25 Oct 2014

Bersedia memberi untuk menerima.

Salam Kasih -Sayang .


Tahukah anda kita patut belajar menghidupkan jiwa kita untuk fokus pada memberi dengan seikhlas hati dan yakinlah what u give u get back--buat baik akan dibalas baik .

Jika kita asyik menerima sahaja---ia tidak seimbang dan akan berlaku ketidakstabilan dalam jiwa. Jiwa kita akan merasakan kekurangan sesuatu .

Belajar memberi tanpa syarat--besarkan kolam jiwa. Dan anda sedang menyiapkan jiwa anda untuk menerima yang lebih besar dari apa yang anda berikan . Percayalah , jika anda tidak biasa memberi yang sedikit, anda juga tidak mampu memberi yang banyak. Masakan anda akan merima dengan banyak --kerana ia hanya akan merosakkan diri anda. Maka anda belum layak merima. Jadi belajar memberi yang sedikit. Maka jika anda merima yang banyak hanya akan menambahkan kebaikan untuk anda. Saat itu barulah anda memang layak menerima lebih lagi.


Selamat beramal

23 Oct 2014

Jiwa kena positif



 

Kita adalah apa yang kita fokuskan dalam kehidupan kita ini . Frasa ini membayangkan betapa mudahnya sebenarnya kita mencorakkan kehidupan kita tanpa kita sedari. Tahukah anda apa yang anda fokuskan dan fikirkan di awal pagi setiap kali selepas anda bangun tidur akan menentukan hari anda .?

Tanpa kita sedari juga apa yang kita fokuskan itu juga akan mempengaruhi individu di sekitar kita . Pernahkah anda memikirkan mengapa anak dikaitkan sebagai cermin bagi ibu bapanya? Kawan cermin kawannya? Muslim itu cermin muslim lainnya? Semua nya berkisar kepada apa yang kita fokuskan dalam kehidupan kita ini .

Seorang usahawan samada sedar atau tidak banyak dipengaruhi mentor atau rakan dalam suasana keusahawanannya. Lebih spesifik seorang usahawan berjaya semahunya diri dikelilingi usahawn yang berjaya juga. Logik mudah, jika kita mahu berjaya kebanyakan inspirasi kita perolehi dari mereka yang teleh mencipta kejayaan buat diri mereka. Jika benar kita focus dalam perniagaan kita , banyak masa kita gunakan untuk sentiasa memotivasikan diri kita agar terus maju dan mencipta lebih bayak wang dan menggapai status jutawan pada usia yang muda.


Adakah insan berjaya yang cuba menggapai matlamatnya dengan sentiasa menyibukkan diri mereka dengan insan yang sentiasa merungut, tidak mahu berubah , kerap kali berfikiran negetif walaupun belum memulakan sesuatu tugas? Pastinya tidak …kerana ia halanngan yang sangat besar kepada mereka. Sedikit sebanyak ia akan mempegaruhi emosi dan cara kita bertindak kerana tenaga negetif yang di tala ke sekitarnya akan menyerap masuk ke minda separuh sedar kita tanpa disedari .

Ya benar, jika dalam kehidupan kita di fokuskan kepada masalah dan perkara-perkara yang mnjadikan kita lebih lemah …maka tanpa disedari kita akan lebih bermasalah. Semuanya bermula dari self talk ( bisikan-bisikan diri dari naluri yang dalam ) dan gelombang pemikiran kita.

Pernah tak anda merasakan iri hati atau merasa seperti mahu marah tanpa sebab atas kejayaan yang dikecapi orang lain ??? Jujurnya setiap orang ada. Ketika kereta mewah dibawa oleh seorang kaya di depan anda …naluri anda membisikkan tiak semena-mena; orang kaya ni mesti tipu duit rakyat, atau..kaya tak semestinya bahagia…atau anda bercakap dengan diri anda..apa yang aku ada ini sudah cukup, apa nak lagi???. Nah anda sebenarnya menjadikan gelombang otak anda menerima tanpa sedar setiap self talk yang tidak jujur tadi.

Anda baru sahaja menghantar mesej kepada diri anda….jika jadi kaya mesti sebab menipu…jadi jangan jadi kaya. Orang kaya tidak bahagia jangan jadi kaya, aku tak mahu kaya..aku suka hidup cukup makan sahaja…wah sesungguhnya anda baru sahaja memprogramkan otak anda menerima satu bentuk mesej separuh sedar yang tanpa disedari ibarat berdoa kepada ALLAH swr sebegitu . Anda yang pilih dan anda jangan kecewa jika permintaaan anda di makbulkan dek penyakit yang bersarang dalam jiwa anda itu .


Sebab itu apa yang ada dalam jiwa akan zahir pada diri kita juga. Daripada anda merungut-rungut dan menarik serap tenaga getaran negetif pada diri anda lebih baik anda menjadi lebih lunak dengan mencipta self talk yang lebih membina dan positif. .. Pasti dia berusaha menjadi kaya..anda memang layak menjadi kaya, atau orang kayalah yang banyak memberikan kebahagiaan kepada si miskin . Mungkin inilah orang yanga banyak menderma untuk pembinaan masjid …insyaAllah aku juga akan kaya dan berjaya…wah terasa energetic tak mendegar kalam-kalam ini ? saat anda membisikkan jauh di sudut hati anda, program kali ini lebih bernada positif dan membina karakter anda . anda baru sahaja menghantar mesej kepada alam semesta. Jika aku kaya aku akan jadi khalifah yang memakmurkan alam ini dengan cinta dan kasih sayang untuk mengajak manusia kembali kepada Allah . Tenaga yang menyerap masuk ke sanubari anda merupakan cetusan yang akan menggerakkan anda mencapai program tadi .

Begitulah seterusnya , apa yang dilihat akan turun ke hati. Hati tempat pemerintah yang mentadbir alam (segala pergerakan tubuh). Minda mengasak dengan sokongan padu . Maka terbentuklah rangkaian Intelectual , Emotional, Spiritual yang menatijahkan action yang padu .

Jika direnungkan keadaan diri kita adalah hasil pilihan kita sendiri. Usahlah menunjukkan dan menyalahkan orang lain . Kerana jika fokuskan kepada menyalahkan orang lain .tenaga yang diprogramkan pada diri anda adalah Lebih banyak kesilapan orang lain yang akan di tunjukan kepada anda. Sebab anda memfokuskan minda dan tenaga untuk menyalahkan orang .What goes around come around. What u give u get back .



Maka pilihlah untuk berfikir lebih luas dan terbuka. Jika bekas kita sempit untuk menerima program positif diri kita. Biasanya orang yang baca sehingga keperenggan ini mengalami sindrom ‘’melimpah’’- tidak mampu menerima idea yang cuba diketengahkan kepada mereka. Mereka lebih skeptikal dan terikat kepada kotak gelap kerangka pemikiran sehala yang zahir sahaja. Contohnya---jadi kita tak perlu usahalah??? Atau Ini pemikiran barat..dan sebagainya yang bernada sinis.

Baiklah, pilihan ditangan anda, anda yang menentukan program bagaimana yang sepatutnya ditanam dalam jiwa dan otak anda. Anda bebas membuat eksperimen kepada diri anda dan rasai sensasi dan kepuasan yang berbeza bila sesuatu berlaku kepada anda dan orang sekitar anda. Mudah kata anda renung jauh kedalam jiwa anda apa tanggapan anda (self talk ) yang anda selalu ucap dikala orang sekeliling anda selalu bersama anda. Bagaimana respon mereka ..cuba ubah tanggapan itu dan lihat pula apakah hasilnya dan betapa rezki mencurah memenuhi kantung kehidupan anda .



 link tambahan : 10 Toxic People You Should Avoid ​At All Costs

Read more: http://www.inc.com/lolly-daskal/10-toxic-people-you-should-avoid-like-the-plague.html#ixzz3Gv9eSddv

21 Oct 2014

I want to touch a dog...





Tiba-tiba langit media kelihatan panas dengan komen bertalu-talu para ustaz FB yang menggagaskan idea masing-masing menghukum program '' i want to touch dog''. Lebih cederung memberi komen berbanding ''melakukan sesuatu '' bagi mengatasi kurangnya ilmu dalam masyarakat; sesetengah individu dilihat lantang dan mudah melepaskan suatu persepsi negetif dek cetek akalnya atau kurangnya memahami sesuatu secara jelas.


Anjing tiadalah salah dalam hal ini, boleh saja pegang anjing jika keadaan memaksa. Asal program sejak dari awal bukanlah kempen ''Ayuh belilah anjing satu keluarga--satu anjing untuk dibela''...lebih kepada mendidik masyarakat peri pentingnya menyantuni masyarakat non muslim atau boleh juga membuka ruang yang luas dalam medan dakwah kepada saudara muslim bahkan juga non muslim .




Kita usahlah takut dengan bayang - bayang dengan menganggap inilah jarum LIBERALISME hanya kerana sesetengah orang menghukumnya begitu. Dalam garis panduan program, jelas dan benar semuanya telah di maklum dan dalam pengetahuan MAIS. Bahkan dirujuk beberapa kali program ini hanya mendidik masyarakat dalam konteks mazhab Iman Syafie berkaitan anjing---najis---samak. Kontroversi yang melanda penulis melihat lebih kepada persepsi dangkal sesetengan tukang komen terhadap bagaimana METHOD program. Semua fokus nak kritik method tanpa menilai tujuan method itu sendiri. Sebagaimana demokrasi (yang dikira agak bernajis juga) digunakan bagi menahan kerosakan disebabkan ijtihad ahli dalam bidang mereka. Begitulah juga progam ini yang mungkin disalah anggap sesetengah pihak. Padahal mesejnya sarat dengan teguran buat semua ulama, pemimpin setempat, pimpinan anak muda tentang  bagaimana luasnya ilmu fekah ini dan apakah cara benar untuk bermuamalat dengan anjing dan pemilik anjing (non muslim) ini dalam ISLAM .


Sebelum menyentuh lebih kedalam --buat peringatan diri dan semua..Menyentuh perempuan bukan muhrim lebih haram dari sentuh anjing. Anjing boleh juga disamak...sentuh perempuan bukan muhrim tiadakah terasa lebih berat dari sentuh anjing..(hehehe)---ayat ni pun ader orang komen kat FB..adeh.

Tahukah anda program ini di anjurkan oleh seorang anak muda??? yang berjiwa besar dan bermatlamat mendidik masyarakat untuk membuka ruang lebih luas kita bermuamalah dengan non muslim .


Syabas juga buat penganjuran ini ..mungkin patut perbaiki method dengan mengambil kira sensitiviti masyarakat atau wujudkan suasana terkawal (penganjur tidak menjangkakan penyertaan dekat 1k orang; bajet utk 60 orang ja--pah tu ramai pula pakai baju kuning--dah lama teringin orang melayu nak pegang anjing ni..huhuhu). Sesetengan pemikiran ''orthodok'' terkadang merasa cara penganjur seolah-olah tidak menghormati ISLAM dan MELAYU. Ya kita memang anti anjing (pada perasaannya) termasuk saya juga bukan sebab anjing itu tetapi takut kena samak ;) --disebabkan dari keci kita di didik sehinggakan jika anak anjing jatuh dalam longkang--tak mahu ambil---anjing kelaparan tak mahunya diberi makan--anjing kesusahan tak mahunya dibantu---itu bukan ajaran ISLAM .Hakikatnya dari  banyak kisah-kisah tauladan dapat kita perolehi bagaimana anjing ini banyak mengajar manusia ilmu ALLAH. Kisah para wali Allah menyantuni anjing--pelacur bagi anjing minum, Qitmir (Anjing syurga) dengan 7 pemuda dan sebagainya. Pokoknya bukan anjing itu  atau hukum itu ...lebih penting ILMU yang ALLAH nak ajar kita dari makhluk bernama anjing ini .

Suatu persepsi dangkal tanpa mengambil kira nilai imu yang mahu disampaikan .Lebih bermotif politik.


Dibawah dipetik dari penganjur sendiri berkaitan penjelasan sebenar penganjuran PROGRAM. Semoga meredakan kebimbangan tidak berasas sesetengah pihak ...Ok selamat beramal




ISU PENJELASAN PROGRAM SENTUH ANJING

Assalamualaikum, Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT. 

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS. Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi,menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.


 Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul. Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya. Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM. 

Dibawah ini saya sertakan lampiran yang difotokopi sebanyak 500 helai dan diedarkan kepada mereka yang hadir. Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program. Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu. Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media . 

Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat. 

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina. Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah. Sekian. Alhamdulillah, dakwah cinta terus disebarkan agar dunia hidup penuh kasih sayang dan keamanan. Setiap permasalahan akan membuka seribu kebaikan

Dibawah ini dilampirkan juga pandangan Ustaz Mustaffa Kamal.Sebagai Panduan kita semua.


Ustaz apakah hukum memegang anjing sbb ada program anjur pegang anjing ramai2.
Para ulama mazhab' berselisih pendapat tentang hukum anjing.
- Menurut pandangan yg asah dlm Mazhab Hanafi anjing bukannya najis sepertimana babi, maka hukum memegangnya tidak berdosa.
- Menurut pandangan Mazhab Maliki adalah tidak najis cuma najis pada jilatannya saja.
Menurut pandangan Mazhab Hanbali dan Syafie semua yg keluar daripada anjing yg terdiri drp air liurnya,peluhnya,kulitnya dan seumpamanya adalah najis ain.
Memegang anjing dalam mazhab syafie adalah haram hukumnya kerana dikira menajiskan dirinya dengan najis mughalazah yang dikira najis yang berat.Ada pendapat mengatakan jika kering kedua2 ( Orang yg menyentuh dan anjing ) maka tdk wajib disamak.
Sebagai orang Islam kita wajib menjauhkan diri drp perbuatan haram apatah lagi ia boleh membawa fitnah yang besar pada masyarakat.Tidak dinafikan anjing ada sifat2nya yg istimewa seperti dapat digunakan utk berburu,merupakan binatang yg bijak bila dilatih dan seumpamanya namun ia tetap najis ain yg kita diperintah membasuhnya dgn 7 basuhan yg salah salah satunya dgn tanah apabila kita menyentuhnya.
Nasihat ustaz jauhilah diri dengan program yg boleh membawa kepada fitnah, ustaz tidak bersetuju dgn orang Islam yg bermazhab Syafie memegang anjing tanpa sebab, kalau nak merasakan diri kita ini hina bukanlah mulia maka tak perlu kita pegang anjing cumalah kita menghayati kisah anjing ashabul kahfi yg bersama org soleh akhirnya ia dimuliakan bukan hadirilah majlis non muslim.


7 Oct 2014

Hidupkan Cinta Kerana Dalam Jiwa Mu Ada Cinta


Kehidupan ini terlalu berharhga untuk di biarkan begitu sahaja. Lukislah ia dengan bahasa CINTA DAN KASIH SAYANG . Kita SUCIKAN  semua sifat mazmumah dengan air CINTA DAN KASIH SAYANG. Gembirakan manusia , dan ALLAH pasti gembirakanMU. Salam AidilADHA

29 Sep 2014

SEMINAR MAJLIS TAUHID DAN KASIH SAYANG (MTKS)

Seminar yang berteraskan kepada perbahasan amali tauhid ahli sunnah wal jamaah bersanad. Sangat bermanaat dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari masyarakat. Jika berminat mahu mendalami ILMU AMALI TAUHID bersanad ini segera hubungi nombor di bawah.



 

SEMINAR TAUHID & KASIH SAYANG

Anjuran : Sekretariat Majlis Tauhid & Kasih Sayang (MTKS)

Dengan Kerjasama : Trillion Asia Resources

Tarikh :
6-7 Dis 2014 (Sabtu & Ahad)

Masa :
Sabtu  : 08.30pagi – 11.00malam
Ahad : 08.30pagi – 05.00petang

Tempat:
Dewan Sarjana,UNITEN,Bangi

Pengisian Seminar:
*Tauhid & Kasih Sayang : Panduan Al Quran & Hadis
*Tauhid & Kasih Sayang Dalam Konteks Keharmonian & Kebangkitan Nusantara
*Tauhid & Kasih Sayang Dalam Keilmuan
*Tauhid & Kasih Sayang Dalam Jalinan Kerjasama Antara Ulama, Ahli Akademik dan Pendakwah 
*Bedah Kitab Tauhid dan Kasih Sayang
*Cabaran Dalam Menerajui Tauhid & Kasih Sayang
*Tauhid dan Kasih Sayang Dalam Aspek Pensejarahan : Kajian Kes Peristiwa Natrah
*Tauhid dan Kasih Sayang Dalam Sosial
*Tauhid dan Kasih Sayang Dalam Kekeluargaan

Malam Konsert Dikir Tauhid
*Kumpulan Qasidah
*Gurindam Tauhid
*Bacaan Nafi Isbat
*Artis Jemputan

***Muslimin Muslimat dijemput hadir***

Yuran :
RM180 seorang (Individu/ Korporat/Jabatan Kerajaan/NGO/Madrasah/Kumpulan Qasidah)
RM90 seorang (Pelajar)
Merangkumi :
*makan minum
*nota dan alatulis
*bahan seminar
*sijil
Percuma :
*Kitab (Allah : Syariat dan Hakikat)


***100 pendaftaran pertama, PERCUMA T-SHIRT MTKS
Bayaran Yuran :
No Akaun            : Trillion Asia Resources
Bank                   : CIMB
No Akaun            : 860.200.3279

Hubungi :
+6019.217.9171 / +6019.212.9506 / +6019.214.0091 / +6012.670.9330

Bagaimana Mereka Yang Berjaya Mengurus Tekanan DI Tempat Kerja

artikel asal : BI


A survey by TalentSmart showed that 90% of top performers know how to manage their emotions in times of stress so that they remain cool, calm, and able to do what needs to be done. That's an important lesson in and of itself for all of us — because all of us experience stress in our lives. 

Research has shown that some stress is good for us: it helps us perform at optimal levels. Too much stress, however, can have serious psychological and physiological repercussions. 

Since we can't necessarily avoid most stress — especially in our work environments — it's to our benefit to learn how to deal with it, and learn from the examples of those who are already successful. 

Successful people have some strategies in common when it comes to managing stress. 

 1.They practice gratitude for what they have. 

It may sound a little Oprah to you, but developing a gratitude practice is a psychologically proven way to reduce stress and maintain a more positive outlook on life. When you have a more positive outlook (and less of the stress hormone cortisol) you are happier and more productive, too. They stay positive. Easier said than done? Sometimes. But successful people tend to be those who see opportunities for growth masquerading as failure, and who look for the lessons learned when something goes awry, instead of wallowing in what could've/should've been. 

2. Maintaining a positive outlook

It's a popular and proven stress management tool. If affirmations aren't exactly your thing, try reframing negative thoughts. If you find yourself dwelling on something negative, try adding, "But what I can learn from this is…" Even just noticing that you're stuck in a negative thought can help you move away from it. 

 3. They focus on progress, not perfection.

No one is perfect. Not even the most successful people on the planet are perfect — and they would almost certainly tell you the same. Richard Branson, for example, has had some well known failures in his time, yet has always been blunt about his belief that you fail quickly, fail big, learn from it, and move on. Many of us worship the cult of perfection, but letting it go may release us from a heavy burden of undue stress. Coffee drinking woman Sean Gallup/Getty Images Too much coffee can make you even more stressed. 

4. They practice self-care. 

Successful people often have the presence of mind to realize that they must care for their most important asset — themselves — in order to continue to be successful. They prioritize healthy habits like getting enough sleep, limiting caffeine and alcohol, getting proper exercise, and switching off from technology periodically. Being overly tired, hopped up on chemicals (like caffeine and alcohol), and constantly monitoring our digital lives puts our adrenal glands into overdrive, and our stress levels through the roof. A truly successful person will strive to find balance to help moderate his stress. 

 5. They rely on routines. 

One major cause of stress is the number of decisions we have to make in a day. Every decision from whether to have the sandwich or the salad all the way up to hiring and firing decisions weighs on us and causes us stress. Relying on simple routines like having the same lunch every day, answering emails at the same time, or even simplifying your wardrobe can help save your stress and sanity for the bigger decisions that really matter.

 President Obama (who undoubtedly knows a great deal about stress) mentioned this in an interview with Vanity Fair: "You need to remove from your life the day-to-day problems that absorb most people for meaningful parts of their day… You'll see I wear only grey or blue suits. I'm trying to pare down decisions. I don't want to make decisions about what I'm eating or wearing. Because I have too many other decisions to make. You need to focus your decision-making energy. You need to routinize yourself. You can't be going through the day distracted by trivia." 

 6. keep the big picture in view.

 Finally, successful people are able to keep the bigger picture in view, rather than focusing on minutiae. This is about focusing more on the "why" behind what you do than the "how." For example, you might feel yourself getting stressed out about the fact that you have to work out every day for an hour (the how), but if you focus on the reason you want to work out — to be healthy and live longer — you may find the actual task less stressful. I hope you find these strategies useful. As always, 

I am keen to understand how do you manage stress in your life? 
I'd love to learn your most successful stress-busters in the comments below. 

23 Sep 2014

Jack Ma individu paling kaya sekarang ???---DI china;)

Alibaba CEO Jack Ma gives two thumbs up as he arrives at the New York Stock Exchange on September 19, 2014

Pengasas Alibaba.com ; Jack Ma mengejutkan dunia dengan mungkin menjadi lelaki terkaya dunia dengan durian runtuh yang diterimanya selepas hampir 15 tahun berusaha meletakkan syarikatnya setanding bahkan mengatasi syarikat gergasi dari AMERIKA. Persaingan pasaran yang melonjakkan ekonomi China keparas yang amat membanggakan .
show <== lagi berita

MB baru Selangor





Dalam keadaan kekalutan situasi politik Selangor , dengan kebijaksanaan Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah akhirnya segala teka-teki berakhir. Rakyat amat mendokong segala yang diputuskan oleh Baginda Sultan. 

Kini berbalik kepada ahli politik yang perlu bertindak bijak dengan melaksanakan amanah bagi menyambung legasi yang telah di tinggalkan TS Khalid Ibrahim . 


Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani berkata, keengganan DAP dan PKR mematuhi arahan Istana pada 27 Ogos untuk mencalonkan lebih dua nama, menyulitkan lagi tindakan Sultan sehingga terpaksa meneliti calon lain dalam parti itu yang tidak dicalonkan.


Menurutnya, Azmin dipilih kerana Sultan mempertimbangkan konsensus Pakatan Rakyat mengenai kerusi menteri besar di Selangor dan percaya beliau pilihan terbaik untuk mendapat sokongan semua parti.

Apa-apa pun kita doakan semoga Pentadbiran Selangor kembali pulih seperti sediakala dan mampu memudahkan lagi urusan rakyat jelata,


16 Sep 2014

MBSA SUKA SAMAN TAPI KUALITI PERKHIDMATAN POOR.--cermin diri


SHAH ALAM: Tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bercadang untuk untuk menaikkan kadar parkir awam daripada 40 sen kepada 60 sen sejam mengundang reaksi negatif daripada penduduk di negeri ini.

Ujar mereka alasan yang diberikan oleh MBSA bahawa kadar sedia ada telah digunapakai sejak 15 tahun lalu dan ia masih rendah jika dibandingkan dengan kawasan parkir yang lain tidak boleh diterima oleh mereka.

Jika kita lihat adakah MBSA sudah menyediakan parkir yang mencukupi, menjamin keselamatan pengguna dan parkir yang mesra pengguna  seperti  berbumbung, meter yang sentiasa diselenggara dan mudah digunakan.

"Parkir kereta sepatutnya dibanyakkan lagi. Macam di kawasan Giant Seksyen 18, bilangan parkir sangat terhad. Tindakan menaikkan caj parkir dikira wajar sekiranya bilangan parkir ditambah.

"Orang ramai pasti akan marah kerana apabila parkir kurang, mereka terpaksa meletakkan kereta di luar kotak parkir, kemudian dikompaun pula. Seharusnya bilangan parkir ditambah untuk kemudahan orang ramai," kata suri rumah Niza Haida Abd Ghani.

Manakala bagi peniaga yang mahu dikenali sebagai Lim sahaja menyifatkan tempat letak kereta masih tidak mencukupi dan banyak kenderaan terpaksa diletakkan berkembar atau di tempat-tempat larangan.

Sehingga mengakibatkan, mereka dikompaun atau kenderaan itu akan ditunda ke Pusat Tunda MBSA di Seksyen 17.

"Kenaikan ini tak wajar, caj lama harus dikekalkan. Gaji pula tak naik. Sudah tentulah membebankan. Bagi yang bekerja, paling kurang tujuh hingga lapan jam sehari. Bayangkan kos yang perlu ditanggung. Itu yang menyebabkan sesetengah orang bayar caj tidak penuh. Kalau tak bernasib baik, kena saman pula.

"Saya rasa parkir tak cukup, terutama di sesetengah kawasan di sini. Sebab itu kita terpaksa parkir di mana-mana," katanya.

Bagi peniaga runcit Rabunah Hassan pula, beliau kecewa dengan sistem penyelenggaraan mesin yang disediakan oleh MBSA. Di mana adakalanya ia tidak berfungsi, jadi bagaimana mereka boleh menaikkan kadar dengan mudah?

"Kadang-kadang mereka saman kalau ada kereta yang terlupa atau terlambat bayar caj, sedangkan meter parkir selalu rosak. Ini yang selalu menimbulkan rungutan, sedangkan saman atau kompaun sudah dikeluarkan.

"Seharusnya pihak MBSA selalu melakukan pemeriksaan dan penyelenggaraan meter parkir yang disediakan," katanya.

Tidak cukup dengan tindakan MBSA, pihak polis juga turut mengeluarkan saman ke atas pemilik yang meletakkan kenderaan di kawasan larangan. Kawasan paling kerap dikenakan tindakan ialah di sekitar Dataran Shah Alam, Kompleks PKNS Shah Alam, pusat perniagaan Seksyen 9, Seksyen 15 dan Seksyen 18.

Kesesakkan kenderaan akan menjadi lebih rumit apabila pembangunan baru dilaksana dan dibuka seperti Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersebelahan Plaza Alam Sentral. MBSA sepatutnya menjalankan kajian tepeinci mengenai keperluan tempat letak kereta sebelum sebuah kawasan dibangunkan.

Beberapa pakir berbumbung yang disediakan oleh pemaju swasta dan PKNS seperti di Seksyen 15, Seksyen 7 dan Alam Avenue tidak dimanfaatkan. Malah pakir di Alam Avenue yang disediakan untuk kemudahan orang ramai, kini dijadikan tempat simpanan kereta mewah. Bagaimana perkara ini boleh berlaku?

11 Sep 2014

Feed The Hunnger Ones- Suatu Sindrom Kebejatan Kepimpinan



Negara kita dikejutkan dengan isu gelandangan . Polemik ini menimbulkan pelbagai reaksi dari segenap masyarakat . Perlu diingat isu GELANDANGAN ini adalah isu sejagat dan berlaku dimana-mana negara hatta KUASA DUNIA seperti USA juga. Tiada jawapan mudah untuk suatu persoalan yang memerlukan kajian dan penelitian yang benar-benar jujur terhadap hakikat apa yang sedang berlaku .

Jangan terlalu sombong menoleh kebelakang--Dalam lipatan sejarah memang ada direkodkan satu zaman pemerintahan kerajaan ISLAM  dimana tiada rakyatnya yang miskin atau layak menerima zakat. 

Ini mungkin salah satu solusi yang lebih bersifat holistik dan jangka masa panjang. Jelas GELANDANGAN ini adalah sindrom yang berlaku bukanlah punca penyakit. Ia hanya merupakan amaran kepada pemerintah dan masyarakat agar mengkaji hakikat penyakit  yang sebenarnya disebalik apa yang berlaku .

Penulis cuba menggunakan medium cerita dari sejarah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dibawah untuk membuka minda pembaca memahami GAME ''mereka'' yang sebenar  :

Tempoh masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz cuma 852 hari . Baginda melakukan perubahan secara dasar dari pemerintahan yang tiada amanah kepada yang bersistem dan bertunjaangkan kepada keimanan 

(Spiritual Quotient+ Emotional Quotient+Intelectual Quotient =Action Quotient)


  1. Baginda merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
  2. Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
  3. Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan    beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
  4. Amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
  5. Amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa'  Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.
  6. Menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
  7. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri hanya Khalifah sahaja yang hidup miskin (atas pilihannya memilih Zuhud).



Hakikatnya, Khalifah melakukan apa yang perlu dilakukannya. Kebijaksanaan Khalifah berfikir jika menjadi nilai ukuran perbandingan menampakkan seolah-olah otak kita dizaman moden lagi canggih ini seperti tidak bersambung langsung dalam berfikir membantu si miskin. Kekontangan idea serta berfikiran sempit.


Kita terlalu banyak berpolemik berkeliling hanya menghurai sindrom penyakit berbanding PUNCA PENYAKIT. Sekiranya kita tidak menjumpai persoalan sebenar kepada MENGAPA MEREKA MENJADI GELADANGAN? pasti tindakan kita tersasar dalam menyelesaikan masalah ini. Pada saat penulis menulis bait rangkap ini , penulis sedar bukanlah mahu menyalahkan sesiapa--- cuma bila terkenangkan keadilan Khalifah Umar Abd Aziz ini sepatutnya memberikan kita inspirasi serta kebernasan dalam memberikan solusi . Kecewanya apabila ahli pakar akdemik pun tidak dapat memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku kini.




Langkah yang dilihat agak radikal pada pandangan saya bagi mengatasi 'KESEMPITAN SI MISKIN' Ceracak tajam dipasang bawah jambatan agar tiada temapt untuk mereka tidur.


Secara akademik satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan faktor POLISI KERAJAAN, PERUBAHAN EKONOMI ATAU TRANSFORMASI EKONOMI, PENINGKATAN KOS HIDUP DAN  GAJI TERLALU RENDAH antara punca utama. Adapun yang lain-lain lebih bersifat kesan kepada apa sebenarnya yang berlaku itu. 

Kerajaan yang baik seharusnya mengkaji dengan teliti dari dapatan statistik yang jujur untuk menyelesaikan isu ini . Pemimpin jika secara batil melakukan tindakan yang langsung menzalimi si miskin akan berdepan dengan soal jawab yang berat di mahsyar kelak .

Saya nukilkan jua satu dapatan kajian lapangan dari Harvard--saya tidak bersetuju dengan ini kerana mereka juga menghurai secara surface sahaja:


According to Harvard's Joint Center for Housing Studies, low-income households suffer an unprecedented housing cost burden, forcing many to choose between rent and food. Too often, homelessness is the result.

Hukum SINDEKET yang menggunakan KANAK-KANAK sebagai HAMBA PENGUTIP DUIT DERMA!!! Terkadang didalangi PEGAWAI KORUP !!

Jiwa mana yang dapat menanggung sebaknya hati melihat kesusahan kanak-kanak ini? Apakah salah saya menghulur barang sekeping dua not merah yang tidaklah keranaya mereka kaya tetapi meringankan rasa bersalah di lubuk hati ini ...
Malaysia negara yang kaya --hasil bumi dan lautnya tidak pernah habis . Iklimnya paling nyaman di dunia ( tiada yang ekstrem). Sekira-kira hasil zakatnya juga jutaan ringgit. Maka persoalannya pada tangan siapa semua kekayaan ini diamanhkan untuk diolah ? Suatu lagi sendi BESAR yang perlu diperhatikan .

Kita tidak boleh lagi bergantung pada kapitalis--mereka memberi alasan kejatuhan ekonomi untuk menaikkan harga barang . Ekonomi menjadi alat mereka mencipta lebih ramai si miskin untuk mereka terus berkuasa. Suatu keadaan yang sangat menyedihkan untuk penulis meneruskan penulisan ini.

Memajukan Diri , Memotivasikan Rohani




Saban hari kita berpagi dengan 1001 bentuk ''TEKANAN" yang biasanya menjadikan kita cepat menjadi kurang bermotivasi. Hakikatnya setiap tekanan itulah ubat yang sangat mujarab. Kita mesti fokus dengan apa yang kita mahu capai dalam kehidupan ini dan sentiasalah berfikiran positif dalam mendepani kehidupan.

Jadilah ibarat air yang sentiasa mengalir hatta dalam rekahan batu batan yang besar, potensi yang ada pada air bisa melekukkan batu yang keras, dan apa yang ada pada air mampu menggerakkan sebuah kereta api dengan bantuan enjin wap. 

Usahlah terlalu memfokuskan kepada lemahnya air, kelembutannya bisa membunuh . Nah kita dapatkan sumber tenaga positif agar potensi kita sentiasa terbina. dengan kecanggihan maklumat serta sistem langit terbuka kini agak merugikan jika kita masih bedrtongkat dagu , lemas dalam kotak pemikiran sempit dan merasa 'kurang sempurna'.


Kita bukanlah mencari kesempurnaan --kerana merak yang mencari kesempurnaan akan kecewa. Kita mengharapkan pada Allah semata dalam setiap KUDRAT yang dipergerakkan . Nafikan diri dan segala alam ini dan isbat hanya ALLAH swt yang MAHA SEMPURNA. 

Kegagalan merupakan satu bentuk ilmu rasa --bukan untuk ditangisi dan dikecewakan bahkan ia batu loncatan untuk kita menggerakkan setiap sel otak kita agar berfungsi . barulah padan dengan segala kelebihan yang dikurniakan ALLAh swt kepada kita. Dengan segala kecanggihan teknologi yang paling maju dalam setiap inci tubuh badan kita --hanya otak kita dan kandungan air didalamnya sahaja yang menghadkan TINDKAN kita.

Cara kita berfikir dan bertindak menentukan siapa kita ...ayuh bangun dari kelekaan kepada MENCIPTA SEJARAH. Gagal sekali tidak bermakna kita gagal selamanya ...Anggaplah cabaran dos yang mematangkan pemikiran ..sebarkan kasih sayang dan cinta . Tersenyumlah kerana kehidupan ini terlalu singkat untuk kita bersedih . Gembirakan manusia seluruhnya ..buat lah sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat DUNIA.

Faqirnya kita disisi ALLAH ..tetapi kita bergerak dengan CINTA kepada ALLAH dan RASUL. Jiwai pengorbanan para RASUL disepanjang sejarah DUNIA. mereka juga bisa diuji dengan sebenar-benar ujian. Namun mereka bangkit dengan panduan ILAHI---menyebabkan PARSI dan QISRA berkeping-keping menyembah bumi. Mereka tidak sempurna--tetapi dengan sifat ketidaksempurnaan mereka bisa melakar TAMADUN DUNIA yang dicemburui sepanjang zaman 

Gunakanlah kuasa SYUKUR..kerana ia akan memadamkan kedukaan hati....lebih ramai mereka yang sepatutnya berduka tetapi sangat GEMBIRA .jadi mengapa kita harus bersedih ???


8 Sep 2014

Sultan Selangor Murka PKR DAP

DAULAT TUANKU !!!

Sultan Selangor murka DAP, PKR dehaka, mungkin pilih MB bukan daripada Pakatan - 

Ingat NEGERI ini ada TUANNYA--ada yang diberi AMANAH dari ALLAH memeliharanya. Jangan dilanggar macam tunggui aja. DAULAT TUANKU .Mungkin siapa tidak suka boleh keluar dari negeri Selangor..kui kui kui....

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...