17 Jul 2008

Master Your MIND , Design Your destiny...


Kehidupan pelajar IPTA kini umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Segala macam cabaran dibebankan keatas bahu -bahu mereka ..dilabel generasi harapan akan datang, pelapis kepimpinan dan entah berapa banyak harapan yang kadang-kadang menyenakkan pemikiran kita dalam menerajui dan mendepani masa depan MALAYSIA tercinta.

Dalam krisis akhlak yang tak berpenghujungnya melanda rata-rata pelajar IPTA apalah yang boleh diharapkan kepada mereka. Sistem pendidikan yang bersifat "DARWINISM ORIENTED" mengenegahkan budaya kajian santifik yang menafikan sesuatu yang tidak boleh dinilai atau dicerap sekaligus bertentangan dengan fitrah kita yang mengimani sesuatu yang tidak dapat dicerap. Konflik yang berlaku jarang disedari kecuali ahli falsafah yang banyak membicarakan kegersangan pelajar yang dihasilkan sistem pendidikan kita sekarang. Maka jika menurut fiqh awlawiyat (fiqh keutamaan) karangan Ulama kontemporari: Yusuf Qardhawi, kita telah zalim dalam menentukan keutamaan dalam kehidupan kita sehari-harian sehingga menjerumuskan kita kepada hanyutan dunia akademik hingga akhirnya kita memisahkan diri kita dari matlamaat kita sebenar : hidup bertuhan!!

Seseorang lebih sanggup tidak tidur sepanjang malam untuk menghabiskan ulangkaji , namun meninggalkan apa yang lebih wajib baginya..solat subuh. Seseorang bertungkus lumus mencapai tahap tertinggi dalam dunia akademiknya untuk :keperluan dirinya sehingga meminggirkan keutamaannya membantu perjuangn menegakkan ISLAm :matlamt hidupnya kemabali kepada tempatnya, Menanda kehadiran kekuliah lebih utama daripada memastikan diri lengkap menunaikan solat kepada ALLAh sehari semalam sebanyak 5 kali sehari semalam..Siapa sedar , meningkatnya kadar maksiat dalam kampus punya pertalian yang erat bagaimana sistem pendidikan membentuk manusia yang tempang. Kes -kes yang di nukilkan mungkin lebih teruk dari yang boleh kita bayangkan.

Penindasan terhadap kebebasan mahasiswa dalam ertikata membangun kualiti diri dikekang dan disekat melalui segala bentuk polisi, undang-undag, ugutan, ancaman, gerakan sulit semata-mata memastikan kuasa politik tidak tergugat. Hakikatnya mahasiswa menjadi semakin bodoh!!MAAF CAKAP BUATLAH SURVEI dikalangan pensyarah yang punya akal..adakah betul cara universiti mencanai mahasiswa sebagai golongan kelas pertama dalam susun lapis masyarakat? Pensyarah juga punya pendirian, namun suara mereka kecil kerana kuasa politik mengatasi segalanya...lalu berlakulah perbincangan-perbincangan kecil dalam kuliah menilai suasana mahasiswa sekarang...aduhai kasihan...Mahasiwa hilang taring, gersang peranan, hilang punca..di doktrin TUMPULAH AKADEMIK DAHULU!!!sehingga menafikan peranannya kepada masyarakt, agama, negara..perlu diingat mahasiswa juga masyarakat, jurubicara masyarakat..dan aset neghara yang perlu digilap bukan menjadi hamba akdemik, undang2 ATAU paling teruk BHEP(pentadbiran Universiti).Kononnya menjaga kearmonian kampus...berapa ramai warga kampus tidak bersetuju dengan tindakan universiti yang memperbodohkan mereka namun tidak berani bersuara..kerana mereka memang dibentuk agar cakap-cakap belakang sahaja..jangan benarkan mahasiswa bersuara..sibukkan mereka dengan kuliah, tugasan, amanah dalam ..ikat mereka hanya dfengan aktiviti kolej..elak mereka terlibat aktiviti luar..ikat mereka dengan merit kolej..biarkan mereka terikat dengan kolej,jadikan mereka rasa perlu terikat dan bergantung dengan kolej.

Jika mereka melawan pilih sebilangan dari mereka dan buang dari kolej..bagi mesej kepada pelajar lain,momokkan siapa langgar BHEp mereka akan dihukum,ditakutkan, disusahkan..dan sebagainya..Kesannya lebih hebat dengan strategi ini
jadilah mahasiswa terus bodoh,diperbodohkan, pengecut dan mandom...


Ada tak menambah, Tak dak tak berkurang-suasana mahaiswa kepada masyarakat..siapa ikut undag-undang akan dilayan sebaiknya....Habis madu sepah dibuang-itulah lumrah, yang tak sedar masih terhegeh-hegeh duduk bawah ketiak BHEP...Jika ia tidak diperlukan, ia juga akan disingkirkan suatu masa nanti..Lumrah kehidupan, selalunya yang lemah akan mengalah.

Namun realiti politik semasa membuka mata mahaiswa untuk sedikit merasai bahang perlunya menampilkan diri membentuk masa depan anak cucu pada masa depan.Apalah guna sijil ditangan andai masa depan tergadai.Punah dan rosak generasi depan angkara kita yang tidak mengambil peduli hal ehwal negara dan masalah remaja sekarang. Generasi yang lahir sekarang bakal mebentuk siapa dan apa negara kita akan datang. Kesedaran yang perlu dipupuk dari sekarang memerlukan mahasiswa kebebasan mencerna dan melunakkan perjuang mereka dengan mendepani isu -semasa, kebajikan , agama, isu kaum, isu perundagan, isu keruntuhan isntitusai keluarga..bahkan dunia.

Dibandingkan kita dengan aktivis mahasiswa di Indonesia , kita jauh ketinggalan dalam merasai pentingnya kita sendiri yang menentukan masa depan kita. Comfort ZONE yang di hamparkan kepada kita menjadikan kita takut keluar dari kepompong yang kita sendiri bina dan kita berasa selamat sekadar berada didalamnya.Biarlah apa yang berlaku, ributkah, banjirkah, gempakah, kiamatkah..aku dan dunia aku sahaja!! Maka hilanglah manusia yang sepatutnya berperanan memakmurkan dunia ini sebagai khalifah , wakil ALLAH dalam menterjemahkan baris -baris QURAN yang mulia dalam aktiviti seharian. Dogamtik yang tempang menjadikan generasi yang lahir tidak stabil dan rosak. Aktivis indonesia sangat responsif akan perkara ini..mungkin kerana keadaaan sosiopolitik mereka yang susah, kehidupan yang sukar, menyebabkan kesedaran dan semnagat mereka lebih berbanding kita disini untuk mencetus perubahan. Jauh panggang dari api...gerakan kita masih lemah ...kesedaran inside - outside masih belum terjadi dan tercetus..bilakah ia kan berlaku..seseorang perlu bangkit mengetuai segalanya...
Pemimpin masa hadapan ..siapakah orangnya...???? Kita perlu mula mengubah bentuk pemikiran kita, perlu dimasukkan agenda negara dalam kehidupan harian kita, juga gerakan kita...Sampai bila kita perlu dicucuk hidung?? Kita punya maruah dan akal yang boleh berfikir...

Kita tinggalkan teori dan retorika-retorika nanindah yang langsung tidak membuahkan natijah yang jelas.Perlu kita buka minda kita, perlu kita luaskan perspektif kita..kita perlu lebih agresif, dan mendahului.Sekarang bukan masanya semua mahu jadi waraq dan pemalu tak memasal..Musuh sentiasa merencanakan kehancuran ISLAM , sedang kita masih ditakuk lama ..pemerhati paling pasif didunia. Sekadar mengeluh, menggeleng kepala, mengangguk ...dengan suara sinis, dan ketawa mencuka., senyum kambing terlekat tulang:hingga kita berlakau seperti seseorang yang lain,hilang identiti, musnah jati diri, gugur kehebatan dan potensi yang terpendam.

Gerakan ISLAM seluruh kampus perlu memulakan langkah ini. Segala perencanaan perlu kita cernakan ..berkata bekas menteri pertahanan Israel..namanya MOSHE DAYAN yang telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai tiga kelemahan umat islam iaitu tidak mengkaji sejarah islam, tidak mengatur strategi dengan teliti dan MALAS

Seluruh warga kampus perlu kita selamatkan dari belenggu kuasa anarki BHEp..pecahkan monopoli mereka, dan hancurkan kubu kuat mereka. Siapa mereka? Tanpa kita mereka semua tiada dalam kampus.Suara MAHASISWA besar..tanpa sokongan kita, lumpuh pentadbiran UNIVERSITI. Mereka boleh berlagak sekarang, esok lusa belum tentu kerana mereka retak menanti belah sedang kita membina kekuatan yang tak mampu mereka bayangkan.Mana-mana kampus seluruh negara, ASPIRASI sudah ketandusan pimpinan dan kerosakan yang terhasil dari program mereka..sedikit demi sedikit keburukan mereka mula dihidu masyarakat..bangkai mula berbau dan berulat. Hasil kepimpinan mereka yang terlibat dengan liwat, zina dan entah berapa banyak lagi keburukan perlu kita dedahkan: ini bukan kes terpencil!!!...zalimnya kita mebiarkan orang seperti ini terus ada memimpin dan memperbodohkan kita.

Sehebat manapun undang-undang yang cuba dikenakan, tekanan yang cuba diaplikasikan kebahu kita..kita sentiasa makin seronok berperang dengan mereka....Kesilapan kita masih punya ruang untuk diperbaiki...jangan gentar untuk menyalurkan tenaga guna matlamat perjuangan nasional, kecil sangat kesusahan yang diterima berbanding matlamt yang kita mahu capai, masih ramai sahabat yang mahu menghulurkan bantuan andai anda ditekan..itulah kekuatan kita. Kita perlu mengubah paradigma kita, sedar peranan kita , dan kuasai masa depan kita....TERUSKAN BERJUANG!!!

JUNDI UMMAH

SALAM PERJUANGaN BUAT SEMUA AHLI GERAKAN ISLAM KAMPUS
MENJANA KEBANGKITAN MAHAISWA

14 Jul 2008

Perlunya pada membuang sikap KIBIR-kerana ia warisan iblis.

Aku pernah mendengar kisah sahabat nabi saw..kisah yang memberi moral dan keindahan akhlak para sahabat bilamana ia menyedari kesilapan mereka atas dasar persaudaraan sesama Islam.

Suatu masa sahabat pernah berselisih atas suatu ,perkara antara seorang sahabat dengan Bilal bin RaBBAH. Perselisihan kata ini menjadi semakin panas apabila masing-masing cuba mempertahankan idea masing-masing. Perbuatan ini dilihat Rasulullah saw, ia berlaku depan mata nabi.

Dalam keadaan tegang itu berlaku sesuatu yang tak sepatutnya , terkeluar dari sahabat yang bertengkar dengan Bilal.."hah , senyap lah kau kulit hitam!"..mendengar itu Rasulullah bersuara...cukuplah tu...!

Merasai diri ia tersilap menghina bilal bin rabbah,sedar dirinya telah kibir terhadap bilal dan merisaui ia akan dilemparkan ke lembah neraka kerana rasa kibirnya itu lantas direbahkan kepalanya dekat kebumi..dalam keadaan menagis dan merayu , sahabat ini meminta Bilal bin Rabbah memijak kepalanya bagi memohon maaf atas keterlanjurannya..

Sahabat ini dalam keadaan penuh kesesalan, menangis teresak-esak..meminta bilal memijak kepalanya bagi menebus kesilapannya berulang-ulang kali..

Bilal, pijak lah kepalaku..aku telah berlaku zalim terhadap mu...bilal pijaklah kepalaku...pijak kepalaku...diselangi tangisan penyesalan..ia teresak-esak mengulangi ayatnya..

Apa yang bilal buat? disambut tangan sahabat yang menagis teresak-esak tadi , lalu dipeluknya...mereka sahabat!!! Akhlak mereka tercermin dari perilaku mereka...ALLAh ...indahnya akhlak yang dipamerkan. Inilah nilai sahabat yang seharusnya tercermin dari tarbiyyah yang panjang, bukanlah sebaliknya.

Tiada gunanya, menerima tarbiyyah yang panjang..sesama sahabat pun boleh cela-mencela, kata mengata...sehingga perkataan "BABI" terkeluar dari mulut mereka....Tiada bezanya antara orang yang menerima - tarbiyyah dengan yang tidak dapat menerima tarbiyyah.Atas alasan ikut hati kerana marah, tidak seharusnya sesama kita cela mencela dan hina menghina. Bagiku aku sukar memaafkan kesilapan ini..tiada gunanya beretorika membahas dan berteori tentang ukhwah..hakikatnya perkara simple pun dah kalah.

Jika akulah...akan aku tuntut didepan ALLAh terhadap mereka yang mencerca sesuka hati
selagi mereka tidak memohon maaf! secara personal.Hatiku membengkak..menyimpan kepedihan kata-kata mereka yang kita anggap sahabat!sedangkan ia tidak wajar....
Untukku berlapang dada seperti bilal mungkin susah sekali, tetapi kita sama cuba elakkan perbuatan seperti cela dan kata mengata- apalagi kita sesma ahli gerakan ISLAM

Bandingkan kita dengan orang dalam klip video diatas..apa bezanya???
Wallahua'lam

Realiti zaman yang menggerunkan....



Laluan yang ALLAh sediakan sudah jelas nyata, entah mengapa nafsu juga ia pilih untuk ia taati.

Keratan akhbar yang dipetik dari METRO:

Seronok hidup liar
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN

KUALA LUMPUR: Ada ibu dan ayah tetapi memilih untuk menempah bala apabila lari dari rumah dan sanggup tinggal bersama pelbagai jenis lelaki yang baru dikenali semata-mata untuk hidup bebas tanpa sekatan.

Itulah kisah memalukan dua beradik yang tidak pernah insaf walaupun sepanjang melarikan diri sejak lebih tiga tahun lalu mereka menempuh pelbagai peristiwa hitam, termasuk hampir dijual kepada lelaki hidung belang dan sindiket pelacuran.

Sepanjang tempoh hanyut dalam dunia kehidupan yang tidak menentu itu, dua beradik terbabit juga merelakan diri dinodai lelaki seusia atau jauh lebih tua dan ada masanya terpaksa menagih simpati lelaki untuk mendapatkan barangan keperluan, makan dan minum.

Metro Ahad berjaya mendekati dua adik beradik itu yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, 19, dan Iza, 18, menerusi seorang sumber yang mengenali mereka.


Begitupun, pada mulanya dua beradik itu enggan bekerjasama kerana bimbang dikesan keluarga dan lelaki yang pernah ‘dikenakan’ mereka, tetapi selepas diberitahu kisah mereka perlu dijadikan pengajaran untuk remaja dan ibu bapa, mereka bersetuju ditemubual.

Sepanjang temubual, Wati lebih banyak banyak bercakap berbanding Iza, tetapi sesekali dia tetap mencelah. Biarpun kini bersama, dua beradik itu memiliki pengalaman hidup berbeza kerana mereka sebelum ini ‘dinaungi’ lelaki berbeza.

Menurut Wati, dia mula lari dari rumah sejak usia 16 tahun dan ketika itu dia banyak bercampur dengan Mat Rempit. Sejak itu juga dia meninggalkan alam persekolahan.

“Yang saya ingat, pertama sekali saya lari ketika masih menuntut di tingkatan empat. Saya menumpang di rumah rakan wanita. Selepas itu saya berkawan dengan seorang Mat Rempit sebelum mengikuti kumpulannya dan tinggal di rumah sewa mereka,” katanya.

Wati berkata, selain merelakan diri dinodai kekasih, dia turut dinodai rakan kekasihnya.

“Nak buat macam mana. Dah duduk di rumah mereka, terpaksa akur dengan permintaan mereka. Kalau tidak, tak adalah dapat barang keperluan harian, makan dan minum,” katanya yang bercerita dengan selamba seolah-olah tidak melakukan dosa.

Menurut Wati, kadangkala dia dinodai secara paksa oleh lima orang sekali gus, tetapi tidak mahu melaporkan kepada polis kerana tidak mahu tinggal bersama keluarga.

“Saya mahu hidup bebas. Kalau saya lapor kepada polis, keluarga mesti tahu dan saya kena balik ke rumah,” katanya.

Wati berkata, cara hidupnya tak susah. “Kalau kumpulan Mat Rempit yang saya tumpang rumah mereka mula (bertindak) lebih-lebih sangat, saya cari kumpulan Mat Rempit lain. Bagaimanapun, saya tetap menerima layanan sama. Namun, saya tak kisah,” katanya.

Menurut Wati, selepas setahun menumpang dengan Mat Rempit, dia berkenalan pula dengan beberapa lelaki yang jauh lebih tua daripadanya tetapi masih bujang.

“Kebanyakan mereka berusia sekitar 40-an. Ada yang memang bujang dan ada yang duda. Mereka bukan orang kaya, tetapi melayan saya dengan baik sehingga saya anggap mereka sebagai bapa angkat.

“Bosan dengan kehidupan bersama Mat Rempit, saya menumpang pula di rumah dua daripada mereka yang saya anggap seperti bapa angkat,” katanya.

Wati berkata, pada mulanya dia dilayan bagai menatang minyak yang penuh oleh bapa angkatnya, tetapi lama kelamaan dia diperlakukan seperti hamba seks.

“Mula-mula semua yang saya hendak, saya dapat. Baju, alat solek, makan dan minum semua ditaja. Lama-kelamaan semua yang diberi rupa-rupanya perlu balasan, iaitu khidmat seks,” katanya.

Wati berkata, dia hanya sempat menumpang bersama dua bapa angkat selama beberapa bulan sebelum berjaya dikesan keluarganya.

“Saya dihantar ke pusat pemulihan akhlak selama enam bulan, tetapi selepas itu saya tetap dengan perangai lama apabila melakukan perbuatan sama, lari dari rumah.

“Saya menumpang lagi di rumah bapa angkat yang baru dikenali. Bagaimanapun saya hanya sempat bersamanya beberapa minggu kerana dia mahu menjual saya kepada orang lain.

“Mujur saya dapat maklumat itu daripada rakannya. Rakannya beritahu, saya hendak dijual kepada ahli perniagaan dulu dan kemudian sindiket pelacuran dengan harga antara RM4,000 hingga RM7,000,” katanya.

Berbanding kakaknya, Iza pernah menghadapi saat lebih perit. Akibat pergaulan bebas dengan sekumpulan Mat Rempit, dia dirogol bergilir-gilir oleh enam Mat Rempit selepas dia mengikut mereka ke sebuah rumah di Petaling Jaya.

“Saya bagaikan objek permainan seks ketika dikurung di rumah itu. Nasib baik penderitaan itu hanya beberapa hari. Kemudian saya diselamatkan oleh seorang daripada Mat Rempit yang menjadikan saya teman wanitanya.

“Saya tinggal bersama Lan (nama panggilan) selama beberapa bulan dan kami hidup bagaikan suami isteri di sebuah rumah flat di ibu kota,” katanya yang menyifatkan hidup ketika itu penuh keseronokan dan kebebasan daripada kongkongan keluarga.

Bagaimanapun, katanya, ‘kebahagiaan’ hidup bersama Lan tidak kekal lama. Lan mula berubah sikap apabila Iza hamil.

“Dia tidak mahu bertanggungjawab dan menghalau saya dari rumahnya. Lagi pun ketika itu dia ada ‘awek’ (teman wanita) baru. Saya hilang tempat bergantung,” katanya.

Menurut Iza, selepas dihalau, dia menumpang dari satu rumah ke rumah lain, semuanya di kalangan Mat Rempit sehingga diperkenalkan dengan seorang lelaki yang sanggup mengambilnya sebagai anak angkat.

Katanya, lelaki itu sanggup menampung hidupnya, termasuk kos menggugurkan kandungan di sebuah klinik swasta. Iza juga ditempatkan di sebuah rumah dan dijaga dengan baik.

Bagaimanapun, sama dengan lelaki lain yang dikenalinya, bapa angkat itu juga ‘memakainya’ dengan menjadikan dia seperti perempuan simpanan.

Bagaimanapun, hubungan dengan bapa angkat itu tidak lama apabila akhirnya Iza disuruh keluar dari rumah kerana tidak tahan dengan peraturan lelaki itu yang menghalangnya keluar dan bercampur dengan lelaki sebaya.

Selepas itu Iza sekali lagi bergelandangan bersama Mat Rempit. Walaupun pernah pulang ke rumah, dia tidak betah tinggal lama di rumah kerana suasana rumah yang disifatkan tidak bebas dan terkongkong.

Kini Iza bersama kakaknya menumpang di rumah seorang lagi bapa angkat, tetapi masih tetap keluar dengan pelbagai jenis lelaki. Dua beradik ini juga masih enggan pulang ke rumah kerana mahu hidup bebas.

“Saya dan adik belum bersedia pulang ke rumah. Kalau duduk di rumah, macam duduk di neraka. Abang selalu memukul dan memijak kepala kami,” kata Wati.

Ditanya perancangan masa depan, Iza dan Wati memberitahu, mereka mahu bekerja dan satu hari nanti membalas balik jasa ibu bapa yang ditinggalkan.

Wati berkata, dia mahu menjadi model dan dijanjikan oleh seorang peniaga gerai makanan yang mengaku ada kenalan dari syarikat model di ibu kota.

“Abang itu (peniaga) janji hendak datang dan ambil gambar saya di rumah, selepas itu dia hendak beri gambar saya pada kawannya dan jadikan saya model,” katanya.

Bagaimanapun, Wati tidak dapat memberi jawapan apabila ditanya sama ada dia yakin dengan janji lelaki yang hanya bekerja sebagai peniaga makanan itu.

Baik Wati mahupun Iza, kedua-duanya masih tidak serik hidup bebas, jauh daripada keluarga. Bagi mereka, kehidupan sedemikian lebih bahagia walaupun sering ditiduri bermacam jenis lelaki demi mendapatkan wang mencukupi untuk membeli makanan, pakaian atau mengisi kredit telefon prabayar.

Masalah penyakit kelamin atau HIV tidak pernah difikirkan, asal saja ada tempat berteduh di situ boleh dijadikan tempat melakukan adegan berahi.

“Sudahlah ya abang, saya dan adik (Iza) hendak keluar (dari rumah), ada kawan hendak jumpa,” katanya yang berjalan beriringan menuju lif kira-kira jam 12 tengah malam.


...apalah dosa dua ibu bapa mereka sehingga kedua anaknya dihukum sedemikian rupa.
Zaman seperti ini sukar sekali dibayangkan. Realiti Malaysia yang jarang didedahkan bahana keingkaran kita menolak syariat ALLAh..maka Allah hinakan kita dengan terhapusnya generasi kita yang menguasai akhlak..

Iktibar dari cerita seupama ini mungkin boleh berlaku kepada sesiap sahaja...entah esok lusa, siapa tahu?Kita banyak-banyak kan memohon kepada ALLAH agar dijauhkan ari fitnah dunia akhir zaman

10 Jul 2008

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim
Wed | Jul 09, 08 | 4:43:07 pm MYT

Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Ba�ath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha� melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu �Qazaf�.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya. - mr_

7 Jul 2008

FATWA FROM QARDHAWI ABOUT ANWAR CASE...

Seperti mana diketahui bahawa Prof Dr Yusuf Qaradawi adalah salah seorang ulama semasa yang berkemampuan mengeluarkan pendapat syarak dengan berani dan bebas tanpa rasa takut kepada seseorang pemerintah ataupun negara. Beliau adalah anggota dalam beberapa lembaga dan institusi ilmiah dan dakwah, antaranya ialah Lembaga Fiqh Rabitah Alam Islam di Makkatul Mukarramah dan Lembaga Diraja bagi Kajian Tamadun Islam di Jordan dan juga Markaz Pusat Kajian Islam di Oxford dan begitu juga Majlis Amanah di Universiti Islam Islamabad dan Organisasi Dakwah Islamih di Khartoum, Ketua Jawatankuasa Perunding Syar'ie di beberapa bank Islam, Ketua Pusat Kajian Sunnah dan Sirah di Qatar dan Pengerusi Majlis Fatawa dan Penyelidikan di Eropah.


Ada permintaan Fatawa mengenai pendapat syarak tentang tuduhan-tuduhan yang ditujukan oleh MAHAFIRAUN terhadap Sdr Anwar Ibrahim. Dr. Yusuf Qaradawi telah menjawab persoalan ini.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Soalan Pertama: Jika seseorang yang dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah, berkeperibadian bersih dan salih sepanjang hidupnya, tiba-tiba dituduh dengan tohmahan-tohmahan yang keji seperti berzina, melakukan perbuatan kaum luth, membunub dan lain-lain. Apakah hukum shariah berkenaan dengan orang yang menuduh dan yang menuduh dan yang orang yang di tuduh? Adakah orang yang di tuduh wajib membela diri? Dan apakah kewajipan masyarakat Muslim berkenaan perkara ini?

Jawapan: Menuduh orang-orang yang bersih dengan tohmahan-tohmahan, terutame tohmahan-tohmahan yang besar seperti berzina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan secara tegas oleh Islam. Bahkan ia termasuk dalam dosa-dosa besar yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah dan azab-Nya.

Sebab tohmahan-tohmahan seperti itu berupaya untuk menyerang kemuliaan diri orang-orang yang beriman sama ada lelaki atau perempuan. Ianya juga boleh menyebabkan orang ramai berburuk sangka terhadapnya, manakala orang-orang yang tidak diinginkan terhadapnya. Perkara sedemikian juga menyebabkan tersebamya kejahatan di kalangan orang-orang yang beriman. Oleh iru, al-Quran mengacam keras perilaku seperti ini dan mengancam para pendusta yang melakukannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. (Surah al-Ahzab 33:58)

Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik yang lengah (tidak pemah terlintas untuk melakukan perbuatan yang keji) lagi beriman (dengan tuduhan zina), mereka terkena laknat di dunia dan di akhirat dan bagi mereka azab yang besar. Pada hari (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka minjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal menurur semestinya dan tahulah mereka bahawa Allah lah yang Benar, lagi yang menjelaskan (segala sesuaru menurut bakikat yang sebenarnya). (Surah an-Nur 24: 23-25)

Para ulama telah sepakat (Ijma') mengatakan bahawa dosa dan hukuman terhadap orang yang melemparkan tuduhan ke atas lelaki mukmin adalah serupa dengan dosa dan hukuman terhadap mereka yang melemparkannya ke atas wanita mukminah.

Ayat di atas turun dalam bentuk seperti ini (menggunakan perkataan mukminat) karana ayat tersebut diturunkan khas sebagai pembelaan terhadap Ummul Mukminin Aishah As-Siddiqah Binti Abu Bakar As-Siddiq Beliau merupakan salah seorang isteri yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w. selepas khadijah, Peribadi yang suci ini terpaksa berhadapan dengan tuduhan yang keji.

Orang-orang munafik menyebarkan khabar angin tentangnya dan meleparkan tohmahan bahawa beliau telah melakukan skandal dengan salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah diragui kebersihan peribadinya. Orang-orang munafik benar-benar telah menggunakan peluang ini dengan mengobarkan api fitnah.

Demikianlah kisah 'Hadith al-Ifki' yang telah mempermalukan dan meresahkan rumah nabi s.a.w., rumah Abu Bakar as-Siddiq serta seluruh bandar Madinah. Akhirnya turunlah ayat al-Quran daripada petala langit yang tujuh, bagi menerangkan perkara tersebut judg secara jelas dan tegas dan mengembalikan keadaan seperti sedikala. Ayat tersebut juga telah membiskan lidah-lidah para pendusta dan membersihkan kembali nama Aishah yang jujur dan suci daripada segala tuduhan jahat. Selepas turunnya ayat-ayat tursebut, kaum Muslimin pun merasa lega kerana telah terkeluar daripada fitnah yang keras dan pahit itu.

Bacalah firman Allah s.w.t. pada surah an-Nur: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah daripada golongan kamu juga. Janganlah kamu mengira babawa berita bohong itu buruk bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar. Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah suatu berita bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Oleh kerana mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta. (Surah an-Nur 24:11-13)

Inilah hukum Allah yang tegas: sesiapa yang menuduh orang lain telah melakukan perbuatan keji seperti berzina maka dia mesti mengukuhkan tuduhannya itu dengan mendatangkan empat orang saksi yang adil cacat kepetibadinnya. Kesemua saksi itu mestilah telah melihat yang tertuduh sedang melakukan perbuaran zina dengan perempuan secara jelas dengan mata kepala mereka sendiri. Demikianlah sebagaimana yang telah di terangkan secara kiasan dalam undang-undang shariah: seperti: besi celak dimasukkan ke dalam bekasnya atau seperti pena dimasukkan ke dalam ootol dakwat. Jika orang yang menuduh tidak berjaya mendatangkan empat saksi sebagaimana yang ditrangkan di atas, maka dia dianggap sebagai seorang pendusta di sisi Allah s.w.t. Allah menegaskan bahawa si pendusta ini mesti dikenakan hukuman shariah, bahkan dia terkena tiga jenis hukuman yang tertera al-Quran al-Karim, iaitu pada firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (Berbuat zina) mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. (Surah an-Nur 24:4, 5)

Ayat-ayat yang mulia di atas menyebutkan tiga jenis hukuman terhadap jenayah yang keji itu: Pertama: Hukuman fizikal, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan. Sebatan yang menyakitkan tubuh badannya itu merupakan balasan terhadap perbuatannya menyakiti peribadi orang-orang yang baik. Tuduhan yang telah disebarkannya itu juga boleh memusnahkan kehidupan orang-orang yang dituduh beserta kaum keluarganya.

Kedua: Hukuman moral dan sosial, iaitu dengan menggugurkan segala pertimbangan moral dan sosial orang yang menuduh. Kesaksiannya dalam urusan kewangan, civil, sosial, politik tidak boleh diterima pakai. Perkataan 'kesaksian' dalam ayat di atas diturunkan dalam bentuk nakirah (am) dan berbentuk penafian. Oleh itu, ia mencakupi seluruh jenis kesaksian. Berdasarkan hal ini, orang itu wajib digugurkan haknya untuk mengundi dalam pilihan raya, terlebih lagi hak untuk diundi.

Ketiga: Hukuman agama, iaitu dengan menggelarinya sebagai orang yang fasik dan memasukkannya ke dalam golongan 'Fasiqun'. Al-Quran menyebutkan kefasikan sebagai lawan daripada keimanan. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Maka adakah orang-orang yang beriman serupa dengan orang yang fasik? Mereka tidak sama. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih, maka bagi mereka syurga-syurga tempat kediaman, sebagai pahala terhadap apa yang mereka kerjakan. Adapun orang-orang yang fasik, maka tempat mereka ialah neraka. (as-Sajdah 32: 18-20)

Al-Quran juga telah melekatkan gelaran fasiq ini kepada Iblis, makhluk paling durjana. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dia adalah daripada golongan jin, maka dia berlaku fasik (derhaka) terhadap perintah Tuhannya. (Surah al-Kahfi 18:50)

Walau bagaimana pun, dengan rahmat dan kasihnya Allah masih lagi membuka pintu taubat bagi mereka yang ingin mensucikan dan membersihkan diri. Firman-Nya: Terjemahan: Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu dan memperbaiki (dirinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah an-Nur 24: 5)

Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa taubat hanya diperkenankan bagi memansuhkan hukuman terakhir, iaitu penggelaran dirinya sebagai fasik. Taubat tidak akan memansuhkan hukum gugurnya kesaksian dari pihaknya. Sebab perkara 'gugurnya kesaksian' dalam ayat di atas disifatkan Allah sebagai kekal. "Dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya"

Jenayah melemparkan tohmahan itu boleh menjadi lebih besar jika orang yang dituduh dikenali oleh khalayak ramai sebagai orang yang istiqamah dan salih. Mereka mengenalnya sebagai orang yang baik dan tidak pernah menyaksikan sebarang kejahatan dilakukannya. Sesungguhnya suara orang ramai merupakan pena-pena kebenaran. Kesaksian yang boleh dipertimbangkan hanyalah kesaksian orang-orang yang salih dan baik. Sebab mereka merupakan saksi-saksi Allah di atas muka bumi, sepertimana yang digambarkan oleh salah satu hadith Rasulullah s.a.w.

Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya. Firman Allah: Terjemahan: Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hujurat 48: 12)

Dalam satu hadith sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.

Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara selurah manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.

Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma'iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam: "Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu". Rasulullah juga bersabda: "Seluruh umatku akan memperolehi pengampunan, kecuali orang-orang yang suka meyebarkan aib orang lain." Dan baginda bersabda: "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat."

Allah s.w.t. berfirman dalam al-Quran al-Karim: Terjemahan: Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. (Surah an-Nur 24: 19)

Soalan Kedua: Adakan orang yang dituduh berhak untuk membela diri? Bolehkan ia dicegah dari melakukan hal itu? Apakah kewajipan masyarakat Muslim di sekelilingnya? Bolehkah mereka berdiam diri dan membiarkan perkara tersebut berlalu begitu sahaja?

Jawapan: Hak seseorang yang dituduh dengan tuduhan melibatkan agama, maruah serta moral ialah: Membela diri dari tuduhan orang yang telah menzaliminya dan meninggikan suaranya dalam menyuarakan kebenaran. Bahkan dalam satu ayat al-Quran Allah telah memberinya satu hak istimewa untuk melindungi kchormatan dan maruah dirinya. Firman Allah: Terjemahan: Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk yang (diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang-orang yang dianiaya. Allah adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (Surah an-Nisa' 4: 148)

Tidak boleh sesiapapun mencegah atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya. Ia merupakan hak yang biasa dan sah di sisi hukuman shariah. Allah telah memberikan peluang kepada Iblis yang dilaknat untuk berdebar mempertahankan dirinya di hadapan Tuhan scluruh alam. Iblis dengan petahnya mempertahankan kesombongannya dengan mengatkan, "Saya lebih baik daripada Adam." Bahkan pada hari kiamat. Allah juga memberi peluang kepada setiap diri untuk mengetengahkan pembelaan terhadap dirinya.

Oleh itu masyarakat Muslim mesti memberikan peluang kepada orang yang dituduh dan melinaungi hak dan kebebasannya seluas-luasnya dalam proses pembelaan itu. Dia mesti dibenarkan membela dirinya secara lisan, menulis di surat-surat kabar dan berucap di radio dan televisyen. Terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup beras dalam kes tersebut.

Secara shariah, dia tidak boleh diserahkan kepada taring-taring para lawannya yang mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam dan membiarkan masyarakat awam hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun tertutup rapat di hadapan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki sebarang kelengkapan sedangkan para musuhnya memiliki seluruh jenis senjata. Mereka telah melucuti dirinya daripada sebarang kekuasaan, bahkan lebih dari itu, mereka juga telah mengajak orang ramai untuk ikut serta dalam 'angkatan dusta' dengan menyebarkan perkataan-perkataan jahat yang tidak pernah diingkari. Firman Allah: Terjemahan: Kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya sebagai sesuatu yang ringan sahaja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. (Surah an-Nur 24: 15)

Masyarakat Muslim merupakan satu masyarakat yang saling bertimbang rasa dan penuh tanggung jawab antara satu sama lain. Ia tidak akan membiarkan seorang yang baik dan tidak bersalah menjadi korban satu kezaliman yang kuat, konspirasi dan makar (tipu daya) yang memusnahkan. Masyarakat Muslim tidak akan berdiam diri menyaksikan perkara itu semua, sebab seseorang yang berdiam diri terhadap kebenaran serupa dengan syaitan bisu. Allah s.w.t. berfirman: Terjemahan: Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: "Ini adalah satu berita bohong yang nyata." (Surah an-Nur 24: 12)

Inilah sepatutnya sikap masyarakat mukmin yang mengambil berat antara satu sama lain. Allah berfirman: Terjemahan: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. (Surah at-Taubah 9: 71)

Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: Seorang Muslim itu merupakan saudara kepada Muslim yang lain. (Oleh itu) dia tidak boleh menzalimi atau membiarkannya terlantar. (Muttafaqun 'alaihi)

Pengertian 'tidak membiarkannya' dalam hadith di atas ialah tidak melepaskannya atau meninggalkannya begitu sahaja dalam menghadapi kesukaran. Rasulullah s.a.w. juga bersabda:

Maksudnya: Tolonglah saudaramu sama ada dia zalim atau dizalimi. Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, tentu kami akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimanakah kami menolongnya jika dia sendiri berlaku zalim? Rasulullah bersabda: "Dengan mencegahnya dari melakukan kezaliman. Begitulah menolongnya." (Muttafaqun 'alaihi)

Islam mewajibkan masyarakat Muslim untuk menolong orang yang dizalimi dari terus dianiaya oleh orang yang zalim tanpa mengira berapa tinggi darjat atau pangkat penzalim itu. Hadith nabi menjelaskan:

Maksudnya: Jika kamu melihat umatku telah takut untuk mengatakan kepada si zalim wahai zalim, mereka telah ditinggalkan (Allah) Setiap Muslim yang mengenal kebaikan peribadi saudaranya wajib membelanya jika ia mendengar saudaranya itu dibertakan secara buruk. Satu hadith menyebutkan: Maksudnya: Sesiapa yang membantah untu(melind) maruah saudaranya, nescaya Allah akan menolak api neraka daripada wajahnya pada hari kiamat. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Soalan Ketiga: Bagaimana caranya mewujudkan satu perbicaraan yang jujur, berkecuali dan adil. Tidak dipengaruhi oleh kuasa pemerintah dan hanya menggunakan shariah sebagai landasan hukum yang sah. Juga direstui oleh orang ramai sebagai hakim dalam memutuskan perselisihan dan pertelingkahan?

Jawapan: Orang yang dituduh melakukan perbuatan zina (al-Maqzuf), liwat atau sepertinya tidak perlu dibicarakan. Sebaliknya yang perlu dibicarakan ialah orang yang menuduh. Sebab dia telah melemparkan tuduhan 'qazaf' (melemparkan tuduhan zina) maka dia wajib mengemukakan bukti-bukti yang kukuh. Kaedah shariah berkenaan hal ini ialah: Orang yang menuduh wajib mengemukakan bukti dan orang yang dituduh wajib mengucapkan sumpah.

Walau bagaimana pun, dalam kes seperti ini, orang yang dituduh tidak dituntut untuk bersumpah. Sebab pada dasarnya setiap manusia itu bersih daripada sebarang tuduhan, seperti mana secara hukum asalnya setiap Muslim meati berbaik sangka dan memandang dengan pandangan yang baik sesama mereka.

Adalah hak setiap orang yang dituduh dengan tohmahan keji ini untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam satu perbicaraan mahkamah shariah yang adil. Manakala kewajipan seorang Qadhi Muslim yang menangani kes ini dengan cara yang diredhai Allah dan hukum shariah-Nya ialah: menuntut penuduh untuk mengemukakan bukti berkenaan dakwaannya, iaitu empat orang saksi sepertimana yang diterangkan oleh al-Quran. Jika dia tidak berbuat demikian maka gugurlah dakwaannya. Qadhi wajib menegakkan hukuman Allah ke atas dirinya iaitu dengan menyebatnya sebanyak 80 sebatan, menghilangkan haknya dalam memberi kesaksian, dan mengecapnya sebagai faslk melainkan jika ia bertaubat.

Pengecualian untuk hukum tersebut hanya pada satu kes sahaja sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu jika seorang suami menuduh isterinya sendiri melakukan perbuatan zina. Inilah ketentuan fardhu Allah terhadap mereka berdua yang dikenali dengan istilah "al-Li'an". Dalam hal ini, suami tidak dituntut untuk mengemukakan empat orang saksi terhadap perbuatan zina yang dilakukan oleh isterinya sendiri dan dilihatnya dengan mata kepalanya sendiri. Dia juga tidak diwajibkan untukterus bersekedudukan bersama isterinya yang didakwa atau diyakini berkelakuan buruk itu. Itulah sebabnya Allah menentukan satu prosedur hukum yang berakhir dengan perceraian abadi antara kedua-duanya. Firman Allah s.w.t.: Terjemahan: Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), sedangkan mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka kesaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta. Isterinya itu dihindarkan daripada hukuman oleh sumpahnya empat kali atas nama Allah, sesungguhnya itu benar-benar termasuk orang-orang yang dusta. Dan (sumpah) yang kelima: bahawa laknat Allah atasnya jika suaminya itu termasuk orang-orang yang benar.

Soalan Keempat: Jika seorang pemimpin negara di beberapa kawasan berselisih pendapat dengan timbalannya mengenai isu-isu kewangan, pentadbiran, politik dan lain-lain sehingga mereka berdua saling melemparkan tuduhan-tuduhan antara satu sama lain, maka apakan cara shariah untuk menyelesaikan pertelingkahan di antara kedua-duanya?

Jawapan: Cara yang terbaik berkenaan dengan perkara ini ialah melantik pihak berkecuali ini tidak boleh dipengaruhi oleh pujukan atau ugutan daripada penguasa atau ganjaran atau ancaman daripada permerintah. Dia mesti melihat kepada perkara ini dengan pandangan yang neutral, adil dan mementingkan maslahat umat, sambil berusaha sedaya upaya untuk mencari taufik daripada Allah dalam memutuskan perkara tersebut. Sesungguhnya tengan Allah itu sentiasa berada bersama jamaah, berstu padu itu akan sentiasa mendatangkan kebaikan, manakala perpecahan adalah punca segala keburukan.

Inilah yang pernah dilakukan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah. Sebelum itu para sahabat yang berada bersamanya atau bersama Mu'awiyah juga telah melakukan perkara yang sama, kaum Khawarij menentang kebijaksnaan tersebut seraya melaungkan slogan: "tidak ada hukum kecuali hukum Allah. Tetapi Abdullah bin Abbas r.a berjaya membungkam mereka dengan hujah-hujah yang jelas dan tegas. Beliau menjelaskan bahawa usaha mencari orang tengah sebagai hakim justeru diperbolehkan oleh Allah dalam perkara-perkara yang jauh lebih remeh seperti perselisihan dalam keluarga antara suami isteri. Jika ia dibolehkan dalam perkara-perkara besar yang melibatkan perselisihan faham berkaitan dengan umat. Selanjutnya Abdullah bin Abbas r.a membacakan firman Allah berikut dihadapan mereka: Terjemahan: Dan jika kau khuatir akan berlakunya persengketaan di antara kedua-dua (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam (juru pendamai) daripada keluarga lelaki dan seorang hakam daripada keluarga perempuan. Jika kedua-dua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah an-Nisa' 4:35)

Saya berpendapat bahawa satu jawatan kuasa yang terdiri daripada para cendekiawan Muslim yang bijaksana dari negara Indonesia, Pakistan, Arab Saudi atau lainnya yang dapat mengadili perselisihan ini dengan kebenaran-kebenaran yang Allah tunjukkan kepada mereka diiringi niat salih, keazaman yang benar, usaha yang bersungguh-sungguh. Dan dengan itu terlerailah segala kesulitan, terbukalah jalan dan berlakulah kesepakatan (taufik) sepertimana pesanan Allah s.w.t berkenaan juru pendamai.

Terjemahan: Jika kedua orang hakam (juru pendamai) itu bermaksud mengadakan perbaikan nescaya Allah memberi taufik kepada mereka suami isteri itu. (Surah an-Nisa' 4:35)

Amat besar harapan saya terhadap saudara-saudara saya di negara Malaysia tercinta, agar mereka berusaha sedaya upaya untuk memadamkan api fitnah dan kembali bersatu padu memperkuatkan ketahanan bangsa, demi menghadapi pakatan-pakatan jahat yang dirancang oleh kuasa-kuasa besar bagi menghancurkan mereka secara khas dan kaum mislimin secara umum. Dan itulah cara termudah bagi mereka menikmati kekayaan dan khazanah negara sedangkan umat dalam kealpaan dan bercakaran sesama sendiri.

Jiwa saya seperti berkecai dan hati saya rasa seperti dihiris melihat kejadian-kejadian yang berlaku terhadap umat Islam. Allah telah menjadikan mereka sebagai umat terbaik yang dikeluarkan untuk manusia, tetapi sayangnya mereka saling melancarkan tipu daya untuk menjatuhkan antara satu sama lain. Akhirnya yang rugi tentulah negara dan bangsa sendiri. Manakala pihak yang memperolehi keuntungan daripada perselisihan tersebut ialah Israel, Amerika dan kausa-kuasa lain yang menanti peluang untuk menyerang kaum Muslimin. Merekalah yang melaga-lagakan untuk memetik hasil daripada pergaduhan dan pertelingkahan yang berlaku. Mereka menikmati hasil yang maksima daripada pergaduhan antara dua kelompok. Wala hawla Wala Quwata Illa Billah.

Saya mengingatkan saudara-saudara saya akan firman Allah s.w.t Terjemahan: Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai. Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu semasa kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu jadilah kau kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat kepadamu, agar kamu memperolehi petunjuk. (Surah Ali Imran 3:103)

http://www.qaradawi.net/others/Mr-anwar-fatwa-m.htm

4 Jul 2008

PROTES SEJUTA RAKYAT...


Apa Tanggungjawab Anda?

Kepada sahabat-sahabat yang mengetahui himpunan ini, bantulah untuk menyebar luaskan maklumat program ini-

6 Julai 2008 - Ahad - Padang Timur (Sebelah Amcorp Mall) - 10 pagi

Jika tiada gangguan dari Polis, Himpunan akan berlanjutan hingga ke malam dan ucapan Pimpinan akan bersilih ganti dengan persembahan suara rakyat dari pelbagai latar budaya.

Pastikan anda hadir pada hari ahad nanti kerana ianya akan menunjukkan kekuatan rakyat dan ketegasan rakyat dalam menolak sikap degil Kerajaan yang enggan tarik balik keputusan naikkan harga minyak. Mari bersama kita cabar kerajaan…biar mereka dengar dan lihat bagaimana rakyat bersatu untuk hadapi mereka….

Banyaknya paradox( keraguan/percanggahan) dalam kes liwat SAIFUL BUKHARI...



SAIFUL BUKHARI AZLAN-RAKAN KARIBNYA LEBIH MENGENALI ORANG INI..TANYA MEREKA..
AKAN ADA BUKTI BARU..



SAIFUL BUKHARI AZLAN AND FIANCE, JANNA (LEFT) AND SISTER TATIE (RIGHT)




Siapa Saiful ?
KONSPIRASI?...BILA KUASA DAN POLITIK MEMBENARKAN SEGALANYA.

Bekas Pelajar UNITEN yang tak habis belajar..dengan kata kasarnya ..GB( Gagal Belajar)
Merupakan salah seorang MPP dan seorang yang suka berkawan

Amat bercelaru segala bentuk fitnah -memfitnah yang berlaku di kalangan pimpinan negara kini..

Habis semua pmimpin negara melatah..bukti pernah berkenalan dah ada..bila ditanya pemberita....Eh siapa ? saiful? tak kenal..tak kenal..tak pernah dengar pun..dengan muka selamba berlalu pergi...emmm...

Adakah ini satu bentuk hukuman dari ALLAh lantaran keingkaran mereka menerima ISLAM sebagai satu bentuk cara hidup total?..ya aku melihatnya begitu... Kes ini akan mengambil masa yang lama, ramai orang akan terlibat dan sangat ingin melibatkan diri serta mengambil kesempatan..

Apa pun yang cuba diolah, ia sukar dikenalpasti. Jika kita teliti, telalu banyak paradox dan keraguan dalam setiap pertuduhan yang dilemparkan...sehingga persoalan siapa yang benar terkubur begitu sahaja.Apabila kuasa mengatasi segalanya dan politik membenarkan apa yang tidak mungkin..yang lemah dan kurang cekap akan terkambus!

Mengalih isu?

Banyak isu yang dilupakan bila mana isu liwat ini timbul..Minyak Naik, Kelemahan Pimpinan BN, Kelemahan dalaman BN- gelombang UMNO RETAK,Kes ALTANTUYA,Keruntuhan Kredibiliti sistem Kehakiman.. it is called "the 360 degrees trasnformation"...

Sesekali melihat individu sebebal Saiful ini, motifnya memang sukar dikenalpasti..Seorang yang diliwat ..mengaku diliwat..tampil dengan wajah senyuman dan lambaian mesra kepada pemberita..apa maknanya?... Ia diliwat atau sukarela diliwat? Anwar mampu meliwat secara paksa ? Anwar ada kekuatankah untuk memaksa?..bila direnung-renung....semacam tidak wajar pulak

Usaha ini dilihat cuba memecahkan PAKATAN RAKYAT secara halus dan nyata, terdapat gerakkan untuknya, mengambil sempena apa yang berlaku kini..Penat PKR untuk menangkis segala bentuk tekanan sehingga parti itu akan hilang fokus...impaknya sangat besar. PAS dan DAP punayi pendirian masing - masing. DAP seakan senyap menyaksikan MELAYU berbalah, PAS pula membawa dogma yang sama, prinsip itu dipegang sampai bila-bila. Cuma PAS akan berhadapan dengan situasi yang juga sukar bagi menjawab atau menjayakan hubungan politik dengan PKR ini.

Isu ini mesti diselesaikan segera...cadangan DR ASRi adalah satu option untuk meredakan keadaan. BERSUMPAH boleh jadi menyelesaikan masalah..lihat siapa yang ALLAh akan timpal\kan laknat dulu. Ada berani ka? Siapa benar akan berani, siapa salah kan takut. Ketakutan bersumpah hanya diketahui orang yang bersumpah. Ia boleh memberi kesan sehingga 2 ke 3 keturunan.

Panjatkan DOA.

BAik..pembaca budiman, banyakkan bersolat hajat moga ALLAh bukakan segalanya.Buat bacaaan YASIn seluruh negara agar ALLAH zahirkan pembawa FITNAH sebenar. Kita berdoa moga ALLHAH selamatkan MAlaysia dari huru hara dan porak -peranda dri pihak luar yang cuba mengambil kesempatan dari apa yang berlaku. Mohon pada PAK_PAK kiai dan alim ulama' agr mereka mendoakan agar ALLAH hapuskan mereka yang melakukan fitnah besar ini...

untuk maklumat tambahan boleh rujuk blog zainulfakar aktivis mahasiswa di :
http://zainulfaqar.wordpress.com/2008/07/01/isu-liwat-dsai-mungkin-afandy-tanjong-ada-jawapan/#more-671
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...