13 Jul 2015

Selesaikan KES PENIPUAN dan HENTIKAN MELINDUNGI PENIAGA TIPU ORANG


Menyalahkan siapa yang menjadi punca masalah malam tadi akan memulangkan kepada kita kembali. Masing-masing kita berperanan . Apapun syabas juga kepada '' 7 Pahlawan Bersaudara'' yang menyebabkan semua rakyat Malaysia membuka mata atau paling kurang bersengkang mata sepanjang malam tadi mengikuti perkembangan KETEGANGAN yang menyebabkan 3 orang cedera setakat ini.

LETUSAN yang dirasai hampir semua GRUP...sampai HP panas tak berhenti bergegar masuk GAMBAR dan VIDEO whatsapp. Pun begitu , apa yang berlaku menunjukkan BETAPA lemahnya PENGUATKUASA dan PENGUATKUASAAN selama ini sehingga perlu tunggu LOWYAT TERBAKAR baru terhegeh-hegeh membuat siasatan ??

Elok sesiapa sahaja yang bertanggungjawab di SEGITIGA MAKSIAT itu betul-betul memantau dan melaksanakan tugas dengan amanah dan adil. Berapa ramai lagai perlu menjadi mangsa rakus dan sombong peniaga kaki TEMBERANG di LOWYATT??

Patut buat survvey secara terbuka siapa yag pernah kena tipu di PLAZA LOWYAT ini..KUMPULKAN FAKTA dan KEDAI MANA? Dedahkan dan lakukan tangkapan. Keadaan ini WAJIB diperangi sehingga keakar UMBI.

Jangan tunggu LOWYAT TERBAKAR pula...baru ''7 PAHLAWAN BERSAUDARA'' yang hadir polis dah tak tidor malam. Kekgi '' 7 PANGLIMA SEHIDUP -SEMATI'' keluo--- ( tak sanggup tulis apa akan terjadi).

Syabas PDRM dengan ketangkasan dan kecekapan --harap terus cekap mengurus kebobbrokan BUKIT BINTANG itu. Habis TAIKO2 terheret sama. apalah..hihihi

Bagaimana Tidak Mahu Ditipu Dalam Perniagaan



"
Saya nak kongsi sikit kisah menarik yang saya belajar daripada mereka yang punya hikmah dalam asam garam dunia perniagaan dan politik tentang cara elak ditipu.
Semuanya bermula dengan MINDSET.
Mari kita belajar daripada dua tokoh ini:
(1) TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY DAN "OTAK" CINA
Lebih kurang riwayatnya:
"Kita kalau nak beramal jariah kena guna 'otak' Melayu sebab orang Melayu mereka sentiasa berkongsi dan beralah untuk kebaikan bersama. Tak lokek dan tak kedekut.
Tetapi kalau nak berniaga tak boleh guna 'otak' Melayu sebab pasti kena tipu sebaliknya kena guna 'otak' Cina."
"Kenapa Tan Sri?"
"Sebab orang cina kalau mereka berurus niaga hatta sesama mereka pun "default state" (pendirian asal) mereka kepada pihak lawan (counter-party) yang dirunding ialah: 'bagaimana dan berapa banyak cara orang ni boleh tipu aku'.
Ini menunjukkan usahawan Cina mereka ada waspada yang tinggi dan sebelum berunding sudah pun mereka lakukan kumpul "intelligence" pihak lawan dari bab "best" sampailah kepada "worst scenarios".

(2) TUN MAHATHIR DAN SUDAN
Ini kisah yang saya dengar sendiri daripada engineer yang terlibat dengan urus niaga tersebut iaitu Tuan Nadzru Azhari yang pernah bertugas di Ranhill, salah satu kontraktor minyak yang besar di Malaysia dan terlibat dalam tugas penerokaan awal dj lapangan minyak Sudan.
Pada awal 90-an setelah DS Anwar Ibrahim berjasa dalam membantu membuka pintu pelaburan ke Sudan melalui "network" gerakan Islam-nya, Malaysia melalui PETRONAS telah diberi ruang oleh Presiden Sudan Omar al-Bashir untuk melabur dalam sektor minyak dan gas Sudan.
Dalam tempoh itu syarikat minyak AS iaitu Texaco (sekarang dah diserap dalam Chevron yang berikan kita pam minyak Caltex) yang lebih awal bertapak di Sudan turut sama ingin dapatkan konsesi minyak di sana.
Di sebabkan kita orang baru dan orang Asia, Texaco cuba nak kelentong kata sebenarnya telaga minyak dan gas di Sudan tidak punya "prospect" yang baik. Kira jumlah yang boleh digali keluar tidak akan beri keuntungan yang lumayan ke atas pelaburan yang bermodal tinggi. Pada ketika itu data "geological survey" pun tak berapa jelas dan banyak disimpan oleh Texaco. Maka kita pada waktu itu seperti dikisahkan Tuan Nadzru semacam meraba dalam gelap (finding needle in a haystack).
Bila Tun Mahathir tahu Texaco kata begitu beliau beritahu kepada para jurutera minyak Malaysia, lebih kurang riwayatnya:
"Kalau Amerika kata minyak dan gas di Sudan sebanyak itu saja, kalian gandakan empat kali lebih daripada jumlah asalnya dan itulah "prospect" sebenar."
Terbukti gerak hati dan ketajaman aqal Tun Mahathir benar. Agaknya Tun Mahathir faham benar permainan licik Barat melalui pengalaman peribadi dan pembacaannya yang luas.
Akhirknya PETRONAS masuk ke Sudan dengan kerjasama dengan China yang mana sampai kini Sudan antara pelaburan luar yang amat berjasa dan menguntungkan buat PETRONAS.
KESIMPULAN:
Apakah prinsip dan pengajaran juga pro-tips yang kita dapat belajar daripada dua tokoh di atas?
Sebenarnya mereka - walaupun tidak disebut - secara prinsipnya mengamalkan firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat "bilamana orang Fasiq (kaki tipu) membawa berita hendaklah kalian menyiasatnya (tabayyun) terlebih dahulu."
Sudah tentu nak siasat kena ada ilmu, pengalaman dan lebih penting hikmah yang Allah hanya bagi pada orang tertentu.
Semoga kita tidak mudah ditipu!

Pergaduhan memuncak -FRU dan POLIS KOMANDO bersedia!!!

Perkembangan sangat menakutkan ------viral video bantai mebantai dunia samseng yang menjadi realiti kini ...










Terkini !!! Apakah yang berlaku sebenarnya di LOWYATT???--FAKTA atau AUTA?

[7/13/2015, 2:22 AM] +60 11-1787 6467: LAPORAN POLIS BERHUBUNG PERGADUHAN DI LOW YAT PLAZA DIJADIKAN THSL RPT:-23377/15 DAN DIKAITKAN DENGAN THSL RPT:-23347/15
---------------------------------------

Pada 11 JUL 2015 jam 2231, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki cina berkaitan pergaduhan di Upper Ground, Low Yat Plaza. Laporan polis ini dibuat di Balai Polis TUN H.S.LEE dan dijadikan Thsl Rpt:-23377/15. Laporan polis ini berkait ekoran kes curi yg dijadikn Thsl Rpt:-23347/15.

Butir-butir Pengadu
------------------------

2.(a) Butir-butir pengadu Thsl Rpt:- 23377/15 adalah seperti berikut :-

Nama : NG Han Sang
No KP : 800411145489
Umur : 35 Tahun 3 Bulan
Pekerjaan : Peniaga
Alamat : Blok 69-04-11 Bandar Baru Sentul,51000,KUALA LUMPUR.

(b) Butir-butir pengadu Thsl Rpt:- 23347/15 adalah seperti berikut :-

Nama :SEE Ming Ho
No KP : 871102236019
Umur : 27 Tahun 8 Bulan
Pekerjaan : Pekerja kedai telefon
Alamat : 4Q,blok 4,Perumahan Awam Sri Pulau Pinang,Jalan Ikan Emas,KUALA LUMPUR.

Ringkasan Laporan Polis
----------------------------
3. Ringkasan laporan polis adalah seperti berikut :-

(a) Thsl Rpt:-23377/15
Pada 11 JUL 2015 jam 2000 pengadu telah menerima panggilan daripada supervisor kedai telefon milik pengadu di lot G 31 Low Yat menyatakan ada kes gaduh telah berlaku.Setelah bertanya dengan pekerja yang lain pengadu mendapat tahu petang tadi terdapat kes curi di upper ground dan tempat yang berlakunya pergaduhan ini adalah kedai yang menangkap lelaki melayu yang telah curi telefon bimbit petang tadi. Pekerja pengadu menyatakan kekecohan itu dilakukan oleh 7 lelaki melayu. Mereka telah pecahkan kedai dan juga telefon bimbit serta telah memukul 2 pekerja pengadu dan mengalami kecederaan. Pengawal keselamatan dah cuba untuk meleraikan kekecohan tersebut tetapi tidak diendahkan. Lelaki melayu tersebut menyatakan bahawa bapanya polis dan tak takut pun masuk dalam lokap. Apabila ramai pekerja di dalam Low Yat berada di kawasan tersebut, kesemua mereka melarikan diri. Pekerja saya dapat menangkap gambar dan video semasa kekecohan berlaku.

(b) Thsl Rpt:-23347/15.
Pada 11 JUL 2015 jam 1647 semasa pengadu sedang menjaga kedai telefon bimbit di alamat Techasia Boutique lot UG k021, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang KUALA LUMPUR telah datang 1 lelaki Melayu melihat dan meminati satu telefon jenis lenovo jenis s860. Lelaki tersebut telah meminta kurangkan harga dan pengadu bersetuju untuk mengurangkan harga, Lelaki melayu tersebut telah bersetuju untuk membeli telefon tersebut. Apabila pengadu leka untuk mengambil free gift untuk diberikan kepada lelaki tersebut pengadu dapati lelaki tersebut telah hilang. Pengadu menjerit menyatakan pencuri apabila nampak lelaki melayu tersebut sedang turun dari tangga bergerak dan pada masa yang sama orang ramai berjaya menangkap lelaki berkenaan di tingkat bawah. Pengadu mendapati telefon itu telah tiada pada lelaki tersebut telah menyerahkan lelaki tersebut kepada pengawal keselamatan dan semasa di dalam bilik pengawal keselamatan lelaki melayu itu menyatakan yang beliau orang kuat Bukit Bintang. Pengadu telah hubungi pihak polis dan mereka telah dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Tindakan Polis
-----------------
4.Kedua-dua kes ini telah dirujuk kepada INSP. SHAHRIR bin MOHAMAD - Pegawai Penyiasat  IPD DANG WANGI untuk siasatan lanjut. Thsl/23377/15 disiasat di bawah sek 147kk & 427kk manakala Thsl/23347/15 disiasat di bawah sek 379kk.

5. Tangkapan Thsl/23377/15 ialah MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN No KPT: 930122-14-5947. Tangkapan Thsl/23347/15 ialah SHAHRUL ANUAR bin ABDUL AZIZ No KPT 930515-08-6247. Kedua-dua saspek direman 3 hari mulai 12/7/2015.

Siasatan Awal SB DW
-------------------------
6. Kedua-dua saspek tlh pergi ke Low Yat Plaza utk beli HP, SHAHRUL tlh melarikn HP namun orang awam tlh melakukn tangkapan & menyerahkn kedua-dua saspek kpd pengawal keselamatan. Anggota MPV tlh membuat tangkapan semula utk dibawa balik ke balai THSL. Walau bagaimanapun, KHAIRUL tlh dibebaskn.

7. KHAIRUL tlh panggil geng2nya utk pergi ke kedai OPPO Plaza Low Yat utk balas dendam.

8. Hasil siasatan & soal siasat SB DW adalah spt berikut:-
i) SHAHRUL mengaku mencuri telefon bimbit namun tlh jatuh ketika melarikn diri.
ii) CCTV tlh merakamkan perbuatan SHAHRUL melarikn telefon bimbit.
iii) Mengaku mereka telah ambil dadah sebelum pergi ke Plaza Low Yat.
iv) KHAIRUL telah mengaku panggil geng utk membalas dendam di Plaza Low Yat. Antara geng2 yg dikenalpasti adalah Ayie, Mat, Tiger (Anggota Polis KS Ampang Jaya), Wan, Ali & Baby.

Mesyuarat Perancangan T/KPD DW
------------------------------------
9. Mesy tlh dipengerusikn olh T/KPD DW pd 12/7/2015 jam 1430-1520 di IPD DW bersama BSJ DW, SB DW & D7 Bkt Aman. T/KPD DW tlh mengarahkn tindakan berikut:-
i) Usaha mengesan geng2 yg masih bebas.
ii) Buat urine test
iii) Menangkap lelaki Cina yg terlibat dlm pergaduhan sebagai tindakan neutralise.
iv) Kawat cam kedua-dua pihak.
v) sediakn fakta kes untuk KP & KJSJ membuat sidang media pd isnin.
vi) statik anggota mpv & urb di Plaza Low Yat utk mengelakkan sebarang tindakan mana2 pihak menjurus ketegangan perkauman.

Reaksi2 Blogger
------------------
10. Reaksi2 yg terdapat di laman blogger adalah seperti berikut:-

a) Reaksi blog Cina
- Dunia dah berubah, tak sangka pencuri berani balas dendam.
- pengawal keselamatan tidak berguna, hanya menyaksi sahaja.
- mengkritik kaum melayu menberi alasan mereka terbeli hp klon, namun persoalannya ia adalah kedai oppo berlesen maka tak mungkin jual hp klon.
- pengawal keselamatan semua warga asing, tidak profesional.
- pengawal hanya buli orang awam sahaja.
- melayu tak guna.
- malaysia tak ada undang2.

b) reaksi blog Melayu
- Jgn satu hari nanti Cina di Tanah Melayu ni jd mcm Cina di Indonesia. Baru makan xhabis.
- penjual hp cina penipu, kaki kencing
- Mana melayu2 kita ni tak duduk diam. Skrg cina sudah pijak atas kepala melayu.. takkan nak kasi muka lagi.. jangan sampai 13may berulang kembali.

Ulasan
-------
11. Dilihat punca utama kekecohan ini adalah rasa tidak puas hati oleh sekumpulan remaja melayu ekoran seorang kawan mereka telah ditangkap dan dituduh mencuri telefon di salah sebuah kedai di Plaza Low Yat.

12. Insiden ini menjadi viral ekoran orang ramai telah upload video2 & gambar2 kejadian ke dlm blogger & seterusnya mengeluarkn komen2 berunsur perkauman tanpa mengetahui keadaan sebenar insiden pergaduhan tersebut.

13. SB DW tlh mencadangkn supaya tangkapan dibuat ke atas beberapa lelaki Cina yg terlibat dlm pergaduhan tersebut sebagai langkah neutralise isu sensitif perkauman. Selain itu, sidang media pihak polis perlu menerangkan fakta kes secara betul supaya perkara ini tidak berpanjangan.

14. Anggota sektor SB juga tlh diarahkn utk menjumpai tokoh2 masyarakat supaya tidak mengambil tindakan sendiri & serah kpd pihak polis utk siasatan. Tq.[7/13, 01:28] ‪+60 14-539 2808‬: [12:27AM, 13/07/2015] samurai: Hebahan dr DCC D/Wangi minta bantuan anggota yg berhampiran Low Yat menghala ke lokasi segera . Terdapat pergaduhan besar antara Melayu / Cina
[12:27AM, 13/07/2015] samurai: Mklmn hampir 1000 org merusuh pergaduhan besar antara cina / melayu
[12:27AM, 13/07/2015] samurai: mohon bantuan
[12:27AM, 13/07/2015] samurai: turun
[12:27AM, 13/07/2015] samurai: byk bunyi letupan
[12:27AM, 13/07/2015] samurai: klu kelapangan
[12:27AM, 13/07/2015] samurai: mohon semua
[12:27AM, 13/07/2015] samurai: cina kne belasah lebih 200 org
[12:27AM, 13/07/2015] samurai: siap ada tembak ni
[7/13, 01:31] ‪+60 14-539 2808‬: Info dr abg spupu Bkt Aman..mnta arahkn rakan2 yg ada d sna utk beredar sbb cwngn UTK jnayah D9,D7 mereka akan tangkap muat dn maklum kwasan trsebut dlm darurat...
Mntak mklumkn kpda rakan2 yg lain
[7/13, 01:31] Amir: Utk turun die tembak je hok xreti base
[7/13, 01:32] ‪+60 14-539 2808‬: kompom!!!
[7/13, 01:32] Amir: Spe hok teruk
[7/13, 01:32] Amir: Cina ke melayu
[7/13, 01:33] Amir: Kne tibai tu
[7/13, 01:33] ‪+60 14-539 2808‬: sama byk

bacaan tambahan : Apa Kata Pemilik Kedai ??

Bergaduh di LOWYAT?? Apa tindakan penguatkuasa selama ini?

Kejadian kecoh dan tidak tentau hala mula melambak didalam media sosial memanaskan keadaan di sana. Punca kepada punca ini yang ibarat kata sudah membarah dan tunggu meletup benar-benar berlaku.

Ibarat percikan api yang bakal meletup, sebarang tindakan yang tidak bijak bakal meranapkan keharmonian MALAYSIA. Dalam hal ini usah babitkan perkauman. Punca adalah soal sikap serta tindakan melulu sesetengah pihak yang cuba menjadi jagoan kampung. 



Mengapa sekian lama KPDNKK tiada membuat siasatan dengan ribuan laporan yang telah sedia ada berkaitan penipuan penjualan handpohone ini? sekian lama penipuan demi penipuan ibarat sudah menjadi kebiasaan cara mereka berniaga di LOWYATT.

Keadaan semakin panas dengan ura-ura samseng cina bergabung india ..serta berbagai bagai desas-desus panas mengobar api perkauman kian membara. Saat ini FRU serta UTK dikerah ke kawasan kejadian. Api-api ini sengaja dibesarkan..berhati-hat wahai MALAYSIA, musuh mengintai dari dalam menyimbah MINYAK, memarakkan api perpecahan .

Semoga semua bertenang serta memberikan kerjasama kepada PIHAK BERKUASA mengurus situasi ini. Mau settel, belakang-belakang sudah--usah libatkan satu negara. Macam selalu lah. BIOR BIJOK kata orang JAWA.






8 Jul 2015

Tips Gandakan dari RM100 kepada RM20 000 000

Bagaiman suami isteri ini menggandakan duit dari RM100 kepada RM hampir RM20 juta dalam tempoh kurang satu tahun?

Kerendahan hati dan kehalusan jiwa pemilik akaun facebook Fellina Nadea ini wajar usahawan di luar sana jadikan sebagai tauladan. Pesannya agar sentiasa ingat  

rezeki setinggi mana bukanlah hak kita.. kita hanya menumpang rezeki Allah..maka gunakanlah sebaiknya dan kongsilah walau secebis ilmu yg kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar org paham bahawa x susah utk senang dan begitu senang utk susah. (Semoga kakfel terhindar dari riak)


Membahasakan dirinya sebagai, kakfel; sangat kuat dan tabah orangnya serta sentiasa menjaga hati agar tidak lari dari niat asal mencari redha ALLAh dalam berniaga.

Berikut beberapa INNER GAME yang menjadi fokus khusus KAKFEL dalam melakar ROADMAP menunju status JUTAWANNYA.

Contoh tips menjemput REZEKI:

1) Sebelum memulakan sesuatu plan, mesti kita risau akan risiko, jadi walau kami tak tahu jalan kami pilih tu berjaya atau tak.. kami mula kan dengan KENDURI dulu. Apa2 jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar beli pisang goreng SEDEKAH ke jiran.

2) Kadang kakfel mmg akan selamber ja ambik semua duit sales butik dan SEDEKAH KAN secara mengejut tanpa dirancang. Fikir yg duit itu kakfel labur utk saham yg lebih besar.
Biarlah sales hari tu mencapai puluhan ribu.. ambik ja semua taknak pikir untung rugi, terus SEDEKAH .

3)Pergi kedai dan jangan ambik baki, kadang2 baki tu mungkin hanya 20sen tapi mungkin kerana ikhlas SEDEKAH baki berganda menjadi rm20ribu

4)Nampak peminta sedekah selalu terdetik yg ini sindiket- kakfel selalunya akan usha dan kaji, tapi kalau peminta SEDEKAH tu menjual sesuatu, kakfel akan beli banyak2 dan balik tu fikirlah nak bagi sapa barang2 tu.

5)Selalu bayar lebih utk sesuatu perkhidmatan, contohnya ada org dtg cuci laman rumah, selalu org bayar cuma rm30 tapi kakfel mayb akan bagi lebih tanda SEDEKAH .

6) Bantu orang tanpa minta apa apa bayaran. Contoh kakfel selalu buat, orang minta review ig n fb depa tanya harga kakfel cakap xmau, samada nak swap review atau kakfel upload free ja.. itu jugak SEDEKAH

7) Kadang2 tengok kawan2 jual apa apa dan rasa macam nak beli tapi tak tau nak guna buat apa barang tu maka,SEDEKAH dengan cara share status mereka kat wall kita mana tahu ada kawan2 kita nak beli barang mereka.Atau biarkan ja kawan2 nak tag bisnes walau bisnes yg smaa.. anggap ja kita SEDEKAH ruang rumah kita utk mereka (ini selalu sgt2 buat)

8)SEDEKAH doa utk mereka yg menyakiti kita; kakfel pon nampak ja kental kdg2 makan hati gak ngan beberapa org yg selalu pertikai keikhlasan kakfel,penghijrahan kakfel dan apa dakwah kecil kakfel,nak lawan cakap n explain rasa macam dh xlarat..so kakfel doa ja banyak2.

Kakfel tak tahu nak buktikan macamna yg konsep ni semua mempengaruhi perjalanan hidup kakfel, yg pasti Allah permudah dalam banyak perkara. Rezeki diringankan dan menjadi cepat masuk dan berganda..semua yg kakfel plan menjadi dan paling utama kurang masalah terjadi...

Dari buat produk kecantikan felinna beauty kepada produk kesihatan ke bidang tekstil felinna dan raffel hingga ke bidang makanan kanak2 caliph sunnah supplement.. 

Siapa yg follow kakfel mesti perasan rezeki seakan dipermudahkan,kakfel percaya bukan sbb kakfel hebat , tapi sebab Allah tahu kakfel n suami yakin dengan DIA maka DIA bagi kmi tanggungjawab besar atas kejayaan hari ni.

Sedekah itu luas skop dia . Jadi kreatif dan yang penting .. pagi ni kakfel mulakan dengan sedekah ilmu! So uolls pon jom share ilmu bersama..agar semua usahawan ingat..nak kaya n berjaya bukan dengan marketing strategy semata.. #projekpikathatiAllah juga kena hadam n buat!

Tapi ingat yang utama niat sedekah ikhlas kerana Allah.

Manusia xboleh baca hati kita.. tapi Allah tahu-

NANTI KAKFEL EXPLAIN JUGA, Sedekah juga perlu kena pada tempatnya.. silap bagi jatuh HARAM dan kita tanggung dosa,ada yg wajib dan ada yg tidak. Jadi kita kena belajar sebelum berkata atau beri komen. Pahami konsep sebenar sedekah. Sebab dalam islam sendiri tak galakkan penipuan atau syubhah utk perkara yg kita tahu tak elok.


Untuk mengikuti perkongsian dari Kakfel, boleh follow Facebook beliau : Fellina Nadea 

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, anda dibenarkan untuk share dengan rakan-rakan anda. Tekan butang share di bawah. Terima kasih.

6 Jul 2015

Wilayah Islam NUSANTARA Yang DIMURTADKAN

Filipina adalah merupakan antara gugusan pulau dalam kepulauan Melayu yang mempunyai kepelbagaian sejarah dan keunikan sendiri bahkan berkongsi banyak persamaan dengan masyarakat di Malaysia dan Indonesia umumnya. Umum mengetahui bahawa masyarakat Filipina merupakan sebahagian daripada kelompok darah Melayu Austronesia dan sudah pastilah ini merupakan antara bukti kita dahulu dalam satu rumpun dan kelompok yang sama di nusantara.

boat
Mujahidin SULU yang mengibarkan panji-panji mereka -- bertahan sehingga ke titisan darah terakhir mempertahankan SULU DARUL ISLAM


Filipina asalnya adalah sebuah Kerajaan Islam yang hebat pada zaman dahulu, namun keadaan berubah sekelip mata selepas kedatangan Sepanyol ke Filipina pada tahun 1565, ketika itu Filipina mencapai populasi penduduk muslim seramai 98% dan hanya 2% masyarakat bukan islam.

Asal nama kepada ibu kota Filipina sekarang Amanillah yang berasal daripada perkataan arab ‘Fi Amanillah’ yang bermaksud dibawah perlindungan ALLAH S.W.T namun akhirnya telah diubah ubah  menjadi Manila sehingga sekarang oleh Penjajah Salibi Sepanyol.

Sebelum ditawan oleh Sepanyol, penduduk Amanillah telah berjaya menjadikan Kota ini sebagai salah sebuah kota Islam terbesar di Asia Tenggara. Mereka sudah berabad lamanya menerapkan syariat islam dibawah payung Daulah Islamiyah Timur dan barat. Rata-rata masyarakat muslim ketika itu bekerja sebagai pedagang, peniaga dan lain-lain.

philmap2a
Garis sempadan Tanah Kerajaan ISLAM yang tidak berjaya ditakluk dan di labelkan sebagai MORO--bahasa yang menjatuhkan maruah UMMAT ISLAM di situ 

DIJAJAH SEPANYOL


Pada tahun 1565, Sepanyol datang ke Wilayah Islam Nusantara yakni ke Filipina dengan misi Gold Glory dan Gospel yang membawa maksud menjajah kota kota Islam di timur sebagai akibat daripada lanjutan kempen Perang salib antara islam dan kristian. 1565 jugalah dimana Kota Amanillah direbut, dibantai dan ditawan oleh Sepanyol yang kemudiannya nama Filipina tercipta hasil daripada nama raja mereka ketika itu iaitu King Philipe. Setelah menakluk Amanillah, Sepanyol  telah berjaya menjalankan kempen mengkristiankan penduduk di wilayah filipina tengah dan utara melalui ancaman, paksaan dan berbagai-bagai lagi cara untuk memurtadkan masyarakat islam ketika itu.


Terdapat sebahagian orang Islam telah melarikan diri ke Selatan Filipina demi menyelamatkan akidah mereka. Di Selatan Filipina, masyarakat Islam ini berjaya membentuk pasukan tentera untuk mempertahankan diri mereka sendiri demi menyelamatkan maruah dan akidah kaum mereka yang ditawan oleh Sepanyol dengan melawan tentera Sepanyol melalui perang gerila. Sepanyol kemudianya menamakan Masyarakat islam yang lari ke selatan Filipina ini dengan gelaran Orang Moro yang diambil daripada sebutan orang arab Sepanyol yang beragama islam yang dahulunya menguasai Andalusia iaitu orang Moor.

Namun, dasar penjajah kafir, mereka tidak duduk diam terhadap masyarakat Islam di Selatan Filipina, mereka telah berjaya merekrut orang indo-kristian (orang filipina yang telah dikristiankan) untuk berperang melawan orang Islam yang asalnya adalah bangsa mereka, saudara mereka dan mungkin juga ibu bapa mereka sendiri.

MENYERAHKAN FILIPINA KEPADA AMERIKA SYARIKAT.

Peristiwa berdarah ini ramai tidak tahu-- Bud Datu dan Bud Bagsak. Amerika Syarikat menjalankan kempen perangnya kepada Orang SULU -- Ribuan pahlawan Tausug Syahid, namun sehingga kini SULU belum sepenuhnya mereka kuasai melainkan hanya atas sehelai kertas perjanjian dusta.


Akhir abad ke 19, imperialisme Sepanyol mulai menurun, hal ini disebabkan  oleh berbagai pemberontakan telah berlaku di wilayah jajahan Sepanyol yang lain. Pada tahun 1898, Sepanyol menyerahkan Filipina kepada Amerika Syarikat untuk menggantikan Sepanyol sebagai kuasa penjajah. Tumpuan kaum muslim di Filipina kini terarah kepada Amerika Syarikat, namun  ternyata Amerika Syarikat lebih kuat berbanding Sepanyol, Amerika Syarikat kemudianya kembali menakluk wilayah Islam di selatan Filipina dan hanya tinggal Mindanao sahaja sebagai pertahanan terakhir kaum muslimin daripada direbut oleh Amerika Syarikat.

1 Jul 2015

Sukarnya Menyuap Barang Secebis Rezeki


Munggir ke hulu --mudik ke hilir tanpa haluan ibarat hilang tujuan mencari arah destinasi mencari sesuap nasi untuk memenuhkan kantung kosong perut anak isteri. Dahulu dapat kerja kerajaan, sesekali mendapat limpahan ILMU --tawar rasanya lalu mencebur diri di Borneo mendapat didikan dari JUTAWAN HEBAT di sana. Sungguh bukan mudah berada di bawah dagu GURU HEBAT --jiwa tamil jawa memang tak layak. Kewujudan hanya sekadar menempel tidak memberi bekas dan akhirnya di tendang pulang tidak menjadi.

Now, a small but vociferous community of circumcised men are gathering online to discuss methods of 'foreskin restoration'

Dengan baki keyakinan tinggal semangkuk cuma digagahkan agar kepahitan dan kepiluan JIWA lantaran kelemahan diri diabaikan demi sesuatu yang lebih besar....( penulis tidak sanggup lagi meneruskan bait yang berikutnya)--- Bak kata pepatah SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA--- kini berbaki secangkir keyakinan kehidupan semakin tidak keruan. Samar dalam kabus ...Tenggelam dalam bisikan NAFSU SOMBONG --- Kemana lagi hala mahu aku TUJU ? 

Menghenyak nafsu seperti menekan bola getah ke dalam besen sempit....ditekan ditengah ---melimpah keluar ditepi..DEGIL dan LIAR sungguh- Tiada pedoman--tiada panduan..daku melihat sahaja mereka dari JAUH ..desis hati kecemburuan ..hati lara tak berkesudahan ..mengadu kepada siapa lagi entahnya...Kosong dan kelam ..moga meemui CAHAYA di hujung HIDUP.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...