29 Mar 2012

Ucapan Mursyidul AM IKHWANUL MUSLIMIN

Dengan Nama Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw dan mereka yang berwala' kepadanya.


Firman Allah swt bermaksud, “Allah menetapkan, ‘Sungguh Aku akan memenangkan (agama) Aku dan Rasul-rasulKu. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, Maha Perkasa” (Al-Mujadalah:21). “Sesungguhnya Kami akan memenangkan Rasul-rasul Kami dalam kehidupan di dunia dan di hari dibangkitkan saksi-saksi” (Ghafir:51).

Sabda Rasulullah saw bermaksud, “Akan terus dari umatku mereka yang terang-terang atas kebenaran. Tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang memusuhi mereka sehingga datang ketetapan Allah, sedang mereka dalam keadaan sedemikian’. Sahabat bertanya, ‘Dimanakah mereka’. Rasulullah saw menjawab, ‘Mereka di Jerusalem dan disekeliling Jerusalem (Palestin)’. “.

Wahai pendokong Dakwah ini! Wahai mereka yang bersiap siaga di Palestin! Wahai mereka yang di kepung di Gaza dan di Al-Khalil (Hebron)!

Setiap fasa ada kemenangan. Bila semakin sengit kezaliman dan kuat kepungan yang zalim dan semakin kuat cengkaman musuh dari kalangan bangsa sendiri terhadap pejuang-pejuang Islam, maka kezaliman sanak saudara lebih perit dirasakan ke atas jiwa kita, maka sesungguhnya kemenangan di fasa itu adalah berpegang teguh dengan Prinsip, tidak mengalah untuk mendapatkan Hak-hak, membuat persiapan untuk fasa berikutnya. Kemenangan itu juga adalah kita menang mengatasi jiwa agar tidak menjadi lemah, azam tidak mengendur, bisikan Syaitan dan perbuatan orang-orang munafik.

Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di peghujungnya. Firman Allah swt bermaksud, “Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. 


Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23). Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang mnyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

HAPUSKAN SIS dari MALAYSIA.

SIS (SISTERS in ISLAM )dilihat mula melatah apabila PAS mahu menghalaunya atau menguburkannya. Pelbagai tuduhan dibuat..hakikatnya mereka sudah mula goyah dan mencari punca untuk mendapatkan perlindungan. Melihat kenyataan yang dibuat dalam berita HAIRAN..

"KUALA LUMPUR: Sisters In Islam (SIS) menyifatkan usul Pas untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat dan mengharamkan pertubuhan itu sebagai satu tindakan mundur dan tidak demokratik.

Pengurus Kanannya, Marina Chin Abdullah dalam satu kenyataannya berkata, usul dibuat pada Muktamar Pas, kelmarin, adalah tanggapan prejudis terhadap SIS dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan bersuara.

"Usul itu hanya membuktikan keangkuhan dan sifat tidak demokratik Pas yang mencanangkan prinsip demokrasi dan tidak akan mendiskriminasi mana-mana pihak dalam pilihan raya lalu.

"Kita percaya ramai rakyat memilih Pas pada pilihan raya umum lalu kerana prinsip demokrasinya, namun kini parti terbabit mula mengabaikan apa dikehendaki rakyat. Ia juga menunjukkan Pas tidak boleh bertolak ansur dengan kepelbagaian pendapat di negara ini," katanya.

Muktamar Pas menerima usul untuk mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkan pertubuhan itu jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam.

Usul agama itu yang dikemukakan Pas Shah Alam dibuat selepas menyedari aliran dan pandangan SIS boleh mengelirukan rakyat dan mengancam akidah umat Islam terutama golongan muda serta mereka yang berfikiran sekular.
Marina menegaskan, pertubuhan yang sudah wujud 20 tahun itu sentiasa berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama yang membawa keadilan kepada seluruh umatnya.

Melihat mereka melatah satu perkataan sahaja bagi menjawab kembali dakwaan SIS.."BENGONG !".. Jika sudah benar, kenapa mahu takut? Sebab mereka sudah tahu mereka memang bersalah maka cuba mengalih isu kepada orang lain tidak demokratik pula .Sedang SIS banyak membawa kekeliruan kepada masyarakat ISLAM, Berselindung atas nama ISLAM tetapi apa yang sebenarnya yang cuba diperjuangkan..GAGASAN LIBERALISME mungkin agenda utama!!!

MARI sama-sama kita melenyapkan hayat SIS dari terus memporak perandakan masyarakat. Berhati-hatilah dengan mereka , kerana mereka ibarat alat kepada musuh ISLAM, mengelirukan agama ISLAM dan menjauhkan masyarakat darpada TAFSIRAN ISLAM YANG SEBENAR kepada TAFSIRAN HAWA NAFSU.

MARILAH kita sama-sama mendesak MAJLIS FATWA memutuskan perkara ini.. SIS lah punca kepada kecelaruan masyarakat. Mahu mendidik masyarakat, tapi sendiri haru- biru lagi celaru... Ntah pepe ntah.

Saranan pemuda seperti dalam MalaysiaKINI juga merupakan jalan keluar yang ditunjukkan harap mereka faham ...








Mengenal Cinta menurut padangan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah


Tafakur: dengan kasih sayang kucing kepada anak-anaknya, apa kekuatannya yang kita pelajari untuk manfaat dakwah?

Dakwah cinta sangat memberikan kesan mendalam kepada qalbu. Getaran asyik berbunga–bunga dalam hati yang hanya dapat di nikmati dengan deria HATI ( ruhiyah) .

Namun deria rasa yang kasar juga telah dapat menikmati sifat cinta yang ALLAH swt limpahkan kepada makhluknya. Mendengar dendangan nasyid juga lagu –lagu cinta menjadikan seseorang mengimbau 1001 rasa yang indah-indah.. Khayalan dibuai-buai menjadikan cinta sangat istimewa buat seseorang.

Namun syarah cinta boleh dibahaas dengan wajah yang berlapis-lapis dari cinta makhluk sehinggalah kepada puncak tertinggi cinta..ALLAH dan RASUL. Disanalah hakikat cinta yang rasanya(dzauqi), lebih hebat dari cinta berlainan jantina atau cinta ikatan kekeluargaan..
Buana hati terusik dan merekah menisbahkan cinta sesama manusia. Kuat ikatannya, pelbagai nisbah mentafsirkan rasa yang hakikatnya ALLAH swt sahaja mengetahui. Dititipkan dalam bekas suci hati hambaNYA., melebar rahmat ini keseluruh alam mewujudkan keamanan dunia tanda cintaNYA kepada makhluk ciptaanNYA.

Bercinta sesama manusia , ada sanggup menamatkan riwayat hidup, mengasigkan diri, menangis saat kecewa cinta yang didambakan tidak kunjung mari. Kuatnya kesan cinta, namun jika di tunggang nafsu maka ia kecundang dengan cinta khayalan makhluk.
.
Maka jika cinta ALLAH dan RASUL lebih lagi kuat natijahnya…, kesanggupan mati kerana ALLAH dan RASUL juga tanda natijah cinta bahkan ia kejayaan hakiki cinta.

Melayarilah bahtera dunia ini dengan sesungguh –sungguh memburu cinta ALLAH swt yang sangat hebat nikmatnya!.. Maka pengarang kitab Cinta menggariskan tanda-tanda cinta yang menjadi pedukung rasa cinta itu. Semoga beroleh kita manfaat yang banyak guna mencari limpahan kasih sayang ALLAH dan RASULNYA.
Berkata arifbillah; melakukan ketaatan sedang hati tidak cinta menisbahkan pura-pura

Maka tanda-tanda cinta yang menjadi pedukung rasa cinta ( mensyarah pada cinta ALLAH ) itu padanya 19 perkara yang perlu kita hayati. Bawalah sifat –sifat ini kepada masyarakat untuk meraih cinta ALLAh dan Rasul.

1) Memanahkan dan menghalakan padangan mata (mata hati) pada yang dicinta
2) Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya
Eg ;menundukkan padangan dalam solat, beradab depan ALLAH swt.
3) Sentiasa mengingati orang yang dicintai dan menyebut-nyebutnya-
“Sessungguhnya hamba Ku (yang sebenar ) adalah setiap hambaKu yang menyebutKU .Tanda cinta sejati adalah menyebut orang yang dicintai tatlkala senag dan susah”
4) Tunduk kepada perintah orang yang dicintai
Zuhud paling tinggi adalah menghindari setiap kehendak yang bertentangan dengan kehendak yang dicintai…Bait syair mengungkap “ Kau dehakai Allah dan kau katakan mencintaiNYA,
Yang demikian itu adalah mustahil boleh diqiaskan dengan usaha, Andaikan cintamu tulus tentu kau patuh padaNYA, Orang yang mencintai itu tentu patuh kepada yang dicinta”
5) Bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai
Kesabaran di hadapan orang yang dicintai harus pula berubah menjadi ketaatan kepadanya. eg: bersabar dengan susah dan senang yang ALLAh kurniakan kepad kita, bahkan bersyukur dan terus mengaharap kasih saying-NYA. Mengekali sangka baik kepada ALLAH dan tidak berubah pengharapan kepadaNYA.
6) Memerhatikan ucapan orang yang dicintai dan mendegarkannya
Tidak ada sesuatiu yang paling disukai orang yang sedang jatuh cinta selain dari mendegarkan percakapan tentang sesuatu yang dicintai , kerana memang itulah yang dicarinya
7) Segera menghampiri yang dicintai
Kesibukannya ditinggalkan dan menyukai apappun jalan yang boleh mendekatkannya dengan yang dicintai.
8) Mencintai apapun yang dicintai kekasih
Anas bin malik menyukai labu kerana melihat Nabi saw yang selalu memandang kea rah hidangan labu diatas mangkuk. Maka apa yang ALLAh swt sukai?
9) Serba salah ( resah) jika sedang mengunjungi orang yang dicintai atau sedang dikunjungi orang yang dicintai
Orang bercinta tidak mempunyai kegembiraan dan keseronokkan kecuali jika bersua dengan orangh yang dicintai . Berpisah bererti seksaan baginya.
10) Terkejut dan gementar ketika berhadapan dengan orang yang dicintai atau tatkala disebut namanya
Hati manusia tentu mengagungkan kekasihnya dan tunduk kepadanya. Jika didatangi orang yang diagungkannya , tentu badannya akan gementar. Ada pula berpendapat kerana hatinya menjadi mekar dan berbunga-bunga , sehingga darah mengalir dari hati , lalu menjdai dingin dan mengakibatkan gementar bahkan boleh mengakibatkan kematiannya,
Yang pasti , ini adalah masalah perasaan yang tentunya sangat susah dikaji dan diteliti sebab – musababnya.
11) Cemburu kepada orang yang dicintai
Kecemburuannya akan meningkat jika kekasihnya dijahati dan dirampas hak.
Bagaimana seorang mengaku mencintai ALLAh swt sementara dia tidak cemburu tatakala hak-hak ALLAh dilanggar dan diabaikan? Gambaran orang cemburu yang paling buruk ialah jika diacemburu kerana dorongan hawa nafsu dan kerana bsisikan syaitan , lalu dia cemburu kepada keasihnya dengan cara berbuat sesuak hatinya dan menderhakainya
12) Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai
13) Menyukai apapun yang menyenangkan orang yang dicintai
14) Suka menyendiri
15) Tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai
16) Bernafas panjang dan lebih kerap
Kerana 1) Susah dan Sedih hatinya- mengingat kekasihnya
2) Gembira dan senang hatinya- menerima kasih sayang kekasihnya
17) Mengelakkan perkara yang meretakkan hubungan
18) Adanya kesesuaian dan keserasian antara orang yang mencintai dan dicintai
      19)Mencintai tempat dan rumah kekasih

Sunan AMPEL


Ia putera tertua Maulana Malik Ibrahim. Menurut Babad Tanah Jawi dan Silsilah Sunan Kudus, di masa kecilnya ia dikenal dengan nama Raden Rahmat. Ia lahir di Campa pada 1401 Masehi. Nama Ampel sendiri, diidentikkan dengan nama tempat dimana ia lama bermukim. Di daerah Ampel atau Ampel Denta, wilayah yang kini menjadi bagian dari Surabaya (kota Wonokromo sekarang)

Beberapa versi menyatakan bahwa Sunan Ampel masuk ke pulau Jawa pada tahun 1443 M bersama Sayid Ali Murtadho, sang adik. Tahun 1440, sebelum ke Jawa, mereka singgah dulu di Palembang. Setelah tiga tahun di Palembang, kemudian ia melabuh ke daerah Gresik. Dilanjutkan pergi ke Majapahit menemui bibinya, seorang putri dari Campa, bernama Dwarawati, yang dipersunting salah seorang raja Majapahit beragama Hindu bergelar Prabu Sri Kertawijaya.

Sunan Ampel menikah dengan putri seorang adipati di Tuban. Dari perkawinannya itu ia dikaruniai beberapa putera dan puteri. Diantaranya yang menjadi penerusnya adalah Sunan Bonang dan Sunan Drajat. Ketika Kesultanan Demak (25 kilometer arah selatan kota Kudus) hendak didirikan, Sunan Ampel turut membidani lahirnya kerajaan Islam pertama di Jawa itu. Ia pula yang menunjuk muridnya Raden Patah, putra dari Prabu Brawijaya V raja Majapahit, untuk menjadi Sultan Demak tahun 1475 M.

Di Ampel Denta yang berawa-rawa, daerah yang dihadiahkan Raja Majapahit, ia membangun mengembangkan pondok pesantren. Mula-mula ia merangkul masyarakat sekitarnya. Pada pertengahan Abad 15, pesantren tersebut menjadi sentra pendidikan yang sangat berpengaruh di wilayah Nusantara bahkan mancanegara. Di antara para santrinya adalah Sunan Giri dan Raden Patah. Para santri tersebut kemudian disebarnya untuk berdakwah ke berbagai pelosok Jawa dan Madura.

Sunan Ampel menganut fikih mahzab Hanafi. Namun, pada para santrinya, ia hanya memberikan pengajaran sederhana yang menekankan pada penanaman akidah dan ibadah. Dia-lah yang mengenalkan istilah “Mo Limo” (moh main, moh ngombe, moh maling, moh madat, moh madon). Yakni seruan untuk “tidak berjudi, tidak minum minuman keras, tidak mencuri, tidak menggunakan narkotik, dan tidak berzina.”

Sunan Ampel diperkirakan wafat pada tahun 1481 M di Demak dan dimakamkan di sebelah barat Masjid Ampel, Surabaya.

nama-nama Walisongo :
1. Sunan Malik Ibrahim
2. Sunan Ampel
3. Sunan Giri
4. Sunan Bonang
5. Sunan Kali Jaga
6. Sunan Gunung Jati
7. Sunan Drajat
8. Sunan Kudus
9. Sunan Muria

di tambah lagi wali yang paling kontroversial yaitu :
syekh Siti Jenar

sumber :http://swaramuslim.net/galery/islam-indonesia/index.php?page=walisongo
sumber gambar :http://respati.at.ua/_pu/0/63928.jpg

Ukhwah


Keramatnya Ukhwah..
Melangkaui hubungan darah,
Berkasih sayang kerana ALLAH
Tunggak kekuatan dalam jemaah
digubah dengan acuan aqidah,
Tidak seseorang dibiar gundah
Andai ditakdir rebah
Serba membahu gagah,
Moga hatimu tabah menempuh segala mehnah..
Selangkah ke alam perjuangan
bereerti selamanya dalam kepahitan,
Biarlah kita menagis terluka, kecewa ditinggal kerana ALLAH
Dari mati terkambus tanpa mujahadah
Kita tidak sanggup selamanya terluka itulah mahar kita ke syurgaNYA
Moga diri kita senriasa tabah dalam perjuangan di jalan ALLAH ini

Keberangkatan Ayananda dan Bonda ke Makkah


Usikkan jiwa menggelodak , menahan sebak mendoakan dua bonda dan ayananda tercinta menuju ALLAh swt di tanah suci pagi ini...Gema laungan azan memecah kesunyian mengiringi langkah kuddus menujuNYA

Ke dengar rintihan dan kegusaaran bonda saat kesihatannya kurang mengizinkan...Aku bertambah sebak, air mata panas mengalir..bersungguh mengharap pertolonganNYA memakbulkan hasrat bonda tercinta jua ayahanda yang ku kasihai.

Ku titipkan doa-doa di kesepian malamnya, mengikis kekaratan dosa dua ayahanada dan bonda dengan pedang istighfar yang tak putus-putus..mengharap belaian kasih sayang ROBB menyelimuti hari-hari mereka di sana. Dengan keberkatan tanah haram, moganya dipermudahkan urusan haji mereka. Semoga MABRUR menjadi hadiah paling indah buat mereka disana.


Ku mengharap, adik-adikku jua...sentiasa dalam rahmat ALLAh swt hendaknya. Moga ALLAH menjaga saat langkah -langkah mereka dari kejahatan tipudaya iblis yang mengapikan perasaan mereka. Kelemahan mereka ditampung dengan kerohanian yang di lintaskan malaikat kepada mereka. Dan berada mereka dalam naungan kerahmatan dan kasih sayang algi mahabba sessama mereka yang tak pernah mereka rasai sebelumnya. Sepeninggalan dua ayananda dan bonda, moga mereka matang memaknakan kehidupan yang penuh ranjau lagi penuh tipudaya ini. ALLAH jualah penjaga mereka.

ALLAH pimpinlah langkah - langkah mereka , kasihani mereka, kekurangan diri mereka...kau sucikan hati mereka keduanya secuci kain putih bersih bagai anak kecil baru dilahirkan dengan bisikan HU ...Qalbi tidak putusnya mengingati MU . Gemersik munajat, gema takbir, lafaz tahmid memuji Mu .Segala kepujian dipulangkan kepadaMU .Apalah kami mampu harapkan melainkan IHSAN Mu semata. Kelemahan , kehitaman hati kami..tidak layak kami memohon sesuatu dariMu, melainkan kerana lemahnya diri ini tiada tempat lagi ku adukan keluhan hati. Kusedih dan ku syukur setiap ketentuanMu. Kasih sayangMu sentiasa membasahkan jiwa ini.

Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf Sebenar...



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya.

Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.
Pembelaan para pemimpin kerohanian terhadap Islam sangat jelas di dalam lembaran sejarah. Di antaranya ialah Syeikh Hatim dan gurunya Syeikh Syaqiq. Mereka berdua telah mengambil bahagian dalam jihad di zaman mereka, dan guru beliau telah syahid di medan peperangan.

Ibrahim bin Adham, seorang wali Allah, di dalam manaqibnya ada dijelaskan bahawa beliau sentiasa mengambil bahagian dalam peperangan yang berlaku di zamannya, baik peperangan itu berlaku di darat mahupun di laut.

Demikian juga Syeikh Abu Yazid Al-Bistami, beliau bukan sahaja seorang guru mursyid dan pemimpin kerohanian, bahkan merupakan seorang pejuang yang berani memasuki apa jua medan peperangan sehingga beliau sendiri pernah berkata : “Aku telah ditetapkan Allah untuk bersama-sama dengan para mujahidin (di medan peperangan). Aku menetakkan pedang di muka musuh-musuh Allah itu bersama mereka di dalam masa yang lama.”

Dalam hal ini, Dr. Abd Halim Mahmud di dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa Syeikh Abu Yazid ketika berada di barisan hadapan, bukan hanya semalaman bersandar di tembok-tembok kubu Islam, tetapi beliau juga terus berzikrullah tanpa putus-putus, sehingga beliau benar-benar menjadi orang Mukmin yang menepati kehendak sabda Rasulullah SAW :
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka (di akhirat) ialah mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang celik sepanjang malam kerana menjaga (musuh) di dalam perang fi sabilillah.”

Uwais Al-Qarni adalah seorang wali Allah dan semulia-mulia tabi’in. Sejarah mencatatkan bahawa beliau telah turut sama mempertahankan Saidina Ali di dalam peperangan Siffin kerana berpendapat golongan yang menentang Saidina Ali adalah salah, dan wajib memerangi mereka sehingga mereka bertaubat dan kembali kepada jalan sebenar. Kemudian ketika tentera Islam berperang dengan tentera Rom, beliau telah sama-sama mencabut pedang dan terjun ke medan perang. Beliau telah syahid akibat mengalami kecederaan di dalam peperangan tersebut.

Dalam peperangan Salib, para ulama tasawuf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagaimana yang dinukilkan di dalam Haqaiq ‘an al-Tasawuf :

“Dan di Mesir, di waktu tentera Salib sampai di Dimyat, golongan sufiyyah seperti Syeikh Abu Hasan Asy-Syazili, ‘Izuddin bin Abd Salam dan Abu Fath bin Daqiq al-’Iyd dan ulama-ulama lain telah memberikan khidmat yang sebaik-baiknya untuk menentang tentera Salib.”
Begitu juga dengan Imam Sanusi yang hidup di sekitar tahun 1200 Hijrah. Beliau mengetuai umat Islam menentang penjajahan Itali selama berpuluh-puluh tahun. Syeikh Abd Qadir al-Jazairi juga adalah seorang panglima dan pemimpin agung gerakan menentang penjajahan Peranchis di Algeria.

Kita juga mungkin telah membaca sejarah dan menonton tayangan filem mengenai perjuangan Syeikh Umar Mokhtar yang gigih menentang penjajahan Itali di Libya di mana beliau akhirnya syahid di tali gantung.

Di benua India pula, kita menemui tokoh-tokoh perjalanan kerohanian seperti Syeikh Ahmad al-Sirhindi, Syah WaliyuLlah al-Dihlawi dan lain-lain yang sangat berjasa kepada Islam kerana jihad mereka dalam politik dan agama sehingga Syeikh Abu Hassan An-Nadwi menyebutkan pentingnya peranan mereka itu dengan katanya :

“Sesungguhnya saya sentiasa menyatakan bahawa jika tidak kerana wujudnya mereka itu dan jihad mereka, nescaya Islam telah (lenyap) ditelan oleh agama Hindu, tamadunnya dan falsafahnya.”

Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.
Sejarah kedatangan Islam di Terengganu, malah di Semenanjung Tanah Melayu juga berkait rapat dengan usaha dakwah golongan Tasawuf. Ia bermula di Kuala Berang yang menjadi pusat tamadun dan kerohanian Islam pertama.

Kira-kira 700 tahun dahulu, penduduk Kuala Berang dipercayai menganut agama Buddha, kemudian Hindu dan akhirnya menerima Islam.

Dakwah Islam ini telah dibawa oleh seorang ulama yang sangat berjasa kepada Nusantara ini bernama Syarif Muhammad al-Baghdadi.

Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya.

Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Mekah. Selepas Mekah, Syarif Muhammad menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan kemudiannya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu. Beliau berdakwah menyampaikan Islam kepada masyarakat dan berjihad menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit.

Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan “Kota Tamir” yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam dan menjadi pengikut yang kuat.

Pemerintahan dan perjuangan Baginda Syarif Muhammad diteruskan pula oleh keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian diamanahkan kepada cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya kepada cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik atau Tok Pulau Manis. Kesemuanya adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah.

Tok Pulau Manis kemudiannya menubuhkan pula ‘Kota Pulau Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang tertua dan terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mengambil jalan wara’ dengan menyerahkan pemerintahan kerajaannya kepada menantunya iaitu Tun Jenal yang berkahwin dengan anaknya Siti Zubaidah. Tun Jenal ditabalkan sebagai raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Seorang lagi ulama tasawuf Terengganu ialah Tokku Paloh, seorang guru mursyid Tariqat Naqsyabandiah yang banyak berjasa terhadap kerajaan Terengganu dan rakyat jelata di dalam usaha menentang kerajaan British.

Salah satu peristiwa yang masyhur ialah ketika pihak Inggeris mahu berunding dengan Raja Melayu mengenai satu tempat bernama Bukit Besar yang ingin mereka miliki. Raja atau Sultan Terengganu pada ketika itu ialah Sultan Zainal Abidin III dan regu baginda ialah Tokku Paloh. Bila Inggeris bertemu baginda dan menyatakan hasrat mereka, lantas Sultan bertitah, “Negeri ini ada tuannya, hendaklah berunding dengannya terlebih dahulu.” Maksud baginda ialah Tokku Paloh.

Pihak Inggeris pun bertemu dengan Tokku Paloh dan berunding mengenai hal itu. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka, punggahlah tanahnya ke dalam kapal.

Pihak Inggeris amat marah lalu bangun untuk meninggalkan majlis tersebut. Tapi dengan izin Allah dan karamah Tokku Paloh, kerusi yang diduduki pihak Inggeris melekat pada punggung mereka. Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar sahaja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi kamipun kamu mahu ambil juga”. Pergilah pihak Inggeris dengan penuh rasa malu.

Kemudian, mereka mahu berunding buat kali kedua tapi ia mestilah diadakan di atas kapal mereka yang besar itu. Bila diajukan jemputan kepada Tokku Paloh, beliau mengatakan kapal besar tak mampu bertahan kalau ia naik. Pihak Inggeris ketawa mendengar kata-kata Tokku Paloh itu.

Namun dengan izin Allah dan karamahnya, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal yangbesar itu turut senget mengikut perbuatan Tokku Paloh. Hal itu menimbulkan perasaan cemas di pihak Inggeris sehingga rundingan dibatalkan serta merta.

Begitu juga dengan murid Tokku Paloh, Haji Abd. Rahman Limbong yang telah memainkan peranan penting dalam kebangkitan tahun 1921-1928 Masihi di Terengganu dalam mempertahankan Islam dari anasir penjajahan.
Selain itu, sejarah juga mencatatkan peranan besar yang dimainkan oleh Wali Songo (Wali Sembilan) di Pulau Jawa. Dengan usaha gigih yang dilakukan, dengan sokongan rakyat jelata, mereka berjaya menubuhkan pemerintahan Islam, menewaskan kekuasaan Hindu, mendirikan masjid, pesantren (pondok), mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam kehidupan masyarakat.

Sejarah Islamnya Kerajaan Pattani juga melibatkan ahli Tasawuf dengan kaedah menarik. Menurut ceritanya, tiga orang ulama sufi yang merupakan sahabat karib telah menjalankan dakwah di Patani.

Mereka ialah Syeikh Shafiyuddin, Syeikh Sa’id Barsisa dan Syeikh Gombak Abdul Mubin. Sebaik tiba di Patani, mereka bertiga telah membuat pondok kecil di satu tempat bernama Kerisik.

Di situ, mereka mengumpul maklumat, membuat kajian mengenai suasana dan budaya setempat serta memikirkan strategi dakwah yang sesuai kerana di masa itu Patani diperintah oleh raja yang beragama Budha.
Syeikh Shafiyuddin amat kuat beribadah, berkhalwat dan berzikir memohon pertolongan Allah dalam dakwahnya. Manakala kedua sahabatnya keluar meninjau dan mendapatkan maklumat-maklumat baru. Suatu hari, tersebarlah berita bahawa Maharaja Antira iaitu pemerintah Patani mengalami penyakit yang berat.
Maka sesiapa yang dapat merawatnya akan diberi upah yang besar. Sebelum ini telah ramai bomoh yang mengubati beliau, namun tidak juga sembuh-sembuh. Apabila pegawai raja sampai ke tempat Syeikh-Syeikh ini, salah seorang dari mereka menyapa dan memberitahu bahawa terdapat seorang dukun yang sangat sakti yang mampu menyembuhkan maharaja itu. Dukun yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah Syeikh Shafiyuddin sendiri.

Keesokan harinya, ketiga-tiga orang Syeikh itu dijemput ke istana untuk mengubati raja. Sebelum upacara pengubatan dilakukan, terjadi perjanjian dimana jika raja sembuh hasil pengubatan Syeikh Shafiyuddin, maka raja mestilah menukar agama dari Budha kepada Islam. Syarat itu dipersetujui raja. Kemudian, Syeikh mula membacakan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran.

Dengan izin Allah, tiga hari selepas itu raja pun sembuh dari penyakitnya. Tapi raja engkar dengan janjinya untuk memeluk Islam. Dengan karamah Syeikh Shafiyuddin, penyakit raja berulang semula. Maka diubati lagi seperti janji yang pertama, dan sembuh kembali. Raja mungkir lagi, tiba-tiba penyakitnya datang kembali. Diubati lagi dan sembuh semula. Akhirnya raja Budha itu pun memeluk Islam dan diikuti oleh ramai rakyatnya. Sejak itu, ketiga-tiga Wali Allah tadi mendapat tempat kedudukan yang tinggi di Kerajaan Patani.

Selain itu terdapat tokoh-tokoh lain yang juga berperanan besar dalam menegakkan Islam di Nusantara seperti Syeikh Abd Samad al-Falimbani, Syeikh Daud al-Fatani, Ismail Minangkabau, Muhamad Salleh al-Zawawi, Arshad Banjari dan banyak lagi.

Di samping itu, yang sudah termasyhur ialah seperti Imam Al-Ghazali, Syeikh Abd Qadir Jailani, Imam Hassan Al-Banna dan lain-lain. Mengenai hal ini, Al-Maududi berkata :
“Sesungguhnya mereka (ahli tasawuf) mempunyai jasa yang besar dalam penyebaran Islam di daerah-daerah yang jauh terpencil yang belum ditakluki oleh tentera-tentera Islam atau yang belum dapat ditundukkan di bawah hukum Islam. Di tangan mereka itulah, Islam tersebar di Afrika, Indonesia, pulau-pulau di Lautan Hindi, China dan India.”

Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya :

“Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”

Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad. Jelaslah bahawa golongan tasawuf bukanlah mereka yang hanya berzikir dan beramal semata-mata, malah berada di barisan hadapan dalam memperjuang dan mempertahankan Islam. Bagi setengah golongan yang meninggalkan amal-amal seperti ini, bermakna mereka telah meninggalkan sunnah Nabi SAW dan perjalanan para sahabat (radiaLahu ‘anhum).
Wallahu ‘alam.


Dari Buku Sufi Mujahid karangan:
al Faqir ila LLah Tokku Hj Ibrahim amaddana Allah bi madadihi

Kerja menteri Hanya jadi bidan terjun pegang HAILER...huhuhu



Datuk Mustapa terpaksa memikul akibat dari keputusan politik dangkal mengenepikan Kerajaan Negeri dan tetamu kehormat lainnya di saat akhir, sehingga akhirnya beliau terpaksa berdiri di hadapan padang yang kosong untuk acara perasmian mengantikan PM. Tugas yang berat. Tak semena-mena, bekalan elektrik pula terputus...kuang,kunag kuang...lagi kesian NOH OMAR pulak tukang pegang hailer TOK PA...itu jelah yang selayaknya bagi depa berdua ni... Pulang Paku Buah Keras....

rujuk artikel: Mustapha ganti Najib Rasmi Kelantan Fiesta 2010
Hujan Iringi PM Terbang Awal, Hmm..Padan Muka Najib




Sejarah Yang Disembunyikan

"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak." - Majid Salleh / Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU)

20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

Individu-individu tersebut ialah

1~ Lim Kean Chye / Malayan Democratic Union (MDU)

"The unity we talked about never mention the racial aspect as is emphasised nowadays. All we wanted was that all the trade unions, all the workers, all the women, all the organisations to join in, in a broad front to oppose the British return of the Governor to rule the country."

Dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman.

Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945.

MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.

2~Yahya Nassim / Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak."

Berasal dari Ulu Langat, Selangor.Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob.

Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka.

3~Hashim Said / Angkatan Pemuda Insaf (API)
"Saya mula-mula sekali masuk politik, saya ada terbaca sebuah buku yang dikarang oleh Cikgu Ibrahim bin Haji Yaakub (Melihat Tanahair). Dia menyatakan nasib orang-orang yang kena jajah, di negara yang kena jajah, termasuklah negeri kita Malaya pada masa itu... dijajah."

Berasal dari Kuala Kangsar, Perak.Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.

Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.

Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.

4~Zainuddin Andika / Angkatan Pemuda Insaf (API)
"Indonesia punya yang datang tu, semangat tu datang ke mari setengah. Pasal sana Sukarno dah beri semangat tu. Sukarno maklumlah, kata-kata yang dikeluarkannya. Beri saya sepuluh orang pemuda katanya, dia boleh menggoncangkan dunia. Itu dia semangat tu sampai ke mari."

Berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak.Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak.

API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak.

5~Majid Salleh / Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU)
"Awak ni gila? Nak merdeka, tak tahu awak ni siapa? Orang Melayu ni siapa? Tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?... Itulah suara yang biasa kita dengar."

Berasal dari Ipoh, Perak.Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa.

Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU).

PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.

SUMBER : RAKYAT MARHAEN

Kebenaran melalui SULUHAN ILMU

SULUHAN MATAHARI yang menyilaukan pandagan ....TERANGNYA KEBENARAN sehingga tersilau kita.

Allah swt berfirman :

"Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu " (Az ZUMAR :9)

Dalam kegelapan malam, cahaya lampu yang menyinar terang mampu membimbing kita mengharungi liku-liku yang membahayakan, meredah halangan. Begitulah pula di ibaratkan ilmu, sebagai cahaya yang memimpin manusia mengharungi kelamnya liku-liku kehidupan yang amat sukar sehingga di ibaratkan meniti mata pedang pula.

Pentingnya ilmu dahulu, di ikuti oleh amal. Tanpa ilmu, mereka buta dengan panduan yang akhirnya sesat dalam melalui liku-liku susah payah ujian hidup. Tanpa sendi ilmu ini , mustahil pula amal mampu didirikan.

Mereka yang mempunyai suluhan ilmu sukar di tumbangkan syaitan yang tidak pernah putus dendamnya . Suluhan nur ilmu jualah mampu menyelamatkan diri dari bisikan halu iblis dan bicara manusia yang penuh tipu muslihat. Perjalanan menuju ALLAH tidak sunyi dari simpang-siur nafsu yang mengkhayalkan . Perisai ilmu sangat penting untuk menangkis rontaan dan asakan nafsu yang mengkhayalkan itu .

Ibadah adalah asas kepada menghidupkan hati. Namun ibadah wajib bersendi ilmu kerana ibadah tanpa ilmu pasti menatijahkan hasil ibadah yang rosak, busuk , penuh najis-najis mazmumah dan tidak mencapai matlamatnya.

Kita wajib menguasai beberapa cabang ilmu untuk menghadapai kedahsyatan fitnah-fitnah dunia:

1. ILMU TAUHID
-Guna mengesahkan pengenalan kita dengan sifat Tuhan iaitu WAJIB, MUSTAHIL, HARUS

2. ILMU FEKAH
-Guna mengesahkan ibadah kita dari HUKUM bersuci , solat, puasa, zakat, sehinggalah kepada seluruh aspek kehidupan

3. ILMU TASAWUF
- Pokok perbincangan adalah akhlak, hati, keaiban diri, tipudaya syaitan, bisikan nafsu.

4. ILMU TASAWWUR ISLAM
- Membicarakan kesyumulan ISLAM. Membuktikan kita adalah umat yang benar-benar dalam kelompok perrtengahan - tidaklah melampau dalam ibadah jua hal-hal urusan dunia bahkan seimbang antara keduanya.

5. ILMU FARDHU KIFAYAH
- Cabang ilmu yang perlu ada kalangan MUSLIM kuasainya.

Perlu kita fahami dengan jelas, asas-asas ilmu di atas merupakan tunjang utama kekuatan MUSLIM. Pengabaian terhadap sebahagian daripadanya, dan kelalaian menguasainya menjadikan asal kepada punca kelemahan ummah. Sebagai KHALIFAH, kekuatan roh tauhid, keindahan feqah , dan kehalusan tasawuf adalah senjata paling ampuh menghadapi tentangan musuh ISLAM, pujuk rayu nafsu dan tipu muslihat iblis laknatullah. Hilanglah jiwa-jiwa yang mirip para sahabat...tenggelam dalam kekusutan-kekusutan nafsu sehinggalah satu persatu agama tertanggal dari jiwa umat ISLAM. Terlerailah kecintaan-kecintaan kepada ALLAH DAN RASUL sehinggalah gugur kesedaran dakwah, berkubur semangat pejuang BADAR . Islam diinjak-injak anasir jahat dan para pencipta KEROSAKAN DUNIA sehingga pudar dan lusuh maruah. Sedang umat hanyut dengan khayalan dan kemabukan nafsu yang merosakkan.

Keilmuan ini perlu dipindahkan dalam bentuk amal. Bukanlah kekal sebagai bicara-bicara kosong di bibir atau hiasan indah diatas kertas putih ataupun perbincagan akademik yang bergulung-gulung. Amal ini melahirkan muslim yang hakiki , rohani yang kuat dan mampu menjadi mujahid agama. Tasawuf sebagai contoh; melahirkan insan kamil, hatinya asyik dan hidup dengan ALLAH, hatinya penuh limpahan rahsia TUHAN , hidupnya disulami keyakinan dan keimanan yang sebenar, penyerahan bulat hati kepada ALLAH, kehalusan syariat, cintakan agamanya dan bergalang batang tubuh mempertahankannya.

Hati yang penuh CINTA kepada ALLAH kesan suluhan ilmu tasawuf, layak mereka menjadi mujahid agama ALLAH, berjuang , berselut lumpur mempertahankan agama, juga berusaha menebarkan dakwah Baginda saw. Begitulah matlamat dalam pendidikan tasawuf mutakhir ini .

sumber: GERAK MASSA MALAYSIA (GESA)

Tadbir diri..

Buatlah dengan istikharah, sehingga alamat dan pilihan ditunjukkan...
kemudian laksanakan dengan tekad,berjalanlah dengan serta penyerahan bulat kepada ALLAH, bertawakkal, tanpa berbimbang-bimbang dengan perkara yang belum terjadi

28 Mar 2012

Berita PANAS orang-orang yang berhutang dgn PTPTIPU


INI BIKIN PANAS BEB...

Menteri: Mansuh PTPTN bebankan kerajaan 

Cadangan pakatan pembangkang hendak menghapuskan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika ia berkuasa adalah tidak relevan buat masa ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 


Beliau berkata penghapusan pembiayaan PTPTN hanya akan mengurangkan semangat daya saing di kalangan pelajar di samping membebankan kerajaan kerana terpaksa mendirikan lebih banyak institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk memberi pendidikan secara percuma kepada masyarakat. Malah, kata beliau, tindakan itu juga akan mengurangkan permintaan terhadap institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam negara, seterusnya menyebabkan ia terus ditutup.

 "Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS? "Maknanya IPTS akan tutup dan semua orang akan minta belajar dalam IPTA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera Malaysia (PKIBM) di Kuala Lumpur, hari ini. 

Mohamed Khaled berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam portal berita tempatan untuk menghapuskan pembiayaan PTPTN jika pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat selepas pilihan raya umum akan datang. Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kerajaan sebaliknya telah mengambil pendekatan lain dalam mengurangkan beban pelajar dengan menukar status pembiayaan PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama untuk terus mecapai matlamat membentuk rakyat yang berdaya saing.

 "Kalau kita pandai dapat kelas pertama, PTPTN itu tukar jadi biasiswa pada akhirnya... Kalau kata semua pelajar pun dapat kelas pertama, semua pun dapat biasiswa, jadi macam hapus jugalah PTPTN itu," katanya. Dalam pada itu beliau berkata kerajaan tidak membezakan antara IPTA dan IPTS daripada segi matlamat ataupun pengambilan pelajar kedua-dua institusi pengajian tinggi itu. Malahan beliau berkata kerajaan menggalakkan penubuhan IPTS bagi melengkapi institusi pengajian tinggi dalam negara bagi melahirkan modal insan berkualiti. 

"Maka antara pendekatan yang kita telah mulakan ialah dari segi pengambilan ataupun pinjaman tenaga akademik daripada IPTA kepada IPTS, kita juga buka pembiayaan untuk menyambung belajar kepada pensyarah-pensyarah IPTS seperti Mybrain15, kita juga benarkan IPTS bersama IPTA untuk melakukan kolaborasi dan membida peruntukan untuk R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) dan sebagainya," katanya.

 Mengenai program Mybrain15, Mohamed Khaled berkata pihak IPTS boleh berunding dengan pihak kerajaan bagi mengikat kontrak mana-mana pensyarah, namun mesti mengiktiraf peningkatan ilmu pensyarah itu dan perlu memberikan pendapatan yang berpatutan. "Maknanya dia boleh kontrakkan, mungkin apa yang kita (KPT) boleh buat untuk bantu IPTS kita mungkin boleh rundingkan," katanya menambah bahawa tujuan kerajaan melahirkan lebih banyak pemegang doktor falsafah (PhD) di bawah program itu bukan sahaja bagi membantu sektor kerajaan tetapi semua sektor termasuk swasta. 


MyBrain 15 ialah agenda kritikal yang digariskan dalam Pelan Tindakan Transformasi Pengajian Tinggi Negara dilancarkan pada tahun 2008 untuk melahirkan bilangan pemegang PhD yang secukupnya dalam sumber tenaga kerja negara.

JADI LEBIH SENANG JIKA KITA MANSUHKAN 

KERAJAAN LAH KAN? 

SAPA SETUJU SENYAP...

27 Mar 2012

Tauhid TAXI DRIVER


Aku terjinjit-jinjit mencari teksi yang dibawa orang Islam, dalam kesesakan pekan Kajang dan kepanasan serta keserabutan aktiviti di sini aku segerakan proses balik ke rumah. Haaaa...hatiku mendesis, ternampak seorang pemandu Teksi yang sedang menunggu- Teksi Saga Bewarna Merah yang terbuka pintunya menanti penumpang yang sudi mengisi tempat duduknya.

Sebaik berjalan menuju ke arah teksi itu, mataku melirik kekiri -kanan jalan. Memerhati kalau-kalau ada kereta gila yang tidak menghiraukan pejalan kaki. "nak kemana bang?'...aku disapa bersahaja sampai berhampiran kereta sewa- sebaik bertentang mata dengan pemilik kereta sewa itu... owh..saya nak ke Hulu Langat...Batu 9...Taman Cheras Intan...Hulu Langat Jaya...habis semua nama tempat yg berdekatan aku sebut."er..dekat kapung Melaka tu ke?" dia mengaju memastikan arah yang dituju..aku mengangguk tak sabar nak masuk kereta , panas menyengat nih-hati kecilku berbisik. RM 20 bang...biasa tempat tu cas RM 20..beliau menawarkan harga. Memang itulah harganya....ok , aku menjawb ringkas. But kereta dibuka, aku mengisi beg yang berat dan kami berlalu meredah kesesakan pekan kajang yang memang terkenal dengan kesibukannya yang maha sangat.

Suasana sunyi seketika , aku meredakan kepenatan memikul beg yang berat. Naik bas dari Kuantan ke Bukit Jalil...dari LRT sehingga bertukar ke Komuter. Aku memerhatikan ruangan dalam kereta sewa itu..aku amat-amati berdasarkan stiker Tentera yang banyak didalamnya..mengagak mudah...Abang bekas tentera ke? aku memula bicara mengurang kebosanan. A'ah..renjer dulu... dia menjawab sambil mengerling ke arah aku yang memandang sana -sini dalam kereta sewanya seolah-olah mcam hilang arah...owh, dah lama abang bawa teksi ni? ...ada 10 tahun ke? ...dia menjawab soalan yang berlapis tadi dengan ringkas..kurang 10 tahun.

Ok ke bawa teksi ni bang ? ....muaknya berubah sedikit macam kena telan peria pahit.Agak berat nada suaranya...erm..er...nak kata ok..bolehla nak hidup. Kalu nak kerja biasa masuk jam 8 keluar jam 5 susah sikit la..biasa kena overtime sampai malam jam 10 ke , 11...mukanya berat menjawab mebayangkan keserabutan kepalanya memikirkan cari makan sebagai pemandu teksi....

Renungan juga utk diriku....masih sama tauhid diriku ..TIDAK NAMPAK LAGI KEKUASAAN ALLAH DALAM SETIAP SESUATU

Huru- Hara Akhir Zaman-

Islam akan bangkit dengan TAUHID orang terdahulu. Bukan dengan tauhid diri, buakn pula dengan fahaman MUKTAZILAH, QADARIAH dan JABARIAH yang menjadi anutan sekalian anak adam tanpa mereka sedari.

Sistem Pendidikan memfokuskan setiap dari anak adam ini belajar untuk mencari duit..terkayanya diri hasil mursal dari ilmu yang didapati. ya..bagus nya...indah gitu. Tanpa disedari begitu sekali khayalan akal dan awanan nafsu (waham) mengelincirkan kita dari bertauhid kepada Allah swt.

Diriku jua pernah bersekolah, pernah berulang - alik meniti hari-hari..dari zaman kanak-kanak, ke zaman dewasa..separuh umurku dihabiskan menuntut ilmu sehingga ke menara gading , hampir sahaja aku menggeggam segulung master dari sebuah institusi pengajian tinggi...begitu nafsuku yang batin membisik. Ada master gaji boleh besar sikit, boleh beli macam-macam, hidup selesa..boleh balas jasa emak dan ayah..boleh sumbang untuk gerakan dakwah, bantu umat Islam dengan ilmu fardhu kifayah yang menjadi kepakaran diri ku ini ... fikirn bertambah meleret berkhayal masa depan yang belum pasti ....nak kahwin jika sudah ada kerja , boleh buat pinjaman bank..bayar ansuran bulan-bulan, hutang kereta, hutang rumah...ermm..susah sangat suruh isteri kerja untuk bantu suami ...ada anak nanti tak la susah sangat . Kotak pemikiran pekerja makan gaji yang membelitnya dengan awanan nafsu dan khayalan akal. membenamkan dirinya dalam kelemasan KHAYALAN duniawi. Pencen nanti boleh isi masa dengan dengar Kuliah agama..nak mati dah kan...

Pembaca budiman sistem yang ada tidak pernah membawa kepada bertauhid kepada Allah swt. lapis luarnya sahaja mengatakan demikian. Ditilik kedalam hati - sistem pendidikan sebenarnya mengajak manusia bertuhan kepada diri (aku yang pandai, aku yang berusaha, aku yang bersusah -payah)..lantas menyuburkan nafsu (bertuhan kepada nafsu pula)- dengan duit ini aku boleh buat macam-macam , hakikatnya untuk menuburkan nafsu dan keinginan-keinginan yang dilihatkan indah pada mata.

FIKIR_FIKIRKAN


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...