30 Jun 2010

Peta Ilmu guna mengenal DUNIA


Liku-liku perjalanan salik mengembur CINTA ALLAH DAN RASUL

Dalam kitab MINHAJUL ABIDIN, pada bab mensyarahkan aqabah halangan dan rintangan sangat banyak panduan untuk si salik berjalan menuju ALLAH swt.

adapun pada yang menegah istiqamah itu ada 4 semuanya, (namun kita bicarakan yang pertama...)

1) DUNIA

Apakah pula dunia ini? ketahuilah saudaraku dunia itu segala sesuatu yang menghalang dirimu dari mengingati ALLAH swt. Mengalihkan hatimu kepada yang lain dariNYA, juga melencongkan perhatianmu dari matlamat asal mu iaitu UBUDIYYAH kepada-NYA. Atau menjadikan dirimu lupa asal kejadian mu HAMBA kepada-NYA.

Saudaraku, jika ia dunia, PASTI ia ILUSI bagimu dan engkau akan tertipu kerananya(dunia). Jika harta yang engkau buru melupakan dan melalaikan dirimu sesaat kepada mengingati-NYA itulah dunia yang menipu, jika makanan, anak-anak, kerja, hatta berzikir seklipun tetapi melalaikan engkau kepada hakikat sebenar UBUDIYYAH maka itulah dunia. Ia meneggelamkan dirimu, berat dan malas kesan darinya...engkau tenggelam dalam kelazatan dunia bukan cintaNYA. Engkau mengaku cintakan-NYA, tetapi pada bibir semata-mata. Dusta cintamu jika benar-benar engkau tilik dirimu.

Allah tidak pula memandang berapa juta zikir yang engkau ucapkan, berapa ratus rakaat sehari solat sunat yang dirimu amalkan, juga berapa kali dirimu mengkhatam AL QURAN dalam sebulan tetapi ALLAH memandang bagaimana hatimu kepada-NYA selepas dirimu berubudiyah dengan zikir, solat dan bacaan al Quran itu. Bertambah pula cintamu kepda-NYA, bertambah takut pula kepda-NYA, semakin halus pula akhlakmu, semakin ikhlas amalanmu, semakin engkau merasa tidak memiliki apa-apa, semakin engkau mahu rahsiakan amalanmu dari dilihat selain-NYA.. Akhlakmu berbunga indah , bermujahadah menjadi zikir harian , dan syariat menjadi darah agimgmu, moga dirimu terus istiqamah kepadaNYA. Ya , Ingatlah, HATI mu menjadi tempat tilik-NYA.

Adapun UZLAH itu ada 3 :

1) JASAD dan ROHANI
2) JASAD
3) ROHANI

dan contoh UZLAH adalah sepertimana yang ditunjuki para sahabat NABI saw, hati (ROHANI) mereka beruzlah dengan ALLAH sedang jasad mereka bersama-sama masyarakat.

Sedang , ZUHUD itu engkau memalingkan hati dari mencintai DUNIA.

dan QANAAH itu merasa cukup dengan segala apa yang dikurniakan-NYA

Saudaraku, untuk kalian memperolehi UZLAH, ZUHUD , juga QANAAH maka perlu dirimu kuatkan cinta kepada-NYA , dan untuk menguatan cinta kepada-NYA dan Rasul-NYA perlu pula kuatkan zikir(ingatan) kepada keduanya agar ia hadir dalam gerak dan diam mu.

Tanda dirimu ada zuhud ada 3 ;

1)Kamu lebih meyakini apa yang ada disisiNYA berbanding dengan apa yang ada di tanganmu
2) Sama sahja dirimu/hatimu samaada ia ada atau tiada.(harta, pangkat, wanita etc)
3) Sama sahaja bagimu pujian dan kejian kerana lebur dirimu dalam sifat hamba, kerana mata hatimu melihat semuanya dari NYA, milikNYA

kamu perlu kepada zuhud dan uzlah kerana:

1)Dapat kamu istiqamah pada ibadah UBUDIYYAH
2)Dapat pula kamu memperbanyakkan ibadah UBUDIYYAH itu.

apakah pula fana'? bukan pula fana' itu tidak sedarkan diri hilang waras . Ukuran fana' adalah leburnya mazmumah dalam dirimu iaitu benar kepatuhan dirimu kepada perintah-NYA dan meninggalkan larangan-NYA, ketahuilah saudaraku inilah ukuran sebenar fana'..maka tilik lah dirimu , fana kan dirimu.

Ingatlah yang dinilai pada batang tubuhmu adalah KEHAMBAAN. ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEMUANYA


27 Jun 2010

Duit FELDA Sebenar yang kena SONGLAP!!!

oleh :HUSAM MUSA

Berapa sebenarnya rezab tunai Felda susut? 2.7 billion atau 8 billion? Teliti kenyataan Ahmad Maslan di lobi Parlimen;

Speaking to reporters at the Parliament lobby later, Ahmad explained that Felda's cash reserve was at RM4.08 billion in 2004 but dropped to RM1.35 billion in 2009 - a plunge of RM2.73 billion over a five-year period

He said that the difference was used for welfare purposes - RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.


a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.
b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion.

Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?

Kenyataan Ahmad Maslan di atas seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi.

Mustahil!!

Maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!

Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;

a. 2005 - RM 682 juta
b. 2006 - RM 697 juta
c. 2007 - RM 1.270 billion
d. 2008 - RM 1.70 billion.
e. 2009 - RM 830 juta

Jumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!

Jumlah ini perlu dicampur dengan baki 2004. Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!

Baki 2004 - 4.08 billion
Masuk 2005 - 2009 - 5.2 billion
Jumlah - 9.28 billion

Baki sehingga 2009 seperti kenyataan Ahmad Maslan hanya RM 1.35 billion.

Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM 8 billion!

Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut;

RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters.


a. RM 2 Billion untuk tanam semula
b. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedah
c. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabah
d. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda

Pertama : Menara Felda masih dalam pembinaan. Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.

Kedua : RM 2 billion untuk Tanam Semula.

Kenapa guna rezab tunai Felda?

Bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM 4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda.

Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?

Kedua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah.

Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut.

Jumlah yang tidak kecil. Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar.

Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?

Bila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?

Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM 300 juta dan RM 500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?

Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar?

Dengan RM 300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM 800 juta itu tadi?

Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!

Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai. Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM 688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!

Apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak kita ketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.

Misteri! Lubang besar Felda?

Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?

http://www.husammusa.com/v10/index.php?option=com_wrapper&view=wrapper&Itemid=94

22 Jun 2010

Isu PENGGANAS sengaja di besar-besarkan...




Mengapa?
1.Menimbulkan ketakutan dan kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan kumpulan kumpulan Islam sekaligus secara halus untuk menjauhkan masyarakat bukan Islam dari PAS yang merupa Parti Politik Islam yang mendapat tempat dikalangan masyarakat bukan Islam.

2.Umno mengharap bantuan Musa Hassan serta PDRM bagi melindungi kepentingan kuasa politik mereka daripada gerakkan PAS untuk kePutrajaya bersama PR bagi membawa perubahan kearah Malaysia baru yang lebih maju

3.Antara talian hayat terakhir umno bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh politik mereka

4.Sama seperti isu provokasi kalimah Allah bilamana umno cuba menampil diri sebagai juara mempertahan Islam dalam usaha terdesak untuk mendapatkan kembali sokongan orang melayu Islam pada umno

5.Pembakaran gereja dan surau untuk menimbulkan ketegangan dan menakutkan rakyat

6.Untuk menakutkan rakyat dengan isu isu keselamatan dan pembanggunan(KESBAN) sehingga akan timbul pula boneka-boneka yang dibayar memainkan peranan menimbulkan ketegangan.

7. Mengadu dombakan rakyat pelbagai kaum dan agama agar dasar pecah dan perintah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan

8.UMNO terdesak...
jadi rakyat perlu lebih matang dan kekalkan keharmonian antara kita kerana kita sedang berpimpin tangan menggapai PUTRAJAYA..

Bak kata Anwar..Orang Melayu, Orang Cina , Orang India ...kita tukar ini kerajaan...!!!

16 Jun 2010

UMNO BERPINTAL...



Pilihanraya kecil Hulu Selangor menyaksikan pemimpin Umno menggunakan isu serangan peribadi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Sama ada poster dan banner yang mengandungi gambar super impose dan juga yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno dalam ceramah-ceramah mereka.

Apa yang menariknya dalam pilihanraya kecil dulu Umno seolah-olah sudah insaf dan bertaubat bahawa arak dan judi adalah haram di sisi Islam.

Kilang-kilang arak dan premis arak termasuk Kelab-kelab malam adalah hasil titik peluh Umno….Sekian lama mereka bergelumang dengan semua ini, kesedaran itu hanya tiba bila Zaid keluar dari Umno dan bertanding di Hulu Selangor. Tiba-tiba sahaja semua pemimpin Umno berlagak Alim dan juak-juak mereka menjadi mufti disini sana bagi mengeluarkan Fatwa haramnya Arak dan Judi pada ZAID! kesedaran itu diguna hanya untuk menghentam Zaid yang sudah insaf, sedangkan dalam Umno masih ramai lagi kaki mabuk, dan tahi judi…Dulu mereka judi kuda sahaja, kini sudah ada judi bola dan F1….(petikan

PM 1Malaysia dan para Menteri Kabinet yang beragama Islam memberikan pelbagai alasan untuk menjustifikasikan lesen judi. Orang lagi bertambah hairan apabila mantan PM yang sudah berada pada "usia super emas" mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan dalam berita, iaitu: Dr M setuju beri lesen pertaruhan sukan.

Berbagai -bagai pandangan dan hentaman terhadap tindakan bebal NAJIB Altantuya ini...

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan nekad itu dianggap Najib sebagai perlu bagi mengumpulkan dana untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

PAS kini menampilkan bintang bola sepak negara Radhi Mat Din sebagai 'ikon' kempen menentang pemberian judi sukan di negara ini.

Dalam ceramah perdana sempena muktamar PAS ke-56 malam tadi, Radhi diminta merasmikan Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ) - gabungan NGO dan pembangkang khusus khusus untuk menggagalkan usaha kerajaan itu.

Menceritakan pengalaman peribadinya, Radhi berkata, ketika mengetuai pasukan Kedah pada tahun 1996 berlaku "peristiwa malang" apabila seramai 136 orang telah dituduh terlibat dalam rasuah yang diakibatkan oleh aktiviti pertaruhan haram.

"(Permainan) bola ini tiada kaitan langsung dengan judi. Malangnya sekarang sukan bola sudah dipalitkan dengan judi yang haram di sisi semua agama di dunia ini. Ini umpama lain yang sakit, lain pula yang diubatnya.

"Kerajaan seharusnya mengetatkan penguatkuasaan terhadap judi haram bukannya bertindak menjadikan judi sebagai halal setelah tidak mampu membenterasnya," katanya yang kini berkhidmat sebagai jurulatih pasukan Kedah.

Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr. Azman Ibrahim berkata, ”Sebagai negarawan, dan sebagai seorang yang mengaku Islam, Tun Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian,

”kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan tentang hukum ‘haram’ judi kepada orang Islam umumnya,

”bahkan boleh menyebabkan terhakisnya ‘aqidah’ beliau sendiri,”katanya ketika dihubungi.

Macam mana sekarang??? Ha..tak ke pening kepala dibuatnya...jadi anda menilai. Mulalah berubah kepada yang HAQ!!!

14 Jun 2010

Kembalikan mood anda

TIADA siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.

Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda.

Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.

Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.

Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.

Ketawa ubat terbaik

Terapi ketawa sebenarnya dizahirkan oleh seorang ahli terapi yang bernama Norman Cousins. Istimewanya, kajian menunjukkan apabila seseorang ketawa, ia menghasilkan imunisasi tubuh dengan tinggi terutamanya sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada penyakit kanser.

Apabila seseorang ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. Dan boleh dikatakan individu yang ceria mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang hidup dalam tekanan.. Jadi, jika anda 'tak ada mood', pergilah tonton filem komedi atau baca komik kegemaran anda dan ketawa.

Terapi sentuhan

Sentuhan manusia memang menghasilkan pengeluaran hormon seperti endorfin dan DHEA yang memanjangkan usia dan merendahkan kesan tekanan.

Kajian menunjukkan, pesakit yang sering mendapat sentuhan dari orang tersayang lebih cepat sembuh dari perasaan sedih berbanding mereka yang tidak mendapat apa-apa sentuhan dari sesiapa.

Jadi, jika sahabat atau pasangan anda 'tidak ada mood', berikan mereka satu pelukan ikhlas dan secara tidak langsung mood anda berdua juga akan lebih baik.

Jana 'hormon muda' anda

Tidak perlu makan pelbagai jenis pil untuk kelihatan muda. Kajian membuktikan bahawa dengan dengan posisi bertinggung dan kaki menekan ke bawah akan menambah 'hormon muda' anda secara semula jadi. Lakukan posisi tersebut bersama senaman seperti angkat berat, bangkit tubi dan mendayung untuk menceriakan diri.

Tarik nafas dan lepas dengan dalam dan cara yang betul

Cara pernafasan yang betul amat penting untuk mengeluarkan toksin dan kotoran dalam badan anda. Mengikut kajian, dianggarkan bahawa seseorang manusia itu mengeluarkan kira-kira 30 peratus toksin dalam badan menerusi sistem pernafasan. Pernafasan yang betul juga membantu anda melapangkan fikiran, mengembalikan kecergasan dan menaikkan mood. Latih cara pernafasan dengan senaman seperti tai chi, yoga dan senaman lain.

Hidu bauan yang sesuai

Kajian membuktikan bau bauan mempunyai impak ke atas tubuh badan dan fikiran manusia. Apabila anda memberikan stimulasi kepada sistem saraf menerusi hidu bau yang wangi dan segar anda telah mengaktifkan sistem limbik yang ada di otak anda.

Sistem limbik ini amat berkait rapat dengan mood dan ingatan anda. Justeru, jika anda tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma terapi seperti bunga jasmin, pohon eucalyptus atau anggur khusus untuk membangkitkan mood anda. Caranya dengan meletakkan sedikit pati minyak aroma terapi tersebut di poin akupuntur atau boleh juga di belakang tengkuk. Cara lain, titikkan minyak aroma terapi di dalam air panas yang dididih kemudian hidu wap tersebut. Pasti berbeza.

Khasiat bunga

Mengikut kajian bunga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit, sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, seorang individu yang melakukan tugasan selama lima minit tanpa henti pada kekunci komputernya dan di tepinya pula terdapat jambangan bunga akan lebih rileks berbanding individu yang hanya mempunyai tumbuhan hijau biasa di tepi komputernya.

Terimalah insan di sekelilingmu seadanya...

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL....

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.

7 Jun 2010

Syuhada' Mavi Marmara

Puluhan ribu menyembahyangkan mereka.........

SALIB pada JERSI BOLA MALAYSIA...


Jersi terbaru pasukan MALAYSIA...perhatikan lambang salib yang terbentuk..sedihkan???

Karamah MUJAHIDEEN MAVI MARMARA

ALLAH itu Maha Berkuasa. Kunfayakun, jika dikata jadi, pasti akan berlaku. Kuasa Allah juga jelas ditunjukkan ketika kejadian serangan komando Israel ke atas kapal Mavi Marmara Ahad lalu yang disaksikan bukan seorang malah hampir kebanyakan sukarelawan Malaysia yang turut serta dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza itu.

Timbalan Presiden Yayasan Amal, Jamuliddin Ilias cukup terpegun apabila melihat sekumpulan ikan lumba-lumba berenang laju mengiringi kapal itu sejam sebelum serangan dimulakan seakan memberi tanda sesuatu yang buruk sedang hampir di belakang mereka.

“Sepanjang perjalanan, ada juga kami memancing, tetapi jangankan dapat ikan, bayangnya juga tiada, tetapi entah dari mana datangnya, tiba-tiba sekumpulan ikan lumba-lumba ada di belakang kapal mengiringi kami. Ia bagai satu tanda.

“Banyak sebenarnya kejadian pelik yang dapat dilihat sepanjang insiden itu. Antaranya, angin kuat yang muncul tiba-tiba setiap kali komando Israel membaling bom asap pemedih mata. Banyak yang mereka lontar tetapi satu pun tak jejaskan kami. Tak ada seorangpun cedera atau pedih mata.

“Tiap kali bom itu meletup, ada angin kuat menolak asap ke arah lain. Beberapa orang di kalangan kami pula boleh dengan selamba mengutip bom kosong itu umpama mengutip bertih jagung dan membuangnya ke laut. Tak langsung terasa gentar,” katanya.

Menurut Pengerusi Aqsa Syarif, Hasanuddin Mohd Yunus, pula ia disifatkan sebagai bantuan Allah yang mengirimkan tenteranya untuk menghulurkan bantuan. Malah, kejadian ikan lumba-lumba itu juga membuktikan kekuasaan Allah.

Jamuliddin menyambung ceritanya dengan berkongsi satu senario pelik dan lucu di mana ramai tentera Israel yang lari dan tak berani menghampiri beberapa sukarelawan yang hanya mempertahankan diri menggunakan botol air mineral.

“Bukannya berbahaya pun. Sekadar baling botol mineral ke bot mereka. Kelam kabut mereka lari. Apabila mereka berpatah balik, kami mengacah dengan tangan kosong, itupun mereka cuba mengelak.

“Paling tidak boleh dilupakan, ketika kami semua sudah ditawan, ada beberapa rakan lain yang cedera parah diangkut dengan pengusung ke helikopter dan melalui kami. Terharu rasanya kerana meskipun kecederaan mereka sangat parah, tiada langsung tanda kesakitan di wajah mereka.

“Malah mereka masih tersenyum dan melambai gembira ke arah kami. Salah seorang daripadanya dikhabarkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Doktor perubatan dari Haluan Malaysia, Dr Arba’ai Shawal, pula masih jelas terbayang bau wangi umpama kasturi yang dihidu dari tiga jenazah sukarelawan Turki sebelum beliau melangkah keluar dari Mavi Marmara.

“Saya pernah ke gua di mana menjadi tempat nabi disembunyikan ketika perang Uhud yang baunya masih kuat sehingga kini. Bau tiga jenazah itu memang sama dengan bau itu. Sebak di hati saya kerana wajah mereka juga tidak seperti baru menempuh kesakitan. Nampak seakan tersenyum,” katanya.

Burung layang-layang di tengah laut dan hinggap di atas kapal pastinya pelik. Ini kerana burung itu selalunya terbang berkawan dan tidak ada di tengah laut. Namun, ia disaksikan sukarelawan Malaysia dari Muslim Care Malaysia, Halim Muhamad Redzuan beberapa jam sebelum serangan udara dilancarkan tentera Israel.

“Ia mungkin nampak seperti tidak ada apa-apa petanda tetapi bagi saya ia cukup pelik dan luar biasa. Apatah lagi, ia muncul beberapa ketika sebelum serangan udara dilancarkan,” katanya.

Mustapa Mansor dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia pula menyifatkan tidak ada apa yang lebih menyentuh perasaannya dan di luar kebiasaan apabila melihat beberapa Ahli Parlimen dari pelbagai negara sanggup tidur di lantai bersama sukarelawan lain sebagai tanda bersatu berjihad untuk penduduk Palestin.

sumber :berita harian

4 Jun 2010

ALLAH SENTIASA SAYANGKAN KAMU....



"Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.

Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah".

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut .

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.

Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.

Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam

sumber: tranungkite.com

Yahudi dah bertapak di Malaysia 1700.






Rata-rata orang Penang pasti tahu dimana Yahudi Road atau Jalan Zainal Abidin dimana terletaknya Menara UMNO dan Pejabat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Persoalannya mengapa jalan itu diberi nama Yahudi Road.Sejarah menunjukkan bahawa Yahudi sudah berada di Pulau Pinang sejak tahun 1700 an.Terbukti di Yahudi Road ada perkuburan Yahudi Zionis Israel sebanyak 200 kubur dan dijaga dengan baik oleh penjaga kubur berbayar .Jika ada kubur pasti ada kaum keluarga disini.

Lambang Yahudi Zionis Israel tertera di perkuburan tersebut.Persoalan tanah ini milik siapa.Siapa bayar cukai tanah dan dimana lagi kubur yahudi di Pulau Pinang.

rujuk juga: anwar di serang apco
badan dunia yahudi mula serang anwar


1 Jun 2010

SELAMATKAN KAMI....!!!!

sumber:Bersatu di bawah Naungan Cahaya

"Wahai ALLAH, perbaikilah keadaan kami,

Kasihanilah kami, Naungilah kami, Tolonglah kami,
Selesaikanlah permasalahan kami dan seluruh Muslimin.

Wahai ALLAH, cukupkanlah kami dan mereka semua
dari buruk nya musibah dunia dan Agama kami.

Wahai ALLAH, perbaikilah kami dan perbaikilah semua
yang dengan perbaikan atas nya merupakan maslahat bagi Muslimin.

Wahai ALLAH, janganlah Engkau mencelakakan kami,
dan mencelakakan mereka yang dengan kecelakaan atas nya
merupakan kemaslahatan bagi Muslimin.

Wahai ALLAH, curahilah kami hujan deras RahmatMU
dan jadikan kami orang-orang yang tidak berputus asa.

Wahai ALLAH, angkatlah dan singkirkanlah dari kami dan dari Muslimin
segala gangguan, dan musibah, dan kemarau, dan wabah demam, dan kejahatan,
dan segala bentuk fitnah, dan kesulitan cubaan, dan wabah penyakit,
dan kesakitan, dan dari segala yang terlihat zahir dan yang tersembunyi.

Dan jauhilah dari kami wahai ALLAH, kejahatan para penguasa yang keji,
dan para pencuri, dan para musuh-musuh, dan orang-orang zalim,
dan jauhkanlah sejauh-jauh nya menurut KehendakMU,
dengan segera tanpa tertunda-tunda, dalam kesihatan dan keselamatan.
Wahai yang Maha Kasih Sayang dari semua pemilik sifat kasih sayang."
- Doa Qunut Nazilah yang dianjurkan oleh al-`Allamah al-Habib Umar ibn Hafizحفظه الله تعالى
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...