30 Jan 2008

MUHASABAH SEORANG insan BERGELAR SUAMI

Oleh:Izwan A.H


Watikah Dari Langit

Seorang lelaki seharusnya menyedari bahawa dirinya menjadi pemimpin kepada kaum perempuan. Lelaki menjadi pemimpin kepada perempuan bukanlah atas perlantikan kaum perempuan yang dipimpinnya, tetapi perlantikan ini adalah dari Yang Maha Esa. Allah SWT telah pun memberi watikah perlantikan itu menerusi wahyuNya sebagaimana diawal surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum perempuan….”

Jika semua perempuan telah terpikul sebagai tanggungjawab kepada seorang lelaki, apatah lagi perempuan yang mendampinginya iaitu isteri. Sudah tentu isteri menjadi tanggungjawab yang khusus kepada seorang lelaki bergelar suami. Boleh jadi adil untuk mengatakan bahawa jika tanggungjawab terhadap isteri tidak terlaksana dengan sempurna apatah lagi diharapkan untuk bertanggungjawab kepada seluruh kaum perempuan. Kerana isteri boleh menjadi cerminan untuk menilai seorang lelaki.

Bagi seorang isteri pula ia seharusnya memahami betapa besarnya tanggungjawab yang telah Allah SWT amanahkan kepada suaminya sebagai seorang lelaki.


Tiga Peringkat Keperibadian Hawa

Pra-kepimpinan seorang suami terhadap isterinya adalah mengenali sifat keperibadian isteri. Al-Qur’an meletakkan tiga peringkat keperibadian seorang hawa.

Peringkat pertama ialah:
• anak-anak perempuan (al-Baqarah:49)
• semua perempuan di dunia (ali-‘Imran:42)
• golongan perempuan (an-Nisa’:23)
• saudara perempuan (an-Nur:31)
• lunak suaranya (al-Ahzab:32)
• suka mempamerkan diri (al-Ahzab:55)
• boleh melakukan hubungan kelamin (al-Baqarah:187)
• haid, monopous & idah (at-Thalaq:4)
• perbuatan emosi (al-Hujurat:11)

Peringkat kedua:
• dilibatkan dalam pembahagian harta peninggalan (an-Nisa’:12)
• dilibatkan dalam masalah kalaalah (an-Nisa’:176)
• perbincangan suami isteri (an-Nisa’:128)
• isteri Imran (ali-‘Imran:35)
• isteri Al-Aziz (Yusuf:30)
• isteri Firaun (al-Qasas:9)
• isteri Nabi Ibrahim (adz-Dzariyat:29)
• isteri Nabi Zakaria (al-Anbiyaa’:90)
• isteri Nabi Nuh (at-Tahriim:10)
• isteri Nabi Luth (at-Tahriim:10)
• isteri Abu Lahab (al-Masad:4)
• ibu Maryam (Maryam:28)
• memerintah negara (al-Naml:23)
• pengembala kambing (al-Qasas:23)

Peringkat ketiga:
• amar maaruf nahi mungkar (at-Taubah:71)
• mendirikan solat (at-Taubah:71)
• memberi zakat (at-Taubah:71)
• taat kepada Allah, taat kepada Rasul (at-Taubah:71)
• menyekat pandangan, memelihara kehormatan (an-Nur:31)
• tidak memperlihatkan perhiasan tubuh (an-Nur:31)
• tidak menghentak kaki untuk menunjuk perhiasan kaki (an-Nur:31)
• taat, benar, sabar, merendah diri, bersedekah, memelihara kehormatan, banyak berzikir (al-Ahzab:35)
• berhijrah, diuji dan berbaiah (al-Mumtahanah:10&12)
• membelanjakan harta pada jalan Allah (al-Baqarah:262)

Dari peringkat pertama kita diperkenalkan dengan sifat keperibadian umum yang ada pada semua kaum hawa. Seterusnya ada hawa yang mencapai tingkat kedua atas sebab hak perundangan (hukum) yang diberikan kepada mereka. Mereka juga mungkin memperolehi keistimewaan atau kedudukan tertentu kerana mengahwini suami yang berkedudukan. Malah ada dikalangan mereka ini yang mampu mentadbir organisasi atau yang berkerjaya, dalam erti kata mudah; mereka yang mempunyai kekuatan pada akal dan ilmu. Tingkat ketiga adalah hawa yang tunduk patuh pada perintah dan larangan Allah SWT, melakukan amal soleh serta berkorban untuk agamaNya.


Hala Tuju Kepimpinan Suami

Terpulang kepada suami tingkat keperibadian yang mana ingin dicapai untuk isterinya. Semuanya terletak pada kepimpinanan suami, insya’Allah. Jika suami menginsafi tanggungjawab kepimpinan yang dianugerahkan kepadanya, sudah tentu tingkat keperibadian yang ketigalah yang perlu dicapainya, lebih-lebih lagi kepada isteri sendiri.

Apabila seorang lelaki selesai berijab qabul bermakna dia sudah bergelar suami, lalu isteri yang bersamanya adalah satu amanah dalam ujian kepimpinannya. Siapa pun isteri yang diterima, tidak kiralah dia dari tingkat keperibadian pertama, kedua mahupun ketiga, suami tetap mempunyai tanggungjawabnya iaitu memimpin.

Bagi suami yang menerima isteri yang memiliki tingkat keperibadian pertama dan kedua, amanahnya memimpin isteri menuju ke peringkat keperibadian ketiga. Pada yang menerima isteri yang memiliki tingkat keperibadian ketiga, jangan merasa diri beruntung atau boleh ambil mudah, kepimpinannya lebih berat lagi iaitu untuk mengekalkan isteri sentiasa istiqamah ditingkat itu. Malah jangan dilupai, biarpun isteri ditingkat ketiga atau kedua, keperibadian tingkat pertama adalah sesuatu yang fitrah berada dalam diri si isteri. Kerana hakikatnya, tingkat mana pun yang dicapainya, kesemua peribadian itu berada dalam diri yang satu.


Al-Qur’an dan As-Sunnah Silibus Teragung

Al-Qur’an sebagai silibus teragung memberi panduan untuk rujukan suami dalam menjalankan amanah kepimpinannya. Kepimpinan suami boleh dianggap berjaya jika telah memimpin isterinya mencapai dan / atau mengekali peringkat keperibadian ketiga. Namun jika sebaliknya, suami mungkin menghadapi perkara-perkara yang akan menguji kepimpinannya. Allah SWT memberi panduan berdasarkan ayat berikut:

“…..Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka jangan kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesunggguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.” (an-Nisa’:34)

Tahap dalam menghadapi permasalahan isteri itu ada 3:
1. menasihati dengan segala cara sebagai usaha untuk melembutkan hatinya;
2. berpisah tempat tidur sebagai suatu dugaan kepada perasaan dan jiwa isteri agar ia kembali kepada kebenaran;
3. pukul secara maaruf yakni tidak mencederakan atau meninggalkan bekas di badan isteri juga mengelak dari memukul muka, dada atau perut.

Tahap ini tidak bermaksud dilakukan kesemuanya. Jika isteri boleh dihadapi dengan tahap pertama, maka tidak perlulah untuk tahap seterusnya. Kerana itu Allah memberi ingatan buat suami bahawa perkara yang sudah diselesaikan jangan suami pula menjadi penyebab permasalahan itu boleh berulang semula.

As-Sunnah Rasulullah SAW juga penting sebagai contoh ikutan yang terunggul. Beberapa kisah dari sirah Rasulullah SAW dapat dijadikan pengajaran yang perlu diambil si suami. Paling banyak adalah kisah-kisah Rasulullah SAW menghadapi pertanyaan demi pertanyaan dari kaum perempuan berhubung masalah kewanitaan mereka termasuk hal-hal yang pada kita terlalu sulit untuk dibicarakan sebagaimana kisah yang diriwayatkan sendiri oleh Saiyidatina Aisyah RA berikut:

Seorang wanita bertanya Nabi SAW: “Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya?” Perawi Hadith berkata: Kemudian Aisyah menyebutkan bahawa Baginda mengajarkan cara mandi kepada wanita tersebut. Di antara sabda Baginda: “Kemudian kamu ambil kapas yang disapu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya.” Perempuan itu berkata: “Bagaimana cara bersuci dengannya?” Baginda bersabda: “Maha suci Allah! Kamu bersucilah dengannya.” lalu Baginda pun bersembunyi. Sufian bin Uyainah memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya. Perawi Hadith melanjutkan ceritanya: Aisyah berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi SAW. Lalu aku berkata kepada wanita tersebut: “Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu.”

Begitu juga terdapat kisah tuntutan-tuntutan kaum perempuan agar Rasulullah mengadakan kuliah khusus buat mereka. Dalam satu kisah yang mahsyur Rasulullah menghadapi seorang wanita tua yang selalu mengejeknya tatkala Rasulullah menggunakan jalan berhampiran rumah wanita tua itu. Hinggalah satu hari wanita tua itu tidak lagi mengejek Rasulullah ketika Baginda lalu dijalan yang sama. Rupanya wanita tua itu jatuh sakit dan Rasulullah menziarahi wanita tua itu. Dengan penuh kasih sayang, Baginda menyuapkan makanan kepada wanita tua itu yang sedang sakit itu sehingga menimbulkan keinsafan dihati wanita tua itu. Dan banyak lagi kisah Rasulullah dalam menghadapi kerenah kaum perempuan termasuk cubaan membunuh Baginda, namun Rasulullah tetap tampil bertindak sebagai seorang pemimpin yang unggul.

Rasulullah SAW juga tidak ketinggalan menghadapi kerenah isteri-isteri Baginda dalam menguruskan rumahtangga. Malah ada hal ehwal rumahtangga Baginda yang mendapat ‘perhatian’ hingga diturunkan wahyu sebagai pengajaran untuk sekalian umat. Antaranya surah at-Tahrim ayat 1-5 yang mengisahkan Rasulullah SAW pergi ke rumah Zainab al-Jahsyi dengan Baginda diberi minum madu lebah dan dikatakan bahawa duduk agak lama disitu. Hal ini mendatangkan rasa cemburu kepada Hafsah lalu menceritakan hal ini kepada Aisyah. Maka merekapun berpakat dengan satu jawapan yang sama. Maka apabila Rasulullah SAW mendatangi isterinya itu, dia mengatakan bahawa Rasulullah mulutnya berbau maghaafir (sejenis minuman yang berbau). Rasulullah menafikan, dan menjelaskan bahawa Baginda meminum madu di rumah Zainab.

Ini menyebabkan Rasulullah bersumpah tidak mahu minum madu lagi dan supaya Hafsah rasa senang hati dan minta Hafsah merahsiakan sumpah Baginda. Namun Allah tidak memperkenankan sumpahan itu. Barangkali Hafsah yang tidak tertahan kerana seronok terhadap janji Nabi SAW itu terus mengkhabarkan rahsia itu kepada Aisyah, lalu Allah memberitahu hal ini kepada Nabi SAW. Maka diriwayatkan bahawa Nabi SAW memboikot mereka selama sebulan.


Tunaikan Hak, Jauhi Penganiayaan

Isteri bukan sahaja perlu dipimpin, tetapi hak-hak insani seorang isteri juga perlu ditunaikan suami. Allah SWT mengisytiharkan hak-hak berikut sebagai tanggungjawab yang mesti dilaksana dan ditunai serta disempurnakan oleh suami:

• menggauli isteri (al-Baqarah:187)
• memberi makan dan pakaian (al-Baqarah:233)
• upah penyusuan (al-Baqarah:233)
• wasiat nafkah (al-Baqarah:240)
• pemberian mut’ah (al-Baqarah:241)
• menunaikan wasiat dan membayar hutang isteri (an-Nisa’:12)
• menggauli dengan cara yang baik (an-Nisa’:19)
• membayar mas kahwin (an-Nisa’:24)
• saling berkasih sayang (ar-Rum:21)
• bercerai mengikut masa ‘iddah (at-Thalaq:1)
• menyediakan tempat tinggal (at-Thalaq:6)
• nafkah dan upah penyusuan (at-Thalaq:6)

Tidak kurang juga ayat-ayat pertegasan agar suami menjauhi perbuatan penganiayaan terhadap isteri. Jika isteri diambil dan dihalalkan dengan nama Allah, maka Allah juga berbicara soal suami isteri dengan pengakhiran tentang kebesaran dan kekuasaanNya. Bentuk-bentuk penganiayaan kepada isteri yang mesti dijauhi adalah seperti ringkasan berikut:

• mengambil harta isteri (al-Baqarah:229)
• tidak adil dalam kasih sayang (an-Nisa’:129)
• ziharkan isteri (al-Mujadalah:2)
• rujuk dengan maksud memberi mudharat (al-Baqarah:231)
• menghalau keluar rumah (at-Thalaq:1)
• bersumpah tidak mencampuri isteri (al-Baqarah:226)


Mengelak Dari Fitnah Dunia dan Api Neraka


“…Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu….” (at-Taghabun:14)

Dalam al-Qur’an juga Allah SWT merakamkan peringatanNya buat para suami berhubung pentingnya mendidik isteri untuk menjauhi kemewahan dunia yang keterlaluan lagi mengundang kepada fitnah. Firman Allah SWT:

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasan (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.” (al-Ahzab:28)

Termasuk dalam perkara ini adalah peringatan kepada isteri dan kaum hawa agar menjaga penampilan diri sebagaimana yang terkandung dalam ayat berikut:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…” (al-Ahzab:59)

Malah pada penegasan dalam ayat yang lain, Allah SWT mengingatkan tentang kehidupan di dunia menjadi penentuan balasan di hari pembalasan sebagaimana firmanNya dalam ayat berikut:

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…” (at-Tahrim:6)

Juga dari hadith Rasulullah SAW yang memperincikan perkara tersebut:

“Diperlihatkan kepadaku Neraka, sesungguhnya kebanyakan penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri”. Lalu Baginda s.a.w ditanya: apakah mereka itu mengkufuri Allah? Rasulullah s.a.w menjawab, “mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat-nikmat berumah tangga), dan mereka mengkufuri Ihsan. Apabila kamu melakukan kebaikan kepada salah seorang daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): aku tidak nampak satu apa pun kebaikan padamu!”

Perlu menjadi ingatan kepada isteri bahawa kebanyakan punca golongan mereka ke neraka hanyalah kerana perkara-perkara kecil yang tidak sewajarnya mereka lakukan terhadap suami. Malah kepada suami ini juga menjadi pengajaran bahawa pentingnya dia sentiasa memimpin dalam ruanglingkup yang ditetapkan oleh Allah SWT.

CABARAN KELUARGA DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI

CABARAN KELUARGA DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI (part 2) by Ustaz Alias Othman

Cabaran Membentuk Fikrah Pewaris.

Para du'at bertanggungjawab memastikan keluarga memainkan peranan berkesan dalam membentuk fikrah genarasi pewaris. Ini dapat di lakukan dalam berbagai bentuk. Namun yang paling penting ialah qudwah hasanah.

Ketua keluarga ( suami dan isteri) mestilah menjadi qudwah sebagai aktivis dakwah kepada pewaris. Mereka mesti menjadi contoh amali kepada pewaris. Ini adalah cabaran kepada ketua keluarga supaya sentiasa dapat menunjukkan penglibatan serius mereka dalam kerja-kerja dakwah. Kata pepatah Melayu:

"Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi".
"Bapa borek anak rintik".
"Mana mungkin ketam mengajar anaknya berjalan betul".
"Bapa kencing berdiri anak kencing berlari".
Kata pepatah Arab:

"Bahasa buat lebih fasih (mudah difahami) dari bahasa cakap."

"Yang tidak milik apa-apa tidak dapat beri apa-apa".

"Setiap orang akan membelanjakan apa yang ia ada".

Ketua keluarga yang gagal menjadi contoh sukar berjaya membentuk keluarga du'at dan sekali gus gagal membentuk genarasi pewaris.

Cabaran Hidupkan Suasana Dakwah.

Keluarga du'at tercabar untuk memastikan suasana dakwah sentiasa hidup dalam keluarga. Sebolehnya suasana yang mendominasi keluarga ialah suasana dakwah. Seluruh konsep, nilai dan neraca dalam keluarga mesti sejajar dengan nilai, konsep dan neraca dakwah. Cita-cita, cinta, bacaan, keutamaan-keutamaan dalam keluarga, rutin hidup harian, usaha mencari rezeki dan kekayaan, perbelanjaan, perbualan, aktiviti, hubungan-hubungan, hiburan, rekreasi, tetamu dan lain-lain semestinya tidak terpisah daripada dakwah. Kesemua ini secara natural akan berpindah kepada pewaris dalam keadaan yang cukup tabi'ie dan akan mendarah daging.

Realiti kita.

Setakat ini, realitinya, walau pun kita mampu mempertahankan yang wajib tetapi secara umum kita banyak menurun dalam banyak aspek. Malah dalam sesetengah perkara ada di antara kita yang telah jauh terbabas dari landasan.

Kehidupan Keluarga.

Daripada sudut kehidupan material secara rawak keluarga kita paling kurang telah mencapai tahap sederhana, malah ada yang kaya.

Daripada sudut pencapaian keluarga bahagia saya rasa majoriti keluarga kita dapat memastikan kebahagiaan berkeluarga. Tetapi tidak dapat dinafikan ada keluarga yang menghadapi masalah. Banyak kes-kes yang sampai kepengetahuan kami.

Daripada sudut pemeliharaan adab dan tata susila Islam kita masih dapat mempertahankan yang wajib-wajib. Tetapi dalam perkara fadzail dan warak kita telah banyak menurun. Dulu kita pakai furdah, sekarang kita pakai tudung tiga segi. Dulu kita pakai jubah, sekarang kita pakai seluar dan kemeja labuh atau pakai stail Hindi.

Pemeliharaan al-'afaf.

Daripada sudut pemeliharaan al-'afaf golongan bapa dan ibu saya yakin sebilangan besar kita dapat memeliharanya dengan baik dalam hubungan suami isteri dan dengan orang lain. Namun ada kes cinta warga tua di kalangan kita. Ia sampai membawa kepada perpecahan. Ia bukan hanya berlaku kepada orang kecil dalam dakwah, tetapi berlaku kepada orang-orang besar juga.

Perkahwinan kedua ikhwah tidak mengurangkan bilangan akhawat yang belum bersuami.

Di kalangan anak-anak, setakat yang saya tahu kita belum berjaya memastikan anak-anak memilih pasangan berdasarkan perjuangan dakwah. Kita belum berjaya memastikan percintaan mereka didasarkan di atas fikrah islamiah. Percintaan mereka masih sama dengan anak-anak orang biasa. Mungkin ada satu dua kes sahaja.

Menjajarkan Rumahtangga Dengan Dakwah.

Saya tidak banyak berjalan menziarahi rumah-rumah ikhwah dan akhawat. Jadi, saya tidak dapat satu gambaran jelas mengenai penjajaran kehidupan keluarga kita dengan kehidupan dakwah. Tetapi apa yang dapat kita saksikan, jemaah kita tidak semewah keluarga kita. Dakwah kita tidak mendapat perhatian daripada semua ahli sebagai mana rumah kita mendapat perhatian daripada semua kita.

Fenomena tidak berlaku pertambahan ahli, piramid keahlian yang terbalik, aktivis yang sama di semua program dan di semua peringkat, kelembapan tarbiah adalah petunjuk-petunjuk jelas kepada penjajaran yang tidak sempurna ini.

Membina Fikrah Pewaris.

Setakat ini mungkin bilangan anak-anak kita telah mencecah ribu. Sudah ada anak kita yang berusia 26 tahun. Alhamdulillah , telah ada di kalangan mereka yang aktif dalam dakwah. Namun bilangannya amat menyedihkan, terlalu amat sedikit. Yang sedikit itu pun belum mencapai kualiti yang sepatutnya. Belum ada di antara mereka yang layak di serahkan tugas yang lebih bermakna dalam sebuah harakah islamiah. Sedangkan anda dahulu, dalam usia mereka, telah mencapai satu tahap yang boleh diserahkan mas uliyah.

Bukan hanya setakat tidak cukup kualiti, tidak terlibat dalam kegiatan dakwah, malah ada anak-anak kita yang terbabas. Yang tidak berminat dengan amal dakwah mewakili majoriti anak-anak kita.

Penutup.

Sudah ada antara lita meredah kerja dakwah melebihi 30 tahun
Sudah banyak pahit maung dirasai
Sudah banyak pengalaman ditimba
Sudah ada antara kita yang menjengkau usia tua

Anak-anak sudah ramai yang meningkat usia remaja
Telah ada yang mencapai usia matang dan dewasa
Malah telah ada yang menimang cahaya mata
Tetapi, semuakah mereka berada dalam saf dakwah?.

Pernahkah kita bertanya pada diri
Sudahkah anak-anak terjamin akan mewarisi ?.
Ataukah sebenarnya mereka telah jauh sesat diri
Ataukah kita sendiri yang telah menyesal menjadi da'ie
Dan tidak lagi merestui anak mengikut jalan ini
Atau memang ia kecuaian diri

Anak-anak yang telah remaja,
Dulu kamu dikilik ke hulu ke hilir menghadiri program dakwah
Di dalam dan di luar negara
Kamu tidak tahu apa-apa
Tetapi kini kamu telah mampu menilai
Telah kamu tentukan di saf mana kamu berada

Mari kita renungi bersama,
Mari kita insafi semula
Semoga taufik yang maha esa.

Maa ashobani min hasanatin faminallah...wamaa ashobani min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)
Wallahu a'lam bishowaab.Wassalam

Buat kaum HAWA..dari kaum ..ADAM

KAU YANG BERNAMA PEREMPUAN
ANDAINYA SUATU HARI NANTI
TAKDIRNYA KITA AKAN BERSAMA
MELAYARI BAHTERA KEHIDUPAN
USAH KAU IMPIKAN SELAUT SUTERA KEINDAHAN
JUGA USAH KAU HARAPKAN
KESEMPURNAAN MUTLAK DARI DIRI INI

AKU BUKAN SAIDINA ALI R.A
MAHUPUN SAIDINA UMAR R.A
AKU BUKAN SAIDINA UTHMAN R.A
MAHUPUN SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN
BUKAN JUGA IMAM GHAZALI
ULAMA SUFI YANG TERPUJI
JUGA TIDAK MENCAPAI MARTABAT ALI JUMAH, RAMADHAN BUTI, YUSOF QORDAWI ATAU NURUDDIN AL-BANJARI

KAU YANG BERNAMA PEREMPUAN
MENGERTILAH DENGAN WARAS KEISLAMAN
AKU HANYALAH LELAKI AKHIR ZAMAN
YANG MASIH CUBA MEMPERTAHANKAN MARUAH
DAN KESUCIAN DIRI SEBAGAI MUSLIMIM
BERLANDASKAN GARISANNYA
DALAM MENGHARUNGI KEGAWATAN MASA KINI
YANG SERBA PALSU SERTA CUKUP MENJIJIKKAN
DENGAN KEMAMPUAN DIRI YANG TINGGAL SEKUMAN CUMA

KAU YANG BERNAMA PEREMPUAN
DEMI KERANANYA SEMATA
TIDAK KUTAGIH APA-APA DARIMU
CUMA KUPOHON SEBUAH PENGERTIAN
DAN KASIH SAYANG SUCI
BAHAWA AKU JUGA ADALAH AMANAH UNTUK DIRIMU
SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA...

Allah lebih mengetahui...

October 17, 2007 | Permalink | Com

28 Jan 2008

Gerakan Islam di Malaysia

Kemunculan Gerakan Islam (harakah Islamiyyah) di seluruh dunia amat diperlukan sebagai suatu force yang akan memastikan hukum Allah SWT terlaksana di atas muka bumi setelah jatuhnya Khilafah Islamiyyah. Dari segi syara' ia adalah suatu kewajiban umat Islam berdasarkan nas al-Qur'an dan juga hadith Rasulullah SAW. Setiap gerakan Islam di dalam sesebuah negara mempunyai peranan pentingnya. Dari segi teori, sebaik-baiknya ada SATU gerakan di dalam sesebuah negara demi perpaduan, menjimatkan tenaga, masa dan wang.

Namun realiti yang berlaku hari ini menunjukkan kemunculan banyak kumpulan Islam yang masing-masing mempunyai haluan yang tersendiri, termasuklah di negara kita.

Dalam konteks Malaysia, Gerakan Islam (PAS) adalah satu satunya pilihan sebuah jemaah Islam yang perlu didokongi untuk merealisasikan tugas dan tanggungjawab seperti yang telah disebutkan diatas.

Setiap ahli Gerakan Islam ini hendaklah memahami hakikat bahawa dia adalah merupakan anggota kepada sebuah jemaah Islam yang menjadikan politik sebagai wasilah dan bukannnya matlamat untuk sampai kepada satu matlamat yang lebih besar.

Setiap ahli Gerakan Islam ini adalah anggota kepada sebuah jamaah Islamiyah global yang berperanan ditapak tempat dia berdiri.

Kita lihat AS dan UK sering berkempen di pentas dunia betapa bahayanya Iraq kepada dunia. Mereka merantau ke seluruh dunia termasuk negara-negara Islam di Asia Barat meyakinkan pimpinan negara-negara Islam bahawa perang yang akan mereka lancarkan ''bukan perang terhadap Islam tetapi pengganas Islam.''

Oleh itu, kita lihat mereka lebih bersikap global apabila menyerang Islam. Tetapi masih ramai umat Islam masih tidak menyedari hakikat ini malah mereka sering bercakaran di antara satu sama lain dan mengambil pula takrif Islam dari sumber yang tidak ada asal usulnya dalam Syariah Islam dalam menangani isu dan maalah mereka sendiri. Akibatnya umat Islam ibarat menumpang dinegara sendiri.

Oleh sebab kuasa-kuasa kuffar bergabung, berperancangan dan berstrategi secara global, maka umat Islam dunia juga mesti merencana strategi secara global untuk menangkis serangan pihak kuffar. Di sinilah peranan yang boleh dimainkan oleh Gerakan Islam.

Allah SWT telah mengizinkan beberapa Gerakan Islam di dunia menang bertanding dalam pilihanraya di negara masing-masing - di Turki, Lebanon, Mesir dan banyak lagi termasuk kita di Malaysia.

Pentas demokrasi yang diizinkan perlu diambil kesempatan oleh semua Gerakan Islam dunia supaya suara Islam dibenarkan berkumandang di dewan parlimen masing-masing.

Ini suatu kewajiban yang diizinkan oleh syara' malah dituntut oleh syara' dalam konteks dan ruang lingkup dakwah. Inilah pentas politik yang dapat digunakan untuk berdakwah.

Cabaran Yang Dihadapi Umat Islam
Umat Islam kini berada di ambang tekanan yang amat hebat oleh negara-negara yang diperintah oleh orang-orang Islam sendiri termasuklah Malaysia. Dengan itu, Gerakan Islam berhadapan dengan dua musuh:

(i)kuasa kuffar dan

(ii)pemerintah Islam sendiri.

Di dalam negara, pemimpin negara sering menonjolkan pelbagai agenda berlabelkan Islam yang cuba mengelirukan ummah, menguatkuasakan pelbagai undang-undang, mengawal masjid-masjid, memporak-porandakan sistem pendidikan Islam dan mengubahkannya supaya menjadi sistem pendidikan formal dan berorientasikan biasa dan berbagai-bagai lagi.

Di luar negara imej Islam dilabel sebagai pengganas yang tidak mengenal erti kemanusiaan, ajaran sesat, songsang, fundamentalist dan sebagainya.

Dalam suasana ini intima'(penggabungan) dan iltizam(komitmen) kita kepada jemaah menjadi berlipatkali ganda. Kekentalan jati diri sebagai anggota sebuah jemaah Islam mestilah dijadikan perisai setiap ketika untuk menangkis cubaan yang merupakan saringan terhadap keikhlasan kita memperjuangkan Islam ini.

Kehadiran kita didalam jemaah ini bukan secara kebetulan tetapi satu kewajipan untuk memperjuangkan Islam. Kekuatan dalaman ini akan hanya dapat dilaksanakan jika sekiranya urusan tarbiyah (pendidikan) menjadi agenda utama setiap ahli.

Tarbiyah hendaklah dilihat dalam aspek nya yang luas yang akan melahirkan pejuang dan bukan hanya sekadar pemidato. Tarbiyah akan melahirkan keyakinan bahawa apa yang sedang kita lakukan ini adalah merupakan satu jihad yang akan pasti menerima kemenangan diakhirat selain mencari kemenangan didunia.

Jemaah yang kita dokongi ini adalah jemaah yang telah lima puluh tiga tahun menjalani proses berbagai untuk menambahkan keyakinan kita terhadap perjuangannya.

Kalau ada kekurangan, kita yang akan membaikinya. Kalau ada kelemahan kita yang akan memperkasakannya. Jemaah ini adalah milik kita untuk diajak pula mereka yang berada diluar sana bersama dengan kita.

'Sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan ummah, PAS adalah satu dari mata rantai gerakan lslam seluruh dunia. la bersama-sama dengan lhkwanul Muslimin di Mesir, Jamaat al-lslami di benua kecil lndia, Hamas di Palestin , Parti Keadilan Sejahtera(PKS) di Indonesia, Parti AKP di Turki dan lain-lain harakah lslam di seluruh dunia, menawarkan khidmat kepada umat lslam supaya bangun bersama lslam dan mewujudkan corak hidup lslam.

Gerakan Islam kita telah membuktikan ketabahannya dalam menghadapi apa juga cabaran dan rintangan. Dan jemaah kita telah mentarbiyahkan ahli dan penyokongnya supaya mengutamakan kepentingan Parti Islam dan jamaah dari yang lain-lain serta terus beristiqamah, berakhlak mulia dan sentiasa mencerminkan syakhsiyah lslam. Juga meletakkan budaya dan ciri-ciri kenegaraan lslam di dalam setiap diri.

Pendokong gerakan lslam mestilah menjadi contoh yang baik untuk diteladani dalam apa juga bidang. Perlu diingat bahawa melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan adalah sebahagian dari ibadah.

Ahli-ahli gerakan lslam hendaklah sentiasa merasakan diri terpanggil apabila berlaku sesuatu peristiwa yang memerlukan khidmat dan pembelaan lslam serta hendaklah peka terhadap setiap perkembangan dan kejadian.

Setiap pendokong gerakan lslam hendaklah dari masa ke masa dan berterusan memperbaiki akhlak serta mempertingkatkan ilmu disamping sering bermuhasabah atau memeriksa diri sendiri. Kerana jalan kita jauh, panjang lagi sukar.

Justeru itu, peribadi dan akhlak ahli-ahli Gerakan islam kita secara langsung mencerminkan suatu dakwah yang boleh menarik dan memikat masyarakat untuk bersama mendokong perjuangan ISLAM dan AL QURAN..untuk Allah dan RasuNYA.

Sebagai ahli Jemaah, kita berkewajipan melahirkan tanggapan positif masyarakat terhadap perjuangan kita. Mereka wajib mempertahankan nama baik jamaah sehingga segala prasangka dan tanggapan negatif masyarakat terhadap jemaah dapat dihapuskan.


Seseorang lslam yang berhasrat untuk berjihad dan ingin memberi sumbangan kepada agama dengan apa yang ia mampu dan mereka yang ingin melihat lslam didaulatkan, serta insaf akan masalah dan himpitan yang dihadapi oleh lslam dan umatnya, dan berazam untuk mencari keredhaan Allah, maka mereka ini akan dapat bersama dengan Jemaah islam dan perjuangan ke arah tadi.

Ketika Gerakan islam kita muncul di awal penubuhannya lalu, politik lslam dianggap asing oleh sesetengah pihak. la dianggap tidak wajar wujud dan tidak secucuk dengan zaman.

Undang-undang lslam dilupai dan tidak mungkin dikemukakan semula. Tetapi hari ini, suka atau tidak suka, semua pihak di luar sama ada dari dalam atau luar negara telah menerima hakikat bahawa adanya politik lslam.

Malah kini ada yang sudah pandai menyebut siasah syariah, maqasid syariah dan beberapa istilah lagi yang telah diperkenalkan oleh para ulama lslam sejak dari abad awal hijrah lagi.

Konsep siasah(politik) dalam lslam sudah menembusi telinga, tembok batu dan bangunan cermin di seluruh dunia. la adalah satu kejayaan hasil dari perjuangan gigih umat lslam dan harakahnya yang tidak pernah mengaku kalah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ''Demi Tuhan bahawa agama ini (lslam) akan sampai ke mana juga selagi mana sampainya malam dan siang''.


Kita yakin semua aspek dalam perbendaharaan lslam akan menjadi agenda yang bertambah penting bagi semua pihak termasuk mereka yang masih menaruh prasangka terhadap lslam.

Justeru itu, kita jangan jemu dan penat untuk menerus dan meningkatkan perjuangan supaya para petualang dan musuh tidak menguasai suasana dengan menggunakan modal lslam dan kita jangan sekali-kali membiarkan politik dan suasana menguasai lslam, tetapi perjuangkanlah supaya lslam menguasai politik dan suasana.

Sejarah manusia sepanjang zaman mengesahkan betapa getirnya pertarungan antara golongan yang berkuasa dengan yang lemah. Golongan yang lemah ditindas dan dizalimi sekalipun mereka berada di pihak yang benar.

Golongan yang berkuasa pula biasanya memiliki kekuatan dan keupayaan yang tidak mampu disaing oleh golongan lemah. Mereka bukan sahaja dapat menguasai rakyat melalui kuasa yang ada, malah mereka menundukkan rakyat melalui tipu helah yang bertopengkan kebaikan dan kepentingan rakyat (umum).

Fenomena ini terus berjalan dari zaman ke zaman. la adalah sandiwara hidup yang dipentaskan di dunia, cuma yang bertukar ialah pelakonnya sahaja.

Sejarah lslam telah memaparkan melalui kisah-kisah al-Quran dan Sunnah tentang kepedihan dan ranjau-ranjau yang pernah dilalui oleh para anbia dan Rasul-rasul a.s. serta pengikut-pengikut mereka dalam menyampaikan risalah Allah kepada manusia.

Firman Allah yang bermaksud:
''Dan mereka tidak menyeksa orang-orang Mukmin itu melainkan kerana orang-orang Mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa Lagi Maha Terpuji'' -(al-Buruuj: 8).

Golongan yang mahukan kepada lslam seringkali dihina, dicemuh, ditohmah, difitnah dan berbagai lagi tindakan yang dilakukan oleh golongan kuffar yang berkuasa. Golongan ini terus menolak seruan yang dibuat sekalipun seruan dan dakwah itu untuk kebaikan mereka di dunia dan di akhirat.

Al-Quran telah memaparkan peristiwa pertarungan antara Nabi lbrahim a.s. dengan Namrud, Nabi Musa a.s. dengan pemerintahan Firaun dan akhirnya antara Nabi Muhammad SAW dengan pemimpin-pemimpin yang berkuasa di Mekah.

Semua peristiwa ini menjadi contoh bagi meningkatkan keyakinan kita dalam perjuangan lslam yang kita dokong selama ini.

Sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang memakan masa lebih dari dua dekad adalah contoh terdekat untuk kita renungi dan pelajari.

Para rasul sebelumnya hanya menghadapi satu barisan musuh sahaja iaitu kekuasaan dan kekuatan kuffar setempat.

Keadaan ini berlainan dengan suasana yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW, di mana baginda terpaksa berhadapan dengan pelbagai kuasa kuffar dari dalam dan luar disamping penyatuan barisan di kalangan mereka yang mendakwa sebagai Muslim iaitu golongan munafiqin dengan kekuatan kuffar dalaman yang terdiri daripada kaum Yahudi dan musyrik Arab.

Meskipun demikian, seluruh barisan musuh telah dapat dipatahkan, malah ramai dari pengikut golongan kuffar telah memeluk lslam dan menerima ajarannya yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW itu, bahkan ikut memperjuangkannya pula.

Firman Allah yang bermaksud:
''Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang bathil telah hilang lenyap. Sesungguhnya yang bathil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap'' - (al-lsra': 81).

Sungguhpun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita 14 abad yang lalu, tetapi risalah lslam terus berjalan dan berkembang.

Generasi demi generasi terus mempertahankan risalah lslam dan memperjuangkannya dengan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dalam bentuk yang sama seperti yang dihadapi oleh Rasulullah SAW atau cabaran dalam bentuk baru.

Sesungguhnya, musuh-musuh lslam mempunyai matlamat untuk menghancurkan lslam dan kekuatan ummahnya.
Firman Allah yang bermaksud:
''Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir tidak menyukainya'' - (at-Taubah: 32).

Hari ini gerakan lslam atau harakah lslam terus mewakili cabaran yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW.

Suasana yang dihadapi kian hari kian meruncing. Pendokong gerakan lslam kini terdiri daripada manusia biasa, keupayaan yang mereka miliki adalah terhad.

Sementara penentang-penentang lslam semakin rakus dan ganas. Dalam keadaan serba terhad ini kita menghadapi gabungan kekuatan kuffar dan munafiqin serta konspirasi hebat mereka.

Penentang gerakan lslam hari ini telah mempelajari pengalaman yang pernah dialami oleh kuasa kuffar dunia bahawa selagi mereka menentang lslam secara terbuka dan menggunakan kekerasan, selama itulah umat lslam tidak akan kecundang atau tunduk kepada mereka.

Oleh itu mereka telah mengubah strategi yang dianggap sebagai baru iaitu dengan menunjukkan bahawa mereka bersimpati dengan lslam dan nasib ummahnya, malah ada di antara mereka yang mendakwa bahawa merekalah pejuang lslam yang sebenar.

Mereka menuduh gerakan lslam sebagai golongan yang menyeleweng, ekstrim, pelampau dan sebagainya.

Mereka menonjolkan kepentingan maddi dan duniawi yang dapat mempesonakan orang-orang awam biasa dengan berselindung di sebalik slogan-slogan pembangunan yang kononnya selari dengan ajaran lslam.

Mereka menggunakan lslam untuk menentang lslam. Mereka mulai mencari ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang kononnya menyokong tindakan-tindakan mereka.

Mereka melaksanakan program yang berbentuk agama yang dapat memberikan keuntungan kebendaan dan keduniaan, tetapi membiar dan merelakan kemungkaran dan kemaksiatan bermaharajalela di hadapan mereka.
Allah telah berfirman yang bermaksud:
''Dan demikianlah kami adakan pada tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang besar agar mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu. Dan mereka tidak memperdayakan melainkan dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya'' - (al-An'am: 123).

Kita hendaklah sedar bahawa apa juga bentuk rancangan jahat yang telah diatur oleh mereka bagi menghalang dan menentang lslam tidak mungkin berjaya, sebaliknya lslam akan terus berkembang dan mara ke hadapan.

''Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan jahat mereka (untuk menentang lslam) sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walaupun rancangan jahat mereka itu dapat melenyapkan gunung-ganang'' - (lbrahim: 46).

Dalam konteks negara kita Malaysia, Jemaah kita sebagai satu wadah perjuangan ummah hendaklah meneruskan perjuangan tersebut demi untuk keagungan lslam dan menegakkan perintah Allah di atas muka bumi ini.

Justeru itu, kita hendaklah tetap dengan identitinya disamping berkewajipan pula menyatu dan meningkatkan lagi perpaduan di kalangan ahli dan penyokong-penyokongnya.

Untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan, semua ahli dan penyokong-penyokong gerakan kita bermula dari peringkat pimpinan atas hinggalah kepada ahli-ahli biasa hendaklah sentiasa patuh dan taat kepada setiap arahan jamaah walaupun arahan-arahan itu berat dirasai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ''Menjadi kewajipan atas setiap Muslim mendengar dan mematuhi sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka''.

Perlu ditegaskan bahawa PAS mempunyai syakhsiyahnya tersendiri dan ia bergerak serta berjuang mengikut peraturan dan khittah parti. Apa yang kita lakukan adalah kesinambungan kepada apa yang pernah dilakukan oleh para pemimpin yang terdahulu.

Sebagai jamaah yang mempunyai sikap dan syakhsiyahnya, perjuangan kita(ISLAM) tidak mungkin boleh dijual beli.

Atas sebab-sebab itu maka Jemaah Islam, tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak sekiranya ia boleh menjejaskan dasar dan syakhsiyah J. Sungguhpun demikian, J tetap mengamalkan sikap terbuka.

J sedia berunding dan berbincang dengan sesiapa sahaja demi kebaikan ummah sama ada dari dalam atau luar negara.

J bukanlah sebuah gerakan yang memencilkan diri seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. Di dalam negara, J telah bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46, Berjasa dan Hamim bagi membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU).

J bekerjasama dengan parti-parti ini kerana mereka menghormati dasar perjuangan. Sebaliknya J tidak dapat bekerjasama dengan UMNO dan seumpamanya yang tidak dapat menerima dan menghormati dasar kita.


Komitmen kita terhadap perjuangan umat lslam Palestin, Kashmir, Bosnia-Herzegovina, lndia, Rohingya, Moro Filipina, Afghanistan, Chechen dan lain-lain tetap tinggi, malah semakin meningkat.

Apa yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada ajaran lslam itu sendiri, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

''Tidak beriman di antara kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti mana ia mengasihi dirinya sendiri''.

Apabila J menyokong mana-mana negara lslam atau gerakan lslam, bukanlah bererti kita telah diperalatkan oleh mereka.

Dasar dan pegangan PAS tidak lain adalah memperjuangkan lslam. Dasar ini tidak pernah berubah dari dahulu hinggalah sekarang.

J bergerak dan bekerja adalah untuk kedaulatan lslam. J terus menjadikan lslam sebagai landasan perjuangan dan menjadikan lslam sebagai matlamat gerak kerjanya.

J juga tidak pernah bercadang untuk mengikut jejak langkah orang lain yang sentiasa berubah dasar perjuangan mereka.


Kedudukan J dalam BA telah diputuskan oleh Majlis Syura dan Dewan 'Ulama'. Ia juga mengambil kaedah at-Tahalluf as-Siyasi yang dibenarkan.

Selain kebolehan dari segi syara', BA mempunyai beberapa kebaikan kepada J, di antaranya:

(a)Kekuatan pembangkang akan disatukan dari segi politik. Ini ternyata amat membimbangkan BN.

(b)PAS dapat mengeksport idea Islamnya kepada parti-parti lain yang bergabung dengannya di bawah BA terutama kepada kaum bukan Islam. Ini sangat penting dari segi politik jangka panjang. Dengan kata lain, melalui BA pun, PAS sedang berdakwah.

(c)Malaysia adalah sebuah negara bermasyarakat majmuk. BA adalah latihan awal bagi PAS untuk memahami kepelbagaian kaum di bawah satu entiti politik. Dulu kita pernah ada CCC, namun ia cuma sebuah unit kecil di dalam PAS. Namun dengan adanya BA, runglingkup politiknya lebih luas dan lebih mencabar.

PAS berpandangan kesepakatan poltik BA perlu diteruskan. BA yang mendapat sokongan kuat Almarhum Ustaz Dato' Haji Fadzil Mohd. Noor akan diteruskan sehinggalah diputuskan sebaliknya oleh Majlis Syura dan Dewan 'Ulama' PAS sama ada PAS akan kekal dalam BA atau keluar daripadanya.


Satu aspek penting yang tidak boleh kita lupai ialah hakikat bahawa kita mesti mengambilkira suara bukan Islam/Melayu dalam konteks Malaysia.

Suara Islam mesti benar-benar difahami oleh rakyat bukan Islam/Melayu. Kita berpendapat bahawa, disebabkan fahaman Islam sebenar telah berjaya dimainkan oleh media antarabangsa dicampur dengan tafsiran sekular yang dibawa oleh UMNO telah mencemarkan Islam yang suci.

Inilah tugas berat yang telah, sedang dan akan terus dipikul oleh J di Malaysia.

Setiap petugas Islam mesti memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap perjuangan dalam rangka menegakkan kalimah Allah di Malaysia. Penglibatan kita dalam politik kepartaian adalah salah suatu wasilah perjuangannya mengambilkira sistem demokrasi yang membenarkan ia bertanding dalam pilihanraya setiap 4 atau 5 tahun.

Kewajiban kita bertambah apabila kita diberi mandat oleh dua negeri, iaitu Kelantan dan Terengganu untuk diperintah. Maka inilah ujian yang Allah SWT anugerahkan kepada kita dalam bentuk ''kemenangan sementara''.

Jika kita berjaya lalui ujian ini, maka diuji lagi iaitu memerintah sebuah negara bernama Malaysia!

Melihatkan senario ini, maka adalah menjadi kewajiban setiap petugas memahami perjuangan Islam sepenuhnya.

Rakyat sudah muak dengan sepak terajang politik murahan UMNO serta sekutunya dalam BN.

UMNO sanggup menggadai maruah Islam dan Melayu dalam memastikan ''the end justifies the means''. ''Inilah UMNO yang kita kenal dari dulu, sekejap menjadi kawan, tetapi lebih lama jadi lawan'' mengungkap kembali kata-kata almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor, pimpinan yang meletakkan asas BA.

Penutup

Jika berlaku percanggahan di antara prinsip-prinsip Islam dengan strategi, maka yang perlu dipinda ialah strategi dan uslub dan bukannya dasar Islam kita.

Inilah adalah asas kita dan kita tidak boleh menggadaikan asas Islam kita walaupun atas dasar strategi politik semasa untuk meraih undi!

Ingat bahawa kita masih sebuah Gerakan Islam dan bukan hanya semata-mata sebuah parti politik yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan.

Ucapan Takziah Buat Indonesia

jundi Ummah mengucapkan Takziah buat Indonesia berikutan Kematian Presiden Ke 2 Indonesia Suharto...

Semoga segala kesilapan beliau lakukan suatu ketika dahulu menjadi iktibar bagi kita yang masih hidup...

25 Jan 2008

Sambutan Thaipusam Ancam AKIDAH!!!

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang berugama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam.

Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.....

Sekarang aku menayakan kalian..apakah pendapat kalian andai umat islam menyambutnya atas dasar muhibah? Semak kembali perkara2 yang membatalkan akidah kitab - kitab karangan ulama' muktabar1

Muhibbah bukan berorientasikan program semata-mata, hakikatnya perpecahan kaum dansistem yang menindas dan diskriminasi ke atas kasta2 tidak menjamin realiti muhibbah yang de gemburkan..

Muhibbah yang digambarkan dengan sambutan majlis seperti ini hanyalah bersifat kulit dan merupakan agenda ISLAM LIBERAL yang cuba merendahkan Islam..

Islam itu tinggi , dan tiada yang menandingi Islam.

Jundi Ummah menentang sekeras-kerasnya penglibatan pemalu kompang dari orang Melayu yang beragama Islam di Kuala Lumpur yang menyertai perarakan Thaipusam dengan memalu kompang pada barisan paling depan dalam perarakan Thaipusam itu...

Seharusnya mereka kembali bertaubat dan kembali memohon ampunan dari Allah swt..

Tidak ada toleransi dalam bab akidah..Islam tidak menghalang mereka (hindu ) mengamalkan ajaran mereka, namun jika ada orang Islam yang terlibat itu satu penghinaan kepada Allah dan RasulNya...

Wallhua'lam

22 Jan 2008

FIQH AWLAWIYYAT DALAM GERAKAN ISLAM :

FIQH AWLAWIYYAT DALAM GERAKAN ISLAM :
SATU PERBINCANGAN UNTUK PENILAIAN

MUQADDIMAH

Membaca sejarah Islam di Negara ini, didapat bahawa Negara ini pernah di perintah mengikut ajaran islam. Ini di buktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303.

Dalam batu bersurat itu, terkandung arahan raja yang memerintah ketika itu yang bernama Raja Mandalika terhadap rakyatnya supaya berpegang kuat dengan ajaran islam dari semua sudut kehidupan. Ianya menyentuh soal langkah mengelakkan berlaku kemungkaran seperti zina dan tidak membayar hutang. Juga hukuman terhadap mereka yang tidak mengikut kehendak syariat yang tidak dibataskan kepada rakyat semata, bahkan terhadap pemerintah juga.[1]

Penggunaan kalimah “Sultan” terhadap raja-raja melayu juga merupakan pengaruh pemerintahan Islam di Negara ini. Ini kerana, penggunaan kalimah “Sultan” pada asalnya adalah identity pemerintahan Islam yang mula di gunakan pada abad ke-10 masehi dengan munculnya kesultanan Seljuq sebagai pemegang tampuk pemerintahan dalam zaman Abbasiah. Kekuasaan Seljuq merupakan satu pembentukan yang berasal dari turki selepas mereka menguasai kota Baghdad, iaitu pusat pemerintahan Khalifah Abbasiah[2].

Kalimah “sultan” juga di gunakan dizaman pemerintahan osmaniyyah turki sebagai ganti kepada penggunaan kalimah Khalifah.

Empayar osmaniyyah merupakan sumber kekuatan inspirasi yang meniup semangat perjuangan di kalangan kesultanan-kesultanan melayu untuk berjuang bagi menghapuskan penjajah yang sering menyerang umat Islam. Ini di buktikan dengan sokongan kesultanan melayu terhadap empayar osmaniyyah turki yang ketika itu menyokong jerman dalam peperangan dunia pertama[3], pada bulan ogos tahun 1914[4].

Pada tahun 1924, khalifah Osmaniyyah di turki telah di jatuhkan oleh seorang tokoh secular turki yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk dengan slogan “garbie doegroe” yang memberi maksud “berarak menuju barat[5]” telah memberi tamparan hebat terhadap dunia Islam termasuk alam melayu. Ini kerana, ketika itu kesultanan-kesultanan melayu ini mendukung system kekhalifahan yang berpusat di turki sebagai tunggak kekuasaan di mana mereka ikut berpayung[6].

Dengan kejatuhan khalifah osmaniyyah itu, maka bermulalah fitnah secular didalam system pemerintahan dunia Islam, yang tidak terketinggalan menerima fitnah tersebut adalah Malaysia. Maka dengan itu, lahirlah berbagai-bagai gerakan Islam di seluruh dunia Islam, seperti lahirnya Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, PAS di Malaysia dan sebagainya.

Kelahiran gerakan islam bagi menyelamatkan umat Islam dari fitnah secular merupakan satu perkara yang baik, tetapi kadangkala beberapa kelemahan yang telah menimpa kepada pendokong-pendokong gerakan Islam menyebabkan gerakan islam tersebut kelihatan lemah dan lesu.

Antara punca kelemahannya adalah disebabkan kurang pemahaman tentang Fiqh Awlawiyyat dikalangan Ahli pendokong dan penyokong sesuatu gerakan islam.

Dengan kertas kerja ringkas ini, mudah-mudahan dapat membuka ruang perbincangan yang lebih meluas bagi merealisasikan tuntutan untuk mendaulatkan kalimah Allah atas muka bumi ini..

Takbirr !!!!!!!

DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT

Fiqh Awlawiyyat ialah ;

“meletakan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia[7]”

Ianya membawa maksud :

Mendahulukan sesuatu yang lebih penting dari yang penting, mendahulukan yang penting dari yang tidak penting. Semuanya hendaklah mengikut neraca wahyu Ilahi.

Firman Allah;

وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ * أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ * وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ

Maksudnya;
“Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan) * Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. * Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu”

(surah Ar-Rahman : 7-9)

DALIL-DALIL FIQH AWLAWIYYAT

Kelahiran fiqh awlawiyyat bukanlah berdasarkan penilaian hawa nafsu semata-mata, bahkan ianya berasal dari pernan nabi SAW sendiri. Antara buktinya adalah seperti berikut;

Firman Allah;

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ * الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

Maksudnya;
“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim * orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”

(Surah At-taubah : 19-20)

Sabda Nabi SAW;

الإيمان بضع وسبعون بابا أدناها إماطة الأذى عن الطريق وأرفعها قول لا إله إلا الله

Maksudnya;
“Islam mempunyai sebahagian dan tujuh puluh bab, yang paling rendah (darjatnya) adalah menghilangkan kekotoran di jalan dan yang paling tinggi (darjatnya) adalah perkataan La Ilaha Illa Allah (Tiada tuhan melainkan Allah)[8]”

Pernah baginda SAW di tanya berkenaan tentang islam yang paling baik, lalu nabi memberi jawapan pelbagai berdasarkan kepada awlawiyyat terhadap individu-individu yang bertanya.

Hadisnya adalah seperti berikut;

عن أبي مُوسَى رضي الله عنه قال قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قال من سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ من لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Maksudnya;
“Daripada Abi Musa RA yang berkata; mereka (sahabat) bertanya; Wahai Rasulullah SAW, apakah islam yang afdhal? Menjawab Nabi : mereka yang memberi kesejahteraan kepada orang Islam daripada lidahnya dan tangannya[9]”

Hadis yang lain;

عن عبد اللَّهِ بن عَمْرٍو رضي الله عنهما أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النبي (ص) أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قال تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ على من عَرَفْتَ وَمَنْ لم تَعْرِفْ

Maksudnya;
“Daripada Abdillah bin Amr RA: seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW berkenaan Islam yang paling baik. Menjawab Nabi Saw; kamu memberi makan dan memberi salam kepada orang-orang yang kamu kenal dan yang tidak kenal[10]”

FIQH AWLAWIYYAT : ANTARA GERAKAN ISLAM DAN KELOMPOK MANUSIA

Di kalangan manusia itu terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu seperti berikut;

a. Golongan nususi (tekstual)

Golongan ini adalah golongan yang tidak pernah melihat kepada maqasid hukum yang sehinggakan mereka mahu menyampaikan Islam tidak mengikut kepentingan awlawiyyat.

Kebiasaannya, golongan ini mendakwa bahawa mereka adalah golongan yang berpegang kuat dengan Al-Quran dan As-Sunnah, tanpa merujuk kepada pemahaman “Istidlal” atau pengambilan hukum yang betul.

Maka dengan demikian, mereka mengemukakan pandangan-pandangan yang tidak “bercaknakan” Fiqh Awlawiyyat, sehingakan kadangkala merugikan kepada kemenangan islam, seperti menimbulkan isu-isu khilafiyyah dan menyembunyikan isu-isu utama, seperti kenaikan harga tol yang bercanggah dengan Islam[11], kenaikan harga barang, “mengkondem” institusi-institusi agama yang tidak sehaluan dengan mereka, membuat tuduhan jahat terhadap gerakan Islam dan sebagainya.

b. Golongan Liberal

Golongan ini pula adalah golongan yang dikenali sebagai “muktazilah moden” yang sedang kuat menyerang agama dan umat Islam di seluruh dunia.

Golongan ini hanya mengambil pemahaman Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan kepada kehendak hawa nafsu semata-mata. Mereka juga kadangkala berhujjah dengan menggunakan kaedah Fiqh Awlawiyyat, tetapi penggunaan fiqh Awlawiyyat tersebut lebih kepada kehendak hawa nafsu, tanpa di asaskan kepada wahyu Ilahi.

Sesuatu kandungan nas Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak bersesuaian dengan nafsu mereka, mereka tidak menerimanya, ataupun mereka mewujudkan penta’wilan-penta’wilan terhadap maksud nas-nas syarak tersebut dengan tujuan untuk menguntungkan kehendak hawa nafsu.

Tindakan mereka ini adalah “ciplak” dari tindakan yahudi terdahulu yang telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat”

(surah Al-Baqarah : 85)

c. Golongan kesederhanaan

Golongan ini adalah golongan yang dinyatakan oleh Allah “umat yang pertengahan”, iaitu golongan yang mencari keadilan melalui pemahaman nas Al-Quran dan Al-Hadis.

Firman Allah;

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

Maksudnya;
“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang yang pertengahan – adil- dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”

(Surah Al-Baqarah : 143)

Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi, makna “umat yang petengahan” yang terpilih adalah umat yang pertengahan dalam semua urusan[12]. Iaitu umat yang mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas perjuangan, disamping “cakna” kepada tuntutan fiqh awlawiyyat.

Gerakan Islam yang berjaya adalah gerakan Islam yang berada dibawah pengkategorian “golongan kesederhanaan” ini, yang menjadikan wahyu sebagai dasar perjuangan, disamping fiqh awlawiyyat dijadikan sebagai “teknik-teknik” dalam menyampaikan kehendak wahyu.

KELEMAHAN GERAKAN ISLAM BERPUNCA KELEMAHAN PEMAHAMAN FIQH AWLAWIYYAT DI KALANGAN PENDOKONG

Melihat kepada suasana gerakan Islam di seluruh dunia, didapati bahawa mereka adalah kelompok manusia yang sentiasa beruasaha kearah kemenangan Islam di tempat mereka. Tetapi, apa yang menyedihkan adalah, disebalik gerak kerja mereka terdapat beberapa kelemahan. Setelah di hayati, didapati bahawa kelemahan tersebut berpunca dari tidak memahami konsep awlawiyyat dikalangan pendokong-pendokong gerakan Islam tersebut.

Antaranya adalah seperti berikut;

AGENDA PERIBADI DAN AGENDA JEMAAH

Mementingkan “agenda peribadi” berbanding “agenda jemaah” sentiasa menjadi bahan “polimik” dikalangan ahli jemaah yang menyebabkan jemaah islam lambat mencapai kejayaan dakwah islamiyyah.

Bandingannya adalah kenyataan Allah didalam surah At-taubah ayat 19-20 yang menyatakan bahawa amalan berjihad lebih utama berbanding menunaikan haji di Makkah.

Firman Allah;

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ * الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

Maksudnya;
“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim * orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

(surah At-Taubah : 19-20)

Ayat ini membuktikan bahawa amalan jihad fi sabilillah itu lebih di utamakan berbanding haji di Makkah, ini kerana, manfaat jihad itu untuk manusia ramai. Adapun haji pula, ianya sekadar manfaat diri individu yang pergi Haji sahaja.

Juga hadis yang di nyatakan oleh Rasulullah SAW;

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Maksudnya;
“Daripada Abi Umamah Al-Bahili berkata; di sebut kepada Rasulullah SAW berkenaan dua orang lelaki, salah seorangnya seorang yang ‘Abid (ahli Ibadat), dan satu lagi seorang yang ‘Alim (Ahl Ilmu). Berkata Rasulullah SAW; kelebihan ‘Alim berbanding ‘Abid adalah seperti kelebihanku atas manusia yang paling rendah dikalangan kamu, kemudian Rasulullah SAW bersabda : sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya, Ahl Langit dan Bumi hinggakan semut di atas batu dan ikan-ikan - dilautan - berselawat kepada sesiapa yang mengajar manusia dengan kebaikan[13]”

Hadis ini menyatakan bagaimana kelebihan yang ada pada seorang yang ‘Alim berbanding seorang yang ‘Abid. Seorang yang ‘Alim, mempunyai ilmu yang dapat disampaikan kepada manusia. Adapun seorang yang ‘Abid, ibadatnya sekadar memberi keuntungan kepada dirinya, tidak kepada manusia ramai.

MEMENTINGKAN “AHLI LUARAN” DISAMPING MENGABAIKAN “AHLI DALAMAN”

Tidak dinafikan penting mensasarkan usaha kearah meramaikan ahli jemaah, ini dilihat sebagai konsep dakwah sebenar. Walaupun begitu, adalah satu kelemahan jika usaha tersebut melahirkan satu tindakan yang mengabaikan “ahli jemaah dalaman”, dengan mengabaikan program-program dalaman seperti tarbiyyah, Usrah, Tamrin dan sebagainya.

Tindakan sebegini melahirkan satu tanggapan dikalangan ahli dalaman bahawa “gerakan islam” yang mereka dokong dan sokong ini bukanlah sebuah “gerakan Islam”, tetapi sekadar politik kepartian semata-mata; yang apabila kalah didalam medan, maka lahirlah “kelunturan semangat” perjuangan di kalangan mereka.

Dalil atas kenyataan ini adalah berdasarkan kepada teguran Allah terhadap “kesilapan” Baginda SAW yang bermasam muka terhadap seorang sahabat buta yang bernama Abdullah bin Ummi Al-Maktum yang berjumpa Nabi untuk bertanyakan hukum; yang ketika itu Baginda sedang melancarkan seruan dakwah terhadap pembesar-pembesar quraish.

Kisah ini di rakamkan oleh Allah didalam surah ‘Abasa;

عَبَسَ وَتَوَلَّى * أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَى * وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَى * أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى * فَأَنْتَ لَهُ تَصَدَّى * وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّى * وَأَمَّا مَنْ جَاءَكَ يَسْعَى * وَهُوَ يَخْشَى * فَأَنْتَ عَنْهُ تَلَهَّى * كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ * فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ

Maksudnya;
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling * karena telah datang seorang buta kepadanya * Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa) * atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? * Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup * maka kamu melayaninya * Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). * Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran) * sedang ia takut kepada (Allah) * maka kamu mengabaikannya * Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan * Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan”

(surah ‘Abasa : 1-12)

Berdasarkan asbab An-nuzul (sebab turun) ayat ini adalah seperti berikut;

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah dalam ayat ini adalah turunnya berkenaan dengan Abdullah bin ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah saw. sambil berkata: "Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah." Pada waktu itu Rasulullah saw. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap menghadapi pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: "Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?" Rasulullah menjawab: "Tidak." Lalu turun ayat ini sebagai teguran atas perbuatan Rasulullah saw.[14]

Lihatlah bagaimana teguran Allah terhadap Nabi SAW yang tidak mengendahkan seruan Abdullah bin Ummi Al-Maktum yang mahu bertanyakan hukum, ketika baginda SAW sedang menyampaikan dakwah kepada pembesar-pembesar Quraish yang ketika itu tidak beriman lagi.

Ini menandakan bahawa, pentingnya menjaga Ahli dalaman berbanding “ahli luaran” yang belum tentu lagi mahu masuk menjadi pendokong sesuatu gerakan Islam.

KELEMAHAN MEMPOSISIKAN PENGGERAK

Antara kelemahan yang sering menimpa gerakan Islam dimana-mana adalah kelemahan dalam “memposisikan penggerak” berdasarkan awlawiyyat. Memposisikan penggerakan merupakan satu tindakan memerlukan kepada kepakaran dalam menyusun strategi.

Kepakaran tersebut bukan sekadar pakar dalam memahami bentuk kerja, tetapi hendaklah pakar dalam memahami penggerak gerak kerja tersebut.

Seperti untuk menggerakan “lajnah Tarbiyyah” memerlukan kepada penggerak yang memahami konsep “tarbiyyah” didalam sesebuah gerakan Islam.

Jika seseorang yang tidak memahami konsep gerak kerja “lajnah Tarbiyyah” tetap di letakan di lajnah tersebut juga, maka ini boleh menyebabkan gerak kerja tersebut akan hancur dan kucar kacir.

Tindakan memposisikan penggerak mengikut awlawiyyat dapat dibuktikan dengan tindakan nabi SAW yang memposisikan Khalid bin Al-Walid di “lajnah peperangan” sedangkan ketika itu, Khalid bin Al-Walid adalah seseorang yang baru sahaja dengan agama Islam.

Di samping itu juga, kadangkala Khalid bin Al-Walid sering melanggar arahan Nabi SAW sehinggakan Baginda SAW sering berdoa kepada Allah untuk minta selamat dari kesilapan Khalid bin Al-Walid.

Kandungan doa Nabi tersebut adalah seperti berikut;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ

Maksudnya;
“Ya Allah, Sesungguhnya aku bebas daripada kelakuan Khalid bin Al-Walid[15]”

PENUTUP

Banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan dalam tajuk “Fiqh Awlawiyyat dalam gerakan Islam”. Walaubagaimanapun, dengan tulisan ringkas ini dapat memberi satu lanjutan perbincangan secara “Ilmiyyah” yang digabungkan dengan “Khibrah” atau pengalaman-pengalaman pejuang-pejuang Islam terdahulu bagi mencari titik kekuatan dalam gerakan Islam.

Sekian

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

sesiapa yang ingin mendalami pengajian Fiqh, Hadis, Tafsir dan sebagainya, sila layari http://one-g.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

MENGAPA BERDAKWAH

Saya sering ditanya oleh adik-adik di kampus tentang dakwah, tentang jamaah, tentang kaedah memilih badan yang ingin disertai… dengan pelbagai format pertanyaan.
Namun, adik-adik di kampus perlu berhenti sejenak dan menapak selangkah ke belakang. Jawab dahulu soalan yang paling penting, MENGAPA MAHU BERDAKWAH? Jawab dahulu soalan ini, sebelum pergi kepada soal organisasi dan jamaah.

Ada orang mengambil keputusan untuk berdakwah, kerana persekitarannya penuh kerosakan dan maksiat. Pengikut aliran Nafsu Nafsi semakin tinggi, mengatasi pendukung Salafi Khalafi. Ketika segelintir rancak berbincang tentang kaedah melahirkan da’ie, siswi melahirkan anak luar nikah lebih meninggi. Sesuatu mesti dilakukan, lantas keputusan diambil, saya mesti berdakwah.

Salahkah pemikiran seperti ini? Tentu tidak salah, tetapi ada kekurangannya di situ…
Ada segelintir yang mengambil keputusan untuk berdakwah kerana hasil ilmu dan pengetahuannya, dia mendapat tahu bahawa dakwah itu wajib. Kewajipan dakwah itu sangat rasional. Fathi Yakan di dalam bukunya Apa Erti Saya Menganut Islam menegaskan tiga sudut yang membawa kepada kewajipan dakwah. Himpunan ayat al-Quran dan al-Hadith tentang kewajipan dakwah, sudah pun dihadam di dalam pelbagai siri usrah dan seminar. Dakwah itu wajib, maka ia mesti dilaksanakan.

Apakah salah berpemikiran sebegini? Tentu sekali pemikiran ini adalah pemikiran yang lurus dan benar tentang dakwah. Tetapi di sana ada sesuatu yang kurang. Kurang itu mungkin tidak muncul semasa kita di kampus. Ia datang kemudian…
Sama ada kita mengambil keputusan untuk berdakwah kerana persekitaran, atau kerana sedar akan kewajipan dakwah, kedua-dua motif dakwah ini letaknya di luar. Ia datang dari luar ke dalam diri. Apabila ia datang dari luar ke dalam, kita bergerak di medan dakwah hasil dorongan luar diri.

“Apa nak jadi dengan masyarakat di kampus kita, kalau kita tidak berdakwah”, pesan seorang naqib kepada anak buahnya.
“Takkanlah aku nak malas-malas dan mengabaikan dakwah. Ini bukan cakap naqib aku, tapi Allah yang cakap, Nabi yang cakap”, monolog seorang siswa yang baru menerima panggilan telefon memanggilnya hadir ke mesyuarat Program Minggu Dakwah tidak lama lagi.

Ya, mata melihat kemungkaran. Otak tunduk kepada rasional dalil wajib dakwah. Tetapi sudahkah HATI merasainya?

TAHU DAN MAHU

Jika kita berdakwah kerana keyakinan akal terhadap hujah dan dalil, akal kita menawarkan TAHU. Apabila kita duduk dalam ‘dunia akal ‘di kampus, ia sudah cukup untuk membantu diri kita terjun ke medan dakwah. Dunia realiti bukan dunia akal. Ia bukan dunia tahu, dunia kita adalah dunia MAHU.

Sudah berkali-kali saya cuba buktikan, bahawa manusia tidak bertindak hanya berasaskan apa yang dirinya TAHU. Manusia bertindak berasaskan apa yang dia MAHU, dan mahu itu adalah soal hati.

Bagaimanakah apa yang kita TAHU tentang dakwah itu boleh dikesan telah terserap ke dalam hati menjadi MAHU? Jawapannya tidak sukar, pada jalan dakwah itu kita mendapat KEPUASAN hidup.

Bekas peserta kursus saya (rujuk artikel Apa Tajuk Bab 1 Dakwah Anda), mengatakan bahawa beliau bersyukur dapat hadir ke kursus tersebut dan merasa rugi di pihak kawan-kawannya yang tidak hadir. Dalam keadaan baju masih dedah sana sini, dan lidah masih bertindik, beliau berkata, “saya mahu sampaikan apa yang saya dapat dalam kursus ini kepada kawan-kawan saya!”

Tidakkah beliau sudah menerima konsep dakwah? Hatinya sudah mahu, sebelum akalnya tahu…

ANALOGI 3 PEKERJA

Analogikan sahaja kepada 3 pekerja. Pekerja pertama merampus-rampus dan merungut semasa mengecat dinding kerana tertekan dengan kerjanya itu. Pekerja kedua lebih tenang dan gembira mengecat dinding kerana dia tahu, kerjanya itulah nanti yang bakal menjadi gaji. Bekerja untuk menerima imbuhan. Manakala pekerja ketiga sangat gembira dan mendapat kepuasan kerja, sebelum gaji diterima, kerana padanya perbuatan mengecat dinding bukan sekadar sebahagian kerja menyiapkan bangunan, tetapi beliau menganggap dirinya sebagai sebahagian dari kebahagiaan keluarga yang bakal duduk di rumah itu. Bukan hanya cat, tetapi yang disalut pada rumah itu adalah sebuah harapan agar ahli rumah itu nanti bahagia.

Anda pendakwah kategori mana?
Semasa berdepan dengan mesyuarat dan tekanan kerja dakwah, adakah anda merampus dan merungut-rungut? Bandingkan sahaja diri seperti ini dengan pengecat pertama. Buat sesuatu kerana terpaksa, tiada matlamat, dan penuh rungutan.
Atau anda gembira dengan dakwah di kampus? Gembira kerana penglibatan anda bakal dikira di dalam jam kredit, dan boleh dimasukkan di dalam resume? Setiap kali di awal program, nama anda akan dialu-alukan oleh penceramah? Dapat berdamping dengan orang besar-besar yang datang? Dapat kawan?

Macam-macam kita boleh dapat melalui kerja dakwah. Hati gembira apabila berdakwah untuk MENERIMA.

Dakwah kategori ini, tarafnya hanya sekadar ko kurikulum. Aktiviti persatuan. Makna dakwah yang dilakukannya kepada sebuah kehidupan, tidak begitu difikirkan. Semasa miskin jam kredit dan semasa baru berkenalan dengan ‘pengaruh’, mungkin dorongan berdakwah untuk menerima sudah cukup kuat untuk mengajak kita turun ke medan dakwah.
Tetapi jika anda berdakwah di kategori ketiga, anda berdakwah untuk mencari makna hidup. Dakwah bukan semata-mata untuk menerima pengiktirafan kampus, tetapi dakwah anda adalah untuk memberikan makna kepada diri dan rakan. Setelah diri merasa begitu bertuah terpilih menerima sentuhan Iman, terasa dalam diri untuk berkongsi tuah itu dengan saudara yang lain.

Dakwah anda bukan hanya untuk kejayaan diri, tetapi juga untuk kejayaan orang lain. Bukan hanya berjaya mengubah cara fikir, cara pakai dan cara cakap, tetapi berjaya mengubah erti hidup dan bertemu jalan menuju Syurga!

Akhirnya pendakwah ketiga, berdakwah kerana pada dakwah itulah dia bertemu kepuasan hidup. Pada dakwah itulah dia memberi makna kepada hidup. Keinginan untuk berdakwah, adalah kerana kemanisan iman dan penghargaan yang tinggi terhadap hidayah Tuhan, yang melimpah ruah di dalam hati, sebelum datang soal wajib dakwah dan panggilan dakwah terhadap kerosakan bi’ah (persekitaran) .

Dakwah ini adalah dakwah dalam ke luar. Bukan lagi dakwah luar ke dalam. Dakwah ini adalah dakwah untuk memberi, bukan sekadar menghitung terima.
Kenapa soal ini penting?

DUNIA KERJAYA DAN RUMAHTANGGA

Apabila adik-adik di kampus terjun ke medan kerjaya dan berumahtangga, mereka yang dahulunya aktif berdakwah akan kecundang satu demi satu.
Mereka kecundang bukan kerana fikiran telah berubah.

Dulu saya yakin dakwah itu wajib, tetapi kini di alam kerja dan rumahtangga, saya berjumpa dengan wajib yang lebih besar dan tinggi. Tidak ramai yang ‘gugur’ kerana berfikir begini.

Mereka kecundang bukan kerana suasana persekitaran sudah kekurangan maksiat dan sebab dakwah. Malah maksiat makin banyak, makin menggila. Tetapi lagi banyak maksiat bertebaran, makin kurang pendakwah yang bertahan.

Gugurnya da’ie dari jalan dakwah bukan kerana itu semua.
Gugur itu hanya kerana 5 huruf yang sakti.

S.I.B.U.K.

Ya, jika sibuk dijadikan alasan, tidak akan ada sesiapa pun yang berani membantah. Jika dahulu kita sendiri, kini sudah bersuami atau beristeri. Anak-anak bakal menyusul. Dulu satu ibu dan satu bapa, satu keluarga dan satu saudara mara. Kini semua berganda dua. Hujung minggu hanya sehari atau dua.
Tanpa disedari, sudah setahun tidak berusrah. Sudah setahun tidak berceramah, sudah setahun bercuti dari dakwah. Salahkah bercuti dari dakwah? Akal mungkin berkata ya, tetapi hati sedap menikmatinya.

Jika dahulu, makna hidup dicari pada kawan yang mad’u dan diri yang da’ie, tetapi kini makna hidup beralih pada kerjaya, pada rumah tangga, pada semua selain dakwah.
BAGAIMANA MENGATASINYA?

Bagaimanakah adik-adik boleh selamat dan terkecuali dari fenomena warisan ini?
Saya sendiri masih bertarung, selagi nyawa dikandung tubuh.

Tetapi saya percaya, saya berdakwah bukan untuk menerima, tetapi kerana mahu memberi. Dan pada memberi itu, saya meng’erti’kan hidup, lantas terasa berbaloi mengorbankan Sabtu dan Ahad demi Sabtu dan Ahad, meninggalkan anak sendiri untuk bertemu anak orang lain, demi erti hidup yang pada MEMBERI.

Kerana itulah saya masih terus bertahan, walaupun dalam seribu kepayahan.
“Kenapa mahu berdakwah?”, tanyalah kepada diri.

ABU SAIF @ www.saifulislam. com

B A I ’ A T

B A I ’ A T

A. Ta’rif

Bai’at menurut bahasa adalah “janji” (Muhithul Muhith:I/64). Adapun menurut istilah adalah “Mengi kat janji atas sesuatu seraya berjabatan tangan sebagai tanda kesempurnaan perjanjian tersebut dan keikhla sannya. Bai’at pada periode pertama Islam yang ketika itu mereka membai’at khalifah dengan memegang tangan orang yang mereka serahi kekhilafahan, sebagai tanda penerimaan mereka kepadanya dan sebagai janji untuk mentaatinya dan menerima kepemimpinannya.” (Muhithul Muhith I/64)

B. Pahala Melaksanakan Bai’at dan Menepatinya

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
(59) إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا {الفتح:10}
(59) "Sesungguhnya orang-orang yang berbai’at kepadamu sesungguhnya mereka berbaiat kepada Allah, tangan Allah di atas tangan mereka, maka barang siapa yang mengingkari bai’atnya niscaya akibat pelanggarannya akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa yang menepati bai’atnya, maka Allah akan memberikan pahala yang besar.” (QS.Al Fath:10)

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
(60) إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنْ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمْ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ واْلإِنْجِيْلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنْ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمْ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ{التوبة :111}
(60) “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka ber perang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi ) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janji nya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. At-Tau bah:111)

C. Ancaman tidak Berbai’at dan Mengkhianati Bai’atnya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
(61) مَنْ خَلَعَ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ لَقِيَ اللَّهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ حُجَّةَ لَهُ وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
(61) "Barangsiapa melepas tangan dari taat akan bertemu dengan Allah pada hari kiyamat dengan tidak punya alasan. Dan barangsiapa mati sedang tidak ada ikatan bai’at pada lehernya maka ia mati seperti matinya orang jahiliyah.” (HR. Muslim dari Abdullah bin Umar, Shahih Muslim dalam Kitabul Imaroh: II/136)
Yang dimaksud “seperti mati Jahiliyah” adalah kematian dalam kesesatan, perpecahan dan tidak mempunyai imam yang ditaati. (Hamisy Shahih Muslim II/136)

D. Berbai’at karena Dunia

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
(62) ثَلاَثَةٌلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ رَجُلٌ عَلَى فَضْلِ مَاءٍ بِالطَّرِيقِ يَمْنَعُ مِنْهُ ابْنَ السَّبِيلِ وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًالاَ يُبَايِعُهُ إلاَّ لِدُنْيَاهُ إِنْ أَعْطَاهُ مَا يُرِيدُ وَفَى لَهُ وَإِلاَّ لَمْ يَفِ لَهُ وَرَجُلٌ يُبَايِعُ رَجُلاً بِسِلْعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ فَحَلَفَ بِاللَّهِ لَقَدْ أُعْطِيَ بِهَا كَذَا وَكَذَا فَصَدَّقَهُ فَأَخَذَهَا وَلَمْ يُعْطَ بِهَا
(62) "Tiga macam orang yang Allah tidak akan berkata kata kepada mereka pada hari kiyamat dan tidak akan membersihkan (memaafkan), dan bahkan bagi mereka siksa yang pedih. Mereka itu adalah: 1) Orang yang mempunyai kelebihan air di tengah jalan tetapi menolak permintaan orang yang dalam keadaan bepergian, 2) Orang yang berbai’at pada seorang imam, tetapi tidaklah ia berbai’at kecuali karena dunia, jika diberi menepati bai’atnya dan jika tidak diberi (ditolak tuntutannya) ia tidak menepatinya, 3) Orang yang menjual barang pada orang lain setelah ‘Ashar dan bersumpah dengan nama Allah, sungguh akan diberikan dengan ketentuan begini dan begini, lalu ia membenar kannya dan hendak mengambilnya, tetapi ia tidak memberikannya.” (HR. Al-Bukhari dari Abu Hurairah, Shahih Al-Bukhari dalam Kitabul Ahkam: IX/99, Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah II/204, At-Tirmidzi, Sunan At Tirmidzi IV/128 No: 1595. Lafadz Al-Bukhari)

E. Kewajiban Menepati Bai’at

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman:
(63) يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ الْمُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لاَ يُشْرِكْنَ بِاللَّهِ شَيْئًا وَلاَ يَسْرِقْنَ وَلاَ يَزْنِينَ وَلاَ يَقْتُلْنَ أَوْلاَدَهُنَّ وَلاَ يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلاَ يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ فَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ{الممتحنة:12}
(63) “Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahwa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Allah; tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak anaknya, tidak akan berdusta yang mereka ada adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dengan urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohon kanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS.Al-Mumtahanah:12)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
(64) كَانَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ تَسُوسُهُمُ الْأَنْبِيَاءُ كُلَّمَا هَلَكَ نَبِيٌّ خَلَفَهُ نَبِيٌّ وَإِنَّهُ لاَ نَبِيَّ بَعْدِي وَسَتَكُونُ خُلَفَاءُ تَكْثُرُ قَالُوا فَمَا تَأْمُرُنَا قَالَ فُوا بِبَيْعَةِ اْلأَوَّلِ فَاْلأَوَّلِ وَأَعْطُوهُمْ حَقَّهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ سَائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرْعَاهُمْ
(64) “Dahulu bani Israil selalu dipimpin oleh para Nabi, setiap meninggal seorang Nabi diganti oleh Nabi lainnya, sesungguhnya setelahku ini tidak ada Nabi dan akan ada setelahku beberapa khalifah bahkan akan bertambah banyak, sahabat bertanya: ”Apa yang tuan perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab: ”Tepatilah bai’atmu pada yang pertama, maka untuk yang pertama dan berikan pada mereka haknya. Maka sesungguhnya Allah akan menanya mereka tentang hal apa yang diamanatkan dalam kepemimpinannya.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah, Shahih Muslim dalam Kitabul Imaroh: II/132, Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah II/204. Lafadz Muslim)
Ubadah bin Shomit Radliallahu ‘anhu berkata:
(65) بَايَعْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي الْمَنْشَطِ وَالْمَكْرَهِ وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ اْلأَمْرَ أَهْلَهُ وَأَنْ نَقُومَ أَوْ نَقُولَ بِالْحَقِّ حَيْثُمَا كُنَّالاَ نَخَافُ فِي اللَّهِ لَوْمَةَ لاَئِمٍ
(65) “Kami berbai’at kepada Rasulullah Shallal lahu ‘alaihi wa sallam untuk mendengar dan taat, baik dalam keadaan semangat ataupun lemah (berat), dan untuk tidak menentang perintah kepada ahlinya serta untuk menegakkan (kebenaran) atau berkata dengan benar di manapun kami berada, tidak takut dalam membela agama Allah dari celaan orang-orang yang mencelanya.” (HR. Al Bukhari dari Ubadah bin Shamit, Shahih Al-Bukhari dalam Kitabul Ahkam: IX/96, Muslim, Shahih Muslim: II/132, Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah II/202, An-Nasai, Sunan An-Nasai VII/137-138. Lafadz Al-Bukhari)

F. Dua Orang Dibai’at menjadi imaam dalam Satu Masa

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
(66) إِذَا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا الْآخَرَ مِنْهُمَا
(66) “Apabila dibai’at dua khalifah (dalam satu masa), maka bunuhlah yang lain dari keduanya. (yaitu yang terakhir).” (HR. Muslim dari Abi Sa’id Al Khudri, Shahih Muslim dalam Kitabul Imaroh: II/137)

G. Cara Melaksanakan Bai’at

1). Bagi Muslimin

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
(67) وَمَنْ بَايَعَ إِمَامًا فَأَعْطَاهُ صَفْقَةَ يَدِهِ وَثَمَرَةَ قَلْبِهِ فَلْيُطِعْهُ إِنِ اسْتَطَاعَ فَإِنْ جَاءَ آخَرُ يُنَازِعُهُ فَاضْرِبُوا عُنُقَ الْآخَرِ
(67) “Dan barangsipa membai’at imam dengan ber jabat tangan dan kesungguhan hati, maka haruslah ia mentaatinya semampunya. Maka jika datang orang lain akan merebutnya, maka pukul lah leher orang tersebut.” (HR. Muslim dari Abdullah bin Amr bin ‘Ash, Shahih Muslim dalam Kitabul Imaroh: II/132, Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah II/467, An-Nasai, Sunan An-Nasai VII/153-154. Lafadz Muslim)

2). Bagi Muslimat
(68) عَنْ عُرْوَةَ أَنَّ عَائِشَةَ أَخْبَرَتْهُ عَنْ بَيْعَةِ النِّسَاءِ قَالَتْ مَا مَسَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ امْرَأَةً قَطُّ إِلاَّ أَنْ يَأْخُذَ عَلَيْهَا فَإِذَا أَخَذَ عَلَيْهَا فَأَعْطَتْهُ قَالَ اذْهَبِي فَقَدْ بَايَعْتُكِ
(68) "Dari ‘Urwah bahwasanya ‘Aisyah mencerita kan kepadanya tentang bai’atnya kaum wanita, ia berkata: "Tidaklah Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam menyentuh seorang wanita (yang bukan muhrimnya) dengan tangannya sedikitpun, apabila kaum wanita telah mengikrarkan bai’atnya, beliau menerimanya, lalu bersabda: “Pergilah sungguh saya telah menerima bai’atmu.” (HR. Muslim, Shahih Muslim dalam Kitabul Imaroh: II/142. Al Bukhari, Shahih Al-Bukhari IX/99, Abu Dawud, Sunan Abu dawud II/133. Lafadz Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
(69) إِنِّي لاَ أُصَافِحُ النِّسَاءَ إِنَّمَا قَوْلِي لِمِائَةِ امْرَأَةٍ كَقَوْلِي لاِمْرَأَةٍ وَاحِدَةٍ أَوْ مِثْلُ قَوْلِي لاِمْرَأَةٍ وَاحِدَةٍ
(69) “Sesungguhnya aku tidak berjabatan tangan dengan wanita (yang bukan muhrimnya), maka sesungguhnya ucapanku (dalam menerima bai’at) bagi seratus wanita itu sebagaimana ucapanku bagi seorang wanita.” (HR. An-Nasai dari Umayyah binti Rufaiqah, Sunan An-Nasai dalam Kitabul bai’ah: VII/149, At-Tirmidzi, Sunan At-Tirmidzi IV/149 No: 1597)

H. Bai’at Anak yang Belum Baligh

Hirmasy bin Ziyad berkata:
(70) مَدَدْتُ يَدِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا غُلاَمٌ لِيُبَايِعَنِي فَلَمْ يُبَايِعْنِي
(70) "Saya mengulurkan tangan kepada Rasulullah Shallallahu'alaihi wa sallam supaya beliau mem bai'atku, pada waktu itu saya masih kecil, maka beliau tidak membai’atku.” (HR. An-Nasai, Sunan An-Nasai dalam Kitabul Bai’ah: VII/150)
(71) عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ هِشَامٍ وَكَانَ قَدْ أَدْرَكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَهَبَتْ بِهِ أُمُّهُ زَيْنَبُ بِنْتُ حُمَيْدٍ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ بَايِعْهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ صَغِيرٌ فَمَسَحَ رَأْسَهُ وَدَعَا لَهُ وَكَانَ يُضَحِّي بِالشَّاةِ الْوَاحِدَةِ عَنْ جَمِيْعِ أَهْلِهِ
(71) "Dari Abdullah bin Hisyam, dia telah berjumpa dengan Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam. Ibunya yaitu Zainab binti Humaid pergi bersamanya untuk mendatangi Rasulullah Shallal lahu’alaihi wa sallam, lalu ia berkata: “Ya Rasu lullah, terimalah bai’atnya.” Maka beliau ber sabda: “Dia masih kecil,” seraya mengusap kepala nya dan mendo’akannya, beliau menyembelih kambing satu untuk semua keluarganya.” (Al-Bukhari, Shahih Al-Bukhari dalam Kitabul Ahkam: IX/98)
-- Wallahu A’lam bish Shawab --

21 Jan 2008

لا إله إلا الله محمد رسول الله ,Tuntutan dan Penghayatannya

لا إله إلا الله محمد رسول الله
Tuntutan dan Penghayatannya.

( Oleh : Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi )

بسم الله الرحمن الرحيم

MUQADDIMAH .

Islam bertunjangkan aqidah yang sejahtera . Aqidah yang selamat dari sebarang virus yang menggugat dan menghakis nilai keyakinan kepada Allah Azza Wajalla . Khasnya virus syirik yang bahayanya mampu menghalang kelayakkan seseorang untuk menduduki syurga Allah swt.

Tentunya لا إله إلا الله adalah anti biotic yang efektif untuk membasmi penguasaan virus syirik yang amat merbahaya . Namun begitu , لا إله إلا الله mesti direalisasikan seluruh prinsip dan tuntutannya dalam kehidupan setiap individu . Selamatnya individu tersebut bergantung kepada sejauh mana ia berupaya memiliki prinsip dan melaksanakan tuntutan لا إله إلا الله .

PENGERTIAN لا إله إلا الله .

لا إله إلا الله : TIADA yang diikuti , dituruti , dipatuhi dan disembah selain daripada Allah swt.

Firman Allah swt :


"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

( Taha 14 )

Firman Allah swt :

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

( Al Fatihah 5 )

لا إله إلا الله : PETUNJUK dan DOA hanya kepada Allah swt .

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka [1], bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

( Al Fatihah 6 – 7 )

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

( Al Qasas 56 )

لا إله إلا الله : Menyeru supaya TAAT dan TAKUT hanya kepada Allah swt. serta dalam masa yang sama mestilah mendurhakai hawa nafsu yang menyeleweng. Pengertian ini melahirkan sifat dan watak TAQWA kepada Allah swt. apabila ianya dicerna dalam dua keadaan serentak :

1. Tunduk kepada Allah swt.
2. Lawan hawa Nafsu yang menyeleweng .

Firman Allah swt :

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya

( An Naaziaat 40 – 41 ).

Mereka yang berhak menduduki syurga Allah swt. Ialah mereka yang:

1. Takut pada kebesaran Tuhannya
2. Cegah diri dari pengaruh hawa nafsu

Pengertian Taqwa :

1. Takut dalam erti kata TAAT ( melaksanakan semua bentuk perintah Allah samaada ringan atau berat dan meninggalkan semua larangan Allah swt. )

Cinta yang mendalam kepada Allah swt. dan tidak sampai bermain kayu tiga dengan Allah swt.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata :

“ Hati tidak berasa gembira dan mencapai kelazatan yang sempurna melainkan hati itu sentiasa berada dalam keadaan cinta kepada Allah swt. dan senantiasa menghampirinya dengan apa yang dikasihinya . Tidak mungkin hati itu rasa cinta dan kasih kepadaNya melainkan dengan meninggalkan semua perkara yang dikasihi selainNya. Inilah hakikat لا إله إلا الله “

لا إله إلا الله : Juga memberi erti Mengikut dan mematuhi apa sahaja perintah yang datang daripada Allah swt.

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

( Al A’raaf 3 )

Sebagai seorang mukmin kita tidak selayaknya banyak soal dan dalih dalam menerima arahan Allah swt.

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ وَ مَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأتُوْا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ فَإِنْمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَ اخْتِلاَفِهِمْ عَلى أَنْبِيَائِهِمْ .

Maksudnya : “ Dari Abi Hurairah Rha. Berkata : Aku telah mendengar Rasulullah saw. Bersabda : Apa yang telah aku larang kamu daripada melakukannya , maka hendaklah kamu menjauhinya dan apa yang aku perintahkan kamu maka laksanakanlah semampu mungkin , maka sesungguhnya telah rugilah orang – orang sebelum daripada kamu kerana banyaknya persoalan mereka dan wujudnya percanggahan pendapat terhadap nabi - nabi mereka .

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Sebagai seorang mukmin , jua tidak seharusnya kita menggunakan logikal manusia semata – mata dalam membuat penilaian ( untuk menerima atau menolak ) sesuatu hukum atau perundangan .

Berkata Imam Syafie Rhm. :

“ Kiranya Islam itu dinilai secara logik , nescaya segalanya rosak dan binasa . Contohnya : kenapa tatkala kita buang air besar , kita hanya diwajibkan basuh sedangkan ianya jelas najis . apabila keluar air mani , kita diwajibkan mandi sedang ianya tidak najis.”

Ini menunjukkan kepada kita , bahawa Islam diamalkan bukan kerana logik atau tidak sesuatu amalan tersebut, tetapi berdasarkan ketaatan menjunjung tinggi titah perintah Allah saw.

Firman Allah swt :

(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad): "Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah; (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan".

( al a'raaf : 3 )

Negara kita tidak ketinggalan menerima ancaman dari golongan Aqlaniyyah yang cuba menafsirkan semula Al Quran menggunakan aqal dan logik .

Sabda Rasulullah : [2]

عن سعيد بن جُبَيْرٍ عن ابْنِ عباسٍ رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ قَالَ فِي اْلقُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍِ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ .

رواه الترمذي وقال أبو عيس هذا حديث حسن صحيح

“ Barangsiapa yang bercakap mengenai ( menafsirkan ) AlQuran tanpa ilmu ( berdasarkan pandangan aqalnya semata – mata ) , maka silalah sediakan tempat tinggalnya di dalam Api neraka.”

( Riwayat at Tarmizi )

Menafsirkan Al – Quran mestilah berasaskan qaedah yang ditetapkan, bukan secara ' semborono ' atau ' hentam kromo ' juga bukan mengikut ' faham sendiri ' yang jauh dari ketetapan qaedah muktabar.

Ijma’ ulama’ menggariskan qaedah tafsir dalam 5 usul dan qawai’d [3] :

1. Tafsir Quran dengan Quran
2. Tafsir Quran dengan Sunnah
3. Tafsir Quran dengan kata–kata Sahabat Rhm.
4. Tafsir Quran dengan Lughah Arabiah
5. Tafsir Quran dengan apa yang difahami daripada ayat .
( seperti berasaskan Asbabun Nuzul dan Dhohir ayat . )

Imam As – Sayuthi berkata :

“ Tidak adalah yang lebih jahat dan bodoh daripada daripada ulama’ yang menggunakan ayat – ayat quran untuk membenarkan pemikirannya ( yang berdasarkan hawa nafsu ) ”

Sebagai seorang mukmin kita tidak harus degil dan takabbur terhadap ketetapan Allah swt.

لا إله إلا الله memaksa kita tunduk dan patuh kepada kebenaran Ilahi . Keengganan kita hanyalah membawa kita ke Neraka Allah dan kekal di dalamnya .

Firman Allah swt :

" Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”

( Al Baqarah 39 )

Sifat enggan dan takabbur inilah menjadi 2 sifat aktif yang mendorong seseorang menjadi kufur kepada Allah swt. sebagaimana ianya pernah menimpa Iblis A’laihi Laknatullah .

Firman Allah swt :

“ Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”

( Al Baqarah 34 )

Namun , amat malang sekali apabila budaya degil dan sombong ini berkembang pesat dikalangan segelintir ummat Islam semata – mata kerana sikap tidak mahu mengalah . Sedang kita telah diajar oleh Allah swt :

“(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

( Ar Ruum 30 )

لا إله إلا الله : Bererti menolak dan menjauhkan diri secara menyeluruh akan semua bentuk undang – undang dan cara hidup Jahiliyyah .

“Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. . Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”

( Al Maaidah 50 – 51 )

[1] Ayat 69 dari Surah An Nisa’ ( di bawah ) adalah menafsirkan golongan yang mendapat nikmat .

[2] Sunan at Tarmizi . Jilid 5 . Muka surat 199 .
كتاب تفسير القرآن عن رسول الله صلى الله عليه وسلم

[3] Keterangan lanjut Ruju’ Kitab أصول التفسير و قواعده Karangan Syeikh Khalid Abdur Rahman .

posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

TAHALUF DALAM ISLAM.

TAHALUF DALAM ISLAM.

MUQADDIMAH

Tahaluf ialah perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan bantu-membantu untuk menghadapi lawan.

Persefahaman ini berlaku di kalangan sesama Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Aus dan Khazraj yang membawa kepada penyatuan umat di bawah panji-panji dan tertegaknya negara Islam.
Hal ini juga berlaku dengan kumpulan bukan Islam seperti persefahaman dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang berlaku sebelum hijrah dan persefahaman dengan kabilah Khaza’ah selepas “Perjanjian Hudaibiyah”.

Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul yang berlaku pada zaman jahiliyah apabila terbentuk satu persefahaman menentang kezaliman. Perkara ini terjadi setelah seorang lelaki dari kabilah Zubaid dizalimi oleh Aas bin Wa’il, lalu dia meminta pertolongan.
Akan tetapi tidak ada yang sanggup untuk menolongnya, lalu beberapa orang daripada bangsawan Makkah yang bersimpati dengannya telah mengadakan persefahaman di rumah Abdullah bin Jad’an untuk menentang kezaliman tersebut.

Berhubung dengan peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda, maksudnya:
Daripada Talhah bin ‘Abdullah bin ‘Auf, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti saying kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya di zaman silam nescaya aku menyahutnya.” (Riwayat Ibnu Ishaq)

Oleh itu, tahaluf telah menjadi suatu perkara yang berlaku dalam perjalanan Harakah Islamiyah menurut keperluan dan cabaran yang berlaku pada zaman masing-masing. Satu kajian yang mendalam perlu dibuat dan dibincangkan dengan teliti agar langkah yang diambil tidak bercanggah deng prinsip Islam yang mesti ditegaskan dalam semua keadaan.

Hukum Tahaluf

Tahaluf diizinkan oleh syariat berdasarkan kepada syarat-syaratnya.Untuk memahami syarat-syaratnya, hendaklah dikaji perbezaan di antara tahaluf yang dilangsungkan oleh Rasulullah s.a.w. dan ditolaknya.
Syarat-syarat Tahaluf

1.Membawa maslahah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip
Dalil-dalilnya ialah:

a) Hubungan Rasulullah s.a.w. dengan keluarganya dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, khasnya Abu Talib. Walaupun mereka tidak menganut Islam, tetapi mereka mempertahankan Rasulullah s.a.w. sehingga sanggup berkorban apa sahaja.
Tetapi pernah Abu Talib membuat satu kenyataan seolah-olah supaya Rasulullah s.a.w. bertolak-ansur dalam perkara prinsip, lalu dengan tegasnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Wahai bapa kesayanganku, demi Allah, kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku agar aku meninggalkan urusan ini (menegakkan Islam), nescaya aku tidak akan meninggalkannya sehinggalah Allah memberi kemenangan kepada agamaNya atau aku mati kerananya.”
Akhirnya Abu Talib dan keluarganya kecuali Abu Lahab, mengambil keputusan untuk mempertahankan Rasulullah s.a.w.

b) Hubungan Abu Bakar al-Siddiq r.a. dengan Ibn Daghnah yang bersedia untuk memberi perlindungan kepada beliau dibatalkan. Hal ini terjadi apabila Ibn Daghnah mensyaratkan kepada Abu Bakar supaya jangan beliau membaca al-Quran di luar rumah kerana bimbang boleh mempengaruhi orang lain kepada Islam. Contoh maslahat yang
diizinkan:

a.Ke arah kedaulatan Islam dan pelaksanaan syariatnya.
Dalam situasi kegagalan idealogi-idealogi asing dan kebuntuannya menyelesaikan masalah, terdapat kumpulan orang- orang Islam yang jahil dan terjebak ke dalam idealogi bukan Islam dan kumpulan orang bukan Islam yang memberi kesempatan kepada perlaksanaan Islam, maka mestilah diadakan hubungan dengan mereka ke arah dalam memberi sokongan kepada perjuangan kita dalam pilihanraya, dalan persidangan dewan dan sebagainya, dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kepimpinan Islam, mengakui kedaulatan dan perlaksanaan dengan sepenuhnya dan kita tidak memaksa mereka untuk menganut Islam (tetapi mengambil peluang memperkenalkan Islam kepada mereka).
Dalilnya ialah perjanjian Rasulullah s.a.w. di Madinah dengan orang-orang Yahudi.

b.Menentang kezaliman, penyelewengan dan keruntuhan moral

Apabila perkara ini merupakan perkara-perkara yang dirasai kesan dan akibatnya kepada semua golongan, termasuk golongan bukan Islam, maka boleh diadakan persefahaman dalam perkara ini.

Contohnya, bekerjasama di dalam usaha mendesak pembebasan tahanan dan sebagainya kerana Rasulullah s.a.w. mengiktiraf half al-fudul serta mengakui pakatan dan persefahaman golongan yang menentang perjanjian pemulauan ke atas keluarga Rasulullah s.a.w. walaupun mereka tidaklah sampai ke peringkat mengakui kedaulatan Islam.
Dan sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:

Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya: Dua orang anak muda yang mana salah seorang di antaranya dari kaum Muhajirin dan seorang lagi dari kaum Ansar sedang bertengkar.Seorang dari kaum Muhajirin atau mungkin juga beberapa orang dari kaum Muhajirin berteriak: Wahai orang Muhajrin! Manakala kaum Ansar berteriak: Wahai orang Ansar! Setelah mendengar suasana begitu Rasulullah s.a.w keluar dan bersabda: Ada apakah panggilan seperti Jahiliyah ini? Mereka menjawab: Tidak ada apa-apa wahai Rasulullah. Hanya ada dua anak muda sedang bertengkar di mana salah satu dari keduanya berusaha memukul bahagian tubuh yang satunya. Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu tidak perlu menyembunyikan persoalan. Seharusnya kamu menolongnya baik yang zalim mahupun yang dizalimi. Terhadap yang zalim, maka hendaklah beliau mencegah kezalimannya. Sesungguhnya itu bererti telah menolongnya. Manakala terhadap yang dizalimi hendaklah beliau membelanya." (Riwayat Muslim)

2.Mengakui kepimpinan Islam dan tidak menjejaskan matlamat perjuangan
Dalilnya:

a) Rasulullah s.a.w. telah menangguhkan tahaluf dengan Bani Syaiban apabila mereka tidak bersedia untuk bersama-sma menegakkan negara Islam dan mempertahankannya. Hal ini terjadi apabila Bani Syaiban menyatakan ketidaksanggupan untuk berhadapan denga Parsi tetapi hanya sanggup menghadapi kabilah Arab sahaja.

b) Rasulullah membatalkan cadangan untuk bertahaluf dengan Bani ‘Amir apabila mereka mahu berkongsi jawatan kepimpinan negara tanpa menerima Islam.

3.Tidak berwala’ kepada musuh dan tidak redha dengan pegangan mereka
Di antaranya ialah mengakui kepimpinan orang-orang bukan Islam dan bertahaluf dengan musuh-musuh Islam untuk memerangi orang-orang Islam. Firman Allah s.w.t., maksudnya:
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripad sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Ali ‘Imran: 28)

Berwala maknanya menjadikan sebagai pemimpin, teman yang akrab, pelindung atau penolong. Keadaan takut adalah darurat. Kesetiaan dalam keadaan itu dilahirkan secara zahir, tetapi hatinya tidak redha di samping berusaha untuk membebaskan diri dengan merancang bagi meneruskan perjuangan dengan berhijrah dan sebagainya.

Muwada’ah

Di sana terdapat satu persefahaman secara sementera waktu dengan golongan yang bermusuh kerana maslahah. Persefahaman ini dinamakan muwada’ah dan ada juga ulama’ meletakkannya dalam perkara hadanah (gencatan senjata).
Disebut dalam “Syarah Muhazzab” (karangan Imam Nawawi), di antara maslahahnya ialah mengharapkan mereka masuk Islam, mereka akan membayar jizyah atau menolong kerana memerangi golongan lain. Tetapi para ulama’ bertelingkah dalam menentukan tempoh masanya.

Ada yang menghadkan setakat empat bulan sahaja dan ada juga yang mengharuskan menurut maslahah (di antaranya ialah orang-orang Islam masih berada dalam keadaan lemah). Adapun jika tiada apa-apa maslahat atau mudaratnya lebih banyak daripada maslahah, maka ia tidak diharuskan.

Isti’anah (Meminta Bantuan atau Pertolongan)

Apabila adanya persefahaman, maka berlakulah tolong-menolong, iaitu mereka berjanji untuk menolong kita dan kita berjanji untuk menolong mereka.

1.Mereka menolong kita
Menurut Syeikh Sayid Sabiq dalam “Fiqh al-Sunnah”, adalah harus bagi kita untuk menerima pertolongan daripada golongan munafik dan fasik kerana Rasulullah s.a.w. pernah membenarkan Abdullah bin Ubai (seorang minafik) menyertai peperangan bersama-sama baginda. Juga kisah penyertaan Abu Mahjan (seorang fasik) yang mabuk dalam peperangan menentang Parsi.
Adapun pertolongan daripada orang-orang kafir, terdapat kekhilafan di kalangan fuqaha’:

a)Imam Malik dan Imam Ahmad tidak mengharusnya secara mutlak b)Imam Abu Hanifah mengharuskannya dengan syarat orang-orang Islam yang menguasai urusan c)Imam Syafi’I mengharuskannya dengan syarat: a.Apabila orang-orang Islam berada di dalam keadaan lemah b.Apabila didapati orang-orang bukan Islam cenderung kepada Islam dan memandang baik terhadapnya, dibenarkan dia memberi pertolongan dengan diberi imbuhan dan bukannya bahagian ghanimah.


2.Kita menolong mereka
Menurut al-Sarkhasi di dalam kitabnya “al-Mabsut”, dan al-Syaibani di dalam kitabnya “al-Siyar al-Kabir”, Rasulullah s.a.w. menghantar tamar ‘Ajwat kepada Abu Sufyan dan mengutus lima ratus dinar ke Makkah supaya dibahagikan kepada orang yang perlu dibantu ketika Makkah dilanda kemarau.
Menurut Ibn Qaiyim al-Jauziyah di dalam kitabnya, “Zad al-Ma’ad”, apabila Sumamah bin al-Sal r.a., pemimpin Bani Hanifah memeluk Islam, beliau memerintahkan supaya jangan dihantar bekalan gandum ke Makkah sehingga penduduk Makkah berada dalam keadaan kesempitan hidup. Lalu pemimpin-pemimpin Makkah merayu kepada Rasulllah s.a.w. menasihatkan Sumamah agar menghentikan sekatannya.

KESIMPULAN

Tahaluf dapat dibahagikan menurut keadaan berikut:
1.Dalam peringkat membentuk kerajaan hendaklah dengan syarat:
a)Kepimpinan mestilah di tangan orang Islam b)Mengiktiraf negara Islam c)Menerima perlembagaan Islam dan syariatnya
2.Tahaluf tanpa membentuk negara:
a)Kerana maslahah untuk menghadapi musuh yang lebih besar b)Masalah bersama untuk menentang kezaliman, penyelewengan, membebaskan orang-orang tahanan dan sebagainya c)Berlindung sementara ketika lemah d)Tidak terikat dengan syarat yang bercanggah dengan Islam dan kepentingan Harakah Islamiyah
Perhatian

Dalam situasi sekarang, hendaklah diberi perhatian kepada beberapa perkara yang boleh menjejaskan maslahah, di antaranya ialah seperti berikut:
1. Matlamat menegakkan negara Islam adalah sangat penting dalam strategi yang diambil oleh penggerak ISLAM. Oleh itu, jangan terikat dengan janji yang akan menghalangnya atau syarat-syarat yang akan mengikat.
2. Mengutamakan persefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam yang berpengaruh dan yang mempunyai titik pertemuan dengan perkara prinsip yang boleh dipercayai, bukannya yang lemah yang tidak berperanan. Kemudian itu, dengan kumpulan-kumpulan yang bukan Islam.
3. Kita sedang berhadapan dengan masyarakat yang cetek pemahamannya terhadap Islam, di mana mereka tidak mengetahui perbezaan Islam dengan idealogi-ideologi moden. Oleh itu, golongan Islam hendaklah mempunyai syakhsiyah yangkuat yang dapat membezakan mereka dengan parti-parti lain dan perlu diberi kefahaman kepada mereka tentang perbezaan di antara Islam dan idelogi-ideologi moden.Kalau tidak, tahaluf dengan kumpulan bukan Islam lebih memberikan kesan negatif.
4. Persefahaman dengan kumpulan-kumpulan bukan Islam tidak berpanjangan, samada mereka akan menerima Islam atau pertarungan akan berlaku juga pada akhirnya. Oleh itu, hendaklah membuat ikatan-ikatan yang longgar yang tidak akan membelenggu kita di belakang hari.
5. Di sana akan keluar kenyataan-kenyataan bersama yang perlu dipertimbangkan dengan tegas dari segi prinsip kita kerana kenyataan-kenyataan itu bukan sahaja perlu mengikut selera kita, tetapi perlu juga menurut selera mereka.
6. Berwaspada terhadap tipu daya mereka dengan bergantung kepada Allah s.w.t dan kebijaksanaan kurniaanNya.

PENUTUP
Nas-nas dikaji menunjukkan tahaluf boleh dilakukan secara melibatkan gerakan menguasai negara secara menyeluruh dan secara khusus menghadapi isu-isu atau situasi-situasi yang khusus dengan memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger