerajaan baru yang diketuai Umno sebagai tidak sah dan haram.

Surat Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengutus surat kepada Sultan Azlan Shah menjelaskan sebab-sebab mengapa beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak.

Iklan
Surat tersebut adalah reaksi kepada titah baginda yang tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak serta Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Manakala Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Mohamad Nizar dan semua anggota exconya mengosongkan pejabat mereka dengan segera.

Berikut adalah kandungan penuh surat Mohammad Nizar kepada baginda Sultan:
5 Februari 2009

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.

Assalamualaikum
Ampuan Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya patik merafa'kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Suhanahu Wata'ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.

Ampuan Tuanku,

MERAFA' SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan
Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut.

Ampuan Tuanku,

Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demnokrasi dan Raja Berperlembagaaan, Patik dengan ini merafa' sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.

Ampuan Tuanku,

Patik dengan ini merafa' sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.

Ampuan Tuanku,

Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata'ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabab Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagian yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya; bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat

YAB Dato' Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin Menteri Besar Perak Darul Ridzuan

Sejarah Hitam Kerabat PERAK !!!-

POLITIK MEMUNGKINKAN SEGALA-GALANYA....



kemaskini 5.30pm Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin "tidak derhaka" dan menteri besar Pakatan Rakyat itu hanya mengikut undang-undang tubuh negeri.

Gabungan pembangkang, tambahnya, menubuhkan panel peguam untuk mengkaji kesahihan pelantikan menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau juga menjelaskan, Pakatan Rakyat akan terus menerangkan kepada orang ramai apa yang sedang terjadi di negeri itu dan menggesa para penyokongnya membantah secara aman.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 17kemaskini 4.39pm Polis Perak mengesahkan kira-kira sejam lalu bahawa sembilan penunjuk perasaan berjaya ditahan.

Lebih kurang 3,000 penyokong Pakatan Rakyat bersurai beransur-ansur selepas diarahkan oleh seorang pemimpin PAS Perak setengah jam lalu.

kemaskini 4.22pm
Mesyuarat beberapa pemimpin kanan Pakatan Rakyat di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya berlangsung selepas jam 4 petang tadi.

Naib pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar kelihatan bersama beberapa lagi pemimpin gabungan tiga parti itu.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 28Mereka dijadual mengadakan sidang media jam 4.30 petang ini, mengulas perkembangan terkini di Perak yang menyaksikan kewujudan dua menteri besar - Datuk Dr Zambry Abd Kadir bagi pihak BN dan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin bagi pihak Pakatan Rakyat.

kemaskini 4.17pm Difahamkan exco kerajaan Kedah, V Arumugam yang dilaporkan "gagal dihubungi" masih bersama PKR.

Kebimbangan tentang "kehilangannya" cepat merebak susulan wujud dakwaan terdapat usaha seumpama Perak sedang dilakukan terhadap kerajaan Pakatan di Kedah.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 29kemaskini 4.12pm Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak selesai selepas bacaan doa mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

kemaskini 4pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru Perak, memimpin kerajaan BN yang berjaya menumbangkan Pakatan Rakyat melalui usaha lompat parti.

Seorang AJK PAS Perak dibenarkan menaiki kenderaan polis pencegah rusuhan FRU dan berucap kepada 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di depan Masjid Ubudiah.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 16Beliau berkata mesej mereka "telah disampaikan ke serata dunia" dan mereka bersurai.

kemaskini 3.55pm
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir sedang berlangsung dan disiarkan secara langsung melalui TV1.

kemaskini 3.48pm
Tiada penunjuk perasaan di depan Istana Iskandariah, tempat majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, tetapi masih ada lebih kurang 1,000 penyokong Pakatan Rakyat di Masjid Ubudiah.

Dilaporkan 10 orang berjaya ditangkap polis. Tiada kenyataan rasmi polis dikeluarkan, setakat ini.

kemaskini 3.36pm
Majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir akan berlangsung tidak lama lagi.

Semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah memutuskan untuk memulaukan majlis tersebut di balai istiadat Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

kemaskini 3.33pm Seorang wakil pemimpin PAS, Khalilul Rahman Abdul Samad mengarahkan para penunjuk perasaan bersurai, dan menyeru polis agar bertenang dan berundur.

istana iskandariah kuala kangsar perak 060209Beliau juga seorang pegawai Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan Rakyat yang masih mempertahankan jawatannya dan enggan mengiktiraf penggantinya.

kemaskini 3.25pm
Keadaan mulai kembali tenang di Masjid Ubudiah di bandar diraja Perak.

Kelihatan beberapa orang menangis, sambil mengeluh "kenapa masjid diperlakukan sebegitu."

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

kemaskini 3.18pm
Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.

perak mb ubudiah mosque bn takeover 060209 02Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.

Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.

Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.

kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.

Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.

Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

Mereka masih mendesak ingin bergerak ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah menteri besar baru Datuk Dr Zambry Abd Kadir jam 3.30 petang ini.

siege at ubudiah mosque in kuala kangsar perak bn takeover 060209kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.

Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

Jalan depan masjid dari kedua-dua arah ditutup oleh polis.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.

kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.

Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.

Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.

Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.

kemaskini 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.

nizar jamaluddin masjid ubudiah kuala kangsar protest bn take over perak 060209kemaskini 2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap
"lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.

kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.

Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.

kemaskini 12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.

Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.

Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.

Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 31kemaskini 12.10pm Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

kemaskini 12.01pm Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.

kemaskini 11.50am Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

kemaskini 10.45am Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

kemaskini 10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.

kemaskini 10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.

Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.

Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 25kemaskini 9:40am Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.

kemaskini 9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.


Laporan sebelumnya:

Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa memberitahu bahawa satu protes besar-besaran akan diadakan di Masjid Ubudiyyah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, protes anjuran Pemuda Pakatan Rakyat itu bertujuan membantah majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Dr Zambry, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor, dipilih BN untuk mengisi jawatan tersebut setelah empat wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Jamaluddin Mohd Radzi (bekas wakil rakyat PKR Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (PKR Changkat Jering), Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) mengisytiharkan wakil rakyat bebas.

Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim - setelah 10 hari berada dalam PKR – kembali bersama BN kelmarin.

Norazli menambah, beliau difahamkan lima trak unit pencegah rusuhan FRU telah berada di masjid tersebut. Bagaimanapun, beliau tidak mengetahui jumlah anggota polis yang dikerahkan.

Katanya, beliau menjangkakan lebih 10,000 orang akan hadir untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Ditanya sama ada mereka akan mengadakan bantahan di Istana Iskandariah – tempat berlangsung majlis angkat sumpah Dr Zambry jam 3.30 petang ini, Norazli berkata:

"Tidak. Pemuda Pakatan Rakyat tidak merancang untuk mengadakan protes di Istana Iskandariah."

Mohammad Nizar malam tadi berkata semua 28 Adun Pakatan Rakyat termasuk beliau akan memulaukan majlis tersebut sebagai lambang tidak mengiktiraf kerajaan baru BN itu.

6 Feb 2009

Kempen meneruskan Qunut Nazilah

Salam Perjuangan. dalam kekalutan senario politik dalaman Malaysia, meneggelamkan pula senario kekalutan saudara kita di palestin...Kita seperti hilang arah dan merisaukan sesuatu yang tidak pasti.

Melawat palestinkini.info suasana di semenanjung Gaza lebih hebat dugaan yang melanda..11000 dalam tahanan penjara REGIM YAHUDI sedang menjadi bahan eksperimen berbahaya seperti tikus putih makmal!!

lazimkan diri kita mentadabbur makna-makna ayat Quran yang memperingatkan kita akan perjuangn Islam ini... Kita bersedih sahaja tidak berguna, lakukan sesuatu diaman sahajka kita berada!! Beserta lah kita dalam perjuangan menegakkan AGAMAALLAH atas muka bumi!

Kita istiqamah memohon kepada Allah swt dengan Qunut nazilah agar Allah menghancurkan tipudaya-tipudaya musuhNYA, disamping itu kita luruskan niat kita dan perbaiki akhlak kita setiap harinya sehinggalah datang keputusanNYA bahawa Islam PASTI MENANG!

Takbir! ALLAHUAKBAR!

5 Feb 2009

Halang blog yang melakukan fitnah keatas ISLAM!!

Salam Perjuangan, belakangan ini ada email yang mengajak kita menghantar laporan kepada perkhidmatan BLOG yang berusaha menapis blog-blog yang melakukan pencemaran keatas ISLAM.Ayuh ita sama-sama memastikan blog tersebut ditutup!

Perlu Tindakan Saya harap dengan bantuan sedikit dari anda semua dapat kita halang dari blog ini terus beroperasi,
1)klik http://help.blogger.com/?page=troubleshooter.cs&problem=&contact_type=main_tos&Submit=Submit

2)Pilih Hate or violence (Learn more.)

3) Kemudian continue dan masukkan URL http://syurga-islam.blogspot.com dan submit.

InsyaAllah dengan kuantiti dan usaha yang kita ada blog tersebut akan disekat & ditutup. Mulakan Sekarang!

p/s: tapi blog ni rasanya dah tak bleh bukak sbb owner dia "filter reader"... takpa hantar jugak aduan nih!

4 Feb 2009

Kembalikan Hak dan Peranan Institusi Syura



Nak memikul Islam bukan perkara senang, Dr mujahid Yusuf Rawa, MP PR pernah beberapa kali mengungkapkan perkataan ini pada suatu sesi temuramah delegasi sahabat sefikrah di ibu Kota tidak lama dulu. Dengan harapan memperolehi buah fikiran dan pandangan beliau tentang gerakan Mahasiswa dan Gerak Kerja Amal Islami di kampus. Tidak mengecewakan , beliau memberikan idea-idea yang bernas dan bermanfaat untuk kami semua.

Dimana jua posisi, apa jua pangkat, tahapan manapun kesusahan, sesibuk manapun kita...untuk menyumbang kepada gerak kerja amal islami ini adalah menjadi kewajipan kepada kita menggerakkannya. Sumbangan kita samada dalam bentuk tenaga, buah fikiran, duit, dan apa-apa sahaja peluang yang mampu digunakan meningkatkan prestasi gerak kerja Harakah ISlamiyyah ini wajiblah digembeling bersama-sama. Adalah tidak adil kita melemparkan berbagai-bagai tuduhan mendabik kita orang paling banyak menyumbang kepadaIslam, kerana bukan itu persoalannya: yang paling penting mengajak semua orang disekeliling kita terutama yang menerima tarbiyyah seperti kita, tamrin bersama, rehlah bersama, iftar bersama-sama kita pergi ge gelanggang dan berpencak bersama memikul beban dakwah ini.

Setiap gerak kerja kita pasti mengalami khilaf. Dalam mendepani masalah dan pencarian kepada persoalan utama dalam amal islami juga kita akan berdepan dengan khilaf dan pendapat yang sangat banyak. Masing-masing mempunyai pendapat dan sistem nilai tersendiri dalam mengemukakan jalan penyelesaian, hakikatnya tanpa sikap berlapang dada dan melazimkan diri dengan perbincangan yang membelakangi syura ia merupakan penyakit membarah dalam Harakah Islamiyyah.

Syura adalah institusi paling tinggi dalam hierarki Harakah Islamiyyah. Ia adalah penyelesaian perselisihan antara kita. Setuju atau tidak, apa sahaja keputusan hatta selepas bertegang leher dan tumbuk-tumbuk meja didalam menghasilkan ijtihad yang padu, keputusan selepas syura mestilah didokong semua ahli gerakan Harakah Islamiyyah. Tiada lagi kata-kata seperti pemboikotan syura kerana ia jelas bertentangan dengan akhlak dan merosakkan gerak kerja amal ISLAMI ini. Kecuali lah sememangnya keputusan itu dilihat sangat mengancam jemaah, maka kita wajib suarakan dan kemukakan pandagan ataupun mintalah penjelasan ; itulah salurannya . Tanpa kekuatan Syura, Jamaah akan terumbang - ambing dilambung badai, membuat keputusan-keputusan berat memerlukan kekuatan dan pengalaman yang sangat banyak. Syuralah yang memudahkan dan punca penyelesaian ; memanglah silap sangkaan sesetengah ahli jemaah yang mengandaikan syura menyusahkan, mengongkong , dan tidak memahami realiti semasa (konteks gerak kerja mahasiswa )

Usaha meleraikan diri dari keputusan syura, membelakangkan syura dan juga menafikan institusai ini berperanan pemutus perselisihan antara kita akan membawa kepada perpecahan fikrah-fikrah yang berbeza, dan menatijahkan gerak kerja yang tidak sepadu. Maka wujudlah istilah...Pendakwah-pendakwah pinggir-pinggiran yang membantu apa yang ia rasakan mahu bantu tetapi bukan speerti yang keputusan yang diSyurakan. Bahkan pula ia akan menjerumuskan setiap ahli jemaah kepada perbahasan-perbahasan yang panjang dan berjela-jela tanpa sediktipun menatijahkan keputusan dan gerak kerja yang betul-betul mampu menyelesaikan masalah utama; Kesepaduan Gerak kerja Kita. Setiap marhalah , punyai persepsi berbeza , pemikiran yang tidak holistik sudah pasti menatijahkan usaha membantu yang bersifat serpihan . Bagi marhalah TANFIZ, QUWWAH (kekuatan) yang mereka miliki mampu memutuskan keputusan, tetapi adakah selari dengan kehendak harakah Islamiyyah ini? Maka itulah pentingnya kita sama-sama meyelesaikan perselsisihan ini di medan SYURA.

Sahabat sahabiah

Persaingan memperjuangkan IDEALISME MAHASISWA dalam mendokong gerakan di kampus (sebagai contoh) bukanlah alasan paling ampuh untuk menjadikan institusi syura ibarat AJK TUGAS-TUGAS KHAS dalam satu-satu organisasi program. Ada atau Tidak syura ini- langsung tidak membekas apa-apa kerana SYURA dilihat lemah, tidak berjiwa besar, tidak memahami realiti IDEALSIME MAHASISWA KAMPUS, dan apa jua alasan yang diberikan...ia adalah kekeliruan kita dalam memahami MANHAJ NABAWI ini. Kitalah yang perlu memperkasakan SYURA, kitalah yang perlu tampil memberikan gambaran kepada SYURA dan KITALAH TERKEDEPAN MEMASTIKAN SYURA BERADA tepat di tempatnya dan berperanan membantu gerak kerja kita. Itulah kefahaman yang sepatutnya kita sama-sama dokongi demi menjamin kesepaduan AMAL kita. Janganlah kita syok sendiri , Sura dengan cara syura, ahli engan cara mereka- merasakan kita buat yang baik untuk jemaah tetapi sebenarya kita sedang melumpuhkan keseluruhan gerak kerja HARAKAH ISLAMIYYAH ini.

Memperanankakn syura dengan sebaik mungkin adalah misi utama dan pertama andai kes studi ini benar -benar berlaku dalam lapangan amal islami kita.Rujuk lah kembali Fiqh Sirah yang ada, kita telalu banyak membazir masa membahas dan mengulangi kesilapan yang sama...dan ia dibahas dan dimuhasabah lagi dan lagi. Akhirnya kita sendiri buntu dan tumpul akal, kita hilang kekuatan dengan sendirinya. Dan kita tertanya-tanya apakah jalan peneyelsaiannya? masing-masing membuat ijtihad masing-masing....dalam kes yang sama andai semua membuat ijtihad sendiri dalam perkara yang besar kita akan melihat DIVERSITI fahaman gerak kerja yang akhirnya mencapah dan dilihat sebagai BAGUS, lebih-lebih lagi semasa membentangkan strategi dan PT (Syok Sendiri). Namun di akhirnnya, apabila MUHASABAH..keputusannya adalah GAGAL. Kita tidak boleh merasakan kegagalan ini sebagai takdir atau kita telah berusaha ataupun Allah hukum kita kerana dosa kita ,kerana syarat asal dan awal belum kita penuhi:
HAK SYURA.

Ahli yang berada dalam SYURA dan sistem apungan sekitarnya perlu memikirkan secara serius masalah ini. Sebelum terlambat baiklah kita selaraskan perselisihan pendirian kita terhadap Peranan Syura, dan Autoritinya sebgai pemutus perselisihan pendapat antara kita.Kemudian bolehlah kita mulakan dengan rangka membina dan menjana kekuatan Gerak Kerja Amal Islami ini. Apapun ini merupakan pendapat penulis berdasarkan pengamatan dan perbincangan bersama sahabat-sahabat dalam lapangan amal Islami ini. Semoga ia sedikit sebanyak memberi manfaaat berguna guna perjuangan menegakkan Agama Islam yang kita cintai ini.

Salam Perjuangan
al faqir ilallah jundi Ummah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...