31 Dec 2008

Kempen Simpati untuk Saudara kita di Palestine

2 Disember yang lalu, kempen bergelap selama 5 minit menerima respon yang positif daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir, malah sebilangan mahasiswa-mahasiswi Palestin yang berada di Kaherah turut bergelap selama 5 minit. Tujuan dan cara kita berdemonstrasi begini adalah bagi menyatakan rasa simpati dan sehati terhadap Gaza berikutan Israel melanggar persepakatan gencatan senjata pada 04 November 2008. Perlanggaran Israel dengan menyerang beberapa di tempat di Gaza menyebabkan 6 penduduk Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera. Sebaik sahaja Israel melanggar persepakatan tersebut, HAMAS dan kesemua kumpulan pejuang Palestin memutuskan untuk tidak meneruskan 'gencatan senjata'. Bagi mereka, persepakatan ini sia-sia kerana Israel tidak memberi komitmen yang baik, malah Israel terang-terangan tidak mematuhi syarat-syarat 'gencatan senjata' yang telah disepakati pada 19 Jun 2008.

27 Disember 2008, Israel kembali mengganas dengan serangan udara yang menggemparkan beberapa tempat di Gaza. Serangan ini boleh disifatkan terlalu kejam, penuh dengan kezaliman malah bakal meledakkan api fitnah sesama umat Islam walaupun yang melakukannya adalah pihak yang tidak memahami erti aman dan tidak tahu bagaimana mematuhi janji.Maka, kempen ini juga berterusan bersesuaian dengan realiti semasa setelah mendapat galakkan dari PMRAM. Kempen ini dijalankan 3 bentuk sekaligus, iaitu:
1) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza mulai hari ini(Ahad, 28/12/08) sehingga hari Sabtu akan datang 03/01/2009 melalui televisyen(berita), suratkhabar harian, web-web berita menerusi internet dan apa jua perantaraan yang boleh dicapai bagi mengikuti perkembangan ini dari semasa ke semasa. Sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.
2) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengadakan solat hajat serta qunut nazilah(sama ada secara berjemaah atau bersendirian) secara berterusan dari hari ke hari. Saranan ini bermula hari ini (Ahad, 28/12/08) sehingga akhir peperiksaan fasa pertama.
3) Bergelap selama 15 minit pada hari Sabtu akan datang, 03/01/2009(Sabtu malam Ahad) bermula jam 7.30 malam waktu Mesir.
Kelibat masyarakat Arab turun dijalanan bagi membantah keganasan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza mendapat dokongan yang amat meluas. Sebagaimana yang diketahui, kebanyakan masyarakat Arab di beberapa buah Negara Arab, termasuk juga Turki, dan Negara lain mengambil sikap yang serupa iaitu tunjuk perasaan dan demonstrasi. Tindakan mereka ini tidak lain adalah semata-mata bersimpati dengan Gaza, malah membuktikan jiwa dan hati mereka 'sentiasa hidup' malah memahami akan makna aman dan berusaha menangani tindakan yang tidak berperikemanusiaan. Tambahan pula kita dan mereka adalah bersaudara.
Kita juga mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan dengan cara yang dinyatakan memandangkan keselamatan dan keamanan Mesir yang tidak mengizinkan berdemonstrasi di jalanan. Ayuh! kita lakukan bersama.

Menyambung Pengajian Master...Satu Bentuk Hijrah


Tissue Culture (first proposal)

Semoga dengan menjerumuskan diri ke lapangan akademik ini, aku mampu beroleh manfaat dan keberkatan yang banyak. Dengan peluang-peluang yang ada disini, pastinya aku berupaya menggapai kenikmatan berbakti pada 'Perjuangan Islam" yang aku cintai ini.

Cabaran yang tersendiri, aku cuba atasi dengan kesabaran..sesuatu yang tinggi nilainya pastilah menagih 1001 suka duka yang melelahkan, namun ia bukan alasan untuk kita terus memencilkan diri berada di pinggir-pinggir perjuangan. Masakan kita tergopoh-gopoh mengharapkan hasil sedang usaha kita tak seberapa sangat. Peluang ini aku manfaatkan menimbul sebanyak mungkin ilmu guna untuk perjuangan ini.

Hijrah dan titik tolak(tipping Poit) bagi diriku diharapkan bermula disini. Winning is all about thinking one step ahead!! Ungkapan ini memberikan aku persepsi yang lebih matang.... Cabaran utama, bagaimana menerapkan setiap rancangan dan strategi kepada praktikal yang lebih realistik dan berkesan. Aku pun mencari-cari jawapan kepada persoalan penting ini..sedikit masa lagi aku akan peroleh jawapannya.


Termite Clonning( Second Proposal-this one sounds interesting)

Buat masa sekarang, aku bermohon ALLLAH swt memudahkan urusan pengajian MSc. of Forest Biotechnology sehingga aku tamat ..bibit masalah dan cabaran sudah mula dirasai..semoga ia tidak merobek semangat aku. I have to dicipline myself...that is the first step..what next? I'll figure it out... Pray for me..

30 Dec 2008

Bening Subuh

Aku menyelak lembaran tafsir pimpinan ar Rahman, surah Ibrahim ..mataku mencari melirik satu persatu ayat sehingga kepada ayat kelima.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa lalu) yang membawa mu’jizat-mu’jizat Kami) sambil Kami berfirman: “ Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah ‘. Sesungguhnya yang demikian itu , mengandungi tanda-tanda yang menujukkan kekuasan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.( Ibrahim:5)

Aku membetulkan posisi dudukku dan mengambil pula sebuah buku bertajuk Malam Pertama Di Syurga….Aku meneliti depan , belakang kulitnya..Kualiti yang tinggi desis hatiku.

Aduh, tajuknya saja sangat menarik…kenikmatan yang tidak terbayangkan…Aku bermonolog sendirian cuba mentafsir isi kandungannya sebelum mula membaca isi kandungannya….

Bait-bait kata didalam buku ini membunga-bungakan hatiku..imanku terasa meningkat, kesungguhan mahu mengecap redha Allah semakin kuat… terasa diriku melayang-layang mengenangkan nikmat syurga yang umpama mengecap kejayaan yang tak pernah ada kesudahan…nikmatnya semakin hari semakin baik..

Sungai-sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti , terletak di bawah mahligai, istana-istana dan taman-taman penghuni syurga . Sungai-sungai berupa madu-, sungai khamar, dan yang tidak memabukkan , sungai susu dan air sungai jernih yang tidak pernah berubah rasanya. Sungai-sungai syurga menancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun kebawah menuju kesemua tingkatan –tingkatan syurga seperti tersebut dalam hadis .


Bangunan didalamnya terbuat dari batu – bata emas dan perak. Aduanya sewangi kasturi yang sangat harum. Batunya terbuat dari mutiara lu’lu’ dan yaquth dan tanahnya terbuat dari za’faran, seperti tepung putih yang berbau kasturi. Diantara bentuk bangunannya adalah kubah-kubah indah yang terbuat dari mutiara..Keindahan apakah yang cuba dibayangkan buku ini? Manusia yang terbuat dari tanahpun sudah indah ciptaannya apalagi..ciptaan Allah yang terbuat dari emas, perak, mutiara, za’faran, yaqut, lu’lu… Maha Suci Allah Lagi Maha Hebat.

Aku meneruskan bacaan dengan sangat bersemangat dan penuh minat..perasaan yang mengantuk sebelumnya dirasakan hilang serta-merta seperti kabus ditiup angin. Aku meneruskan bacaan baris ke baris , helaian demi helaian yang menginsafkan jiwa. Kadang-kadang aku tutup sebentar dan memejamkan mata cuba membayangkan kenikmatan yang Allah gambarkan, cuba menyelami bait-bait hadis yang diungkap Nabi saw. Kadang-kadang aku menghela nafas panjang, merasakan nikmat udara dan dapat menyedari rupanya merasakan aku semakin merindui tempat asalku ini…tempat asal kita semua..SYURGA ALLAH swt. IMPAIAN terbesarku mahu kesana bersama yang tercinta.

Bacaanku tersangkut tidak semena-mena apabila terkenangkan diri ini. Persoalan dosa dan maksiat selama ini yang banyak melazimi hari-hari ku menyebabkan aku rasa malu dengan diriku sendiri. Kasih sayang Allah swt selama ini tidak menjadikan aku bersukur bahkan nikmat-nikmatnya aku telah zalimi dengan tidak meletakkan pada tempatnya.

Dalam kebeningan subuh ini aku mendengar alunan zikir keinsafan , selawat-selawat Nabi yang di pasangkan sahabat sebilikku …terasa syahdu dan sedih. Meresap dalam alunan selawat ini dan menyebabkan aku menutup buku yang dibaca dan bibirku mula mengikut rentak alunan selawat ini. Makin lama- makin menjadi-jadi sebak didada mengenangkan diriku yang banyak berdosa pada ALLAh swt. Solatku Allah terima kah? Jarang khusuk..walaupun aku cuba..semakin dicuba semakin kuat dugaannya..selalunya aku tewas. Puasaku, amalku, maksiat-maksiat yang aku buat selama ini, ilmuku yang tidak aku amalkan ,…niat yang tidak tulus …sesekali pintasan-pintasan memeori kelam sejarah hidupku datang serentak.


Entah mengapa tidak dapat menahan lagi..air mata panas tiba-tiba mengalir perlahan membasahi pipi .Subhanallah…ungkapan ini terpacul; keluar dari mulutku. Penuh rasa Maha Besarnya Allah swt...Lemahnya diri ini...





YA ALLAH BANTULAH SAUDARA KAMI DI PALESTIN !!!

Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan2 mereka Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa. Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai Tuhan yang mengarakkan awan Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab, kalahkan mereka. Kalahkan mereka Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.

18 Dec 2008

Nak Buat maksiat..ha, buatlah....

AKIBAT MAKSIAT

Maksiat lawannya taat. Kedua-duanya, hanya Allah Taala yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada kesannya yang tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si mukmin, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Orang mukmin, sentiasa berhati-hati dalam kehidupan sehariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Walaupun hanya Allah SWT yang tahu semua tindakan ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa hidup di dunia:

1.Tidak Mendapat Ilmu

2.Tidak Mendapat Rezeki

3.Kerisauan Dan Kesepian Hati.

4.Banyak Mendapat Kesulitan.

5.Kegelapan Dalam Hati.

6.Melemahkan Hati Dan Badan

7.Kehilangan Ketaatan

8.Mengurangi Umur Dan Mengikis Berkah

Tidak Mendapat Ilmu

Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah SWT ke dalam hati sedangkan maksiat memadamkan sinat tersebut. Pernah Imam Malik menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengannya, "Saya melihat Allah SWT telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat." Imam Syafie juga pernah mengeluh, "Saya mengeluh kepada Waki’, hafalanku jelek; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat". Sambung Waki’, "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah dan Allah SWT tidak berikan kepada pelaku maksiat."

Tidak Mendapat Rezeki

Dalam Musnad Imam Ahmad, "Sesungguhnya seorang hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat. Sememangnya jelas bahawa taqwa kepada Allah SWT itu mendapatkan rezeki, sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan."

Kerisauan Dan Kesepian Hati

Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan Allah SWT, tidak ada keseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai kenikmatan, malahan yang terbit daripada hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu mengimbangi keresahan tersebut. Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang lain. Lebih-lebih lagi dari orang yang sebelumnya baik dengannya. Apabila perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan dirinya daripada lingkungan orang-orang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah SWT. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari keluarga serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan tertekan dalam dirinya.

Banyak Mendapat Kesulitan

Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

Kegelapan Dalam Hatinya

Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia rasakan seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan maksiatnya itu masuk menutupi hatinya. Berkata Abdullah bin Abbas, "Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati, kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai orang terhadap dirinya." Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang.

”Melemahkan Hati Dan Badan

Orang mukmin itu kekuatannya terletak pada hati. Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah. Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia Dan Romawi dapat dihancurkan oleh orang-orang mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah SWT.

Kehilangan Ketaatan

Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah SWT. Juga akan terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.

Mengurangi Umur Dan Mengikis Berkah

Sebahagian ulamak mengatakan, bahawa kurangnya umur orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup ini sebenarnya adalah kehiidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya sentiasa bersama Allah SWT, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila hidupnya berpaling dari Allah SWT dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah hari-hari hidupnya yang hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata: "Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini."

(Al-Fajr:24)

(Rujukan: Ibn Qoyyim, “Terapi Penyakit Hati”)

17 Dec 2008

Sorotan BENCANA SICHUAN dan MALAYSIA- Ukuran kita...


Salam Muhibbah Pembaca budiman sekalian. Buat sementara penulis berdiam menjauhi penulisan blog sebelum kembalinya semula sesi baru penulis ke dunia kampus. Kurang sebulan sesi baru akan bermula menandakan satu lagi pusingan pengajian bermula, mahasiswa kembali akan sibuk ke kuliah, bas-bas akan mula bersesak-sesak atas jalan mengangkut penumpang yang punyai jutaan ragam dan kerenah. Kita biarkan apa yang akan berlaku, putaran hidup, dan sejarah akan berulang….tinggal lagi sejauh mana kita mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku dan berlalu.

Penulis tertarik dengan isu Bukit Antarabangsa yang melanda ibu kota baru-baru ini. Kes seumpama ini menimbulkan berbagai-bagai reaksi yang beraneka ragam respon yang kita dengar di lapangan media perdana. Semua pihak merespon..analogi –analogi yang puitis dan menyengat di lunakkan dengan perbincangan yang semakin rancak di kedai kopi, perbahasan menteri, Sidang Dewan Rakyat, Dewan Negara…dimana-mana dalam Negara perkara ini hangat diperbahaskan. Kemana perbahasan ini membawa aliran pemikiran kita? Apakah konotasi dan idea utama yang diketengahkan? Pandangan orang ramai dan persepsi mereka terhadap isu ini membenuk gaya tindakan mereka….


Idea-idea seperti, Dah terhantuk baru nak terngadah, PBT bertanggungjawab ke atas kes ini, PBT kata Pemaju yang salah, Pemaju kata PBT salah, akhbar STAR kata pengaruh politik punca, Pembangkang kata Rasuah puncanya, Geologi kata manusia yang tidak mengguna pakai sistem yang ada, Mangsa tanah runtuh dan yang kematian ahli keluarga mula mengeluarkan ugutan..menyaman sana, menyaman sini…katanya memberi ingatan dan pengajaran…Penduduk menyalahkan ATM gagal jalankan tugas dengan baik, ATM makan hati dengan sikap penduduk menuduh yang bukan-bukan, polis difitnah merompak rumah, orang awam yang ambil kesempatan memecah rumah yang ditinggalkan dan berjela-jelalah konflik yang terus berlaku. Ada juga individu yang bermurah hati menyumbang, dan dana dilancarkan…Penutupnya, meredakan keadaan… kerajaan memutuskan mengharamkan projek lereng bukit lebih 35 darjah. Noktah!

Penulis mengucapkan takziah buat mangsa-mangsa yang kehilangan ahli keluarga. Dalam satu rancangan Tv keloalaan TV9-HALAQAH, Ustaz menyatakan untaian kata yang lebih tersirat dan membekas dihati. Kesan manusia menzalimi hak alam yang dilarang ISLAM, jadi ini merupakan ujian yang membetulkan dan menyentak banyak pihak. Kita belajar bersabar, kita belajar menerima…katanya ujian ini meninggikan kita disisi ALLAH jika kita sabar dan memuhasabah diri. Lebih mendalam dan halus bicaranya…aku khusyuk mendengar Dr Danial memberikan contoh demi contoh berkaitan sirah bagaimana Rasul SAW mengajar umatnya, dan firman-firman ALLAh swt yang manusia jauh sekali memikirkan maknanya agar kita sebagai KHLAIFAH wajib adil dan bijaksana merencana ala mini seluruhnya. Harga pengajaran ini sangat mahal…nyawa, harta benda , masa tenaga dan emosi… Semoga harga ini memberikan kita

Penulis mengucapkah tahniah buat semua pihak dan pasukan bantuan yang turut sama membantu mangsa tanah runtuh ini. Semua pihak dari muda sampailah ke tua yang bersusah payah untuk sama-sama meringankan beban mereka yang menjadi mangsa harus mendapat pujian atas keikhlasan membantu dan meringankan beban mereka yang ditimpa bencana. Rasa kasih–sayang sesama manusia ini haruslah mendahului dari segala prasangka negetif dan persepsi tempang yang sebenarnya hanya merupakan kesan sikap individualistic yang merentap rasa empati kita. Ketidakadilan kita dan zalimnya kita menatijahkan kerosakan yang akhirnya memakan diri kita sendiri.

Baik….., penulis ingin menyorot pemikiran pembaca..pada sudut pandang yang berbeza dan membuat kita terfikir dan mengukur sejauh mana bandingan kes di Malaysia dan di Negara orang..dan bandingkan diri kita..dimana letaknya kita sebagai orang ISLAM yang mengakui hebatnya ajaran terkandung dalamnya yang hakikatnya kita sendiri gagal menghayati intipatinya. Paling kurang sejauh mana moral dalam diri kita untuk mungkin menghulurkan bantuan buat mereka yang kesusahan berbanding banyak bercakap dan menyalahkan sana dan sini sedang diri kita terkedu bila diajukan soalan ‘ APA KAMU BUAT UNTUK BANTU? Untuk itu download sesuatu yang pasti merenggut emosi kita dalam memahami asam garam kehidupan, kesusahan dan dengan apa yang selalu dikatakan sebagai KEMANUSIAAN. Dalam ‘SHAREBOX’ di bawah belah kanan blog ini ada satu power point bertajuk “DISASTER IN SICHUAN” yang mungkin boleh kita bandingkan mesej yang hampir sama alam berikan namun di berikan reaksi yang jauh sekali penghuni diatasnya bertingkah laku. Selamat bermuhasabah…

1 Dec 2008

Biawakpun beriman kepada NABI saw.

Diriwayatkan oleh Ibn Kathir dalam al-Bidayah Wan-Nihayah bahawa al-Baihaqiy menceritaan dari Abu Mansur Ahmad bin Ali al-Damghaniy dari daerah Namin di Baihaq, dlm sebuah kisah yang disampaikan dari Umar r.a bahwa rasululLah sedang berjalan bersama dengan sekumpulan para sahabat lalu tiba-tiba datanglah seorang Arab badwi dari keturunan bani Sulaim ke hadapan rasululLah.Beliau membawa bersamanya seekor biawak (dob) padang pasir yang ditangkapnya.

Beliau bercadang untuk membakar haiwan itu untuk menjadi makanannya.Sebaik sahaja melihat orang ramai yang berjalan di kawasan itu beliau tertarik untuk mendekati mereka, lantas bertanya siapakah gerangan yang sedang mereka iringi itu.Apabila mendapat penjelasan daripada sebahagian sahabat yang hadir bahawa mereka sedang mengiringi Nabi maka dia terus mencari laluan mendekati Nabi lantas segera berkata : Demi tuhan Lata dan Uzza, tiadalah sesuatu yang terdapat di alam ini yang lebih kubenci daripadamu wahai Muhammad ! kalaulah tidak kerana kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa-gesa tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat menggmebirakan hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam, putih dan merah serta selainnya !

Umar al-Khattab yang meriwayatkan ksah ini menjadi marah dengan sikapnya lalu beliau bangkit dan berkata : Wahai Nabi ! Biarlah saya mengkhiri hidupnya ! Nabi telah menjawab permintaan Umar dengan tenangnya : Wahai Umar ! Tidakkah engkau tahu bahwa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi ! Nabi kemudiannya telah berkata kepada Arab badwi itu : apa yang menyebabkan engkau mengatakan demikian kepadaku ? Engkau sepatutnya menghormati aku dalam perhimpunan bersama para sahabatku ! Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya menghina Nabi dengan berkata : Demi tuhan lata dan Uzza ! Aku takkan beriman kepadamu hai Muhammad hinggalah biawak ini beriman kepadamu , katanya sambil mengeluarkan biawak itu lalu melemparkannya ke hadapan Nabi sa.w.

RasululLah s.a.w telah memanggil biawak itu dan kedengaran suaranya menjawab panggilan Nabi dnegan bahasa Arab yang fasih difahami oleh semua yang hadir : ya wahai Nabi s.a.w ! nabi bertanya kepada biawak itu : Kepada sapakah engkau beriman ? Jawab biawak itu : Saya beriman kepada Tuhan yang diangit itu arasyNya, di bumi itulah kekuasaanNya, dan di lautan itulah jalanNya, dan di syurga itu rahmatNya, dan dalam neraka itu azabNya ! tanya nabi lagi : Aku ini siapa wahai biawak ? jawab biawak itu : Tuan adalah utusan Allah, yang memiliki sekalian alam ! Amatlah beruntung orang yang menyokong dan memperjuangkan Tuan , dan binasalah orang yang mendustakan Tuan !

Mendengar kata-kata biawak yang sangat lancar itu, Arab badwi itu lantas mengucapkan kalimah syahadah di hadapan semua yang hadir lalu berkata : Wahai Muhammad! Sebelum ini engkau merupakan orang yang paling aku benci, tetapi hari ini engkau adalah orang yang paling aku kasihi berbanding dengan baoaku, diriku sendiri , engkau amat kukasihi zahirku dan batinku, dan aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi adalah pesuruhNya.

PS: Meremang bulu romaku mengakhiri hadis ini yang diambil dari blog ustaz zahazan. Biawakpun mengakui kerasulan NAbi SAW, tetapi umat Nabi sendiri menafikan baginda.....Allah matikan aku sebagai Umat Muhammad yang taat.....

20 Nov 2008

Nikmat 2 batang gigi.

lebih kurang inilah patahnya, patah tengah.Cuma aku kena 2 batang patah tengah, gigi taring serpih sikit. Sakit dia, Tuhan ja tahu...(bukan gambar sebenar)

Menekap mulutku, menahan kesakitan amat..antara malu dan sakit , terawang-awang fikiranku mengimbas saat hentaman kuat mulutku atas batu tadi....merebak sampai ke kepala sakitnya. Kepalaku masih berpinar-pinar, perjalanan dirasa masih jauh menyulusuri trek 'KAMI" yang aku sendiri keluar masuk memeriksanya agar selamat untuk semua peserta. Bercampur-campur dalam benak fikiran ku, memikirkan yang bukan-bukan...aku tenagkan jiwa, berselawat panjang dan menarik nafas..terbatuk aku tak semena-mena..dan aku ludahkan air dalam mulutku yang dirasa masin semacam..darah dah berketul keluar..teringat semula tetang gigi aku yang patah 4 batang , terasa sakit semula.Ahh lambat betul..aku cepatkan langkah melintasi beberpa peserta yang sama-sama berjalan keluar dari hutan ke Kem....





Dah lama aku tak menulis, 2 minggu perkara itu dah berlalu. Aku mendapatkan rehat yang cukup untuk mengembalikan semula semangat yang hampir luntur. Bak kata orang "jangan difikir-fikirkan sangat'. aku positifkan bentuk pemikiran..sawang-sawang pemikiran negetif aku leraikan...aku cuba ingat semula apa yang aku baca dari buku "Separuh penuh, Separuh kosong". Ia memang membantu.





Jadual bulananku tergendala, aku yang sepatutnya berada di Melaka, kini tersadai di rumah menanti rawatan gigiku dapat disegerakan. Seminggu menunggu bengkak mulut ini surut, lantas bergegas mencari klinik swasta yang menawarkan rawatan ..mak ai 2000 ringgit. Mahal betul nak buat rawatan....kering poket...nak buat apa lagi, dari menanggung kesakitan nak makan disebabkan gigiku patah sampai ke saraf..Bayaran bapakku didahulukan, aku kerja nanti aku bayar balik duit bapakku..itu niat ku. Tak sanggup lihat cermin, bila buka mulut ok, tapi bila senyum..tuu dia macam raksaksa..lain macam rasanya..susah nak berdepan dengan masyarakat kalu keadaan macam ni. menguatkan aku lagi untuk terus membuat rawatan gigi ni.sakit sikit lah, tapi ok dan berbaloi.



Semoga aku dapat segera bersama-sama sahabat-sahabatku yang berhempas pulas untuk ISLAm, duduk lama2 ni menyebabbkan aku rimas, tak banyak boleh dibuat di rumah.... kesibukan hilang, masalah lesap, susah payah lesap..terasa kekosongan. Tak boleh jadi , aku mesti buat sesuatu agar dapat bersama-sama dengan sahabat2.



Allah mudahkan urusan ku, Istiqamahkan aku dengan perjuangan...bantu aku ISLAHKAN diriku untuk aku perbaiki akhiratku...






5 Nov 2008

At - taubah :111

Dalam keresahan, ku lihat seorang sahabat-ZAINAB mengirimi suatu yang menenagkan jiwa...

Aku ambil tafsir,aku selak sehelai , sau persatu mencai surah at taubah 111:

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh Syurga , (disebabkan) mereka berjuang di jalan Allah ; maka (diantara ) mereka ada yang membunuh dan dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada ALLAH ? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan yang kamu jalankan jual belinya itu , dan ketahuilah bahawa jual beli yang seperti itu ialah kemenangan

at TAUBAH ;111( tafsir Pimpinan Rahman)

4 Nov 2008

Mana aku nak cari duit???

..Panjang aku terdiam, merasakan urat di sisi kepalaku timbul..stress mengalirkan darah beroksigen menampung keligatan mencari ikhtiar mencari duit. Bukan nak kahwin, bukan nak buat makan , bukan juga nak membeli motor yang hilang..tetapi membiyai program pembinaan insan bawah NGO kelolaan sahabat seperjuangan . Aku lah ajknya.....lama memenung entah mengapa buntu memikirkan semacam tiada penyudahnya.

Program dah nak on, dana tak cukup pulak. Memang terikat, tak kanlah nak batalkan pulak..tak patut sangat..aku bermonolog sendirian.

Habis posisi duduk, sandar baring , tangan di dahi..meluncur dimulutku perkataan keramat sepanjang hidupku.... ALLAH..ALLAH..ALLAH.....itu tandanya dah terlalu penat fikir dah , dah tak larat....Akhirnya mengadu jugak aku pada ALLAH....berselawat panjang...menenagkan kembali perasaanku...

Cabaran terbesar membuat kebajikan seumpama ini pastinya masalah dana....habis fikir, aku redakan pemikiran dengan mengelamun..kalaulah ini, kalaulah itu kalaulah begini....membayangkan kalau aku ada duit... tersedar dipermainkan iblis aku beristighfar sendirian mencantas fantasi iblis yang menipudaya kita semua. Seringkali iblis memasukkan jarum khayalan , fantasi agar kita lupa niat asal kita. Aku kembalikan posisi niatku pada jalan mencari redhanya. Aku bangun dan mencapai handset untuk mndapatkan talian hayat...

Semacam nak berputus asa, aku ikhtiarkan juga untuk dana ini..kembara ku kali ini lain macam cabaranya, berbeza sungguh dengan sebelum-sebelum ini. Dengan kerenah-kerenah subjek manusia yang terpaksa diraikan dalam komuniti "insan yang belajar"...kagum ku dengan semangat mereka memikul beban dan risiko dakwh ini. Kefahaman mereka terjermah dari gerak kerja mereka , bukan semata lancangnya mulut mereka mengata itu dan ini..

Aku sedar , sebenanrnya aku tak bersendirian, sahabat-sahabat ku bersama-sama memastikan KEBAJIKAN untuk agama ini dilunaskan juga" by hook or by crook". Bagaimanapun kita usahakan juga, kata pemikir - pemikir gerakan dalam meting panjang yang melelahkan..kita pacak dulu dan kita menjurus kearahnya...yakin dan meyakinkan kata ini..merembeskan andrenalin dan meningkatkan semangat...

Aku tersedar dari lamunan keasyikan pemikiran mengamati ruang dan masa jundi-jundi umat ini..Handsetku masih ditangan, kemana harus aku tala talian yang nak ku dail..entahlah..aku cuba lah sesiapa yang boleh membantu...doakan semoga aku mampu menunaikan taklifan ini dengan baik...semoga ALLAh terima ia sebagai satu amalku yang membantu dan wasilah untukku menghampirkan diriku kepada ALLAH....

Salam Perjuangan
Al fakir ilalah JUNDI UMMAH
Zulkaedah 1429 Hijrah


P/S: Tahniah buat pasangan serasi RO dan Kak Faridho yang selamat dijijab kalbul, semoga berbahagia ke anak cucu dan melahirkan generasi yang tegar mendaulatkan syariat ALLAH..
TAKBIR!!!

29 Oct 2008

RENUNGAN....

Buat renungan semua…..

  • Orang yg berfikiran besar byk memperkatakan ilmu
  • Orang yg berfikiran sederhana byk memperkatakn peristiwa
  • Orang yg berfikiran rendah byk memperkatakan manusia
  • Orang yg berfikiran cetek byk memperkatakan diri mereka

Nabi S.A.W bersabda , ada 4 perkara yg dipandang baik, tetapi 4 lagi dipandang lebih baik

  1. Sifat MALU dari lelaki adalah baik, tetapi dari PEREMPUAN adalah lebih baik
  2. KEADILAN dari setiap orang adalah baik, tetapi dari PEMIMPIN adalah lebih baik
  3. TAUBAT dari orang tua adalh baik, tetapi dari ORANG MUDA adalah lebih baik
  4. DERMAWAN dari orang kaya adalah baik, tetapi dari orang FAKIR adalah lebih baik

28 Oct 2008

EXAMINATION- Kaedah JAE


TIADALA JADI SEPERTI MAYAT HIDUP...TAK TERURUS...TINGGALKAN MASALAH ANDA SEMASA EXAM..GUNAKAN KAEDAH TERBARU ..PERKENALKAN .."J.A.E"



Exam....stress, pening, tak cukup tidur, tertinggal subuh, tak sempat makan...kini anda tidak perlu risau lagi, dengan pendekatan saintifik dan anlaisis dari pakar,

Kami ada penyelesaiannya... Penemuan paling canggih di abad ini...Kami ada jawapannya, mudah tanpa bayaran pendahuluan, tanpa bunga...secara terus ..... Persembahkan Kaedah Menghadapi Masalah Anda!!! .."J.A.E"

mudah saja...jangan ambil exam (J.A.E)!!!!!
Selamat Menghadapi Peperiksaan buat budak2 Universiti dan yang seangkatan dengannya....

26 Oct 2008

Telus Berdakwah - Tawadhuk berhemah.






Bicara melunakkan dakwah

Salam perjuangan buat sahabat yang bergelut memastikan Islam tetap dijulang dimana-mana pelusuk dunia. Apa jua usaha yang dicurahkan untuknya semoga beroleh manfaat dan mendapat keberkatan dari Allah swt.

Aku mengintai-intai keperluan mencari bahan yang menarik dari senarai blog-blog yang ada. Menemukan jawapan kepada persoalan yang berlegar dalam kotak fikiranku.Bagaimana melunakkan gerak kerja dakwah tanpa sebarang masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan berbincang, berbincang dan bincang?

Saifulislam.com menjadi rujukan utamaku , bernada lunak dan sangat praktikal....

Dalam gerak kerja dakwah , alat yang menjamin kemurnian usaha ini adalah HATI. Adapaun alat - alat lain merupakan perkara sekunder kepada kesempurnaannya, ini pendapat aku. Dengan hati yang tulus dan mulus, IBLIS tidak punya ruang menipu kaum muslimin sebab itu kelemahan IBLIS. Dengan hati yang benar, gerak kerja menjadi lancar dan bersungguh. Benar atau tidak kenyataan ini kita tanya dimana hati kita, apa "intention" kita sebenarnya, benarkah niat kita??? Berat menjawab persoalan ini, kerana IBLIS tidak pernah berhenti dari mengalihkan niat kita agar kita sentiasa berada di persimpangan yang kadang-kadang kita sendiri tiada jawapannya.... Berbelit-belit bukan??? Susah tak nak faham? Mengapa begitu ? ...

Masalah teras sebenarnya adalah sekitar "SENI KOMUNIKASI".

Apabila subjek utama itu adalah manusia, maka segalanya kembali kepada soal AKAL, HATI dan NAFSU. ini jelas.(saifulislam.com)

Kaitannya pula???...sebahagian besar masalah manusia berpunca daripada masalah komunikasi, maka ia adalah manifestasi kepada kerenah akal, hati dan nafsu manusia.

Tak kena tempat berbicara

Masalahnya, jika dianalogikan....Suami boleh membuka mulut untuk berkongsi masalah dengan rakan karibnya, isteri pun sama. Atau mereka berhubung dengan pihak ketiga, keempat dan kelima.. tetapi terlalu berat untuk mengusahakan perbincangan di antara mereka berdua. Sedangkan itulah teras kepada "SENI KOMUNIKASI". Masalah yang sama juga dimana-mana peringkat organisasi dakwah, pemimpin kepada ahli, ahli kepada pemimpin, ahli sesama ahli, dan pemimpin sesama pemimpin..horizaaontal dan vertikal seharusnya telus dalam mengemukakan kepincangan dengan niat membetulkan kepincangan yang ada.

Kepincangan tidak akan tamat andai masalah ini dibincangkan bukan pada tempatnya. Contoh mudah kes 1: Masalah sahabat kita di jadikan bahan bualan dan umpatan ..atas kecenderungan apa? nak baiki sahabat kita atau aibkan dia?Mudharat sangat besar kesan kesilapan kita dalam komunikasi.

Kes 2, contoh dari sirah ISLAM yang panjang pula...Muawiyah tidak mengingkari kelayakan Ali menjadi khalifah. Pertikaiannya hanya pada soal keutamaan di antara menguatkuasakan perlantikan Ali sebagai Amir al-Mu’minin dengan usaha mengesan, menangkap dan menghukum pembunuh Uthman, ahli keluarga Muawiyah.

Manakala Ali pula mempertimbangkan keengganan Muawiyah sebagai sesuatu yang tidak kena kerana perlantikannya adalah sah atas persetujuan ahli Madinah. Justeru Muawiyah tiada sebab untuk mempersoalkan perlantikan beliau.

Bukan kerana permusuhan kesumat di dalam hati para sahabat, tetapi masalah komunikasi. Sesungguhnya dengan hati yang mencintai kebenaran dan persaudaraan Islam, jarak ribuan kilometer antara Madinah dan Dimasyq itu cuba diatasi secara beransur-ansur dengan beberapa siri perutusan termasuklah Majlis Tahkim di Daumah al-Jandal yang berusaha mencari titik temu. Benarnya sahabat pada niat dan tawadhuk mereka, peparangan Siffin terbatal dari meletus.

DOA SATUKAN HATI

Sehinggaakan Hassan Al Banna menggarap doa satukan hati, runsing perpecahan yang tak berkesudahan melanda umat ini, maka benteng terakhirnya adalah tawadhuknya kita mengharap pertolongan Allah atas segala fitnah yang melanda gerka kerja dakwah;

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini (orang yang telah dibayangkan tadi) telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhiMu, bersatu memikul beban da’wahMu,

Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu. Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dan tunjukkanlah hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahayaMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu. Dan matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah, restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin.

Nasihat orang tua MELAYU

Mereka berbidalan, Bulat AIR Kerana Pembetung, Bulat Mansuia Kerana Muafakat.

Ungakapan yang mendasar dan mendalam maknanya. Sejarah mengajar kita, kita berpaling me3ncipta sejarah??? Wallahua'alam.

25 Oct 2008

tarbiyyah+siasah=dakwah

Sahabat-sahabat..apa pandagan kalian tentang ini????

PMIUPM jangan masuk perangkap BHEP

Salam perjuangan, buat blogger seluruh dunia....alam ni dirasakan sangat kecil. Kita berhak berjumpa sesiapa sahaja, dan sampaikan ISLAM dimana sahaja.

Buat sahabat PMIUPM, mengikuti isu yang dibawa baru-baru ini, kalian jangan terlalu teruja dengan nilai moral yang kalian capai kini. Setiap saat, setiap masa musuh tidak akan pernah senang dengan kemenangan kita dan Islam. Memahami kita akan makna peperangan itu adalah tipudaya, sewajarnya kita perlu sangat teliti dalam merencanakan setiap gerak kerja Islam kita agar kita tidak tertipu dengan perangkap yang dipasang musuh

Sebagai insan, keputusan yang kita buat kadang-kadang berdepan dengan 2-positif dan negetif. Untuk mencapai sesuatu, kita perlu mengorbankan seuatu...nasib baik kita perolehi kedua-duanya. Melihat perkembangan isu yang menembusi media Malaysia kini sejak kebelakangan ini ia umpama jerat dan jerangkap samar yang bakal memberikan " Bad Political Mileage" kepada Persatuan Islam di kampus. Usaha penerangan kepada warga kampus perlu dijalankan agar mesej kita kepada mereka jelas dan bukannya kita dilihat semata-mata menjadi seolah-olah menentang universiti. Cara kita membawa isu perlulah tajam dan tepat kesasaran bukanlah lebih banyak mencipta musuh, apatah lagi mengeruhkan keadaan.

Yang pasti musuh akan mengatur serangan balas dengan apa yang telah kita mulakan. Tetapkan jentera pada kadar paling fit menghadapi segala kemungkinan. Kem-kem stategi yang pernah dilalui pastinya meletakkan kalian berada pada pos yang selesa sekarang. Serangan balas yang paling ampuh bukanlah bertahan, tetapi menyerang balik...

Padang tempur sudah dibentuk musuh, tetapi biarlah kita yang memalu gendangnya dan mereka menari dan bukanlah mereka pula merampas gendang dan sebaliknya kita pula yang menari. Semua jentera perlu mara dan meneruskan gerak kerja peperangan kita. Ia baru bermula, dah sampai masanya mereka digulingkan dari atas. Kita persiapkan untuknya sekalian masa , dan sekarang masa paling sesuai untuk kita lancarkan serangan memusnah yang mereka akan kenang sampai bila-bila.

Manfaatkan segenap sudut: politik, ekonomi, kebajikan ..semelum serangan mengejut yang melumpuhkan mereka dari dalam.

24 Oct 2008

Peperangan QIYADAH - JUNDIYYAH

Ia suatu terma menggambarkan bagaimana ALI diperangi pengikutnya, menggambarkan bagaimana UMAR di bunuh dan bagaimana menghabiskan hayat UTHMAN..amirul mukminin umat ini...

Sirah berulang dan bersilih ganti, perselisisihan Pemimpin dan Pengikut jemaah Islam...Kelemahan pemimpin di jadikan tiket segalanya di bolehkan..
maka terjadilah kehancuran jepada jemaah Islam. Ketakutan melihat perkara ini menghantui mereka yang pernah melalui dengan apa yang dikatakan sebagai "Pengalaman Pahit"

Begitulah , fanatiknya khawarij kepada pendapatnya, dan taksubnya pengikut yang mendewakan Ali.... saat berhujah masing2 meberikan hujah yang pangkah- memangkah tak berkesudahan...berlebih-lebihan,


Natijahnya,...?? kita kenang ungkapan yang mashur...tiada Islam tanpa Jemaah, Tiada Jemaah tanpa pemimpin, Tiada pimpinan tanpa ketaatan... Aku terfikir mengapa ketatan penghabisnya, bukan Islam penghabisnya?. Aku meneliti syariat yang terkandung disebaliknya...mudharatnya sangat besar Islam tanpa ketaatan.

Itulah yang terjadi kepada Ali, Umar dan Uthman lantaran saat apa yang diputuskan amirul mukminin di perselisihkan lagi... Lantas musuh mencelah, Iblis bercerawang di telinga-telinga mereka mendesak..

Melakukan kerosakan lebih besar..Maka terletuslah pula peperangan sesama mereka. Ramai terbunuh dan dibunuh. Ramai dizalimi dan menzalimi sesama mereka.T erungkap dalam lipatan sirah..ITULAH FITNAH TERBESAR UMAT INI. Perpecahan sesama mereka.

Prinsip syura bukanlah melindungi pemimpin ..VETO?.. Gila Kuasa...Zalim..bukan isu dia , kesatuan umat ini dibawah satu pemerintahan yang ditaati atas taklifan yang diamanahkan Allah ke atas mereka wajar di penuhkan haknya. Sebagaimana pemimpin wajib memenuhi hak ahlinya begitulah sebaliknya.

Apakah makna Allah perintahkan taati pimpinan ? dan Rasul sebutkan taatilah pemimpin dikalangan kamu sekalipun ia hamba HABSYI???

Kekuatan pemimpin diletakkan atas kekuatanya kepada ALLAh..maka ALllah akan kuatkannya, teguhkan kakinya, kuatkan jiwanya.. lantas perpecahan pula berlaku di peringkat pengikut, mencemuh pemimpin mereka yang salah itu , salah ini..tak patut ini dan itu....
Nah ! menjadi kewajipan ahli meyampaikan menyuarakan kesilapan kepada pemimpin mereka dengan cara yang betul .. dan kita wajib terus bersatu. Itulah asas prioriti yang di gunapakai dalam mecernakan Fiqh awlawiyat. Bukanlah melangkaui pemimpin, mendahului keputusan PEMIMPIN serta SYURA bahkan membelakangkan syura itu pula.... tinggal lah ia umpama puing-puing kayu yang cuba berjasa..tetapi dinafikan pula ALLAh keberkatannya...

Inilah barah yang sedang melanda umat ini, terlebih parah mereka mendabik dada tindakan ini benar dan memeberi bekas. Sedar atau tidak mereka sebenarnya sedang menderita kelelahan memikul beban di bahu-bahu mereka . Mereka sangkakan inilah yang mereka wajib perjuangkan.

Meninggal lah ia bekas yang kosong tanpa manfaat, air yang tak boleh dimium walaupun banyak usaha dicurahkan untuk menjadikan ia manfaat.

Syariat mula dilaksanakan bawah PAS.


Melihat kepada blog ROSLAN SMS, Selangor haramkan Jom Heboh!!
Inilah yang kita sebagai rakyat yang punya kepercayaan kepada ALLAH nantikan dari kemenagan pakatan rakyat.

Bertitik tolak dari KEM TARBIYYAH yang baru diadakan di Taman Melewar tempoh hari , pemimpin utama gerakan ISLAM ini kini semakin kemas mengatur langkahnya. Tahniah Hassan Ali!! Kami menyokong tindakan yang sangat tepat pada masanya ini.

Cuma kita perlu jelaskan kepada maysrakat seluruhnya bukanlah berhibur itu yang salah, namun ia sebahagian naluri manusia. Cuma kita perlu kawalan dan lebih "good manner" dalam mengolah hiburan dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun.

Kita tidak sanggup lagi melihat anak muda kita rosk setiap kali SURE HEBOH ini di buat..Jelas , Fatwa mengatakan ia haram. Manakan tidak! sasaran anak muda ini bercampur gaul macam rojak atas padang , bersesak-sesak, solat kemana , aurat kemana, batas akhlak tiada lagi.
Pernah jika kita tanya "TUKANG SAPU" , selepas konsert sure heboh mereka.... menjumpai kondom bersepah-sepah di tapak konsert....

Pemerintahlah yag sewajarnya menegah dari perkara ini berulang lagi. Kebiadaban TV3 perlu kita ajar, tunjukkan dia pintu keluar.Mereka hanya pentingkan keuntungan dan mana ada masa nak fikir pasal akhlak2 nih....sebab mereka sendiri tidak berakhlak..ada sesiapa nak bantah kenyataan ini???

Apapun untuk cadangan untuk Kerajaan Negeri , boleh menganjurkan SURE HEBOH ISLAMIK tajaan PAS yang mengenengahkan konsep berhibur ketimuran yang lebih bersopan dan penuh manfaat.

21 Oct 2008

Keluhan Rasa




Aku renung tajam, aku lemparkan pandangan ku jauh ke padang melalui tingkap....
Panas membara hati aku mebuak-buak, aku pendam dan cuba bersabar..panasnya tidak hilang.. tak boleh jadi..aku genggam penumbuk dan aku lepaskan tepat pada almari aku.. PECAH dan BERLUBANG almari pakaian aku. Entah kenapa aku tak dapat menahan perasaan marah difitnah dan diadu domba oleh sahabat-sahabat sendiri.

Demi ALLAh aku tidak akan redha akan mereka yang menyebarkan aib diriku!!!! Akan aku tutut dihadapan ALLAH kelak...Umpatan-umpatan atas diriku akan aku tuntut ganti ruginya dengan azab JAHANNAM!!

Siapa boleh tahan, perkara aib diri dihebohkan seperti berita sensasi.Untuk apa?? Jika nak nasihat , nah datang bersemuka dan luahkan..akan aku jelaskan segalanya jika itu memuskan hati...bukan berprasangka yang bukan-bukan dan meletakkan persepsi suka hati sendiri....

Aku akui kesilapan diri, tetapi ia bukan tiket untuk maruahku di carik-carik...
Siapa berani bersumpah, seumur hidupnya tidak berdosa??? Satu lagi, siapa sanggup bersumpah aib diri dibicara dengan orang ramai??

Langkah ku longlai, lemah. aku adukan pada RABBKU..ALLAH, mereka fitnah aku, mereka adu domba aku, mereka sebarkan aibku sedang aib mereka aku simpan...ALLAH ...ampunkan dosakau.. engkau hinakan mereka yang hinakan aku dikhalayak...engkau buka aib mereka yang buka aib ku...

Tiba-tiba mataku rasa basah, telingaku panas....dadaku panas membara semakin berbolak-balik anatara nafsu amarah dan rasional akal...Aku ambil wuduk dan aku redakan sakitnya hati ku...

Mereka kata aku berubah..?apa mereka sedar tak diri mereka JUGA BANYAK BERUBAH??? Tidak adilnya manusia menghukum manusia!! Aku musuh mereka kah? aku ibliskah?...

Tidak mengapalah, perbuatlah sesuka hatimu..engkau tanggung akibatnya kelak Akan aku teruskan hidupku mencari makna hidup bertuhan, semoga ALLAh ampunkan dosaku dan matikan driku dalam IA redha akan diriku...

Terima kasih aku ucapkan bagi mereka yang ikhlas menegurku...aku terima dan hormat dengan cara yang terhormat..tetapi tidak bagi mereka yang sebaliknya
Allah kasihanilah daku, aku tak mampu menghadapi fitnah ini.....

Peperangan Pilihan Raya Kampus

http://www.anginperubahan.blogspot.com/

Laman web perubahan dilihat semakin lancang menaburkan fakta-fakta yang diputar belit meraih simpati... Strategi mengunakan taktik kotor sebegini sememangnya "buah" yang sudah dijangkakan.

Namun keadaan yang mereka wujudkan tidak sedikitpun memberikan kesan kepada jentera PRO-MAHASISWA.

Strategi yang kita rancagkan memang berjalan seperti biasa..syabas PRO -MAHASISWA

8 Sept 2008

HIKMAH PUASA: saintifik

Puasa dan Detoksifikasi

Matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh segala kebaikan yang lain. Antara kebaikan itu ialah meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.

Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin. Mengikut Dr. Lonny J. Brown (Ph.D) dalam Adventures in Therapeutic Fasting, "Amalan yang biasa dilakukan dalam masyarakat hari ini ialah apabila seseorang menghidap penyakit, dia akan mengambil ubat untuk meredakan penyakitnya. Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan suatu yang berbeza iaitu mengamalkan puasa ketika sakit. Sebenarnya puasa adalah penawar. Ia merangsang beberapa perubahan yang melibatkan metabolisme badan dan perubahan ini membantu ke arah pembersihan dan pembaikan dalam badan. Ketika berpuasa organ-organ dapat berehat dan kerehatan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel. Puasa adalah cara rawatan yang tertua di dunia. Ia telah diamalkan oleh orang-orang terdahulu, malah Hippocrates, Galen dan Paracelsus menjadikan puasa sebagai salah satu cara rawatan untuk pesakit-pesakit mereka. Plato, Socrates, Pythagoras dan Mahatma Gandhi sering kali berpuasa. Berpandukan kajian serta testimoni pesakit-pesakit, puasa didapati mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti asma, radang sendi, susah tidur, gangguan pada sistem penghadaman serta penyakit kulit."

Mengikut Dr. Cindy Engles (Ph.D) pula dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We Can Learn From Them, "Binatang-binatang apabila sakit akan menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses yang natural ke arah kesembuhan. Ia bermanfaat bukan sahaja untuk binatang malah juga untuk manusia. Puasa akan mencepatkan kesembuhan kerana secara umumnya bakteria memerlukan zat besi untuk bertindak justeru dengan menghindari makanan, bakteria akan ketandusan zat besi dan keadaan ini akan melemahkannya."

Berpuasa dalam bentuk menghindari makan minum dalam jangka masa yang pendek memang tidak memudaratkan. Dalam sebuah jurnal perubatan berprestij, The Lancet, disebutkan, "Puasa selagi mana tidak menyebabkan kelemahan badan yang bersangatan adalah tidak memudaratkan. Jika berlaku kematian ketika berpuasa, punca kematian dari sebab-sebab lain selain puasa perlulah diterokai terlebih dahulu..." (Rujukan: Stewart, W., Fragmentation Of Cardiac Myofibrils After Therapeutic Starvation, Lancet i:1154. 1969)

Tambahan daripada itu, kajian yang dilakukan di Universiti Utah ke atas golongan Mormon yang berpuasa hanya sehari dalam sebulan mendapati ia merendahkan risiko mereka menghidap sakit jantung. Hal ini dilaporkan dalam artikel bertajuk Fasting? It's Good For The Heart di http://www.earthtimes.org/ bertarikh 7 November 2007.

Penemuan yang sama diperoleh berdasarkan satu lagi kajian yang dikenali sebagai Intermountain Heart Collaborative Study. Dalam kajian ini 515 pesakit telah diuji kaji di sudut kesihatan jantung. Kajian ini mendapati mereka yang kerap berpuasa mempunyai risiko yang rendah menghidap sakit jantung. Puasa dalam kajian ini ditakrifkan sebagai meninggalkan jadual makanan utama, paling kurang, 2 kali berturut-turut (no food or drink for at least two consecutive meals). (Rujukan: McClure BS, May HT, Muhlestein JB, et al. Fasting May Reduce The Risk Of Coronary Artery Disease. American Heart Association 2007 Scientific Sessions; November 6, 2007; Orlando, FL. Abstract 3642)

Leon Chaitow (N.D., D.O., M.R.O.), pensyarah kanan di University of Westminster, London dan juga penulis kepada 50 buku yang berkaitan dengan kesihatan dan perubatan alternatif merumuskan, "Walaupun puasa mempunyai risiko dan kesan sampingannya, namun berpuasa dengan tidak menjamah makanan dan minuman dalam jangka masa yang pendek adalah amat selamat." (Rujukan: Fasting for Health and as an Anti-Aging Strategy, www.healthy.net)

Puasa di bulan Ramadan boleh dianggap sebagai puasa jangka pendek. Justeru, secara dasarnya ia adalah amat selamat dan tidak memudaratkan.

Ramadan dan Kesihatan

Pada tahun 1994, kongres antarabangsa pertama bertemakan ‘Kesihatan dan Ramadan' diadakan di Casablanca. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kertas kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa di musim Ramadan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan malah sebaliknya ia mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. (Rujukan: The Spiritual and Health Benefits of Ramadan Fasting,
Dr. Shahid Athar, M.D., www.crescentlife.com )

Walau bagaimanapun pengecualian daripada berpuasa diberikan kepada penghidap penyakit-penyakit serius lagi kronik seperti sakit jantung, buah pinggang, migrain yang bersangatan, batu karang dalam buah pinggang dan yang seumpamanya. Pengecualian ini memang diizinkan agama kerana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud, "Sesiapa antara kamu yang sakit atau bermusafir (maka bolehlah dia berbuka puasa) dan gantikannya pada hari yang lain."

Jika penyakit yang menimpa seseorang begitu serius sehingga tidak ada harapan lagi untuk sembuh, beliau tidak perlu berpuasa sama sekali. Sebagai gantinya beliau diwajibkan membayar fidyah sebagai menggantikan puasa yang terpaksa ditinggalkannya. Hal ini telah disebutkan dalam Fatawa Muaasirat oleh Dr. Yusof al-Qardawi.

Namun secara umumnya, berpuasa di bulan Ramadan amat menyihatkan. Sebagai contoh, pada tahun 1984, Dr. Soliman dari Universiti Hospital di Amman melakukan kajian ke atas 42 orang lelaki (berumur 15-64 tahun) dan 26 wanita (berumur 16-28 tahun) yang berpuasa Ramadan. Darah mereka diperiksa untuk mengenal pasti kadar cortisol, testosterone, sodium, potassium, urea, glucose, cholesterol dan asid lemak. Pada ketika yang sama, berat badan mereka ditimbang di awal dan di akhir Ramadan.

Di Universiti Sains Perubatan Tehran pula, Dr. F. Azizi dan rakan-rakannya membuat kajian ke atas sembilan orang lelaki yang berpuasa Ramadan. Pemeriksaan darah untuk mengukur kadar glucose, bilirubin, calcium, phosphorus, protein, albumin, follicle stimulating hormone, thyroid stimulating hormone, testosterone, prolactin, luteinising hormone, thyroxine-4 dan thyroxine-3 telah dilakukan sebelum Ramadan dan pada hari kesepuluh, kedua puluh dan kedua puluh sembilan Ramadan. Di samping itu, berat badan mereka ditimbang. Ujian-ujian ini menunjukkan puasa menurunkan paras gula di dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan sebarang kemudaratan. Kadar kolesterol yang memudaratkan iaitu kolesterol LDL (low density lipoprotein) menurun dan sebaliknya kolesterol baik iaitu kolesterol HDL (high density lipoprotein) meningkat. Paras lemak di dalam darah secara umumnya juga menurun. Kajian-kajian ini menunjukkan, puasa di musim Ramadan tidak memudaratkan kesihatan. Malah sebaliknya ia memberi kesan yang baik kepada metabolisme badan sekali gus mencegah serangan pelbagai penyakit terutamanya yang berkaitan dengan lebihan gula dan lemak. Fakta-fakta ini dilaporkan di dalam Islamic Perspectives in Medicine oleh Dr. Shahid Athar terbitan American Trust Publications, Indianapolis.

Dalam satu lagi kajian yang dilakukan ke atas 32 lelaki yang berpuasa Ramadan, peratus kolesterol secara keseluruhannya (total cholesterol) didapati menurun 7.9% (7.9%, p<0.001) dan lemak trigliserida (triglycerides) juga menurun sebanyak 30% (30%, p<0.001) berbanding paras sebelum mereka berpuasa. Pada ketika yang sama paras kolesterol baik (serum HDL) meningkat 14.3% (14.3%, p<0.001) dan berkekalan seperti itu selama sebulan. Kolesterol keji pula (serum LDL) menurun sebanyak 11.7% (11.7%, p<0.001) juga selama sebulan. Berat badan mereka yang berpuasa ini pula didapati menurun sebanyak 2.6% pada hari ke-29 Ramadan. (Rujukan: Annals of Nutrition and Metabolism, 41: 242-249, 1997) Kesemua ini menunjukkan bahawa berpuasa di bulan Ramadan sememangnya baik untuk kesihatan.

Puasa dan Kesihatan Mental

Otak manusia mendapat banyak manfaat melalui puasa. Malah puasa juga mendatangkan kesan yang amat positif kepada otak haiwan. National Institute on Aging (Amerika) pernah melakukan kajian ke atas tikus-tikus. Tikus-tikus ini diberikan makanan mengikut jadual kemudian disusuli dengan berpuasa secara berselang-seli. Selepas itu sejenis bahan kimia toksik kepada saraf (neurotoxin) yang boleh menyebabkan penyakit seumpama Alzheimer (penyakit kelupaan) kepada manusia diberikan. Tikus-tikus yang berpuasa dalam bentuk seperti yang dinyatakan sebelum ini memiliki ketahanan sehingga mampu memelihara kesihatan sistem sarafnya. Penemuan ini dilaporkan di dalam Proceedings of the National Academy of Sciences Online Edition, April 28. (Rujukan: Fasting Benefits Glucose Metabolism, Nerve Cells, physiciansweekly.com July 28, 2003, Vol. XX, No. 28) Bukanlah suatu yang mustahil jika dikatakan kesan yang lebih kurang sama juga dapat dirasai oleh manusia yang berpuasa.

Kajian dari Universiti Kentucky pula mendapati berpuasa dapat mengurangkan kesan negatif ke atas pesakit yang mengalami kecederaan sederhana di bahagian otak. Kajian yang diketuai oleh Patrick Sullivan dari UK Spinal Cord and Brain Injury Research Center ini mendapati proses kesembuhan ke atas otak yang cedera berlaku secara signifikan apabila pesakit-pesakit berkenaan berpuasa selama 24 jam. Hal ini mungkin disebabkan oleh keton (ketones) yang terhasil dalam darah orang yang berpuasa. Keton (ketones) didapati berperanan mencegah proses kerosakan yang berlaku ke atas sistem saraf (neuro-protective). Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Neuroscience Research. (Rujukan: Fasting Can Reduce Brain-Injury Impact, http://news.uky.edu/, 14 Mac 2008)

Puasa juga merangsang pengeluaran hormon yang dikenali sebagai endorphin. Hormon tabii ini berfungsi seperti dadah jenis candu (opiates) yang menghilangkan kesakitan serta mendamaikan minda justeru mencegah daripada serangan penyakit mental.

Tambahan daripada itu puasa juga membantu tidur dan hal ini adalah penting terutamanya bagi golongan tua. Oleh sebab proses pemulihan badan berlaku ketika tidur kemampuan untuk tidur dengan nyenyak menjamin kualiti proses pemulihan itu. Berdasarkan analisis terhadap gelombang otak melalui graf elektroensefalogram (EEG) pakar-pakar mendapati tidur adalah lebih nyenyak di musim Ramadan berbanding di bulan-bulan lain. Perubahan-perubahan positif ini membantu fokus dan konsentrasi umat Islam di musim Ramadan dan menjadikan mereka lebih produktif. Penemuan-penemuan ini dilaporkan oleh Dr. Ebrahim Kazim (M.B.B.S., M.R.C.P.) dalam bukunya Further Essays on Islamic Topics. Beliau merupakan pengasas dan pengarah Akademi Islam Trinidad. (Rujukan: Dr. Ebrahim Kazim, Fasting and Your Biological Rhythms, http://www.islamonline.net/, 12 November 2002)

Bersahur dan Sains

Bersahur merupakan salah satu amalan penting di bulan Ramadan Terdapat banyak hadis nabi yang sahih yang menekankan tentang kepentingannya. Antaranya ialah hadis nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah yang bermaksud, "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada keberkatan." Dalam hadis ini bersahur dikaitkan dengan keberkatan. Keberkatan bermaksud rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Dalam riwayat yang lain oleh Muslim, Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Nasai, nabi bersabda, "Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan ahli kitab ialah makan sahur." Begitulah status kepentingan bersahur sehingga ia menjadi pembeza antara puasa umat Islam dengan ahli kitab.

Ketika bersahur, umat Islam disuruh melewatkannya kerana nabi bersabda, "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mana mereka melewatkan sahur dan menyegerakan berbuka puasa." Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad. Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh dan berhubung dengan ini Zaid bin Thabit pernah berkata, "Kami pernah bersahur bersama nabi kemudian kami bangun untuk melakukan solat (subuh)." Kemudian Zaid bin Thabit disoal, "Berapa lama masa antara keduanya (yakni antara makan sahur dan solat subuh)?" Berkata Zaid, "Sekadar membaca 50 ayat Al-Quran." Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari.

Ketika merumuskan tentang kepentingan bersahur, Imam Ibn Abdil Bar berkata, "Hadis-hadis yang menerangkan tentang kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur kesemuanya adalah bertaraf sahih dan mutawatir." Hal ini nyatakan di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar (Pustaka Bina Ilmu, Surabaya) terjemahan A. Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A.

Penekanan nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis. Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi.

Hal ini menjadi lebih penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun dari tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunah nabi dan waktu sahur juga merupakan waktu yang dipenuhi keberkatan.

Berhubung dengan ini Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 15-17, "Katakanlah, ‘Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa terdapat syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambanya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari seksa neraka. (Merekalah) orang-orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun di waktu sahur'."

Konklusi

Tidak syak lagi puasa adalah kuasa. Hal ini disebabkan Ramadan bermanfaat untuk manusia moden dan kemanfaatannya pula adalah berbentuk menyeluruh lagi holistik Ia merangsang kebaikan dalam pelbagai aspek, antaranya di penjuru:

* Spiritual: Melalui ibadah seperti solat dan zikir.
* Peningkatan Ilmu: Melalui kajian al-Quran.
* Kesihatan Mental: Melalui tafakur, reda serta pengeluaran hormon endorphin yang mendamaikan.
* Kesihatan Fizikal: Melalui metabolisme badan yang terkawal.
* Pembinaan Akhlak dan Jati Diri: Melalui latihan kesabaran, pengawalan pancaindera serta ketabahan memikul tanggungjawab.
* Amanah dan Integriti: Melalui keikhlasan dan istiqamah walaupun andai kata kita berbuka puasa tidak ada sesiapapun yang mungkin mengetahuinya.
* Mementingkan Keutamaan: Melalui fokus mengejar janji Allah berkaitan Lailatulqadar.
* Mementingkan Kualiti: Melalui kesedaran bahawa ibadah puasa perlu dihalusi kerana ia bukan sekadar meninggalkan makan minum.
* Pengurusan Masa: Melalui sistem waktu solat dan puasa yang perlu dijaga.
* Keharmonian Keluarga: Melalui konsep kebersamaan ketika bersahur, berbuka puasa dan bersolat.
* Maslahat Kemasyarakatan: Melalui zakat fitrah serta solat berjemaah.
* Produktiviti: Melalui peningkatan fokus dan konsentrasi.
* Ekonomi: Melalui penjimatan wang serta pengawalan hawa nafsu.
* Ledakan Kreativiti dan Lonjakan Paradigma: Melalui kedamaian dan kesucian hati yang menjadi semaian kepada ilham yang meledakkan idea-idea baru.

Memang benar, puasa ialah kuasa. Kesemua ini akan terhasil jika puasa dilakukan secara yang betul dengan memelihara segala adabnya. Jika tidak kita hanya akan mendapat lapar dan dahaga semata-mata. Nabi bersabda, "Berapa ramai orang yang berpuasa yang tidak mendapat sesuatu apa pun daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga." (Riwayat Ibn Majah)

Nukilan Dr Danial bin Zainal Abidin (M.B.Ch.B. Alexandria)

5 Sept 2008

Usaha Memperalat ULAMA':TERDESAK



Institusi majlis Syura menobatkan ULAMA": sebagai pemelihara AGAMA dalam pentadbiran..suara mereka menjadi keutamaan, mereak tunggak kekuatan..segala perselisishan diputuskan disini..inilah rahmatnya ISLAM

Ustaz Idris Ahmad
Thu | Sep 04, 08 | 4:11:47 pm MYT

Utusan Malaysia, 3 September 2008 melaporkan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu golongan umara (pentadbir) dan ulama menjalinkan kerjasama lebih rapat supaya segala isu berkaitan Islam dapat diselesaikan secara lebih menyeluruh.
Iklan




"Pendapat ulama tidak boleh diketepikan kerana merupakan pihak yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam manakala umara merupakan golongan yang diberi kepercayaan untuk memimpin. Kita amat memerlukan gabungan kedua-dua pihak ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis 'Perjumpaan dan Dialog Perdana Menteri Bersama Ulama dan Umara' di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Betulkah Dato' Seri Abdullah Badwi hendak pakai pandangan ulama? Apa yang kita lihat Umno tidak pernah menghormati ulama. Mana ada ulama yang berjuang dalam Umno disanjung dan dijadikan rujukan dan diterima pakai pandangan mereka. Sebab itu ulama dalam Umno, walau alim macam mana sekalipun izzahnya tidak kelihatan.

Kerana mereka tidak diberi peranan untuk menentukan dasar, peranan terbesar ulama Umno untuk baca doa, jadi khalifah tahlil, baca yasin, talqin, imam sembahyang mayat dan doa buka pejabat baru.

Yang menentukan dasar ialah golongan jahil dalam agama. Ia berbeza dengan PAS, kita merujuk ulama dalam semua perkara untuk membuat satu keputusan.Tiba-tiba kita dikejutkan supaya ulama bekerjasama dengan umara. Maklumlah orang lemas, semua tali dia hulur untuk dapat talian hayat.

Bukankah selama ini padangan mengenai hukum agama yang tidak pernah diikut malahan ditong sampah sahaja. Ada beberapa perkara yang membuktikan bahawa Umno memang tidak suka dengan golongan agama. Golongan agama hanya menjadi alat sahaja untuk melawan PAS dan ulama PAS.

Dalil yang menunjukkan bahawa Umno tidak mendengar ulama dalam tindakan mereka.

1. Apabila Majlis Mufti megatakan konsert Sure (Jom) Heboh haram Umno tidak ikut

2. Apabila Majlis Mufti mengatakan kongsi raya haram Umno tidak ikut.

3. Apabila Majlis Mufti kata bertafakkur di depan Tugu Negara haram, PM Abdullah sendiri tidak ikut.

4. Apabila mufti membantah penggunaan kondom, methadon untuk mengelak Aids, Umno tidak ikut.

5. Garis panduan hiburan yang dibuat oleh Jakim, Umno tidak ikut.

6. Orang agama dalam Umno yang sepatutnya menjadi Menteri tidak diberi tempat. Mana pergi Dato' Dr Abdullah Mohd Zin kelulusan MA Madinah dan PhD sebuah universiti di United Kingdom? Mana Hamid Zainal Abidin? Mana dia Dr Yusuf Nor kelulusan PhD tasawuf Mesir, hanya dberi amanah untuk jaga pokok kelapa sawit sahaja.

7. Tidak ada seorang pun perwakilan Umno ang memilih untuk kerusi majlis tertinggi orang kelulusan agama.

Kalau pandangan ulama rasmi yang terdiri daripada kalangan para mufti Umno tidak ikut, macam mana pula PM hendak ajak ulama bekerjasama.

Kalau hanya hendak mengajak ulama multaqa, bentang kertas kerja, kemudian makan kambing bakar, tetapi tidak ada kemahuan untuk melaksanakannya ini buat habis masa dan membazir wang sahaja. - lanh/mks. _
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger