Showing posts with label Wahhabi. Show all posts
Showing posts with label Wahhabi. Show all posts

22 Nov 2010

Pergerakan WAHABI secara UMUM di MALAYSIA

Polemik Firqah Wahabi vs ASWJ di Malaysia

Polemik Firqah Salafi Wahabi vs Ahli Sunnah Waljamaah di Malaysia

Polemik antara aliran Salafi Wahabi dengan Ahli Sunnah Waljamaah di dalam Negara semakin mendapat perhatian dan ianya juga menjadi perbualan kalangan masyarakat berilmu.

Kedua pihak saling mengkritik dan mempertikaikan antara satu sama lain berkenaan hal ehwal agama mengikut kefahaman masing-masing. Kedua belah pihak memepunyai hujah tersendiri bagi mendokong pandangan mereka.

Malaysia sebuah Negara yang pada dasar umat Islam mempraktikkan aliran Sunnah Waljamaah sejak berzaman kedatangan Islam di Alam Melayu dan ianya menjadi pegangan majoriti umat Islam sedunia. Bahkan rantau nusantara dikenali rantau Sunni.

Manhaj ASWJ
Apakah yang dimaksudkan aliran Ahli Sunnah waljamaah… Iaitu golongan yang memahami al-Quran dan as-Sunnah dengan kefahaman Islam sebenar iaitu berpaksikan akidah menikut manhaj (methodology) Imam Abu Hasan al-Asyaari dan al-Maturidi, didalam mempraktikkan amalan Feqah mengikut mazhab seperti Hanafi, Maliki, Hanbali dan Syafei. Dan mempraktikkan amalan Tasawuf mengikut manhaj Imam al-Ghazali atau mana-mana Tariqat Sufi Muktabar. Antara tokoh iaitu Imam al-Ghazali, Imam as-Syafei, Imam Hanafi, Imam al-Abu Hasan Asyaari, Maulana Zakaria al-Kandahlawi, Said Nursi, Syeikh Daud al-Fathoni, Syeikh Ahmad al-Fhathoni, Syeikh Abd Samad al-Palembani, Syekh Mohd Arsyad al-Banjari, Dr Uthman el-Muhammady dan ramai lagi. Institusi yang utuh dengan aliran Sunni ASWJ iaitu al-Azhar as-Syarif, Mesir dan institusi Pondok/pesantren dan Institusi Tariqat Sufi.



Manhaj Salafi Wahabi
Iaitu suatu aliran yang mendakwa berpegang secara langsung kepada al-Quran dan Hadis tanpa mengikuti mazhab tetapi mengikut manhaj golongan salafus soleh. Mereka menisbahkan diri mereka sebagai salaf iaitu golongan yang hidup dalam sekitar 300 tahun daripada zaman Rasulullah SAW. Namun dakwaan mereka mengatakan mengikut manhaj salaf jelas bertentangan kerana berbeza antaranya golongan wahabi mencipta tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma Sifat, memanipulasi faham bidah, syirik , kufur mengikut fahaman mereka serta membawa fahaman tajsim dan tashbih. Antara tokoh aliran ini ialah Ibn Taimiah, Mohd b Wahab, Ibn Qayyim, Nasrudin al-Albani, Abd Qadir al-Jazairi, Ibn al-Baz, Nasrudin al-Albani, Usama Bin Laden dan lain-lain. Antara institusi utama iaitu Universiti Islam Madinah al-Munawarah, di Arab Saudi dan beberapa madrasah di Pakistan.

Fenomena Salafi Wahabi di Malaysia semakin ketara dengan sikap golongan firqah tersebut yang mempertikaikan ulama Melayu silam dan kitab-kitab karya mereka dengan tohmahan sebagai jumud dan menyeleweng. Amalan-amalan kebaikan seperti maulid, tahlil, majlis zikir dihukumkan sesat dan bidah. Bahkan golongan salafi Wahabi banyak memainkan fahaman mujassimah dan mushabihah dan doktrin menghukum seperti sesat, khurafat, bidah, syirik, kufur mengikut kefahaman dan pandangan mereka. Golongan Salafi Wahabi berjaya mendapat tempat di beberapa media massa seperti majalah dan akbat harian dan mingguan. Mereka juga berjaya menduduki di dalam sektor awam, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, NGO, parti politik dan lain-lain. Bahkan mereka telah berjaya penetrasi kedalam aliran Sunni Ahli Sunnah waljamaah dan mendakwa merekalah sebenarnya ASWJ. Konsep yang mereka sebarkan doktrin mereka adalah melalui mengajar di sekolah, surau, masjid, IPT, dan melalui penulisan di media massa serta seminar, wacana, ceramah, Internet, Tv, Radio dan sebagainya. Bahkan menjadikan masyarakat tidak dapat menilai antara siapa sebenarnya golongan ASWJ.

Fahaman tabdi’ yang dipelopori golongan salafi wahabi membawa kekeliruan kepada masyarakat tentang Islam yang sebenar walhal sejak berzaman Islam di dalam Negara ialah ASWJ. Fahaman tabdi’ boleh membawa perpecahan dan pertelingkahan dalam masyarakat Islam di Malaysia. Walaupun golongan Salafi Wahabi masih kecil namun mereka kelak bagaikan bom jangka yang akan menggugat perpaduan umat Islam di Malaysia.

Agenda Salafi Wahabi kini ialah mengkritik ulama Melayu silam sebagai jumud, sesat dan menyeleweng dan mempropagandakan kitab agama Jawi Melayu sebagai tidak betul dan taksub kepada mazhab dan taksub kepada bangsa Melayu. Sememangnya mereka bertopengkan dan mendakwa mereka sebagai golongan Islah, tajdid dan mengikut al-Quran dan al-Hadis. Dan mereka begitu sensitif jikalau membangkitkan penyelewengan ulama rujukan mereka yang menjadi pujaan golongan Wahabi. Bahkan mereka bijak dengan menafikan panggilan wahabi kepada pengikut-pengikut mereka bagi memperdayakan masyarakat dengan dakyah dan doktrin mereka tersebut. Dan Mereka juga suka membangkitkan isu-isu masalah furu’, ayat-ayat mutashabihat dan kontroversi bagi mengelirukan umat Islam dengan ASWJ yang hakiki. Bahkan sesetengah pihak sudah keliru dengan mengiktiraf golongan Salafi Wahabi sebagai sebahagian daripada aliran ASWJ.

Di Malaysia mereka membentuk jaringan sesama mereka dan secara antarabangsa dengan golongan Salafi Wahabi di Timur Tengah, Indonesia dan Thailand serta menjemput ulama Wahabi ke Malaysia bagi wacana ilmu anjuran mereka. Mereka bergerak melaui NGO dan sebagainya

Penutup
Sesungguhnya doktrin yang dibawa oleh golongan Salafi Wahabi adalah melampau dan bertentangan dengan ASWJ yang sebenar mengikut kefahaman al-Quran dan Hadis. Fahaman Tabdi’ seperti menghukum sebagai sesat, bid’ah, khurafat, syirik, taksub mazhab, jumud dan taksub kepada bangsa adalah doktrin yang selau dibawa mereka. Mereka selau bertopengkan dengan dakwaan berpegang kepada al-Quran dan Hadis, golongan Islah, tajdid dan sebagainya.

Mereka semakin membentuk jaringan sesama golongan wahabi sebagai jaringan strategik dalam dan luar Negara dan berusaha mencari peluang di media massa dan posisi strategik dalam perkhidmatan awam dan NGO serta parti politik. Mereka akan membangkitkan perselisihan dengan apa yang telah diamalkan masyarakat sejak berzaman dengan dakwaan ianya bertentangan dengan Islam. Dengan pengaruh dan kuasa agenda Salafi Wahabi ialah untuk menjadikan umat Islam di Malaysia berpaksikan fahaman mereka.

Dan sedia maklum sememangnya golongan inilah pelampau agama dan ramai jaringan pengganas antarabangsa adalah berpaksikan kepada ideologi atau doktrin Salafi Wahabi dalam beragama dan berpegang kepada doktrin menghukum dan tabdi’. Sememangya sejarah munculnya dan berkembanganya aliran Salafi wahabi ialah kerana agenda politik yang bertopengkan agama. Bahkan tuduhan propaganda mereka dengan menegatifkan ulama dan kitab-kitab Melayu jawi sebagai menyeleweng dan jumud serta taksub kepada mazhab dan taksub kepada bangsa Melayu.

Justeru usaha memepertahankan umat Islam dengan jatidiri ASWJ menjadi tanggungjawab bersama umat Islam terutamanya pemerintah sebelum ianya menjadi barah dalam masyarakat di Malaysia kerana ianya akan memecahbelahkan masyarakat dan mengelirukan kefahaman agama Islam yang sebenar..

sumber: ALAM ILMI

28 Oct 2008

EXAMINATION- Kaedah JAE


TIADALA JADI SEPERTI MAYAT HIDUP...TAK TERURUS...TINGGALKAN MASALAH ANDA SEMASA EXAM..GUNAKAN KAEDAH TERBARU ..PERKENALKAN .."J.A.E"



Exam....stress, pening, tak cukup tidur, tertinggal subuh, tak sempat makan...kini anda tidak perlu risau lagi, dengan pendekatan saintifik dan anlaisis dari pakar,

Kami ada penyelesaiannya... Penemuan paling canggih di abad ini...Kami ada jawapannya, mudah tanpa bayaran pendahuluan, tanpa bunga...secara terus ..... Persembahkan Kaedah Menghadapi Masalah Anda!!! .."J.A.E"

mudah saja...jangan ambil exam (J.A.E)!!!!!
Selamat Menghadapi Peperiksaan buat budak2 Universiti dan yang seangkatan dengannya....

25 Oct 2008

tarbiyyah+siasah=dakwah

Sahabat-sahabat..apa pandagan kalian tentang ini????

PMIUPM jangan masuk perangkap BHEP

Salam perjuangan, buat blogger seluruh dunia....alam ni dirasakan sangat kecil. Kita berhak berjumpa sesiapa sahaja, dan sampaikan ISLAM dimana sahaja.

Buat sahabat PMIUPM, mengikuti isu yang dibawa baru-baru ini, kalian jangan terlalu teruja dengan nilai moral yang kalian capai kini. Setiap saat, setiap masa musuh tidak akan pernah senang dengan kemenangan kita dan Islam. Memahami kita akan makna peperangan itu adalah tipudaya, sewajarnya kita perlu sangat teliti dalam merencanakan setiap gerak kerja Islam kita agar kita tidak tertipu dengan perangkap yang dipasang musuh

Sebagai insan, keputusan yang kita buat kadang-kadang berdepan dengan 2-positif dan negetif. Untuk mencapai sesuatu, kita perlu mengorbankan seuatu...nasib baik kita perolehi kedua-duanya. Melihat perkembangan isu yang menembusi media Malaysia kini sejak kebelakangan ini ia umpama jerat dan jerangkap samar yang bakal memberikan " Bad Political Mileage" kepada Persatuan Islam di kampus. Usaha penerangan kepada warga kampus perlu dijalankan agar mesej kita kepada mereka jelas dan bukannya kita dilihat semata-mata menjadi seolah-olah menentang universiti. Cara kita membawa isu perlulah tajam dan tepat kesasaran bukanlah lebih banyak mencipta musuh, apatah lagi mengeruhkan keadaan.

Yang pasti musuh akan mengatur serangan balas dengan apa yang telah kita mulakan. Tetapkan jentera pada kadar paling fit menghadapi segala kemungkinan. Kem-kem stategi yang pernah dilalui pastinya meletakkan kalian berada pada pos yang selesa sekarang. Serangan balas yang paling ampuh bukanlah bertahan, tetapi menyerang balik...

Padang tempur sudah dibentuk musuh, tetapi biarlah kita yang memalu gendangnya dan mereka menari dan bukanlah mereka pula merampas gendang dan sebaliknya kita pula yang menari. Semua jentera perlu mara dan meneruskan gerak kerja peperangan kita. Ia baru bermula, dah sampai masanya mereka digulingkan dari atas. Kita persiapkan untuknya sekalian masa , dan sekarang masa paling sesuai untuk kita lancarkan serangan memusnah yang mereka akan kenang sampai bila-bila.

Manfaatkan segenap sudut: politik, ekonomi, kebajikan ..semelum serangan mengejut yang melumpuhkan mereka dari dalam.

24 Oct 2008

Peperangan QIYADAH - JUNDIYYAH

Ia suatu terma menggambarkan bagaimana ALI diperangi pengikutnya, menggambarkan bagaimana UMAR di bunuh dan bagaimana menghabiskan hayat UTHMAN..amirul mukminin umat ini...

Sirah berulang dan bersilih ganti, perselisisihan Pemimpin dan Pengikut jemaah Islam...Kelemahan pemimpin di jadikan tiket segalanya di bolehkan..
maka terjadilah kehancuran jepada jemaah Islam. Ketakutan melihat perkara ini menghantui mereka yang pernah melalui dengan apa yang dikatakan sebagai "Pengalaman Pahit"

Begitulah , fanatiknya khawarij kepada pendapatnya, dan taksubnya pengikut yang mendewakan Ali.... saat berhujah masing2 meberikan hujah yang pangkah- memangkah tak berkesudahan...berlebih-lebihan,


Natijahnya,...?? kita kenang ungkapan yang mashur...tiada Islam tanpa Jemaah, Tiada Jemaah tanpa pemimpin, Tiada pimpinan tanpa ketaatan... Aku terfikir mengapa ketatan penghabisnya, bukan Islam penghabisnya?. Aku meneliti syariat yang terkandung disebaliknya...mudharatnya sangat besar Islam tanpa ketaatan.

Itulah yang terjadi kepada Ali, Umar dan Uthman lantaran saat apa yang diputuskan amirul mukminin di perselisihkan lagi... Lantas musuh mencelah, Iblis bercerawang di telinga-telinga mereka mendesak..

Melakukan kerosakan lebih besar..Maka terletuslah pula peperangan sesama mereka. Ramai terbunuh dan dibunuh. Ramai dizalimi dan menzalimi sesama mereka.T erungkap dalam lipatan sirah..ITULAH FITNAH TERBESAR UMAT INI. Perpecahan sesama mereka.

Prinsip syura bukanlah melindungi pemimpin ..VETO?.. Gila Kuasa...Zalim..bukan isu dia , kesatuan umat ini dibawah satu pemerintahan yang ditaati atas taklifan yang diamanahkan Allah ke atas mereka wajar di penuhkan haknya. Sebagaimana pemimpin wajib memenuhi hak ahlinya begitulah sebaliknya.

Apakah makna Allah perintahkan taati pimpinan ? dan Rasul sebutkan taatilah pemimpin dikalangan kamu sekalipun ia hamba HABSYI???

Kekuatan pemimpin diletakkan atas kekuatanya kepada ALLAh..maka ALllah akan kuatkannya, teguhkan kakinya, kuatkan jiwanya.. lantas perpecahan pula berlaku di peringkat pengikut, mencemuh pemimpin mereka yang salah itu , salah ini..tak patut ini dan itu....
Nah ! menjadi kewajipan ahli meyampaikan menyuarakan kesilapan kepada pemimpin mereka dengan cara yang betul .. dan kita wajib terus bersatu. Itulah asas prioriti yang di gunapakai dalam mecernakan Fiqh awlawiyat. Bukanlah melangkaui pemimpin, mendahului keputusan PEMIMPIN serta SYURA bahkan membelakangkan syura itu pula.... tinggal lah ia umpama puing-puing kayu yang cuba berjasa..tetapi dinafikan pula ALLAh keberkatannya...

Inilah barah yang sedang melanda umat ini, terlebih parah mereka mendabik dada tindakan ini benar dan memeberi bekas. Sedar atau tidak mereka sebenarnya sedang menderita kelelahan memikul beban di bahu-bahu mereka . Mereka sangkakan inilah yang mereka wajib perjuangkan.

Meninggal lah ia bekas yang kosong tanpa manfaat, air yang tak boleh dimium walaupun banyak usaha dicurahkan untuk menjadikan ia manfaat.

Syariat mula dilaksanakan bawah PAS.


Melihat kepada blog ROSLAN SMS, Selangor haramkan Jom Heboh!!
Inilah yang kita sebagai rakyat yang punya kepercayaan kepada ALLAH nantikan dari kemenagan pakatan rakyat.

Bertitik tolak dari KEM TARBIYYAH yang baru diadakan di Taman Melewar tempoh hari , pemimpin utama gerakan ISLAM ini kini semakin kemas mengatur langkahnya. Tahniah Hassan Ali!! Kami menyokong tindakan yang sangat tepat pada masanya ini.

Cuma kita perlu jelaskan kepada maysrakat seluruhnya bukanlah berhibur itu yang salah, namun ia sebahagian naluri manusia. Cuma kita perlu kawalan dan lebih "good manner" dalam mengolah hiburan dalam kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun.

Kita tidak sanggup lagi melihat anak muda kita rosk setiap kali SURE HEBOH ini di buat..Jelas , Fatwa mengatakan ia haram. Manakan tidak! sasaran anak muda ini bercampur gaul macam rojak atas padang , bersesak-sesak, solat kemana , aurat kemana, batas akhlak tiada lagi.
Pernah jika kita tanya "TUKANG SAPU" , selepas konsert sure heboh mereka.... menjumpai kondom bersepah-sepah di tapak konsert....

Pemerintahlah yag sewajarnya menegah dari perkara ini berulang lagi. Kebiadaban TV3 perlu kita ajar, tunjukkan dia pintu keluar.Mereka hanya pentingkan keuntungan dan mana ada masa nak fikir pasal akhlak2 nih....sebab mereka sendiri tidak berakhlak..ada sesiapa nak bantah kenyataan ini???

Apapun untuk cadangan untuk Kerajaan Negeri , boleh menganjurkan SURE HEBOH ISLAMIK tajaan PAS yang mengenengahkan konsep berhibur ketimuran yang lebih bersopan dan penuh manfaat.

13 Nov 2007

Majlis Ilmu Haul Imam Al Haddad


Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad


Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.

Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:

1. Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
2. Hari Sabtu 15 Dec 2007 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
3. Hari Ahad 16 Dec 2007 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’

* Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman perjalanan kita ke akhirat.


Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan dimaklumkan pada majlis semasa.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.

Semoga kami semua dapat manfaat dan diberkati Allah dengan usaha menimba ilmu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. serta RasulNya Muhammad s.a.w. Amin

Maklumat lanjut lawayi PAUTAN Haul Imam Al Haddad dalam blog ini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger