21 Jan 2009

Pelajaran hari ini....


Semakin kuat dicuba, semakin kuat dugaannya...jalan menuju Allah penuh dugaan yang memberati...

Sekali dicuba, sekali menyembah bumi, dicuba... menyembah lagi..makin dicuba makin sakit..

hanya rahmatNya yang mampu selamatkan kita semua...

Allah... ampunkan dosakau, mudahka jalanku mendampingiMu!

20 Jan 2009

Kuasa Pengundi( Perancangan Allah Mengatasi Perancangan Musuh)


Salam Perjuangan Buat Mujahidin Kampus

Salam JIHAD, Penulis menerima keputusan dengan rasa syukur..14 kerusi dimenangi...



Penulis terdiam dan memikir panjang semasa menunggang buraq (nama motor) ...+Bacaan -bacaan politik kampus sukar diduga. Memang, pengalaman mengatasi segalanya. Penulis mengucapkan syabas atas ijtihad yang dibuat jentera Pilihan Raya Kampus serta semua sayap-sayap khas jentera itu, kebijaksanaan menghadapai kelemahan musuh yang semakin ketara!....Semuanya menatijahkan kebaikan untuk gerak kerja Islam seluruhnya. Penulis terbayangkan muka ketua jentera musuh yang tersenyum kambing , bagai tertelan mengkudu busuk bagi menghadapi kekalahan mereka...

1) Penulis menjangkakan peratus mengundi akan menurun......lumrah, dengan kurangnya publisiti sukar nak kata pengundi akan turun.Memang ramai tidak tahu semalam adalah hari mengundi, namun apabila diingatkan, atas kesedaran yang terbentuk , juga mungkin kerana bahang suasana PR KT ...ada kesedaran dikalangan mereka mahu turun mengundi. Jam 5 ptg, peratus turun mengundi adalah 84%...Tidak mustahil juga kerana mereka diwajibkan pihak kolej, fakulti untuk turun mengundi melalui pembesar suara .Tidak mengapalah, persoalannya siapah sebenarnya orang yang mereka nak pilih??

2) Di nilai dari sistem yang ada, penulis sudah huraikan panjang dengan pendirian yang agak kasar lagu bahasa(rujuk artikel sebelumnya). Unjuran pemboikotan ada penulis lambungkan. Realiti yang penulis gambarkan rupanya tidak menjejak...dalam keadaan apa jua sistem yang digunapakai, PRK tetap akan berjalan dan mahasiswa tetap akan turun mengundi.Isu jatiriri mahasiswa, idealis mahasiswa , kredibiliti pimpinan yang nak dinaikkna tidak menjadi bualan mahasiswa. Mereka tidak kisah dengan itu semua, bagi mereka , "pemikiran mudah" menjadi nadi utama rangka pemikiran mereka. Tidak timbul isu tidak adil, ...mudahnya mereka anggap inilah mainan politik, terhenti setakat itu mereka terus dengan keputusan untuk mengundi. Usaha mengajak mereka memboikot, atau merosakkan undi pasti akan berhasil dengan kegagalan, bahkan jentera akan kehilangan fokus utama yang ditetapkan--Memenangi sebanyak mungkin kerusi'...lantas gerakan tertumpu kepada bagaimana mengeksploitasi sistem ini dan menatijahkan sebanyak mungkin keuntungan kepada gerak kerja ini... tetap bertanding!!! teruskan kempen!! lancarkan Saraf!! Intipati utama PRK...inilah intipati bab yang penulis paling minati dalam lipatan diari PRK.

3) Apa jua eksploitasi yang digunakan, soal prinsip dan apa yang nak diperjuangkan memang kena jelas...menang satu bab, mengisi kemenangn satu bab yang lain...Persoalannya sekarang, adakah PRO -M mengiktiraf sistem PRK kali ini? persolan kedua apakah perancangan mereka yang menang ini bagi menjawab undi mahasiswa ke atas mereka...walaupun apa jua spekulasi yang dibuat..politik wang, politik muka, nasib...setiap sesuatu tidak terjadi secara kebetulan!!! There are no accidents..Tampuk kepimpinan ibarat sebelah kaki kedalam nearaka, menjawab tanggungjawab ini secara tepat sangat penting! Persoalan ini perlu dijawab, supaya tidak mencelarukan adik2 MPP ini menjalankan tugas mereka. Gagasan Pakatan PRO-M ini punya kredibiliti dan "high expectation" dari para pengundi... jadi...Selamat Menjalankan Tugas.

4)Penulis melihat kebijaksanaan percaturan serta kematangan mengatur barisan adalah memuaskan. Allah bantu dalam percaturan ini. Dengan sejumlah kerusi yang dimenangi, peluang yang ada...seharusnya ia menjadikan gerakan semakin laju bukan semakin perlahan...

5)Penulis suka jugak kemukakan teori "kefahaman datangnya dengan gerak kerja"..Memang banyak yang perlu dipelajari, dan memang itupun guna tujuan hidup! belajar..dan mencari kebenaran..Semakin mencabar, semakin maju kita...kata belajar membina diri. Manfaatnya untuk ISLAM jua. Pengharapan dari penulis agar Juara-juara ini dari awal sudah jelas dengan matlamat dan fikrah yang didukung. Dengan kekuatan kefahaman yang terbentuk selepas ini, kalianlah pula akan menjadi tiang utama perjuangan ini kelak.

6) Terakhir, penulis kagum dengan semangat yang ditunjukkan muslimat. Ia rekod yang baik....semoga ia berkekalan sampai kalian sayhid dengan keadaan begitu.

Maaf atas segala khilaf, penulis doakan kalian terus berjaya di lapangan jihad kalian sehinggalah tiada lagi fitnah, dan tinggallah ISLAM ini tidak lain hanya untuk ALLAH dan RasulNYA sahaja.

ikhlas
al faqir ilallah Jundi Ummah



19 Jan 2009

Keputusan : REKOD PR(TERRRBAIK)-Takbir!

KEPUTUSAN TERKINI
P.036 KUALA TERENGGANU

Di Umumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya
P. 036 Kuala Terengganu

Hj. Mohamad Abdul Wahid Endut .
PAS : 32,883

Wan Ahmad Farid Wan Salleh
BN : 30,252

Azharudin bin Mamat @ Adam :
BEBAS : 193

Majoriti :2631
Undi Rosak :665
Jumlah Keluar Mengundi : 79.9%

Kelesuan dan kebejatan ...beku...-Idealis mahasiswa Disembelih!


Buku tatacara Pemilihan MPP yang HAPRAK !!!
Layak dijadikan tisu tandas!!

Kerapuhan jentera kedua-dua pihak; pro kerajaan(aspirasi) dan pro pakatan rakyat (pro mahasiswa) dalam kampus dilihat semakin menuju krisis kelesuan tahap kronik. Peperangan tanpa suasana perang! Calon berkempen tanpa poster dan banner! Tempat untuk berkempen di bilik2 tertutup dan sempit, ada tempat yang disediakan tak pernah dengar pun...Soalan paling berbisa di keluarkan..Siapa nak datang duduk dan dengar di tempat -tempat seperti ini???. Bilik mesyuarat, bilik tv, stor, ..tepi tandas..aduh!! kenapa begini parah sekali .Memang bodohnya orang yang mencadangkan tempat sebegini sebagai tempat bekempen, macam budak sekolah rendah!!

Banner dah la sedikit dikeluarkan BHEP(bahagian hal ehwal pelajar universiti)..kenapa? Bhep mengalami krisis kewangan ka? atau ada orang songlap (lesapkan) duit? Apakah motif BHEP mencengkam mahasiswa yang mahu memilih pemimpin mereka sampai menjadikan Pilihan Raya Kampus yang punya prestij dan keunggulan tersendiri kepada persis pemilihan ketua darjah sekolah rendah! Melihat kepada persediaan kewangan sebelum pilihanraya bagi jentera Pro-M...penulis hairan sekarang duit bukan lagi ukurannya.... apabila sistem tradisi diubah kepada sistem paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus. Kewajaran seperti ini hanya layak di hadapai dengan pemboikotan besar-besaran PRK(Pilihan Raya Kampus) bagi memberikan tamparan hebat kepada petualang-petualang yang merobek jati diri mahasiswa. Namun, adakah mahasiswa sedar hak mereka dinafikan??? bantahan seharusnya di nyatakan...malang sekali, sudah jatuh ditimpa tangga...akibat tekanan, dan sekatan minda ..serta saraf dan propaganda BHEP kepada mahasiswa , mereka ibarat katak di dalam gelas, bagai lembu dicucuk hidung.....diam membisu tanpa bicara. Ancaman -ancaman yang sama digunakan bagi menghadapi sebarang usaha memboikot PRK. Buang kolej, ancam sana,ancam sini dan bla,bla, bala....

Meninjau sekitar kampus...realitinya: masih ada orang bertanya pada hari ini(19/1/2009) ..Pilihanraya Kampus Bila??? membuktikan mereka sendiri tidak sedar bahawa hari ini adalah hari pengundian! tragis tak? Tarikh pengundian pun tak tahu apatah lagi siapa orang yang mereka mahu undi, lagilah mereka tak tahu !!!habis tuh, apabila didesak pengurus kolej dan barua-baruanya suruh mengundi, mereka pun berbondong-bondong turun mengundi, tanpa kesedaran dan hujah yang jelas mengapa mereka perlu mengundi...klik sahaja mana gambar yang berkenan dan keluar dari pusat pengundian tanpa ada rasa apa-apa. Kemenagan yang dikecapai calon dengan sistem seperti ini adalah tidak bermaruah dan tidak boleh diiktiraf !!

Apapun Jundi Ummah mengucapkan selamat mengundi, pangkah guna dadu deh....ha pejam mata jah...takpun tak payah undi, klik satu undi pastu keluar jah...tak payah "sign out ". Ini membazir masa, falsafah kepimpinan tidak terpamer berdasrkan sistem yang ada, mahasiswa diperkuda, disembelih dan di lempar najis kemuka..namun mereka masih setia dengan orang yang kudakan, sembelih dan lempar najis kemuka mereka. Ini pendapat, boleh jadi salah dan boleh jadi sangat betul! Faham ka?

15 Jan 2009

Syuhada' Palestin yang akan memasuki syurga tanpa Hisab-InsyaALLAH


Leader in artillery

Iyad Abidalkarim Ismael Al-Ashram

  • The commander : Iyad Abidalkarim Ismael Al-Ashram
  • " Abu Mohammed"
  • Date of birth: 30th of September, 1980.
  • Date of martyrdom: 29th of January, 2008.
  • The leader of the artillery unit in Al-Sabra neighborhood.

Early life:-

Iyad worked silently without any know that he was one of the missile unit commanders, he came out to defend Palestinian children who are killed by the Zionist forces by the American weapons.

The Zionist forces are committed a massive massacres against innocent of people in the Gaza strip and the West Bank. he took many courses in the field of computer to serve his country. He launched several missiles towards the Zionist settlements surrounding Gaza strip.

Iyad was born in 30th of September, 1980, western Al-Sabra neighborhood of Gaza City. He was born in a Palestinian family which is committed to ethical and tolerant Islamic teachings, Iyad lived in the home with ten brothers, and is the second among them; Iyad lived with them in an atmosphere of love and respect between all brothers and sisters. Even his neighbors were in a good relation with him. He attended many classes which related to Islam teachings in the mosque.

1996 is the worst year:-

It will be recalled that, one of his brothers said that in 1996 Hamas movement exposed to a fierce attack by the Palestinian Authority that time, and the arrest of many of the Mujahedeen of Hamas and Al-Qassam Brigades, in that year Palestinian authority entered the mosques and tore the portraits briefing without giving any sanctity for the House of God.

Iyad had prepared a special wall "media" It seemed to suspend publications and press news on it. He was preparing the publications at his home before suspending it on the mosque wall media at the mid night.

Education:

Iyad took his education in schools of Gaza City, where he studied in primary school of Mutasim, then moved to take prep school in Al- Yarmouk school, and secondary school from Al-Karmil, he was marked of superiority in the study and intelligence .He had a great efforts in the Islamic Block. One of his friends said that Iyad was an active person who participated his brotherhood in distribution the publications which are organized by Hamas movement.

After that, he continued his education and joined Al-Azhar University in Gaza and he chose to study computer science. He took many courses in computer such as internet networks and programming cycle. He got married in 2004 with a girl, Nada, and a boy, Mohammed.

In the mosques:-

Iyad committed in the mosques since early age, that he committed to pray in Al-Salam mosque near his home. He grew up and decided to choose the way of defending his country. Iyad was responsible for many mosques, especially Al-Sabra neighborhood mosques.

After that, he became a leader in the police station in his area and also a leader in public activities branch, this branch is interested in public relations. Beside that, Iyad used to encourage his friends to pray at the mosque.

Features:-

He was a secrete man; his father didn't believe that his is the leader of Al-Sabra area. He joined to the executive force groups which were formed by Hamas movement in order to impose security in the Gaza strip. One of his friends in the work said" He worked in the investigational operations which search the thieves’ gangs stealing the innocent people cars.

With Islamic Brotherhood:

He interred the Islamic brotherhood in 2000, with the beginning of Al-Aqsa intifada. He affected many of Palestine martyrs, especially Zuhir Al-Mansin who was killed by Abbas militia when he was reciting the holly Quran in Al-Eslam mosque, Ashraf Al-Ashi and Sohil Al-Qosain. He also affected the martyr Mohammed Abu Karish who was killed by Dahalan guerilla when he was in a jihad activity.

The artillery group leader:

He affiliated to Al-Qassam Brigades in 2002; he went out in order to learn the sciences important to the artillery work. After that, his brotherhoods admired him most and agreed in making him the responsible man on the artillery group in Al-Sabra area.

One of Al-Qassam leaders said that Iyad was a good person in mastering rockets launch. He used to point the rockets correctly and he used also to kick the target. Iyad task was to launch the rockets towards the Zionist settlements in order to cover the Mujahideen who confront the Zionist tanks.

Martyrdom:

He went out in Friday evening in 29th of January, 2008. In that day he received news from his brotherhoods that there is a Zionist march in Sederot, a settlement in northern Gaza Strip.

He prepared some Qassam rockets to be launched at the settlement. After that, he went to launch the rockets despite the dangerous situations in the area. During this, the Zionist forces shelled a rocket towards him and he martyred.

Qunut Nazilah

http://n32.blogspot.com/-


DI COPY bulat2 dari...Rosaln SMS Corner

Penjelasan yang dibuat oleh Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bahawa hukum hudud jika dilaksanakan dalam negara hanya akan diwajibkan ke atas umat Islam manakala yang bukan Islam punya pilihan telah menjelaskan keadaan dan meredakan kritikkan yang tidak berasas terhadapnya. Dato Seri Anwar Ibrahim pun telah menjelaskan pendirian PKR sekaligus menenangkan suasana.

Sebenarnya apa yang tidak diketengahkan oleh para pengkritik dan mereka yang menentang perlaksanaan hukum jenayah syariah Islam ini adalah bahawa ianya jika pun berjaya dilaksana hanya akan menjadi realiti setelah melalui proses demokrasi yakni dengan persetujuan ramai. Ianya tidak dapat dilaksana kecuali dengan persetujuan ahli-ahli dewan diperingkat negeri dan diperingkat pusat. Kalau rakyat menentang ia tidak dapat dilaksana. Kelantan dan Terengganu telah pun meluluskannya namun tidak terlaksana sebab ketiadaan sokongan diperingkat pusat.

Proses perundangan menurut kaedah yang telah kita terima pakai perlu dilalui sebelum ia dapat terlaksana. Ia tidak terlaksana sekadar melalui tekanan dan tuntutan PAS semata-mata, tetapi melalui mandat rakyat dalam sistem demokrasi yang kita amalkan.

Bagi umat Islam tanpa mengira fahaman politik hukum ini adalah wajib dan jika ada usaha ke arah perlaksanaannya tidak kiralah oleh PAS atau Umno atau sesiapa sahaja, ia wajib disokong maka barulah hukum ini dapat dikuatkuasa dan kalau mengikut kenyataan Presiden PAS, jika PAS yang menerajuinya, maka ia akan jatuh wajib hanya ke atas umat Islam sahaja.

Lalu segala-galanya terletak atas kita. Jika kita akur dan faham maka mudahlah kita bersetuju dan memberi sokongan. Jika tidak PAS dan badan-badan serta NGO Islam yang lain saya percaya akan terus berdakwah dalam usaha memberikan kefahaman kepada rakyat.

Bagi masyarakat bukan Islam, jaminan yang diberikan oleh Presiden PAS itu sepatutnya meyakinkan mereka bahawa segala tohmahan dan momokkan mereka yang anti perundangan Islam ini tidak berasas sama-sekali. Sekarang inipun kita tahu bahawa negara mengamalkan dualisma perundangan. Mahkamah sivil membicarakan semua rakyat Malaysia dan dalam hal-hal tertentu khasnya perkahwinan dan cerai hanya melibatkan yang bukan Islam. Manakala mahkamah syariah negeri-negeri yang menguatkuasakan undang-undang pentadbiran Islam negeri-negeri dan Wilayah Persekutuan hanya melibatkan umat Islam dan dalam kes-kes tertentu mereka yang ada urusan dengan hal-hal Islam khasnya dalam kes murtad.

Oleh itu tidak berbangkit perlunya mahkamah dan sistem perundangan baru kerana yang sedia ada sudah boleh terpakai.

Pokoknya mahu atau tidak kita pada perlaksanaan sistem keadilan Islam itu, PAS sebagai sebuah parti Islam akan terus memperjuangkan untuk memartabatkan sistem ini, suatu perjuangan yang sepi dalam kamus politik Umno. Umno sekadar berpuas hati dengan apa yang ada tanpa menunjukkan minat atau mengambil apa-apa inisiatif untuk menerapkan
sepenuhnya sistem keadilan Islam sebagaimana yang dituntut ke atas kita sebagai seorang Muslim. Buktinya apabila sahaja berbangkit isu hudud, Umnolah yang akan gelabah, melatah dan meracau, sedangkan sepatutnya sebagai pejuang agama, bangsa dan negara mereka sepatutnya bersama menyokong dan memperjuangkannya.

Tetapi apa yang sering berlaku, Umno akan memilih untuk melaga-lagakan PAS samada dengan masyarakat bukan Islam mahupun dengan sesama masyarakat Islam. Lantas hakikatnya Umnolah yang menggagalkan usaha memartabtkan sistem dan perundangan Islam ini sehingga ia gagal terlaksana sampai kini. Demikianlah besarnya sumbangan Umno terhadap kegagalannya.

Oleh itu jika benar kita ikhlas mahu melihat Islam kembali ke tapaknya yang asal, yang memimpin dan memberi keadilan kepada ummah, maka kita tiada pilihan lain selain memilih untuk bersama PAS dan meninggal serta menggagalkan Umno, apabila sahaja kita punya peluang dan kesempatan. Kini yang paling berpeluang adalah para pengundi di parlimen Kuala Terengganu, bangkitlah dan pilih untuk memartabatkan Islam. Undilah PAS!!

Boikot dan...


Perniagaan ini beroperasi di negara Muslim, memberi pekerjaan dan meningkatkan ekonomi. Tidakkah usaha boikot merugikan kita sendiri?

Benar, banyak dari syarikat perniagaan yang tersenarai menjalankan operasi atau perniagaan mereka di negara-negara Islam, justeru mereka memberi pekerjaan kepada masyarakat Islam dan membantu ekonomi negara Islam. Tetapi kita seharusnya belajar dari peristiwa-peristiwa pembangunan ekonomi dunia, di mana keruntuhan sesebuah entiti perniagaan selalunya membuka peluang kepada entiti yang lain. Kita seharusnya mengambil situasi ini sebagai peluang untuk membina ekonomi sendiri, bukan sebagai kehilangan punca ekonomi.

Sebagai contoh, Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran, ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola. Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka. Sekarang? ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark, mula mengimpot ZamZam Cola.

Senario sama berlaku di Mesir pada tahun 2001, di mana penutupan syarikat Sainsbury telah berjaya meningkatkan perniagaan milik tempatan yang tidak mungkin mampu bertahan dengan dominasi pasaran syarikat-syarikat besar dari luar.

Buat kita di Malaysia, apakah salahnya kita meninggalkan ayam goreng McDonald’s dan seterusnya mencuba produk alternatif, contohnya Radix Fried Chicken atau mana-mana restoran Mamak Muslim berdekatan. Tidak rugi kita meninggalkan minuman Coca-Cola dengan memilih alternatif produk tempatan yang diusahakan oleh orang Islam. Apakah salahnya kita beralih daripada mengunjungi Pasaraya Tesco kepada Pasaraya Maidin?

Apakah usaha ini akan berjaya?

Mengapa tidak? Lihat kepada salah satu syarikat yang mengalami kesan teruk akibat boikot - McDonald’s.

McDonald’s merupakan “rakan korporat utama” kepada Jewish United Fund (JUF.) JUF menggelarkan diri mereka sebagai “bekerja untuk mengukuh ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik kepada Israel; memerhati dan sekiranya perlu, memberi respon kepada laporan media berkenaan Israel.” Pengerusi dan Ketua Eksekutif McDonald’s adalah Jack M Greeberg, yang juga merupakan Pengarah Kehormat American-Israel Chamber of Commerce and Industry.

Dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Di Mesir, McDonald’s terpaksa menukar jenama mereka kepada Manfoods sebagai usaha untuk mengelirukan pelanggan. Usaha menukar jenama itu tidak berjaya, dan pihak berkuasa Mesir terpaksa diarahkan mengawal pintu-pintu masuk ke restoran McDonald’s akibat tindakan masyarakat yang membaling batu ke arah restoran berkenaan. Sejumlah 175 restoran mungkin ditutup, dengan membawa kerugian sebayak USD350juta.

Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel, akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.

Dalam kes memboikot Amazon.com, perniagaan yang menjual buku dan produk berkaitan melalui internet tersebut telah menghentikan kerjasama mereka dengan Jerusalem Post pada bulan November 2002. Jerusalem Post telah menyumbang sebahagian daripada keuntungan hasil kerjasama dengan Amazon.com kepada tentera Israel yang pulang dari tugasan mereka di daerah Palestin.

Iklan-iklan Amazon.com yang berbunyi “Buy Amazon.com & Support Israel” dipaparkan dalam hampir setiap mukasurat Jerusalem Post. Amazon akhirnya dikatakan memberhentikan kerjasama tersebut akibat desakan pelanggan yang prihatin.

Beberapa syarikat yang sedih dengan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap Palestin, membuat keputusan untuk turut bersama memboikot Israel.

Pada bulan May 2002, Texas Automotive Export, iaitu sebuah syarikat di US yang mengekspot peralatan kereta telah memutuskan untuk tidak meneruskan perniagaan dengan Israel.

Kejayaan dan sambutan boikot memang membimbangkan US dan Israel, sehinggakan US mengancam untuk mengenakan denda terhadap syarikat yang terlibat dengan boikot ini. Jabatan Perdagangan US telah mengenakan lebih dari USD 26milion denda tidak lagi mengeluarkan lesen ekspot kepada syarikat yang terlibat.

14 Jan 2009

Gempita Pilihanraya Kampus-Seruan Menggempur Kemungkaran Umat!!!

Gegak gempita, suasana kampus kini hambar..Pilihan Raya tanpa Poster, banner, tanpa flyers..hanya calon sahaja perlu berlagak kehulu - kehilir pamerkan muka..letih la mereka...

Mengapa begitu sekali suasana politik kali ini, duit yang dikatakan di kumpul hampir 50 000 terpaksalah disimpan buat gerakan dakwah di dalam kampus pula.Merisik khabar , undang-undang Pilihanraya kali ini pelik sedikit gara-gara berlakunya perubahan suasana politik di luar. Tidak dinafikan UMNO kini adalah pembangkang di Selangor..kerajaan sekarang adalah PR. Mereka merasakan PRO mAHASISWA akan mendapat bantuan dari PR ...spekulasi ini sangat tidak berasas....

Kewangan kita dulu kukuh, sekarang tetap kukuh...dan sampai bila-bila akan terus kukuh dek perancangan kita yang strategik.Meminta-minta satu cara , tetapi bagi menegakkan kalimah ALLAH ini ramai uyang sanggup bergadai untuknya..Pasakkan akidah yang jelas serta kefahaman dengan gerak kerja Islam di kampus mencerminkan kesepaduan amal mereka.

Gerakaan Mahasiswa Islam di kampus tidak sama dengan aspirasi... mereka dibayar..ya ASPIRASI DIBAYAR untuk bekerja di dalam UPM..tidak semua orang tahu perkara ini..pernah aku bertanyakan seorang totok ASPIRASI, dia mnejawab ringkas....."Jika bukan kerana duit, akupun tak mahu buat kerja NI..." kerja apa? biarkan ia jadi misteri,,,carilah kerja apa aspirsi ni buat belakang tabir...setakat 3 ke 4 angka tu baisa sangat..tetapi Allah lebih mengetahui...mungkin slah ,mungkin betul..

Kerja nak memikul beban dakwah ini bukan kerja senang..ada duit, tidak ada duit..kerja dan kewajipan ini perlu kita gerakkan..inilah jihad kita..dalam lapangan umat kampus tercinta...menang kalah perkara nombor dua, yang penting kita persiapkan diri dan jiwa untuk menghadapi jahiliyyah bentuk moden yang merosakkan kampus.

Dalam peperangan ini...kita mencaturkan strategi yang berbagai...menghadapi musuh yang semakin melemah....tidak menjadikan kita memandang rendah musuh...Desas-desus kuat menagatakan pemikul kuat aspirasi semakin berkurangan dan ketandusan pelapis...apapun mereka pun punya idealisma dan kepercayaan yang di dokong...Pertembungan kali ni pasti menarik...jangan saat akhir ramai pula puak-puak aspirasi ini menarik diri...

Syabas buat PRO-MAHASISWA pimpinan presiden mahsiswa Islam Mohd Safwan Abd Ghani, pastinya jentera PRK berada pada tahap paling bersedia selepas beberapa kali tarikh yang didintai di tunda-tunda. Kelicikana mereka dapat kita hadapai dengan sabar dan tenang..kelihatan calon-calon yang di ketengahkan PRO MAHASISWA kali ini memang bersemangat tinggi dan bersedia untuk bertempur melawan dan berhadapan musuh.

Kesanggupan menjadi barisan paling depan perjuangan ISlam ini memerlukan pengorbanan yang sangat besar..Semoga Allah bekalkan kalian dengan kekuatan yang berpanjangan..ketahanan yang menggerunkan...dan pengharapan yang tidak pernah habis.
Kalian telahpun menang, bila mana kalian menyatakan kesanggupan memenangkan agama ALLAh, saham kalian akan terus mengalir selagi agama ALLAh ini mendapat tempat yang sewajarnya di hati masyarakat kampus...matinya kalian dalam niat kalian yang tulus itu semoga syahidlah kalian..ini akidah perjuangan kita.

Tiada yang merugi dalam perjuanagn ini melainkan mereka yang culas, beralasan, dan meminggirkan diri dari medan...mereka membiarkan JUNDI_JUNI agama ini bersendirian tanpa mereka sediktpun mahu hulurkan tangan.... jangan kita termasuk dalam golongan yang dihukum ALLAH swt..tidak ingatkah kita peritwa perang tabuk?...Moga ALLAh jauhkan diriku dan sahabat-sahabatku dari sifat munafik sebagaimana ALLAh menajuhkan Timur dan Barat.

Kita bukan fahaman pragmatisme seperti yang dianuti Barrack Obama, bukan juga Sosialis yang di pegang sekelompok dari kita, apatah lagi sekular yang mengasingkan agama dari kehidupan... Kita berakidahklan Islam, perjuangan kita kerananya dan mati kitapun kita impikan kerana kesusahan meaksanakan agama ini. Kita tahu masas emakin suntuk, serta tanggungjawab melebihi masa yang kita ada....

Ayuh! sahabat ..kita gempur benteng kemungkaran..jika UMAR AL KHATTAB berada pada zaman ini sudah ramai orang akan dipancungnya, kerana sedih kerosakan yang berlaku kepada Islam dan umatnya...sedang kita apakah bukti kita cintakan agama kita???

Kuatkan langkah kalian, kobarkan semangat sahabat-sahabat seperjuangan...kalian membawa panji islam yang sinarnya akan menerangi bukan setakat setiap pelusuk kampus..bahkan seluruh dunia !Dunia akan menikmati manfaat dari letih , peluh, sedih dan sakit kalian mempertahankan fikrah islam ini....

Takbir..ALLAHUAKBAR...
Sabiluna...JIhad!!!!

al faqir ilallah Jundi Ummah

Ucapan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin-Mahdi AKEF

Dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala' kepadanya.

Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)’. “.

Wahai pendokong Dakwah ini! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron)!

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di peghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, “Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23). Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

Sedutan Ucapan Syeikh Ahmad Yasin

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.


Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.


Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.


Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?


Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.


Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?


Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.


Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.


Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.


Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.


Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.

Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :

“Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie,saya memilih helikopter Apatchie!”.

Setiap masalah, beriringan dengannya kemudahan...

Janagn sesekali berputus harap dari rahmat dan kasih sayangNYA...setiap kesusahan yang ditempuh punya hikmah dan pengajaran yang tersendiri..difikir-fikir, setiap musibah mematangkan kita..menjadi kita semakin tabah dan bersemangat untuk meneruskan hidup ini..

Ustaz menyejukkan jiwa dengan ungkapan..Setiap Musibah jika dihadapai dengan sabar akan meningkatkan darjat disisi Allah swt.... Allah uji hambaNYA, Dia Maha berkuasa..DIA yang berikan kita segalanya dan DIA juga berhak mengambilnya semula..asal kita tidak punya APA2..tapi DIa berikan kita segalanya...

Tetapi kebanyakan dari kita tidak pernah nak bersyukur!!!

11 Jan 2009

Telefon aku hilang

Salam, entahlah dimana....mungkin tercicir dimana-mana atau ada orang sorokkan..harapnya ada orang kembalikan semula

8 Jan 2009

Tempat himpunan Mahasiswa mengutuk yahudi BERUBAH!!!

Tarikh: 9 Januari 2009
Tempat: Masjid tabung Haji
Masa: Selepas Solat Jumaat hingga 5 petang
Tema Baju: Hitam
Akan berarak ke kedutaan Amerika, Britain dan Mesir
Ajak sahabat, saudara kita semuanya...

7 Jan 2009

"Sampah" disaran cuba kira bulu kambing

Agak kasar bunyinya, tetapi ia suatu bentuk serangan balas ke atas mereka yang cuba melakukan sabotaj kepada pmilik2 blog.

Sejak semalam diketahui blog sahabat-sahabat sefikrah diserang pengunjung Sampah yang menghantar mesej-mesej berbaur lucah dan menghinakan. perkataan abang, sayang , Love U, dating diungkap tanpa hujung pangkal. penulis sendiri menerima mesej seumpama itu dengan nama "EKIN"....

Atas sebab apa? Penulis sangkakan penulis sahaja menerima mesej dalam shout box seumpama itu, dirisik-risik ...sahabat seangkatan dalam dunia blog ini juga mengalami nasib yang sama bahkan lebih memalukan sehingga terpaksa mengubah template/ reformat blog.....

Sukar berhadapan dengan serangan seumpama ini, penulis berharap pengunjung Sampah ini melakukan aktiviti yang lebih sedikit bermanfaat seperti kira bulu kambing (cadangan ). Apa pun buat sahabt-sahabat yang berblog, jangan dihiraukan mesej seumpama ini yang dilihat umpama kemuncup yang tidak berguna sahaja.

Apa yang penting dakwah kita sampai dan orang mendapat manfaat darinya walaupun sedikit.

Wallahua'alam

al faqir Ilallah Jundi Ummah

Syabas HAMAS !!!


Selasa ,06/01/2009 -10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.

Sumber dari Qassam menyebut, para pejuangnya berjaya menarik perhatian tentera rejim Zionis mengepung sebuah rumah yang telah di pasang bom peledak. Setelah pasukan rejim mengepung kawasan rumah , pihak pejuang Qassam meledakkan bom.

Pasukan tentera rejim yang lengkap bersenjata yang berada di dalam rumah terperangkap dalam ledakan tersebut. 10 orang dipercayai terbunuh

Pihak Qassam berjanji, tentera rejim Zionis yang telah memasuki Gaza tidak akan pulang dengan selamat.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx

5 Jan 2009

Himpunan 1000 Mahasiswa Untuk Palestine!!!

Himpunan 1000 Mahasiswa Membantah Kezaliman Zionis Laknatullah di Gaza.

Tarikh: 9 Januari 2009
Tempat: Masjid Putra ,Putrajaya
Masa: Selepas Solat Jumaat
Tema Baju: Hitam


Memorandum akan diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia. Sebarkan..., ini bukan pesta tetapi suatu bentuk Tunjuk Perasaan kasih dan sedihnya kita atas sauara kita yang di zalimi di Palestin dan seluruh dunia....

wajib bantu saudara kita di palestine...!!!!


Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.


"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu Islam dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " ujar Qaradawi dalam satu ceramah beliau sebelum perhimpunan besar-besaran di Qatar, Doha.


Beliau turut menegaskan umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara mara kita di Gaza.

1 Jan 2009

Tahun baru lagi???

Salam Tahun Baru…..bagi penulis sambutan kali ini hambar…..tiada apa yang nak diraikan..Kerana penulis raikan Maal Hijrah!!!

Seperti tahun-tahun lepas, penulis tidak ketinggalan mengisi detik-detik malam tahun baru dengan gerak kerja amal islami ( amar ma’ruf nahi mungkar) bersama sahabat –s ahabat sekampus lain beriringan dengan GAMIS , NGO dan Parti politik PAS sebagai satu usaha dan inisiatif dan rasa ambil tahunya kita , pedulinya kita kepada realiti masyarakat umat Islam yang semakin parah dan “sengal ubi”.

Buat pertama kali tahun ini, penulis menaiki kereta ke sana dipandu seorang penulis BLOG juga…Pemilik blog Demah Dali membawa penulis bersama 2 lagi sahabat menuju destinasi. Bandar tasik Permaisuri….itulah arah tuju tempat berkumpul. Kelompok kami di arahkan berkeliling di kawasan ini, ada kelompok lain berkeliling di tasik Titiwangsa, Puchong dan entah berapa banyak tempat lagi..kali ini dipecah-pecahkan bagi mengelakkan bertumpu di satu-satu tempat sahaja.

Sekali telinag mengkap perkataan “ Tasik Permaisuri” macam acap kali juga mendengar nama tempat ini…dihitung-hitung..penulis baru sedar inilah tumpuan golongan GAY melepaskan gian!!! Juga tempat kaki pancing melepaskan kesibukan bekerja dengan bertenggek di birai-birai tasik buatan manusia seluas 500 meter persegi menunggu joran disambar tongsan , keli afrika, keli dan beberapa ikan yang aku sendiri pun tak pasti namanya.

Dengan sukarelawan lebih 200 orang, operasi mencegah mungkar ini menggunakan pendekatan “berinteraksi dengan sasaran dakwah” , bukan lagi pendekatan sebelumnya yang lebih kaku dan stereotaip…edar risalah dan beredar (Edar-edar)…akhirnya risalah bertaburan atas tanah menjadi sampah buatan yang memeningkan tukang sapu nak membersihkan kawasan. Jadi , kali ini risalah dikurangan, tetapi interaksi di mantapkan. Ini satu resolusi yang menarik .

Kawasan yang agak luas ini diredah dalam kelamnya malam, dan sahutan anjing liar berbekalkan lampu telefon bimbit trek larian di susur ke pinggir tasik mencari golongan-golongan gay!!!. Jam menunjukkan 11.30 malam, kelibat gay ada tapi tak ramai..berbagai andaian dibuat…ada kata mereka ni dating lewat malam, ada kata mereka bertumpu kectempat lain(club) … dalam desis-desis malam yang tidaa berangin ini, sasaran di hampiri, disalam, sapa…dan meleraikan benteng antara kita dengan mereka agar mereka selesa…. Hasilnya positif…… lebih bik dan lunak, sesekali kita menghampiri kaki-kaki pancing pula, mereka punya persepsi yang tersendiri , tentang realiti hidup…renugannya dalam..dalam kebosanan kita melihat mereka menunggu ikan yang tak mungkin disambar ikan, mereka uangkapkan itulah kepuasan…pening aku..rupanya mereka ni, nampak ja duduk diam , senyap..tetapi ‘didalam hati’ mereka hidup mungkin memikirkan sesuatu.

Tak ramai mampu bercakap dan berinteraksi dengan sasaran dakwah, tetapi tak perlu semua bercakap..cukup sekadar seorang dua melayan mereka dengan nada selamba dan mesra kerana mereka cukup memamahami apa yang kita buat… kehadiran kami yang tak disenangi mungkin menjadi faktor kurangnya kelibat Gay disini!!! Takpalah, walaupun penat dek berjalan jauh , moga ia dikira disisi ALLAh sebagai amalan soleh .



Terkenang peristiwa dakwah Nabi Luth as medakwah umatnya yang bernafsu songsang…sukarnya, tingginya cabaran, kuatnya iltizam, kuatnya kesabaran… Umat yang menolak ajarannya dilaknat Allah dan kekal dalam lipatan sejarah beserta buktinya yang kekal hingga kini..lawat internet taip..POMPEI CITY”…kesan yang ada ditemui ahli arkeologi mesir yang menajadi iktibar kita semua sehingga kini..namun mengapa mereka tidak mengambil iktibar…mengapa kita tidak bertindak??

Ya Allah , jauhkanlah diri kami, keluarga kami,keturunan kami dan saudara–mara kami sekaliannya dari beralku fasik kepada MU..selamatkan kami dari fitnah keburukan nafsu kami…Ya Allah ampunkan kami, lindungilah kami dari termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim dan melampaui batas.

Pada jam 1.15 pagi penulis dan 3 sahabat yang lain menangguhkan operasi dan berlalu pulang, dalam kereta masing-masing senyap, mengantuk dan keletihan agaknya….., dalam keadaan mengantuk penulis teringat ayat ALLAh swt:

Wahai sekalian manusia , bertaqwalah kepada tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu benar , maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar peritntah Allah swt( Luqman:33)

SELAMAT TAHUN BARU 1430 H

SEMOGA BEROLEH KEBERKATAN UMUR

MANFAAT REZKI

PENGHABISAN HAYAT YANG DIREDHAI ALLAH SWT

Al faqir ilallah JUNDI UMMAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...