15 May 2010

Indahnya CINTA,,,


Kecintaan SEORANG SUAMI kepada isterinya ibarat simbolik bagaimana CINTA ALLAH SWT kepada RASULULLAH saw... dan kecintaan ibu dan bapa kepada anak-anaknya ..ibarat cinta ALLAH DAN RASUL-NYA kepada UMAT ini dan alam seluruhnya.... renungi lah sejenak limpahan cinta ALLAH kepada hamba-hambaNYA...

Lihatlah bagaimana sebenarnya kita sedang melakonkan limpahan sifat kasih sayang ALLAH ...sehingga sayang kita kepada isteri, jua anak...dan kasihnya isteri kepada suami dan anak-anak...dan bagaimana kasihnya dan rindunya umat kepada ALLAH SWT dan RASUL-NYA

Apalah nak dihairankan..jika begitu ramai orang seperti gila saat bercinta dara - teruna...Lebih -lebih lagi saat bercinta dengan ALLAH dan RASULULLAH saw....

14 May 2010

Kembalinya Seorang WALI ALLAH menemui KEKASIHNYA yang dirindui


Daku tidak mengenali insan mulia ini....tidak pernah bertemu pun walau sekali. Tetapi aku solatkan jenazah ghaib untuknya..semua ikhwan jua turut sama berbuat demikian. Perkhabaran kewafatan beliau yang tidak semua orang mengenalinya namun....

Sangat zuhud hidupnya, dikatakan kebanyakan masanya berkhalwah ..menerima kunjungan tetamu hanya selepas asar, dan mempunyai karamah-karamah yang terpaksa dirahsiakan dari pengetahuan umum... tetapi antara sikapnya yang boleh kita teladani- walaupun dirinya sendiri susah, tidak pun punyai duit, tiada kerja kerja....bukannya beliau tidak menerima sumbangan berupa wang..daku kira orang seperti ini punyai anak murid dari seluruh dunia yang menghulur bila2 masa tanpa di minta...namun duit itu tidak pernah merubah hatinya, bahkan bukan digunakan untuk dirinya sebaliknya berhabis pula untuk membantu meringankan kesusahan orang lain....ada duit atau tidak ada sama sahaja hatinya kepada ALLAH tidak berubah sedikit pun, itulah antara sifat wali ALLAH ini..

Beliau ialah al-'Arifbillah al-Habib Ali bin Ja'far bin Ahmad bin 'Abdul Qadir al-Aydrus telah kembali kerahmatuLlah pada jam lebih kurang 5.10 petang. Almarhum lebih dikenali dengan Habib Ali Batu Pahat, Johor. Meninggal pada usia lebih kurang 97 tahun. Moga ALLAh merahmatiNYA ..... AL-FATIHAH

rujuk juga: Selamat Jalan TOKOH WALI ALLAH

9 May 2010

Memikirkan TENATNYA ummah, tindakan segera diperlukan....


Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.( tidak termaasuk yang tidak didaftarkan, digugurkan, dijual dipasaran gelap, dibuang)

Para duat tidaklah boleh memandang sepi angka ini dan berlalu bak angin lalu:seperti tiada apa-apa yang berlaku. Andai tidak timbul keluh kesah hatinya dengan angka ini belumlah ia menjiwai peranannya sebagai pendakwah sepanjang zaman.Bukankah dengan angka ini kita sepatutnya dapat membaca sesuatu yang tersirat???

Dengan angka seumpama ini apakah boleh kita benarkan GERAKAN ISLAM KAMPUS sebagai contoh terus hanyut dengan perkara-perkara yang membazirkan masa mereka??? Apakah mereka jua berasa selesa kerana BHEP sudah tidak lagi mengancam mereka??? Maka mereka boleh sahaja melaksanakan method yang sama dakwah dari seawal thun 90-an tanpa mengambilkira statistik diatas?? atau terus hanyut dalam muzakaah dan muhasabah-muhasabah yang sebenarnya tidak pun diambil cakna??

Bukanlah menyalahkan Gerakan Islam Kampus secara mutlak, kerana tanggungjawab UMMAH ini terpikul atas setiap individu muslim. Namun jika perkara seumpama ini jika tidak termasuk dalam topik perbincangan maka perlu kita fikirkan benarkah kita Gerakan Islam Kampus? Apakah cukup HARAKI kita sekarang? Atau kita sekadar tenggelam dalam perbahasan ISTILAH...?? tanpa tindakan susulan dan UMMAH terus memandang kita dengan mata sayu yang uzur, tanpa suara kerana sudah tidak bisa berbicara, meminta belas IHSAN agar diselamatkan ia...

Dengan angka yang pastinya akan meningkat setiap tahun , generasi ini yang memiliki anak-anak perempuan pasti TIDAK AKAN HIDUP AMAN memikirkan keselamtan anak perempuan mereka... AYUH KITA LAKUKAN SESUATU....

8 May 2010

CINTA ALLAH ......


Jika ditanya apa bukti kewujudan ALLAH swt ;tuhan yang menciptakan mu?... Jika lidahmu kelu mahu menjawab persoalan ini..maka daku khabarkan KEWUJUDAN ALAM ini adalah bukti kewujudan ALLAH swt, bahkan jua kewujudan dirimu sendiri adalah tanda bukti kewujudanNYA ...sedarkah kamu bahawa diri mu jua adalah nisbah kepada alam ini? ALAM bermula dari tiada kepada ada, diri mu bermula dari satu titik yang tiada kepada ada, apa yang kamu perbuat jua bermula dari tiada apa-apa kepada hasil dan natijah. Apakah yang di alam ini bermula dengan satu titik dengan sendiri?....mustahil!


Seorang ARAB BADWI, yang bicaranya tentang kewujudan ALLAH dengan aras pemikirannya yang sangat mudah ..cermatanya pada alam mengajarnya tetang kewujudan ALLAH.. Jika diajukan soalan yang sama, maka dia menunjukkan kepada selonggok najis unta...Kewujudan NAJIS unta menandakan adanya UNTA..najis itu tidak akan dengan sendirinya berada disitu... Begitu jua alam ini, tidak terjadi dengan sendiri, bermula dari tiada kepada ada..dan yang mengadakan itu pastinya sati kuasa MUTLAK yang MAHA BIJAKSANA mengatur ALAM tanpa CACAT CELA sangat sistematik..Kewujudan ALAM tanda wujudNYA....

Setiap sesuatu yang bergerak hanya DIA yang MENGAWALNYA, apa yang berlaku SEBELUM-SEMASA-SELEPAS atas tiap-tiap zarah di alam ini sudah maklum sejak azali dalam ILMU-NYA..semua bergerak tunduk patuh dalam Qudrat serta Iradat-NYA.Tiada suatu terlepas dalam PENGLIHATAN-NYA...semua menyembah tunduk ketakutan dalam KEAGUNGAN-NYA..tiap satunya diaturNYA

Dirimu jua diaturNYA....Saat dirimu dalam kandungan engkau dilidungi dalam RAHIM IBU dengan Sifat RAHIM-NYA...berbulan-bulan engkau ditatang IBU , engkau sebenarnya tetap dipeliharaNYA ..yang memberi engkau makan DIA!!! Bukan ibu mu..IBUmu ADALAH PELAKON SIFAT RAHIM ALLAH kepda mu..Sifat itulah yang menyebabkan KASIH SAYANG SI IBU SANGAT KUAT KEPADA ANAKNYA- SIFAT ITULAH YANG MENYEBABKAN DIRIMU DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH- SIFAT RAHIM_NYA...Yang wujud hanya DIA...Kewujudan mu dan alam ini adalah tanda CINTANYA kepada MUHAMMAD SAW..jua tanda CINTA-NYA kepada mu...


Diwujudkan mu dengan semuanya diaturkan olehNYA... saat engkau dilahirkan, engkau menangis dengan tangisan fitrah..HU..wa...HU..wa...HU..wa.... HU>>HU>>HU....Nama ALLAH disebut tanda ketakutan menghadapi alam dunia dan dirimu mengenangkan perjanjian mu dengan TUHAN -mu sebelum ke alam dunia..

Disuakan puting susu ibu , engkau dengan naluri sendiri menghisap susu ibu dengan tenangnya...Siapakah mengajarmu berbuat demikian??? Sedang akalmu tidak mengajarmu ...tidakkah kamu melihat ALLAH yang menyuapkan dirimu susu IBU.....ALLAH.....ALLAH menzahirkan cintaNYA melalui dirimu jua ibu mu....Tidakkah kamu merasakan CINTA ALLAH MENGALIR DALAM URAT DARAHMU wahai hamba yang berdosa???

Apakah saat sudah dewasa..dipinjamkan QUDRAT-NYA kepada mu hingga mampu pula berdiri atas diri sendiri, di limpahkan setitis ilmu dari selautan ILMU-NYA kepada mu hingga berjaya pula dengan ilmuNYA, dipinjamkan Sifat melihat-NYA kepada mu hingga mampu melihat alam NYA ,,jua Pendengaran-NYA kepada mu dan mendegar pula kamu bunyian ciptaanNYA..dan kamu merasakan ia memang milikmu, atau kamu merasakan memiliki? dan bersumberkan dari usaha titik peluhmu apa yang kamu rasa kamu yang usahakan??? Dengan rezki dari perbendaharaanNYA kamu nikmati..serta segala nikmat dari sifat RAHMAN NYA....

Dirimu menjalani hidup yang jua PINJAMAN-NYA. Maka jika diajukan..mana bahagian mu yang kamu rasa kamu milikinya dan bangga-banggakan ?? Perasannya kamu kamu hamba yang hina lagi sombong...!!! Hingga apabila di arahkan dirimu kepada hakikat IRADAH-NYA...kamu menyombongkan diri memalingkan muka dari syariatNYA, dan tiap titah perintahNYA yang di amanahkan kepadamu yang hakikatnya tanda CINTANYA kepadamu agar dirimu sentiasa mengingatiNYA -pemilik dirimu..

Cemburunya ALLAH kepadamu, di pelihara pula dirimu dengan NUR RAHIM-NYA. Terpelihara dirimu dalam tidur dan jaga walau engkau penuh maksiat kepdaNYA..., dipelihara dari musibah dan azab....mengapa pula kamu lupakan pula CINTA-NYA , bahkan merasakan ada CINTA yang lebih tinggi dari CINTA-NYA kepada mu..Wahai hamba sedarlah CINTA ALLAH kepada mu ...sangat AGUNG

Mengapa ISTERI yang baru 10,20,30,40... tahun kamu kenali lebih kamu cintai berbanding ALLAH , Mengapa REZKI DAN KEKAYAAN yang dipinjamkan kepadamu dari perbendaharaan-NYA melupakan kamu kepada -NYA? Mengapa anak-anak yang dipinjamkan kepadamu melupakan kamu kepadaNYA? Urusan mu yang diurus-NYA menyebabkan kamu melupakan kepada- NYA jua? DIA PENCINTA AGUNG...yang mencintai mu sebelum dirimu dan alam ini diwujudkan lagi wahai hamba milikNYA...sedarlah CINTA ALLAH KEPADA DIRIMU SANGAT BULAT...

Jangan kamu persoalkan dan ragu lagi cinta ALLAH kepadamu, sekarang APAKAH PULA BUKTI CINTA dan tanda KAMU CINTAKAN KEPADA PENCIPTA CINTA INI....??? wahai INSAN....

to FACEBOOKer

Assalamualaikum. .smga dpt ihtimam dgn maklumat ni..

PENTING Kepada Semua Pengguna Facebook – OpenGraph

Awal minggu ini, dalam conference f8 Facebook (Conference antara Facebook dengan para developer application nya) Facebook telah melancarkan perkhidmatan OpenGraph API yang membolehkan data-data anda disalurkan (propagate) kepada pihak ketiga secara terbuka. Awasi data anda. Sila ketatkan “Privacy Setting” anda, dan buang mana-mana data yang tidak perlu dihebahkan dari profile Facebook anda.

(Selingan – Apa itu API? API adalah satu interface/perantara an yang disediakan oleh Facebook. Perantaraan ini bermaksud “orang tengah” dalam komunikasi. Maksudnya Facebook tidak perlu lagi memproses semua permintaan secara manual, tapi ianya boleh diproses secara automatik melalui API. Maklumat lanjut –

http://leokid. wordpress. com/2010/ 04/29/penting- kepada-semua- pengguna- facebook- opengraph/

P/s: ermm...i've just deactivated my 2 week old facebook account.

7 May 2010

TAMRIN memandulkan POTENSI DIRI SYABAB ???


Teliti semula apakah budaya dakwah di alam Melayu? Lupakan sebentar bagaimana IKHWAN MUSLIMIN menawan bangsa ARAB.
Bagaimanakah ulama' yang mula mengembangkan ISLAM di tanah melayu mengetengahkan ADDEEN kepada masyarakat dengan memanfaatkan wadah?


Melihat kepada perkembangan tarbiyyah semasa kampus, aku sebenarnya mahu sahaja membenarkan jiwa-jiwa muda di kampus terus berpencak semahunya sekehendak mereka mencorak zaman mereka tanpa ada gangguan yang melemahkan jiwa dan emosi mereka lantaran terlalu banyak tangan-tangan yang mahu membantu seikhlas hati namun dianggap tidak memahami apa yang mereka mahu.

Maka polemik dan isu-isu yang dilihat pintu untuk menembusi benteng generasi itu diperkasakan sehingga mampu pula akhirnya mereka (abang dan adik) duduk semeja . Yang si abang cuba memahami dan membetulkan persepsi terhadap yang muda..sedang yang muda pula cuba memahamkan situasi dan membuka sedikit ruang untuk si abang memuaskan hatinya. Adik-adik cuba menyembunyikan kelemahan..itu biasa, abang -abang mahu sahaja membuat semua perkara mengajar semula adik yang dilihat tidak bersungguh itu (pada pandangan nya) agar buat begitu dan begini...dianggap terlebih ambil berat pulak..maka bagilah kelegaan antaranya: berlapang dada dalam perbahasan yang meletihkan ini.

Kita bermula begini......
Dalam berdakwah, kita melihat ALLAH kekuatan kita bukan diri kita...
maka saat kamu fakir disisiNYA, kamu dapati pertolonganNYA.



Kita memikul wadah yang sangat berat, dalam konteks sekarang Gerakan Islam Kampus (saya gunakan istilah ini) , jika diluar ada Politik Kepartian dengan DASAR ISLAM ,ada NGO, ada PERSATUAN, ada pula ALUMNI-ALUMNI...jemah ini dan jemaah itu . Sifirnya mudah, setiap satu wadah ini bertindak dalam ruang lingkupnya ia diasaskan : PASTINYA MEMBAWA ADDEEN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELALUI PEMBINAAN DAN PENTARBIYAHAN YANG DILIHAT MAMPU MENGKADER JIWA-JIWA yang MIRIP JIWA PARA SAHABAT yang mendokong PERJUANGAN NABI SAW. Saling hormaitlah sesama kita...

Janganlah dihina sesiap sahaja, kerana pernah ku dengar kata-kata seorang SOLEH:

Jangan lah dihina siapa jua pecahan kita..wahabi, syiah,dan firkah -firkah yang dilihat tidak sehaluan dengan ijtihad wadah kita..kerana yang dihina itu jua sebahagian diri kita (DIRI UMAT ISLAM)

Setiap entiti wadah ini cuba bertindak waqie ( berasaskan hujah dan nas yang ada mengikut suasana dan tempat) dan terkedepan membawa agenda ADDEEN ini. Maka disini timbullah perselisihan pada aspek method dan pendekatan. Maka itulah khilaf: satu pihak ada hujah dan nas dan satu pihak lagi jua punya hujah dan nas- itulah perleslisihan , maka berlapang dadalah. Atas ijtihad ini (bagi mereka yang layak berijtihad), ada yang betul dan ada yang silap...tetapi ia usaha yang sapatutnya dilihat membantu ummah.

Ya UMMAH dikedepankan dari segala-galanya. Setiap wadah pasti mempunyai kekurangan -itu pasti. Pada asasnya dilihat cuba mengetengahkan kesyumulan ISLAM, hakikatnya sangat sukar melaksanakan apa yang di atas kertas. Tidak perlulah kita menyalahkan begian-begian puncanya..... Panjang perjalanannya, rintangan dihidangkan buatnya. Namun usaha ini satu bentuk inisiatif yang ditimbulkan mereka merasakan ISLAM WAJIB dibela. Tidak ramai yang sanggupi ini. Mereka yang dipilih ALLAH memikul taklifan ini. Daku memetik dari satu blog yang sangat menarik tulisannya.

(http://kuliahaddeen.blogspot.com)
Manhaj kita bukannya mahu memperjuang tasawwuf semata-mata, atau fekah semata-mata, atau tauhid semata-mata atau fikrah semata-mata. Ia bukan jalan penyelesaian, bahkan jika dipisah-pisahkan atau dilebihkan salah satunya dengan meringankan yang lainnya, ia boleh membawa kepincangan dan kelemahan kepada insan dan ummah.

ulasnya lagi

Semua mereka(wadah) ini hanya memperjuangkan satu mesej, iaitu mahu membangkitkan Kesedaran Ketuhanan dan Kehambaan” dalam kesepaduan Iman, Islam dan Ihsan. Manusia sudah terlalai daripada mengenal diri mereka sendiri. Fitrah Ketuhanan insan telah tertutup tanpa mereka menyedari hakikat kewujudannya..


Maka daku tidak mahu menyentuh terlalu banyak teknikal teknikal setiap zaman, para ahlinya yang dipilih ALLAH wajiblah mengembelengkan tenaganya dengan seikhlas hati menaggapai apa yang dimahukan dari setiap wadah yang dibentuk ini.

Bagi kampus, asas ini perlu dipegang dan jelas agar kita tidak terperangkap dalam perbahsan yang membuang masa sehingga mengabaikan CORE BuSSiENES kita: BANGKITKAN KESEDARAN KETUHANAN DAN KEHAMBAAN SESAMA KITA DAN UMMAH, aku kira dari generasi ke generasi, dari peralihan tema kepada tema. Inilah matlamat kita. Dan disanalah terbina di akhirnya DAULAH ISLAM.

Isu perebutan ahli, pertembungan itu dan ini patut diringankan perbahasannya. Hormatilah wadah lain, kerana mereka jua menggerakkan ADDEEN. Kita tumpukan bagaimana memastikan gerak kerja ADDEEN terus berjalan dengan jiwa yang yang mahu memikul taklifan ini lunak hatinya mahu menggalas arahan pimpinannya tanpa mengabaikan IMAN, ISLAM DAN IHSAN temasuklah juga keselarasan FIKRAH ATAUPUN HIKMAH. Dan menyempurnakan bab bagaimana pimpinan IHSAN dengan AHLInya sebagaimana AHLI cuba IHSAN dengan pimpinan.

Wadah kita melengkapkan ISLAM, Bukan ISLAM melengkapkan WADAH....ini kena jelas..... Maka bergeraklah dalam ruang wadah masing-masing demi manatijahkan MELENGKAPKAN ISLAM DALAM DIRI KITA dan MASYARAKAT. Bukanlah pula mempergunakan ISLAM untuk melengkapkan wadah..ambil masa fikirkan ini...sebelum teruskan bacaan....

YA, kita terlalu mempertahankan wadah hingga kita mengabaikan ISLAM itu sendiri. Daku bicara dalam skop kampus. Adapun dalam konteks luar pula, lebih rumit pula....

Berat sebenarnya mengetengahkan ide-idea ini..tidak cukup untuk dibicara dalam blog yang sangat terhad ini.... Mudahkan penyampaian, aku mengambil sampel kes yang pertama:



SAMPEL KES: ASAS KEPADA TAMRIN ADALAH MEMANTAPKAN FIKRAH?


Kita cuba melihat kepada contoh tamrin untuk sampaikan idea ini...

Pembawakkan tamrin dalaman berorientasikan copy and paste - follower lebih ramai berbanding initiator....ini memudahkan kerja -biasanya SENIOR . Unsur yang kadang-kadang tidak jelas di sumbatkan sekali dalam tamrin itu. FIKRAH-UKHWAH-TAHAN LASAK. fokusnya...dan sedikit rasa insaf yang membuaikan perasaan bersalah .Itu lah modal untuk membangkitkan rasa mahu bergerak kerja...API-API TAUJIHAD PERJUANGAN dan SEMANGAT JIHAD yang di doktrin dan dinyalakan dalam jiwa mereka... .sesuai untuk jiwa muda;)....ITULAH PEMANTAPAN FIKRAH sehingga kita terima FIKRAH INI ...WADAH PERJUANGAN yang diyakini ...Cuma kita terlupa kadang-kadang WADAH ini bertujuan membela ISLAM ,sebaliknya yang berlaku kita disibukkan dengan perkara yang lain berbanding tujuan asal ...berulangkali..

Daku lontarkan keluhan rasa selepas apa yang aku alami; Berapa ramai yang terdidik dari pentarbiyahan templete seumpama ini ... Apakah UBUDIYYAH berhasil dari pemantapan TARBIYYAH ini?... Kehalusan jiwa tidak di dididik di medan ini. Sehingga ada pula unsur melampau "MUSLIMAT MENAMPAR MUSLIMIN" di ketengahkan bagi mencapai -LASAK?!.... Gerak kerja bagaimana pula terhasil selepas itu?

KASAR-KERING JIWA-TERPAKSA- BERLAKON

.....Kasihan jiwa yang asalnya penuh kasih sayang di paksa menerima unsur yang bukan fitrahnya...

Apakah natijah PENTARBIYAHAN (dalam bentuk follow up )selepas tamrin menatijahkan rasa KEHAMBAAN KEPADA KHALIK ketika berdakwah atau hanya RASA "DIPERHAMBAKAN" PIMPINAN???...Saat senang ramai bersama, saat sukar mereka hilang entah kemana?..Biasa melalui perkara ini? Apakah ia dianggap sunnah berjuang ataupun ia SUMBING dalam KADER PEJUANG?....

Hati milik ALLAH...DAKWAH menumpu kepada hati di miliki mereka yang arif tentang HATI itu sendiri...Mereka yang arif tentang hati adalah mereka yang hampir kepada ALLAH. Ketiadaan murabbi atau tidak merujuk kepada MUROBBI satu masalah CORE yang tiada siapa mampu menjawabnya..Kerana kita kekurangan ini atau jarang merujuk mereka...Maka tamrin yang cuba dibawa walaupun menerapkan fikrah, tetapi tidak menjadikan mereka benar-benar dilandasannya. Hati mereka DUSTA.

Aku mahu ringkaskan, PENDIDIKAN HATI (IHSAN) wajib jua; demi menatijahkan RASA KEHAMBAAN yang hilang dari para dua't yang lahir dan dikaderkan. Ia perlu untuk melengkapkan ISLAM dalam hati para SYABAB yang dikader. Rasailah basahnya KALIMAH ALLAH dan CINTANYA pada mu....Bukan keringnya jiwa dengan kepura-puraan bermuamalah sesama manusia.....sedang jiwa sakit menanggung maksiat diri...Diri tiada jawapan kepada apa yang berlaku pada diri...makin jauh kamu berjalan dalam ruang lingkup dakwah, makin kamu rasa betul sehingga kamu melihat semua orang salah....sedang dirimu menanggung penyakit berat...PERASAN BETUL. Tetapi dalam masa yang sama menutupi sifat munafik diri yang kamu bingung mengapa ia kekal disitu sedang kamu ni sedang berjuang ISLAM...??? Kamu tiada jawapan....dan akhirnya kamu dilupakan iblis persoalan ini hingga kekal pula kamu dalam keadaan demikian. Perlukah dibahaskan lagi lebih dalam perjalanan hati kader-kader tamrin ini?

Janganlah pendekatan yang terlalu berat kepada FIKRAH SEMATA,-MATA, SEHINGGA TERABAI pula IMAN, ISLAM dan IHSAN.. yang dengannya menambah kuat CINTA-TAKUT -HARAP dirimu kepadaNYA... Janganlah selepas sahaja tamrin, mereka dilepaskan dan pula dibebankan dengan arahan-arahan yang melampaui kemampuan mereka. Sudahlah usrah tempang, harapkan tamrin sahaja menyelesaikan semua perkara?

FAHAM ke apa yang daku cuba sampaikan ini?? Nak dapat semua nii perlu kepada pembicaraan rahsia hati-satu bab dalam TASAWUF...Gunakan ia untuk melengkapkan ISLAM dalam dirimu. TASAWUF bukan hanya berzikir...jangan termakan jarum dakyah mereka yang jahil tentangnya(ilmu tasawuf)..

Berkata arifbillah: Tasawwuf yang haq tiada membawa kepada kemandulan potensi, malah ia adalah ruh kepada kemajuan potensi manusia. Manusia bukan sekadar dididik dengan iman dan kepatuhan hukum semata-mata, mereka perlu dididik dengan keikhlasan dan kecintaan dalam keimanan dan kepatuhan itu....


Hiruplah bahagian kalian dalam ilmu ini...sebagaimana kalian menghirup fikrah dan kalian gunakan ia dalam mempertahankan ISLAM menggunakan wadah, bukan mempertahankan wadah menggunakan ISLAM....

Kita bukan bicara karamah-karamah terbang ke, hilang ghaib ke...sebab zaman kita dengan syubhat yang banyak pada makanan kita sudah sukar dan ia juga bukan tujuan dalam tasawuf. Dan kalian tidak mampu menerima kelebihan itu kerana ia akan merosakkan diri...tetapi kita patut cuba pula bagaimana melunakan hati kita BENAR CINTA kepada ALLAH DAN RASULULLAH SAW ...dan bukan PULA DUSTA seperti sekarang...Daku kira kita semua faham maksud tersiratnya... Inilah bicara hati agar kehambaan kamu dalam berdakwah benar kerana ALLAH dan Pemilik asal PERJUANGN ini Saidina Mustofa Habibullah Muhammad SAW....

Tanpa pertimbangan yang benar , tamrin kita sebenarnya memandulkan potensi insan yang lebih besar dapat dimanfaatkan untuk ISLAM..berbanding hanya menghadkan kepada pemerkasaan fikrah tanpa mengambil kira potensi hati dan insan itu sendiri yang sebenarnya lebih hebat dari yang kita sangkakan jika jiwa mereka HAMPIR dan BERHUBUNG berterusan kepada ALLAH swt. Perlu di ingat sebelum memasuki pintu cinta ALLAH terlebih dahulu perlu melalui pintu CINTA NABI SAW . Penekanan kepada perkara ini jarang diambil berat sehingga dalam kebanyakan tamrin kita bicara tentang kecintaan kepada Rasulullah tanpa hadir maksudnya dihati..sekadar berakar umbi dibibir sahaja. Cinta tidak boleh dibuat-buat sahabatku....

Tidakkah kamu pernah dengar perbezaan apakah natijah insan yang roh mereka basah dan hidup serta berhubung dengan ALLAH..kerinduan yang amat sangat kepada RABB mereka dalam gerak dan diam dakwah mereka berbanding kader yang AKAL mereka sahaja; yang sudahlah kering roh tetapi sarat dengan pengenalan tentang ALLAH dan FIKRAH yang mendahului zaman mereka dan mereka diasak dengan yang berat-berat sedang jiwa mereka tidak mampu memikulnya-lalu mereka buat dengan terpaksa serta kering cinta??...yang manakah lebih kuat JIHADNYA?

Apapun aku suka mengulang kata-kata penulis hikmah blog (http://kuliahaddeen.blogspot.com)

Aku berpegang pada prinsip menghormati dan tiada mencampuri gerak kerja dakwah para sahabat dan muhibbin(pencinta dakwah) dalam usaha mereka menyampaikan apa yang mereka pelajari dariku dalam Kuliah Ad-Deen.

Buatlah pilihan yang tepat demi kebaikan diri, suasana dan masyarakat Aku hanya memberi nasihat jika diminta, namun keputusan yang baik adalah dari diri sendiri. Apa yang penting hormatilah apa yang ada pada orang lain, jangan ada niat memusuhi sesiapa jua walaupun dirimu dimusuhi.

Teruskan dakwah “Kesedaran Fitrah KeTuhanan dan Kehambaan” jika kamu mempunyai kesedaran bahawa ia penting untuk disampaikan. Tiada sesiapa yang memaksa dirimu, hanya dirimu sahaja tahu jawaban kenapa kamu perlu lakukannya. .



Nah kita fikirkan untuk membantu UMMAH..bukan sekadar adik-adik di kampus ini....

Rendah diri, sekadar berkongsi ilmu ALLAH
JUNDI UMMAH

>>>>Diri ini memohon sejuta kemaafan sekiranya ada bahasa yang terkasar dan mencuit isi hati...penat bermonolog sendirian ....daku keluarkandalam kesempatan yang ada ini. Ambillah yang baik, maafkan yang buruk...sedang diriku untuk UMMAH jua...








5 May 2010

Pagi Yang INDAH






Daku melihat cakerawala...susunan bintang-bintang, gugusan asap , gas , kombinasi gas serta kejadian setiap satunya..letupan supernova, pembakaran berterusan matahari sejak berbilion-bilon tahun tanpa henti.....jarak antara bumi dan matahari, jarak antara bulan dan bumi, matahari dan bulan ..planet dengan planet..tesusun rapi , teratur tanpa ada sedikitpun kecacatan.

Persolannya yang tidak di jumpai saintis yang kebanyakannya atheis....bagaimana matahari boleh terus membakar tanpa henti tanpa ada titik yang mengawalnya? jika manusia otak adalah sumber yang mengawalnya, jika komputer- cip yang sangat kompleks binaannya ... jika matahari? nak kata ada otak tak logik..ada cip jauh sekali.. tetapi sistemnya sangat sistematik...nisbah penghasilan tenaga yang tidak lebih dan kurang tetapi cukup memanaskan bumi tanpa membakarnya atau terlalau kurang pembakarannya sehingga sejuk pula bumi.....


Nikmat seumpama ini maka mereka yang menggunakan pintu akal semata -mata akan mengeluarkan jawapan untuk melepaskan diri dan mempetahankan ke "atheis" sannya DAN KEBUNTUANNYA- ini kejadian alam semulajadi.



Maka BAGINDA RASULULLAH HABIBULLAH SAIDINA MUSTOFFA SAW mengkhabarkan melalui pintu dalil dan nas yang diambil sumbernya dari PEMILIK ALAM INI ..PENCIPTA SEGALA SESUATU, TEMPAT SEGALA SESUATU BERGANTUNG ..JUGA SEGALA SESUATU TAKLUK DALAM KEKUASAAN-NYA JUGA SEGALA-GALANYA DALAM PENGETAHUAN -NYA HATTA KEPADA APA YANG BERLAKU PADA ZARAH YANG PALING KECIL SEKALIPUN..SEGALA-GALANYA DALAM TADBIR KERAJAAN-NYA YANG MAHA AGUNG!! DIALAH RABB KITA-ALLAH SWT.

Segala yang berlaku dalam takluk QUDRAT DAN IRADATNYA..leburlah diri dalam takluk kuasaNYA. Tiadalah dirimu-tiadalah kehendakmu-tiadalah kuasamu-tiadalah apa-apa padamu- melainkan yang kamu lihat dalam tiap-tiap sesuatu kamu dapati DIA di sana...

Bertasbihlah lidah, bergempitalah zikir dan brtahmid memujiNYA -SEGALA PUJI BAGI ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM. Tunduk dirimu malu semalu malunya-kerdil diri , hina diri , menguncup layu dalam keKUASAAN-NYA... menghela nafas panjang, beristighfar dengan kejahilan masa lampau.

3 May 2010

Bisikan SIRR 2

Buku ini merupakan siri kedua "Bisikan Sir" karya Syaikhuna al faqir Tokku selepas siri pertama yang diterbitkan pada 2009.


  • Edisi Mei 2010
  • 131 mukasurat (termasuk kulit)
  • harga asal RM 5 senaskah
  • Saiz 9.4cm x 13.3cm (saiz poket)












ISI KANDUNGAN


Kalam Penerbit ... vi

Cinta ... 1

  • Cahaya Cinta Ar-Rahman
  • Dirimu tiada terpisah dengan cinta Ar-Rahman
  • Cinta Ar-Rahman bagaikan buta
  • Sukarnya ke Neraka, jalan ke Syurga luas terbentang
  • Ubudiyyah kerana membalas cinta Allah
  • Cahaya dirimu dengan Nur ar-Rahman
  • Dua wajah, satu hakikat
  • Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam sumber kerahmatan
  • Hanya Pencinta memahami bahasa cinta
  • Demi cinta, biarkan mereka mengatakan kamu gila
  • Cahaya ar-Rahim sudah terpadam dari dada umat ini?
  • Bayangan ar-Rahim pada seorang wanita
  • Usah zalimi diri sendiri
  • Bebaskan dirimu dari nafsu tiada berTuhan
  • Risalah cinta untuk kebahagiaan hakiki
  • Bayaran syurga buat pencinta
Faqir ... 52

  • Kamu bebas membuat pilihan
  • Usah salahkan takdir, salahkan dirimu sendiri
  • Tiada keluh kesah dan ketakutan
Syukur ... 64

  • Jangan memusuhi dunia
  • Dicipta alam untuk mengenal DiriNya
  • Ambillah nikmat dunia atas cinta dan syukur
  • Menyesal tiada gunanya lagi
  • ‘Cintailah nafsumu’
  • ‘Tinggalkan mujahadah’
  • Beribadah kerana cinta dan syukur
  • Tetapkan dirimu dalam cahaya syukur
  • Tenggelamkan diri mu dalam cahaya ar-RahmanNya
  • Hukum iman, hukum akal
  • Tetapkan dirimu dalam cahaya syukur
  • Azab ar-Rahman untuk para pendengki
Insan Khalifah ... 102
  • Khalifah Allah yang benar wajib memiliki 3 cinta
  • Cinta yang tiada sempurna
  • Anugerah sebagai jalan Ubudiyyah
  • Luasnya rahmat Allah
  • Mencapai bayangan sifat ar-Rahman

Boleh hubungi ana untuk dapatkan buku ini pada harga lebih rendah.... JUNDI UMMAH

Kembali berkarya


sekadar hiasan

lama doh tak menulis, pejam celik-pejam celik dah nak ada anak kan? ....anak kucing la....
Bayak perkara dah berubah sejak kebelakangan ni..

Sahabat2 ku seorang demi seorang berwalimah..aku pula entahlah bila pulak...ada rezki adalah nanti...apa2pun aku masih mencari dan bertatih berubudiyiyah..dalam kedustaan cinta kepada KHALIK, aku cuba membenarkan ia menulenkan ia..dengan cinta sejati dan benar..moga dengan kasih sayangNYA dipimpin diriku kepadaNYA...

oklah..cukup dulu ..nantilah aku cuba update penulisan..datang masanya nanti dapatlah...tpi nak kena ada pembantu la...sapalah sudi nak jadi pembantu aku ni...???

Ok selamat lah semua....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...