13 Mar 2008

Pas Penegak Ketuanan Melayu!

Ketuanan Melayu dan Menteri Besar Perak
Ali Bukhari Amir
Thu | Mar 13, 08 | 12:37:16 am MYT

Sekitar 1999 atau mungkin 2000, saya dan rakan-rakan mahasiswa pernah bertemu Dato' Dr Siddiq Fadhil atas nama kunjungan dan ziarah. Kalau tidak salah saya, beliau pernah menjadi ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak.

Beliau kini adalah Presiden Wadah dan mantan Presiden Abim sekitar 80-an. Rumahnya di Sg Ramal, Kajang. Ziarah kami bertujuan bertukar-tukar pandangan tentang pengalaman lalu dalam gerakan Islam dan pandangan beliau berhubung politik negara serta isu semasa. Ada hal-hal menarik berhubung pandangannya yang ingin saya catatkan di sini.

Antaranya, yang terpenting adalah hal Ketuanan Melayu. Entah bagaimana beliau dengan tiba-tiba berminat bercakap hal tersebut. Tapi, tatkala teringatkan bahawa beliau memang ahli dan dalam hal berkenaan, saya cuma menadah telinga mendengar setiap isi butiran percakapannya.

Jika beliau terbaca coretan saya ini, harapan saya agar beliau dapat membetulkan apa-apa yang mungkin tersalah dan tersilap tentang fakta-fakta yang ditemukan dalam tulisan ini. Ini kerana, hal ini agak lama dan izinkan saya mengoyak cebisan ingatan lama dan tampal semula di coretan ini. Jadi, mana-mana yang masih berlubang di sana-sini haraplah dapat ditampung.

"Saya tidak percaya anak-anak muda masuk Umno di atas niat perjuangan agama, bangsa dan tanahair. Selepas Reformasi, saya percaya ada dua sebab saja mereka ini masuk Umno.

"Pertama, mereka mahukan duit dan projek. Keduanya, � (mereka) bodoh sangat!" kata beliau. Saya dan rakan-rakan cuma tertawa mendengar kata-katanya bersulam kemarahan itu, ditambah pula dengan telor loghat Jawanya.

Baginya, Umno bukanlah pihak yang memperjuangkan Ketuanan Melayu. Dan, beliau ada bukti kukuh berhubung hal itu. Isterinya, Dr Siti Zulaikha cuma mendengar saja perbualan kami, kurang bercakap. Mungkin tidak mahu mengganggu perbualan tersebut.

"Nak tahu buktinya?" soal beliau. Saya mengangguk penuh minat. "Tunggu sekejap, saya ambil tesis disertasi saya." Dan, beliau pergi ke bilik bacaannya seketika.

Sikap kesungguhan beliau berhujah itu menyebabkan saya dapat mengagak inilah tingkah laku seorang ahli akademik; sentiasa berminat dan sanggup mengejar bahan bukti sokongan sebagai cara atau langkah guna menyempurnakan hujahnya.

Saya tidak fikir calon BN Parlimen Pokok Sena mempunyai sikap sedemikian. Agaknya, jika calon BN yang kalah itu dicabar untuk membentangkan semula rumusannya mengenai politik Kedah yang berpuak-puak, beliau sendiri pun tidak berani kerana tesis di UUM itu mungkin bukanlah hasil daripada penyelidikan dan penulisannya sendiri.

Saya rasa PMN, PKPIM, Gamis, SMM, Karisma, dan badan-badan pelajar yang lain dapat menyediakan tempat untuk beliau bersyarah di UUM atas tajuk itu dengan kehadiran NC UUM, Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi. Ini perlu sebagai bukti; tesis itu hasil cetusan fikirannya sendiri.

Umno menolak Ketuanan Melayu?

Dr Siddiq kembali kepada kami dengan tesis tebalnya yang saya sudah lupa tajuknya. Penyelia beliau adalah Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang pada saat itu ialah pensyarah UKM. Kajian itu mungkin berkisarkan hal-ehwal Melayu. Mungkin hal politik Melayu dan kebudayaan Melayu.

Yang sempat saya ingat dan catit, menurut tesis itu bahawa hal Umno menolak Ketuanan Melayu memang tercatat di dalam Parliamentary Debates entah volum ke berapa, saya tidak ingat. Tapi, beberapa hal penting adalah sebagai penjelasan di bawah ini:-

Parti yang berusaha keras memajukan usul berhubung Ketuanan Melayu ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang menggesa agar usul itu diperjelaskan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini perlu dibuat bagi menjelaskan negara ini milik Melayu.

Usul tersebut, kalau tidak salah ingatan saya telah dibawa oleh seorang ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu, Haji Hassan Adli. Bagaimanapun, usul tersebut ditolak oleh Umno pada ketika itu dengan menggunakan kuasa majoriti 2/3 daripada suara ahli-ahli Parlimen.

"Jadi, bagaimana Umno boleh mendakwa mereka menegakkan Ketuanan Melayu?" soalnya.

Peristiwa dialog perbincangan antara kami dengan Dr Siddiq itu telah berlangsung dalam 8 ke 10 tahun lalu. Tetapi, ia masih tetap kekal relevan untuk didebatkan jika Hishammuddin Tun Hussein melihat dirinya sebagai wira Melayu dengan mengangkat keris Panca Warisan.

Tahun berikutnya ketika Hishammuddin tidak lagi mengangkat keris itu dalam 'Muktamar' Umno, Naib Presiden beliau, YB Khairy Jamaluddin pula bersuara dengan lagaknya: "Jangan risaukan kata orang. Keris sudah terhunus, bila lagi mahu menikam?"

Kedua-dua tokoh muda Umno itu sama saja perangainya. Buta perut dan tak belajar sirah perjuangan Melayu Islam dengan betul, cermat dan niat suci. Agak-agaknya, bagaimana mereka mahu menyanggah hujah yang dibentangkan di dalam tesis Dr Siddiq Fadhil itu? Jangan-jangan, mereka sendiri pun tidak tahu-menahu soal itu!

Bangsa lain akur Ketuanan Melayu secara tersirat

Dr Siddiq menambah, dalam hal Ketuanan Melayu ini, secara tersiratnya, bangsa lain pun sudah mengakui kewujudannya. Beliau menarik perhatian kami berasaskan perbualannya bersama seorang ahli politik DAP di Perak sebelum ini, mungkin di Kinta atau di Ipoh.

"Saya tak tahu apa pendirian kaum Cina dan ahli politik yang lain. Tetapi, yang ingin saya sampaikan di sini adalah pandangan beberapa orang pimpinan DAP di Perak sendiri.

"Mereka sendiri beritahu saya bahawa ini negeri Melayu. Walaupun mereka menang, tapi peluang untuk menjadi Menteri Besar itu mustahil. Semua ini kerana sultan akan memilih orang Melayu sebagai Menteri Besar pada akhirnya," kata beliau.

Saya renung hal itu dalam-dalam. Di India sudah tiada kuasa maharaja seperti zaman dan era yang lalu ketika raja berkuasa dengan hebatnya. Di China, melalui Revolusi Budaya 1911 oleh Dr Sun Yat Sen, sistem beraja Dinasti Manchu telah digulingkan. Semua ini berlaku dengan sebab British menjajah kedua-dua negara itu.

Tapi, hal ini berbeza di Tanah Melayu. British melalui perlembagaan dan desakan orang-orang Melayu telah memutuskan kedudukan raja-raja Melayu sebagai penaung Islam di negeri-negeri. Menurut catatan sejarah, khasnya Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu telah pun mula mendapat kedudukan seperti itu, iaitu sebagai penyelamat dan pelindung agama.

Merah Silu dan lain-lain raja Melayu dilaporkan telah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w dan esoknya mereka menerima kehadiran mubaligh Islam. Serentak dengan itu, apabila rajanya telah menganut Islam, maka seisi negerinya memeluk ajaran Islam.

Tapi, peristiwa istimewa dan kejadian seumpama ini jarang disebut dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain. Kedudukan raja-raja Melayu sebagai pelindung Islam tidaklah boleh disamakan dengan gambaran mengenai pembesar Melayu sebagai pembela Islam walaupun mereka menokok tambah Islam dengan lipstik kosmetik bermodalkan jenama hadhari.

Buktinya, Abdullah Ahmad Badawi sebagai pembesar Melayu tetap kecundang walaupun �kalimah toyyibah� Islam Hadhari tersebut bergema di mana-mana melalui tetuang udara dan tv. Rakyat secara jumhur telah menolak gagasan itu kerana zalimnya pembesar itu berserta angkatan-angkatannya.

Ringkasnya, berbanding pembesar, raja Melayu mempunyai kedudukan lebih jelas sebagai pelindung, penyelamat dan pembela Islam berasaskan susur galur sejarah yang diperjelaskan melalui Sulalatus Salatin.

Bahaya hijau, Hizbul Muslimin di Perak

Ketika mengenangkan kedudukan Dr Siddiq sebagai ahli Majlis Adat Istiadat Melayu Perak, saya teringat ucapan seorang pemimpin Perikatan yang lantang menyebutkan darihal ancaman 'bahaya hijau' dan 'bahaya merah' pada suatu masa dahulu.

"Bahaya merah itu komunis dan bahaya hijau itu datangnya daripada gunung. Gunung itu adalah Gunung Semanggol," kata pemimpin itu lebih kurang yang terlintas di ingatan.

Hizbul Muslimin yang diharamkan British bermuara dari desiran tiupan angin perubahan di Ehya� as-Syarif Gunung Semanggol, Perak. Masyhurnya tempat ini sehinggakan namanya pernah disebut sekilas di dalam filem P Ramlee (Nasib Do Re Mi).

Perjuangan mantan Presiden PAS Dr Burhanuddin al-Hulaimy kebanyakannya bertumpu di negeri Perak. Inilah antara imbuhan saham kredit yang menunjukkan peranan PAS di Perak hadir sebagai pergerakan menentang penindasan penjajahan British di negeri itu.

Kini, PAS telah berjuang membebaskan rakyat daripada cengkaman penjajahan Umno-BN yang terkenal sebagai anak didik British sejak dulu, kini dan mungkin buat selama-lamanya. Melihat hal ini, tidak salah jika diberi ruang kepada PAS untuk mentadbir negeri berkenaan.

Kami akhirnya pulang daripada rumah Dr Siddiq setelah lewat malam, sedangkan beliau masih rancak bercerita darihal pengalaman lalu. Sambil mengucapkan terima kasih di atas penerangan dan perkongsian ilmu, beliau berkata:

"Apa lagi yang boleh kami sebagai orang tua mahu sumbangkan kepada anak-anak muda dalam jemaah kini? Ini saja yang ada," kata beliau, sambil mengiringi kami keluar rumah.

Di luar rumah, sama keadaannya ketika kami tiba awal tadi. Iaitu ada kira-kira 6 hingga 7 ekor kucing sedang menunggu di luar pintu untuk masuk ke dalam rumahnya. Semua ini menarik perhatian.

Sempat juga dia berseloroh mengenai kucing-kucing itu. Gurauan yang penuh bermakna.

"Pintu ini terpaksa ditutup. Kalau tidak, kucing akan masuk. Kalau dibuang, rasa kasihan dan tidak adil pada perjuangan ini. Kita selalu sebut keadilan� keadilan�" ketika ini tangannya diangkat seperti gaya sedang berpidato. Lalu, dia menambah �

"Tapi, kucing kita sendiri pun tidak dapat dibela, diberikan keadilan kepadanya," kata-kata itu membuat saya ketawa sendirian dan hal itu masih melekat di ingatan sehingga kini. Adakah kita sebagai khalifah dapat melaksanakan amanah selepas mandat diberikan rakyat?

Walhal, kalau tidak salah saya, Khalifah Umar al-Khattab r.a pernah berkata, "Kalau ada seekor keldai yang mati kelaparan, maka Umarlah yang akan bertanggungjawab."

Semua inilah yang menjadi bahan renungan fikiran saya dan malah menjadi igauan mimpi ngeri tatkala mengenangkan Barisan Rakyat telah diberi mandat oleh rakyat kini.

Sekolah Pemikiran Pendang,
11:53 p.m, 12 Mac 2008.

12 Mar 2008

Munajat PRU di Kelantan 3 PAGI !!!!

Perhatikan bagaimana rakyat yang mahukan Islam terus menjadi asas kepada perjuagan... jam 3 pagi ramai 2 turun di stadium sahaja..tak perlu masjid kristal juta2 punya harga..
Melimpah sampai keluar...

Munajat PRU di Kelantan 3 PAGI !!!!

6 Mar 2008

PAS ATAU UMNO...Haron Din Menjawab..

Dr Haron Din
Thu | Feb 28, 08 | 10:08:47 am MYT

Soalan | Saya seorang pensyarah di sebuah IPT. Saya tidak berminat soal politik kerana bagi saya, permasalahan politik adalah masalah duniawi dan tidak ada kena mengena dengan ukhrawi (agama). Bagaimanapun saya ingin bertanya, apakah tingkah laku ahli-ahli politik atau pengikut mereka akan dipersoalkan di akhirat tentang sikap politik mereka. Mengapa perlu pilih PAS, tidak BN? - Pensyarah Muda, Kuala Lumpur

Image

Jawapan | Saudara telah membuat andaian berdasarkan kepada pemikiran sendiri. Pemikiran sedemikian mungkin dipengaruhi oleh keadaan politik semasa yang senantiasa bergolak.

Saya memahami orang pemahaman seperti saudara memang wujud dalam masyarakat kita.

Pemahaman ini wujud kerana teori politik secara umumnya adalah bersifat kebendaan. Ia bersifat sekular.

Sekular adalah suatu sistem yang difahami memisahkan agama daripada kehidupan.

Keseluruhan pemikiran politik yang diteraskan kepada materialisme yang melahirkan fahaman sekular adalah diasaskan ahli-ahli politik Barat, diasaskan kepada akal dan menolak wahyu sebagai alat berpolitik.

Oleh kerana itu, agama kepada sesetengah ahli politik Barat, tidak boleh dicampurkan dengan politik.

Wahyu sebenarnya di luar jangkaan akal manusia. Akal tidak mampu memahami kehendak wahyu. Manusia yang beriman perlu mengambil wahyu sebagai jambatan pengabdian terhadap Allah SWT.

Kefahaman yang diterapkan golongan orientalis menerima wahyu hanya untuk digunakan menyembah Allah, manakala mentadbir negara digunakan akal yang kononnya rasional.

Sekular adalah hasil ciptaan pemikir Barat yang berasaskan realiti dalam masyarakat Barat, khususnya di abad pertengahan sebelum zaman Kebangkitan Eropah (European Renaissance).

Pada zaman itu, masyarakat Eropah dikongkong oleh kuasa gereja. Gereja yang menentukan segala-galanya.

Orang-orang gereja (para Pope) yang paling berkuasa. Kata-kata dan tindakan mereka betul semuanya, tidak boleh disanggah walaupun ia tidak rasional.

Pemikir-pemikir politik Barat, sedar akan kemunduran kerana dijajah oleh keagamaan Kristian yang banyak tidak rasional terhadap mereka, menyebabkan negara mundur. Image

Dari sinilah lahirnya fahaman sekular yang memisahkan penghidupan dengan agama, sekali gus memisahkan agama daripada politik (daripada kalangan Kristian).

Meskipun itu boleh berlaku dalam masyarakat Barat yang berpegang dengan fahaman Kristianiti, ia berbeza dengan agama Islam.

Islam adalah agama yang secara tabi'enya sesuai dengan tabiat di dunia dan penghidupan manusia bagi menjamin kebahagiaan di akhirat.

Firman Allah (mafhumnya): "Maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh daripada kesesatan (mengikut agama Allah), iaitu agama yang Allah ciptakan manusia (dalam keadaan semula jadinya) untuk menerimanya; tidak patut ada sebarang perubahan kepada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (Surah ar-Rum, ayat 30)

Ini memberi isyarat bahawa agama Islam amat sesuai dengan fitrah manusia. Hukum-hukumnya rasional, mudah diterima akal dan rasional.

Tercatat dalam sejarah Islam dilaksanakan dengan masyarakat manusia, sejarah sejak dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. berpindah ke Madinah pada Tahun 1 Hijrah (622 M), terus menerus dilaksanakan dengan jayanya dan tersebar hingga ke seluruh dunia.

Islam berkembang dari Asia ke Afrika, ke Eropah ke Timur.

Sehingga Kerajaan Uthmaniyah di Turki, di bawah pemerintah sultan terakhir digantikan pemerintahan i'lmaniyyah (sekular) Mustafa Kamal Ataturk pada tahun 1924.

Ketika itu lenyaplah negara Islam yang sebenar, melainkan tinggal beberapa buat negara sahaja.

Pemikiran politik Islam bertitik tolak daripada kefahaman Islam yang tidak memisahkan Islam daripada pemerintahan. Image

Ia bersatu dalam satu perkataan di istilahkan sebagai Ad-Din, cara hidup yang lengkap, terungkap seperti firman Allah (mafhumnya): "...Pada hari ini, Aku (Allah) telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku terhadap kamu, dan aku reda Islam menjadi ad-Din kamu (cara hidup yang sempurna)..." (Surah al-Maaidah, ayat 3)

Oleh kerana itu, kita umat Islam perlu terima hakikat, Islam adalah agama yang sempurna, termasuk cara berpolitik, memerintah cara Islam.

Jika kita menolak pegangan ini dan memilih yang lain, ia bermakna menolak ketetapan Allah dan merendah-rendahkan agama, seolah-olahnya cara hidup ciptaan manusia, lebih sempurna dari ciptaan Allah.

Merendah-rendahkan agama Allah boleh menyebabkan kerosakan akidah.

Oleh itu maka pemilihan untuk menyokong sesebuah parti politik dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul, bukan semata-mata terpengaruh dengan arus masyarakat.

Jangan sesekali menyokong sesebuah parti yang perjuangannya mendorong hanya kepada kesenangan dunia, lebih-lebih lagi jika perjuangan itu menjadi penentang kepada perjuangan Islam. Wallahua'lam. - lanh Cetak

Penggunaan Dakwat Kekal Diakui dunia keberkesanannya

Anis Nazri
Wed | Mar 05, 08 | 11:55:44 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari mengundi menyebabkan beberapa pemimpin Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel) menarik diri sebagai pemerhati pada hari pengundian, 8 Mac ini.

Penarikan diri sebagai pemerhati itu dimulai Pengerusinya, Abdul Malek Hussin dan kemudiannya diikuti Timbalannya, Syed Ibrahim Syed Noh sebagai tanda kesal dengan keputusaan SPR tersebut, bagaimanapun tidak memaksa anggota Mafrel yang lain bertindak serupa.

Malah, Malek dengan tegas menyatakan bahawa Mafrel tidak dapat menerima kehadiran pemerhati-pemerhatinya yang ditauliahkan SPR untuk memerhatikan urusan pengundian di tempat-tempat mengundi pada pilihan raya ini dalam keadaan untuk mengiyakan suatu keputusan yang pasti menjejaskan kredibiliti dan integriti Mafrel. Malek juga berkata Mafrel memandang berat kepuutsan tersebut memandangkan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi amat berguna dan berkesan untuk mencegah perbuatan penyamaran serta pengundian berganda yang jelas bertentangan dengan seksyen 7, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Berdasarkan pengalaman Mafrel melalui misi pemerhatian pilihan raya peringkat antarabangsa khasnya di Indonesia, Filipina malahan Afghanistan, penggunaan dakwat kekal tersebut diperakui masyarakat antarabangsa sebagai salah satu langkah yang berkesan untuk mencegah amalan penyamaran dan pengundian berganda," kata beliau dalam sidang media petang tadi.

Tambah beliau, berdasarkan pengamatan Mafrel, pilihan raya umum ke-12 ini akan terdedah kepada gejala penyamaran dan pengundian berganda yang hanya boleh ditangani secara jangka pendek dengan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi.

Beliau juga berkata pembatalan penggunaan dakwat kekal itu mendedahkan suasana yang tidak kondusif kepada perjalanan proses pilihan raya yang seharusnya menepati prinsip-prinsip dan amalan pilihan raya yang bebas dan adil yang diiktiraf dunia.

Dengan itu, Malek berkata Mafrel membantah sekeras-kerasnya keputusan pembatalan tersebut dan menegaskan bahawa Mafrel tidak akan mengiyakan satu keputusan yang nyata bertentangan dengan rekomendasi nombor 12 dan 13 yang terkandung dalam 'Final Report in Election Observation of 2007 by-elections' bersabit dengan penggunaan dakwat kekal yang telah dikemukakan Mafrel kepada SPR sebagai sebahagian dari syarat-syarat pemerhatian pilihan raya Mafrel yang diiktiraf SPR bagi pilihan raya kecil N8 Machap, Melaka dan N11 Ijok pada 2007 lalu. - mks. Cetak

Memqang banyak keganjilan..dan penipuan..MASA UNTUK BERUBAH

Orang kanan calon BN cabul Puteri Umno...

Salmiyah Harun
Thu | Mar 06, 08 | 12:46:11 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - Orang kanan Calon BN Dun Sg Abong N13, Kamaruddin Suratman yang dikenali sebagai Abas bertindak meraba kemaluan seorang ahli Putri Umno semasa berkempen di Taman Perdana Muar, di Parlimen Bakri baru-baru ini.

Perbuatan calon BN yang rakus itu, telah memberi tekanan kepada mangsa yang dikenali sebagai Saadah menyebabkan beliau bertindak membuat laporan polis.

Ekoran laporan polis yang dibuat mangsa, keahliannya sebagai Puteri Umno telah dilucutkan.

Menurut Saadah sebagaimana yang dilaporkan kepada polis, orang kuat calon BN itu bersama rakannya menjemput beliau dengan kereta di rumahnya ke bilik gerakan Umno.

"Dalam kereta tersebut saya bersama dua lagi lelaki salah seorang daripadanya bernama Abas dan dalam perjalanan ke Taman Perdana, Abas telah menghulur tangannya seperti mahu bersalam kepada saya yang duduk di belakang dan saya menyambut salam tangannya dan kemudian Abas telah meraba-raba bahagian peha saya dan sehingga menyentuh kemaluan saya,"demikian lapor Saadah.

Ekoran daripada kejadian itu, Saadah mengadu kepada pemuda Umno yang dikenali sebagai Abang Dolah bagaimanapun dia tidak mahu Saadah membesar-besarkan kejadian itu dan tidak menghiraukan aduannya.

Menurut Saadah yang dipetik daripada Tranungkite, Ketua Puteri Umno Bahagian yang dipanggil Anum turut memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada sesiapa serta membuat laporan polis.

Sementara itu, salah seorang ahli Putri Umno Bakri yang menggelarkan dirinya Mawar Berduri kesal kerana ketuanya langsung tidak mempertahankan anak buahnya bahkan memberi amaran kepada Saadah supaya tidak menghebahkan kejadian itu.

Katanya, tidak cukup daripada itu, Saadah turut dituduh yang bukan-bukan seolah-olah dialah yang menggoda lelaki terbabit.

"Saya tidak tahu apakah lagi yang akan berlaku selepas ini. Siapakah lagi yang dapat membela nasib kami sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada kami hanya semata-mata mahu menyelamatkan maruah seseorang individu," katanya.

Tegasnya, ahli Puteri Umno masih mempunyai maruah dan harga diri bukannya menjadi alat pemuas nafsu.

Bagaimanapun, beliau mengharapkan ahli puteri terutamanya di Johor agar berani memperjuangkan dan mempertahankan hak dan maruah mereka.

"Kepada Kak Noraini yang berada di Parlimen Parit Sulong dapatlah menjengok kami di sini," rayu beliau. - mks. Cetak

lihatlah keburukan dan keparahan akhlak pemuda UMNO....ini perkara BESAR..MASA UNTUK BERUBAH

5 Mar 2008

Masa Untuk Berubah

Kebiadaban kakitangan Universiti terhadap Hak Mahasiswa

Ali Bukhari Amir
Tue | Mar 04, 08 | 4:37:39 am MYT

JOHOR BAHRU, 4 Mac (Hrkh) - Ekoran pendedahan Harakahdaily ke atas kempen Umno-BN secara tersirat baru-baru ini di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beberapa kumpulan pelajar mula mendapat tekanan pihak-pihak tertentu di universiti itu seperti tindakan merakam gambar markaz pertemuan pergerakan mereka.

Seorang pelajar Hasbullah Amin (samaran) berkata, pihaknya mula menerima banyak kiriman pesanan ringkas daripada kumpulan Aspirasi-Umno dan pihak pentadbiran universiti setelah pendedahan tersebut.

"Pada malam 2 Mac lalu, lebih kurang 20 orang pengawal keselamatan datang merakam gambar markaz kami. Mereka mencatit nombor pendaftaran motor dan kenderaan kami. Mereka berlegar di sekitar kampus mungkin untuk memantau kegiatan pelajar.

"Setelah tersiar laporan

Harakahdaily

, pada malam itu juga mereka datang. Mungkin juga dikerah pihak atasan universiti. Petang esoknya, tiga orang pelajar Aspirasi-Umno datang rakam gambar kenderaan di markaz kami," kata Hasbullah, mewakili jurucakap pelajar-pelajar berkenaan.

Hasbullah berkata, beliau mengesyaki bahawa ada kemungkinan Pengarah Ko-Kurikulum terlibat dalam hal tersebut. "Ini kerana, gambar beliau yang memakai baju kuning turut tersiar secara jelas dalam laporan sebelum ini," katanya. Namun begitu, katanya, setakat ini tiada lagi sebarang tangkapan dilakukan ke atas para pelajar itu.

Beberapa hari lalu, sekumpulan mahasiswa UTM membangkitkan persoalan mengenai kehadiran seorang bekas menteri di universiti itu dalam keadaan mencurigakan.

Kecurigaan itu bertambah kerana kehadirannya diiring sekumpulan anak muda luar kampus yang dibekalkan logo parti Umno-BN sehingga membangkitkan rasa cemas dalam kalangan warga kampus.

Ekoran itu, salah seorang mahasiswa telah menghantar pesanan ringkas SMS kepada pimpinan universiti itu bagi meminta penjelasan berhubung acara bekas menteri tersebut.

Respon pihak universiti melalui SMS

"Jawapan yang diterima daripada pimpinan universiti amat mengecewakan," kata Hasbullah.

Kiriman SMS daripada pimpinan universiti kepada mahasiswa itu adalah: "Sekarang kementerian ialah BN. Jadi (pemuda Umno-BN) tu ialah penyokong menteri, jadi mereka nak tunjuk sokongan mereka.

"Bila menteri balik mereka pun balik, lagi pun Univ (universiti) ni BN punya, hasil kejayaan dari pemerintahan mereka (Umno-BN). Kalau PAS perintah, jadi macam Afghanistanlah Malaysia ni.. Univ (universiti) Pondok," demikian petikan SMS daripada pimpinan universiti itu.

Nik Aziz akui tutup lampu ketika solat di pejabat

Intan Abdullah
Tue | Mar 04, 08 | 3:58:13 pm MYT

KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) - Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dasar Membangun Bersama Islam dilaksanakan di Kelantan sejak 18 tahun lalu berjaya melahirkan kakitangan yang mengamalkan sikap amanah.

Selain itu mereka juga memahami prinsip Ubudiyyah, Mas'uliyyah dan Itqan.

"Pegawai-pegawai kita terdidik dengan sifat itu. Mereka datang ke pejabat menunaikan solat tanpa membuka lampu memandangkan hari telah cerah untuk mengelakkan menggunakan wang kerajaan," ujarnya pada satu ceramah di Kampung Jambu, Pengkalan Chepa, malam kelmarin.

Menurutnya beliau sendiri menunaikan solat dalam keadaan gelap kerana takut menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

"Kita kena contohi Saidina Abu Bakar, tetapi sekarang ini orang sudah tidak hairan dengan rasuah dan makan duit kerajaan, bahkan ada juga yang dibuat harta sendiri," katanya.

Tambah beliau juga kakitangan awam tidak pernah dihalang mengumpul harta tetapi dengan syarat menggunakan gaji yang diperolehi, bukan dengan mengaut daripada wang kerajaan.

Tahun lepas beliau pernah didatangi pegawai Badan Pencegah Rasuah kerana tidak melaporkan mengenai ada pihak yang cuba menyogoknya ketika awal mengetuai kerajaan negeri.

"Saya tidak pernah terliur dengan harta yang ditawarkan dengan cara tersebut, bukan sahaja tidak halal bahkan tidak berkat kepada seluruh kehidupan dan keturunan," katanya.

Beliau juga berkata, dasar kerajaan PAS menekankan aspek berbelanja secara berhikmah berdasar sifat orang mukmin apabila berbelanja tidak boros dan apabila berjimat tidak pula sampai kikir. - mj Cetak

Pemuda India borong 6,000 Harakah edisi terbaru




Zain el-Din Hashimi
Thu | Feb 28, 08 | 11:33:15 am MYT



KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Kakitangan Harakah bahagian pemasaran hari ini dikejutkan dengan kedatangan beberapa pemuda India bersama dengan lori tiga tan yang dipercayai untuk mengangkut 6,000 naskhah akhbar Harakah.

ImageTinjauan mendapati, mereka adalah pemuda India dari ibu kota yang sedar kepentingan Harakah untuk bahan bacaan dan rujukan khususnya di kalangan masyarakat India di Kuala Lumpur menjelang pilihan raya pada 8 Mac nanti.

Suresh, 28; Muthu Kumar, 29; Sri Dhar, 27 telah datang pada awal pagi lagi bagi memastikan Harakah kali ini diperolehi tanpa kegagalan untuk mendapatkannya.

Suresh yang ditemui menjelaskan, tujuannya ke pejabat pemasaran Harakah adalah untuk mendapatkan 6,000 naskhah untuk diedarkan kepada pembaca di sekitar ibu kota, dengan harapan yang cukup tinggi agar mereka (pembaca) dapat memilih calon-calon pembangkang yang dilihat kali ini terdiri daripada golongan profesional seperti doktor, jurutera, pakar motivasi, aktivis masyarakat kontraktor dan lain-lain.

ImageSementara rakannya, Muhtu Kumar menegaskan, bahawa Harakah adalah sebuah akhbar alternatif yang hanya melaporkan berita-berita yang benar lagi sohih, tidak seperti akhbar-akhbar arus perdana yang bayak mengampu dan mengambil hati para pemimpin negara.

Seorang pesara kerajaan, Kesevan Rajoo, 61, menyatakan bahawa beliau mendapatkan kira-kira 150 naskhah Harakah untuk diedarkan di Bukit Aman, saya tidak takut untuk hantar ke Bukit Aman memandangkan saya seorang pesara, dan saya yakin ada di kalangan para pegawai keamanan di situ yang berminat untuk membaca Harakah.

Bagaikan pisang goreng panas

Menurut seorang kakitangan bahagian pemasaran Harakah , Khairul Azizi menjelaskan, kali ini pihak pengurusan telah mencetak kira-kira 177,000 naskhah berbanding 134,000 sebelum pembubaran parlimen dan penamaan calon baru-baru ini.

Katanya, keadaan ketika penjualan kali ini agak kalut dengan penambahan mendadak yang mendapat permintaan tinggi dari pengedar dan pembeli.

ImageSeorang pengedar yang ditemui, Haji Abdul Rahman Haji Idris yang menjadi pengedar sejak lima belas tahun lalu di pasar besar Dato' Keramat berkata, "permintaan tinggi untuk mendapatkan Harakah memaksa saya untuk menambah bilangannya kepada seratus naskhah, berbanding sebelum ini, itu pun kerana pembaca ingin tahu berita benar yang dilaporkan oleh Harakah."

Tambahnya, hanya Harakah bagi pandangan pembaca sebagai satu-satunya akhbar yang boleh dipercayai berbanding akhbar-akhbar arus perdana, yang banyak membelit dan melaporkan berita yang tidak beretika, maka sekali gus menjadi akhbar yang tidak bermutu.

Selanjutnya menurut beliau, masyarakat di ibu kota tidak seperti sepuluh hingga lima belas tahun lalu yang hanya bergantung kepada berita yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana, tetapi hari ini mereka telah menemui alternatif yang sangat memuaskan hati mereka, iaitu Harakah.

Seorang pembeli, Asri Abdul, 38 yang ditemui menjelaskan, sejak akhir-akhir ini beliau rasa teruja untuk mendapatkan naskhah Harakah kerana tidak puas hati dengan laporan berita berita berat sebelah yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar arus perdana dan laporan berita televisen.

Beliau yang bekerja sebagai seorang kakitangan swasta bergegas untuk mendapatkannya sebelum kehabisan stok, memandangkan sambutan di luar jangkaan banyak pihak.

Seorang lagi pembeli yang ditemui, Azhari, 31 turut menyokong pendapat Asri, dan mengharapkan pilihan raya kali ini memihak kepada pembangkang yang diketuai PAS dalam Barisan Alternatif. - mks. Cetak

4 Mar 2008

Buruknya akhlak PAK LAH..kami mendedahkan ..anda memilih




Undi anda rahsia..kita menilai dan membezakan..
Bukti apa lagi yang anda mahukan????
Sehingga anda sendiri dipermainkan kerajaan yang anda pilih ..baru anda mahu menepuk dahi dan mengeluh seribu penyesalan,,
Ubah sebelim terlambat
KATAKAN TIDAK KEPADA BN

PAS pejuang sebenar perpaduan kaum...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...