Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

20 May 2017

Kemana 'KITA' Mengheret Pemikiran Manusia?





Baru-baru ini kecoh isu lempang-melempang sesama artis di pentas LIVE hadapan Perdana Menteri. Peristiwa yang tercetus tanpa diduga ini mendapat perhatian NETIZEN dengan pendapat yang berbagai. 

Disuluh dari kaca mata politik, mereka yang DANGKAL langsung mengaitkan perkauman. Sudut lain yang lebih harmoni mengheret kepada aspirasi Rukun Negara - Kesopanan dan Kesusilaan. Kita perlu berhati-hati dengan EMOSI MARAH kita terlebih dahulu. Jadikan ia tenang agar RASIONAL akal mendahului emosi yang semberono. ''RACUN PEMIKIRAN'' berleluasa dalam media tanpa batasan kini.
.
Melihat kecamukan idea dan dogma ahli politik kini menyebabkan rakyat terheret entah ke jurang-jurang gelap mana pun tidak diketahui. Semua membawa kepada kekusutan yang tak berkesudahan. Rakyat terheret dengan perkara-perkara yang tak masuk akal, Kes tampar sahaja, sudah dikaitkan dengan CINA KURANG AJAR? ..Nah bila isu CINA disentuh, maka automatik lawannya Melayu. Konteks bertukar menjadi Perang Dingin kaum  pula. Masing-masing mempertahankan entiti masing-masing dan dipaksakan menerima satu IDEOLOGI sahaja. Yang lain salah. Padahal semua yang dibawa adalah bayang-bayang yang rapuh sahaja. Ramai pula yang mengikut aliran pemikiran yang bermasalah seperti ini.
Image result for ketuhanan

Penulis suka membaca dari kaca mata AGAMA. Maksud penulis, dalam satu-satu isu kemana kita mahu bawa penonton sebenarnya?

. Kita mengajak manusia kepada tauhid IHSAN atau SYUHUDI; Akhlak Jiwa Muhamadiah dan Salaman (Sejahtera- Membawa kebaikan dan menghentikan apa jua yang membawa kemudaratan dalam apa jua keadaan)

Itu apa yang kita harapkan, namun untuk mencapai perkara diatas ada 1001 cara, samada politik, jemaah, kelab dan aktiviti, Tarian, Muzik, Silat, Budaya dan sebagainya. Maksud penulis kita akan berdepan berbagai-bagai citarasa dan aliran pemikiran namun hasil akhirnya adalah satu sahaja seperti yang dinyatakan dalam perenggan diatas. Dalam konteks sekarang penulis menggunakan medium PENULISAN.
.
Isu menampar DAVID TEO perlu lah dibawa kepada peri pentingnya kita di Malaysia mengutamakan kasih-sayang dan hormat menghormati, dan keharmonian. Peranan artis sebagai model dan personaliti dalam masyarakat mestilah terkedepan dalam aspek wibawa- mereka sepatutnya menjadi contoh kerana mereka menjadi perhatian pengikut serta peminat. Usahlah dimelaratkan pula isu ini sehingga menambah mudarat dengan mengapi-apikan pula perkauman dan sebagainya.
.
Penulis percaya tugas utama kita adalah menekankan menghubungkan Ketuhanan dalam setiap saat kehidupan kita. Mudah kata mengajak ummat manusia merenung jiwa kita dan merasakan hubungan apa sahaja yang berlaku di sekitar kita ada kaitannya dengan HIKMAH ILAHI. Berhati-hati dengan EMOSI MARAH--kerana MARAH dari Syaitan.
.
Percayalah, apa sahaja ISU-ISU serta KEJADIAN yang berlaku sekeliling kita sebenarnya punya satu mesej sahaja. KETUHANAN. Dan kesitulah kita mahu simpulkan apa-apa yang berlaku depan mata kita. Tiada lain. Jadilah agen yang menguatkan mesej ini bukan memudarnya.
.
.

 

6 Jun 2014

Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara, HaRUM




HaRUM, atau Singkatan Himpunan Kekeluargaan Rumpun Nusantara adalah NGO yang kini bergiat aktif dalam dan luar negara dengan membawa mesej Tauhid serta Kasih Sayang di rantau Asia Tenggara. Nama badan NGO yang baru mula naik ini mengorak langkah menempa nama dalam kelasnya tersendiri dengan mendaaftarkan dalam United Islamic World NGO's (UNIW) di Yaman.

Penulis berhasrat menarik perhatian pembaca budiman apa yang telah diushakan HaRUM ini tdak harus dipandang sepi memandangkan ;

1.HaRUM bertindak selaku pertubuhan bukan kerajaan yang membela hak-hak kemanusiaan, pendidikan, keilmuan, pembangunan dan sosio ekonomi, dan keupayaan masyarakat Asia Tenggara dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Nusantara setaraf dengan wilayah-wilayah lain di dunia Nusantara.

2. Gerak kerja yang bertemakan Cinta dan Kasih Sayang untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang AGAMA, WARNA KULIT, STATUS dan segala bentuk diskriminasi . Kesemuanya adalah dari umat Nabi Muhammad saw dan menjadi tanggungjawab kita semua membantu mereka atas dasar kasih sayang sesama manusia. Inilah yang dilakukan HaRUM dengan misi-misi kemanusiaan yang di hantar ke beberapa daerah terpencil di Kemboja, Indonesia, Thailand, Filipina dan sebagainya.

Visi HaRUM untuk menyatukan kembali kekeluargaan dan persaudaraan masyarakat Asia Tenggara yang telah berkongsi nilai yang sama, agama, bangsa, bahasa, kebudayaan, sosio – ekonomi dan sebagainya tanpa mengira halangan geografi dan Negara dalam rangka mewujudkan wilayah Asia Tenggara yang sejahtera.


4. Misi HaRUM untuk menjadi pertubuhan bukan kerajaan yang mampu membela hak-hak kemanusian sejagat melalui bantuan-bantuan kemanusiaan, pendidikan dan keilmuan, pembangunan sosio ekonomi, dan pengupayaan masyarakat Asia Tenggara dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat Asia Tenggara setaraf dengan wilayah-wilayah lain didunia.


5.Mewujudkan RASA ikatan kekeluargaan masyarakat Asia Tenggara yang berteraskan kasih sayang, perdamaian dan nilai-nilai jati diri yang mampu menyediakan dan mengembalikan Asia Tenggara sebagai salah satu wilayah yang makmur, aman dan sejahtera.

6. Memartabatkan dan mengembalikan khazanah Nusantara seperti sejarah Kesultanan (politik), muamalat(ekonomi), sosio-budaya (adat & budaya), dakwah & keilmuan (Wali 9, Wali 7), kesenian, perubatan & Kepahlawan sebagai teras penyatuan dan pembangunan ummah Nusantara.

Pendekatan yang santai dan harmoni--menyantuni semua pihak tanpa berorientasikan mana-mana falsafah sempit aliran politik kepartian atau perkauman sewajarnya dimanfaatkan masyarakat agar dapat sama mendukung usaha murni menyatukan semua pihak atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang .

boleh rujuk laman web :

HaRUM 

14 Oct 2013

sentiasa NAFI dan ISBAT dalam dua nafasmu


PERMATA NAN INDAH  ini di KONGSI dari ihsan dan cinta EMPUNYA BLOG http://walidalmalik.blogspot.com/2013/06/nafi-dan-isbat.html



Nafi dan isbat
hendaklah disandingkan
dalam setiap nafasmu
dalam setiap langkahmu

Nafi dan Isbat
adalah kalimah yang paling utama
adalah kalimah pembuka
rahsia sang hamba dengan TuhanNya

Nafi dan isbat
menafikan wujud yang lain
hanya isbat pada wujud Allah yang hakiki
wujud yang lain hanyalah bayang yang menunjukkan wujudNya
maka wajib bagi dirimu
memandang wujudmu adalah menunjukkan kepada wujudNya
jika kamu memandang wujudmu
tanpa kamu nafikan tiada akan wujudmu
dan tiada mengisbatkan wujud Allah yang mewujudkanmu
maka kufurlah iktikadmu, hancurlah amal Islammu

Nafi dan Isbat
menafikan akan segala sifat ketuhanan yang ada padamu
melihat, mendengar, berkalam, berilmu, berkudrat, beriradah dan hayat
hanya diisbatkan segala sifat itu hak Allah jua
maka padamu segala sifat kehambaan dan kekurangan
buta, tuli, bisu, jahil, lemah, tiada kehendak dan mati
maka jika kamu iktikaqkan segala sifat tersebut
tanpa kamu nafikan milikmu, dan tiada kamu isbatkan adalah hak Allah
maka kufurlah kamu, maka binasalah segala amalmu

Nafi dan Isbat
menafikan akan segala Asma’ yang ada
hanya Allah pemilik segala Asma’ yang indah dan hebat
tiada yang memberi rezeki, tiada yang menyembuhkan, tiada yang hebat,
tiada yang mudharatkan, tiada yang memiliki kemuliaan dan pelbagai namanya
melainkan hanya diisbatkan pada Allah sahaja yang memilkinya
jika engkau tiada mengiktikadkan disebalik kehidupan mu
bahawa nama nama Allah yang mengaturmu untuk mengujimu
dalam pelbagai bentuk dan wajah
maka zindiklah kamu dan tiada manfaat akan segala ibadahmu

Nafi dan Isbat
menafikan segala apa jua perbuatan yang ada
walaupun satu zarah debu yang berterbangan
dalam segala gerak dan diam
melainkan diisbatkan hanya Allah yang memilkinya
jika engkau tiada nafikan segala perbuatan itu
adalah milik kekuasaan dirimu dan makhluk
maka binasalah tauhidmu dan batal segala agamamu

Maka dalamilah akan pelajaran Nafi dan Isbat
dengan para murabbi tareqah sufiah yang haq
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Tuhan
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Rasul
tanpa pintu kebenaran ini
maka amalmu penuh kerosakkan
kelakuan Islammu penuh kemunafikan…
engkau hanya Islam di sisi manusia…
tapi Islammu belum benar di sisi Allah… 








29 Mar 2012

Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf Sebenar...



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya.

Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.
Pembelaan para pemimpin kerohanian terhadap Islam sangat jelas di dalam lembaran sejarah. Di antaranya ialah Syeikh Hatim dan gurunya Syeikh Syaqiq. Mereka berdua telah mengambil bahagian dalam jihad di zaman mereka, dan guru beliau telah syahid di medan peperangan.

Ibrahim bin Adham, seorang wali Allah, di dalam manaqibnya ada dijelaskan bahawa beliau sentiasa mengambil bahagian dalam peperangan yang berlaku di zamannya, baik peperangan itu berlaku di darat mahupun di laut.

Demikian juga Syeikh Abu Yazid Al-Bistami, beliau bukan sahaja seorang guru mursyid dan pemimpin kerohanian, bahkan merupakan seorang pejuang yang berani memasuki apa jua medan peperangan sehingga beliau sendiri pernah berkata : “Aku telah ditetapkan Allah untuk bersama-sama dengan para mujahidin (di medan peperangan). Aku menetakkan pedang di muka musuh-musuh Allah itu bersama mereka di dalam masa yang lama.”

Dalam hal ini, Dr. Abd Halim Mahmud di dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa Syeikh Abu Yazid ketika berada di barisan hadapan, bukan hanya semalaman bersandar di tembok-tembok kubu Islam, tetapi beliau juga terus berzikrullah tanpa putus-putus, sehingga beliau benar-benar menjadi orang Mukmin yang menepati kehendak sabda Rasulullah SAW :
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (di akhirat) ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang celik sepanjang malam kerana menjaga (musuh) di dalam perang fi sabilillah.”

Uwais Al-Qarni adalah seorang wali Allah dan semulia-mulia tabi’in. Sejarah mencatatkan bahawa beliau telah turut sama mempertahankan Saidina Ali di dalam peperangan Siffin kerana berpendapat golongan yang menentang Saidina Ali adalah salah, dan wajib memerangi mereka sehingga mereka bertaubat dan kembali kepada jalan sebenar. Kemudian ketika tentera Islam berperang dengan tentera Rom, beliau telah sama-sama mencabut pedang dan terjun ke medan perang. Beliau telah syahid akibat mengalami kecederaan di dalam peperangan tersebut.

Dalam peperangan Salib, para ulama tasawuf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagaimana yang dinukilkan di dalam Haqaiq ‘an al-Tasawuf :

“Dan di Mesir, di waktu tentera Salib sampai di Dimyat, golongan sufiyyah seperti Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili, ‘Izuddin bin Abd Salam dan Abu Fath bin Daqiq al-’Iyd dan ulama-ulama lain telah memberikan khidmat yang sebaik-baiknya untuk menentang tentera Salib.”
Begitu juga dengan Imam Sanusi yang hidup di sekitar tahun 1200 Hijrah. Beliau mengetuai umat Islam menentang penjajahan Itali selama berpuluh-puluh tahun. Syeikh Abd Qadir al-Jazairi juga adalah seorang panglima dan pemimpin agung gerakan menentang penjajahan Peranchis di Algeria.

Kita juga mungkin telah membaca sejarah dan menonton tayangan filem mengenai perjuangan Syeikh Umar Mokhtar yang gigih menentang penjajahan Itali di Libya di mana beliau akhirnya syahid di tali gantung.

Di benua India pula, kita menemui tokoh-tokoh perjalanan kerohanian seperti Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syah WaliyuLlah al-Dihlawi dan lain-lain yang sangat berjasa kepada Islam kerana jihad mereka dalam politik dan agama sehingga Syeikh Abu Hassan An-Nadwi menyebutkan pentingnya peranan mereka itu dengan katanya :

“Sesungguhnya saya sentiasa menyatakan bahawa jika tidak kerana wujudnya mereka itu dan jihad mereka, nescaya Islam telah (lenyap) ditelan oleh agama Hindu, tamadunnya dan falsafahnya.”

Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.
Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.

Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.

Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.

Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.

Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat.

Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.

Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.

Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal.

Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.

Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu.

Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.

Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.
Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan besar yang dimainkan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) di Pulau Jawa. Dengan usaha gigih yang dilakukan, dengan sokongan rakyat jelata, mereka berjaya menubuhkan pemerintahan Islam, menewaskan kekuasaan Hindu, mendirikan masjid, pesantren (pondok), mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat.

Sejarah Islamnya Kerajaan Pattani juga melibatkan ahli Tasawuf dengan kaedah menarik. Menurut ceritanya, tiga orang ulama sufi yang merupakan sahabat karib telah menjalankan dakwah di Patani.

Mereka ialah Syeikh Shafiyuddin, Syeikh Sa’id Barsisa dan Syeikh Gombak Abdul Mubin. Sebaik tiba di Patani, mereka bertiga telah membuat pondok kecil di satu tempat bernama Kerisik.

Di situ, mereka mengumpul maklumat, membuat kajian mengenai suasana dan budaya setempat serta memikirkan strategi dakwah yang sesuai kerana di masa itu Patani diperintah oleh raja yang beragama Budha.
Syeikh Shafiyuddin amat kuat beribadah, berkhalwat dan berzikir memohon pertolongan Allah dalam dakwahnya. Manakala kedua sahabatnya keluar meninjau dan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Suatu hari, tersebarlah berita bahawa Maharaja Antira iaitu pemerintah Patani mengalami penyakit yang berat.
Maka sesiapa yang dapat merawatnya akan diberi upah yang besar. Sebelum ini telah ramai bomoh yang mengubati beliau, namun tidak juga sembuh-sembuh. Apabila pegawai raja sampai ke tempat Syeikh-Syeikh ini, salah seorang dari mereka menyapa dan memberitahu bahawa terdapat seorang dukun yang sangat sakti yang mampu menyembuhkan maharaja itu. Dukun yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Syeikh Shafiyuddin sendiri.

Keesokan harinya, ketiga-tiga orang Syeikh itu dijemput ke istana untuk mengubati raja. Sebelum upacara pengubatan dilakukan, terjadi perjanjian dimana jika raja sembuh hasil pengubatan Syeikh Shafiyuddin, maka raja mestilah menukar agama dari Budha kepada Islam. Syarat itu dipersetujui raja. Kemudian, Syeikh mula membacakan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran.

Dengan izin Allah, tiga hari selepas itu raja pun sembuh dari penyakitnya. Tapi raja engkar dengan janjinya untuk memeluk Islam. Dengan karamah Syeikh Shafiyuddin, penyakit raja berulang semula. Maka diubati lagi seperti janji yang pertama, dan sembuh kembali. Raja mungkir lagi, tiba-tiba penyakitnya datang kembali. Diubati lagi dan sembuh semula. Akhirnya raja Budha itu pun memeluk Islam dan diikuti oleh ramai rakyatnya. Sejak itu, ketiga-tiga Wali Allah tadi mendapat tempat kedudukan yang tinggi di Kerajaan Patani.

Selain itu terdapat tokoh-tokoh lain yang juga berperanan besar dalam menegakkan Islam di Nusantara seperti Syeikh Abd Samad al-Falimbani, Syeikh Daud al-Fatani, Ismail Minangkabau, Muhamad Salleh al-Zawawi, Arshad Banjari dan banyak lagi.

Di samping itu, yang sudah termasyhur ialah seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Mengenai hal ini, Al-Maududi berkata :
“Sesungguhnya mereka (ahli tasawuf) mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam di daerah-daerah yang jauh terpencil yang belum ditakluki oleh tentera-tentera Islam atau yang belum dapat ditundukkan di bawah hukum Islam. Di tangan mereka itulah, Islam tersebar di Afrika, Indonesia, pulau-pulau di Lautan Hindi, China dan India.”

Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya :

“Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”

Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad. Jelaslah bahawa golongan tasawuf bukanlah mereka yang hanya berzikir dan beramal semata-mata, malah berada di barisan hadapan dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Bagi setengah golongan yang meninggalkan amal-amal seperti ini, bermakna mereka telah meninggalkan sunnah Nabi SAW dan perjalanan para sahabat (radiaLahu ‘anhum).
Wallahu ‘alam.


Dari Buku Sufi Mujahid karangan:
al Faqir ila LLah Tokku Hj Ibrahim amaddana Allah bi madadihi

12 Oct 2011

Dakwah nabi Hud as ke atas KAUM AAD

KOLEKSI GAMBAR -GAMBAR YANG MENIMBULKAN PELBAGAI SPEKULASI


NAMUN BUKANKAH INILAH KAUM AAD YANG DITIMPAKAN ALLAH AZAB TANDA KEKUFURAN MEREKA serta SOMBONG DAN LALAI DENGAN SEGALA NIKMAT-NYA




p/s: ada gambar yang benar dan ada gambar photoshop(telah edit) untk mengelirukan kita





























gambar yang kemungkinan telah diedit













Kisah Nabi Allah Hud a.s.Aad adalah nama bapa suatu suku yang hidup di jazirah Arab di suatu tempat bernama Al-Ahqaf terletak di utara Hadramaut antara Yaman dan Umman dan termasuk suku yang tertua sesudah kaum Nabi Nuh serta terkenal dengan kekuatan jasmani dalam bentuk tubuh-tubuh yang besar dan sasa.


Mereka dikurniai oleh Allah tanah yang subur dengan sumber-sumber airnya yang mengalir dari segala penjuru sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam untuk bahan makanan mereka. dan memperindah tempat tinggal mereka dengan kebun-kebun bunga yang indah-indah. Berkat kurnia Tuhan itu hidup mereka menjadi makmur, sejahtera dan bahagia serta dalam waktu yang singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yang terbesar diantara suku-suku yang hidup di sekelilingnya.

Sebagaimana dengan kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam semesta. Mereka membuat patung-patung yang diberi nama Shamud dan Alhattar dan itu yang disembah sebagai tuhan mereka yang menurut kepercayaan mereka dapat memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris a.s. dan Nabi Nuh a.s. sudah tidak berbekas dalam hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari.


Kenikmatan hidup yang mereka sedang tenggelam di dalamnya berkat tanah yang subur dan menghasilkan yang melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan dan pemberian kedua berhala mereka yang mereka sembah. Karenanya mereka tidak putus-putus sujud kepada kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau kekeringan.

Sebagai akibat dan buah dari aqidah yang sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis, di mana nilai-nilai moral dan akhlak tidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorang tetapi kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yang menonjol sehingga timbul kerusuhan dan tindakan sewenang-wenang di dalam masyarakat di mana yang kuat menindas yang lemah yang besar memperkosa yang kecil dan yang berkuasa memeras yang di bawahnya.


Sifat-sifat sombong, bongkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yang didorong oleh hawa nafsu yang bermaharajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga tidak memberi tempat kepada sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kepada mereka.

Nabi Hud Berdakwah Di Tengah-tengah SukunyaSudah menjadi sunnah Allah sejak diturunkannya Adam ke bumi bahawa dari semasa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dalam kehidupan yang sesat sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yang dibawa oleh Nabi-nabi-Nya diutuslah seorang Nabi atau Rasul yang bertugas untuk menyegarkan kembali ajaran-ajaran nabi-nabi yang sebelumnya mengembalikan masyarakat yang sudah tersesat ke jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa manusia dari segala tahayul dan syirik menggantinya dan mengisinya dengan iman tauhid dan aqidah yang sesuai dengan fitrah.

Demikianlah maka kepada suku Aad yang telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidup dan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yang mengurniakan itu semua. Di utuskan kepada mereka Nabi Hud seorang daripada suku mereka sendiri dari keluarga yang terpandang dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dengan kelakuan yang baik budi pekerti yang luhur dan sangat bijaksana dalam pergaulan dengan kawan-kawannya. Nabi Hud memulakan dakwahnya dengan menarik perhatian kaumnya suku Aad kepada tanda-tanda wujudnya Allah yang berupa alam sekeliling mereka dan bahawa Allah-lah yang mencipta mereka semua dan mengurniakan mereka dengan segala kenikmatan hidup yang berupa tanah yang subur, air yang mengalir serta tumbuh-tumbuhan yang tegak dan kuat.


Dialah yang seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung yang mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling mulia yang tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah batu-batu yang sewaktunya dapat mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan.

Diterangkan oleh Nabi Hud bahawa dia adalah pesuruh Allah yang diberi tugas untuk membawa mereka ke jalan yang benar beriman kepada Allah yang menciptakan mereka menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau mencabutnya daripada mereka. Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin dan menuntut mereka ke jalan yang benar. Ia hanya menjalankan perintah Allah dan memperingatkan mereka bahawa jika mereka tetap menutup telinga dan mata mereka menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan oleh Allah sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yang mati binasa tenggelam dalam air bah akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan dakwah Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kepada berhala dan patung-patung yang mereka sembah dan puja itu.

Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yang tidak pernah mereka dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup mereka dan membongkar peraturan dan adat istiadat yang telah mereka kenal dan warisi dari nenek moyang mereka.


Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorang dari suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan menggantikan agama dan kepercayaan mereka dengan sesuatu yang baru yang mereka tidak kenal dan tidak dapat dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka. Dengan serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dengan berbagai alasan dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan yang diterimanya dengan kepala dingin dan penuh kesabaran.

Berkatalah kaum Aad kepada Nabi Hud:"Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yang engkau hendak anjurkan kepada kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan persembahan kami kepada tuhan-tuhan kami yang berkuasa ini dan menyembah tuhan mu yang tidak dapat kami jangkau dengan pancaindera kami dan tuhan yang menurut kata kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yang kami lakukan ini ialah yang telah kami warisi dari nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan meninggalkannya bahkan sebaliknya engkaulah yang seharusnya kembali kepada aturan nenek moyangmu dan jgn mencederai kepercayaan dan agama mereka dengan membawa suatu agama baru yang tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya.

"Wahai kaumku! jawab Nabi Hud,Sesungguhnya Tuhan yang aku serukan ini kepada kamu untuk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu namun kamu dapat melihat dam merasakan wujudnya dalam diri kamu sendiri sebagai ciptaannya dan dalam alam semesta yang mengelilingimu beberapa langit dengan matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dengan gunung-ganangnya sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yang kesemuanya dapat bermanfaat bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yang harus kamu sembah dan menundukkan kepala kamu kepada-Nya.


Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan diperanakan yang walaupun kamu tidak dapat menjangkau-Nya dengan pancainderamu, Dia dekat daripada kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui isi hati mu denyut jantungmu dan jalan fikiranmu. Tuhan itulah yang harus disembah oleh manusia dengan kepercayaan penuh kepada KeEsaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan bukan patung-patung yang kamu perbuat pahat dan ukir dengan tangan kamu sendiri kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yang pasif tidak dapat berbuat sesuatu yang menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah bodohnya dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu yang sesat itu dan menolak ajaran dan agama yang telah diwahyukan kepadaku oleh Allah Tuhan Yang Maha Esa itu."

"Wahai Hud!" jawab kaumnya,"Gerangan apakah yang menjadikan engkau berpandangan dan berfikiran lain daripada yang sudah menjadi pegangan hidup kami sejak dahulu kala dan menjadikan engkau meninggalkan agama nenek moyangmu sendiri bahkan sehingga engkau menghina dan merendahkan martabat tuhan-tuhan kami dan memperbodohkan kami dan menganggap kami berakal sempit dan berfikiran dangkal? Engkau mengaku bahwa engkau terpilih menjadi rasul pesuruh oleh Tuhanmu untuk membawa agama dan kepercayaan baru kepada kami dan mengajak kami keluar dari jalan yang sesat menurut pengakuanmu ke jalan yang benar dan lurus. Kami merasa hairan dan tidak dapat menerima oleh akal kami sendiri bahwa engkau telah dipilih menjadi pesuruh Tuhan.




Apakah kelebihan kamu di atas seseorang daripada kami, engkau tidak lebih tidak
kurang adalah seorang manusia biasa seperti kami hidup makan minum dan tidur
tiada bedanya dengan kami, mengapa engkau yang dipilih oleh Tuhanmu? Sungguh
engkau menurut anggapan kami seorang pendusta besar atau mungkin engkau
berfikiran tidak sihat terkena kutukan tuhan-tuhan kami yang selalu engkau ejek
hina dan cemuhkan."

"Wahai kaumku!" jawab Nabi Hud, "aku bukanlah seorang pendusta dan fikiran ku tetap waras dan sihat tidak kurang sesuatu pun dan ketahuilah bahwa patung-patungmu yang kamu pertuhankan itu tidak dapat mendatangkan sesuatu gangguan atau penyakit bagi badanku atau fikiranku. Kamu kenal aku, sejak lama aku hidup di tengah-tengah kamu bahawa aku tidak pernah berdusta dan bercakap bohong dan sepanjang pergaulanku dengan kamu tidak pernah terlihat pada diriku tanda-tanda ketidak wajaran perlakuanku atau tanda-tanda yang meragukan kewarasan fikiranku dan kesempurnaan akalku.


Aku adalah benar pesuruh Allah yang diberi amanat untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang sudah tersesat kemasukan pengaruh ajaran Iblis dan sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar yang diajar oleh nabi-nabi yang terdahulu karena Allah tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya terlalu lama terlantar dalam kesesatan dan hidup dalam kegelapan tanpa diutuskan seorang rasul yang menuntun mereka ke jalan yang benar dan penghidupan yang diredhai-Nya. Maka percayalah kamu kepada ku gunakanlah akal fikiran kamu berimanlah dan bersujudlah kepada Allah Tuhan seru sekalian alam Tuhan yang menciptakan kamu menciptakan langit dan bumi menurunkan hujan bagi menyuburkan tanah ladangmu, menumbuhkan tumbuh tumbuhan bagi meneruskan hidupmu. Bersembahlah kepada-Nya dan mohonlah ampun atas segala perbuatan salah dan tindakan sesatmu, agar Dia menambah rezekimu dan kemakmuran hidupmu dan terhindarlah kamu dari azab dunia sebagaimana yang telah dialami oleh kaum Nuh dan kelak azab di akhirat.


Ketahuilah bahawa kamu akan dibangkitkan kembali kelak dari kubur kamu dan dimintai bertanggungjawab atas segala perbuatan kamu di dunia ini dan diberi ganjaran sesuai dengan amalanmu yang baik dan soleh mendapat ganjaran baik dan yang hina dan buruk akan diganjarkan dengan api neraka. Aku hanya menyampaikannya risalah Allah kepada kamu dan dengan ini telah memperingati kamu akan akibat yang akan menimpa kepada dirimu jika kamu tetap mengingkari kebenaran dakwahku."

Kaum Aad menjawab: "Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa engkau telah mendapat kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran kamu kacau dan akalmu berubah menjadi sinting. Engkau telah mengucapkan kata-kata yang tidak masuk akal bahwa jika kami mengikuti agamamu, akan bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dari kubur kami setelah kami mati dan menjadi tulang-belulang.


Dan apakah azab dan seksaan yang engkau selalu menakut-nakuti kami dan mengancamkannya kepada kami? Semua ini kami anggap kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bahwa kami tidak akan menyerah kepadamu dan mengikuti ajaranmu karena bayangan azab dan seksa yang engkau bayang-bayangkannya kepada kami bahkan kami menentang kepadamu datangkanlah apa yang engkau janjikan dan ancamkan itu jika engkau betul-betul benar dalam kata-katamu dan bukan seorang pendusta."

"Baiklah!", jawab Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dan tetap berkeras kepala tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan persembahanmu kepada berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan Tuhan di mana kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari bencananya. Allah menjadi saksiku bahwa aku telah menyampaikan risalah-Nya dengan sepenuh tenagaku kepada mu dan akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung badanku memberi penerangan dan tuntunan kepada jalan yang baik yang telah digariskan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya."

Pembalasan Allah Atas Kaum Aad


Pembalasan Tuhan terhadap kaum Aad yang kafir dan tetap membangkang itu diturunkan dalam dua perinkat.Tahap pertama berupa kekeringan yang melanda ladang-ladang dan kebun-kebun mereka, sehingga menimbulkan kecemasan dan kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan kebun-kebunnya seperti biasanya.Dalam keadaan demikian Nabi Hud masih berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan seksaan dari Allah yang dijanjikan dan bahawa Allah masih lagi memberi kesempatan kepada mereka untuk sedar akan kesesatan dan kekafiran mereka dan kembali beriman kepada Allah dengan meninggalkan persembahan mereka yang batil kemudian bertaubat dan memohon ampun kepada Allah agar segera hujan turun kembali dengan lebatnya dan terhindar mereka dari bahaya kelaparan yang mengancam. Akan tetapi mereka tetap belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosong belaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon perlindungan dari musibah yang mereka hadapi.

Tentangan mereka terhadap janji Allah yang diwahyukan kepada Nabi Hud segera mendapat jawapan dengan datangnya pembalasan tahap kedua yang dimulai dengan terlihatnya gumpalan awan dan mega hitam yang tebal di atas mereka yang disambutnya dengan sorak-sorai gembira, karena dikiranya bahwa hujan akan segera turun membasahi ladang-ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yang sedang mengalami kekeringan. Melihat sikap kaum Aad yang sedang bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud dengan nada mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi kamu tetapi mega yang akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah yang telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti untuk membuktikan kebenaran kata-kataku yang selalu kamu sangkal dan kamu dusta.

Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yang diramalkan oleh Nabi Hud itu bahawa bukan hujan yang turun dari awan yang tebal itu tetapi angin taufan yang dahsyat dan kencang disertai bunyi gemuruh yang mencemaskan yang telah merusakkan bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak.


Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini hilir mudik mencari perlindungan. Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dengan tanah. Bencana angin taufan itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuh bersih kaum Aad yang bongkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yang menyedihkan itu untuk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yang akan datang.

Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yang beriman telah mendapat perlindungan Allah dari bencana yang menimpa kaumnya yang kacau bilau dan tenang seraya melihat keadaan kaumnya yang kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-pohon dan bangunan-bangunan yang berjatuhan serta teriakan dan tangisan orang yang meminta tolong dan mohon perlindungan. Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah Al-Ahqaf sudah menjadi sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yang terletak di atas sebuah bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para penziarah yang datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan Syaaban pada setiap tahun.

Kisah Nabi Hud Dalam Al-Quran


Kisah Nabi Hud diceritakan dalam 68 ayat dari 10 surah yang di antaranya adalah Surah Hud, ayat 50 hingga 60, Surah Al-Mukminun ayat 31 sehingga ayat 41 , Surah Al-Ahqaaf ayat 21 sehingga ayat 26 dan Surah Al-Haaqqah ayat 6 ,7 dan 8.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud A.S.


Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yang baik yang patut ditiru dan diikuti oleh juru dakwah dan ahli penerangan agama.Beliau menghadapi kaumnya yang sombong dan keras kepala itu dengan penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dengan serupa tetapi menolaknya dengan kata-kata yang halus yang menunjukkan bahawa beliau dapat menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.

Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dengan menuduhnya telah menjadi gila dan sinting. Ia dengan lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan itu dengan hanya mengata:"Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yang kamu sembah tidak dapat menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi aku ini adalah rasul pesuruh Allah kepadamu dan betul-betul aku adalah seorang penasihat yang jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia mahupun di akhirat."

Dalam berdialog dengan kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetok hati nurani mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional, menggunakan akal dan fikiran yang sihat dengan memberikan bukti-bukti yang dapat diterima oleh akal mereka tentang kebenaran dakwahnya dan kesesatan jalan mereka namun hidayah iu adalah dari Allah, Dia akan memberinya kepada siapa yang Dia kehendakinya.



















22 Nov 2010

DEKLARASI 3 PONDOK UTAMA DI KELANTAN


deklarasi tiga pondok utama di Kelantan mengenainya (akidah aswj). Pondok-pondok yang kita maksudkan itu adalah (1) Madrasah an-Najmiah, Pondok Geting, Tumpat; (2) Madrasah Diniah al-Bakriah, Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan (3) Madrasah al-Diniah al-Falahiah, Pondok Bukit Awang, Pasir Puteh.

19 Oct 2010

Sebaik-baik umat....


Kesyumulan ISLAM mampu meniti hati-hati tulus lagi ikhlas suku bilion penduduk muka bumi. Penterjemahan ISLAM kepada cara hidup yang menepati sunatullah manusia itu sendiri telah terbukti secara praktikalnya dalam lipatan sejarah sebagai sebaik-baik tamadun yang mampu bertahan sehingga ke saat ini walaupun diserang dengan hebat para PEMBENCI kebenaran. Kehalusan ISLAM dalam bicara perjalanan rohani, kepadalah penzahiran syariat yang indah-indah...kesantunan dan kelembutan didikan ISLAM mewarnai seni didikan anak-anak pewaris perjuangan suci ini sehinggalah kesaat ini .

Sendi masyarakat ISLAM iaitu RUMAHTANGGA subur dengan pembenihan kecintaan kepada ALLAH semata-mata. Tidak berpisah dari tiap-tiap sendi ini dengan sulaman CINTA ALLAH. Keindahan ini tampak sempurna melalui peranan setiap entiti di dalam keluarga; si suami memimpin isteri yang lemah , si isteri penasihat yang setia si suami jua menekuni sulaman didikan anak-anaknya, anak-anak menajadi pengikut paling setia mencontohi kasih -sayang ibu dan bapanya. Begitulah ISLAM mendidik umatnya dalam kekeluargaan, maka apatah lagi kepada pengurusan hidup manusia secara keseluruhan - bermula dari ekonomi, politik, pentadbiran negara, keilmuan , ketamadunan ...semuanya sudah sebati dan tercerna dengan baik sehingga tiada lagi yang tidak diliputi ISLAM dan semuanya kembali kepada CINTA ALLAH jua. Hujung jatuh penzahiran sifat hamba ini akhirnya semua tertumpu kepada abdi diri pada ALLAH.

Generasi kini tidak dapat tidak hanya mampu membina kembali ketamadunan yang dibina para sahabat dengan mengikut telunjuk ikutan sepanjang zaman ; MUHAMMAD saw. Jalan - jalan yang telah dirintis para sahabat r.a. dengan bimbingan MURABBI AGUNG , mestilah jua dilalui umat terkemudian. Bermula dari bagaimana mereka menzahirkan peribadi mereka, akhlak mereka, ibadah yang tulus, mujahadah yang menekan nafsu, pengorbanan yang tak terbayang oleh kita, serta jihad-jihad mereka pada tiap-tiap perbuatan mereka. Keimanan hakiki yang meresap lagi mencahayakan dalam hati atau kita istilahkan sebagai makrifatullah itu mengalir indah melalui tingkahlaku mereka.

Ketundukkan nafsu para sahabat dari ammarah kepada nafsu ahli JANNAH di jinakkan dengan panduan WAHYU melalui lidah mulia baginda saw . Sehingga kewajipan atas batang tubuh mereka untuk melakukan Qiamullail sekalipun adalah mudah dek keinginan bersangatan menzahirkan rasa Kecintaan yang amat mendalam seperti menyelam di dasar lautan .Hati mereka hidup dengan ALLAH dalam gerak dan diam mereka. Zahir mereka sibuk dengan urusan dunia , amanah dar ALLAH kepada mereka, namun hati mereka tidak lpernah berselisih dengan lalai dari ingatan kepadaNYA sehingga mereka menanggung keasyikan amat sangat berubudiyyah melahirkan rasa syukur dan cinta kepada RABB mereka.

Mereka dididik dengan sulaman zikir AL QURAN , sentiasa memperingati diri dengan tazkirah dan majlis-majlis demi menyuburkan rasa cinta mereka kepada ALLAH. Menjadikan akal mereka semakin puas dan kuat menterjemahkan rasa cinta ini sehingga melimpah pada perbuatan mereka. Kecintaan ini adalah rasa (dzauqi) yang bersarang di hati mereka. Hanya orang yang jatuh cinta sahaja mampu memahami bahasa dan isyarat cinta. Mereka merasainya dihati, biarpun manusia lainnya memanggil mereka gila..mereka merasa bahagia dengan cinta itu.

Hati adalah raja dan punca dan asal segala pendidikan ...begitulah dimaklumi, hatilah mesti diutamakan dalam pendidikan manusia


sumber: gerak massa malaysia

15 Jul 2010

Dakwah Kasih Sayang



Sumber: KULIAH AD-DEEN

Dakwah sufi penuh kesabaran, keterbukaan, kasih sayang dan tidak bersifat menghukum. Menerima segala celaan dengan kesabaran dan munajat dengan tiada berputus asa. Mereka tidak menjawab celaan dengan celaan kerana cinta kepada manusia apa lagi saudara seagama.

Manusia akan memusuhi apa yang ia tidak tahu. Penyelesaian melalui perdebatan ilmu akan hanya membawa kepada kekerasan jiwa, luka hati dan perpecahan ummah. Pilihlah jalan kesabaran, kemaafan, persahabatan dan munajat kerana cinta, agar jiwa yang keras menjadi lembut, kejahilan menjadi pengetahuan, permusuhan menjadi persahabatan, perpecahan menjadi penyatuan, kebencian menjadi kasih sayang.

Marilah kita terus berjuang membangunkan Islam dengan method tasawwuf yang lembut dan hikmah agar diri, keluarga dan masyarakat selamat dari tenggelam dalam kekufuran, kesyirikan, kefasikan, hawa nafsu, syaitan dan dunia yang melalaikan.

Lihatlah dakwah Jemaah Tabligh, mereka memilih mendiamkan diri dari apa jua tohmahan, namun terus berjuang dengan jalan yang mereka yakini, akhirnya musuh dan fitnah menjadi lemah. Mereka terus bergerak sehingga berjaya melahirkan jutaan kader dakwah mereka di seluruh dunia.

Begitu juga dakwah Habib Umar al-Hafidz, mereka diacu dengan senapang oleh penentang mereka, namun dengan kesabaran dan munajat, akhirnya ramai para penentangnya menjadi pengikutnya, sehingga dakwahnya tersebar ke seluruh dunia.

Ingatlah pesan asy-Syahid Imam Hassan al-Banna, ‘Jadikan dirimu seperti pohon yang berbuah lebat, mereka melontarnya dengan batu, tapi ia melontarkan kembali buah yang ranum!”


Tasawwuf adalah mujahadah. Didik diri dengan memilih kehinaan dari pujian, pilih kemaafan dari dendam dan kemarahan, pilih kesabaran dalam apa jua keadaan. Terus berakhlak mulia dengan sesiapa jua, menghormati apa yang ada pada orang lain. Dan berpeganglah kamu dengan kalam ‘Arifbillah yang menjadi dasar semua tarekah :
ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI - 'Ya Allah, hanya Engkau yang ku maksudkan, dan keredhaan Mu lah yang ku cari!”

Sumber: KULIAH AD-DEEN

14 Jul 2010

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan


Tentatif Seminar Pemikiran Islam II

Tempat : Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Tarikh : 20-22hb Julai 2010

HARI PERTAMA : 20 Julai 2010 (SELASA)

8.00 – 8.30 pagi : Pendaftaran
8.30 – 10.30 pagi : Pembentangan Sesi 1 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah

1. Suatu Perspektif Dalam Memahami Gerakan Wahabi Hj. Zaidi Hj. Hassan [Pengkaji Bebas]

2. Asya’irah dan Cabaran Semasa Di Thailand Tn. Haji Ghazali Ahmad [Guru Pondok]

3. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah Di Brunei Darussalam: Isu Dan Cabaran Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal [Universiti Islam Sultan Sharif Ali,Brunei ]

4. Wahhabism in the English Works Associate Prof. Dr. Ibrahim Abu Bakar [UKM]

5. Kaedah Penyebaran Dakwah Menerusi Mesej Akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah: KajiaN Terhadap Jam‘iyyah al-Mashari‘ al-Khayriyyah al-Islamiyyah di Lebanon Dr. Sulaiman bin Ibrahim [Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei]

10.30 – 11.00 pagi : Kudapan

11.00 – 1.00 petang: UCAP UTAMA (Balai Ilmu)

Pengerusi : Dr. Faizuri bin Abdul Latif

”التحدي السلفي للمذهب الأشعري: جذوره تاريخه ومظاهره ووسائله وكيفية مواجهته“
Prof. Dr. Dheen Muhammad [Universiti of Qatar, Mesir]

1.00 – 2.30 petang : Rehat / Makan Tengah hari / Solat

2.30 – 5.00 petang :
MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN JURNAL AFKAR (Dewan Kuliah Utama, API) Dirsempurnakan oleh : Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)" Menteri di Jabatan Perdana Menteri

5.00 petang : Minum Petang

HARI KEDUA : 21 Julai 2010 (RABU)

8.00 – 8.30 pagi : Kehadiran Peserta

8.30– 10.00 pagi : Pembentangan Sesi 2 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid

1. Apakah Muhammad ‘Abdul Wahab Tokoh Mujaddid Muhammad Uthman el-Muhammad [UIAM]

2. Pro dan Kontra Mengenai Tawassul Dalam Aliran Pemikiran Islam Prof. Madya Dr. Mohd Fakhruddin bin Abd Mukti [UM]

3. Pendekatan Abu Hasan al-Ash`ari dan Ibn Taymiyyah Dalam Perbahasan Sifat-sifat Allah Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim @ Ibrahim [UM]

4. Pendekatan Para Mufassir Dalam Pentafsiran Ayat-Ayat Sifat: Analisis Dari Perspektif Aqidah Ahli Sunnah Wa Al-Jama`ah Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi [UKM]

10.00 – 10.30 pagi : Kudapan

10.30 – 12.00 pagi : Pembentangan Sesi 3 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi
bin Hamat

1. Polemik Isu-Isu Khilafiah di Malaysia Dr. Luqman Bin Haji Abdullah [UM]

2. Pseudo-Salafi dan Keruntuhan Autoriti Dr. Khalif Muammar A. Harris [UKM]

3. Tiga Saluran Utama Ilmu dalam Islam: Rumusan Ashā‘irah Māturidiyyah yang Kekal Munasabah Dr. Mohd Zaidi b. Ismail [IKIM]

4. Aliran Salafi Moden Menurut Yusuf al-Qaradawi Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid [UM]


12.00 – 1.30 petang : Pembentangan Sesi 4 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fakhruddin bin Abd Mukti

1. The Ash’raite School Between Religion and Thought Dr. Abdulhakim Ajhar [UM]

2. بعض أفكار ابن تيمية في العقيدة تحليل ومقارنة Dr. Muhamad Salim Muhamad Abu ‘Asi [Universiti Qatar]

3. قسمة التوحيد ودراسته بين ابن تيمية وعلماء الكلام Dr. Mas’ab al-Khoir Idris al-Said Mustafa al-Idrisi [Universiti Qatar]

4. العقيدة الأشعرية ومساهمتها في الحفاظ على أمن المجتمع والأمة Tareek Laham [Beirut]

5. تثليث التوحيد وتوحيد الأمة Dr. Mohamad Rifaie [USIM]

1.30 – 2.30 petang : Rehat / Makan Tengah hari/ Solat

2.30 – 4.00 petang : Pembentangan Sesi 5 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali

1. Pendekatan Wasatiyyah Dalam Aliran al-Asha`irah Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah [UM]

2. Konsep Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah : Satu Penilaian Prof. Madya Dr Asmadi Mohd Naim [UUM]

3. التراث الأشعري في ميدان العلم الإسلامي Dr. ‘Isa ‘Abdullah ‘Ali [Universiti Qatar]

4. الأشاعرة بين الغلو والتقصير وبين الإفراط والتفريط Dr Shaykh Salim Ulwan al-Husayni [Darul Fatwa, Australia]


4.00 – 5.30 petang : Pembentangan Sesi 6 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr Wan Suhaimi bin Wan Abdullah

1. Pemikiran Akidah Muhammad `Abdul Wahab dan Ibn Taymiyyah: Satu Analisis Perbandingan Dr. Abdol Rahman Mahmood [UKM]

2. Pendidikan Akidah Menerusi Huraian Sifat 20 di Malaysia Prof. Madya Dr. Mudasir Rosder [UKM]

3. Ta’wil Dalam Tradisi Aqidah Asha’irah Dr. Mohd Farid Mohd Shahran [UIAM]

4. Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah Menurut Muhammad bin `Abd al-Wahhab Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat [UM]

5.30 – 6.00 petang : Minum Petang


HARI KETIGA : 22 Julai 2010 (KHAMIS)

8.00 – 8.30 pagi : Kehadiran Peserta

8.30– 10.00 pagi : Pembentangan Sesi 7 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi bin Hamat

1. Konsep Kebersebaban Al-Ghazali: Alternatif faham Saintisme Azmil bin Zainal [UM]

2. Manhaj Ibn Khuzaimah dalam Wacana ayat-ayat Mutasyabihat: Analisis menurut Pemikiran al-Razi Mohd Hamidi bin Ismail [ UM ]

3. Konsep Muqtadayat al-Uluhiyyah Dan Awhal Al-Tauhid Dalam Mentauhidkan Allah SWT Menurut Sheikh Mukhtar Ali al-Dusuqi Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof, Nik Muhammad Rozi Nik Yusoff [UiTM & UM]

4. Tradisi Penulisan Kitab Sharah Dalam Kerangka Aqidah Asha’irah: Rujukan Khusus Kepada Kitab Sharah Melayu Che’ Razi Bin Jusoh [UM]

10.00 – 10.30 pagi : Kudapan

10.30 – 12.00 pagi : Pembentangan Sesi 8 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Dr. Faizuri bin Abdul Latif

1. Hasan Kafi al-Bosnawi between Asha’irah and Maturidiyyah Dr. Ali Akbar Ziaee (UIAM)

2. الفكر الاشعري والوحدة الفكرية في المغرب الإسلامي Tarek Ladjal [UM]

3. ملاحظات الشيخ الندوي على أسلوب علم الكلام فى إثبات العقائد الإسلامية Muhammad Shoheb [UM]

4. الثقافة العقدية عند الشيخ محمد الغزالي (ت1996م) Fadila Grine [UM]

12.00 – 1.30 petang : Pembentangan Sesi 9 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Prof. Madya Mohamad Kamil Hj Ab Majid

1. Ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin al-Fatani dalam Kitab ‘Aqidah al-Najin Dr. Faizuri bin Abdul Latif [UM]

2. Analisis Kalimah Allah Menurut Perspektif Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Prof. Madya Dr. Khadijah binti Mohd Hambali @ Khambali [UM]

3. Imam Syamsuddin Ibn Al-Qayyim Al-Jauziyyah: Analisis Terhadap Metode Kajian Dan Penulisan Beliau Dalam Beberapa Karyanya Mengenai Ketuhanan Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid [UM]

4. Konsep Wasatiyyah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah Dalam Perbahasan Sifat Kalam Syed Muhammad Hilmi Syed Abdul Rahman & Mohd Sobri Elias [UM]

1.30 – 2.30 petang : Rehat / Makan Tengah hari/ Solat

2.30 – 5.00 petang : Pembentangan Sesi 10 (Balai Ilmu)

Pengerusi : Dr. Luqman Bin Haji Abdullah

1. Fahaman Al-Asha’irah Dalam Nadlatul Ulama Di Indonesia Mohammad Syakirin al Ghozaly [UM]

2. الخطاب العقدي في ماليزيا وتحديات العصر Dr. Mustafa Bahjat & Dr. Ahmad Kasim Kasar [UM]

3. جهود الأئمة الاشعرية في المولد النبوي: السيوطي نموذجا Ibtisam Abdullah Ali [UM]

4. جهود الإمام البيهقي الأشعري –رحمه الله- في إثبات العقيدة والدفاع عنها Nawaf Mohammed Al Harbi [UM]

4 Jun 2010

ALLAH SENTIASA SAYANGKAN KAMU....



"Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.

Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah".

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut .

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.

Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.

Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam

sumber: tranungkite.com

9 May 2010

Memikirkan TENATNYA ummah, tindakan segera diperlukan....


Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.( tidak termaasuk yang tidak didaftarkan, digugurkan, dijual dipasaran gelap, dibuang)

Para duat tidaklah boleh memandang sepi angka ini dan berlalu bak angin lalu:seperti tiada apa-apa yang berlaku. Andai tidak timbul keluh kesah hatinya dengan angka ini belumlah ia menjiwai peranannya sebagai pendakwah sepanjang zaman.Bukankah dengan angka ini kita sepatutnya dapat membaca sesuatu yang tersirat???

Dengan angka seumpama ini apakah boleh kita benarkan GERAKAN ISLAM KAMPUS sebagai contoh terus hanyut dengan perkara-perkara yang membazirkan masa mereka??? Apakah mereka jua berasa selesa kerana BHEP sudah tidak lagi mengancam mereka??? Maka mereka boleh sahaja melaksanakan method yang sama dakwah dari seawal thun 90-an tanpa mengambilkira statistik diatas?? atau terus hanyut dalam muzakaah dan muhasabah-muhasabah yang sebenarnya tidak pun diambil cakna??

Bukanlah menyalahkan Gerakan Islam Kampus secara mutlak, kerana tanggungjawab UMMAH ini terpikul atas setiap individu muslim. Namun jika perkara seumpama ini jika tidak termasuk dalam topik perbincangan maka perlu kita fikirkan benarkah kita Gerakan Islam Kampus? Apakah cukup HARAKI kita sekarang? Atau kita sekadar tenggelam dalam perbahasan ISTILAH...?? tanpa tindakan susulan dan UMMAH terus memandang kita dengan mata sayu yang uzur, tanpa suara kerana sudah tidak bisa berbicara, meminta belas IHSAN agar diselamatkan ia...

Dengan angka yang pastinya akan meningkat setiap tahun , generasi ini yang memiliki anak-anak perempuan pasti TIDAK AKAN HIDUP AMAN memikirkan keselamtan anak perempuan mereka... AYUH KITA LAKUKAN SESUATU....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger