12 Sept 2016

Aidiladha Singkapan Rahsia Ilmu Tauhid

Aidiladha lebih dari pada menceritakan sembelih lembu. Ummah terutama generasi muda wajib dibawa menghayati lebih kedalam Ruh Aidiladha. Menurut Mursydiku, Roh Aidiladha menekankan kepada 3 intipati besar.

1. Ketauhidan Irfani ( Ketauhidan Rasa- Makrifat Yang Benar)
2. Cinta Yang Agung ( melangkaui cinta tanpa syarat )
3. Pengorbanan Yang Tulus

Al Quran memetakan intipati ini dalam lembaran kisah perjalanan NABI IBRAHIM Alaihisalam KhaliluLLah..Bapa bagi segala Agama dan Bangsa

Dalam lipatan sirah itu, ada secara terperinci diceritakan,

Tatkala Nabi ALLAH IBRAHIM AS membimbing Bonda Tercinta SITI HAJAR yang kemas mendakap anaknya NABI ISMAIL AS dipadang pasir yg gersang sambil bersabda " Tiada lah ALLAH perintah daku membwa isteri dan anak kesyangan ku dipadang pasir yang gersang ini adalah semata-mata untuk lahirkan Cucuku yang Mulia MUHAMAD , dirinya yang akan meneruskan ajaran Tauhid ku dgn penuh kebenaran, sesungguhnya para rahib dan pendeta dari Bani Israel akan selewengkan ajaran tauhid ku yg asal. Barangsiapa yg berpegang pada ajaran cucuku MUHAMAD, sesungguhnya mereka berpegang pada ajaran ku yg benar.."

Begitulah difahami, Nabi Ibrahim a.s sanggup melakukan apa sahaja kerana sangat memahami susunan Allah dalam segala hal. Apa yang baginda lakukan bukanlah untuk diri Baginda semata, tetapi demi memikul Titah Perintah Allah swt. Walaupun baginda sayang kepada isterinya, anaknya..namun tidak melebihi cinta kepada Allah swt. Difahami juga peristiwa hebat ini rupanya juga bertitik tolak kepada persediaan kelahiran Baginda Nabi yang kita rindui Nabi Muhammad Saw.


Ibadah Qurban Simbolik Kepada Kisah Penyerahan Total- Menyembeelih Kepemilikan Apa Yang Kita Cinta. Ia Kisah Yang Menyebabkan Langit dan Bumi Menangis Menyaksikannya .


Nabi Ibrahim a.s tiada zuriat walaupun umurnya sudah meningkat tua. Namun hatinya tetap menginginkan, lalu tiada berputus asa dengan selalu berdoa kepada Allah swt sehingga dikurniakan zuriat yang indah mulia Nabi Ismail a.s. Ibarat '' A DREAM COME TRUE'' perasaan seronok tidak lama, apabila Allah memerintahkan agar membawa anak dan isterinya jauh ke Padang Pasir yang jauh, tiada air, tiada manusia; tandus. Lalu ditinggalkan anak yang menjadi kecintaan, isteri yang lemah..bulat menyerahkan kepada Allah swt.

Tanpa berita, menjalankan amanah Allah swt merantau sekian jauhnya, akhirnya Baginda Ibrahim a.s berjalan pulang pastinya memendam kerinduan amat kepada anak dan isteri. Berbelas tahun lamanya, sebaik pulang terkejut lantaran tanah yang tandus kering dahulu kini telah dihuni penduduk, mempunyai sumber air yang tidak pernah kering keluar. Bersyukur tidak terhingga Nabi Ibrahim a.s, suasana sedih , gembira bercampur--didakapnya putera baginda Ismail a.s yang sudah besar remaja. Sungguh, hati bapa mana dapat menanggung keperitan kerinduan kepada anak dan isteri yang ditinggalkan berbelas tahun di tanah tandus?

Beberapa hari bertemu dengan puteranya yang tercinta, dan saat jiwanya masih seronok bersama anak dan isteri, lalu datang perintah Allah swt, wahyu agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Saat ini adalah penting, ia titik tolak kepada memilih kehendak diri atau memilih kehendak Allah swt. Disinilah jika dicermin kepada diri kita --ramai tersungkur dalam kehendak diri@nafsu. Mereka yang benar tauhidnya kepada Allah, bukan sekadar bicara, malah merasakan dan buktikan pada perilaku .

Nabi Ibrahim a.s menunjukkan kepada kita contoh tauladan yang agung, Lantaran kepatuhannya, cintanya, dan tauhidnya kepada Allah swt --Baginda menyerah diri, segalanya milik Allah swt dan siapalah dirinya untuk engkar dan mengaku itu miliknya?? Lalu dikorbankan rasa kepemilikan kepada apa yang dicintainya.

Maka dibuktikan, jazam dan bulat kepada Allah swt. Pisau yang ajam sudah dileher anaknya - permata hatinya. Sebaik di tarik mata pisau ( mahu mengorbankan yang dicintainya), sedikitpun tiada melukai. Maka dihiris beberapa kali lagi....seluruh malaikat dan alam menangis dan gempar menyaksikan peristiwa bukti cinta agung ini.

Allah Ar Rahim, memerintahkan malaikat membawa kibas dan ditukar dengan puteranya untuk disembelih. Begitulah Allah menguji hamba yang dicintaiNya. Dalam kesusahan ada kemudahan.

Tidak Hairanlah Sesiapa Sahaja Yang Melihat Kaabah  DiDepan Mata Pasti Merencup Hatinya Pilu, Sedih , Gembira. Perasaan ini Limpahan  Yang Sukar Orang Memahaminya. Semoga Kita DIpilih Untuk Sekali Menjejakkan Kaki Kesana Sebelum Mati.


Akhirnya bersujudlah Nabi Ibrahim a.s dan Puteranya Nabi Ismail a.s atas kenikmatan yang dikurniakan Allah kepada mereka. Kisah epik ini adalah batu tanda kisah Cinta dan Pengorbanan agung untuk ibrah seluruh umat manusia. Cinta merak tulus padu semata untuk Allah swt. Maka Allah swtmemerintahkan keduanya membangunkan Kaabah. Simbol Cinta, Penyerahan, Pengorbanan, Ketauhidan. Disitulah tempat berhimpunnya segala ahli Tauhid seluruh Bani Adam.


( Tulisan ini di ambil dari kalam mulia Mursyidku guruku yang banyak memberikan ilmu, sedikit olahan moga tidaklah mengubah maksud sebenar sekadar melengkap untuk kefahaman, Mohon maaf dengan segala kekurangan semoga dapat dimanfaat untuk kita semua dalam menghayatai peritiwa besar dalam perayaan Aidiladha serta Dakwah Islam ke seluruh Nusantara.. Salam Aidiladha 1437 H)

Sebarang kesilapan harap dapatlah di maklumkan di 01111890515. Terima kasih

11 Sept 2016

Mencari Allah ?



Salam Zulhijjah.

Mencari Allah? Dzat Allah tidak mampu dicapai dengan akal manusia yang lemah. Rahsia alam kosmos yang kompleks pun bukan semua manusia mampu untuk memahaminya. Apatah lagi Dzat Allah yang Maha Agung.

Bicara bab Cahaya sahaja akal pun belum dapat memahaminya, begitulah Allah mahu menyatakan betapa bijaksana sekalipun kita, akal masih lemah untuk mencerap perkara diluar batasannya.

Tetapi sifat ar Rahman dan ar Rahim Allah sebenarnya telah memudahkan kita mengenal Allah. Hanya matahati yang buta sahaja meraba mencari Allah swt.

Harmoni sekalian alam ini zahir dan batin tiada lain menceritakan kekuasaan dan keagungan semata-mata. Hati yang keras membatu sahaja tiada dapat merasainya. Cari Allah dalam Qalbumu. Sucikan ia, Barulah ia dapat memantulkan CAHAYA ILAHI. Jika ia hitam, bagaimana kita dapat memantulkan Cahaya Ilahi. 

Kehidupan manusia semuanya adalah dari pantulan afal, asma, sifat dan dzatNya yang tiada berpisah dan tiada menyatu.

Ambillah lalat dan kaji kejadiannya. Susah, kajilah hatimu....apakah ia? Siapakah ia? Apakah rasa ia? Mengapa sedih, gembira...? 

Tidak cukupkah tanda-tanda dan bukti yang Allah suruh kita fikirkan sesuai dengan kemampuan Akal ?

Berlumbalah mengenal Allah di alam zahir ini, jika tidak susah kita di akhirat nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger