17 May 2008

Lawatan Ke Gereja- Dialog ISLAM -KRISTIAN


Sessi makan, pengalaman hari ini sangat bermanfaat untuk ISLAM


THE CHURCH OF THE DIVINE MERCY


Kekalutan hari-hari yang aku lalui semakin menghimpit..Aku gagahi kerana sunatullah perjuangan yang dijanjikan ALLAh untuk mendapat sebuah mardhatilla . Tanggungjawab tetap perlu aku teruskan.

Semalam 12 orang delegasi muslimin telah bersama-sama NGO muslim telah berhimpun di Sebuh Gereja di SHAH ALAM..di kelilingi kilang-kilang mendapat julukan nama THE CHURCH OF THE DIVINE MERCY. Sebesar MASJID gereja yamg dibina atas kawasan yang agak luas

Perjalanan yang pendek dirasakan agak jauh memandangkan banyak kesilapan teknikal yang berlaku sepanjang perjalanan. Kesukaran dan dugaan ini walaubagaimanapun dapat dilalui dengan lancar..alhamdulillah semua selamat pergi dan pulang.Paling sukar di gambarkan, hari ini aku bersolat di dalam gereja..iqamat, takbir, alquran dan zikir bergema didalam sebuah gereja...Hanya ISLAM Tinggi, tiada yang tinggi melainkan ISLAM

Kita ringkaskan..Mudah, asas yang kita gunakan untuk berdakwah kepada mereka hanya berkisar pada rukun iman. Perbincangan dalam Bahasa inggeris mudah ini, dilihat menarik minat hadirin. Sangat teruja dengan kronologi pembinaan fakta dan nas yang sistematik.Soalan diajukan bertalu-talu sebeelum sesi itu dibuka.Kebijaksanaan pembentang meneutralkan persepsi sempit sesetengah penganut kristian sangat membantu memudahkan kita berinteraksi dengan mereka.


Keadaan ketika upacara keagamaan mereka di dewan utama

Antara isu yang dibamgkitkan:

1) Penggunaan ALLAH dalam Bible
2) konsep ALLAh itu satu, dan TRINITY yang bercanggah dengan konsep ALLAH
3)QURAN DAN BIBLE yang mana benar
4)Kepentingan merujuk agama pada sumbernya yang asli bukan dinisbahkan kepada pengikutnya semata-mata
5) mengamalkan agama dengan kefahaman.
6)Mencari kebenaran...
7)Kebebasan beragama dalam ISLAM.

Perjalanan selama 2 jam dirasakan sangat singkat. Namun sebagai seorang muslim sessi ini juga menambahkan kefahaman ku dan meningkat kan keimanan aku sendiri terhadap Islam yang aku cintai ini. Apa yang dibincangkan jelas, terbawa pada landasan yang benar dan asal.Ingin sekali untuk aku ajak sahabat -sahabat yang lain untuk bersama-sama.... Apapun dimana-mana kita berada laksanakan tanggungjawab sebarkan ISLAM..dalam konteks ini aku cuba sumbangkan sesuatu, dalam kontekas lain kita punya cara lain untuk disumbang.Pokok pagkal..kita laksankan dakwah ini.

Jam 11.00 malam kami berarak pulang. Senyuman menggambarkan kepuasan menggadaikan cuti untuk balik ke kampung.satu episod tamat dan aku bersedia untuk episod seterusnya .

SELAMAT HARI GURU -



Guru merupakan insan mulia kerana menurunkan ilmu kepada anak-anak muridnya dengan sepenuh hati, walau bagaimanapun keberkesanan penyampaian ilmu bergantung kepada sejauh mana kesungguhan dan niatnya yang baik.

Islam sentiasa memberi panduan kepada para guru agar memperkasa dan memperbaiki diri agar menjadi golongan pendidik yang betul-betul memenuhi tuntutan seperti yang difirmankan oleh Allah SWT menerusi ayat 122 surah at-Taubah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan (di kalangan umat Islam) di antara mereka beberapa orang untuk memperdalami pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya (masyarakat) apabila mereka telah kembali kempangkuan mereka, supaya mereka (masyarakat) itu lebih berwaspada.

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT menekankan dua perkara utama kepada golongan guru (yang menunutut ilmu) bagi mencapai keberkesanan penggarapan ilmu yang dipelajari:

Arahan Allah untuk memperdalami dan bukannya kekadar belajar.
Arahan Allah selepas proses penggarapan ilmu, menyedarkan masyarakatnya dengan memberi peringatan dan bukannya mengajar.
Kedua-dua konsep itulah yang meletakkan seseorang yang menuntut ilmu itu mencapai status pendidik iaitu satu kedudukan yang lebih tinggi daripada seorang guru.

Ini kerana, pendidik bukan sekadar mengajar atau mencurahan ilmu kepada pelajarnya, malah memastikan para pelajarnya benar-benar mempraktikkan segala ilmu yang digarap, di tambah pula peranan pendidik mampu menjiwai permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya serta mengadakan program susulan jangka panjang (long term follow up planning).

Berbeza dengan tugas seorang guru, kerana ada di antara mereka hanya sekadar mengajar dan mungkin juga tidak mempedulikan aspek program susulan, baginya yang penting mereka telah menyampaikan ilmu, tetapi sebenarnya keberkesanan sesuatu ilmu itu bergantung kepada lima perkara untuk mencapai status pendidik yang berdedikasi dan komited terhadap kerjayanya seperti yang pernah dilontarkan persoalan ini oleh Syeikh Prof dr Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya yang bertajuk "Rasul dan ilmu pengetahuan" .

Di mana beliau ada menegaskan, bahawa apabila seorang pendidik itu mampu merealisasikan lima perkara berikut, nescaya dia melonjakkan kedudukan sebagai pendidik atau pewaris nabi-nabi, lima perkara itu adalah seperti berikut :

Perasaan tanggungjawab terhadap agama, pelajar, masyarakat dan negara.
Amanah keilmuan yang digarap, dalam erti kata, dia akan mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah, bukan sebaliknya, kerana ia adalah satu amanah yang besar yang akan disoal di akhirat nanti.
Mengembalikan 'Izzah (kemuliaan) Islam yang dicerobohi oleh tangan-tangan pengkhianat dan perosak Islam dengan meletakkannya di tempat yang paling tinggi dalam kehidupan masyarakat.
Ada perasaan tawadu' (rendah diri) terhadap orang lain.
Beramal dengan kesesuaian ilmu yang digarap, dalam erti kata tidak menyanggah tindakan dengan penghayatan ilmu.
Sehubungan itu baginda Rasulullah s.a.w ada bertanya kepada Malaikat Jibril, berhubung siapakah golongan pendidik (ahli ilmu sebenar)?, Jibril menjawab : Sesungguhnya mereka ibarat pelana umatmu di dunia dan akhirat, beruntunglah mereka yang mengenali dan menghormati mereka dan nerakalah bagi mereka yang membenci serta menyanggah mereka (ahli ilmu/pendidik) .

Konsep penghormatan kepada golongan pendidik

Jelas daripada hadis di atas, baginda telah menggariskan satu tindakan yang berkesan bagi meletakkan penghormatan sewajarnya kepada mereka.

Pengamalan dalam masyarakat umat Islam dalam negara kita yang berpaksikan nilai-nilai penghormatan terhadap golongan pendidik/guru adalah dijelmakan oleh fahaman barat, iaitu mereka diberikan hadiah tertentu walaupun pada masa yang sama para pelajar sebenarnya tidak bersetuju atau mengkritik guru-guru mereka atau mungkin juga berlaku biadap terhadap mereka, tindakan ini disifatkan menyalahi tuntutan ayat di atas yang sepatutnya mereka (pelajar) mendapat peringatan agar tidak meniru-niri gaya hidup masyarakat barat dan sebagainya.

Tetapi bagi menutup kesalahan dan kelemahan mereka, para pendidik/guru diraikan pada satu hari yang dikenali dengan 'hari guru', pelajar yang tidak menerima nasihat pun menghulurkan hadiah kerana inilah peluang bagi menyekat kemarahan atau kebencian guru terhadap mereka, pelajar yang datang dari keluarga berada walaupun tidak memiliki akhlak yang baik, mampu mengadiahkan gurunya pelbagai bentuk hadiah yang menarik, ini menyebabkan gurunya bias terhadapnya, rasa nak marah pun hilang dari mindanya.

Sedangkan pelajar yang benar-benar menepati ayat di atas tetapi kerana kemiskinan serta tidak mampu untuk menghadiahkan gurunya sebarang bentuk hadiah, dipinggirkan daripada minda dan sanubari guru, persoalannya di sini hadiah yang diterima oleh guru boleh disifatkan satu bentuk rasuah cara moden.

Inilah kejayaan musuh Islam bagi merenggangkan golongan pendidik/guru dengan para pelajarnya yang dihormati hanya pada satu hari iaitu "hari guru", sedangkan pada hari-hari yang lain mereka sudah tidak dihormati apatah lagi untuk melaksanakan arahan mereka untuk menjadi individu cemerlang, akibatnya mereka tidak sanggup untuk menegur atau memberi nasihat kepada para pelajar kerana disebaban hadiah yang diterima.

Akhirnya institusi pendidikan di kalangan umat Islam tidak mampu melahirkan individu-individu seperti Imam hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali, al-Ghazali, Ibnu Sina dan ramai lagi.

Marilah kita sama-sama kembalikan maruah golongan pendidik/guru/ ahli ilmu dengan menghormati mereka dengan bentuk yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu mendengar nasihat mereka, mengenali serta melaksanakan segala ajaran mereka dan bukannya membenci mereka apatah lagi menyanggah mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya.

16 May 2008

Perginya tak kembali...AL FATIHAH!


Hello Asalamualaikum..AYAh sakit kuat lagi!!!..Mungkin itulah yang kerap ABG ZUL terima dari corong telefon bimbit beliau..Lantas dikemas barang dan baju beberapa helai yang ada dan ia akan bergegas Ke KELANTAN.. Kasihnya seorang anak pada ayahnadanya..itulah apa yang dinamakan Kerisauan seorang anak terhadap Keluarganya...

Begitulah rutin mingguan ABG ZUL ..memang kerap aku melihat ABG ZUL balik ke Kelantan hampir setiap minggu bulan ini. mukanya mengambarkan kerisauan seorang anak..lintasan - lintasan tidak sedap hati menggagahkan ia pulang ke kampung.. Saat ini keluarganya lebih memerlukan ia disisi.Kerap ayah beliau ditahan di wad...

Aku jarang bertanya ..takut terusik hati..lalu aku diamkan sahaja.Mukanya mengambarkan kerisauan seorang anak.. Mungkin adik angkatnya tahu apa patut dibuat..ya MAWI mungkin labih memahami.Aku jarang mengganggu ABG ZUL, kerana aku tahu ia penat dan perlukan rehat...kerjanya seharian...kadang-kadang sampai lewat pagi..

Aku menghadap komputer aku... dengan perlahan aku menaip baris - baris huruf..http://ibnuqalil.blogspot.com/..dan akau akan memasuki paparan bl0g yang simple..Harapan Tidak Buta... Ini blog ABG ZUL..memang sejak beberapa bulan ini beliau akan mencoretkan apa yang berlaku dalam keluarga beliau..emak, kakak, ayah... meneliti baris-baris entry yang beliau karang..sesekali hatiku jua terusik, menahan sebak..setiap orang punya dugaan. tetapi Alhamdulillah kelihatannya ABG ZUL melalui hari-hari akhir bersama ayahnya dengan matang dan sangat bermakna. Ia berusaha berada disisi ayahandanya setiap kali ada peluang..dilayani ayahnya dihiburkan emaknya... mana tahu rupanya hari ini bapanya kembali kerahmatullah buat selamanya..

Sebelum menerima panggilan dari mawi ,Aku sebenarnya baru melewati BLOG Harapan Tidak Buta...sekali lagi ia menceritakan tentang keluarga ..ayah beliau marah-marah...pelik..aku biasa mendengar , dan acapkali orang sakit yang tiba2 marah-marah..mungkin tertekan dengan sakit yang dialami..aku memendam sesuatu dalam hati, berperasangka mungkin harinya semakin hampir...sesuatu yang pasti mengejutkan..
Bibit- -bibit kata dalam tajuk "IBU JANGAN MENANGIS"..sekali lagi meruntun hatiku..harapan dan doa-doa sering ABG ZUL titipkan dalam tulisannya...baru aku nak isikan ruang comments tulisan beliau tak semena-mena hand phone ku "vibrate" ..Mawi call!! Ku angkat dan mendengar SALAM,..Amirrul, ayah ABANG ZUL meninggal pagi ini....
.....Tergamam dengan berita ini...perkataan pertama yang mampu aku lafazkan ...Hanya dari Allah kita datang dan KepadaNya kita kembali..

Peringatan bemakna buat diriku...siapa sangka ..sekelip mata kita sudah kehilangan orang tersayang bila tuhan menjemput..

Yang pergi biarkan ia pergi bertemu RABBNYA...ia tidak mati , sebenarnya kembali kesisi TUHANNYA..Esok lusa kita pun akan turut menyertainya. Alhamdulillah perginya pada hari jumaat..baik matinya..moga Allah letakkan ia dikalangan hamba-hambanya yang soleh

Abang Zul diharap dapat bersabar dengan ketentuannya..ABANG ZUL masih punyai emak , kakak..dan kami disini..Apa sahaja pertolongfan yang ABG ZUL perlukan bagi tahu kami...kami pasti membantu..Kuatkan semangat dan teruskan melangkah..

Teringat kata-kata ABNG ZUL dalam blog...

"Semoga ayah tabah dengan ujian sakit ini. Zul masih perlukan ayah dan mak. Ayah dan mak sumber inspirasi Zul. Zul cinta mak dan ayah."

Sebak dada, aku patut nyatakan perkataan ini pada dua oarang tuaku jua.... Allah ampunilah dosa dua ibu bapaku...

AVOIDING CANCER


AFTER YEARS OF TELLING PEOPLE THAT CHEMOTHERAPY IS THE ONLY WAY TO " TRY " ( " try " being the key word ) TO ELIMINATE CANCER, JOHN HOPKINS IS FINALLY STARTING TO TELL YOU THERE IS AN ALTERNATIVE WAY !!

Cancer Update from John Hopkins :

1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size.

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumours.

4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.

5. To over come the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.

6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.

7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.

8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumour size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumour destruction. .

9 When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumbs to various kinds of infections and complications.

10.. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.

11. An effective way to battle cancer is to starve the cancer cells by not feeding it with the foods it needs to multiply.

CANCER CELLS FEED ON:

a. Sugar is a cancer-feeder. By cutting off sugar it cuts off one important food supply to the cancer cells. Sugar substitutes like Nutra-Sweet, Equal,Spoonful, etc are made with Aspartame and it is harmful. A better natural substitute would be Manuka honey or molasses but only in very small amounts. Table salt has a chemical added to make it white in colour. Better alternative is Bragg's amino's or sea salt.

b. Milk causes the body to produce mucus, especially in the gastro-intestinal tract. Cancer feeds on mucus. By cutting off milk and substituting with unsweetened soya milk cancer cells are being starved.

c. Cancer cells thrive in an acid environment. A meat-based diet is acidic and it is best to eat fish, and a little chicken rather than beef or pork. Meat also contains livestock antibiotics, growth hormones and parasites, which are all harmful, especially to people with cancer.

d. A diet made of 80% fresh vegetables and juice, whole grains,seeds, nuts and a little fruits help put the body into an alkaline environment. About 20% can be from cooked food including beans. Fresh vegetable juices provide live enzymes that are easily absorbed and reach down to cellular levels within 15 minutes to nourish and enhance growth of healthy cells. To obtain live enzymes for building healthy cells try and drink fresh vegetable juice (most vegetables including bean sprouts)and eat some raw vegetables 2 or 3 times a day. Enzymes are destroyed at
temperatures of 104 degrees F (40 degrees C).

e. Avoid coffee, tea, and chocolate, which have high caffeine. Green tea is a better alternative and has cancer-fighting properties. Water-best to drink purified water, or filtered, to avoid known toxins and heavy metals in tap water. Distilled water is acidic, avoid it.

12. Meat protein is difficult to digest and requires a lot of digestive enzymes. Undigested meat remaining in the intestines become purified and leads to more toxic buildup.

13. Cancer cell walls have a tough protein covering. By refraining from or eating less meat it frees more enzymes to attack the protein walls of cancer cells and allows the body's killer cells to destroy the cancer cells.

14. Some supplements build up the immune system (IP6, Fluorescence, Essiac, anti-oxidants, vitamins, minerals, EFAs etc.) to enable the body's own killer cells to destroy cancer cells. Other supplements like vitamin E are known to cause apophasis, or programmed cell death, the body's normal method of disposing of damaged, unwanted, or unneeded cells.

15. Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor. Anger, un forgiveness and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.



16. Cancer cells cannot thrive in an oxygenated environment. Exercising daily, and deep breathing help to get more oxygen down to the cellular level. Oxygen therapy is another means employed to destroy cancer cells.

(PLEASE FORWARD IT TO PEOPLE YOU CARE ABOUT)

CANCER UPDATE FROM JOHN HOPKINS HOSPITAL , U S - PLEASE READ

1. No plastic containers in micro.

2. No water bottles in freezer.

3. No plastic wrap in microwave.

Johns Hopkins has recently sent this out in its newsletters. This information is being circulated at Walter Reed Army Medical Centre as well.
Dioxin chemicals causes cancer, especially breast cancer.
Dioxins are highly poisonous to the cells of our bodies.
Don't freeze your plastic bottles with water in them as this releases dioxins from the plastic.
Recently, Dr. Edward Fujimoto, Wellness Program Manager at Castle Hospital , was on a TV program to explain this health hazard. He talked about dioxins and how bad they are for us.. He said that we should not be heating our food in the microwave using plastic containers.
This especially applies to foods that contain fat. He said that the combination of fat, high heat, and plastics releases dioxin into the food and ultimately into the cells of the body. Instead, he recommends using glass, such as Corning Ware, Pyrex or ceramic containers for heating food. You get the same results, only without the dioxin. So such things as TV dinners, instant ramen and soups, etc., should be removed from the container and heated in something else.
Paper isn't bad but you don't know what is in the paper. It's just safer to use tempered glass, Corning Ware, etc. He reminded us that a while ago some of the fast food restaurants moved away from the foam containers to paper. The dioxin problem is one of the reasons.

Also, he pointed out that plastic wrap, such as Saran, is just as dangerous when placed over foods to be cooked in the microwave. As the food is nuked, the high heat causes poisonous toxins to actually melt out of the plastic wrap and drip into the food. Cover food with a paper towel instead.

This is an article that should be sent to anyone important in your life.

Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur


Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggi pasar minggu Kg Baru berdekatan Stesyen LRT .

Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Fadzli , seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu dimasjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta .

Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Pada masa ini terdapat 51 orang pelajar lelaki dan perempuan disamping 5 orang ustaz dan ustazah sepenuh masa. Dengan perbelanjaan lebih RM35,000 sebulan adalah sesuatu yang agak berat bagi madrasah ini untuk terus bergerak tanpa bantuan dari orang ramai. Oleh yang demikian kami merayu anda untuk sama-sama menghulurkan bantuan terus kepada Madrasah Al-Yamani Kg. Baru , Kuala Lumpur.

Untuk menghulurkan bantuan boleh terus hubungi
Ustaz Fadzli 019-3838730

Akaun Bank Islam Berhad - Madrasah Alyamani -
1415-3010-0014- 53.

Minta tolong anda terus sebarkan email ini dan jangan diputuskan rangkaiannya supaya sumbangan dan bantuan dapat berterusan bagi membantu kerja-kerja kejalan Allah ini.

12 May 2008

Selamat Hari Ibu



Untuk diriku...
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

untuk mereka yang ada pasangan hidup sendiri???
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”.

Berderai air mata. Berat dada dan hiba rasanya..lebih dari itupun aku sanggupi asalkan aku dapat mengembirakan ibuku...Wang bukanlah segala-galanya..kasih sayang aku pada ibu tak dapat aku gambarkan dan lebih bernilai dari seluruh hidupku..


ingatlah pengorbanan ibuuuuu….

Ibu...ampunkan dosa anakmu....
tidak sekali-kali akan aku persiakanmu ..dan itu janjiku!!!

CINTA HAKIKI-Peringatan Bermakna Buat Diriku



CINTA HAKIKI
Oleh: Raihan

Telah lama cinta terbiar dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar dari cinta hakiki
Kerana sekian lamanya manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka cinta manusia itu yang sejati

Telah lama cinta terbiar dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar dari cinta hakiki
Namun lupakah kita cinta nafsu selalu mngecewakan
Sering berubah tidak menentu seperti pantai dipukul ombak

Telah lama cinta terbiar dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar dari cinta hakiki
Cinta kan Allah cinta sebenarnya
itulah cinta yang sejati
Kasihlah sesama manusia Kerana cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan yang ESA

Telah lama cinta terbiar dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar dari cinta hakiki
Cintakan Allah tiada kecewa
Engkaukan tenang diwaktu susah
Kembalilah kepada Tuhan
Dia kan tetap menanti
Kehadiran hambaNYA
Yang sebenar pasrah cinta kasih sayangNYA tidak bertepi

9 May 2008

ACHEH-MYANMAR


TIDAK PEDULI

Namun apa yang mengejutkan saya ialah sejuknya masyarakat kita dari berpaling dan peduli kepada kejadian ini. Saya tidak terkejut jika ramai yang tidak tahu menahu mengenainya.

Mungkin mereka akan ternganga apabila periuk nasi masing-masing kosong dan kontang kerana tatkala dunia berdepan dengan krisis makanan yang amat kritikal ketika ini, Taufan Nargis ini telah menghancurkan Delta Ayeyarwaddy (Irrawaddy) yang membekalkan hampir separuh bekalan beras dunia! Hanya selepas bencana mengganggu perut masing-masing, baru mungkin tersedar yang dunia ini sedang tenat.

Tanggungjawab Tanpa Cinta-SaifulIslam.com


“Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?”, soal seorang ustaz dengan tegas.

“Mana mungkin sebuah rumahtangga mendapat keredhaan Allah jika permulaannya sudah tidak tentu hala!”, ujar seorang pendakwah dengan penuh yakin.

Segala nasihat tertuju kepada menyeru agar maksiat dihindarkan oleh mereka yang di usia muda. Jangan mulakan alam rumahtangga dengan dosa dan noda. Kelak binasa.

Tidak susah untuk memahami seruan ini. Itulah kehendak agama. Dosa tidak menjanjikan bahagia. Kebahagiaan letaknya pada ketaatan kepada Allah. Semua itu telah banyak saya ungkapkan di dalam artikel yang lalu. Sebahagian besarnya sudah termuat di dalam buku AKU TERIMA NIKAHNYA.

Dosa tidak menjanjikan bahagia.

Tetapi pastikah bahagia hanya kerana sudah terhindar dari dosa? Jika dosa itu derita, taat itu nikmat kebahagiaan, maka bahagiakah rumahtangga yang jauh dari dosa?

Soalan ini tidak boleh dijawab dengan bahasa praktikal oleh anak-anak muda yang baru menceburkan diri ke alam mencari dan memilih pasangan hidup. Perbincangan kali ini lebih merupakan sebahagian daripada tuntutan Begin with the End in Mind untuk mereka renungkan. Ada pun persoalan yang sedang saya ketengahkan ini, ia adalah untuk mereka yang sudah separuh atau suku jalan menempuh kehidupan berumahtangga.

Persoalan ini banyak mengganggu fikiran saya. Sedikit demi sedikit saya didatangi dengan kes-kes yang luar biasa. Mula-mula ia hanya sekali dua, tetapi lama kelamaan segalanya menjadi seperti timbunan tanah membentuk busut. Hingga tercetus suatu kebimbangan.

Satu demi satu rumahtangga retak dan ribut.

Bukan rumahtangga yang kotor dengan dosa. Bukan suami isteri yang lupa Tuhan. Rumahtangga ini adalah rumahtangga yang dibentuk menurut lunas-lunas Islam. Permulaannya bersih dari masalah pergaulan bebas, malah kedua pasangan ini ‘disatukan’ atas cita-cita Islam, dakwah dan perjuangan yang menemukan mereka.

Seorang ‘akhi’ dan seorang ‘ukhti’, dalam suasana taat kepada Allah… bersatu dalam sebuah Bait Muslim yang berslogankan Baiti Jannati (rumahku syurgaku). Perkahwinan mereka adalah apa yang diimpikan oleh setiap mereka yang mahu mencari separuh kesempurnaan beragama melalui jalan perkahwinan, yang terbina di atas asas taqwa.

Tetapi perkahwinan yang ideal ini sedang diuji. Sangka saya satu atau dua. Ia mungkin kes terpencil. Tetapi sedikit demi sedikit kes ini bertambah dan bercantum, hingga menghasilkan suatu kerisauan yang mendalam. Di manakah silapnya?

Terlalu sulit untuk saya lakarkan kes-kes yang membabitkan rumahtangga ini kerana ia amat sensitif. Rumahtangga seorang lelaki yang berfikrah Islam dan seorang perempuan yang berfikrah Islam, kecundang selepas perkahwinan menjangkau usia matang. Ada di antaranya yang membabitkan perbuatan-perbuatan suami, ada juga yang membabitkan masalah yang ditimbulkan oleh pihak isteri.

Ada suami yang berfikrah Islam, sama ada seorang ustaz mahu pun seorang profesional, mencemarkan rumahtangganya dengan perbuatan-perbuatan curang, bermain kayu tiga, malah ada yang menjadi abusive terhadap isteri dan anak-anak. Ada juga isteri yang berfikrah Islam, merosakkan rumahtangganya dengan perbuatan yang sama… hingga menjadi beban kepada fikiran saya untuk menanggung rahsia mereka.

Saya terpaksa beristighfar, menenangkan diri sendiri dan isteri, sebelum mampu untuk menyelami masalah seperti ini. Gerun dan kesah memikirkan rumahtangga sendiri. Segala yang diperlukan untuk membina rumahtangga dalam sebuah ketaatan telah dilakukan, tetapi saya sedang berdepan dengan insiden kehancuran rumahtangga seperti ini. Jika bukan silap berkaitan dosa dan taat kepada Allah, apa lagi yang tidak kena.

“Rumahtangga ini hanyalah sebuah tanggungjawab. Saya gagal menemui cinta. Saya tidak cintakan suami saya!”, salah satu kes yang saya tangani, tiba kepada jawapan yang dicari.

Saya kebingungan.

Biar pun kali ini jawapannya sungguh jelas dan terus kepada lubuk masalah, ia bukan satu atau dua kes, tetapi saya sedang menanggung beban kes yang berbilang.

akhiukhti.jpg



TIDAK BERTEMU CINTA

Jika mereka yang asyik berkasih sayang hingga lupa kepada batas-batas agama dalam sebuah pergaulan, nasihat lazim yang disampaikan kepada mereka adalah pada menyedarkan diri mereka tentang soal tanggungjawab. Perkahwinan bukan hanya soal cinta. Tanggungjawab harus dipikul bersama. Soal peranan masing-masing sebagai suami dan isteri, serta bakal ayah dan ibu mesti dilihat dari sudut agama.

“Kalau merancang perkahwinan, jangan rancang hanya ke pelamin, tetapi rancanglah hingga ke lampin!”, itu nasihat komprehensif saya kepada perkahwinan sepasang kekasih yang sebegini.

Tetapi bagi seorang Muslim dan Muslimah, yang mempunyai semangat agama yang tinggi, yang merelakan sebuah perkahwinan dibentuk tanpa pendahuluan yang lazimnya popular dalam masyarakat kebanyakan, terlalu berat untuk saya nukilkan, bahawa nampaknya mereka harus sedar bahawa perkahwinan bukan sekadar tanggungjawab. Ia harus diisi dengan cinta.

Cinta!

Bukan cinta ala Hollywood atau Bollywood, tetapi cinta yang itu. Perasaan yang mendatangkan bahagia.

Seperti kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam bukunya, Satu Rasa Dua Hati, tanda bahagia ialah apabila adanya tenang. Itulah cara mengukur bahagia. Bahawa di dalam sebuah rumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalah bahagia.

Sukar untuk saya ungkapkan bagaimanakah yang dikatakan sebuah rumahtangga tanpa cinta. Ini bukan kahwin paksa. Ia kahwin rela. Cumanya, demi menjaga agama, mereka tidak bercinta sebelum berumahtangga. Rumahtangga ini adalah rumahtangga orang sekarang yang mencuba resepi bercinta ‘orang dulu’, mengharapkan cinta selepas berkahwin, tetapi malangnya mereka gagal bertemu cinta.

collide.jpg

Izinkan saya meminjam kata-kata John Gray di dalam buku terbaru beliau yang mesti dibaca oleh mereka yang sudah menghadam buku awal Men Are From Mars, Women Are From Venus, iaitu buku Why Mars and Venus Collide:

“As I travel the world, teaching the Mars and Venus insights, I have witnessed a new trend in relationships linked to increasing stress. Both couples and singles believe they are too busy or too exhausted to resolve their relationship issues, and often think their partners are either too demanding or just too different to understand. Attempting to cope with the increasing stress of working for a living, both men and women feel neglected at home. While some couples experience increasing tension, others have just given up, sweeping their emotional needs under the carpet. They may get along, but the passion is gone.” (muka surat xiv)

Mereka bertahan, tetapi emosi, keinginan dan cinta itu hilang. Segalanya adalah soal tanggungjawab, tentang peranan… tiada perasaan, cinta dan belaian.

Entahlah…

Apakah kerana pengaruh filem, pengaruh persekitaran, pengaruh tempat kerja, atau silap tarbiyah oleh gerakan-gerakan Islam yang mengacukan mereka ini semasa duduk dalam gelanggang tarbiyah, persoalan tanggungjawab tanpa cinta menjadi punca keruntuhan rumahtangga.

Ada yang tidak percaya… menempelak saya kerana menimbulkan isu ini tanpa hujung pangkal. Sangkanya, saya mahu lelaki multazim dan perempuan multazimah ini bercinta dengan cinta mazhab Bollywood dan Hollywood. Tidak sama sekali.

Tetapi ada sesuatu yang masih dalam kerangka agama yang tidak kita sempurnakan, sekurang-kurangnya di peringkat menguruskan jodoh, sama ada oleh institusi Bait Muslim atau melalui medium keluarga.

MANIFESTASI

Kecacatan cinta dalam rumahtangga yang ‘Islamik’ ini terserlah, seawal tahun-tahun perkahwinan, malah boleh juga muncul selepas beranak pinak.

Suami akan berkahwin dua dengan alasan isteri pertama adalah pilihan jemaah manakala isteri kedua adalah pilihan hatinya! Isteri pula tanpa peruntukan agama untuknya menduakan suami, mencari cinta di luar.

Hubungan hambar antara dirinya dan suami, terubat dengan rakan sepejabat yang lebih understanding, lebih bijak mendengar dan memujuk, atau mungkin juga beralih minat kepada ustaz-ustaz dan ceramahnya. Asasnya, suami dan isteri, kedua-duanya mengkhianati perkahwinan pertama yang begitu ideal, kerana perkahwinan itu ada segalanya kecuali cinta!

TAQWA

Khutbah Nikah pada sunnahnya, terisi dengan ayat-ayat al-Quran yang dipilih dalam genre TAQWA. Ia adalah suatu peringatan daripada Nabi S.A.W bahawa rumahtangga yang diredhai Allah itu harus dibina di atas asas-asas taqwa. Persoalannya di sini, bagaimanakah kita memahami maksud taqwa?

Jika taqwa itu diertikan sebagai kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan-peraturan Allah, datang pula soalan yang kedua, apakah itu peraturan Allah? Bagaimanakah keseimbangan dalam beragama dapat dibuktikan dalam kepatuhan ini?

SYARIAT ALLAH

Himpunan peraturan Allah SWT diperturunkan melalui wahyu, terhimpun di dalam hukum yang lima. Persoalan wajib, mandub, harus, makruh dan haram, sentiasa diambil kira oleh sebuah rumahtangga yang dibina di atas asas Taqwa. Inilah yang diberikan penekanan selama ini, bahawa sebuah rumahtangga yang diredhai Allah SWT itu harus mematuhi ketetapan Allah yang dihimpunkan di dalam apa yang disebutkan sebagai SYARIAT ALLAH atau SYARIATULLAH.

Menjaga halal dan haram dalam perbelanjaan.

Memelihara peraturan-peraturan Allah dalam persoalan rukun Iman dan rukun Islam.

SUNNATULLAH

Tetapi peraturan Allah juga merangkumi hukum kedua yang disebut sebagai hukum alam. Peraturan yang ditentukan Allah sebagai sistem alam dan manusia yang menghuninya. Sebagaimana hard science menzahirkan hukum Sunnatullah melalui peraturan kimia, fizik dan biologi, maka begitu jugalah soft science menghimpunkan Sunnatullah melalui peraturan komunikasi, psikologi yang dalam hubungan percintaan, kadang-kadang orang sana menyebutnya sebagai chemistry!

Cinta bukan kefahaman. Bukan pengetahuan. Cinta tidak muncul sebagai hasil mengetahui pengertian ilmu cinta yang dicerna oleh akal. Tetapi cinta itu adalah hati dan perasaan. Allah mengurniakannya, dan manusia bertanggungjawab untuk mencari dan berikhtiar menyuburkannya.

Rumahtangga yang bersih dari dosa, adalah rumahtangga yang berjaya mematuhi Syariatullah, tetapi mungkin kehancuran itu masih melanda kerana Taqwanya tidak menyeluruh. Aspek-aspek Sunnatullah diabaikan.

1273.jpg

Seorang suami mungkin terlupa untuk melihat zaujah yang dikahwininya itu sebagai seorang perempuan. Perempuan itu, biar pun dipanggil sebagai ukti, atau dibahasakan sebagai enti, berjawatan ustazah, atau ketua Muslimat cawangan, dia adalah perempuan pada fisiologi, biologi, naluri dan perasaannya.

Mungkin selama ini suami lupa untuk membelainya, lupa menghargainya, lupa berusaha mengekalkan kehangatan perasaan di dalam sebuah rumahtangga. Suami yang ustaz, mujahid, haraki lagi manhaji ini, mungkin tidak serius dalam menelaah hadith-hadith Nabi SAW yang memperlihatkan passion baginda dalam mengekalkan suburnya cinta dalam sebuah rumahtangga.

Seorang isteri yang bersuamikan seorang pejuang, seorang ustaz atau seorang Ketua Cawangan sekali pun, tidak harus lupa bahawa suaminya itu tetap seorang lelaki.

Rumahtangga seorang akhi dan seorang ukhti, tetap sebuah rumahtangga seorang lelaki dan perempuan. Jika mereka bertaqwa dalam menjunjung Syariatullah, tinggal satu lagi persoalan, bagaimanakah pula Sunnatullah dalam hubungan mereka?

Sesungguhnya kejayaan menghindarkan diri dari pergaulan bebas serta bantuan institusi Bait Muslim, hanyalah ikhtiar kita untuk membina permulaan rumahtangga yang baik. Tetapi selepas berumahtangga, suami dan isteri harus peka dengan perkembangan emosi dan komunikasi masing-masing kerana ketaatan kepada halal dan haram hanya separuh dari maksud Taqwa.

Bagaimana dengan cinta? Bagaimana Sunnatullah ke atas lelaki dan perempuan yang dicipta-Nya?

Saya meratapi tragedi yang sedang merebak ini…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Demi meredakan keresahan jiwa kesan menulis dan membaca artikel ini, saya hadiahkan lagu di bawah ini untuk Ummu Saif yang saya kasihi sepenuh hati ini

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Lyrics

TRANSLATION- Zawjati (My wife)
(as given in the album Da’ani)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling.

You’re my rightful wife, I care not about
Those who like to reproach and irritate me.
It is our destiny to be
Together eternally.

In my heart you instilled love
With grace and good deeds.
Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you’re there.

Hard is my day
Until you return home.
Sadness disappears
When you smile.

Life turns black
When you’re upset,
So I work hard
To make your wish come true.

You’re my happiness.
May you be happy forever.
Our souls are united
Like soil and plants.

You’re my hope, my peace
My good company and inspiration.
Life is good, no matter how hard it is,
When you’re fine

'Jangan layan mahasiswa dan pensyarah seperti budak sekolah' - YB Salahuddin

Azamin Amin
Thu | May 08, 08 | 2:22:12 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) diberi 'amaran' supaya tidak melayan secara sambil lewa segala tuntutan dan permintaan mahasiswa dan ahli akademik seperti pensyarah yang mahukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.

Salahudiin Ayub (PAS -Kubang Kerian) berkata kerajaan sewajarnya mengambil serius suara hati mahasiswa yang tidak mahu lagi dikongkong dan dibelengggu oleh Auku yang secara langsung 'membantut' usaha meningkatkan kecemerlangan mereka di menara gading.

"Jangan hanya bersifat 'exam oriented' semata-mata manakala sudut demokrasi dan politik di kesampingkan kerana itu adalah aspek yang juga ditekankan dalam pembelajaran di Universiti," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS.

Beliau berkata demikian ketika bertemu dan beramah mesra dengan perwakilan daripada Gerakan Mahasiswa Mansuhkan Auku (GMMA) di luar Lobi Parlimen pagi tadi.

"Jangan melayan suara hati mahasiswa dna pensayarah seperti melayan budak sekolah rendah.Mereka ini adalah genarasi masa depan dan bakal pemimpin negara," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Malis GMMA, Shazni Munir kesal dengan pihak kerajaan yang seringkali mengabaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa khususnya yang melibatkan Auku yang menyekat kebebasan bersuara mereka selama ini.

"Kami merasa serik dengan janji-janji Kementerian yang ingin mengkaji semula AUKU yang sehinga kini tidak mendapat respon dan tindakan selanjutnya.

"Dan kami berharap agar isu ini di ketengah oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat supaya matlamat mahasiswa."

Kata Salahuddin, kerajaan yang sentiasa mengutamakan asas demokrasi agar kekal terpelihara namun saranan itu mestilah disuburkan di tempat-tempat yang berprestij seperti Universti dan Kolej.

"Kita berajanji dengan mahasiswa bahawa ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan isu Auku ini sehinggalah ianya dimansuhkan oleh kerajaan," katanya kepada tiga orang perwakilan terbabit./wann.

Contohi perjuangan Nabi Yusuf - Warkah Nik Aziz kepada Raja Petra




Contohi perjuangan Nabi Yusuf - Warkah Nik Aziz kepada Raja Petra
Harakahdaily
Thu | May 08, 08 | 4:38:09 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuskan warkah kepada Raja Petra Kamarudin yang dipenjara dan didakwa di bawah Akta Hasutan kelmarin.

Dalam surat yang dihantar ke kediaman pengendali laman web Malaysia Today hari ini, Tuan Guru kagum dengan keberanian Raja Petra mempertahankan kebenaran walaupun terpaksa menerima pelbagai risiko.

Beliau turut mengajak Raja Petra mencontohi perjuangan Nabi Yusuf yang tetap istiqamah walaupun dipenjarakan.

Raja Petra dibebaskan hari ini selepas isteri beliau Marina Lee Abdullah membayar wang jaminan sebanyak RM5000.

Kes beliau yang disabitkan melalui tulisannya di portal Malaysia Today yang menyentuh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu akan disebut 6 Oktober depan.

Berikut disiarkan teks penuh surat Tuan Guru Nik Aziz:-

8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429

YM. Raja Petra Raja Kamarudin

Warkah Simpati dan Pengiktirafan

Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.

Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.

Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.

Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.

Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.

Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."

Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).

Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.

Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.

Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.

Salam perjuangan. Wassalam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS - mr

Tahniah Buat AshabulYamin



Buat sahabat-sahabat seperjuangan ..untuk tatapan umum..Satu lagi marhalah telah ia lewati dalam mencatur strategi kemenangan ISLAM..Tahniah diucapkan kepada 2 mempelai Yamin dan Kak Emi..moga berbahagia hingga keanak cucu dan beroleh keberkatan pada umur perkahwinan untuk perjuangan Islam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...