Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

24 May 2015

ALLAH Mengirim Pemimpin Berani Menyelamatkan Ummah




Hasbunallah.... Syukur, akhirnya wilayah ISLAM yang tiada bersempadan dan had batas masih wujud mutakhir ini. Hawa kebangkitan UMMAH seperti ditiup halus.


Semarak sejarah TURKI UTHMANIYYAH membakar moral UMMAH hingga marak menjulang dan meninggalkan pemimpin MUSLIM LEMAH terkebelakang, SEJARAH KEMABLI BERULANG-- terkebil-kebil menyaksikan kekuatan ALLAH menghantarkan bantuannya. Tiada lain hanya KUASA CINTA SUCI yang bersarang dalam pemimpin ISLAM TURKI itu sahaja yang tanpa berfikir panjang - ARMADANYA dikerah menyelamatkan UMMAH tertindas.


Begitu mudah KHALIFAH mempamerkan SIFAT AR RAHMAN ALLAH . Mereka pernah jatuh tetapi kini mereka bangkit dan sedang menunjukkan KUASA KASIH SAYANG kepada kita semua. Wahai kaum muslimin, tidakkah kalian malu.??? Apa yang menyebabkan kalian masih ragu-ragu? 
Kita tidak memusuhi BUDDHA- kerana ajaran BUDDHA sebenar hanya mengajar KASIH -SAYANG dan KEDAMAIAN . Kita memusuhi SIFAT IBLIS MANUSIA yang ajaran BUDDHA tiada pernah ajar. Pengganas di MYANMAR wajar memikrikan kembali tindakan mereka kerana hanya mencemar NILAI KASIH SAYANG DAN KEMANUSIAAN.


Hati-hati, musuh tidak pernah juga senang dengan PERKEMBANGAN ini. Bidak-bidak catur dikerah melakukan sebanyak mungkin kerosakkan, menjatuhkan keyakinan UMMAH  kepada kekuatan ISLAM. Isu-isu panas dicanang dan diapi-apikan. Usah salahkan semua Penganut Buddha... Pujuklah mereka agar memujuk BUDDHA di MYANMAR agar kembali ke pangkal jalan. Usahlah berdiam diri tanpa bicara seolah-olah membenarkan KEZALIMAN ini berleluasa.

Dalai Lama sendiri menasihati mereka--apakah mereka tidak mendengar ?

The recent remarks, made by the Dalai Lama during an exclusive interview with ABC News from his home-in-exile in Dharamsala, India, represent his most public condemnation of the Buddhist-led violence that has left hundreds dead and an estimated hundreds of thousands homeless. "It's very sad," the Dalai Lama said.
"All the major religions teach us the practice of love, compassion and forgiveness. So a genuine practitioner among these different religious traditions would not indulge in such violence and bullying of other people."


11 Sept 2014

Feed The Hunnger Ones- Suatu Sindrom Kebejatan Kepimpinan



Negara kita dikejutkan dengan isu gelandangan . Polemik ini menimbulkan pelbagai reaksi dari segenap masyarakat . Perlu diingat isu GELANDANGAN ini adalah isu sejagat dan berlaku dimana-mana negara hatta KUASA DUNIA seperti USA juga. Tiada jawapan mudah untuk suatu persoalan yang memerlukan kajian dan penelitian yang benar-benar jujur terhadap hakikat apa yang sedang berlaku .

Jangan terlalu sombong menoleh kebelakang--Dalam lipatan sejarah memang ada direkodkan satu zaman pemerintahan kerajaan ISLAM  dimana tiada rakyatnya yang miskin atau layak menerima zakat. 

Ini mungkin salah satu solusi yang lebih bersifat holistik dan jangka masa panjang. Jelas GELANDANGAN ini adalah sindrom yang berlaku bukanlah punca penyakit. Ia hanya merupakan amaran kepada pemerintah dan masyarakat agar mengkaji hakikat penyakit  yang sebenarnya disebalik apa yang berlaku .

Penulis cuba menggunakan medium cerita dari sejarah pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dibawah untuk membuka minda pembaca memahami GAME ''mereka'' yang sebenar  :

Tempoh masa pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz cuma 852 hari . Baginda melakukan perubahan secara dasar dari pemerintahan yang tiada amanah kepada yang bersistem dan bertunjaangkan kepada keimanan 

(Spiritual Quotient+ Emotional Quotient+Intelectual Quotient =Action Quotient)


  1. Baginda merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
  2. Memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
  3. Menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan    beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.
  4. Amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
  5. Amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa'  Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.
  6. Menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....
  7. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri hanya Khalifah sahaja yang hidup miskin (atas pilihannya memilih Zuhud).



Hakikatnya, Khalifah melakukan apa yang perlu dilakukannya. Kebijaksanaan Khalifah berfikir jika menjadi nilai ukuran perbandingan menampakkan seolah-olah otak kita dizaman moden lagi canggih ini seperti tidak bersambung langsung dalam berfikir membantu si miskin. Kekontangan idea serta berfikiran sempit.


Kita terlalu banyak berpolemik berkeliling hanya menghurai sindrom penyakit berbanding PUNCA PENYAKIT. Sekiranya kita tidak menjumpai persoalan sebenar kepada MENGAPA MEREKA MENJADI GELADANGAN? pasti tindakan kita tersasar dalam menyelesaikan masalah ini. Pada saat penulis menulis bait rangkap ini , penulis sedar bukanlah mahu menyalahkan sesiapa--- cuma bila terkenangkan keadilan Khalifah Umar Abd Aziz ini sepatutnya memberikan kita inspirasi serta kebernasan dalam memberikan solusi . Kecewanya apabila ahli pakar akdemik pun tidak dapat memberikan gambaran jelas tentang apa yang berlaku kini.




Langkah yang dilihat agak radikal pada pandangan saya bagi mengatasi 'KESEMPITAN SI MISKIN' Ceracak tajam dipasang bawah jambatan agar tiada temapt untuk mereka tidur.


Secara akademik satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan faktor POLISI KERAJAAN, PERUBAHAN EKONOMI ATAU TRANSFORMASI EKONOMI, PENINGKATAN KOS HIDUP DAN  GAJI TERLALU RENDAH antara punca utama. Adapun yang lain-lain lebih bersifat kesan kepada apa sebenarnya yang berlaku itu. 

Kerajaan yang baik seharusnya mengkaji dengan teliti dari dapatan statistik yang jujur untuk menyelesaikan isu ini . Pemimpin jika secara batil melakukan tindakan yang langsung menzalimi si miskin akan berdepan dengan soal jawab yang berat di mahsyar kelak .

Saya nukilkan jua satu dapatan kajian lapangan dari Harvard--saya tidak bersetuju dengan ini kerana mereka juga menghurai secara surface sahaja:


According to Harvard's Joint Center for Housing Studies, low-income households suffer an unprecedented housing cost burden, forcing many to choose between rent and food. Too often, homelessness is the result.

Hukum SINDEKET yang menggunakan KANAK-KANAK sebagai HAMBA PENGUTIP DUIT DERMA!!! Terkadang didalangi PEGAWAI KORUP !!

Jiwa mana yang dapat menanggung sebaknya hati melihat kesusahan kanak-kanak ini? Apakah salah saya menghulur barang sekeping dua not merah yang tidaklah keranaya mereka kaya tetapi meringankan rasa bersalah di lubuk hati ini ...
Malaysia negara yang kaya --hasil bumi dan lautnya tidak pernah habis . Iklimnya paling nyaman di dunia ( tiada yang ekstrem). Sekira-kira hasil zakatnya juga jutaan ringgit. Maka persoalannya pada tangan siapa semua kekayaan ini diamanhkan untuk diolah ? Suatu lagi sendi BESAR yang perlu diperhatikan .

Kita tidak boleh lagi bergantung pada kapitalis--mereka memberi alasan kejatuhan ekonomi untuk menaikkan harga barang . Ekonomi menjadi alat mereka mencipta lebih ramai si miskin untuk mereka terus berkuasa. Suatu keadaan yang sangat menyedihkan untuk penulis meneruskan penulisan ini.

7 May 2012

Suburkan Cinta Kepada Rasulullah SAW


Wahai Umat Nabi Saw...Cintailah Baginda Rasulullah saw kerana Baginda adalah insan yang sangat istimewa yang diciptakan Allah swt. Bahkan Cinta Baginda kepada kita umatnya  sangat  hebat...Mencintai baginda adalah ibadah yang hebat..dengan mencintai Nabi saw jua adalah pintu memperoleh cinta Allah swt.

Hidupkan Cinta kita kepada Baginda saw. belajarlah mencintai Baginda saw...usah diragukan lagi, tiada keraguan lagi mencintai Baginda saw adalah suatu keberkatan dan keselamatan...

Duhai Rasulullah saw..betapa kami sangat merindukan mu. Walaupun kami tidak pernah bersua denganmu tetapi entah mengapa kami sangat merindukan dan mencintai dirimu. Mendengarkan Sirah Perjuangan mu sahaja sudah cukup menggetarkan jiwa yang sangat merindukan mu Ya Rasulullah.

Ya RASULULLAH, barulah kami memahami betapa pula para sahabat-sahabat yang pernah bersama mu menatap wajahmu yang mulia...lebih-lebih lagi kecintaaan mereka kepadamu. 

Ya Rasulullah daku hairan mengapa kalangan kami ada yang membid'ahkan kami kerana cara  kami memanifestasikan cinta kami kepada mu dengan banyak berselawat dan bermaulid mengingati PERJALANAN HIDUP MU... Wahai Kekasih ALLAH; kami berikrar biarlah apa sahaja yang mereka kata tentang  ku tiada aku peduli, kerena dibunuh pun aku sanggupi kerana cinta ku kepada mu YA HABIBALLAH..

Ya Rasulullah syafaatkan kami 
Ya Rasulullah...YA Rasulullah  
Sudilah kiranya memandang kami....
Kami UMMATMu yang merana merindukan DIRIMU

29 Mar 2012

Mengenal Cinta menurut padangan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah


Tafakur: dengan kasih sayang kucing kepada anak-anaknya, apa kekuatannya yang kita pelajari untuk manfaat dakwah?

Dakwah cinta sangat memberikan kesan mendalam kepada qalbu. Getaran asyik berbunga–bunga dalam hati yang hanya dapat di nikmati dengan deria HATI ( ruhiyah) .

Namun deria rasa yang kasar juga telah dapat menikmati sifat cinta yang ALLAH swt limpahkan kepada makhluknya. Mendengar dendangan nasyid juga lagu –lagu cinta menjadikan seseorang mengimbau 1001 rasa yang indah-indah.. Khayalan dibuai-buai menjadikan cinta sangat istimewa buat seseorang.

Namun syarah cinta boleh dibahaas dengan wajah yang berlapis-lapis dari cinta makhluk sehinggalah kepada puncak tertinggi cinta..ALLAH dan RASUL. Disanalah hakikat cinta yang rasanya(dzauqi), lebih hebat dari cinta berlainan jantina atau cinta ikatan kekeluargaan..
Buana hati terusik dan merekah menisbahkan cinta sesama manusia. Kuat ikatannya, pelbagai nisbah mentafsirkan rasa yang hakikatnya ALLAH swt sahaja mengetahui. Dititipkan dalam bekas suci hati hambaNYA., melebar rahmat ini keseluruh alam mewujudkan keamanan dunia tanda cintaNYA kepada makhluk ciptaanNYA.

Bercinta sesama manusia , ada sanggup menamatkan riwayat hidup, mengasigkan diri, menangis saat kecewa cinta yang didambakan tidak kunjung mari. Kuatnya kesan cinta, namun jika di tunggang nafsu maka ia kecundang dengan cinta khayalan makhluk.
.
Maka jika cinta ALLAH dan RASUL lebih lagi kuat natijahnya…, kesanggupan mati kerana ALLAH dan RASUL juga tanda natijah cinta bahkan ia kejayaan hakiki cinta.

Melayarilah bahtera dunia ini dengan sesungguh –sungguh memburu cinta ALLAH swt yang sangat hebat nikmatnya!.. Maka pengarang kitab Cinta menggariskan tanda-tanda cinta yang menjadi pedukung rasa cinta itu. Semoga beroleh kita manfaat yang banyak guna mencari limpahan kasih sayang ALLAH dan RASULNYA.
Berkata arifbillah; melakukan ketaatan sedang hati tidak cinta menisbahkan pura-pura

Maka tanda-tanda cinta yang menjadi pedukung rasa cinta ( mensyarah pada cinta ALLAH ) itu padanya 19 perkara yang perlu kita hayati. Bawalah sifat –sifat ini kepada masyarakat untuk meraih cinta ALLAh dan Rasul.

1) Memanahkan dan menghalakan padangan mata (mata hati) pada yang dicinta
2) Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya
Eg ;menundukkan padangan dalam solat, beradab depan ALLAH swt.
3) Sentiasa mengingati orang yang dicintai dan menyebut-nyebutnya-
“Sessungguhnya hamba Ku (yang sebenar ) adalah setiap hambaKu yang menyebutKU .Tanda cinta sejati adalah menyebut orang yang dicintai tatlkala senag dan susah”
4) Tunduk kepada perintah orang yang dicintai
Zuhud paling tinggi adalah menghindari setiap kehendak yang bertentangan dengan kehendak yang dicintai…Bait syair mengungkap “ Kau dehakai Allah dan kau katakan mencintaiNYA,
Yang demikian itu adalah mustahil boleh diqiaskan dengan usaha, Andaikan cintamu tulus tentu kau patuh padaNYA, Orang yang mencintai itu tentu patuh kepada yang dicinta”
5) Bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai
Kesabaran di hadapan orang yang dicintai harus pula berubah menjadi ketaatan kepadanya. eg: bersabar dengan susah dan senang yang ALLAh kurniakan kepad kita, bahkan bersyukur dan terus mengaharap kasih saying-NYA. Mengekali sangka baik kepada ALLAH dan tidak berubah pengharapan kepadaNYA.
6) Memerhatikan ucapan orang yang dicintai dan mendegarkannya
Tidak ada sesuatiu yang paling disukai orang yang sedang jatuh cinta selain dari mendegarkan percakapan tentang sesuatu yang dicintai , kerana memang itulah yang dicarinya
7) Segera menghampiri yang dicintai
Kesibukannya ditinggalkan dan menyukai apappun jalan yang boleh mendekatkannya dengan yang dicintai.
8) Mencintai apapun yang dicintai kekasih
Anas bin malik menyukai labu kerana melihat Nabi saw yang selalu memandang kea rah hidangan labu diatas mangkuk. Maka apa yang ALLAh swt sukai?
9) Serba salah ( resah) jika sedang mengunjungi orang yang dicintai atau sedang dikunjungi orang yang dicintai
Orang bercinta tidak mempunyai kegembiraan dan keseronokkan kecuali jika bersua dengan orangh yang dicintai . Berpisah bererti seksaan baginya.
10) Terkejut dan gementar ketika berhadapan dengan orang yang dicintai atau tatkala disebut namanya
Hati manusia tentu mengagungkan kekasihnya dan tunduk kepadanya. Jika didatangi orang yang diagungkannya , tentu badannya akan gementar. Ada pula berpendapat kerana hatinya menjadi mekar dan berbunga-bunga , sehingga darah mengalir dari hati , lalu menjdai dingin dan mengakibatkan gementar bahkan boleh mengakibatkan kematiannya,
Yang pasti , ini adalah masalah perasaan yang tentunya sangat susah dikaji dan diteliti sebab – musababnya.
11) Cemburu kepada orang yang dicintai
Kecemburuannya akan meningkat jika kekasihnya dijahati dan dirampas hak.
Bagaimana seorang mengaku mencintai ALLAh swt sementara dia tidak cemburu tatakala hak-hak ALLAh dilanggar dan diabaikan? Gambaran orang cemburu yang paling buruk ialah jika diacemburu kerana dorongan hawa nafsu dan kerana bsisikan syaitan , lalu dia cemburu kepada keasihnya dengan cara berbuat sesuak hatinya dan menderhakainya
12) Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai
13) Menyukai apapun yang menyenangkan orang yang dicintai
14) Suka menyendiri
15) Tunduk dan patuh kepada orang yang dicintai
16) Bernafas panjang dan lebih kerap
Kerana 1) Susah dan Sedih hatinya- mengingat kekasihnya
2) Gembira dan senang hatinya- menerima kasih sayang kekasihnya
17) Mengelakkan perkara yang meretakkan hubungan
18) Adanya kesesuaian dan keserasian antara orang yang mencintai dan dicintai
      19)Mencintai tempat dan rumah kekasih

23 Mar 2012

Merindukan ...KU TAGIH SETITIS CINTA untuk TUHAN YANG MENCINTAI DIRI ku.

 Ya ALLAH....YA LATHIF, YA SALAM....YA RAHMAN, YA RAHIM...

Si Miskin ini berdaa YA ALLAH...

Nafsu ini meronta-ronta kelemasan dalam api mujahadah
mahu ia terbang tinggi memuaskan diri; sedang ia menuju kehancurannya..

Syaitan pula berbondong-bondong melemaskan jiwa,
dengan hasutan dan pujuk rayu yang melembutkan jiwa..
Mengikut telunjuknya...

Makhluk berkeliling menerpa dari segenap sudut..
mahu diikutkan kehendaknya...dibisikkan racun indah dan lazat.
ketepikan hak ALLAH dan RASUL MU..daku ada sesuatu untuk mu..

Dan Dunia...sangat menyilaukan mata memandang dengan keindahan PALSU,
Meruntun jiwa ini...cuba mencipta alasan yang indah-indah sehingga meninggalkan sedikit demi sedikit
KETAATAN. Sedaya upaya ia memegang dan memberatkan langkah ku kepadaNYA..

YA RABB...daku hamba LEMAH lagi hina penuh NODA DOSA sepenuh bumi.
PIMPIN diri ini menuju kepadaMU selamatkan jiwa ku ini dari digagalkan mendapatkan setitis CINTA dan MAKRIFAT.

Daku dahaga  air CINTA kepada MU YA ALLAH, namun tidak ku memiliki MAHAR untuk membayar harganya..hanya IHSAN dari mu hanya ku tagih..biarlah setitis .YA RABB ,sebelum aku mengakhiri hidup di dunia ini ...

Kasihanilah HAMBA MU yang zalim ini ....PIMPIN DIRI ku...kepada HADRAT MU..


4 Nov 2010

Rahsia TENTERA.

PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA


(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan "Smart Bomb" dari pesawat pengebom NATO.

4.Pernah berlaku pemberontakkan "Mutiny on ship" dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem "Black Hawk Down" mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah "mengacah" sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, "Berani tetapi Gila" dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.A

15 Jul 2010

Dakwah Kasih Sayang



Sumber: KULIAH AD-DEEN

Dakwah sufi penuh kesabaran, keterbukaan, kasih sayang dan tidak bersifat menghukum. Menerima segala celaan dengan kesabaran dan munajat dengan tiada berputus asa. Mereka tidak menjawab celaan dengan celaan kerana cinta kepada manusia apa lagi saudara seagama.

Manusia akan memusuhi apa yang ia tidak tahu. Penyelesaian melalui perdebatan ilmu akan hanya membawa kepada kekerasan jiwa, luka hati dan perpecahan ummah. Pilihlah jalan kesabaran, kemaafan, persahabatan dan munajat kerana cinta, agar jiwa yang keras menjadi lembut, kejahilan menjadi pengetahuan, permusuhan menjadi persahabatan, perpecahan menjadi penyatuan, kebencian menjadi kasih sayang.

Marilah kita terus berjuang membangunkan Islam dengan method tasawwuf yang lembut dan hikmah agar diri, keluarga dan masyarakat selamat dari tenggelam dalam kekufuran, kesyirikan, kefasikan, hawa nafsu, syaitan dan dunia yang melalaikan.

Lihatlah dakwah Jemaah Tabligh, mereka memilih mendiamkan diri dari apa jua tohmahan, namun terus berjuang dengan jalan yang mereka yakini, akhirnya musuh dan fitnah menjadi lemah. Mereka terus bergerak sehingga berjaya melahirkan jutaan kader dakwah mereka di seluruh dunia.

Begitu juga dakwah Habib Umar al-Hafidz, mereka diacu dengan senapang oleh penentang mereka, namun dengan kesabaran dan munajat, akhirnya ramai para penentangnya menjadi pengikutnya, sehingga dakwahnya tersebar ke seluruh dunia.

Ingatlah pesan asy-Syahid Imam Hassan al-Banna, ‘Jadikan dirimu seperti pohon yang berbuah lebat, mereka melontarnya dengan batu, tapi ia melontarkan kembali buah yang ranum!”


Tasawwuf adalah mujahadah. Didik diri dengan memilih kehinaan dari pujian, pilih kemaafan dari dendam dan kemarahan, pilih kesabaran dalam apa jua keadaan. Terus berakhlak mulia dengan sesiapa jua, menghormati apa yang ada pada orang lain. Dan berpeganglah kamu dengan kalam ‘Arifbillah yang menjadi dasar semua tarekah :
ILAHI ANTA MAQSUDI WA RIDHAKA MATHLUBI - 'Ya Allah, hanya Engkau yang ku maksudkan, dan keredhaan Mu lah yang ku cari!”

Sumber: KULIAH AD-DEEN

4 Jun 2010

ALLAH SENTIASA SAYANGKAN KAMU....



"Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.


Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia" Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?".

"Ayah, bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah" "Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"

"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun" Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?" Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!" "Terima kasih Ayah"

Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.

Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya.

Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.

Akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah".

Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut .

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu" Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya.

Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi". "Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama.

Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu" "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar". "Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini.

Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka" Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.

Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah ini.

Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

ALLAHUAKBAR!

Wassallam

sumber: tranungkite.com

15 May 2010

Indahnya CINTA,,,


Kecintaan SEORANG SUAMI kepada isterinya ibarat simbolik bagaimana CINTA ALLAH SWT kepada RASULULLAH saw... dan kecintaan ibu dan bapa kepada anak-anaknya ..ibarat cinta ALLAH DAN RASUL-NYA kepada UMAT ini dan alam seluruhnya.... renungi lah sejenak limpahan cinta ALLAH kepada hamba-hambaNYA...

Lihatlah bagaimana sebenarnya kita sedang melakonkan limpahan sifat kasih sayang ALLAH ...sehingga sayang kita kepada isteri, jua anak...dan kasihnya isteri kepada suami dan anak-anak...dan bagaimana kasihnya dan rindunya umat kepada ALLAH SWT dan RASUL-NYA

Apalah nak dihairankan..jika begitu ramai orang seperti gila saat bercinta dara - teruna...Lebih -lebih lagi saat bercinta dengan ALLAH dan RASULULLAH saw....

8 May 2010

CINTA ALLAH ......


Jika ditanya apa bukti kewujudan ALLAH swt ;tuhan yang menciptakan mu?... Jika lidahmu kelu mahu menjawab persoalan ini..maka daku khabarkan KEWUJUDAN ALAM ini adalah bukti kewujudan ALLAH swt, bahkan jua kewujudan dirimu sendiri adalah tanda bukti kewujudanNYA ...sedarkah kamu bahawa diri mu jua adalah nisbah kepada alam ini? ALAM bermula dari tiada kepada ada, diri mu bermula dari satu titik yang tiada kepada ada, apa yang kamu perbuat jua bermula dari tiada apa-apa kepada hasil dan natijah. Apakah yang di alam ini bermula dengan satu titik dengan sendiri?....mustahil!


Seorang ARAB BADWI, yang bicaranya tentang kewujudan ALLAH dengan aras pemikirannya yang sangat mudah ..cermatanya pada alam mengajarnya tetang kewujudan ALLAH.. Jika diajukan soalan yang sama, maka dia menunjukkan kepada selonggok najis unta...Kewujudan NAJIS unta menandakan adanya UNTA..najis itu tidak akan dengan sendirinya berada disitu... Begitu jua alam ini, tidak terjadi dengan sendiri, bermula dari tiada kepada ada..dan yang mengadakan itu pastinya sati kuasa MUTLAK yang MAHA BIJAKSANA mengatur ALAM tanpa CACAT CELA sangat sistematik..Kewujudan ALAM tanda wujudNYA....

Setiap sesuatu yang bergerak hanya DIA yang MENGAWALNYA, apa yang berlaku SEBELUM-SEMASA-SELEPAS atas tiap-tiap zarah di alam ini sudah maklum sejak azali dalam ILMU-NYA..semua bergerak tunduk patuh dalam Qudrat serta Iradat-NYA.Tiada suatu terlepas dalam PENGLIHATAN-NYA...semua menyembah tunduk ketakutan dalam KEAGUNGAN-NYA..tiap satunya diaturNYA

Dirimu jua diaturNYA....Saat dirimu dalam kandungan engkau dilidungi dalam RAHIM IBU dengan Sifat RAHIM-NYA...berbulan-bulan engkau ditatang IBU , engkau sebenarnya tetap dipeliharaNYA ..yang memberi engkau makan DIA!!! Bukan ibu mu..IBUmu ADALAH PELAKON SIFAT RAHIM ALLAH kepda mu..Sifat itulah yang menyebabkan KASIH SAYANG SI IBU SANGAT KUAT KEPADA ANAKNYA- SIFAT ITULAH YANG MENYEBABKAN DIRIMU DITATANG BAGAI MINYAK YANG PENUH- SIFAT RAHIM_NYA...Yang wujud hanya DIA...Kewujudan mu dan alam ini adalah tanda CINTANYA kepada MUHAMMAD SAW..jua tanda CINTA-NYA kepada mu...


Diwujudkan mu dengan semuanya diaturkan olehNYA... saat engkau dilahirkan, engkau menangis dengan tangisan fitrah..HU..wa...HU..wa...HU..wa.... HU>>HU>>HU....Nama ALLAH disebut tanda ketakutan menghadapi alam dunia dan dirimu mengenangkan perjanjian mu dengan TUHAN -mu sebelum ke alam dunia..

Disuakan puting susu ibu , engkau dengan naluri sendiri menghisap susu ibu dengan tenangnya...Siapakah mengajarmu berbuat demikian??? Sedang akalmu tidak mengajarmu ...tidakkah kamu melihat ALLAH yang menyuapkan dirimu susu IBU.....ALLAH.....ALLAH menzahirkan cintaNYA melalui dirimu jua ibu mu....Tidakkah kamu merasakan CINTA ALLAH MENGALIR DALAM URAT DARAHMU wahai hamba yang berdosa???

Apakah saat sudah dewasa..dipinjamkan QUDRAT-NYA kepada mu hingga mampu pula berdiri atas diri sendiri, di limpahkan setitis ilmu dari selautan ILMU-NYA kepada mu hingga berjaya pula dengan ilmuNYA, dipinjamkan Sifat melihat-NYA kepada mu hingga mampu melihat alam NYA ,,jua Pendengaran-NYA kepada mu dan mendegar pula kamu bunyian ciptaanNYA..dan kamu merasakan ia memang milikmu, atau kamu merasakan memiliki? dan bersumberkan dari usaha titik peluhmu apa yang kamu rasa kamu yang usahakan??? Dengan rezki dari perbendaharaanNYA kamu nikmati..serta segala nikmat dari sifat RAHMAN NYA....

Dirimu menjalani hidup yang jua PINJAMAN-NYA. Maka jika diajukan..mana bahagian mu yang kamu rasa kamu milikinya dan bangga-banggakan ?? Perasannya kamu kamu hamba yang hina lagi sombong...!!! Hingga apabila di arahkan dirimu kepada hakikat IRADAH-NYA...kamu menyombongkan diri memalingkan muka dari syariatNYA, dan tiap titah perintahNYA yang di amanahkan kepadamu yang hakikatnya tanda CINTANYA kepadamu agar dirimu sentiasa mengingatiNYA -pemilik dirimu..

Cemburunya ALLAH kepadamu, di pelihara pula dirimu dengan NUR RAHIM-NYA. Terpelihara dirimu dalam tidur dan jaga walau engkau penuh maksiat kepdaNYA..., dipelihara dari musibah dan azab....mengapa pula kamu lupakan pula CINTA-NYA , bahkan merasakan ada CINTA yang lebih tinggi dari CINTA-NYA kepada mu..Wahai hamba sedarlah CINTA ALLAH kepada mu ...sangat AGUNG

Mengapa ISTERI yang baru 10,20,30,40... tahun kamu kenali lebih kamu cintai berbanding ALLAH , Mengapa REZKI DAN KEKAYAAN yang dipinjamkan kepadamu dari perbendaharaan-NYA melupakan kamu kepada -NYA? Mengapa anak-anak yang dipinjamkan kepadamu melupakan kamu kepadaNYA? Urusan mu yang diurus-NYA menyebabkan kamu melupakan kepada- NYA jua? DIA PENCINTA AGUNG...yang mencintai mu sebelum dirimu dan alam ini diwujudkan lagi wahai hamba milikNYA...sedarlah CINTA ALLAH KEPADA DIRIMU SANGAT BULAT...

Jangan kamu persoalkan dan ragu lagi cinta ALLAH kepadamu, sekarang APAKAH PULA BUKTI CINTA dan tanda KAMU CINTAKAN KEPADA PENCIPTA CINTA INI....??? wahai INSAN....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger