Showing posts with label Jemaah Islam. Show all posts
Showing posts with label Jemaah Islam. Show all posts

27 Sept 2012

Nur Misuari---MNLF



Nama: Nur Misuari (Bahasa Sūg: Nūr Miswāri,  Nurallaj Misuari)
Tarikh lahir: 1942 
Tempat lahr :Jolo, Sulu, Filipina
Peranan : Ketua Moro National Liberation Front dan ahli politik 
Pendidikan : Menamatkan pendidikan melalui tajaan di Universiti Filipina dan menajadi aktivis
Pekerjaan: Pernah menjadi pensyarah di Universiti Filipina dalam sains politik pada tahun 1960

Latar belakang perjuangan :

Nur Misuari menubuhkan MNLF yang cuba bermatlamatkan membebaskan Selatan Filipina sebagai negara merdeka dari kerajaan Filipina. Percubaan melakukan trasnformasi politik terbantut apabila MNLF terjebak dalam pertembungan bersenjata  dalam konflik ini terhadap Kerajaan Filipina dan penyokongnya pada tahun 1972 sehingga 1976. Permintaan zon autonomi untuk orang MORO dari Nur Misuari tidak diendahkan oleh presiden Filipina ketika itu Ferdinand Marcos. Nur Misuari lari ke Arab Saudi dan kembali semula ke Filipina selepas Marcos disingkirkan dalam satu revolusi oelh Revolusi Kuasa Rakyat pada 1986. Misuari ditahan pada tahun 2007 semasa pemerintahan Gloria Macapagal Arroyo kerana terlibat dengan akitiviti pengganas.

Pendedahan berkaitan perjuangan MNLF oleh blog Tausug Global


Berikut didedahkan beberapa perbualan yang penulis dapat simpulkan dalam satu kronologi sebagai panduan mudah memahami keadaan sebenar Nur Misuari dan MNLF ketika dulu dan kini.

1.Perjuangan awal-awal MNLF ketika dulu yakni sebelum meletusnya peperangan besar-besaran selepas 1972, telah bersumpah atas nama Allah swt dan kemuliaan Al-Qura'an Al-Karim untuk membebaskan Sulu-Mindanao dari tangan Filipina.

2.Sumpah turut menyatakan "untuk mengembalikan kedaulatan Kesultanan Sulu" sebagai pemerintah asal kepada gugusan kepulauan Sulu.

3.Selesai perjanjian Tripoli antara 1975-76 bermula perubahan haluan dengan tidak menyebut lagi tentang "tanah Kesultanan". Adalah rentetan dari perpecahan kepimpinan MNLF pusat yang dikenali Magic 8 membelot serah diri pada Marcos.

4.Pemimpin Utama MNLF mengeluarkan arahan ketenteraan agar membunuh semua keluarga Magic 8. Tentera MNLF menyerang beberapa kampung di pedalaman Jolo, Sulu yang dikaitkan sebagai keluarga Magic 8 dan membunuh kesemuanya kecuali satu kampung yang mereka tidak dapat kalahkan. Inilah sejarah umat Islam berperang sesama sendiri dalam sejarah MNLF.

5.Sehingga tahun 1978 gagasan baru telah muncul iaitu "kemerdekaan Moro Land kearah Republik BangsaMoro". Ketika ini puluhan ribu penduduk Islam Sulu berhijrah ke Sabah kerana kekejaman Marcos menghancur perkampungan semakin berleluasa dilihat sebagai "penghapusan etnik".

6.Keadaan ini menimbulkan suasana panik dikalangan pemimpin MNLF di Jampiras, sehinggakan sesiapa yang masuk ke Jampiras akan di tembak mati tanpa soal periksa sekiranya idintiti diragui kerana ditakuti adalah pengintip Marcos. Ramai umat Islam Sulu yang tidak berdosa telah dibunuh di jampiras, buktinya puluhan malah ratusan tengkorak kepala masih berlonggok di sana.

7.Kekalahan Marcos sebagai Presiden Filipina pada 1986 dan kematiannya di Hawaii telah membongkar beberapa perkara termasuk perkaitan pemimpin utama MNLF dengan Gerakan Komunis Filipina. Barulah pelbagai pihak sedar bahawa undang-undang MNLF ketika itu adalah Komunis Mao Tze Tung.

8.Pada 1996, Nur Misuari dan MNLFnya berjaya diheret ke meja rundingan oleh Filipina yang dikenali sebagai "Final Peace Agreement". Nur Misuari terpaksa menerima perjanjian tersebut kerana perpecahan di kalangan pemimpin MNLF setelah Magic 8 dan kemungkinan beberapa rahsia telah terbongkar menyebabkan beliau berfikir tiada jalan lain lagi kecuali berdamai.

9.Ustaz Hashim Salamat (pengasas MILF) tidak mahu menerima perjanjian Final Peace Agreement Nur Misuari dengan Filipina lalu mengasingkan kumpulannya ke Mindanao menyambung perang semula kerana beliau mahukan Kemerdekaan bukannya perdamaian.

10.Filipina tidak mahu melaksanakan perjanjian 1996 (Final Peace Agreement) tetapi memberikan "hidangan" baru kepada Nur Misuari dengan ARMM (Autonomos Region Muslim Mindanao), Nur Misuari menerimanya dengan jawatan pengerusi pertama ARMM.

11.Kebijaksanaan Filipina ialah mencurahkan banyak dana kepada pejabat ARMM kerana mengetahui Nur Misuari dan orang-orangnya pasti gagal mengurus ARMM dan dana yang diberikan. Akhirnya menjadi kenyataan kerana jawatan dalam ARMM banyak diberikan kepada ahli keluarga masing-masing walau pun tanpa kemahiran dan kepakaran.

12.Projek banyak yang diluluskan dalam kertas ARMM tetapi projek tidak pernah wujud atau kelihatan, hal ini berterusan tanpa mereka sedari akan bakal "mengundang malapetaka". Amat malang, terlalu banyak pelaburan dari Malaysia telah lesap begitu sahaja tanpa dikesan. Hal ini menimbulkan kemarahan pelabur Malaysia, yang menjadi sasaran sudah tentu Perdana Menteri sendiri ketika itu ialah Tun Mahathir Mohamad.

13.Perangkap Filipina akhirnya menjadi, pada tahun antara 1999 hingga 2000 kerajaan Filipina telah bertindak untuk mengaudit pentadbiran ARMM Nur Misuari dan mendapati ia dipenuhi oleh Korupsi, Nepotisma dan salah tadbir. Hal ini menjadi kejutan besar buat Nur Misuari kerana banyak perkara (Korupsi) adalah di luar pengetahuannya.

14.Setelah itu untuk menutup cerita, Nur Misuari terpaksa "melancarkan peperangan" sekali lagi. Berlakulah beberapa pertempuran sengit antara tentera Filipina dan pengawal Nur Misuari ketika itu. Pengawal Nur Misuari terpaksa menjadikan beberapa orang awam sebagai tebusan dan perisai manusia untuk melepaskan diri. Kerana berasa tidak selamat Nur Misuari telah berjaya loloskan diri ke Jampiras, Sandakan.

15.Malaysia yang tidak menyangka kejadian tersebut berlaku ditambah dengan Nur Misuari berjaya masuk sempadan langsung ke Jampiras, menyebabkan Malaysia "melakukan beberapa tindakan". Antara tindakan tersebut ialah mengepung dan merundingkan beberapa perkara yang difikirkan perlu oleh Malaysia.

16.Kegagalan beberapa rundingan dan ditambah oleh kemarahan rakyat serta pemimpin Malaysia (kerana mungkin banyak pelaburan Malaysia di ARMM bernilai jutaan ringgit lesap begitu sahaja) menyebabkan Nur Misuari ditangkap atas alasan "memasuki Malaysia tanpa pass perjalanan sah".

17. Bagi Nur Misuari Malaysia telah menganiya dirinya sebagai pemimpin Moro yang pernah membantu Malaysia ketika dulu memerangi Filipina untuk selamatkan Sabah (kes Jabidah Force 1968). Penangkapan beliau dianggap oleh Nur Misuari sebagai penganiayaan kepada "saudara mereka sendiri". Bagi Malaysia pula, bantuan Moro sudah berbayar dengan membantu menjadi broker perdamaian serta menjadi negara pertama pelabur terbanyak dalam ARMM. Malah bantuan "penempatan" percuma dan pemberian kemudahan dan pass IMM13 kepada "Bangsa Moro" di Malaysia membuktikan Malayisa tidak seperti yang dituduh oleh Nur Misuari.

18.Kemarahan bekas ahli MNLF dan para komandernya begitu membuak-buak mengecam Malaysia kerana bertindak menangkap Nur Misuari malah menghantarnya ke Filipina untuk "disembelih" tanpa mereka sedari keadaan sebenarnya. MNLF berpendapat, sepatutnya Malaysia melihat kes Nur Misuari sebagai telah "menjadi mangsa keadaan" dari percaturan yang disengajakan Filipina untuk tidak membantu dalam pentadbiran Nur Misuari kendalikan ARMM.

19.Di sinilah dendam bermula, dendam yang sudah dikaitkan dengan maruah.(ini sudah menjadi permainan  iblis) Apabila hal maruah ini ditafsir dengan budaya Tausug maka akan berlaku "Tauun ha kukku itum" (Simpan di kuku hitam = Dendam yang perlu dibalas) dan "Sarina mutih in bukug, ayaw in tikud-tikud" (Biarlah putih tulang, jangan putih tumit).

20.Nur Misuari telah menyedari perlunya bergabung semula dengan Kesultanan Sulu untuk kemerdekaan seterusnya "Sabah" akan berjaya dirampas semula dari tangan Malaysia. Gerakan awalnya ialah menjalin hubungan dengan Sultan Muhammad Fuad Abdulla Kiram.

21.Kemudian menjalin hubungan dengan Sultan Jamalul Kiram III bin Datu Punjungan. Sehingga baru-baru ini Nur Misuari telah berjaya membawa Sultan Jamalul Kiram III ke Arab Saudi tetapi setelah mendapati Sultan Jamalul Kiram III tidak dilayan mahu pun diiktiraf oleh kerajaan Saudi, beliau pergi ke Libya dengan meninggalkan Jamalul III tanpa pembelaan di Arab Saudi. Sultan Jamalul Kiram III terpaksa menelefon keluarganya di Filipina minta dibantu untuk dibelikan tiket.

22.Persoalannya mengapa Nur Misuari tidak mahu bergabung dengan UTC? Sanggup menggunakan khidmat Sultan-Sultan Boneka yang tiada rakyat tersebut untuk "diangkut" keluar negara agar dengan demikian pihak antarabangsa akan percaya dan menyokong beliau memerdekakan Sulu seterusnya Sabah akan dapat dirampas semula dari tangan Malaysia?

23.Kemungkinan Nur Misuari tidak mahu bergabung dengan UTC adalah kerana menyangka bahawa UTC adalah "produk Malaysia"? Ini adalah prasangka penulis kerana buku "Tausug & the Sulu Sultanate" yang pernah penulis hadiahkan padanya melalui seorang sahabat menguatkan sangkaan ini. Sekiranya beliau membaca habis buku tersebut, bukan hanya sepintas lalu dan menyelak pada tajuk dan bab tertentu sahaja, sudah pasti beliau mendapati kebenaran dan maksud utama buku tersebut.

24.YM Datu Albi pernah menyuarakan pandangannya, "Prof Nurullaji (Misuari) telah tersalah pilih SULTAN, mungkin setelah menyedari Sultan yang disokongnya tiada rakyat dan sokongan para Datu lantaran negara luar pun tidak mengiktirafnya, maka beliau pun meninggalkan para sultan tersebut. Mustahil orang luar iktiraf kita kalau kita sendiri tidak bersatu mengiktiraf kesatuan dan kemerdekaan kita. Kita hanya mengharapkan kesatuan untuk mengumpul kekuatan kemerdekaan secara aman. Tanpa DENDAM dan sengketa...."

25.Seorang bekas Cheif of Staff MNLF berkata, "Kami telah beri nasihat berkali-kali kepada beliau (Nur Misuari) berkenaan perlunya kita bersatu dengan gerakan Kesultanan Sulu semula setelah kegagalan MNLF mendapatkan kemerdekaan selama 40 tahun, namun pandangannya lebih utama dari pandangan kami".

7 May 2010

TAMRIN memandulkan POTENSI DIRI SYABAB ???


Teliti semula apakah budaya dakwah di alam Melayu? Lupakan sebentar bagaimana IKHWAN MUSLIMIN menawan bangsa ARAB.
Bagaimanakah ulama' yang mula mengembangkan ISLAM di tanah melayu mengetengahkan ADDEEN kepada masyarakat dengan memanfaatkan wadah?


Melihat kepada perkembangan tarbiyyah semasa kampus, aku sebenarnya mahu sahaja membenarkan jiwa-jiwa muda di kampus terus berpencak semahunya sekehendak mereka mencorak zaman mereka tanpa ada gangguan yang melemahkan jiwa dan emosi mereka lantaran terlalu banyak tangan-tangan yang mahu membantu seikhlas hati namun dianggap tidak memahami apa yang mereka mahu.

Maka polemik dan isu-isu yang dilihat pintu untuk menembusi benteng generasi itu diperkasakan sehingga mampu pula akhirnya mereka (abang dan adik) duduk semeja . Yang si abang cuba memahami dan membetulkan persepsi terhadap yang muda..sedang yang muda pula cuba memahamkan situasi dan membuka sedikit ruang untuk si abang memuaskan hatinya. Adik-adik cuba menyembunyikan kelemahan..itu biasa, abang -abang mahu sahaja membuat semua perkara mengajar semula adik yang dilihat tidak bersungguh itu (pada pandangan nya) agar buat begitu dan begini...dianggap terlebih ambil berat pulak..maka bagilah kelegaan antaranya: berlapang dada dalam perbahasan yang meletihkan ini.

Kita bermula begini......
Dalam berdakwah, kita melihat ALLAH kekuatan kita bukan diri kita...
maka saat kamu fakir disisiNYA, kamu dapati pertolonganNYA.



Kita memikul wadah yang sangat berat, dalam konteks sekarang Gerakan Islam Kampus (saya gunakan istilah ini) , jika diluar ada Politik Kepartian dengan DASAR ISLAM ,ada NGO, ada PERSATUAN, ada pula ALUMNI-ALUMNI...jemah ini dan jemaah itu . Sifirnya mudah, setiap satu wadah ini bertindak dalam ruang lingkupnya ia diasaskan : PASTINYA MEMBAWA ADDEEN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT MELALUI PEMBINAAN DAN PENTARBIYAHAN YANG DILIHAT MAMPU MENGKADER JIWA-JIWA yang MIRIP JIWA PARA SAHABAT yang mendokong PERJUANGAN NABI SAW. Saling hormaitlah sesama kita...

Janganlah dihina sesiap sahaja, kerana pernah ku dengar kata-kata seorang SOLEH:

Jangan lah dihina siapa jua pecahan kita..wahabi, syiah,dan firkah -firkah yang dilihat tidak sehaluan dengan ijtihad wadah kita..kerana yang dihina itu jua sebahagian diri kita (DIRI UMAT ISLAM)

Setiap entiti wadah ini cuba bertindak waqie ( berasaskan hujah dan nas yang ada mengikut suasana dan tempat) dan terkedepan membawa agenda ADDEEN ini. Maka disini timbullah perselisihan pada aspek method dan pendekatan. Maka itulah khilaf: satu pihak ada hujah dan nas dan satu pihak lagi jua punya hujah dan nas- itulah perleslisihan , maka berlapang dadalah. Atas ijtihad ini (bagi mereka yang layak berijtihad), ada yang betul dan ada yang silap...tetapi ia usaha yang sapatutnya dilihat membantu ummah.

Ya UMMAH dikedepankan dari segala-galanya. Setiap wadah pasti mempunyai kekurangan -itu pasti. Pada asasnya dilihat cuba mengetengahkan kesyumulan ISLAM, hakikatnya sangat sukar melaksanakan apa yang di atas kertas. Tidak perlulah kita menyalahkan begian-begian puncanya..... Panjang perjalanannya, rintangan dihidangkan buatnya. Namun usaha ini satu bentuk inisiatif yang ditimbulkan mereka merasakan ISLAM WAJIB dibela. Tidak ramai yang sanggupi ini. Mereka yang dipilih ALLAH memikul taklifan ini. Daku memetik dari satu blog yang sangat menarik tulisannya.

(http://kuliahaddeen.blogspot.com)
Manhaj kita bukannya mahu memperjuang tasawwuf semata-mata, atau fekah semata-mata, atau tauhid semata-mata atau fikrah semata-mata. Ia bukan jalan penyelesaian, bahkan jika dipisah-pisahkan atau dilebihkan salah satunya dengan meringankan yang lainnya, ia boleh membawa kepincangan dan kelemahan kepada insan dan ummah.

ulasnya lagi

Semua mereka(wadah) ini hanya memperjuangkan satu mesej, iaitu mahu membangkitkan Kesedaran Ketuhanan dan Kehambaan” dalam kesepaduan Iman, Islam dan Ihsan. Manusia sudah terlalai daripada mengenal diri mereka sendiri. Fitrah Ketuhanan insan telah tertutup tanpa mereka menyedari hakikat kewujudannya..


Maka daku tidak mahu menyentuh terlalu banyak teknikal teknikal setiap zaman, para ahlinya yang dipilih ALLAH wajiblah mengembelengkan tenaganya dengan seikhlas hati menaggapai apa yang dimahukan dari setiap wadah yang dibentuk ini.

Bagi kampus, asas ini perlu dipegang dan jelas agar kita tidak terperangkap dalam perbahsan yang membuang masa sehingga mengabaikan CORE BuSSiENES kita: BANGKITKAN KESEDARAN KETUHANAN DAN KEHAMBAAN SESAMA KITA DAN UMMAH, aku kira dari generasi ke generasi, dari peralihan tema kepada tema. Inilah matlamat kita. Dan disanalah terbina di akhirnya DAULAH ISLAM.

Isu perebutan ahli, pertembungan itu dan ini patut diringankan perbahasannya. Hormatilah wadah lain, kerana mereka jua menggerakkan ADDEEN. Kita tumpukan bagaimana memastikan gerak kerja ADDEEN terus berjalan dengan jiwa yang yang mahu memikul taklifan ini lunak hatinya mahu menggalas arahan pimpinannya tanpa mengabaikan IMAN, ISLAM DAN IHSAN temasuklah juga keselarasan FIKRAH ATAUPUN HIKMAH. Dan menyempurnakan bab bagaimana pimpinan IHSAN dengan AHLInya sebagaimana AHLI cuba IHSAN dengan pimpinan.

Wadah kita melengkapkan ISLAM, Bukan ISLAM melengkapkan WADAH....ini kena jelas..... Maka bergeraklah dalam ruang wadah masing-masing demi manatijahkan MELENGKAPKAN ISLAM DALAM DIRI KITA dan MASYARAKAT. Bukanlah pula mempergunakan ISLAM untuk melengkapkan wadah..ambil masa fikirkan ini...sebelum teruskan bacaan....

YA, kita terlalu mempertahankan wadah hingga kita mengabaikan ISLAM itu sendiri. Daku bicara dalam skop kampus. Adapun dalam konteks luar pula, lebih rumit pula....

Berat sebenarnya mengetengahkan ide-idea ini..tidak cukup untuk dibicara dalam blog yang sangat terhad ini.... Mudahkan penyampaian, aku mengambil sampel kes yang pertama:



SAMPEL KES: ASAS KEPADA TAMRIN ADALAH MEMANTAPKAN FIKRAH?


Kita cuba melihat kepada contoh tamrin untuk sampaikan idea ini...

Pembawakkan tamrin dalaman berorientasikan copy and paste - follower lebih ramai berbanding initiator....ini memudahkan kerja -biasanya SENIOR . Unsur yang kadang-kadang tidak jelas di sumbatkan sekali dalam tamrin itu. FIKRAH-UKHWAH-TAHAN LASAK. fokusnya...dan sedikit rasa insaf yang membuaikan perasaan bersalah .Itu lah modal untuk membangkitkan rasa mahu bergerak kerja...API-API TAUJIHAD PERJUANGAN dan SEMANGAT JIHAD yang di doktrin dan dinyalakan dalam jiwa mereka... .sesuai untuk jiwa muda;)....ITULAH PEMANTAPAN FIKRAH sehingga kita terima FIKRAH INI ...WADAH PERJUANGAN yang diyakini ...Cuma kita terlupa kadang-kadang WADAH ini bertujuan membela ISLAM ,sebaliknya yang berlaku kita disibukkan dengan perkara yang lain berbanding tujuan asal ...berulangkali..

Daku lontarkan keluhan rasa selepas apa yang aku alami; Berapa ramai yang terdidik dari pentarbiyahan templete seumpama ini ... Apakah UBUDIYYAH berhasil dari pemantapan TARBIYYAH ini?... Kehalusan jiwa tidak di dididik di medan ini. Sehingga ada pula unsur melampau "MUSLIMAT MENAMPAR MUSLIMIN" di ketengahkan bagi mencapai -LASAK?!.... Gerak kerja bagaimana pula terhasil selepas itu?

KASAR-KERING JIWA-TERPAKSA- BERLAKON

.....Kasihan jiwa yang asalnya penuh kasih sayang di paksa menerima unsur yang bukan fitrahnya...

Apakah natijah PENTARBIYAHAN (dalam bentuk follow up )selepas tamrin menatijahkan rasa KEHAMBAAN KEPADA KHALIK ketika berdakwah atau hanya RASA "DIPERHAMBAKAN" PIMPINAN???...Saat senang ramai bersama, saat sukar mereka hilang entah kemana?..Biasa melalui perkara ini? Apakah ia dianggap sunnah berjuang ataupun ia SUMBING dalam KADER PEJUANG?....

Hati milik ALLAH...DAKWAH menumpu kepada hati di miliki mereka yang arif tentang HATI itu sendiri...Mereka yang arif tentang hati adalah mereka yang hampir kepada ALLAH. Ketiadaan murabbi atau tidak merujuk kepada MUROBBI satu masalah CORE yang tiada siapa mampu menjawabnya..Kerana kita kekurangan ini atau jarang merujuk mereka...Maka tamrin yang cuba dibawa walaupun menerapkan fikrah, tetapi tidak menjadikan mereka benar-benar dilandasannya. Hati mereka DUSTA.

Aku mahu ringkaskan, PENDIDIKAN HATI (IHSAN) wajib jua; demi menatijahkan RASA KEHAMBAAN yang hilang dari para dua't yang lahir dan dikaderkan. Ia perlu untuk melengkapkan ISLAM dalam hati para SYABAB yang dikader. Rasailah basahnya KALIMAH ALLAH dan CINTANYA pada mu....Bukan keringnya jiwa dengan kepura-puraan bermuamalah sesama manusia.....sedang jiwa sakit menanggung maksiat diri...Diri tiada jawapan kepada apa yang berlaku pada diri...makin jauh kamu berjalan dalam ruang lingkup dakwah, makin kamu rasa betul sehingga kamu melihat semua orang salah....sedang dirimu menanggung penyakit berat...PERASAN BETUL. Tetapi dalam masa yang sama menutupi sifat munafik diri yang kamu bingung mengapa ia kekal disitu sedang kamu ni sedang berjuang ISLAM...??? Kamu tiada jawapan....dan akhirnya kamu dilupakan iblis persoalan ini hingga kekal pula kamu dalam keadaan demikian. Perlukah dibahaskan lagi lebih dalam perjalanan hati kader-kader tamrin ini?

Janganlah pendekatan yang terlalu berat kepada FIKRAH SEMATA,-MATA, SEHINGGA TERABAI pula IMAN, ISLAM dan IHSAN.. yang dengannya menambah kuat CINTA-TAKUT -HARAP dirimu kepadaNYA... Janganlah selepas sahaja tamrin, mereka dilepaskan dan pula dibebankan dengan arahan-arahan yang melampaui kemampuan mereka. Sudahlah usrah tempang, harapkan tamrin sahaja menyelesaikan semua perkara?

FAHAM ke apa yang daku cuba sampaikan ini?? Nak dapat semua nii perlu kepada pembicaraan rahsia hati-satu bab dalam TASAWUF...Gunakan ia untuk melengkapkan ISLAM dalam dirimu. TASAWUF bukan hanya berzikir...jangan termakan jarum dakyah mereka yang jahil tentangnya(ilmu tasawuf)..

Berkata arifbillah: Tasawwuf yang haq tiada membawa kepada kemandulan potensi, malah ia adalah ruh kepada kemajuan potensi manusia. Manusia bukan sekadar dididik dengan iman dan kepatuhan hukum semata-mata, mereka perlu dididik dengan keikhlasan dan kecintaan dalam keimanan dan kepatuhan itu....


Hiruplah bahagian kalian dalam ilmu ini...sebagaimana kalian menghirup fikrah dan kalian gunakan ia dalam mempertahankan ISLAM menggunakan wadah, bukan mempertahankan wadah menggunakan ISLAM....

Kita bukan bicara karamah-karamah terbang ke, hilang ghaib ke...sebab zaman kita dengan syubhat yang banyak pada makanan kita sudah sukar dan ia juga bukan tujuan dalam tasawuf. Dan kalian tidak mampu menerima kelebihan itu kerana ia akan merosakkan diri...tetapi kita patut cuba pula bagaimana melunakan hati kita BENAR CINTA kepada ALLAH DAN RASULULLAH SAW ...dan bukan PULA DUSTA seperti sekarang...Daku kira kita semua faham maksud tersiratnya... Inilah bicara hati agar kehambaan kamu dalam berdakwah benar kerana ALLAH dan Pemilik asal PERJUANGN ini Saidina Mustofa Habibullah Muhammad SAW....

Tanpa pertimbangan yang benar , tamrin kita sebenarnya memandulkan potensi insan yang lebih besar dapat dimanfaatkan untuk ISLAM..berbanding hanya menghadkan kepada pemerkasaan fikrah tanpa mengambil kira potensi hati dan insan itu sendiri yang sebenarnya lebih hebat dari yang kita sangkakan jika jiwa mereka HAMPIR dan BERHUBUNG berterusan kepada ALLAH swt. Perlu di ingat sebelum memasuki pintu cinta ALLAH terlebih dahulu perlu melalui pintu CINTA NABI SAW . Penekanan kepada perkara ini jarang diambil berat sehingga dalam kebanyakan tamrin kita bicara tentang kecintaan kepada Rasulullah tanpa hadir maksudnya dihati..sekadar berakar umbi dibibir sahaja. Cinta tidak boleh dibuat-buat sahabatku....

Tidakkah kamu pernah dengar perbezaan apakah natijah insan yang roh mereka basah dan hidup serta berhubung dengan ALLAH..kerinduan yang amat sangat kepada RABB mereka dalam gerak dan diam dakwah mereka berbanding kader yang AKAL mereka sahaja; yang sudahlah kering roh tetapi sarat dengan pengenalan tentang ALLAH dan FIKRAH yang mendahului zaman mereka dan mereka diasak dengan yang berat-berat sedang jiwa mereka tidak mampu memikulnya-lalu mereka buat dengan terpaksa serta kering cinta??...yang manakah lebih kuat JIHADNYA?

Apapun aku suka mengulang kata-kata penulis hikmah blog (http://kuliahaddeen.blogspot.com)

Aku berpegang pada prinsip menghormati dan tiada mencampuri gerak kerja dakwah para sahabat dan muhibbin(pencinta dakwah) dalam usaha mereka menyampaikan apa yang mereka pelajari dariku dalam Kuliah Ad-Deen.

Buatlah pilihan yang tepat demi kebaikan diri, suasana dan masyarakat Aku hanya memberi nasihat jika diminta, namun keputusan yang baik adalah dari diri sendiri. Apa yang penting hormatilah apa yang ada pada orang lain, jangan ada niat memusuhi sesiapa jua walaupun dirimu dimusuhi.

Teruskan dakwah “Kesedaran Fitrah KeTuhanan dan Kehambaan” jika kamu mempunyai kesedaran bahawa ia penting untuk disampaikan. Tiada sesiapa yang memaksa dirimu, hanya dirimu sahaja tahu jawaban kenapa kamu perlu lakukannya. .



Nah kita fikirkan untuk membantu UMMAH..bukan sekadar adik-adik di kampus ini....

Rendah diri, sekadar berkongsi ilmu ALLAH
JUNDI UMMAH

>>>>Diri ini memohon sejuta kemaafan sekiranya ada bahasa yang terkasar dan mencuit isi hati...penat bermonolog sendirian ....daku keluarkandalam kesempatan yang ada ini. Ambillah yang baik, maafkan yang buruk...sedang diriku untuk UMMAH jua...








28 Apr 2009

Sikap ahli mencerminkan kesan tarbiyyah.

Beralasan atau mencipta ALASAN.

Ana tak boleh syeikh...., ana kena kerja dulu...
Ana ada masalah keluarga la ya akhi..enta tak kan faham masalah keluarga ana..
Ana dah habis duit lah...mana ada runag nak pi TAMRIN...
..nanti ana tanya mak ana dulu..
...Datuk ana meninggal ...maafkan ana...
....KAKAk ana nak bertunang...
mm...nanti ana fikir dulu...
..(senyap tanpa jawapan)...
..insyaALLAH2 ana cuba datang....
...Ana ada program lain lah....,
...ada ka tamrin? tak tahu pun..
..la..kenapa enta tak bagitau awal-awal..dah tak boleh lah..ana kena ini, kena itu..bla-bla-bla..

banyak jawapan yang memenuhi rung inbox mesej...dari 10 mesej yang dihantar dengan ayat yang sama..

"Salam , enta boleh datang tamrin tak?"

5 atau 7 dibalas dengan nada yang hampir sama maknanya..(TAK BOLEH DATANG), cuma variasi bentuknya..bakinya tidak berbalas ..mungkin mesej tak sampai..bersangka baik orang yang menghantar mesej. Sebaik mesej dibalas, kita menggelengkan kepala. Beberapa sahabat mengeluh kesal..ini bukan alasan ahli jemaah ni...macam ahli ta'arif pemikirannya, menghela nafas mengeluh kecewa dengan sikap dan mentaliti ahli jemaah . Seorang menegur lembut, jangan mudah menghukum manusia... proses tarbiyyah tidak semudah itu, marhalah hanya pemeringkatan tarbiyyah..bukan penghayatan tarbiyyah. Penghayatan datang dengan hasil dari gerak kerja dan susah payah, bukan semata-mata dengan usrah yang lompang dan tamrin yang "GRAND_GRAND". Perbualan terhenti, seperti akur dan masak dengan suasana seperti ini.

Harap nak peluk gunung, pegang pun jadilah. Mungkin semangat menggebu menawan kampus boleh dilambung sahaja dahulu buat masa ini..menyambutnya nanti dululah...jadi? jatuh lah ia tidak bersambut mana-mana generasi.

Semangat tidak berputus asa menjadikan AJK menghubungi pula peserta, memujuk, pergi ke bilik..agar lembut hatinya dari mula mencipta alasan mengelak RANGKA PEMBINAAN GERAKAN HARKAH ini.... Kesilapan ahli jemaah bermula dengan cara ia mula berfikir. Di antara cuba mencari alasan atau cuba mencari jalan penyelesaian mana yang terbaik? Diantara cuba memberi alasan dengan berusaha melaksakan dahulu mana yang benar? Adapaun jika uzur syarie memang tidak dapat dielakkan maka ia tidak lah menjadi isu dalam kes ini, wajiblah diraikan. Tetapi kebanyakkan memberi alasan yang tidak munasabah..tempoh lama diberikan dari pemakluman tarikh program kepada hari program. Apabila di follow up..alasan untuk tidak hadir didahulukan berbanding berusaha untuk memenuhi seruan jihad ini ..Jadi?

Lumrah, jika ilmu USRAH sekadar memenuhi keperluan kepuasan akal..dibahas-bahas, dibrainstorming macam nak gila..tidak pernah henti..menjadilah ia ilmu yang menghiasi bibir-bibir tanpa meresap dihati. Tidak mampu memanfaatkan mereka sedikitpun, aptaah lagi usrah pun tidak ia wajibkan dirinya hadir. Bermudah-mudah dan bersambil lewa pada membina diri sedang ia berguna sebagai modal menghadapi dugaan-dugaan seperti di atas...berkorban datang TAMRIN yang 4 hari cuma dalam setahun.

Kesan tarbiyyah KAMPUS

Masalah evergreen yang tidak pernah lekang setiap generasi. Tidak hairanlah, kerana pembinaan berlaku sepanjang hayat. Ada yang cepat, ada yang lambat dapat tangkap.....Apa nak diharap dengan tarbiyyah sekejap cuma ni..bisik seorang ahli jemaah. Cuba meraikan dan bersangka baik dengan sahabat-sahabat yang pernah berbai'ah susah senang, semangat atau malas, suka atau tidak untuk mendaulatkan ISLAM suatu masa dahulu yang bersaksikan ALLAH dan RASUL..nah sekarang macam mana?

Parameter yang selalu digunakan memahmi realiti tarbiyyah bergantung kepada banyak faktor. zahir(boleh diukur); komit usrah, datang program, cepat turun medan, kesanggupan berkorban dan lain-lain.

batin juga tidak dapat dielak: keikhlasan, iltizam, jujur, setia...kasih-sayang.

Susahnya membina sistem, begitulah susahnya bahkan lebih lagi melaksanakannya...apatah lagi mendambakan hasilnya yang perfect!..Pesimis bunyinya, namun disanalah cabaran dan ujian bermula. Menduga setiap dari kita yang ada untuk bertahan, ada yang boleh bertahan sekejap lepas tu putus asa...bahkan ada yang langsung kecewa dengannya lantas berijtihad (nafsi-nafsi) meninggalkan terus tanpa memikirkan kesannya kepada semua.

Mungkinkah terlalu banyaknya kesilapan kita dalam memahami realiti dan fitrah manusia sehinggakan kita telah menzalimi sebahagian dari sebahagian yang ada? Perlukah kita perhalusi lagi apa yang terkandung padanya?

Method TAMRIN, Perlaksanaan Gerak Kerja, Usrah, ADAB-ADAB, Penyakit Dalam Jemaah, amalan harian...apa sebenarnya?

Pemisahan RUH tarbiyyah, Dan jasadnya.

Dalam memahami usaha gerak kerja AMAL ISLAMI, sudah pasti ia satu jalan kepada menghampiri kepada ALLAh, mencari redhaNYA dan memperjuangkan AGAMA-NYA. Sedarkah kita, ia mesti didahului dengan kebersihan hati, penghijrahan diri daripada berkekalan melakukan dosa dan maksiat kepada ALLAh kepada taubat nasuha dan berazam tidak mengulangi dosa, memastikan tidak adanya maksiat dan perkara haq dalam diri kita pada satu-satu masa, berusaha dari kurangnya amal kepada meningkatnya amal..berusaha kepada semakin memperhalusi syariat..bahkan memperbaikkan akhlak...semuanya perlu kepada mujahadah yang hanya dapat dihadap dengan ILMU yang benar.

Apabila tarbiyyah hanya berkisar kepada perkara yang bersifat furu' tanpa mengenalpasti yang POKOK, ia umpama menanam pokok kemudian meracunnya semula..dan diakhir mengharapkan sesuatu yang mustahil dicapai. Kaedah fiqh yang menggariskan antara melakukan ISLAH dan meninggalkan MAKSIAT, mestilah mengutamakan atau didahulukan meninggalkan MAKSIAT perlu kita hayati secara bersama. Melihat keilmuan ULAMA' , mereka sangat memahami bagaimana hati-hati manusia sepatutnya dibentuk...maka bersama-samalah orang arif melayari lautan ilmu yang mendasar sehingga kepada menghayati realiti sebenar jiwa kita ini.

Apabila tarbiyyah tidak punya RUH maka ia bergerak dengan jasad sendirian...makin lama semakin busuk..bukan semakin memberi manfaat. Maka ia akan kecewa dan meyalahkan itu dan ini sebagai puncanya..begitulah ia berterusan sehingga ia berkeliling dalam pusingan yang sama. Mereka terlalu mengikut nafsu, akhirnya ia sendiri tersesat dek kelicikkan iblis. Penting kita sedari jalan menghampirkan diri kepada ALLAH penuh tipudaya iblis. Bukan ahli tariqat sahaja melalui ujian iblis, bahkan semua yang cuba mendambakan redha ALLAh pasti mengalami ujian yang sama....penyelewengan dari jalan yang benar. Maka wajiblah kita mencari guru-guru yang mursyid yang mampu membimbing kita kejalan yang benar dengan ilmu yang benar pula.


Apa erti TADHIYYAH(Pengorbanan) pendukung ISLAM KAMPUS?

Apalah erti berjuang tanpa PENGORBANAN, begitu jualah sebaliknya Apalah erti pengorbanan tanpa PERJUANGAN.

Berbuih-buih penceramah bercakap , mengingatkan dengan wahyu-wahyu ALLAH yang suci tentang pengorbanan dan harganya...

Hakikatnya kefahaman masing-masing berbeza, begitu juga kesanggupan masing-masing. Ada yang larut dengan kesusahan dalam gerak kerja AMAL ISLAM, yakin ia dengan janji ALLAh dan pertolongan yang terkandung padanya.

Adapula yang terlalu berkira, tetapi merasakan diri sudah berkorban... bahkan merasai lebih dari sepatutnya.Dan mengharapkan yang bukan-bukan dan lebih dari kadar pengorbanan ia dijalan ALAh swt.

Kefahaman datang dengan gerak kerja, adapun pengorbanan beriringannya dengan kesabaran dan gerak kerja.

Kefahaman= Gerak Kerja
=Pengorbanan/Kesabaran

Sekadar lontaran, untuk kita fikirkan bersama.

Kita iltizam sama-sama denga segala gerak kerja ini, semoga ALLAh syahidkan kita dengan perjuangan ISLAM yang kita cintai ini dan dikurniakan kita ilmu yang bermanfaat dan benar agar jalan kita menuju redha ALLAH swt adalah benar dan tidak berpaksikan nafsu dan tipudaya IBLIS. Semoga ALLAh bimbing kita semua kejalan yang benar.

Buat mereka yang berusaha mengadakan program pembinaan ini , semoga ALLAh swt membalas jasa kalian kerana tetap dan terus mara bersama-sama memastikan AGAMA ALLAh tetap kan DIJULANG diamana-mana pelusiu dunia. Segala penat lelah, peluh darah, serta jiwa yang teruji mendapat balasan setimpal dengan ketulusan hati dan susah payah dari ALLAH swt.

18 Mar 2009

Ciri-Ciri Jemaah Islam Sebenar.

MUQADDIMAH

Sabda Nabi SAW;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“sentiasa ada satu golongan dari umatku yang berperang atas kebenaran dalam keadaan menzahirkannya hingga hari kiamat[1]


Jemaah Islam atau dipanggil juga sebagai gerakan Islam merupakan satu tuntutan yang lahirnya disebabkan kejatuhan khalifah Islam yang terakhir, iaitu di turki pada tahun 1924. Ekoran dari kejatuhan khalifah islam itu menyebabkan, dunia dan umat Islam di timpa dengan pelbagai kekusutan disamping diserang dengan pelbagai serangan yang datang dari musuh Islam, samada musuh Islam itu dari kalangan mereka yang non muslim, juga dari mereka yang beranggapan mereka beragama Islam.



.



Kejatuhan khalifah islam telah menyebabkan ramai ulama-ulama Islam telah berijtihad dengan ijtihad yang disandarkan kepada nas agar melakukan sesuatu tindakan dalam menghadapi kehinaan yang telah dilakukan oleh musuh Islam terhadap islam ketika itu.

Dari itu, lahirlah insane-insan yang nama-nama mereka yang sering disebut sejarah disebabkan hasil perjuangan mereka dalam pembentukan gerakan islam di seluruh dunia. Maka itu, boleh dikatakan mejoriti umat Islam akan menyenali insane yang bernama As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh Said Hawa, Abu ‘Ala Al-Maududi, As-Syahid Dr Abdullah Yusuf Al-Azzam, As-Syaikh Abu Bakar Al-Bakir dan banyak lagi.



Kelahiran ulama-ulama haraki ini adalah menggambarkan betapa perjuangan untuk mengembalikan khalifah yang hilang itu telah diijtihadkan dengan wadah perjuangan yang disebut sebagai “jamaah islam” atau “gerakan islam”.

Ekoran dari itulah, lahirnya banyak gerakan-gerakan islam di dunia, seperti Al-Ikhwan Al-Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Benua India, PAS di Malaysia dan banyak lagi.



Maka dari itu, lahirnya pelbagai gerakan Islam di dunia ini disebabkan pelbagai tempat. Walaupun begitu, Kadangkala berlaku juga kelahiran gerakan Islam yang pelbagai dalam sesesuatu tempat. Kelahiran ini telah mengakibatkan kebingungan sesetengah muslim dalam menentukan sesuatu gerakan itu bertepatan dengan kehendak gerakan Islam atau tidak.



Justeru itu, dalam penulisan ringkas ini, akan dijelaskan cirri-ciri gerakan Islam yang sebenar. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada semua pembaca.

ASAS JEMAAH ISLAM

Asas bagi gerakan islam adalah firman Allah SWT;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

(surah Al
-Baqarah : 30)

Firman Allah dalam ayat ini pada asasnya menceritakan tentang penciptaan Adam AS. Penciptaan Adam bukanlah sekadar untuk mewujudkan makhluk di bumi Allah semata-mata, tetapi disana terdapat tanggungjawab yang lebih besar, iaitu melaksanakan tuntutan ilahi di atas bumi Allah.

Tuntutan Ilahi itu tidak dibataskan kepada perlaksanaan tuntutan dari sudut aqidah uluhiyyah sahaja, iaitu seperti mendidik manusia dalam perkara ibadat yang bersifat khusus, seperti solat, zakat, zikir dan sebagainya. Bahkan, disana ada tuntutan besar yang perlu di tunaikan oleh manusia, iaitu melaksanakan tuntutan yang terkandung dalam aqidah rububiyyah, iaitu perlaksanaan Islam secara menyeluruh didalam pentadbiran dunia.

Maka dengan itu, sesuatu perkara yang telah diharamkan oleh Allah, perlu dinyatakan pengharamannya disamping pengharaman itu perlu dilaksanakan dalam pentadbiran. Begitujugalah sebaliknya.

Pun begitu, dikalangan manusia itu, ada sebilangan mereka yang mempunyai kehendak nafsu yang terlalu kuat menyebabkan lahirnya golongan yang melanggar tuntutan Allah ini. Ekoran dari itu, mereka menghalalkan perkara yang Allah haramkan, begitujuga mengharamkan perkara yang telah di halalkan oleh Allah SWT.

Tindakan golongan ini samalah seperti yang telah dilakukan oleh golongan yahudi dan nasrani. Keadaan ini sangat jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
“mereka (ahli Kitab) menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mere
ka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”

(surah At-Taubah : 31)

Menurut Imam Al-Qurtubi, ahli ilmu Ma’ani menyatakan, maksud golongan ahli kitab menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai “arbab” atau pendidik-pendidik dalam firman Allah ini adalah, mereka mentaati segala perkara yang dinyatakan oleh pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka[2].

Maksud ahli ilmu ma’ani dikuatkan lagi dengan hadis daripada Abi Al-Bakhtari;

سئل حذيفة عن قول الله عز وجل اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله هل عبدوهم فقال لا ولكن أحلوا لهم الحرام فاستحلوه وحرموا عليهم الحلال فحرموه

Maksudnya;
“Khuzaifah di tanya berkenaan firman Allah “mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka pendidik selain dari Allah”. adakah mereka men
yembah mereka? lalu berkata, tidak, tetapi mereka menghalalkan kepada mereka perkara yang haram, lalu mereka menghalalkannya, dan mengharamkan atas mereka perkara yang halal, lalu mereka mengharamkannya[3]”

dari firman Allah SWT dan tafsirannya dari hadis Nabi SAW, jelas kepada kita, perlaksanaan Islam itu tidak cukup sekadar dalam perkara ibadat khusus sahaja, bahkan perkara yang besar dari itu adalah melaksanakan tuntutan Al-Quran dalam sudut pemerintahan yang sememangnya tidak lepas dari urusan dosa dan pahala.

Apabila kandungan Aqidah Uluhiyyah dan rububiyyah ini tidak dapat dilaksanakan, maka usaha kearah kewujudannya adalah sesuatu perkara yang wajib.

Usaha untuk mewujudkannya tidak dapat dilakukan dengan secara bersendirian, maka disitu lahirnya jemaah-jemaah islam dalam menghadapinya. Semuanya adalah bertujuan untuk mengembalikan khalifah islam yang dapat mendaulatkan islam dalam pemerintahan.

Kaedah fiqh menyatakan;

وما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Maksudnya;
“tidak sempurna perkara wajib mela
inkan dengannya, maka ia adalah wajib”



JEMAAH ISLAM ADALAH WADAH

Jemaah islam merupakan wadah dalam berusaha untuk mencapai matlamat perlaksanaan islam. sesuatu wadah tidak dapat dijanjikan kemenangan oleh Allah sekiranya tidak disertai dengan cirri-cirinya yang bersesuaian dengan kehendak Allah.

Maka dengan demikian, antara cirri-ciri jemaah Islam yang perlu diketahui oleh ahli-ahli jemaah islam adalah seperti berikut;

a. MENJADIKAN AL-QURAN DAN AL-HADIS SEBAGAI SANDARAN ASAS

Al-Quran dan Al-Hadis merupakan asas dalam penentuan sesuatu jemaah itu benar-benar berada dilandasan yang betul atau tidak.

Sandarannya adalah hadis;

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله (ص) إني قد تركت فيكم شيئين لن تضلوا بعدهما كتاب الله وسنتي

Maksudnya;
“Daripada A
bu Hurairah RA yang berkata, Bersabda Nabi SAW; aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selepas kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku[4]”

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang menyediakan islam sebagai alternative kepada manusia. Segala penyelesaian dalam menghadapi isu dan keadaan dikembalikan kepada kandungan Al-Quran dan As-hadis.

Jemaah yang menyediakan selain Islam sebagai bahan alternative, seperti menyediakan penyelesaian isu dengan merujuk kepada pandangan-pandangan barat semata-mata, pandangan ahli-ahli falsafah, tanpa dirujuk kepada kandungan Al-Quran dan Al-Hadis merupakan jemaah yang bukan jemaah islam.

Disamping itu juga, ijtihad yang berasaskan kepada kandungan Al-Quran dan As-Sunnah juga menjadi punca penentuan kepada sesuatu jemaah itu adalah jemaah islam yang sebenar atau tidak.

Jemaah islam perlu menyediakan “badan ijtihad” dalam menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berlaku di zaman kini, tetapi tidak didapati di zaman dahulu. maka dengan itu, kemungkinan-kemungkinan itu pasti berlaku dan perlu kepada kajian secara ijtihadi bagi menyelesaikannya berasaskan kepada kandungan Nas.

Perkara ijtihadi tersebut tidak diperlukan sangat dalam perkara yang berbentuk “ijtihad nassi”, tetapi yang paling penting adalah mewujudkan “ijtihad tatbiqi” atau “ijtihad tanzili” dalam menyesuaikan sesuatu kejadian dengan nas-nas.

Dari keadaan ini, mana-mana gerakan atau jemaah yang menjadikan sandaran hukumnya yang tidak diasaskan kepada dua perkara ini, disamping tidak menyediakan persiapan ijtihad dalam menghadapi isu dan keadaan, maka jemaah tersebut tidak boleh disebut sebagai jemaah islam yang sebenar.

b. AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang mendokong aqidah ahli sunnah wa al-jamaah. Aqidah ahli sunnah wa al-jamaah adalah aqidah yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dalam penentuan pemahaman iman disamping menjadikan sahabat-sahabat dan para salaf soleh sebagai rujukan beraqidah.

Hadis yang diriwayatkan daripada Auf bin Malik yang berkata, bersabda Nabi SAW;

افْتَرَقَتْ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتْ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ الْجَمَاعَةُ

Maksudnya;
“Yahudi berpecah
kepada 71 puak. 1 puak dalam syurga dan 70 lgi dalam neraka. Nasrani berpecah kepada 72 puak. 71 puak dalam neraka dan 1 sahaja dalam syurga. Dan demi nyawa Muhammad di tangan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 puak. 1 puak dalam syurga dan 72 puak dalam neraka. Dikatakan, Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? menjawab Baginda SAW : al-jamaah[5]”

Dalam mensyarahkan hadis ini, As-Sindi menyatakan, maksud dengan jemaah yang disebut oleh Nabi SAW adalah;

الْمُوَافِقُونَ لِجَمَاعَةِ الصَّحَابَة الْآخِذُونَ بِعَقَائِدِهِمْ الْمُتَمَسِّكُونَ بِرَأْيِهِمْ

Maksudnya;
“mereka yang menyerupai jemaah sahabat, mengambil aqidah mereka disamping berpegang dengan pandangan mereka[6]”

Disamping asas aqidah adalah ahl sunnah wa al-jamaah, jemaah Islam tersebut tidak b
oleh mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membaiki pemikiran dan jiwa manusia yang telah terlibat dengan fahaman dan ajaran yang menyesatkan.

Maka dengan itu, antara kewujudan jemaah Islam adalah menyelamatkan aqidah umat dari tergelincir kepada kesesatan. Maka dengan itu, sifat jemaah islam adalah menerima mereka yang asalnya dalam kesesatan, lalu di tarbiyyah sehingga aqidah mereka bertepatan dengan kehendak yang sebenar.

sila dengar ulasan Tok Guru Haji Abdul Hadi;



dan



c. PERJUANGAN ISLAM SECARA SYUMUL

Jemaah Islam yang sebenar adalah jemaah yang memikul tanggungjawab dalam berusaha untuk memperjuangkan Islam dari semua sudut.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya;
“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang teran
g nyata”

(Surah Al-Baqarah : 208)

Kandungan firman Allah ini menjelaskan, ketaatan kepada Allah hendaklah dilakukan secara menyeluruh disamping tidak dicampuri perkara maksiat yang merupakan ajakan Syaitan.

Sesuatu jemaah yang mencampur adukkan perkara ketaatan disamping tidak menjauhkan perkara maksiat, maka jemaah itu tidak boleh disebut sebagai jemaah islam.

Begitujuga, jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang tindakan mereka tidak mengambil sebahagian dari kandungan kitab dan menafikan kandungan yang lain. tindakan sebegini merupakan tindakan yang dimurkai oleh Allah SWT.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat d
emikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Ada sebilangan jemaah yang hanya mengambil sudut kebajikan sahaja, maka jemaah itu tidak boleh dikira sebagai jemaah islam. Ini adalah kerana, Islam sendiri adalah agama fitrah, yang kandungannya mencangkupi seluruh kehidupan manusia, tanpa difokuskan kepada kebajikan semata, bahkan Islam mempunyai banyak perkara yang perlu diperjuangkan, seperti keadilan, ekonomi, munakahat dan sebagainya.

Firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang
Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

(Surah Ar-Rum : 30)


d. JEMAAH YANG BERTINDAK SECARA AMALI DAN WAQII

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang mempunyai tindakan secara amali. Tindakan amali tersebut bertetepatan dengan waqii setempat dan tidak tersasar dari kandungan penghujahan nas.

Tindakan amali jemaah Islam di Malaysia tidak boleh disamakan dengan tindakan amali jemaah islam di Negara-negara luar, seperti Lubnan, Palestine, Afghanistan dan sebagainya.

Jika di Afghanistani, iraq, Palestine dan Lubnan menggunakan senjata dalam bertindak, maka itu merupakan kesesuaian mereka dalam menghadapi musuh disana.



Adapun di Malaysia, tindakan amali yang paling sesuai dalam menghadapi musuh adalah dengan menghubungkan diri dalam pilihanraya, maka menggabungkan diri dalam piliharanya merupakan tindakan amali dan waqii bagi jemaah islam di malaysia.

Firman Allah;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan penceroboha
n Yang dilakukannya kepada kamu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Amali tersebut hendaklah dilakukan dengan sepaling upaya yang mampu. Jika di sesuatu tempat itu mampu menggunakan cara pilihanraya dalam menghadapi musuh Islam, maka wajib kepada jemaah islam itu melibatkan diri dengan pilihanraya.

Jika dalam keadaan mampu untuk bertindak dengan cara pilihanraya, tetapi tetap dengan cara yang kurang dari kemampuan yang sepatutnya, seperti mengajak manusia kepada solat sahaja, mengajak manusia kepada kebajikan sahaja dan sebagainya, maka jemaah itu bukanlah jemaah islam yang sebenar.

Firman Allah;

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ

Maksudnya;
“dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama
itu semata-mata kerana Allah”

(Surah Al-Baqarah : 193)

Dari firman Allah ini, secara mafhumnya difahami bahawa, perjuangan Islam itu hendaklah dilakukan sehabis-habis usaha sehinggakan ketiadaan lagi “fitnah” berlaku di atas muka bumi Allah SWT.

e. MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI KEHINAAN

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah islam yang berusaha untuk membebaskan umat islam dari kehinaan hidup di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Kehinaan hidup umat adalah berpunca dari penafian mereka terhadap pengamalan Islam dalam kehidupan. Begitujuga, ianya berpunca dari pengamalan sebahagian Al-Quran dan mengingkari sebahagian yang lain.

Firman Allah:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Mak
sudnya;
“dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”

(Surah Al-Imran : 85)

Dan juga firman Allah;


أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (da
ri isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Melihat kepada keadaan ini, ubat mujarab bagi mengembalikan kemuliaan ini adalah dengan membina kembali pemerintahan islam. ini adalah kerana, pemerintahan adalah penentu atas kehinaan atau kemuliaan umat Islam dalam sesuatu Negara dan tempat.

Sabda Nabi SAW;

لتنقض عرى الإسلام عروة عروة كلما انتقضت عروة تثبت الناس بالتي تليها منهن فأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة

Maksudnya;
“simpulan islam akan terun
gkai satu persatu. Ketika terungkainya satu simpulan, nescaya manusia mengikuti dengan simpulan yang selanjutnya. Perkara yang mula-mula sekali terungkai adalah pemerintahan, dan perkara yang terakhir sekali terungkai adalah solat[7]”

Maka dengan demikian, jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang akan berusaha kearah pembinaan sebuah Negara yang menjadi Islam sebagai dasar pemerintahan, yang ianya merupakan cara untuk mengembalikan kemuliaan Islam dan membebaskan umat Islam dari kehinaan.

f. MEMBINA AHLI BERJIWA JUNDULLAH

Jemaah islam adalah jemaah yang meletakan perjuangannya semata-mata kerana Allah. Jemaah islam tidak akan menerima perjuangan yang berasaskan kepada kepentingan dunia semata-mata. Segala perjuangannya adalah untuk mendaulatkan kalimah Allah. maka dengan demikian, segala kepayahan dan kesusahan yang dilakukan oleh musuh Islam, tidak akan menatijahkan putus asa dikalangan anggota jemaah, bahkan berkekalan dalam perjuangan disebabkan perjuangannya itu berasaskan kepada ridha Allah SWT.

Bagi mendapat keikhlasan ini, ia memerlukan kepada pembinaan anggota-anggota jemaah yang mempunyai semangat dan jiwa “jundullah” atau tentera Allah.



Jiwa jundullah adalah jiwa yang sering mengharapkan keridhaan Allah, kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya, merendahkan diri sesame mukmin dan keras terhadap musuh-musuh Islam, berjihad di jalan Allah dan meletakan kesetiaan hidup kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa berbelah bahagi.

Firman Allah;

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ

Maksudnya;
“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam)”

(Surah Al-Fath : 29)

Jem
aah islam yang sebenar akan membina pendokong-pendokongnya berjiwa sedemikian. Bagi melahirkan pendokong-pendokong berjiwa jundullah ini, jemaah islam tersebut akan menyediakan satu proses yang dinamakan sebagai “Tarbiyyah”.

Program dalam pembinaan ini selalunya dimulai dengan kuliah haraki, usrah, tamrin, mukhayyam dan sebagainya.

Pembinaan jiwa jundullah ini telah berjaya dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap sahabat-sahabat baginda. Maka dengan demikian, dikalangan sahabat lahirnya insan-insan yang nama mereka sering menjadi sebutan sejarah, seperti Al-‘Irbad bin Sariyyah yang pernah menangis kerana tidak mampu memberi sumbangan dalam perjuangan islam disebabkan kelemahan asal yang ada pada dirinya[8], Saad bin Abi Waqas yang pernah digelar sebagai singa yang menyembunyikan kukunya[9] dan ramai lagi sahabat-sahabat nabi SAW yang lain.

g. MEMBINA SEMANGAT UKHUWWAH SESAMA MUKMIN

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang membina semangat ukhuwwah sesame mukmin. Mereka meletakan sayang sesame mereka semata-mata kerana Allah SWT.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
“daripada Anas bin Malik R.A, daripada Nabi SAW bersabda; tiga perkara yang jika ada, maka didapati kemanis
an Iman. Bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih disayangi dari segala-galanya. Menyayangi seseorang yang tidak disayanginya melainkan kerana Allah. dia benci kembali kafir seperti benci dicampakkan dalam api[10]”

Ukhuwwah yang dibina atas ikhlas kerana Allah akan melahirkan natijah manusia akan sentiasa melakukan taat kepada Allah. ini adalah kerana, apabila seseorang kawan telah melakukan maksiat, sebagai kawan yang bersaudara dengannya kerana Allah, pasti dia akan menegur tindakan dari kawannya yang telah melakukan maksiat tersebut. maka dengan demikian, jemaah tersebut akan menjadi jemaah yang berada dalam keadaan ukhuwwah.

Pun begitu, dalam keadaan pembinaan ukhuwah tersebut, maka tidak selayaknya ahli jemaah islam itu “berkeras kepala” dalam perkara kebenaran sekiranya ditegur. Anggota jemaah islam sudah pasti akan mengambil sikap telus dalam menjalankan kerja jemaah dan tidak menyimpan “agenda-agenda tertentu” dalam perjalanan jemaah.

Jika ianya berlaku, menandakan disana ada unsure-unsur tidak sihat bagi memecahbelahkan ukhuwwah islamiyyah dalam jemaah islam.

PENUTUP

Tulisan ringkas ini sekadar memberi gambaran umum berkenaan kepentingan dan kefahaman terhadap pergerakan jemaah Islam.

Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada semua dan dikurniakan ridha Allah dalam meneruskan perjuangan dalam mendaulatkan Islam dalam pemerintahan

Amin Ya Rabb Al- ‘Alamin.

Sekian
Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail :
abu_abdillah_azzam@yahoo.com




[1] Sahih Al-Bukhari : 1/373 : hadis no : 225.
[2] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120.
[3] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120
[4] Al-Mustadrak ‘Ala As-Sahihain : 1/172.
Hadis no : 319.
[5] Sunan Ibnu Majah : 2/1322 : hadis no : 3992.
[6] Hasyiyah As-Sindi ‘Ala Ibni Majah : 7/361
[7] Sya’b Al-Iman : 4/326 : hadis no : 5277.
[8] Siyar Al-‘Alam An-Nubala’ : 3/420 dan Tafsir Ibni Kathir : 2/383.
[9] Mutiara kisah para sahabat Nabi SAW : m/s 552
[10] Sahih Al-Bukhari : 1/14 : hadis no : 16.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger