Showing posts with label INFO RAKYAT. Show all posts
Showing posts with label INFO RAKYAT. Show all posts

13 Jul 2015

Selesaikan KES PENIPUAN dan HENTIKAN MELINDUNGI PENIAGA TIPU ORANG


Menyalahkan siapa yang menjadi punca masalah malam tadi akan memulangkan kepada kita kembali. Masing-masing kita berperanan . Apapun syabas juga kepada '' 7 Pahlawan Bersaudara'' yang menyebabkan semua rakyat Malaysia membuka mata atau paling kurang bersengkang mata sepanjang malam tadi mengikuti perkembangan KETEGANGAN yang menyebabkan 3 orang cedera setakat ini.

LETUSAN yang dirasai hampir semua GRUP...sampai HP panas tak berhenti bergegar masuk GAMBAR dan VIDEO whatsapp. Pun begitu , apa yang berlaku menunjukkan BETAPA lemahnya PENGUATKUASA dan PENGUATKUASAAN selama ini sehingga perlu tunggu LOWYAT TERBAKAR baru terhegeh-hegeh membuat siasatan ??

Elok sesiapa sahaja yang bertanggungjawab di SEGITIGA MAKSIAT itu betul-betul memantau dan melaksanakan tugas dengan amanah dan adil. Berapa ramai lagai perlu menjadi mangsa rakus dan sombong peniaga kaki TEMBERANG di LOWYATT??

Patut buat survvey secara terbuka siapa yag pernah kena tipu di PLAZA LOWYAT ini..KUMPULKAN FAKTA dan KEDAI MANA? Dedahkan dan lakukan tangkapan. Keadaan ini WAJIB diperangi sehingga keakar UMBI.

Jangan tunggu LOWYAT TERBAKAR pula...baru ''7 PAHLAWAN BERSAUDARA'' yang hadir polis dah tak tidor malam. Kekgi '' 7 PANGLIMA SEHIDUP -SEMATI'' keluo--- ( tak sanggup tulis apa akan terjadi).

Syabas PDRM dengan ketangkasan dan kecekapan --harap terus cekap mengurus kebobbrokan BUKIT BINTANG itu. Habis TAIKO2 terheret sama. apalah..hihihi

8 Sept 2014

Sultan Selangor Murka PKR DAP

DAULAT TUANKU !!!

Sultan Selangor murka DAP, PKR dehaka, mungkin pilih MB bukan daripada Pakatan - 

Ingat NEGERI ini ada TUANNYA--ada yang diberi AMANAH dari ALLAH memeliharanya. Jangan dilanggar macam tunggui aja. DAULAT TUANKU .Mungkin siapa tidak suka boleh keluar dari negeri Selangor..kui kui kui....

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih 2 nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

"Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti DAP dan PKR yang ingkar terhadap titah baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

Kegoncangan Biasa Dalam PAS.





Disunting dari artikel asal ( Kepimpinan Ulama; Suatu Penelitian ; Bac of Sc. (Politics)-UITM 

Kepimpinan ULAMA kini mengalami satu bentuk ujian yang sebenarnya menjadikan mereka lebih berkredibiliti.Ketegasan mereka yang berlandaskan Al Quran dan Sunnah serta prinsip mengelak mudharat yang lebih besar sentiasa menjadi langkah tidak popular dan bertentangan dengan mereka yang ada kepentingan . Mereka mendabik dada memperjuangkan keadilan dan sebagainya hanya bermain dan memperolokkan kepercayaan rakyat pada hakikatnya. Lantunan suara sumbang yang cuba menggugat TGHH (yang sebenarnya adalah  Majlis Syura Ulama) sebenarnya akan meleset dan ibarat air meresap tanah sahaja.

ulama PEWEARIS NABI --kesilapan mereka bisa mendapat panduan dari ALLAH . Moga ALLAH sentiasa membantu mereka . 

Percaturan Kajang MOVE yang memakan diri dan semakin meruncing kini perlu dihadapi semua paksi dalam PAKATAN dengan BIJAKSANA. Dalam keadaan tenang RAKYAT susah menilai sejauh mana ketulusan hati para pemuka PR ini memperjuangkan KEADILAN .Selalunya slogan-slogan dan JANJI-JANJI menarik yang mengkhayalkan RAKYAT ditambah sedikit suntikan sentimen dan semangat bakal menjadikan  jalan raya melimpah dengan RAKYAT yang setia (berdemonstrasi). Namun kini kegoncangan yang berlaku bakal meletuskan sikap sebenar PARA PIMPINAN ini .Proses yang panjang dan meletihkan pasti kalangan mereka akan mula teersilap langkah dan menzahirkan sikap sebenar sehingga lebih mudah RAKYAT menilai sejauh mana BUSUKNYA PEKUNG DIDADA.


Tiadalah menjadi masalah Majlis Syura Ulama serta AJK PAS PUSAT berkhilaf kerana pastinya disana ada manfaat yang besar untuk UMMAH . Tinggal lagi bagaimana PEMIMPIN menzahirkan akhlak dalam berkhilaf ini , USRAH dah kencang , masa beramal ni kena lah tundukkan nafsu demi kebaikan semua. Doa-doa ahli PAS yang ikhlas sentiasa meniti di bibir dalam setiap doa mereka agar perjuangan ini dibantu , dan mereka yang menjadi duri dalam daging disingkirkan .

Elakkan melabel sesama sendiri, kegawatan dimedia sosial yang ibarat kata lebih sudu dari kuah tidaklah menjadikan keadaan lebih baik-hanya sebagai sedap halwa telinga dan puaskan nafsu di dada sahaja . Dalam suasana tegang ini kita perlu tenang dan bertindak secara rasional . Dipihak ulama dan ajk pas pusat punyai hujah yang matang dan benar , tinggal lagi bagaimana pimpinan mengharmonikan suasana dengan kasih sayang dan cinta .

Hensemnyer die..ni ada kaitan dgn SYIAH tak silap..mungkin fitnah kot

Musuh tidak senang dengan keutuhan dan kredibiliti ULAMA kita yang sebenarnya di dokong dari akar UMBI . Tidak kiralah ANWARINAS ke ,PAPAGOMO ke (;)-- ), PASma ke, DAPnisme ke---yang mengasak dan cuba mempengaruhi DASAR pergerakan PAS , perlu diingat PAS bukanlah individu , tetapi binaan yang saling menguatkan semenjak dari awal penubuhannya - TERASNYA Al QURAN dan SUNNAH.

Benarkah begitu ??? Bahaya juga ini statement ...

Suka memetik karangan artikel dari HArakahdaily ini :


Dewan Ulamak PAS Pusat menasihati ahli-ahli PAS menghormati tindakan Presiden dalam isu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor dan memberikan ketaatan serta thiqah (kepercayaan) atas tindakan beliau. Demikian dinyatakan pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan, semalam.
Menurutnya, mesyuarat Dewan Ulamak PAS Pusat Sabtu lalu di Pejabat Agung PAS Pusat sebulat suara menegaskan bahawa tindakan dan arahan Presiden PAS dalam isu berkaitan dengan Menteri Besar Selangor merupakan kuasa prerogatif Presiden yang diperuntukkan oleh Fasal 26 (1)  Perlembagaan PAS, Pindaan (2011).
Tambahnya, Majlis Syura Ulamak sebagai badan yang diberi kuasa untuk menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS sebagaimana termaktub dalam fasal 8 (1a), dalam mesyuaratnya semalam turut mengesahkan hak Presiden tersebut.


Tetapi yang peliknya ada juga hamba ALLAH yang merasakan tidankan PRESIDEN tidak wajar. Kena lah kemukakan hujah yang benar. Pemimpin perlu bijak jangan buat langkah sumbang yang menonjolkan kebobrokan diri. (pesanan penaja). Semoga beroleh kefahaman .

(suntingan hazidi alang ahmad)

3 Sept 2014

TNB --TOLONGLAH Gembirakan RAKYAT YANG SUSAH ...


KISAH BENAR ;SEPERTI YANG DICERITAKAN KEPADA PENULIS

Aku melihat helaian bil elektrik yang berada ditangan ...mataku berlari-lari atas dan bawah merasakan sungguh kejam KAPITALISME ini , mereka bisa merenggut apa sahaja demi keuntungan yang tidak pernah ada penghujungnya, sedangkan rakyat marhaen seperti aku ini berhempas pulas cuma menikmati secebis kegembiraan --walaupun bukan untuk aku, tetapi sekurang-kurangnya untuk anak dan isteriku yang setia .

Mataku menahan amarah---dadaku terasa pasrah dan mencemuh , remuknya hatiku, sebak jiwaku meronta-tonta mahu meluahkan ketidakadilan ini hanya untuk rm300 cuma...maruah--kegembiraan--cahaya--keselamatan hilang sekelip mata. Tiadakah belas IHSAN DARI TNB ?..hampir menitis air mataku ini melihat bekas-bekas nyamuk pada kaki dan tubuh badan anakku yang bermain dikaki ayahnya ini  ..tidak mengenal apa-apa..keletahnya sahajalah bisa meredakan kesusahahan jiwaku. daku peluk erat anakku dan mengucupnya sepuas mungkin dengan tiada bahasa dapat diungkap merasa bersalah dengan apa yang terjadi.


DIMAKLUMKAN, TENAGA NASIONAL MEMBERI BONUS ANTARA 5 HINGGA 6 BULAN KEPADA KAKITANGANNYA TERMASUK PENGURUSAN ATASAN. LEBIH MENARIK LAGI, TENAGA NASIONAL MEMINTA KAKITANGANNYA MERAHSIAKAN PEMBERIAN BONUS INI DARI PENGETAHUAN UMUM. KALAU PERKARA INI TIDAK BENAR, KITA MINTA KERAJAAN DAN TENAGA NASIONAL TAMPIL MENAFIKAN PEMBERIAN BONUS LUMAYAN INI.BENARKAH???


Aku pergi bekerja --keluarnya jam 7.30 pagi Pulangnya jam 10.30 malam --kadang-kadang melewat jam 11. Sebulan daku mambanting tulang kehidupan aku mampu meraih rm 1500 sebulan . Isteriku cuba membantu untuk bekerja tetapi buat masa ini keadaan kesihatannnya tidak mengizinkan . Ya ALLAH aku bersyukur dikurniakan kerja--walaupun hidup di hutan bandar ini -nilai sebegitu boleh dikatakan miskin, untuk memulakan kehidupan berkeluarga mula-mula kena lah susah sikit, getus hatiku memujuk kegusaran jiwa.

Tahukah bagaimana kehidupan kami di hujung bulan ??? makanan sudah dicatu ---syiling dan baki terakhir dikutip ..dihimpun untuk bertahan sebelum gaji semula..kadang-kadang gaji lewat --aku dan anak isteri ikat perut. Isteriku yang sentiasa menguntum senyuman memujuk daku bersyukur dan bersabar dengan dugaan ILAHI ini .Terkadang saat mak mertua mahu hadir ke rumah --kami pinjam dari sahabat handai guna memenuhkan peti ais yang memang sedia kosong .Terkadang isteriku sakit ---daku tebalkan muka lagi untuk meminjam tidak tahan melihat beliau menahan azabnya kesakitan dari demam dek kesakitan tulang belakangnya....kereta ku pula sampai keluar benang tayar--- sebelum dapat aku tukar dengan tayar terpakai.--dan saat yang paling menyesakkan jiwa bila datang BIL TNB ---aku kesampingkan sementara membayarnya agar dapat aku utamakan keperluan kehidupan ini .Kehidupan di flat , tingkat tiga ---cukup indah bagi kami sekeluarga. cukup bersyukur . walaupun dengan segala kepahitan yang terpaksa ditelan hanya semata untuk mengembirakan anak isteri tercinta.




Ya memang aku sengaja melewatkan membayar bil elektrik --hambatan keperluan semasa yang semakin meningkat menyebabkan aku terpaksa menyesuaikan dengan bayak perkara--namun terkadang bajet yang dirancang terlepas juga hadnya--semua diluar kawalan kami .kereta meragam ---keperluan bayaran sara hidup--hutang rakan . Bil yang kami rancang mahu bayar terpaksa ditunda lagi sehinggalah berjumlah rm351.25 itu, menjadi hukuman lebih berat buat kami dari TNB dengan langsung mencabut METER.. Apa tidak bolehkan ditimbangtara kehidupan ini ?? tidak boleh berbelas ihsan kah dengan kami sekeluarga??kami tinggal di FLAT sahaja--pastinya kerana kami kekurangan duit untuk melunaskan hutang ini ---bukannya kami tidak bayar sebelum ini ...ya kamu kata menjalankan operasi ..sifar hutang ? tetapi cubalah selami kesusahan kami ini ---









-------Lamunan ku terhenti , suara hatiku berbunyi sendiri mahu didengari --isi hatiku ibarat air mengalir meluahkan rasa terbuku .tidak dapat menhan sebak tiba-tiba mengalir air mata ini menitis dan berderai atas pipi anakku yang masih aku peluk dan cium pipinya. daku usap parut gigitan nyamuk pada dahinya,dan betisnya..daku kira ada 10 liang nyamuk hinggap pada tubuhnya-walaupun telah aku pasang ubat nyamuk ...dan aku kipas sepanjang malam untuk selesakannya kerana panasnya kami skeluarga tidur pada malam TERSEBUT....

APAKAH KEUNTUNGAN INI DIRAIH DARI HASIL TITIK PELUH --PENINDASAN KEATAS SI MISKIN YANG KESEMPITAN ??

Begitulah KAPITALISME menghukum kami ..tiada ihsan..tiada belas--Selalu diiklankan MENCAHAYAKAN HIDUP ANDA..... (tetapi jika hanya anda membayarnya pada masanya tanpa lewat tidak kira betapa susahnya anda) . Mungkin TNB akan meberikan alasan mereka menanggung rugi ...tetapi berapa banyak pula  keuntungan yang mereka kaut??? ..sehinggakan dari si miskin seperti kebanyakan rakyat MARHAEN pun ditindas sebegini rupa.??tidakkah boleh berbelas ihsan --- mengembirakan sedikit dengan meringankan beban kami yang juga cuba menikmati sedikit kegembiraan yang dikurniakan ALLAH swt dimuka bumi ??? Apakah DUIT lebih kuasa dari TUHAN yang memilii alam ini ? TNB ZALIM moga ALLAH membalas kezaliman KALIAN.

Tidak mengapalah 2 bulan aku menumpang rumah kakak ipar-minta belas ihsan ;sewa rumah tersebut tetap aku kena bayar walaupun ada juga tunggakan   ----daku gagahkan ikat perut --tahan malu ..berjuang untuk membayar hutang ini --betapa sukarnya untuk melakukan ini ..akhirnya daku dapat kumpulkan rm 400 untuk menyelesaikan hutang ini .Selesai membuat pembayaran daku menarik nafas lega dan membayangkan rumah sewa ku ini dapat dicahayakan semula.. Aku mengajukan soalan bila meter dapat dipasang semula?

TNB: Owh, Encik kena isi borang baru --daftar semula, bayar deposit rm 170 dan rm 10 untuk upah pasang --dapatkan borang perjanjian sewa beli --SMP dan bla-bla-bla--aku renung dan amati borang ini banyak borang nak kena cari --kena jumpa tuan rumah yang 45minit perjalanan ---sewa rumah ada lagi tertunggak ..macam mana nak cakap pada tuan rumah ??? Duit dalam tangan ada cukup2 nak hidup bulan ini . tubuhku terasa berat, mataku terasa gelap , hatiku meruntun mahu dikasihani-..teringat hutang rumah sewa yang aku tangguh 3 bulan untuk bayar bil ini, Ya ALLAH . DIMANA LAGI HARUS AKU CARI DUIT BARU DAPAT SELESAIKAN MASALAH INI ? SUDAHLAH SUSAH DITEKAN LAGI DENGAN MINTA WANG DEPOSIT YANG LAIN ??

Aku berundur dari kaunter TNB melepaskan kata kecewa--bergelap lagi kami sekeluarga. Terima kasih TNB.

RAKYAT TERTINDAS OLEH
 TNB SHAH ALAM SEKSYEN 27

(cerita sebenar )

31 Aug 2012

NOW pusat maklumat menilai PRESTASI PEMERINTAH




KUALA LUMPUR, Ogos 30 — Pengarah strategik PKR yang mendedahkan beberapa skandal besar, Rafizi Ramli akan melancarkan projek terbaru beliau hari ini – Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Nasional atau “NOW” – sebuah badan untuk menggalakkan pendedah maklumat datang ke hadapan pada ketika keyakinan awam terhadap agensi-agensi kerajaan sangat rendah.

Rafizi memberitahu The Malaysian Insider bahawa NOW akan menjadi “alternatif masyarakat sivil” kepada pihak berkuasa kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, yang mana reputasi telah dicemari oleh kerana banyak laporan kematian tahanan dan serangan serta ugutan oleh pegawai bersenjata.

“Rakyat Malaysia telah ditakutkan dari tampil ke hadapan tetapi pendedahan maklumat harus menjadi budaya di Malaysia, dan itulah yang kita harap untuk wujudkan,” katanya dalam temubual eksklusif.
Rafizi menjelaskan bahawa pusat itu menyediakan proses langkah demi langkah untuk pendedahan maklumat, termasuk khidmat nasihat ditawarkan kepada pendedah maklumat mengenai risiko perundangan yang mungkin dihadapi akibat pendedahan mereka, jika mereka bersetuju untuk teruskan.

Setiap pendedahan mesti disiasat dengan teliti, kata beliau, dari kredibiliti pemberi maklumat kepada kesahihan dokumen-dokumen yang disediakan, serta menggali jauh dengan lebih dalam tentang kes itu untuk memastikan terdapat bukti mencukupi sebelum apa-apa pemberitahuan umum dilakukan.

Langkah terakhir dalam proses pendedahan adalah mendedahkan skandal tersebut kepada media — langkah yang paling mencabar, Rafizi mengakui.
Ini adalah kerana dengan serta-merta akan membuka dirinya dan NOW kepada risiko undang-undang, jika mana-mana undang-undang bertulis telah dilanggar dalam proses penyiasatan.

Undang-undang pemberi maklumat tunggal negara — Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (WPA) — hanya menawarkan perlindungan kepada pemberi maklumat jika mereka membuat “pendedahan kelakuan tidak wajar” kepada agensi penguatkuasaan yang diberi kuasa.

Kerana undang-undang tersebut tidak memberi perlindungan kepada pendedah maklumat melalui media, sistem NOW mungkin akan menyebabkan ‘segunung’ tindakan undang-undang dan pendakwaan di mahkamah.

“Itulah sebabnya kita perlukan dana untuk yuran guaman. Kemungkinan besar, kita akan didakwa dari kiri, kanan atau tengah,” kata Rafizi.

Rafizi sendiri sekarang ini berhadapan dengan dua kes mahkamah kerana mendedahkan skandal penternakkan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) – selepas mendedahkan dokumen kewangan NFC kepada media.

“Tetapi kita perlu untuk melakukan dan mengambil risiko. Lagipun, undang-undang menyatakan bahawa jika anda menyerahkan laporan kepada SPRM, sebagai contoh, anda perlu mengemukakan semua bukti anda kepada mereka dan anda tidak boleh bercakap kepada orang lain atau pergi ke tempat lain.

“Jika SPRM berfungsi dengan baik, kita tidak perlu NOW. Tetapi adakah ia berfungsi dengan baik?” soal beliau.

“Jadi pada ketika ini, apa yang kita ada dua pilihan — sama ada kita terus bekerja dalam rangkakerja semasa WPA, yang digunakan untuk menindas pendedah maklumat, atau kita buktikan dan yakinkan masyarakat bahawa pendedahan maklumat sebenarnya adalah baik untuk negara.

“Kita boleh tunjukkan kepada mereka bahawa terdapat satu sistem sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan pergerakan masyarakat sivil diharapkan dapat meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk meminda Akta,” katanya.

Rafizi berkata peruntukan lain dalam WPA menyebabkan niat Akta tersebut sia-sia — ia menetapkan bahawa pemberi maklumat tidak boleh memecahkan mana-mana undang-undang bertulis lain apabila membuat pendedahan kepada pihak berkuasa.

“Jadi, jika dokumen yang didedahkan adalah sulit walaupun anda mendedahkan mereka kepada pihak berkuasa, anda tidak mempunyai perlindungan,” katanya.

Ini dicerminkan dalam kes mahkamah NFC Rafizi itu, di mana beliau telah didakwa kerana melanggar Seksyen 97, Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan butir-butir perbankan sulit Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), firma yang menjalankan projek NFC.

Tetapi, ahli politik itu ditentukan untuk menolak ke hadapan dengan NOW, mengatakan pusat itu perlu memberi perkhidmatan sebagai gerakan masyarakat sivil untuk membantu penyebaran kesedaran kepentingan pendedahan maklumat sebagai “budaya Malaysia” dan meningkatkan tekanan kepada kerajaan untuk memulakan reformasi perundangan.

Tentang ini, ahli politik itu berkata salah satu objektif utama NOW adalah untuk menjadi pelobi reformasi perundangan dan pusat “pemantauan” untuk memastikan ahli-ahli parlimen, kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan bertanggungjawab dengan tindakan mereka.

Menurut beliau lagi, pendedahan maklumat hanya 50 peratus daripada kerja utama pusat itu.
“Kita perlu pusat seperti ini sekarang kerana jika kita bergantung kepada kerajaan, kita akan terus tersekat. Cara terbaik adalah untuk mengambil jalan masyarakat sivil, “katanya.

Beliau menegaskan melalui tekanan daripada pergerakan masyarakat sivil selama berdekad menyebabkan akhirnya kerajaan bersetuju untuk memansuhkan akta kontroversi British digubal menjadi Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

“Ia telah berjaya sebelum ini. Dalam kes ini, kita mahu mengubah cara pandangan masyarakat tentang pendedahan maklumat yang mungkin akan memakan masa lima atau enam tahun.

“Akan ada cukup tekanan awam sehingga kerajaan tidak boleh mengabaikan ia,” katanya.

Tentang tujuan NOW demi akauntabiliti, Rafizi berkata pusat itu akan memberi tumpuan kepada “kerja pemantauan parlimen”, termasuk memantau prestasi ahli parlimen, bagaimana mereka menghabiskan peruntukan mereka dan pelaksanaan undang-undang selepas diluluskan di Parlimen.

Beliau berkata NOW juga akan menyiarkan suatu Indeks Pendedahan Maklumat tahunan untuk menilai bidang atau industri di negara ini  yang memerlukan pembetulan.

Ini, tambah Rafizi, adalah di mana beliau berharap persepsi awam bahawa NOW adalah pusat politik yang partisan akan berubah.

“Apa yang kita akan lakukan adalah untuk menjejaki prestasi setiap ahli parlimen di Parlimen - berapa kali dia telah bercakap, apakah isu-isu yang diambil dan sebagainya. Ini boleh memalukan, walaupun terhadap sesetengah wakil kami dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Tetapi ia mesti dilakukan supaya mereka akan menyedari bahawa mereka boleh terus memegang kerusi mereka kerana ada sebab ... ia adalah satu bentuk KPI, “katanya.

Rafizi berkata pusat itu juga akan mengesan dan memerincikan dalam laporan bagaimana ahli parlimen menghabiskan peruntukan parlimen mereka di kawasan dan akan didedahkan kepada umum.

“Akhir sekali, apabila undang-undang diluluskan di dalam Dewan, kita akan melaporkan bagaimana ia dilaksanakan dan apakah kesannya.

“Kita tidak mempunyai apa yang saya panggil aktivisme perundangan.

“Tetapi ia adalah penting kerana orang ramai tidak memahami proses perundangan dan tidak tahu bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan mereka,” katanya

Tanpa “pemantauan”, Rafizi berkata tiada siapa akan sedar sama ada niat undang-undang sebenarnya dilaksanakan.

“Mungkin apabila kami mengeluarkan laporan, beberapa ahli parlimen atau pemimpin boleh membuangnya, tetapi kita meletakkan maklumat dalam ruang awam dan jangan lupa, masyarakat lebih berjaga-jaga hari ini daripada sebelum ini,” katanya.

Sebagai contoh, Rafizi menegaskan bahawa pada masa lalu, walaupun Laporan Ketua Audit Negara telah dikeluarkan setiap tahun, tidak ramai memberikan perhatian kepada kandungannya.

“Tetapi apabila seseorang membawa sebagai agenda awam, maka kesedaran naik dan pihak berkepentingan tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menjadi bertanggungjawab kepada ia.

“Dan ini adalah fungsi NOW,” katanya.

Tetapi Rafizi juga mengakui bahawa peranan beliau sebagai pengarah eksekutif NOW menyebabkan ia sukar untuk menangkis persepsi bahawa fungsinya adalah bersifat politik.

Beliau menegaskan bahawa NOW tidak mempunyai agenda politik, sambil menambah bahawa dia akan melakukan segala-galanya dalam keupayaan untuk memastikan bahawa tiada parti politik dalam PR — PKR, PAS atau DAP — akan menggunakan pusat sebagai alat politik untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin dari Barisan Nasional (BN).

“Kami sangat prihatin tentang itu,” katanya, sambil menambah bahawa dalam beberapa tahun, beliau berharap untuk melepaskan peranan beliau kepada individu yang tidak partisan.

Rafizi menambah bahawa selepas beberapa bulan pelancarannya, beliau berharap untuk meletakkan bersama panel penasihat untuk menyelia fungsi NOW.

Pasukan itu, katanya, mesti termasuk pemimpin melangkaui jurang politik, serta wakil masyarakat sivil.

Impian kami bukan tentang pendedahan bersifat politik, ia bukan hanya pendedahan maklumat mengenai skandal politik ... terdapat isu-isu yang lebih besar  — kebimbangan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan ... perkara-perkara yang memberi kesan kepada kita semua pada setiap peringkat.

Hidup bukan hanya tentang politik,” katanya.

NOW kini mempunyai pasukan empat anggota termasuk Rafizi dan dijangka untuk memulakan temu bual sukarelawan tidak lama lagi, tidak lama selepas pelancaran hari ini.


INI BARU BETUL!!!!!... INI BARU ADIL.. INI BARU DINAMAKAN NEGARA HUKUM,  BUKAN NEGARA GUNAPAKAI UNDANG-UNDANG RIMBA SEPERTIMANA MENJADI AMALAN UMNO KINI..

PENDEDAH PENYELEWENGAN SEPATUTNYA DIANGKAT SEBAGAI WIRA BUKANNYA DISUMBAT KEDALAM PENJARA!!!!


SUMBER:KLIK

Perbandingan Prestasi antara BN dan PR


SUMBER :KLIK

PERBANDINGAN PRESTASI TADBIR URUS KERAJAAN NEGERI BARISAN NASIONAL DAN PAKATAN RAKYAT

Selepas dekat 3 tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan  (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1.[1] Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta.[2] Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.

Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan.[3] Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010.[4] Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan.[5]

Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.


Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009
2005
(RM juta)
2006
(RM juta)
2007
(RM juta)
2008
(RM juta)
2009
(RM juta)
Johor
Hasil617.18693.22779.60812.36750.42
Perbelanjaan Mengurus656.67686.09775.08882.71829.10
Lebihan/(Defisit)(39.49)7.134.52(70.35)(78.68)
Pahang
Hasil485.70435.69441.04481.84492.14
Perbelanjaan Mengurus412.98363.52422.91508.96534.41
Lebihan/(Defisit)72.7272.1718.13(27.12)(42.27)
Johor + Pahang
Hasil1,102.881,128.911,220.641,294.201,242.56
Perbelanjaan Mengurus1,069.651,049.611,197.991,391.671,363.51
Lebihan/(Defisit)33.2379.3022.65(97.47)(120.95)
Selangor
Hasil967.761,160.201,285.101,516.341,763.86
Perbelanjaan Mengurus1,034.501,087.691,153.221,467.241,829.82
Lebihan/(Defisit)(66.74)72.51131.8849.10(65.96)


Melaka dengan Pulau Pinang

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan  lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.

Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.

Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).

Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

BilButiran20082009
(RM Juta)(RM Juta)
1Dividen Diterima1.430.95
2Keuntungan Diterima2.374.14
Jumlah Dividen dan Keuntungan3.85.09
3Bayaran Yuran Pengurusan0.150.09
Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya. Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan. Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)
Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka
TahunPelaburan (RM Juta)Faedah Dan Perolehan Diterima (RM Juta)Faedah Diterima (%)
2005186.051.680.9
2006182.784.82.6
2007189.6610.935.6
2008192.2716.68.6
2009210.93104.7


PENTADBIRAN NEGERI

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah. Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta.[6] Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.

Kajian Kes: Isu Curi Pasir

Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor. Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.

Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor.[7]

Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.

Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan. Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.

Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang. Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta. Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Melaka dengan Pulau Pinang

Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang. Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali. Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat. Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga.  Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang? Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya. Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta. Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung? Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan.[8]

PENDEMOKRASIAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:

Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
Menghidupkan semula SELCAT;
Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
Mengumumkan aset Exco Selangor;
Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.
Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka. Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat. Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:

Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.
Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka. Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional. Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.

Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi. Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan. Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Rujukan am:

Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
Laporan Ketua Audit Negara – Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
[1] Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.

[2] Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.

[3] Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17

[4] http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/

[5] Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19

[6]http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50

[7] Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50

[8]Eye on Malaysia jadi ‘gajah putih’ http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger