28 Feb 2017

Menjemput Rezeki - Meraih Keberkatan

Assalamualaikum wbt selamat pagi,

Rahsia 'Marketing' Langit

- Ada yang mengetuk pintu langit dengan cara setiap pagi memberi 40 nasi bungkus untuk dhuafa/orang miskin. Rutin dia lakukan.

- Ada yang mengundang rezeki dengan cara mencium  tangan ibunya lalu minta didoakan.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap minggu dia datangi anak-anak yatim, mengusap kepala mereka, membelikan sesuatu untuk keperluan mereka sebagaimana diajarkan Nabi SAW.

- Ada yang mengundang rezeki, setiap pagi berangkat kerja dia rutin bersedekah kepada siapa saja.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap malam jumaat dia membahagi makanan kepada orang2 yang tidur di jalanan. Doanya tembus ke langit!

- Ada yang mengundang rezeki, setiap kali setelah sholat subuh dia tidak tidur. Dia beristighfar 100 kali dan bertadarrus Al-quran hingga terbit fajar, lalu menatap langit langsung dan mengangkat tangan. Doanya tembus langsung pada Tuhannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat profit hasil jualannya 100% disedekahkan.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap bulan 20% dari total pendapatannya disedekahkan. Dia yakin Tuhan-nya MAHA KAYA.

- Ada yang mengundang rezeki, seminggu sekali tengah malam didatangi rumah dhuafa. Dia angkat/pikul sendiri makanan untuk mereka.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap Jumaat dia tidak mau dibayar upah untuk khidmatnya yang diberikan ke orang lain. Tiap titik keringatnya penuh pahala.

- Ada yang mengundang rezeki dengan memperbaiki jadual sholat 5 waktunya berjamaah di masjid dan Allah pun memudahkan segala urusannya.

- Ada yang mengundang rezeki, tiap pagi dia sholat dhuha & berdoa, ketika orang lain sudah sibuk dia memilih menghadap langsung ke Penciptanya.

- Ada yang mengundang rezeki tiap 1/4 malam bangun sholat tahajud berbisik pada bumi dan terdengar di langit. Allah redho, hidupnya pun berkah.

- Ada yg mengundang rezeki dengan cara MENANAM POHON agar semua MAKHLUK BUMI boleh menikmati OKSIGEN dan mengurangi CO². 🌿🌿

Rezekimu bukan dari Bossmu atau pelangganmu.
Tapi dari Allah.

Undang rezeki datang dengan cara-cara yang Allah Redhoi.

Jutawan dengan amalan BERJIMAT.


Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, kini memiliki aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit, hasil amalan berjimat cermat dan bijak menguruskan kewangan. Foto ihsan Facebook/Syafieqah A’lya

SHAH ALAM, 27 Feb Sanggup ikat perut pada usia muda nyata memberi pulangan kepada seorang eksekutif jualan yang kini memiliki tiga aset hartanah bernilai lebih sejuta ringgit.

Berkongsi rahsia kejayaannya, Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 25, juga mengorbankan masa berhibur pada usia muda untuk melakukan kerja sampingan dengan bekerja separuh masa di pasar raya, lapor Sinar Harian.

Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan.

Sehinggakan saya pernah dikatakan gila. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata diet kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini, katanya dilapor portal itu.

Maka tidak hairan kegigihan Syafieqah menular di laman sosial sejak tahun lalu apabila pada usia 24 tahun ketika itu beliau berjaya memiliki rumah teres jenis superlink dan kereta mewah Subaru XY.

Ketika itu Syafieqah bekerja di sebuah bank dan dibayar RM1,600 sebulan, namun sikapnya yang berjimat cermat dan pandai menguruskan kewangan menjadi faktor kejayaannya.

Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.

Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.

Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa, katanya. – MMO

==============

Siti Nursyafieqah miliki tiga hartanah di usia muda



SETAHUN lalu, kisahnya pernah menjadi tular apabila gadis berusia 25 tahun itu berkongsi kejayaannya memiliki hartanah pada usia muda.

Ketika usianya 23 tahun, kisah Siti Nursyafieqah Abu Bakar hebat diperkatakan apatah lagi dengan gaji asasnya ketika itu hanya RM1,600 sebulan.

Namun, siapa sangka di sebalik cerita itu sebenarnya terselit satu cerita dia menyekat nafsunya semata-mata untuk melakukan simpanan untuk masa hadapan.

Benarlah kata pepatah, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian tepat menggambarkan situasinya suatu ketika dahulu.

Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan.

Sehinggakan saya pernah dikatakan ‘gila’. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri nyata diet kewangan ketat yang diamalkan sejak zaman diploma menjadi sandaran sehingga kini, katanya.

Kejayaan yang diperolehnya bukan datang bergolek di hadapan mata, sebaliknya berusaha keras dengan melakukan dua pekerjaan setiap hari sehingga dia berjaya melaksanakan misinya.

Di sebalik kisah tular itu, Siti Nursyafieqah atau lebih dikenali dengan nama Syafieqah Alya di alam maya, dia berkongsi rutin hariannya selepas menerima tawaran bekerja sebagai Eksekutif Jualan di salah sebuah institusi perbankan ternama di negara ini.

Saya bermula dengan gaji asas serendah RM1,600 ketika awal permulaan kerjaya dan ketika itu usia saya baru mencecah 21 tahun.

Sedangkan rakan lain dibayar RM2,000 sebulan, saya tidak cemburu dengan mereka, tetapi cuba untuk meningkatkan pendapatan dengan bekerja separuh masa di pasar raya.

Bukan itu sahaja, duit komisen dan OT yang dibayar pihak bank akan dibahagi dua untuk simpanan dan pelaburan ASB.

Dengan RM1,600 itu, saya belanjakan untuk rumah sewa, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit saraan ibu bapa, katanya.

Tambahnya, setiap 24 jam sehari tidak disia-siakan dengan berlibur, tetapi dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat untuk mencari rezeki sampingan.

Bahkan dia juga tiada masa untuk pulang ke kampung halaman kerana sentiasa sibuk merencanakan aktiviti harian untuk mengumpul duit simpanan agar dapat memiliki hartanah selepas bekerja.

Dia bersyukur, sikapnya yang jimat cermat dan berbelanja secara berhemah itu menjadi panduan sehingga ke hari ini.

Biarlah apa jua kata orang, yang penting kita pandang ke hadapan. Alhamdulillah saya dapat merealisasikan impian untuk memiliki rumah impian ketika umur 23 tahun.

Saya akui tidak mempunyai masa untuk berlibur kerana melihat kepentingan misi hidup yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

Mungkin ramai mengatakan saya seorang anti sosial atau kera sumbang, namun kata-kata menjadi pembakar semangat untuk berjaya, katanya.

Tiga tahun berlalu, Syafieqah Alya kini memiliki tiga hartanah bernilai lebih sejuta ringgit dan merancang untuk meneruskan pembelian hartanah pada masa akan datang. – Sinar


=============

Saya nak share sikit step mudah yang saya fikir semua pasangan muda mampu realisasikan
—————————————————

Baru bekerja : umur 23 tahun.

Gaji LELAKI = RM2000
Gaji WANITA = RM2000

Andaikan Gaji meningkat RM100 setahun.

1. LELAKI pakai dulu motor masa belajar dulu. Jangan beli Kereta dahulu.

2. WANITA beli kereta Perodua Axia, komitmen bulanan RM500.

3. LELAKI buat Pembiayaan ASB RM100K @ tempoh pembiayaan 30 tahun dengan komitmen bulanan RM550. Jangan usik dividen selama 3 tahun. Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% dividen tahunan = RM23,300 + Jual sijil (RM4,500) = RM27,800??(cash)

4. WANITA buat Pembiayaan ASB 50K , komitmen bulanan RM275, Jangan usik dividen selama 3 tahun. Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% dividen tahunan = RM11,650 + Jual sijil (RM2,250) = RM13,900??(cash)

5. Berkahwin LELAKI & WANITA. Jumlah cash Ada di tangan RM42,700??. Budget untuk majlis perkahwinan RM10,000 sahaja. Kalau parents atau family nak buat lebih havoc, minta mereka yang support. Teguhkan hati dengan budget tersebut. Tidak memalukan rasanya kahwin tidak berlebih-lebihan kan. Lebih baik bijak daripada nampak hebat untuk satu hari. Kita bukan nak berkahwin sehari jer kan.

6. Bagi Cash PASANGAN ini masih berbaki RM31,700??. Nak buat apa? Cari asset yang positive mendatangkan positive cash flow.

7. LELAKI Cari rumah pertama . low cost pon Takpe. Cari yang harga kurang RM100K . Dah takde? Pergi cari mesti ada. Lelong atau subsale. EPF AC 2 Ada la dalam RM5,500. Peruntukkan cash RM10,000 untuk urusan ini + keluarkan duit EPF AC 2 RM5,500. Mana fee yang boleh masuk dalam Pembiayaan bank, masukkan. Bayaran bulanan untuk Rumah tersebut RM450. Andaikan Sewa Rumah tersebut RM600?? Sebulan dan buat tenancy agreement.

8. WANITA juga Cari rumah pertama . low cost pon Takpe. Cari yang harga kurang RM100K . Dah takde? Pergi cari mesti ada. Lelong atau subsale. EPF AC 2 Ada la dalam RM5,500. Peruntukkan cash RM10,000 untuk urusan ini + keluarkan duit EPF AC 2 RM5,500. Mana fee yang boleh masuk dalam Pembiayaan bank, masukkan. Bayaran bulanan untuk Rumah tersebut RM450. Andaikan Sewa Rumah tersebut RM600?? Sebulan dan buat tenancy agreement.

9. PASANGAN menyewa dulu rumah untuk tempoh 3 tahun. Kalau duduk dengan family lagi bagus. Untuk sementara waktu. Save sikit budget. Hihi . Baki simpanan masih ada RM11,700??

10. Dari EPF AC 2 kedua PASANGAN ini boleh menampung RM150 sebulan untuk pengeluaran bayaran bulanan rumah masing-masing. Jadi komitmen untuk Rumah masing-masing Cuma RM300 sahaja setiap orang.

11. Dari pendapatan Sewa PASANGAN ini RM600 + RM600 , buat Pembiayaan ASB RM100,000 setiap seorang. Gunakan duit pendapatan Sewa tersebut untuk bayaran bulanan. Jangan usik dividen selama 3 tahun. Jumlah dividen terkumpul RM46,700 + Jual sijil LELAKI (RM6,300) = RM53,000??
Jumlah cash ditangan Sekarang RM53,000 + RM11,700 = RM64,700??.

12. Kekalkan pembiayaan RM100,000 ASB WANITA sehingga Habis tempoh pembiayaan dengan komitmen bulanan RM600 secara konsisten lagi 22 tahun dan tidak usik dividen untuk tujuan simpanan jangka panjang, selepas 22 tahun. Jumlah simpanan terkumpul adalah RM516,000??

13. Berbekalkan Cash pada step 11, RM64,700 . Beli pula Rumah untuk duduk sendiri , saya bagi contoh RM300,000 . Buat Pembiayaan bersama antara LELAKI & WANITA jika perlu. Baki Duit cash yang ada juga Boleh digunakan untuk tujuan renovasi minor dan perkakasan rumah yang lain. Komitmen bulanan rumah ini lebih kurang RM1350. Waktu ini gaji pon sudah meningkat dan PASANGAN ini tiada masalah untuk membayar sebab telah memiliki disiplin dan character simpanan yang sudah dibuat sebelum ini. Pandai-pandai la share bayar. Nak hidup selesa bersama kan.

14. Setidak-tidak dalam tempoh ini mereka sudah ada 3 buah property, kereta pon dah Nak habis bayar, gaji dah meningkat, boleh la upgrade sedikit kereta tu

Disclaimer: Ini sekadar ilustrasi saya tanpa mengira faktor kos-kos yang lain. Bagi saya kos boleh dicukupkan dengan cari pendapatan tambahan tetapi perancangan masa hadapan dan disiplin hanya diri kita sendiri mampu mengubahnya. Tiada alasan, NAK atau TIDAK 



27 Feb 2017

Hubungan Turki Uthmaniyyah dan Tanah Melayu


Berikut adalah dapatan dan kajian akademik dari
.
Akademi Kajian Rantau Nusantara (AKAR):


JASA & HUBUNGAN KHILAFAH ISLAM TURKI UTHMANIYAH TERHADAP UMAT ISLAM DI NUSANTARA

1478 - Kerajaan Majapahit Hindu terakhir di Jawa merosot akibat tentangan beberapa buah wilayah Islam dengan bantuan Khilafah mengirim bantuan seperti pendakwah, askar, dan senjata ke nusantara.

1471 - Sultan Mehmet II mengikat perjanjian dengan Sultan Mansur Syah. Khilafah akan membantu Melaka dengan senjata, askar dan menjadikan Melaka sebagai pusat da'wah Nusantara.

1511 - Melaka jatuh ke tangan Portugis, armada Khilafah Uthmaniyah dihantar membantu umat Islam di Melaka namun dipintas di laut Yaman oleh Portugis dan Portugis menghancurkan kapal Turki yang disyaki ke Melaka.

1519 - Acheh bangkit mengganti Melaka sebagai kuasa Islam terkuat di Alam Melayu selepas Melaka dijajah Portugis 1511. Nenek moyang para sultan Acheh adalah orang Arab yang dikirim oleh Khilafah Uthmaniyah untuk sebar Islam di Acheh.

1530 - Sultan Al-Qahhar (Acheh) dapat bantuan Khilafah Uthmaniyah dengan menerima 160 orang Turki, askar Habsyah, askar Gujarat (India/Pakistan) yang jumlahnya tak terhitung, dan 200 askar Malabar (India) tiba di Acheh untuk membantu Muslim.

1564 - Khilafah beri Acheh 500 meriam. Teknologi meriam Khilafah adalah yang tercanggih di dunia. Hubungan akrab di antara Acheh dan Khilafah Uthmaniyah pertahankan kemerdekaan Acheh selama lebih 300 tahun. Apabila Acheh tidak dapat bantuan Khilafah, Belanda kalahkan Acheh awal abad 20.

1721 - Khilafah Uthmaniah mengurniakan Syeikh Daud Abdullah al-Fatani gelaran Sheikh Haji kerana keilmuannya yang mendalam dan mengajar di Masjidil Haram.

1800 - Pemerintah Sulu Filipina, Sultan Muizuddin menghubungi Khilafah Uthmaniyyah untuk minta bantuan memerangi Sepanyol. Sembahyang & khutbah diadakan di Zamboanga untuk doakan kesejahteraan Khalifah di Istanbul.

1874- Bendera Khilafah Uthmaniyah berkibar di Sungai Ujong oleh sekumpulan orang Datuk Bandar. Tindakan ini untuk menentang bendera British yang dikibarkan oleh Dato Kelana, dan mencerminkan gerakan Pan-Islam yang ditaja oleh Khilafah. Datuk Bandar lancarkan penentangan terhadap Datuk Kelana tetapi Datuk Kelana menang dengan bantuan British. Akibatnya Sungai Ujong dijajah British.

1879 - Sultan Abu Bakar dari Kesultanan Melayu Johor melawat Khalifah di Istanbul, Turki.

1893 - Sultan melawat Istanbul kali kedua. Sultan Abdul Hamid mengurniakan dua wanita Turki, Khadijah Hanim untuk bernikah dengan Sultan Abu Bakar dan Ruqayah Hanim untuk bernikah dengan Engku Majid bin Temenggung Ibrahim (adinda Sultan Abu Bakar).

1894 - Kapal perang Khilafah ‘Attughrul” datang ke Johor. Pegawainya dirai oleh Sultan Abu Bakar. Mufti Johor, Raja Ali Kelana menjalin hubungan dengan Khalifah dengan ke Turki pada 1883, 1895 ,1899 dan 1913 meminta bantuan Khalifah perangi Belanda dan bebaskan dunia Melayu dari penjajah, yang telah jatuhkan takhtanya kerana sikapnya yang anti-Belanda.

1892 - Di Negeri Sembilan, tahun 1892 Syed Hamid (Tunku Besar Tampin) & Penghulu Inas meminta panglima tentera laut Khilafah yang melawat Singapura membantu umat Islam di Tanah Melayu mengalahkan Britain.

Julai 1892 – Seorang Sayyid Arab di Pahang menjelajah negeri-negeri selatan minta pemimpin-pemimpinnya tandatangani dokumen minta bantuan Khalifah di Turki usir Britain keluar dari Tanah Melayu.

1884 - Di bawah penyeliaan Khilafah Uthmaniyah, sesi percetakan bahasa Melayu pertama telah ditubuhkan di Makkah dan diletakkan di bawah tanggungjawab Syeikh Wan Ahmad bin Mohamad Zain al-Fatani.

1890an hingga1908 - Usaha Khilafah untuk selamatkan Kelantan, Terengganu, Patani & Kemboja. Usaha dibuat pada 1890an setelah Syeikh Wan Ahmad Fathani pergi ke Istanbul untuk suarakan keinginan Muslim bersatu dengan Khilafah.

Syeikh Wan Ahmad telah menemui dan berbincang dengan para pemimpin Khilafah di Istanbul menyebabkan Khilafah telah menghantar 2 orang perutusan rasmi ke Pattani dan Kelantan.

Masyarakat Melayu menyimpan harapan yang tinggi bahawa Daulah Khilafah (Khilafah Uthmaniyyah) akan mampu melindungi mereka dan menyelamatkan mereka dari penjajahan Eropah.Beliau ditugaskan oleh Khalifah untuk ke nusantara bagi meninjau keadaan penjajahan Belanda di Indonesia dan Inggeris di Tanah Melayu. Beliau hidup di bawah naungan Khilafah selama 54 tahun.

1889 hingga 1890 - Sayyid Mohd Alsagoff, tokoh terkenal Singapura cuba satukan alam Melayu dengan Khilafah. Untuk projek landasan keretapi al-Hijaz (di Arab Saudi), penduduk Singapura sumbangkan 4 ribu pound sterling kepada Khilafah Uthmaniyah. Namun, akibat tiada perlindungan Khilafah, Singapura dijajah.

1904 - Putera-putera Kesultanan Melayu Riau memutuskan untuk minta bantuan Khilafah Uthmaniyah supaya kembalikan kedudukan Yamtuan. Di Singapura, 20,000 dolar Singapura dikumpulkan untuk biayai misi itu. Raja Ali Kelana, ditemani Syed Syeikh Al-Hadi, pergi ke Timur Tengah bawa beberapa surat daripada arkib diRaja serta perjanjian yang dilakukan antara Belanda dan Riau apabila Belanda gulingkan sultan pada 1857.

1905 - Khalifah meminta Ratu Belanda supaya tidak menyerang umat Islam di nusantara tapi ditolak Belanda.

1908 - Sultan Brunei meminta bantuan Khilafah Uthmaniyah.

1912 hingga 1913 - Khilafah lawan Bulgaria, Serbia, Greece, Montenegro dalam Perang Balkan. Ia dilihat oleh orang Melayu sebagai perang salib baru. Akhbar-akhbar Melayu, Neracha (1911-1915), yang juga dikenali sebagai al-Mizan, dan Tunas Melayu beri liputan bersemangat terhadap perkembangan membabitkan Khilafah Uthmaniyah dalam peperangan itu.

1912 - Akhbar Neracha satu-satunya akhbar yang beri liputan meluas tentang Khilafah Uthmaniyah yang pertahankan dirinya dari serangan askar Itali di Libya. Akhbar itu lancarkan tabung bantu Khilafah Uthmaniyah dapatkan senjata dan peluru, minta pembaca menyumbang $1.00 seorang.

1914 - Seruan Khilafah Perang Dunia 1 dan umat Islam di Nusantara mendoakan kemenangan Khilafah. Orang-orang Melayu di Perak dan juga Muslim di Indonesia, anjurkan kempen kumpulkan dana untuk Persatuan Bulan Sabit Merah di ibukota Khilafah, Istanbul. Akhbar Neracha seru Melayu dan semua Muslim tentang tanggungjawab mereka untuk sokong Khilafah, ingatkan mereka jika Khilafah Uthmaniyah kalah, ia akan malukan mereka.

1915 - Perang Dunia 1 Khilafah lawan Britain. Akhbar Neracha & Tunas Melayu ditutup secara paksa oleh Britain. Britain sekat berita mengenai Khilafah.

Khilafah Uthmaniyah bergabung dengan Jerman, timbul kebimbangan di pihak pentadbiran British di Tanah Melayu kemungkinan orang Melayu atas dasar persaudaraan Islam menyokong perjuangan Khilafah.

Kebimbangan pentadbir British ini didasarkan kepada semangat yang ditunjukkan oleh orang Melayu terhadap perjuangan Khilafah seperti dipaparkan dalam akhbar-akhbar yang mereka terbitkan.

1915 - Askar Islam yang berkhidmat dengan Britain melakukan penentangan. Askar Muslim dapat berita mereka akan dihantar untuk perangi Khilafah. 815 askar India dan 100 askar Melayu menentang Britain. 33 askar Britain dan 18 pegawai Eropah mati. Peniaga Singapura iaitu Kassim Ali Mansor, dihukum bunuh kerana dituduh mengetuai penentangan. Kassim satukan askar Melayu dengan Khilafah. Askar-askar Muslim ditembak mati oleh British.

3 Mac 1924 - Khilafah dibubarkan.

Selepas Khalifah dibubarkan sebuah pertubuhan di Pulau Pinang yang namakan dirinya sebagai Perhimpunan Khilafah keluarkan pengisytiharan tentang tanggungjawab setiap umat Islam supaya hidupkan kembali Khilafah.

1926 - Sultan Johor menghantar 2 orang wakil iaitu Syed Hasan dan Syed Abu Bakar al-Attas menghadiri Persidangan Khilafah di Kaherah 1926 sebagai wakil Sultan Johor. 6 orang dari Malaya termasuk Syed Muhammad Aqil, Syed Ahmad bin Omar dan Syed Muhammad Ali dan Syed Abdullah.
.
*sebahagian dapatan kajian yang jarang ditemui.

Semua Bukti Menunjukkan Pyongyang Bertanggungjawab Membunuh Kim Jong Nam

 Semua petunjuk menuding Pyongyang sebagai bertanggungjawab dalam pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.
Rumusan itu dibuat bekas Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Brennan, semalam selepas Malaysia mengenal pasti agen senjata kimia dilarang digunakan dalam pembunuhan itu.
Brennan yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah CIA sehingga Januari lalu, membuat kenyataan itu dalam temuramah bersama CBS, ‘Face the Nation’, susulan penemuan polis Malaysia bahawa agen saraf VX digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) 13 Februari lalu.
VX adalah agen senjata kimia disenarai sebagai senjata pemusnah besar-besaran (WMD) oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan penggunaannya dilarang di bawah Konvensyen Senjata Kimia.
Penemuan itu menguatkan dakwaan Pyongyang menjadi dalang pembunuhan. Lapan warga Korea Utara termasuk mereka yang memegang pasport diplomat atau rasmi, turut dinamakan sebagai suspek dalam kes itu, namun Pyongyang menafikan pembabitan mereka dan mendakwa Korea Selatan bersekongkol dengan Malaysia untuk menuduh negara komunis itu.
“Penggunaan VX ke atas abangnya menunjukkan Korea Utara bertanggungjawab dalam pembunuhan itu, ia satu lagi contoh penggunaan jenis toksin seperti ini untuk menjalankan objektifnya,” katanya.
Brennan berkata, penggunaan VX menunjukkan pemimpin Pyongyang itu terus menggunakan cara membawa maut untuk menghapuskan sama ada pencabar rejim secara dalaman atau sesiapa yang tidak menyokongnya.
“Ada penindasan kejam di Korea Utara sejak beberapa tahun lalu di bawah kepimpinan Jong-un. Beliau membunuh ramai individu, sesetengahnya dengan cara amat kejam,” katanya.
Dalam cubaan mengukuhkan kuasanya sejak mengambil alih kepemimpinan susulan kematian bapanya, Kim Jong-il pada akhir 2011, pemimpin Korea Utara itu menghukum mati sejumlah anggota kanan kerajaan dan pegawai tentera, termasuk bapa saudaranya sendiri, Jang Song-thaek pada 2013. – Yonhap

.
Dikatakan Kim Jong Un lah satu2nya di Korea Utara yang paling gemok. Cuba cari rakyatnya yang gemok seperti dia.. jgn risau anda tak akan jumpa..
.

Rahsia Berjaya Akhirat.


*MENANTI HARI ESOK*

Berhentilah Menanti esok
Esok hanyalah khayalan
Tanpa restunya ilahi
Mana mungkin hadirnya ..
Datang akan pergi
lewat kan berlalu
Ada kan tiada
Bertemu akan berpisah
Awal kan berakhir
Terbit kan tenggelam
pasang akan surut
Bertemu akan berpisah

Renungkan sejenak
Siang dan malam
Terang dan gelap
Baik dan jahat
Semua akan kembali
Kematian sentasa megintai kita
Tiada dapat kita menduganya
Mungkin saat ketika nanti
Detik ini adalah waktunya
Hidup dunia tiada kekal abadi
Perbaikilah semuanya sekarang
Sebelum waktu memanggilmu
Hanya satu detik kau hidup
Kehendaknya tak terduga
Tak ada yang bisa menebak
Harimu adalah hari ini

Hari esok adalah khayalan
Hentikan penyiaan waktumu
Bekal apa yang kau siapkan
Yakinkan akan bekalmu
Kita masih punya masa,
Bangkitlah dari lena serta leka,
Yang zahir pada mata,
Tak seindah khabar berita,
Jangan bila dunia berbicara,
Manusia membisu mati terhina,
Rugi dan terseksalah,
Angkara perbuatan kita sendiri

Renungkan kembali
Sempurnakan bekalmu
Untuk bertemu sang pencipta
Jika hari ini adalah milikmu
Kembalilah segera !!!!
Pintu taubat sentiasa terbuka
Berhentilah menanti hari Esok

Siapakah Lim Kit Siang?

Eksklusif Penulis petik dari :
.
www.aliffmy.blogspot.com
.


PENGUNGKAIAN Proklamasi-proklamasi Darurat oleh PM Najib di Dewan Rakyat baru-baru ini digunakan sepenuhnya oleh Zulkifli Nordin MP Kulim Bandar Baharu untuk menelanjangi watak sebenar Lim Kit Siang dan DAP, parti yang didakwa oleh YB itu sebagai pencetus kepada peristiwa berdarah 13 Mei hingga merenggang dan memecahbelahkan orang-orang Melayu dan Cina di Negara ini.

YB Zul Kulim

Zulkifli Nordin yang diberikan laluan oleh Ibrahim Ali sewaktu MP Pasir Pas sedang membahaskan usul mengambil peluang secukupnya membelasah Lim Kit Siang dan DAP walaupun perbahasannya cuba disekat oleh Speaker Dewan Rakyat ketika itu dan semua MP DAP termasuklah rakan mereka daripada PAS dan PKR berdiam diri bila Zulkifli Nordin menyerang bertubi-tubi. Tidak ada seorang pun wakil pembangkang bangun menyanggah hujah-hujah yang dilemparkan oleh MP Kulim itu dan seolah-olah mengakui segala kebenarannya.

Kepada yang buta sejarah, pendedahan dalam Dewan Rakyat yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin itu harus membuka mata mereka tentang niat jahat DAP yang mahu menguasai Negara ini dengan memperalatkan PAS dan PKR.

Malah orang Melayu terutamanya harus menyedari dengan segera taktik licik dan jahat DAP ini untuk menguasai Malaysia ini berpaksikan slogan mereka Malaysia Malaysian dengan tidak membenarkan mereka terus dijadikan alat untuk dipecahkan kesatuan Melayu yang telah diikat kukuh sekian lama..

Melayu yang lupa sejarah terus sanggup membiarkan diri mereka dijadikan perkakas oleh DAP. Melayu yang hilang jati dirinya sudah mula rela menjadi barua DAP untuk menyerang sesama Melayu.Melayu yang semakin lupa Allah itu Tuhannya, sudah mula bersedia untuk menerima agama-agama baru yang DAP sedang suntik ke dalam masyarakat hari ini.

Andainya pendedahan yang dilakukan oleh Zulkifli Nordin ini gagal diambil sebagai iktibar untuk mengelak penjajahan baru dalam Negara kita maka benarlah seperti yang sedang diperkatakan ini, Melayu akan diberi tanggungjawab sebagai Perdana Menteri sedangkan tangan-tangan DAP akan menggerakkannya, Melayu hanya patung seperti yang sedang berlaku di Selangor dan pernah berlaku selama 11 bulan di Perak.

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat baru-baru ini…:-

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku.


LKS dalang peristiwa berdarah!

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekatil dengan DAP parti racist dan cauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Yang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei,“Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang,
 “Mati Melayu"Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei,“Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.



Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”. 

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat Ipoh Timur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.

Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura? Bacalah "bahasa" yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu. Adakah anda sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita? Terpulang kepada anda .....

SANGGAH TOK JANGGUT

ps/

Melayu tidak semuanya bodoh tetapi ramai juga yang bodoh (tidak berilmu dan malas belajar)...., satu kenyataan.

Siapa diri sebenar Lim Kit Siang ini jgn kita lupa.   Apapun yg diperjuangkan pada zahirnya baik..Dasarnya penuh RANCANGAN JAHAT. Sekali tengok wajah Kit Siang ni macam wajah Kim jong il pun ada..Pemimpin Doktator Korea Utara tu...skrg anak plak ambik alih..Kim Jong Un. Pemerintahan Dinasti seperti diamalkan Kit Siang dalam partinya kini.

26 Feb 2017

Mengapa Jiwa Tidak Merindukan Allah?

Anda ada orang yang anda sayang? Kenapa anda sayang orang itu?
.

Ayah sayang anaknya, apatah lagi anak perempuannya.
.
Isteri sayangi suaminya.
.
Anak sayangi ibu bapanya...
.
Rakyat sayangi Negaranya.
.
Bila berjauhan yang menyayangi akan MERINDUI yang di sayangi.
.
Anda pernah rasa memendam RINDU? bagaimana rasanya?
.
Pernah rasa meninggalkan anak yang baru lahir seminggu?
.
Berjauhan dengan suami atau isteri yang baru berkahwin seminggu?
.
Atau berjauhan dengan ibu bapa buat pertama kalinya ( terutama budak2 baru masuk asrama)
.
.
Sukar bukan membayangkan dengan kata-kata kiasan RINDU ini.
.
Mengapa MERINDUI...? Pastinya ada hubungan emosi yang kuat atau memori indah atau sensasi hangat anda yang terpahat dalam HATI. Biasanya sesuatu yang MENYENANGKAN HATI. Kesan pengorbanan dan empati jiwa sehingga dirasakan LOVE itu.
.
Soalnya...Mengapa Jiwa Ini Tidak Merasakan Hangatnya Kerinduan Kepada Allah???
.
Allahu...kenapa RINDU itu tk dirasa..?
.

Korea Utara Negara Sembah Manusia

Dalam keriuhan ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara penulis terpanggil mengikuti perkembangan terkini siasatan kematian Abang ( Kim Jong Nam)kepada pemimpin tertinggi 30 an Korea Utara ( Kim Jong Un). Lebih menarik bila kita baca tentang apa itu Negara Korea Utara.
.
Negara Korea Utara antara 2 negara tercorot dalam menegakkan hak asasi manusia. Dalam erti lata lain kehidupan di Korea Utara tk banyak bezanya dengan penjara bahkan neraka dunia.
.
Anda boleh layari youtube dan lihat " North Korea Leaked".. rasanya banduan di negara ini patut lebih bersyukur dari rakyat yang hidup di Korea Utara.
.
Negara ini memgamalkan penyembahan kepada manusia. Kewujudan negara berpaksikan fahaman dangkal diktator Stalin dan Lenin, Korea Utara adalah byproduct fahaman ekstrem itu.
.
Dalam keadaan ini kezaliman, penindasan dan pemerasan dikenakan keatas rakyat mereka sendiri. Bagaimana boleh zaman ini wujud sebuah negara bertuhankan pemimpinnya ( Agama Juche) dibiarkan bermaharajalela.
.
Keadilan bangsa manusia di sini boleh dikatakan sebagai "zero". Tahukah anda sekiranya anda didapati bersalah ( cuba lari dari korea utara cthnya) hukuman bukan setakat anda tetapi 3 generasi sekaligus dihukum. Anak anda dan ayah anda sekali masuk kem hukuman.
 Tidak setakat itu anda dan keturunan anada akan mati disitu.
.
Bagaimana negara seperti ini masih dibiarkan berkuasa?
.
Semoga Islam akan mengembalikan Negara ini kepada bertuhankan Allah swt. Siapa sedia nk buat dakwah kt Kim Jong Un.?
.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...