29 Jul 2010

panduan tabarruj (berhias) menurut islam


PANDANGAN ULAMA

Pada dasarnya perhiasan dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri agar orang lain merasa senang memandang adalah diharuskan.Perhiasan itu selama mana ianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘ adalah sangat digalakkan dan dituntut dalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke masjid, firmanNya:

Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” (Surah al-‘Araf, ayat 31)

Perhiasan itu fungsinya bukan setakat untuk memperindah dan mencantikkan tubuh badan dan sesuatu tempat saja, seperti dinding-dinding dan ruang-ruang tertentu di dalam rumah, di masjid dan sebagainya, tetapi juga fungsinya menjadi alat dan bahan untuk kegunaan suatu tujuan, sama ada ianya digunakan kerana ada keperluan, seperti untuk perubatan, ataupun digunakan tanpa ada keperluan, seperti pinggan dan cawan yang diperbuat daripada perak atau emas digunakan untuk makan dan minum kerana semata-mata menunjukkan a kehidupan yang mewah.

Namun begitu, bukan semua jenis barang-barang perhiasan itu diharuskan untuk dijadikan bahan kegunaan dan hiasan diri dan tempat. Terdapat garis panduan hukum syara‘ yang menentukan bahan-bahan perhiasan mana yang boleh dan tidak boleh digunakan dan dipakai, baik bagi laki-laki mahupun perempuan.

Pembahasannya lebih kurang sama dalam menafsirkan `perhiasan yang zahir’. Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi: Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat’, terdapat tujuh pendapat, iaitu:

1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Mas’ud.
2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
3. Bererti celak dan cincin – Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
4. Bererti gelang, cincin dan celak – Al-Misywar bin Mukhrimah.
5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – Pendapat dari Mujahid.
6. Bererti cincin dan gelang – Dari al-Hasan.
7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan – dari al-Dhahhak.

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الجَاهِلِيَّةِ الأُولَى

Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Dalam Islam hukum bersolek bagi wanita ada pelbagai keadaan, ada hukumnya wajib, sunat, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan dan niat atau tujuan ia dilakukan. Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.


Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya sepatutnya wajib ditutup.

Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj. Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal memakai baju dari lu'lu' (permata), atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Wanita bersolek untuk suami

Islam tidak melarang wanita bersolek kecantikan fizikal yang diharuskan oleh syarak, bahkan ia wajib jika dilakukan untuk suami dan menarik perhatian suaminya. Tetapi haram jikan bertujuan untuk menarik perhatian lelaki-lelaki ajnabi atau atau untuk keluar rumah dengan mendedahkan aurat dan persolekannya. Hukumnya juga haram jika bersolek sehingga mengubah kejadian Allah atau menyerupai wanita jahiliyah (tabarruj jahiliah).

Hukum wanita memakai bau-bauan

Terdapat beberapa hukum seperti wajib, haram, sunat, makruh dan harus.

Wajib wanita berwangi-wangian

Ketika suami berada di rumah, khususnya ketika hendak melayan suami pada waktu malam, malah hendaklah mereka terlebih dahulu bersolek dan memakai bau-bauan. Selain daripada itu, nabi saw tidak wajibkan. Nabi saw bersabda “Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)

Maksud menyenangkan hati ialah dalam semua hal dan keadaan, sama ada aspek fizikal dan mental. Dari segi akhlak, wajah dan dirinya sentiasa berhias dan bersolek, sentiasa berbau wangi di rumah dan di hadapan suami, semuanya termasuk perkara yang boleh menyenangkan suami. Tetapi sekiranya untuk keluar rumah, wanita-wanita dilarang bahkan haram bersolek dan memakai bau-bauan kerana terdapat keterangan hadis yang melarang wanita berbuat demikian.

Waktu Sunat wanita berwangi-wangian

i- Ketika berada di dalam rumah, terutamanya ketika berhadapan dengan suami.
ii- Ketika hendak menunaikan solat dan beribadat dalam rumah, bukannya di masjid. Kalau untuk ke masjid, terdapat hadis yang melarang wanita berwangi-wangian.
iii- Ketika menyambut tetamu wanita, sunat berwangi-wangian
kerana sekiranya berkeadaan busuk boleh menimbulkan rasa
kurang senang dan menyakiti perasaan tetamu.

Walau bagaimanapun, selaku seorang muslimat, hendaklah sentiasa kelihatan kemas, badan dan pakaian hendaklah tidak berbau busuk.Oleh itu, sunat bagi wanita memakai bau-bauan ketika berada di rumah atau ketika sesama wanita.

Terdapat keterangan dalam hadis-hadis yang lain yang menjelaskan tentang wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi tidak pada dan tempat yang dilarang. Rasulullah saw bersabda “Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya”(Riwayat al-Tarmizi)

Bahkan Aisyah sendiri memiliki minyak wangi yang terbaik. Dia menggunakan wangian tersebut apabila melayan Rasulullah saw. Baginda saw. Kata Aisyay “Aku memakaikan minyak wamgi kepada nabi saw ketika baginda hendak melakukan ihram, dengan minyak yang terbaik yang aku miliki” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Selain daripada itu juga, adalah sunat bagi wanita memakai wangi-wangian sebelum berihram. Kerana terdapat keterangan bahawa Aisyah berkata “Kami (isteri-isteri Rasulullah saw) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah saw. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaikdi kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah saw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi saw tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Berdasarkan hadis jumhur tersebut, ulamak berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat sama ada kepada lelaki dan wanita berwangi-wangian ketika ihram.

Imam Syafie berkata “Sunat bagi lelaki dan wanita menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak (sebelum) melakukan ihram, walaupun zat minyat tersebut kekal hingga sesudah ihram”. Imam Hanafi pula ada mengatakan “Sunat menyapu badan dan pakaian dengan minyak wangi ketika hendak atau sebelum ihram, walaupun zat tidak tinggal melekat, sekalipun baunya kekal” (al-Mazahil al-Arba’ah)

Namun Imam ada memberikan peringatan kepada wanita “Seseorang yang hendak berihram, hendaklah memakai bau-bauan sebelum melakukan ihram (bukan ketika sedang berihram). Itulah yang lebih sah. Walaupun bau wanginya terlekat hingga sesudah ihram. Tetapi sekiranya setelah ia menanggalkan ihram itu lalu memakainya semula, maka dikenakan fidyah, kecuali dia mencuci pakaian itu terlebih dahulu. Kerana orang sedang berihram disyaratkan menjauhkan bau-bauan” (al-Minhaj)

Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli menyatakan makruh menyapu bau-bauan pada pakaian ihram. Bagi yang membolehkannya adalah sebelum ihram. Sesudah berihram, jemaah terbesar daripada sahabat dan tabii,jumhur ahlu hadis dan ahli fiqh menyatakan haram. Mereka ialah Saad bin Abi Waqas, Ibnu Abbas, Ibnu Zubair, Muawiyah, al-Sauri, Abu Yusuf, Ahmad, Daud dan lain-lain (syarah Soheh Muslim oleh as-Sauri)

Waktu makruh wanita memakai wangi-wangian

Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulamak dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alas an ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i- Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii- Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kmau hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)

Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.

Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi- Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii- Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii- Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”

Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami, semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”

Beberapa Hadis Rasulullah saw sebagai paduan

أيَّمَا امْرَأَةٍ وَضَعَتْ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، فَقَدْ هَتَكَتْ سِتْرَ مَا بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ

“Siapa saja di antara wanita yang menanggalkan pakaian-nya di selain rumah suaminya, maka ia telah mengoyak tirai pelindung antara dirinya dan Allah Azza wa Jalla.

مَثَلُ الرَّافِلَةِ في الزِّينَةِ في غَيْرِ أهْلِهَا ، كَمَثَلِ ظُلْمَةٍ يَوْمَ القِيَامَةِ لاَ نُورَ لهَا

“Permisalan wanita yang berhias untuk selain suaminya, adalah bagaikan kegelapan pada hari kiamat, tidak ada cahaya baginya.”


Maksudnya adalah wanita yang berlenggak-lenggok ketika berjalan dengan menarik pakaiannya, akan datang pada hari kiamat dalam keadaan hitam dan gelap, bagaikan berlenggak-lenggok dalam kegelapan. Dan hadits ini walaupun lemah, tetapi artinya benar, karena kenikmatan dalam maksiat adalah siksaan, wangi-wangian akan menjadi busuk dan cahaya menjadi kegelapan. Kebalikan dari taat, bahwa bau mulut orang yang berpuasa dan darah orang yang mati syahid lebih harum di sisi Allah dari bau minyak kasturi."

سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي نِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ، عَلَى رُؤُوسِهِنَّ كَأَسْنِمَةِ البَخْتِ ، اِلْعَنُوهُنَّ فَإنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ

“Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan punuk unta, laknatlah mereka karena mereka adalah wanita-wanita yang pantas dilaknat.”

Kesimpulan:

Semua orang ingin kelihatan cantik dan menarik, sama ada lelaki atau perempuan. Lelaki tidak boleh berhias dengan menggunakan alat-alat solekan perempuan. Lelaki kelihatan kemas dan menarik melalui penampilan diri atau pakaian mereka. Segala hadis yang dinyatakan di atas adalah berkenaan dengan larangan kepada golongan wanita dan tidak kepada lelaki. Oleh itu, lelaki dibolehkan menggunakan wangian yang sesuai, tidak bertujuan menunjuk-nunjuk, manakala wanita tidak harus menggunakannya untuk menarik perhatian orang lain agar memandang kepadanya. Tetapi harus menggunakannya hanya sekadar inging menghilangkan bau busuk badan agar disenangi oleh masyarakat sekeliling.


والله اعلم

15 Jul 2010

ISTIWA A'ZAM

Dakwah Kasih Sayang



Sumber: KULIAH AD-DEEN

Dakwah sufi penuh kesabaran, keterbukaan, kasih sayang dan tidak bersifat menghukum. Menerima segala celaan dengan kesabaran dan munajat dengan tiada berputus asa. Mereka tidak menjawab celaan dengan celaan kerana cinta kepada manusia apa lagi saudara seagama.

Manusia akan memusuhi apa yang ia tidak tahu. Penyelesaian melalui perdebatan ilmu akan hanya membawa kepada kekerasan jiwa, luka hati dan perpecahan ummah. Pilihlah jalan kesabaran, kemaafan, persahabatan dan munajat kerana cinta, agar jiwa yang keras menjadi lembut, kejahilan menjadi pengetahuan, permusuhan menjadi persahabatan, perpecahan menjadi penyatuan, kebencian menjadi kasih sayang.

Marilah kita terus berjuang membangunkan Islam dengan method tasawwuf yang lembut dan hikmah agar diri, keluarga dan masyarakat selamat dari tenggelam dalam kekufuran, kesyirikan, kefasikan, hawa nafsu, syaitan dan dunia yang melalaikan.

Lihatlah dakwah Jemaah Tabligh, mereka memilih mendiamkan diri dari apa jua tohmahan, namun terus berjuang dengan jalan yang mereka yakini, akhirnya musuh dan fitnah menjadi lemah. Mereka terus bergerak sehingga berjaya melahirkan jutaan kader dakwah mereka di seluruh dunia.

Begitu juga dakwah Habib Umar al-Hafidz, mereka diacu dengan senapang oleh penentang mereka, namun dengan kesabaran dan munajat, akhirnya ramai para penentangnya menjadi pengikutnya, sehingga dakwahnya tersebar ke seluruh dunia.

Ingatlah pesan asy-Syahid Imam Hassan al-Banna, ‘Jadikan dirimu seperti pohon yang berbuah lebat, mereka melontarnya dengan batu, tapi ia melontarkan kembali buah yang ranum!”


Tasawwuf adalah mujahadah. Didik diri dengan memilih kehinaan dari pujian, pilih kemaafan dari dendam dan kemarahan, pilih kesabaran dalam apa jua keadaan. Terus berakhlak mulia dengan sesiapa jua, menghormati apa yang ada pada orang lain. Dan berpeganglah kamu dengan kalam ‘Arifbillah yang menjadi dasar semua tarekah :
ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI - 'Ya Allah, hanya Engkau yang ku maksudkan, dan keredhaan Mu lah yang ku cari!”

Sumber: KULIAH AD-DEEN

14 Jul 2010

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan


Tentatif Seminar Pemikiran Islam II

Tempat : Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Tarikh : 20-22hb Julai 2010

HARI PERTAMA : 20 Julai 2010 (SELASA)

8.00 – 8.30 pagi : Pendaftaran
8.30 – 10.30 pagi : Pembentangan Sesi 1 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah

1. Suatu Perspektif Dalam Memahami Gerakan Wahabi Hj. Zaidi Hj. Hassan [Pengkaji Bebas]

2. Asya’irah dan Cabaran Semasa Di Thailand Tn. Haji Ghazali Ahmad [Guru Pondok]

3. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah Di Brunei Darussalam: Isu Dan Cabaran Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal [Universiti Islam Sultan Sharif Ali,Brunei ]

4. Wahhabism in the English Works Associate Prof. Dr. Ibrahim Abu Bakar [UKM]

5. Kaedah Penyebaran Dakwah Menerusi Mesej Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah: KajiaN Terhadap Jam‘iyyah al-Mashari‘ al-Khayriyyah al-Islamiyyah di Lebanon Dr. Sulaiman bin Ibrahim [Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei]

10.30 – 11.00 pagi : Kudapan

11.00 – 1.00 petang: UCAP UTAMA (Balai Ilmu)

Pengerusi : Dr. Faizuri bin Abdul Latif

”التحدي السلفي للمذهب الأشعري: جذوره تاريخه ومظاهره ووسائله وكيفية مواجهته“
Prof. Dr. Dheen Muhammad [Universiti of Qatar, Mesir]

1.00 – 2.30 petang : Rehat / Makan Tengah hari / Solat

2.30 – 5.00 petang :
MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN JURNAL AFKAR (Dewan Kuliah Utama, API) Dirsempurnakan oleh : Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)" Menteri di Jabatan Perdana Menteri

5.00 petang : Minum Petang

HARI KEDUA : 21 Julai 2010 (RABU)

8.00 – 8.30 pagi : Kehadiran Peserta

8.30– 10.00 pagi : Pembentangan Sesi 2 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid

1. Apakah Muhammad ‘Abdul Wahab Tokoh Mujaddid Muhammad Uthman el-Muhammad [UIAM]

2. Pro dan Kontra Mengenai Tawassul Dalam Aliran Pemikiran Islam Prof. Madya Dr. Mohd Fakhruddin bin Abd Mukti [UM]

3. Pendekatan Abu Hasan al-Ash`ari dan Ibn Taymiyyah Dalam Perbahasan Sifat-sifat Allah Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim [UM]

4. Pendekatan Para Mufassir Dalam Pentafsiran Ayat-Ayat Sifat: Analisis Dari Perspektif Aqidah Ahli Sunnah Wa Al-Jama`ah Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi [UKM]

10.00 – 10.30 pagi : Kudapan

10.30 – 12.00 pagi : Pembentangan Sesi 3 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi
bin Hamat

1. Polemik Isu-Isu Khilafiah di Malaysia Dr. Luqman Bin Haji Abdullah [UM]

2. Pseudo-Salafi dan Keruntuhan Autoriti Dr. Khalif Muammar A. Harris [UKM]

3. Tiga Saluran Utama Ilmu dalam Islam: Rumusan Ashā‘irah Māturidiyyah yang Kekal Munasabah Dr. Mohd Zaidi b. Ismail [IKIM]

4. Aliran Salafi Moden Menurut Yusuf al-Qaradawi Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid [UM]


12.00 – 1.30 petang : Pembentangan Sesi 4 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fakhruddin bin Abd Mukti

1. The Ash’raite School Between Religion and Thought Dr. Abdulhakim Ajhar [UM]

2. بعض أفكار ابن تيمية في العقيدة تحليل ومقارنة Dr. Muhamad Salim Muhamad Abu ‘Asi [Universiti Qatar]

3. قسمة التوحيد ودراسته بين ابن تيمية وعلماء الكلام Dr. Mas’ab al-Khoir Idris al-Said Mustafa al-Idrisi [Universiti Qatar]

4. العقيدة الأشعرية ومساهمتها في الحفاظ على أمن المجتمع والأمة Tareek Laham [Beirut]

5. تثليث التوحيد وتوحيد الأمة Dr. Mohamad Rifaie [USIM]

1.30 – 2.30 petang : Rehat / Makan Tengah hari/ Solat

2.30 – 4.00 petang : Pembentangan Sesi 5 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali

1. Pendekatan Wasatiyyah Dalam Aliran al-Asha`irah Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah [UM]

2. Konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah : Satu Penilaian Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim [UUM]

3. التراث الأشعري في ميدان العلم الإسلامي Dr. ‘Isa ‘Abdullah ‘Ali [Universiti Qatar]

4. الأشاعرة بين الغلو والتقصير وبين الإفراط والتفريط Dr Shaykh Salim Ulwan al-Husayni [Darul Fatwa, Australia]


4.00 – 5.30 petang : Pembentangan Sesi 6 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah

1. Pemikiran Akidah Muhammad `Abdul Wahab dan Ibn Taymiyyah: Satu Analisis Perbandingan Dr. Abdol Rahman Mahmood [UKM]

2. Pendidikan Akidah Menerusi Huraian Sifat 20 di Malaysia Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder [UKM]

3. Ta’wil Dalam Tradisi Aqidah Asha’irah Dr. Mohd Farid Mohd Shahran [UIAM]

4. Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah Menurut Muhammad bin `Abd al-Wahhab Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat [UM]

5.30 – 6.00 petang : Minum Petang


HARI KETIGA : 22 Julai 2010 (KHAMIS)

8.00 – 8.30 pagi : Kehadiran Peserta

8.30– 10.00 pagi : Pembentangan Sesi 7 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat

1. Konsep Kebersebaban Al-Ghazali: Alternatif faham Saintisme Azmil bin Zainal [UM]

2. Manhaj Ibn Khuzaimah dalam Wacana ayat-ayat Mutasyabihat: Analisis menurut Pemikiran al-Razi Mohd Hamidi bin Ismail [ UM ]

3. Konsep Muqtadayat al-Uluhiyyah Dan Awhal Al-Tauhid Dalam Mentauhidkan Allah SWT Menurut Sheikh Mukhtar Ali al-Dusuqi Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof, Nik Muhammad Rozi Nik Yusoff [UiTM & UM]

4. Tradisi Penulisan Kitab Sharah Dalam Kerangka Aqidah Asha’irah: Rujukan Khusus Kepada Kitab Sharah Melayu Che’ Razi Bin Jusoh [UM]

10.00 – 10.30 pagi : Kudapan

10.30 – 12.00 pagi : Pembentangan Sesi 8 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Dr. Faizuri bin Abdul Latif

1. Hasan Kafi al-Bosnawi between Asha’irah and Maturidiyyah Dr. Ali Akbar Ziaee (UIAM)

2. الفكر الاشعري والوحدة الفكرية في المغرب الإسلامي Tarek Ladjal [UM]

3. ملاحظات الشيخ الندوي على أسلوب علم الكلام فى إثبات العقائد الإسلامية Muhammad Shoheb [UM]

4. الثقافة العقدية عند الشيخ محمد الغزالي (ت1996م) Fadila Grine [UM]

12.00 – 1.30 petang : Pembentangan Sesi 9 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid

1. Ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin al-Fatani dalam Kitab ‘Aqidah al-Najin Dr. Faizuri bin Abdul Latif [UM]

2. Analisis Kalimah Allah Menurut Perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali [UM]

3. Imam Syamsuddin Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah: Analisis Terhadap Metode Kajian Dan Penulisan Beliau Dalam Beberapa Karyanya Mengenai Ketuhanan Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid [UM]

4. Konsep Wasatiyyah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Perbahasan Sifat Kalam Syed Muhammad Hilmi Syed Abdul Rahman & Mohd Sobri Elias [UM]

1.30 – 2.30 petang : Rehat / Makan Tengah hari/ Solat

2.30 – 5.00 petang : Pembentangan Sesi 10 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Dr. Luqman Bin Haji Abdullah

1. Fahaman Al-Asha’irah Dalam Nadlatul Ulama Di Indonesia Mohammad Syakirin al Ghozaly [UM]

2. الخطاب العقدي في ماليزيا وتحديات العصر Dr. Mustafa Bahjat & Dr. Ahmad Kasim Kasar [UM]

3. جهود الأئمة الاشعرية في المولد النبوي: السيوطي نموذجا Ibtisam Abdullah Ali [UM]

4. جهود الإمام البيهقي الأشعري –رحمه الله- في إثبات العقيدة والدفاع عنها Nawaf Mohammed Al Harbi [UM]

5 Jul 2010

Muhasabah.


Berlaku sedikit muzakarah dalam beberapa ketika dahulu ;

Seorang mengungkapkan berkaitan kurangnya perancangan / usaha dalam memacu hala tuju kedudukan ribath ini

maka , di ulas ustaz berkaitan dengan perkara ini patut datang dengan sendiri dari dalam kesan adabiyah, mahabbah, kesungguhan dalam perjalanan ini.

Ia tidak boleh di paksa-paksa, dibuat-buat, pura-pura khidmat sebaliknya datang dari kehalusan akhlak dan kecintaan kepada perjalanan ini.

antara lain perkara yang perlu kita sentiasa peringatkan diri kita sepanjang dalam melalui perjalan salik ini

1. Memerhatikan keperluan guru dan memudahkan.

2. Sentiasa lapang hati berkhidmat kerana khidmat datang dari mahabbah dan kehalusan adab.

3. Halangan selepas dari berumahtangga adlah isteri sendiri. Ingatlah untuk sentisa sumbang tenaga untuk bantu usaha bangunkan agama ini.

4. Ada sense of belonging untuk sama-sama membangunkan agama ini.

5. Sumbanglah sekadar kadar kemampuan diri tanpa membebankan.Sehingga hati benar-benar yakin dengan ALLAH swt tanpa ragu infakkan harta dan jiwa utk agama. Cuma dalam proses ini latih tekan nafsu. Yakinlah semakin banyak pula kita beri pada jalan NYA semiakn banyak pula kita dapat, usahlah terpengaruh dengan dengan iblis yang menjanjikan kefakiran kemiskinan...

6. What you give you get back. Usahlah terlalu berkira dalam urusan agama ALLAH.

2 Jul 2010

Kemaarahan , Kemaksiatan..Kemunafikan....KEINSAFAN


Sehingga kini , aku tidak mampu menampung kesakitan ini.....

Apa perlu diriku buat...mengapa semua orang pula aku persalahkan.???

aku hilang punca....
.

bagaimana aku mampu menempuh malunya berdepan mereka???....

mengaibkan......

Rupanya begitulah iblis menipudaya hamba-hamba Allah dalam perjalanan(salik) menuju-NYA. Sedikit sahaja bisikan dan tipudaya menjadikan jiwa tidak tenteram, menjanjikan keemiskinan dan kesombongan dan wujud diri...dan hujung jatuhnya kesesatan yang nyata.

Dalam perjalanan ini, pasti nafsu akan sentiasa sakit. Kesakitan itulah buah kepada ujian ALLAH kepada hamba-hamba yang dikasihi-NYA .Sejauh mana benar kata-kata akan diuji.. dalam pelbagai bentuk.;Perasaan, keluarga, wang ringgit, masa, kerja...susah, tertekan..malu, anak , isteri.. dan sebagainya

Pokok pangkalnya, kita tidak boleh melihat kewujudan diri kita sebaliknya hanya memandang af'al(perbuatan) NYA dalam menguji hamba-hamba-NYA. Bukanlah keburukan orang dan kesalahan orang yang di pandang tetapi kita pewrlulah menilik diri, memmandang semua ini kesilapan , kekurangan diri kita.. Hakiaktnya yang menegur danyang ditegur ALLAH jua...maka leburkan diri dalam kecintaan pada perjalanan ini.. bulatkan tekad. Teruskan berzikir walaupun tiada natijah pada zikir...samada merasa makin kuat rasa kepada maksiat , makin kuat taat, ringan , berat ..teruskan berzikir tanda cinta pada ALLAH dan Rasul-Nya serta tanda ubudiyyah kita kepadaNYA sehingga ALLAH yang mengubah keadaan diri kita. Tersukan leburkan perasaan wujud diri dengan mengingatai ALLAH, ALLAH


Dalam proses berzikir ini, Allah akan menguji sehingga sakitnya nafsu kita. Ibarat besi dalam api sehingga lebur ia dan berhasil pula besi waja. Di berikan ujian dengan kadar masing-masing. Disakitkan nafsu ini agar kita memandang hanya dari DIA (inilah kasih sayang-NYA) Merasa sakit nafsu itu sehingga memandang inilah kehendakNYA, maka serahkan kepadaNYA urusanNYA. Tiada diri lebur pada qudrah dan iradahNYA sahaja. Tiada lagi kehendak kita, kudrat kita. Benar-benar lebur serah kepadaNYA.

Kesakitan-kesakitan ini lebih baik dari keseronokan dan keselesaaan yang menghanyutkan diri kita.

Memandang diri hina, munafik fasik penuh dosa kepada NYA mestilah di susuli dengan taubat sebenar-benar, jika tidak kita hanya tertipu dan bermain-main dengan perasaan sendiri.

Selesaikan masalah hati , dengan sentiasalah bersangka baik pada semua orang disekeliling kita..terutama guru-guru yang benar yang tiada kepentingan diri semata-mata kerana mencari redhaNYA sahaja. Tiada keseombongan ..tiada aku ini, aku itu...semuanya DIA.

Usah dilayan perasaan yang membisik dengan bisikan iblis agar dirimu berhenti berzikir, menjauhi guru , membenci guru, bersangka buruk yang bukan-bukan kepada guru, kepada sahabat seperjalanan dengan mu; iblis dan dirimu yang bermain-main dengan emosi serta rasa , yang hakikatnya hanya pada perasaanmu sahaja... gurumu hanya yang menarikmu kepada ALLAH .

Tutuplah pintu yang boleh merosakkan hubungan mu sesama manusia, yang memutuskan silaturahim dengan bersangka baik dan bersyukur kerana dirimu berada dalam jalan ISLAM yang benar. Apa lagi yang dirimu mahukan sebenarnya? Bukankah nafsu-nafsu kamu sentiasa menyebabkan dirimu menyesal kemudian hari?? Dengan menekan nafsu itu bukankah kamu dapat merasa lapang dada kemudian hari?

Ingatlah , leburkan diri, cintai perjalanan ini..bersangka baiklah...berhimahlah menghadapi ujian-ujianNYA...serahkan bulat-bulat kepadaNYA..hingga tunduk nafsu itu pada syariatNYA, IradahNYA, QudratNYA..Dalam berdakwah tiada boleh ada diri, hanya ada kehambaan.

Ya ALLAH istiqamahkan diriku dengan perjalanan ini..matikan daku dengan perjalanan ini menuju cinta MU danRasul MU, kurniakan pada ku dan sahabat-sahabatku keikhlasan...dan selamatkan kami semua dari tipudaya ibis, dunia, nafsu , dan semua tipudaya yang membinasa ubudiyah kami kepadaMU.. ampunkan dosa-kami , guru-kami dan semua sahabat-sahabat yang bersama-sama kami. MAkbuklkan doa kai Ya ALLAH..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...