25 Apr 2020

Ramadhan Paling Istimewa sejak...

Kita tidak sedar Ramadhan kali ini begitu istimewa. Ayuh rebut bersama. Kita di diamkan Allah bersunyi diri dalam rumah... Dengan hati gundah, 1001 resah saat ini hanya pengaduan pasrah dan harap kepada Pentadbir Jagat Raya ini.
.
Kalau dulu sebelum Ramadhan ..sebelum2 ini dunia. Islam akan diuji konflik perang dan penindasan dek Israel dan sekutu2 mereka. Kini perancangan tk menjadi.Satu dunia dalam kancah perang dengan tentera tak tersentuk, tak bertempuh ..tak terlihat.
.
Tahun ini Dunia berperang, habis kosa kata kamus belum dapat menggambarkan kesedihan penduduk dunia. Ramadhan yg datang adalah rahmat dariNya. Beruntung tiap jiwa yang berkesempatan bersama memdirikan Ibadah Ramadhan tahun ini. Semua serba sederhana, mood kehambaan ..tepat pada masa. Dirumah masing2 kita sama2 doakan keselamatan dunia dan akhirat.
.
Jangan hanya sedih dengan secebis kisah Ebit Lew, itupun baik untuk jiwanya. Kita ni pasti ad juga kisah sedih yg boleh diratapi,tp sebenarnya baik untuk ubat hati.
.
Kasihnya Allah pada hamba2Nya. Pandanglah dr lubuk terdalam jiwa mu. Setiap yg bergerak sebesar debu, tiap satunya dalam aturanNya. Apa yang halang dirimu dari bersimpuh dan merendah diri kepadaNya.

23 Apr 2020

Rohingya Menimbulkan Kegusaran Rakyat Malaysia

Tindak tanduk masyarakat rohingya di Malaysia ibarat menunjuk belang. Apapun yg berlaku mereka yg menumpang mestilah menghormati tuan rumah. Perbuatan provokasi akan merugikan mereka sendiri.
.
Malaysia memang menjadi rebutan. Dulu mungkin kerajaan pandang sebelah mata tetapi setelah apa yang berlaku Rohingya kini berdepan penolakan masyarakat Malaysia.
.
Sentimen berbaur kebencian melebar di alam maya. Damaikanlah...satukanlah. Covid 19 belum lagi selesai


Berbaur kepentingan politik, ruang ini manfaat besar bg PH meledak sasaran buat PN. Moga aman semua .

Alif pada bumi

Jika huruf alif pada manusia ada pada tulang belakangnya....
Maka di mana alif pada bumi bertuah ini.?


Corona Menelanjangkan Kepalsuan Dunia

Maka apakah kebebasan yang di banggakan selama ini? Apakah ertinya bebas?  Tatkala kuasa besar dunia  yang tegar mendendangkan kebebasan pun kini jatuh tersungkur ? Ekonomi kini belum diketahui hujung nasibnya. Masyarakat dunia dalam keadaan "helpless". Kerajaan yang diundi pun tidak dapat membantu hanya mampu mengawal kerosakan yang sudah pasti.
.
Malaysia kini dalam tumpuan dunia kerana " berjaya" dengan berkesan mengawal pandemik covid 19.  Watak dalam kerajaam silih berganti mengurus keserabutan hambatan Covid19. Dikala negara lainnya bergelut ... Kini angka kematian sahaja mencecah 169 000 nyawa dengan lebih 2 473 454 orang positif tk ketahuan nasib. Hanyasa Malaysia dilimpahi nikmat dengan bertukar kerajaan dr PH kepada PN. Rupanya hikmah bertukar Perdana Menteri adalah perkara paling strategik Malaysia alami sebaik dibadai Covid19
.
Mana mungkin boleh diharap PH, tiada usaha sejak awal mengawal kerosakan . mereka lunak melayan kapitalis dan tokey2 besar dalam menentu halatuju negara. Membenarkan pelancong luar negara terutama dr Tanah Besar Cina masuk le negara sebagai kebebasan merupakan satu kesilapan paling besar PH.
.
Nah berkeliling dengan isu ini rupanya hanya dengan musuh tk berjejak Covid 19 berjaya menelanjangkan sekian banyak nista dan topeng kepalsuan. Baru dengan virus, satu dunia melutut ...  Kapitalis kejang, Kerajaan kuasa besar dunia konon bawah Trump dgn slogan America Become Great again kini tinggal slogan .. Great sebab ramai mati adalah. Apa juga juzuk ekonomi kini dilanda gempa pada skala major. Kini masyarakat dunia terkurung dalam rumah dengan sekatan yang belum pasti tamatnya dan mula memikirkan betapa bodohnya kita mempercayai perkara yang serapuh kebebasan?? Tiada janji yang ad hanya kesusahan.
.
Maka merangkaklah manusia mencari dasar baru kehidupan... Bak bayi baru lahir..dunia kini ibarat mengandung lagi bagi melahirkan sebuah "kehidupan baru" pasca Covid.
.
Ya... Tamadun Baru sedang digilirkan. Ia bangkit dari runtuhan "kepalsuan".. Tiada perang, tiada konflik. Tp jutaan mati dan masih tidak sedar. Dimensi baru dunia sedang beranjak. Wallahualam
.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger