17 Mar 2014

Pelajaran MH370 melestarikan kefahaman ALLAH YANG ESA








Kewujudan Alam ini tiada satupun yang terlepas dalam genggaman ILMU ALLAH swt. Kita yang kerdil lagi tiada memiliki ini seharusnya sedar peringatan yang diberikan oleh ALlah swt buat kita yang semakin melalai dari UBUDIYYAH kepadaNYA. Zahirnya mungkin segala bentuk konspirasi musuh yang mahu menumpukan kekuatan mereka menghancurkan ISlam secara bersistem. Hakikatnya kita melihat ALLAH sahaja yang mengizinkan perkar ini berlaku .Semuanya dalam perancangan ALLAH dan kita berusaha mematahkan serangan ini dengan segala kekuatan zahir yang ada dan kekuatan batin yang dikurniakan kepada insan terpilih .


Maka jangan terlarut dengan apa yang media ajar kita untuk berfikir, berperasaan dan bertindak. Lihatlah apa yang berlaku ini kelakuan ALLAH swt, dan renungkan kedalam jiwa ilmu apa yang ALAH mahu khabarkan kepada kita. Pasti disana ada rahsia yang ALLAH mahu khabarkan kepada manusia , cuma manusia sahaja yang tidak dapat menangkap ILMU ALLAH swt ini. Satu-satu perkara yang berlaku ini pasti ada rahsia yang ALLAH mahu kita cermati dan olah dan adun .Percaya ALLAH tidak zalim..hanya manusia yang menzalimi diri.


Peristiwa kehilangan MH370 ini hakikatnya penanda zaman fitnah Dajjal yang memuncak. Namun semua kelakuan ini dalam kekuasaan ALLAH jua. Berkata ahli hikmah....kita tidak tahu bagaimana mungkin ALLAH akan menaikkan ISLAM. Namun janganlah hairan saat satu bangsa yang dahulunya tiada kuasa kemudian naik memimpin mengepalai tampuk kekuasaan dunia. Boleh sahaja. Akhir zaman ini banyak perkara pelik yang akan berlaku . Yang paling getir sebenarnya  bagaimana mampu kita bertahan dengan fitnah dajjal ini. 



Menyentuh tentang perjuangan akhir zaman --- bagaimana mungin kita mampu menempati diri bersama perjuangan mengembalikan ISLAM di akhir zaman . ? Menekuni sirah zaman perjuangan para sahabat mereka bersifat melebihkan sahabat berbanding diri (itsar). peringkat itu adalah lebih tinggi dari keluarga kerana biasa kita melebihkan saudara kandung sebab ada hubungan darah tetapi para sahabat mereka melebihkan sahabat atas dasar kasih sayang semata walaupun tiada hubungan darah; mereka benr-benar menjual diri untuk agama ALLAH swt serta dek kecintaan yang mendalam kepada Bgainda saw. Itulah kelayakan bagi merka yang mahukan ciri-ciri pejuang kebangkitan ISLAM. Melihat zahir dan kedalam lubuk hati kita, pastinya jauh sekali ciri-ciri itu -atau barangkali mungkin juga sudah ada. Maka kita berusaha memohon kepada ALLAH agar dengan IHSAN dan belas KASIH Allah masukkan nama kita antara yang menyumbang untuk kebangkitan akhir zaman.


Baik.......; Ujian Allah datang dalam rupa berbagai bentuk , hanya untuk menyaring diri kita---menebus dosa-dosa silam kita--memperingatkan diri kita ada perkara yang belum selesai dari bahagian kita seperti penyakit hati, cinta dunia dsb. Sebagai contoh , jika kita bersahabat ...ada ketika sahabat mahu meminta tolong kerana kesempitan wang ; sedangkan kita juga tida mempunyai wang dan cukup-cukup sahaja--atau kita juag memeang mempunyai wang lebih. Maka bagaimana kita menerima ujian ALLAH ini menentukan dimana letakknya diri kita.. Orang datang meminta itu sebahagian dari ujian (yang layak dari bahagian diri kita) agar kita sedar jiwa kita masih sakit (rasa memiliki duit) dan perlu diubati dengan melawan dengan mengutamakan kasih sayang ( dan kita akan bagi dengan kadar kasih sayang yang ada dalam jiwa kita) . Maka bagaimana kita menghadapi ujian-ujian lainnya? kerana ia biasanya hadir tanpa disedari untuk melumatkan rasa wujud diri sehingga yang ada terlihat di lubuh hati kita HANYALAH ALLAH.

Begitulah kita jangan mudah melatah..ambillah masa. asingkan diri .tafaurkan dirimu. APAKAH RAHSIA YANG ALLAH MAHU KHABARKAN KEPADA DIRI MU. ???

Semoga beroleh kefahaman .
nukilan diinspirasikan dari kalam AZ

13 Mar 2014

Malaysia Merungkai Masalah Dalaman

Aduh .pening kepala den melihat gelagat sakai BOMOH MALAYSIA (MALAYSIA SHAMAN) yang mengusutkan keadaan . Niat membantunya baik sahaja cuma ..sangat meletakkan Malaysia seakan kaum asli afrika yang memakai sut di persada dunia.

Begitulah parahnya ....liputan satu dunia menjadikan isu sebenar tenggelam dek gelak berguling semua yang melihat PAWANG ini buat program MAHARAJA LAWAK peringkat antarabangsa.hihihi

Sementelah isu sebenar kehilangan ini sebagai paling prestij dalam sejarah penerbangan Malaysia. Namun tidak dimanfaatkan  kerajaan Malaysia . Seperti terkial-kial mengatur gerak --kepimpinan Malaysia benar-benar diuji saat ini .Hambatan konflik dari segenap jabatan , penyelarasan gerak kerja dari bawah sampailah keatas mencerminkan kecelaruan . Namun syabas , disaat genting ini penguatkuasa Malaysia terus iltizam dengan tugas dan cabaran yang dipikulkan kebahu mereka ,

Dalam situasi sebegini rupanya kecepatan penyaluran informasi melalui media sosial menyebabkan ramai yang menjadi keyboard army. suatu istilah yang menggamabrkan suasana peperangan idea, spekulasi, fitnah, cemuhan ,luahan perasaan yang tidak terkawal. Para pengkaji saling melontarkan teori masing -masing ...berkecamuknya peperangan ini meninggakan mereka dalam keadaan penuh teka-teki.

Fasa peleraian dikatakan semakin hampir. Hikmah kejadian ini banyak menghamburkan segala bentuk kelemahan kita yang harus dicermati satu-persatu untuk dimuhasabahkan dan diperbaik pada masa depan. Suasana kritikal seperti ini sangat menakutkan jika berlaku dalam keadaan kita tidak bersedia seperti ini . Apapun kita nantikan kesudahan cerita ini ...KEHILANGAN MS370 meletakkan MALAYSIA pada kedudukan tertentu pada persepsi penduduk dunia.

Ingat...KIta telah terdedah ...dalam bahaya ...termasuk dalam kancah peperangan media dan elektronik. Namun berpegang kita pada..wamakaru wamakaarullah wallah hu khairul makirin. Mereka merancang dan ALLAH jua meranacang. Allah sebaik-baik perancang. Kepada ALLAH kita adukan masalah ini ..ya Segalanya berpunca dari kealpaan dan kesombongan diri kita. Jika peringatan ini pun masih belum kita sedari . Peringatan bagaimanakah baru boleh kita mahu sedar. ???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger