30 Apr 2009

We Learn How we Dont Know...

Setiap harinya kita berjalan, mentafsir , merasa, memikirkan... setiap kali itu juga kita semakin merasakan lemahnya kita...

Kita belajar sebenarnya bagaimana kita tidak mengetahui.... Begitulah sebahagian dari " learning process" yang setiap kita tempuhi.

28 Apr 2009

Sikap ahli mencerminkan kesan tarbiyyah.

Beralasan atau mencipta ALASAN.

Ana tak boleh syeikh...., ana kena kerja dulu...
Ana ada masalah keluarga la ya akhi..enta tak kan faham masalah keluarga ana..
Ana dah habis duit lah...mana ada runag nak pi TAMRIN...
..nanti ana tanya mak ana dulu..
...Datuk ana meninggal ...maafkan ana...
....KAKAk ana nak bertunang...
mm...nanti ana fikir dulu...
..(senyap tanpa jawapan)...
..insyaALLAH2 ana cuba datang....
...Ana ada program lain lah....,
...ada ka tamrin? tak tahu pun..
..la..kenapa enta tak bagitau awal-awal..dah tak boleh lah..ana kena ini, kena itu..bla-bla-bla..

banyak jawapan yang memenuhi rung inbox mesej...dari 10 mesej yang dihantar dengan ayat yang sama..

"Salam , enta boleh datang tamrin tak?"

5 atau 7 dibalas dengan nada yang hampir sama maknanya..(TAK BOLEH DATANG), cuma variasi bentuknya..bakinya tidak berbalas ..mungkin mesej tak sampai..bersangka baik orang yang menghantar mesej. Sebaik mesej dibalas, kita menggelengkan kepala. Beberapa sahabat mengeluh kesal..ini bukan alasan ahli jemaah ni...macam ahli ta'arif pemikirannya, menghela nafas mengeluh kecewa dengan sikap dan mentaliti ahli jemaah . Seorang menegur lembut, jangan mudah menghukum manusia... proses tarbiyyah tidak semudah itu, marhalah hanya pemeringkatan tarbiyyah..bukan penghayatan tarbiyyah. Penghayatan datang dengan hasil dari gerak kerja dan susah payah, bukan semata-mata dengan usrah yang lompang dan tamrin yang "GRAND_GRAND". Perbualan terhenti, seperti akur dan masak dengan suasana seperti ini.

Harap nak peluk gunung, pegang pun jadilah. Mungkin semangat menggebu menawan kampus boleh dilambung sahaja dahulu buat masa ini..menyambutnya nanti dululah...jadi? jatuh lah ia tidak bersambut mana-mana generasi.

Semangat tidak berputus asa menjadikan AJK menghubungi pula peserta, memujuk, pergi ke bilik..agar lembut hatinya dari mula mencipta alasan mengelak RANGKA PEMBINAAN GERAKAN HARKAH ini.... Kesilapan ahli jemaah bermula dengan cara ia mula berfikir. Di antara cuba mencari alasan atau cuba mencari jalan penyelesaian mana yang terbaik? Diantara cuba memberi alasan dengan berusaha melaksakan dahulu mana yang benar? Adapaun jika uzur syarie memang tidak dapat dielakkan maka ia tidak lah menjadi isu dalam kes ini, wajiblah diraikan. Tetapi kebanyakkan memberi alasan yang tidak munasabah..tempoh lama diberikan dari pemakluman tarikh program kepada hari program. Apabila di follow up..alasan untuk tidak hadir didahulukan berbanding berusaha untuk memenuhi seruan jihad ini ..Jadi?

Lumrah, jika ilmu USRAH sekadar memenuhi keperluan kepuasan akal..dibahas-bahas, dibrainstorming macam nak gila..tidak pernah henti..menjadilah ia ilmu yang menghiasi bibir-bibir tanpa meresap dihati. Tidak mampu memanfaatkan mereka sedikitpun, aptaah lagi usrah pun tidak ia wajibkan dirinya hadir. Bermudah-mudah dan bersambil lewa pada membina diri sedang ia berguna sebagai modal menghadapi dugaan-dugaan seperti di atas...berkorban datang TAMRIN yang 4 hari cuma dalam setahun.

Kesan tarbiyyah KAMPUS

Masalah evergreen yang tidak pernah lekang setiap generasi. Tidak hairanlah, kerana pembinaan berlaku sepanjang hayat. Ada yang cepat, ada yang lambat dapat tangkap.....Apa nak diharap dengan tarbiyyah sekejap cuma ni..bisik seorang ahli jemaah. Cuba meraikan dan bersangka baik dengan sahabat-sahabat yang pernah berbai'ah susah senang, semangat atau malas, suka atau tidak untuk mendaulatkan ISLAM suatu masa dahulu yang bersaksikan ALLAH dan RASUL..nah sekarang macam mana?

Parameter yang selalu digunakan memahmi realiti tarbiyyah bergantung kepada banyak faktor. zahir(boleh diukur); komit usrah, datang program, cepat turun medan, kesanggupan berkorban dan lain-lain.

batin juga tidak dapat dielak: keikhlasan, iltizam, jujur, setia...kasih-sayang.

Susahnya membina sistem, begitulah susahnya bahkan lebih lagi melaksanakannya...apatah lagi mendambakan hasilnya yang perfect!..Pesimis bunyinya, namun disanalah cabaran dan ujian bermula. Menduga setiap dari kita yang ada untuk bertahan, ada yang boleh bertahan sekejap lepas tu putus asa...bahkan ada yang langsung kecewa dengannya lantas berijtihad (nafsi-nafsi) meninggalkan terus tanpa memikirkan kesannya kepada semua.

Mungkinkah terlalu banyaknya kesilapan kita dalam memahami realiti dan fitrah manusia sehinggakan kita telah menzalimi sebahagian dari sebahagian yang ada? Perlukah kita perhalusi lagi apa yang terkandung padanya?

Method TAMRIN, Perlaksanaan Gerak Kerja, Usrah, ADAB-ADAB, Penyakit Dalam Jemaah, amalan harian...apa sebenarnya?

Pemisahan RUH tarbiyyah, Dan jasadnya.

Dalam memahami usaha gerak kerja AMAL ISLAMI, sudah pasti ia satu jalan kepada menghampiri kepada ALLAh, mencari redhaNYA dan memperjuangkan AGAMA-NYA. Sedarkah kita, ia mesti didahului dengan kebersihan hati, penghijrahan diri daripada berkekalan melakukan dosa dan maksiat kepada ALLAh kepada taubat nasuha dan berazam tidak mengulangi dosa, memastikan tidak adanya maksiat dan perkara haq dalam diri kita pada satu-satu masa, berusaha dari kurangnya amal kepada meningkatnya amal..berusaha kepada semakin memperhalusi syariat..bahkan memperbaikkan akhlak...semuanya perlu kepada mujahadah yang hanya dapat dihadap dengan ILMU yang benar.

Apabila tarbiyyah hanya berkisar kepada perkara yang bersifat furu' tanpa mengenalpasti yang POKOK, ia umpama menanam pokok kemudian meracunnya semula..dan diakhir mengharapkan sesuatu yang mustahil dicapai. Kaedah fiqh yang menggariskan antara melakukan ISLAH dan meninggalkan MAKSIAT, mestilah mengutamakan atau didahulukan meninggalkan MAKSIAT perlu kita hayati secara bersama. Melihat keilmuan ULAMA' , mereka sangat memahami bagaimana hati-hati manusia sepatutnya dibentuk...maka bersama-samalah orang arif melayari lautan ilmu yang mendasar sehingga kepada menghayati realiti sebenar jiwa kita ini.

Apabila tarbiyyah tidak punya RUH maka ia bergerak dengan jasad sendirian...makin lama semakin busuk..bukan semakin memberi manfaat. Maka ia akan kecewa dan meyalahkan itu dan ini sebagai puncanya..begitulah ia berterusan sehingga ia berkeliling dalam pusingan yang sama. Mereka terlalu mengikut nafsu, akhirnya ia sendiri tersesat dek kelicikkan iblis. Penting kita sedari jalan menghampirkan diri kepada ALLAH penuh tipudaya iblis. Bukan ahli tariqat sahaja melalui ujian iblis, bahkan semua yang cuba mendambakan redha ALLAh pasti mengalami ujian yang sama....penyelewengan dari jalan yang benar. Maka wajiblah kita mencari guru-guru yang mursyid yang mampu membimbing kita kejalan yang benar dengan ilmu yang benar pula.


Apa erti TADHIYYAH(Pengorbanan) pendukung ISLAM KAMPUS?

Apalah erti berjuang tanpa PENGORBANAN, begitu jualah sebaliknya Apalah erti pengorbanan tanpa PERJUANGAN.

Berbuih-buih penceramah bercakap , mengingatkan dengan wahyu-wahyu ALLAH yang suci tentang pengorbanan dan harganya...

Hakikatnya kefahaman masing-masing berbeza, begitu juga kesanggupan masing-masing. Ada yang larut dengan kesusahan dalam gerak kerja AMAL ISLAM, yakin ia dengan janji ALLAh dan pertolongan yang terkandung padanya.

Adapula yang terlalu berkira, tetapi merasakan diri sudah berkorban... bahkan merasai lebih dari sepatutnya.Dan mengharapkan yang bukan-bukan dan lebih dari kadar pengorbanan ia dijalan ALAh swt.

Kefahaman datang dengan gerak kerja, adapun pengorbanan beriringannya dengan kesabaran dan gerak kerja.

Kefahaman= Gerak Kerja
=Pengorbanan/Kesabaran

Sekadar lontaran, untuk kita fikirkan bersama.

Kita iltizam sama-sama denga segala gerak kerja ini, semoga ALLAh syahidkan kita dengan perjuangan ISLAM yang kita cintai ini dan dikurniakan kita ilmu yang bermanfaat dan benar agar jalan kita menuju redha ALLAH swt adalah benar dan tidak berpaksikan nafsu dan tipudaya IBLIS. Semoga ALLAh bimbing kita semua kejalan yang benar.

Buat mereka yang berusaha mengadakan program pembinaan ini , semoga ALLAh swt membalas jasa kalian kerana tetap dan terus mara bersama-sama memastikan AGAMA ALLAh tetap kan DIJULANG diamana-mana pelusiu dunia. Segala penat lelah, peluh darah, serta jiwa yang teruji mendapat balasan setimpal dengan ketulusan hati dan susah payah dari ALLAH swt.

10 Apr 2009

Kecaman Kepada Program Perosak Remaja; MALAYSIAN DREAMGIRL




Baik...kali ni semua para mujahid blogger perlu highlight isu ini. isunya bukan lagi kerana jumudnya ISLAM menggariskan hiburan...tetapi betapa tegasnya kita berdepan perkara ini.. ia sangat menusuk jiwa anak melayu dibenar separuh bogel ditayang dgn satu program rasmi seumpama ini...Kecaman Keras wajib kita sama-sama sampaikan kepada kelompok ini. Kalu anak cina ke takpalah ni anak melayu islam.

Sila rujuk : http://assyababulkabir.blogspot.com/

Dengan entri bertajuk "Tuan Mufti, Ini bukan program Bukit Gantang ya !" aku terkejut dah lama ke benda ni? mengapa tiada sebarang respon dari blogger2 sebelum ini?

Ibarat pornografi trend baru pula , kali ni anak-anak ikan melayu dilelong dan di cernakan dengan baik atas tajaan syarikat Hp dan intel. Eksploitasi kepada mereka sungguh menyedihkan.

Sentuh tang tanggungjawab, mufti mesti keluarkan fatwa tentang program ini. Harus kah? Ka sunnat?...pastinya haram orang islam meyertainya.

Boleh juga rujuk : http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/

PERHATIAN...tolong fwdkan perkara ini..dan sesiapa yang berwajib tu tolong ambil peduli dan tindakan... kita tidak sama sekali senang dengan perkara seumpama ini yang tidak mengambilkira sensitiviti orang ISLAM!!

ISu AYAT QURAN- Pendapat UZ WAN JI

SUMBER: http://g-82.blogspot.com/

Apabila mendengar petikan ceramah YB DAP yang mengutip surah An-Nahl ayat 90, aku tidak merasakan tindakan YB tersebut sebagai salah. Ini kerana, beliau membaca ayat Al-Quran tersebut dengan lahjah cinanya. Lahjah yang agak sukar untuk sama seperti orang arab membaca Al-Quran.

Jika kita berjalan ke mesir, sebilangan badwi di sana membaca Al-Quran dengan menyebut huruf ”jim” dengan hurum ”Ga”, sedangkan dalam bahasa arab, tidak wujud langsung huruf ”ga”. Jika mereka membaca ”iza JA a nas rullah”, mereka membacanya dengan ”iza GA a nas rullah”

Lahjah arab mesir ini, tidak sekadar dikalangan orang badwinya sahaja, bahkan ada sebilangan profesor yang mengajar di Universiti Al-Azhar pun membacanya sedemikian. Persoalannya, apakah membaca dengan lahjah tersebut adalah tindakan mempersendakan Islam??? lebih-lebih lagi, jika dibacanya itu disebabkan memang agak sukar lidah menyebut dengan sebutan yang betul.

Apabila aku mendengar YB DAP tersebut menyebut surah An-Nahl Ayat 90, aku agak kagum. Ini kerana, aku sendiri pun tidak ingat ayat yang sering dibacakan dalam khutbah jumaat itu adalah surah an-nahl ayat 90. dan aku yakin, kalau tanya sebilangan Orang islam beragama UMNO pun, masakan mereka tahu itu adalah surah an-nahl ayat 90, bahkan membaca ayat itu pun pasti mereka tidak mampu.

Cumanya, dalam mengulas isu ini, datang mufti Harussani yang mangkuk hayun ini mengeluarkan kenyataan seperti berikut;

”orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran sebagai alasan dalam kempen mereka. pada saya, kalau orang-orang bukan islam menggunakan ayat Al-Quran dalam kempen, seolah-olah orang melayu, orang islam sudah terlalu bodoh. Sehingga dia sendiri tidak tahu lagi tentang kitab suci Al-Quran. Apakah kita boleh percaya terhadap tafsiran yang dibuat oleh orang kafir. Jadi saya harap mudah-mudahan, perkara seperti ini tidak lagi berlaku. Merupakan satu penghinaan kepada ugama kita. Maka dengan itu, harus dihentikan. Satu lagi hal, orang-orang kafir selalunya menyelewenkan benda-benda yang telah wujud dalam kitab, kerana mereka tidak percaya dengan yang wujud dalam kitab itu”

Membaca kenyataan Mufti perak ini. ingin dinyatakan seperti berikut;

(a) sekarang memang ada orang melayu lebih bodoh dari orang bukan Islam tentang Al-Quran. Orang melayu itu adalah, orang UMNO. sama ada mereka itu agamawan, mahupun tidak. Termasuk yang berjawatan mufti.

(b) Jika wujud unsur penyelewenan Al-Quran yang dilakukan oleh YB DAP itu. dimanakah unsur penyelewengan itu??? takkan semata-mata baca sudah cukup untuk dikatakan sebagai menyelewengkan Al-Quran.????


(c) Sejak bila si YB ini menafsirkan Al-Quran. Dia hanya sekadar mengungkapkan sesuatu yang benar berdasarkan kepada ayat Al-Quran yang menyuruh melakukan keadilan dan melakukan kebaikan. Apakah menyelewengkan kandungan Al-Quran, jika beliau menyeru kepada keadilan dan kebaikan seperti seruan surah An-Nahl ayat 90???



Nampaknya, di Malaysia, kita mempunyai seorang lagi tokoh mangkuk hayun berjawatan mufti.



Sekian



P/s : (1) UMNO lawan islam. mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti lawan islam. (2) UMNO parti perkauman, mufti sokong UMNO. Maknanya; Mufti sokong perkauman. (3) UMNO adalah assobiyyah, Assobiyyah adalah haram, mufti sokong UMNO. Maknanya, Mufti buat kerja haram.



Wallahu ‘Alam



Al-Bakistani


Http://g-82.blogspot.com

Ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 april 2009 * 8:19 pagi

8 Apr 2009

Krisis dalaman...apa nak jadilah? Contoh Pemimpin Berjiwa "KECIK"

Kalau pemimpin macam ni, lagilah kasihan pengikut.... ibarat retak menanti belah, Bila perjuangan bermotif nafsi-nafsi...inilah jadinya

7 Apr 2009

Sudi jadi isteri kedua??

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Zinirah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Zinirah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Zinirah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Zinirahlangsung tidak selari dengan penampilannya. "Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Zinirah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Zinirah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Zinirah semakin tinggi, setinggi egonya. Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Zinirah' di sebalik Zinirah yang dia kenal selama ini.

Zinirah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Zinirah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.


Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Zinirah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Zinirah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.


Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Zinirah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Zinirah, namun sikap Zinirah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Zinirah Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Zinirah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Zinirah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas. "Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Fikri.

renungan bersama...

Dipetik dari rakan blog : http://penditamuda.blogspot.com/

Menjaga mitokondria, memelihara kesihatan- Mengapa Cepat Tua

MITOKONDRIA merupakan 'kilang tenaga' sel-sel badan. Lebih daripada 200 jenis penyakit yang diwarisi telah dikaitkan dengan gangguan fungsi mitokondria termasuk kebanyakan penyakit tua seperti penyakit Alzheimer, Parkinson, diabetes, kanser, penyakit jantung dan strok.

Kebanyakan sel mengandungi 200 hingga 5,000 mitokondria. Sel yang mempunyai lebih banyak bilangan mitokondria menghasilkan lebih banyak tenaga. Mitokondria dikenali sebagai 'kilang tenaga' bagi sel kerana ia menghasilkan adenosina trifosfat (ATP), iaitu bekalan tenaga biologi yang mengawal kegiatan badan. Semasa muda, mitokondria menghasilkan ATP yang cukup untuk kita kekal aktif.

Apabila usia meningkat, mitokondria kita juga kehilangan bentuk dan struktur, menjadi lebih keras dan menghasilkan tenaga yang kurang. Kekurangan tenaga memberi kesan kepada setiap sel dan sistem organ badan. Apabila sistem imuniti pula terjejas, badan kita akan mudah terdedah kepada jangkitan dan gangguan masalah autoimun seperti rheumatoid artritis.

Kecacatan fungsi mitokondria

Setiap kali mitokondria menghasilkan tenaga, ia juga menghasilkan radikal bebas berbahaya dan harus dihapuskan. Radikal bebas boleh mengakibatkan kerosakan dahsyat kepada setiap bahagian mitokondria termasuk membran dan DNAnya. Membran Mitokondria merupakan kunci bagi penghasilan tenaga. Jika terjadi kerosakan membran, kurang tenaga akan dihasilkan dan toksin yang terkumpul akan merosakkan sel. Jika banyak sel telah dirosakkan, fungsi sistem organ pasti terganggu.

DNA mitokondria (mtDNA) adalah amat mudah terancam oleh radikal bebas yang mempunyai berkaitan dengan proses penuaan. Kerosakan mtDNA dalam otak dipercayai merupakan satu faktor penyakit seperti alzheimer, parkinson dan strok. Kegagalan jantung, iaitu masalah mengepam darah ke seluruh badan, merupakan contoh biasa bagi masalah fungsi mitokondria. Demi mengelakkan kerosakan oleh radikal bebas, sel-sel menggunakan sekumpulan bahan antioksidan, gabungan Asid Lipoik Alfa, Acetyl L-Carnitine dan Koenzim Q10 yang boleh membantu memlihara fungsi dan mengurangkan kerosakan mitokondria oleh radikal bebas.

Mitokondria tidak berfungsi

Sejak masalah fungsi mitokondria diterangkan sekitar 1960-an, bidang perubatan telah mempertingkatkan pemahaman tentang peranan mitokondria dalam kesihatan, penyakit dan penuaan. Berbagai jenis gangguan yang kelihatan tidak berkaitan akhirnya menunjukkan hubungkait dengan kelemahan fungsi mitokondria. Kerosakan mitokondria juga telah dikaitkan sebagai satu penyumbang utama proses penuaan.

- Tanda mitokondria tidak berfungsi termasuk: penyakit jantung dan strok, alzheimer, demensia, parkinson, kanser, diabetes, sawan, tekanan darah tinggi, sakit kepala migrain, paru-paru berlemak (bukan disebabkan alkohol), dan keletihan (termasuk sindrom keletihan kronik, fibromialgia).

Pemeliharaan mitokondria

Satu penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Clinical Nutrition mendapati gabungan Asid Alfa Lipoik (ALA) dan Acetyl L-Carnitine (ALCAR) dapat mengurangkan radikal bebas dengan lebih baik berbanding penggunaan keduanya secara berasingan. Gabungan bersinergi ini membantu mengelakkan kerosakan mitokondria dan mengembalikan fungsinya.

- Jantung berdegup sepanjang hayat dan memerlukan jumlah tenaga yang banyak. Oleh kerana mitokondria menghasilkan tenaga, maka tidak hairanlah yang lebih kurang 50 peratus isipadu jantung adalah mitokondria! Jika bilangan mitokondria kurang atau berfungsi dengan lemah, ia akan memberi kesan buruk kepada jantung. Kajian mendapati penggunaan ALA akan menurunkan tekanan oksidatif (kerosakan akibat radikal bebas) secara mendadak dalam jantung. Jika tekanan oksidatif berkurangan, kerosakan mitokondria juga berkurangan.

- Melalui proses penuaan, anda cenderung untuk hilang upaya membakar asid lemak (lemak) untuk mendapatkan tenaga. ALCAR terlibat dalam pengangkutan asid lemak ke dalam mitokondria untuk menukarkannya kepada tenaga. Takat ALCAR menurun mengikut peningkatan usia dan pengangkutan asid lemak menjadi tidak berfungsi dengan baik. Jantung akan kehilangan satu sumber bekalan tenaga utama iaitu lemak. Pengambilan ALCAR dapat meningkatkan pengangkutan dan lebih asid lemak boleh dibawa masuk ke dalam mitokondria agar dipergunakan dengan lebih cekap untuk menyokong fungsi jantung.

- Gabungan ALA dan ALCAR membantu mempertingkatkan prestasi ingatan dan pemikiran di kalangan golongan dewasa. Terdapat bukti bahawa mitokondria dalam otak adalah amat penting dalam fungsi daya ingatan dan pemikiran kerana penghasilan tenaganya dan kesannya ke atas kerosakan akibat radikal bebas. ALA and ALCAR juga boleh melintasi rintangan darah-otak dan dengan itu akan memanfaatkan otak. Masalah fungsi mitokondria berkaitan dengan banyak jenis demensia seperti Alzheimer dan Parkinson.

- Banyak teori mengenai penuaan telah diketengahkan, teori paling menarik perhatian adalah 'Teori Penuaan Mitokondria'. Teori ini mencadangkan radikal bebas terjadi sebagai hasil sampingan daripada penghasilan tenaga dalam mitokondria yang seterusnya mengakibatkan kerosakan ke atas DNA dan membran mitokondria. Kerosakan yang dibiarkan berlaku dalam jangka masa panjang akan mengurangkan penghasilan tenaga dan memberi kesan buruk kepada fungsi sel dan organ. Kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan usia seperti alzheimer, parkinson, kanser dan kegagalan jantung boleh dikaitkan dengan penurunan penghasilan tenaga.

Koenzim Q10 (Co Q10)

Co Q10 memainkan peranannya dalam fungsi mitokondria dan melengkapi tindakan ALA dan ALCAR:

- Peranan Co Q10 dalam penghasilan ATP telah dibuktikan dengan baik. Tanpa Co Q10 mitokondria tidak boleh menjana tenaga.

- Hanya ALCAR boleh mengangkut asid lemak ke dalam mitokondria untuk dibakar menjadi tenaga oleh Co Q10 dan kedua-duanya berfungsi secara bersinergi untuk mempertingkatkan fungsi mitokondria.

- Co Q10 adalah antioksidan berkuasa. Terletak di mitokondria, tempat di mana radikal bebas dihasilkan, dan terbukti berfaedah dalam mengelak kerosakan kepada membran mitokondria dan mtDNA. Dalam konteks ini, Co Q10 melengkapi tindakan ALA yang juga merupakan antioksidan berkuasa.

Penjagaan mitokondria

Mengambil suplemen yang menggabungkan ALA dan ALCAR ditambah dengan Co Q10 larut air akan membantu mencegah kerosakan mitokondria dan meningkatkan penghasilan tenaga. Kerosakan mitokondria dan gangguan fungsi mitokondria dalam penghasilan tenaga telah dikaitkan dengan banyak jenis penyakit. Oleh demikian, mengambil langkah penjagaan untuk mitokondria adalah peluang terbaik untuk memelihara kesihatan sel, organ dan badan anda sejajar dengan peningkatan usia.

Setiap orang boleh memperolehi faedah daripada pengambilan makanan tambahan kombinasi ALA dan ALCAR bersama-sama dengan tambahan Co Q10 larut air. Golongan berusia 40-an atau yang lebih muda boleh mengalami kesan berfaedah yang ketara. Faedah yang paling biasa dilaporkan adalah pertambahan tenaga sepanjang hari dan kecerdasan mental lebih tinggi.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.

Perihal ayat Quran, tarian dan kongsi gelap! -Pena Harakah

Intan Abdullah & Nyza Ayob
Tue | Apr 07, 09 | 5:58:10 am MYT

Bukit Gantang, 7 April (Hrkh) - Penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming Rakyat memberi kesan positif kepada Islam apabila bukan Islam turut berminat dan yakin dengan al-Quran.

Demikian ditegaskan Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali sewaktu sidang akhbar di Markas PAS Air Kuning, dekat sini. Turut hadir ialah Pengarah Pilihan raya PAS Bukit Gantang, Asmuni Awi.

Beliau menegaskan, BN yang sudah lama bergabung dengan MCA dan MIC usahkan hendak membaca al-Quran tetapi susah hendak memberi salam.

Menjawab desakan wartawan sama ada PAS melarang atau merupakan strategi kempen, Mustafa menegas PAS tidak pernah memberi sebarang arahan atau strategi peimpinan pakatan rakyat bagi pimpinan Pakatan Rakyat bukan Islam menggunakan ayat Quran dalam kempen.

"Jika Umno mengatakan pimpinan Pakatan Rakyat bukan beragama Islam tidak boleh menggunakan ayat al Quran dalam ceramah, terdapat unsur-unsur memisahkan agama dengan politik,"katanya.

Dalam pada itu, Mustafa turut membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Zahid Hamidi kononnya tarian dan nyanyian rancak remaja Cina pada majlis Makan Malam Perpaduan di Kampung Kuala Sepetang yang dihadirinya merupakan sebahagian budaya Cina.

" Dalam sidang media oleh NGO Cina juga menegaskan bahawa tarian dan nyanyian rancak remaja Cina itu bukan kebudayaan masyarakat Cina,"katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai kenyataan Zahid bahawa beliau tidak mengetahui pertemuan sulit dengan satu kumpulan secret society atau kumpulan kongsi gelap di Hotel Legend.

"Zahid tidak menafikan tetapi cuma mengatakan tidak tahu. Kalau betul beliau tidak terlibat, beliau harus menafikan. Kenyataan Zahid ini menimbulkan kesangsian. Jika betul tidak buat, katakanlah ' saya tidak terlibat', " tegas Mustapha.

Sementara itu, Mustafa turut mendedahkan kesinambungan taktik kotor yang dilakukan BN sewaktu berkempen.

Mustapha menjelaskan satu laporan polis dibuat mengenai petugas PAS dipukul petugas BN, yang mana puncanya kerana petugas PAS melapor kepada SPR terdapat bendera-bendera yang dipamerkan tidak ikut peraturan.

"Jika mengikut syarat SPR hanya parti bertanding dapat menggantung atau mempamerkan bendera. Sewaktu kejadian berlaku, pematau SPR terdapat di situ tetapi tiada sebarang tindakan diambil. Laporan polis dibuat atas nama Mohamad Azmi Mohamad Zain,"katanya. - mks.

Mufti sepakat hentikan persenda al-Quran

KUALA LUMPUR 6 April - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik.

''Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya.

Persidangan itu diadakan ekoran tercetus isu penggunaan ayat al-Quran oleh Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming dalam satu ceramahnya ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak malam semalam.

Ia bertujuan meraih sokongan orang Melayu dan difahamkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping itu mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran telah banyak kali dilakukan dalam sesi ceramahnya sebelum ini.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memberitahu, al-Quran merupakan mukjizat terbesar diturunkan oleh Allah sebagai wahyu kepada seluruh umat manusia.

Menurut kenyataan itu lagi, melalui al-Quran manusia perlu mengambil manfaat dan hidayah daripadanya.

''Oleh itu sejajar dengan keunggulannya, ia mestilah dibaca dengan tujuan dan niat yang betul. Di dalam Islam setiap bacaannya merupakan satu ibadah," tambah kenyataan itu lagi.

6 Apr 2009

Perkara Yang dinyatakandalam bai'ah.-Baiah Aqabah ke2

Menurut riwayat Ahamad:

Dari Jabir ra, kami bertanya ; Wahai Rasulullah , atas dasar apakah kami berbai'ah?" Sabda Rasulullah saw;

"Atas dasar mesti dengar dan taat samada di masa cergas atau malas,
diatas dasar bernafkah (bersedia untuk berbelanja),
dimasa susah ataupun senang,
diatas dasar menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,
diatas dasar bangun kerana menegakkan agama Allah swt,
didalam menegakkan agama Allah swt itu tidak mengira celaan orang yang mencelanya,
dan diatas dasar memberi pertolongan kepadaku apabila aku tiba kepadamu,
kamu mempertahankan aku sebagaimana kamu mempertahankan diri kamu dan anak-anak kamu,
jika kamu melakukan kitu, nescaya diberikan untuk kamu syurga"

Terima kasih Sahabat.


Iqbal meyelak daun pintu, seolah-olah mahu membincangkan sesuatu..terpana aku bertanya l..ada apa? Bersiap-siap untuk mendaratkan badan atas tilam susana bilik seketika sunyi...Iqbal bertanya nak tidur dah?.. sepantas kilat aku menjawab ha'ah..letih syeikh...ada nak bincag apa-apa ka? Melintas beberpa ketika selalu jugak Iqbal berbincang sesuatu berkaitan gerak kerja jemaah... namun malam ni dirasakan penat ..tak mampu nak berfikir..mungkin esok sahajalah. getus naluri dalam hatiku. Mungkin reaksi spontan ku sudah dibaca Iqbal....di tutup daun pintu dan berlalu...Aku mencapai suis dan menutup lampu...dan suasana gelap gelita... beristghfar, merenung diri dan aku separa tidur saat itu....

Fikiran meleret sepanjang hari ini...Sepanjang hari ini bertungkus lumus menyibukkan diri ...aku bukan pun ajk..tapi tak semestinya tiadak jadi ajk tak perlu buat kerja....Desis hatiku seawal pagi hari ini. Dikuatkan lagi dengan beberapa missed call dan mesej FASI TAK CUKUP! Peserta 140 orang .....sasarn awal 70 orang ..,merasakan kesusahan itu ..aku capai kunci motor dan bergegas ke kolej 13 mendapatkan Fasi AD -HOC yang diuruskan jawatankuasa Kem Sure Solat untuk dibawa ke tempat program.

Menjadi rutin dan hampir setiap program..perkara ad HOC seperti ini pasti berlaku..Pelan-pelan backup untuk fasi yang tidak dapat hadir mesti di selsesaikan..apatah lagi bertambah pulak pesertanya. Memecut laju dengan motor mawi dengan fasi adhoc sebagai pembonceng, habis miyak aku pulas dan akhirnya selamat sampai . Sesampai di muka masjid...mesej masuk. Adikku Liyana WISH birtday pada ku...aku balas dgn mesej tazkirah dan seperti biasa ucapan penghargaan..Tq. Dlaam kekalutan membaca mesej aku mencari dewan program kem SMART solat berlangsung...nah berrtembug dengan AZAN(pengarah Program yang berjalan laju seolah-olah mencari sesuatu)...aku bertanya..mana tempatnya?.....dan kahirnya aku pun jadilah ajk tak rasmi...sampai habis, walaupun hajatnya aku nak balik petang sebab projek aku pun tak siap lagi..TERBAIK lah... takpalah buat tak tahu ja, nanti adjust lah ikut lain.

Hari yang penat melayan adik-adik seawal umur 6 tahun hingga 12 tahun..belajar solat. Kesimpulannya perlu diperbaiki bayak lagi perkara sepanjang program ini.

Balik seawal jam 12 tgh malam...sampai dirumah bergegas bersihkan diri selesaikan solalt isyak dan aku pun dah nak tidur.... Dalam keadaan separa mengantuk tu terkenang umurku dan mencapai 23 tahun(5 april 1986)... apa lah aku dah buat pada umur sebegini? nak masuk syurga pun tak lepas dgn amal tak seberapa...tapi moga ALLAh rahmati diriku kerana tak sanggup aku menerima azab nerakaNYA...mesej-mesej yang sahabat ku hantar tadi semuanya mendoakan semoga keberkatan umurku ..semoga doa itu dikabulkanALLAH swt.

Secara tiba-tiba aku dikejutkan RO...duduk sebelah tilam seperti mahu berbicara sesuatu ..entah bila dia masuk bilik akupun tak tahu... Ana tahu enta letih tapi...nak bicnang sesuatu sekejap...suara Ro seperti serius mahu membincag sesuatu lewat malam ...kenapa lewat malam ni?(desis hatiku)...Lampu terpasang..dan Tu diaaaa...kek dan makanan dibawa sahabat-saabat BA(IQBAL, SAFWAN,ABG ZUL, SHUKRI(AZAN DAN FAD DTG LEWAT SIKIT))...SELAMAT HARI LAHIR!!!! La....aku merespon ...ttak terkata lagi..kemanisan saat bersahabat seperti ini memberi kesan pada jiwaku... Aku pernah menyuarakan jika mereka ingat..dalam dunia ni sahabat ku mereka yang aku kenal dalam jemaah ni...seburuk manapun mereka ..merekalah sahabat ku ... aku tiada sahabat yang rapat seperti dalam jemaah..aku mengenali erti bersahabat juga dalam jemaah..dulu hidupku sunyi..kini ia berisi dengan susah payah dan suka duka gerak kerja jemaah berasma-sama mereka. Aku larut dengan mereka..kadang-kadang marah, kadang kadang suka, kadang-kadang termakan hati tapi biasalah..macam adik beradik..kakak berselisih dgn adik, abang dengan adik...macam sesama kembar pun kadang-kadang berselisih....tapi itulah kemanisan hidup..part of our learning process...Manusia macam-macam kerenah.. kena raikan mereka setiap satunya, tak boleh pukul rata....kemulian mereka sanggup bersama jemaah sudah sangat baik..raikan mereka.

Inilah first time hari jadi aku diraikan sahabat..aku tak pernah mengharap..tetapi saat ini menjadikan ia kenangan memori indah bersama mereka..takut aku kehilangan bersama-sama mereka selepas mula keluar dari dunia kampus, perkahwinan..bekerja..bolehkan lagi aku merasai saat seperti ini...?? Aku mula memikirkan kembali..lumrah kehidupan...patah tumbuh hilang berganti...putaran hidup ada pasang surut. Jauh di mata tapi sangat dekat dihati tersimpan kukuh dan terpatri kuat dalam jiwaku...

Sahabat-sahabat ku..semuanya dalam jemaah..aku khabarkan kepadamu sangat cintanya aku kepada kalian semuanya hattajika kalian bayak mengguris hati. Aku sanggup wakafkan masaku , jiwa ku dan rasa senang ku untuk bersama-sama kalian dalam gerak kerja amal ISLAMi ini.

Apalah harta yang paling berharga buatku ..jika tidak kelurgaku...dan kalian adalah keluarga ku... Aku pernah jatuh menyembah bumi kesakitan...dan kalianlah yang membantuku memapahku.. , kalianlah yang memberikan ku samangat,dan kalianlah yang memaknakan hidupku yang kesakitan... jika boleh menangis , aku menangis jika itu dapat mengabadikan hubungan kekeluargaan ini..

Sahabat jangan pinggirkan daku..aku akan menyesali seumur hidupku andai setiap dari dirimu mula melupakan saat susah senang kita bersama. dulu.....

Aku disini seperti diriku..ada kelemahan...maafkan aku andai juga banyak kerenahnya. Aku juga manusia seperti kalian...banyak cuainya, banyak lupanya, melampaui batas terkadangnya... tapi ku khabarkan sekali lagi ..aku cintakan kalian semuanya.

Allah satukan hati -hati kami semuanya.... Ya ALLAh kekalkanlah ikatan ini dan kemesraan antaranya....Ya ALLAH maafkan segala kesilapan kami....dan suburkan jiwa kami dengan taqwanya kepadaMU.

Terima kasih semua . semoga ALLAh membalas jasa-jasa kalian semuanya.

5 APRIL 2009
faqir illalh JUND UMMAH

2 Apr 2009

Keindahan SYURGA, dan penyesalan penghuni syurga...

Saidina Ali kw pernah berkata, "Bahawa batang pokok syurga itu daripada emas dan dahan ya daripada perak . Jika batangnya daripada perak maka dahannya daripada emas .Bila angin bertiup daun-daun kayu akan mengeluarkan bunyi atau suara yang amat merdu dan sedap di dengar.

Keluar dari atasnya pakaian yang amat indah dan cantik. Dari bawahnya pula keluar kuda-kuda yang mempunyai dua sayap berlapikkan pelana yang bertatahkan dardan dan yaqut. Binatang ini tidak berak dan keencing selama-lamanya . Bersih dari semua kekotoran dan najis. Wali-wali Allah swt sahaja yang dibenarkan mengenderai kuda-kuda itu.

Ia terbang ketempat-tempat yang dikehendaki tuannya.

Mereka yang tiadak berpeluang menaikinya akan bertanya kepada Tuhannya, "Apakah sebabnya orang-orang tertentu sahaja yang berhak menaiki kuda itu? Sedangkan kami sudah pun berada di dalam syurga?

Allah berfirman :( cuba fahami betul-betul apa yang cuba disampaikan disini)

"Mereka itu adalah hambaKu yang
-Selalu bangun malam dan meninggalkan tempat tidur mereka lalu bersembahyang waktu separuh malam yang akhir. Sedangkan kamu banyak tidur malam.
-Mereka selalu berpuasa sunat pada siang hari, ikhlas dan khusyuk kepadaKU, tetapi kamu selalu banyak makan diwaktu siang hari.
-Mereka selalu keluar meninggalkan anak-anak dan isteri untuk berperang sabil tetapi kamu banyak suka duduk di rumah bersama isteri dan anak-anak kamu.
-Mereka banyak mengorbankan hartanya untuk jalanKU , tetapi kamu masih juga bakhil dan kedekut"


Mereka hanyak dapat memerhatikan peluang yang diberikan kepada kawan-kawannya menaiki kuda tersebut. Sedang menaiki kuda-kuda tersebut rasanya amat lazat , seronok ,selesa dan tidak menjemukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...