Showing posts with label USAHAWAN. Show all posts
Showing posts with label USAHAWAN. Show all posts

25 Aug 2015

Buat Sekarang --JADI JUTAWAN BERSAMA ALLAH

Kunci kebebasan abadi adalah hilangkan hak diri dan memandang hak ALLAH dalam gerak dan diam - Nafikan diri dan Isbat hanya ALLAH .




Melihat jam sehari kesehari, kalendar bertukar bulan ke bulan ..tahun berganti tahun dan umur semakin habis sedang dalam tangan tiada apa. Apa yang anda mahu capai dalam kehidupan ini?

Duit jika habis kesemuanya, jika kita bangkit semula dan BEKERJA KERAS kita akan dapatnya semula.

Tetapi masa yang telah lalu tidak akan dapat dikembalikan walau apapun galang gantinya. Ini nasihat saya...apa yang anda mahukan dalam kehidupan ini pergi dapatkannya, buat sekarang , jangan tangguh lagi ..dan berani untuk gagal , berani mencuba berbanding kecewa kerana tidak pernah mencuba.!
Ramai mencari balance dalam kehidupan -keseimbangan hanya bila berlaku orbit yang betul-- Apabila meletakkan semua kepada pemilik TUNGGAL. Sentiasalah bersama ALLAH, rugilah mereka yang tdak bersama ALLAH walau sesaat.

Baik...faham ke maksudnya? Persoalan apa yang anda mahu dari kehidupan ini lah adalah ''Quality Question'' yang menjadi gambaran jelas untuk mendapatkan ''Quality Answers''.

Menjadi JUTAWAN? so whats next? Jutawan bagaimana? --- jutawan sakit? jutawan seimbang ?...renungan akhir sepatutnya menemui jutawan yang sentiasa mahu BERSAMA ALLAH . 

Belakangan ini fenomena DR Azizan Osman, Dr Hasmadi , Dr Fadhilah Kamsah, atau mana-mana motivator yang benar teras mereka akan menyampaikan isi ''BRAINWASH'' yang contentnya mengajak kepada '' KEJAYAAN HAKIKI ''-- INDAHNYA SENTIASA BERSAMA TUHAN dan RUGINYA MEREKA YANG MELUPAKAN TUHAN. Simpulan kejap ini amat beruntung bagi mereka yang memperolehinya.... apa-apa masalahpun kembali semula dengan ALLAH swt. Kembali semula kepada melihat cermin diri. 

Kita kan hanya bayang-- bayang itu bukan kita, dan kita bukanlah bayang tetapi tidak lain melainkan ia. Kaya kita itu hanya cerminan KAYA ALLAH TAALA semata. Bayang mana ada diri...dirinya dimiliki. Merasa memiliki itulah melupakan ALLAH swt. Merasa dimiliki itukan bersama ALLAH swt. Berilmu kita itukan cermin sifat ILMU ALLAH swt semata. Kita asal BODOH--sebagaimana asal kita tiada tetapi diadakan dan diperilmukan

Kita hanyalah bayang yang diberi kebenaran ''membuat keputusan''-- jika dalam keredhaanNYA ( bersama denganNYA) beruntunglah tetapi jika bukan keputusan dalam RedhaNYA--(melupakanNYA) maka bergegarlah kehidupan kita ibarat ORBIT bertentangan arah. 

Zahirnya dilihat berjaya namun didalamnya penuh KEBIMBANGAN dan ANXIETY serta serba tidak kena.

Kitalah yang memilih untuk kekal di orbit atau keluar dari orbit. Jadi jika bertembung antara melakukan kebaikan dan melengahkan kebaikan ..BUAT SEKARANG KEBAIKAN ( usaha bersama dengan ALLAH swt)- paksa diri anda !! masa tak akan dapat diundur. Berjual beli dengan ALLAH agar AKHIRAT KITA diperbaiki.

Perbaiki hubungan dengan Allah dan suburkan CINTA pada Rasulullah saw. Keberkatan melimpah ibarat air sungai. Ujian dirasakan nikmat dan kelebihan dirasakan amanah . Saya doakan anda kaya dan berjaya.

13 Jul 2015

Bagaimana Tidak Mahu Ditipu Dalam Perniagaan



"
Saya nak kongsi sikit kisah menarik yang saya belajar daripada mereka yang punya hikmah dalam asam garam dunia perniagaan dan politik tentang cara elak ditipu.
Semuanya bermula dengan MINDSET.
Mari kita belajar daripada dua tokoh ini:
(1) TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY DAN "OTAK" CINA
Lebih kurang riwayatnya:
"Kita kalau nak beramal jariah kena guna 'otak' Melayu sebab orang Melayu mereka sentiasa berkongsi dan beralah untuk kebaikan bersama. Tak lokek dan tak kedekut.
Tetapi kalau nak berniaga tak boleh guna 'otak' Melayu sebab pasti kena tipu sebaliknya kena guna 'otak' Cina."
"Kenapa Tan Sri?"
"Sebab orang cina kalau mereka berurus niaga hatta sesama mereka pun "default state" (pendirian asal) mereka kepada pihak lawan (counter-party) yang dirunding ialah: 'bagaimana dan berapa banyak cara orang ni boleh tipu aku'.
Ini menunjukkan usahawan Cina mereka ada waspada yang tinggi dan sebelum berunding sudah pun mereka lakukan kumpul "intelligence" pihak lawan dari bab "best" sampailah kepada "worst scenarios".

(2) TUN MAHATHIR DAN SUDAN
Ini kisah yang saya dengar sendiri daripada engineer yang terlibat dengan urus niaga tersebut iaitu Tuan Nadzru Azhari yang pernah bertugas di Ranhill, salah satu kontraktor minyak yang besar di Malaysia dan terlibat dalam tugas penerokaan awal dj lapangan minyak Sudan.
Pada awal 90-an setelah DS Anwar Ibrahim berjasa dalam membantu membuka pintu pelaburan ke Sudan melalui "network" gerakan Islam-nya, Malaysia melalui PETRONAS telah diberi ruang oleh Presiden Sudan Omar al-Bashir untuk melabur dalam sektor minyak dan gas Sudan.
Dalam tempoh itu syarikat minyak AS iaitu Texaco (sekarang dah diserap dalam Chevron yang berikan kita pam minyak Caltex) yang lebih awal bertapak di Sudan turut sama ingin dapatkan konsesi minyak di sana.
Di sebabkan kita orang baru dan orang Asia, Texaco cuba nak kelentong kata sebenarnya telaga minyak dan gas di Sudan tidak punya "prospect" yang baik. Kira jumlah yang boleh digali keluar tidak akan beri keuntungan yang lumayan ke atas pelaburan yang bermodal tinggi. Pada ketika itu data "geological survey" pun tak berapa jelas dan banyak disimpan oleh Texaco. Maka kita pada waktu itu seperti dikisahkan Tuan Nadzru semacam meraba dalam gelap (finding needle in a haystack).
Bila Tun Mahathir tahu Texaco kata begitu beliau beritahu kepada para jurutera minyak Malaysia, lebih kurang riwayatnya:
"Kalau Amerika kata minyak dan gas di Sudan sebanyak itu saja, kalian gandakan empat kali lebih daripada jumlah asalnya dan itulah "prospect" sebenar."
Terbukti gerak hati dan ketajaman aqal Tun Mahathir benar. Agaknya Tun Mahathir faham benar permainan licik Barat melalui pengalaman peribadi dan pembacaannya yang luas.
Akhirknya PETRONAS masuk ke Sudan dengan kerjasama dengan China yang mana sampai kini Sudan antara pelaburan luar yang amat berjasa dan menguntungkan buat PETRONAS.
KESIMPULAN:
Apakah prinsip dan pengajaran juga pro-tips yang kita dapat belajar daripada dua tokoh di atas?
Sebenarnya mereka - walaupun tidak disebut - secara prinsipnya mengamalkan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat "bilamana orang Fasiq (kaki tipu) membawa berita hendaklah kalian menyiasatnya (tabayyun) terlebih dahulu."
Sudah tentu nak siasat kena ada ilmu, pengalaman dan lebih penting hikmah yang Allah hanya bagi pada orang tertentu.
Semoga kita tidak mudah ditipu!

8 Jul 2015

Tips Gandakan dari RM100 kepada RM20 000 000

Bagaiman suami isteri ini menggandakan duit dari RM100 kepada RM hampir RM20 juta dalam tempoh kurang satu tahun?

Kerendahan hati dan kehalusan jiwa pemilik akaun facebook Fellina Nadea ini wajar usahawan di luar sana jadikan sebagai tauladan. Pesannya agar sentiasa ingat  

rezeki setinggi mana bukanlah hak kita.. kita hanya menumpang rezeki Allah..maka gunakanlah sebaiknya dan kongsilah walau secebis ilmu yg kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar org paham bahawa x susah utk senang dan begitu senang utk susah. (Semoga kakfel terhindar dari riak)


Membahasakan dirinya sebagai, kakfel; sangat kuat dan tabah orangnya serta sentiasa menjaga hati agar tidak lari dari niat asal mencari redha ALLAh dalam berniaga.

Berikut beberapa INNER GAME yang menjadi fokus khusus KAKFEL dalam melakar ROADMAP menunju status JUTAWANNYA.

Contoh tips menjemput REZEKI:

1) Sebelum memulakan sesuatu plan, mesti kita risau akan risiko, jadi walau kami tak tahu jalan kami pilih tu berjaya atau tak.. kami mula kan dengan KENDURI dulu. Apa2 jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar beli pisang goreng SEDEKAH ke jiran.

2) Kadang kakfel mmg akan selamber ja ambik semua duit sales butik dan SEDEKAH KAN secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yg duit itu kakfel labur utk saham yg lebih besar.
Biarlah sales hari tu mencapai puluhan ribu.. ambik ja semua taknak pikir untung rugi, terus SEDEKAH .

3)Pergi kedai dan jangan ambik baki, kadang2 baki tu mungkin hanya 20sen tapi mungkin kerana ikhlas SEDEKAH baki berganda menjadi rm20ribu

4)Nampak peminta sedekah selalu terdetik yg ini sindiket- kakfel selalunya akan usha dan kaji, tapi kalau peminta SEDEKAH tu menjual sesuatu, kakfel akan beli banyak2 dan balik tu fikirlah nak bagi sapa barang2 tu.

5)Selalu bayar lebih utk sesuatu perkhidmatan, contohnya ada org dtg cuci laman rumah, selalu org bayar cuma rm30 tapi kakfel mayb akan bagi lebih tanda SEDEKAH .

6) Bantu orang tanpa minta apa apa bayaran. Contoh kakfel selalu buat, orang minta review ig n fb depa tanya harga kakfel cakap xmau, samada nak swap review atau kakfel upload free ja.. itu jugak SEDEKAH

7) Kadang2 tengok kawan2 jual apa apa dan rasa macam nak beli tapi tak tau nak guna buat apa barang tu maka,SEDEKAH dengan cara share status mereka kat wall kita mana tahu ada kawan2 kita nak beli barang mereka.Atau biarkan ja kawan2 nak tag bisnes walau bisnes yg smaa.. anggap ja kita SEDEKAH ruang rumah kita utk mereka (ini selalu sgt2 buat)

8)SEDEKAH doa utk mereka yg menyakiti kita; kakfel pon nampak ja kental kdg2 makan hati gak ngan beberapa org yg selalu pertikai keikhlasan kakfel,penghijrahan kakfel dan apa dakwah kecil kakfel,nak lawan cakap n explain rasa macam dh xlarat..so kakfel doa ja banyak2.

Kakfel tak tahu nak buktikan macamna yg konsep ni semua mempengaruhi perjalanan hidup kakfel, yg pasti Allah permudah dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda..semua yg kakfel plan menjadi dan paling utama kurang masalah terjadi...

Dari buat produk kecantikan felinna beauty kepada produk kesihatan ke bidang tekstil felinna dan raffel hingga ke bidang makanan kanak2 caliph sunnah supplement.. 

Siapa yg follow kakfel mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan,kakfel percaya bukan sbb kakfel hebat , tapi sebab Allah tahu kakfel n suami yakin dengan DIA maka DIA bagi kmi tanggungjawab besar atas kejayaan hari ni.

Sedekah itu luas skop dia . Jadi kreatif dan yang penting .. pagi ni kakfel mulakan dengan sedekah ilmu! So uolls pon jom share ilmu bersama..agar semua usahawan ingat..nak kaya n berjaya bukan dengan marketing strategy semata.. #projekpikathatiAllah juga kena hadam n buat!

Tapi ingat yang utama niat sedekah ikhlas kerana Allah.

Manusia xboleh baca hati kita.. tapi Allah tahu-

NANTI KAKFEL EXPLAIN JUGA, Sedekah juga perlu kena pada tempatnya.. silap bagi jatuh HARAM dan kita tanggung dosa,ada yg wajib dan ada yg tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau beri komen. Pahami konsep sebenar sedekah. Sebab dalam islam sendiri tak galakkan penipuan atau syubhah utk perkara yg kita tahu tak elok.


Untuk mengikuti perkongsian dari Kakfel, boleh follow Facebook beliau : Fellina Nadea 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger