24 May 2011

Kembalilah BERTAUBAT dan MENJERNIHKAN JIWA


Orang diatas hanya cuma mahu bertanya jalan bukan membeli tiket.



Kerosakan masyarakat hari ini tiada lain melainkan apabila jiwa sudah berada dalam kegelapan haiwani dan nafsu. Mereka menjadikan segala kebendaan, asbab, kekuasaan diri, akal sebagai penyembahan mereka. Masyarakat sudah meninggalkan Allah pada hakikatnya walaupun mereka solat dan patuh dengan islam pada syariat. Jiwa mereka tiada mencapai hakikat redha dengan takdir Allah, jiwa mereka tiada sebenarnya menyakini akan sifat kasih sayang Allah - jiwa mereka tiada terikat dan pergantungan dengan Allah - jiwa mereka tiada sepenuhnya meletakkan cinta hanya pada Allah ; Jiwa mereka tiada berada di langit rabbaniyah tetapi terikat dan terbelenggu dalam alam haiwani dan syaitani.

KETUHANAN kepada KEBENDAAN MATA BENDA DUNIA seperti DUIT telah membunuh KELAZATAN PENGABDIAN KEPADA PENCIPTA KEBENDAAN itu sendiri.


Sebagai penyelesaian masalah, mereka meletakkan nafsu di hadapan daripada keimanan. Mereka menjadikan kemarahan, kesombongan, dengki, dendam, kebencian, buruk sangka, fitnah, perdebatan, mencari kemenangan sebagai keutamaan. Justeru , masalah akan menjadi lebih bermasalah dan kehidupan menjadi semakin tiada haruman keamanan.

Anak-anak didoktrin ibu bapa secara tanpa sedar agar memburu HIDUP SENANG dengan belajar atau dengan kata lain; BELAJAR UNTUK KESENANGAN DUNIA/PANGKAT/HARTA/KAYA.

Anak-anak dari bangku sekolah lagi diajar fahaman KETUHANAN KEBENDAAN sehingga mereka belajar dengan tujuan kebendaan demi jaminan kehidupan dunia yang kecil. Siapa yang kaya, berada, berpangkat DIHORMATI dan golongan yang bertakwa yang miskin dipandang rendah, jumud dan tiada maju malah penghalang kemajuan.

Fahaman kebendaan ini menghancurkan kasih sayang dalam keluarga, masyarakat dan Negara. Fahaman kebendaan melahirkan para pemimpin menjadikan jawatan sebagai jalan untuk mengkayakan diri dan kroni, menjadikan kekayaan sebagai agenda utama melebihi rakyat, para ulama yang sanggup menjual agama mereka dengan sesuap kebendaan, menjadikan rasuah, penipuan dan pecah amanah sebagai adat kebiasaan yang perlu dalam masyarakat hari ini, mewujudkan masyarakat yang mementingkan diri sendiri, mengerjakan umrah tiap tahun sedangkan sekelilingnya penuh dengan mereka yang miskin mengharapkan bantuan.

Dunia menuju kemajuan kebendaan, jiwa manusia menuju kepada kehancuran dalam sifat kebuasan haiwan dan kejahatan syaitan . Apa akan jadi pada dunia dan kehidupan ini jika masyarakat dikelilingi manusia yang bernafsu haiwan dan syaitan. Yang menjadi mangsa adalah golongan kanak-kanak dan remaja, mereka akan hidup meniru dengan acuan yang wujud dihadapan mereka membawa jiwa mereka langsung mati dengan Allah dan Rasul.

Kita sudah menyaksikan kini bagaimana kemungkaran zina, riba, arak, judi, rasuah, penipuan, rompakan, kecurian, samun, pembunuhan dan pelbagai lagi jenayah yang diharamkan islam dan semua agama menjadi perkara biasa malah tiada dianggap dosa dan kesalahan. Islam pada syariat sahaja tiada dapat menyembuh jiwa yang menajdikan kebendaan dan diri sebagai penyembahan.

Begitu ramai ahli agama yang menjadikan dunia sebagai matlamat, ahli abid yang memuji diri mereka, para pendakwah yang mencari pujian. Semua ini berlaku kerana jiwa tiada ,mencapai hakikat iman, tauhid dan makrifat yang hakiki.

Marilah kita membina kejernihan jiwa dengan benar-bnenar mendidik jiwa dengan kesucian kepada Allah, suci dalam niat, suci dalam kemahuan, suci dalam ketauhidan dan suci dalam perasaan. Mari kita menghirup ketenangan menyerah diri pada Allah, memandang segala dari Allah, merasai sentiasa bersama Allah dan hanya bermatlamat kepada Allah.

Mari kita bertaubat dan jernihkan jiwa untuk membangunkan Islam diatas muka bumi ini diatas manhaj AHLI SUNNAH WAL JAMAAH YANG SEBENAR; jernihkan jiwa dengan.....

  1. jiwa yang mencintai Allah dan Rasul,
  2. jiwa yang fakir,
  3. jiwa yang merasa berdosa diantara orang yang berdosa,
  4. jiwa yang berlapang dada dengan perbezaan pendapat,
  5. jiwa yang memaafkan,
  6. jiwa yang cintakan kebaikan,
  7. jiwa yang penuh kerendahan dan kasihsayang,
  8. jiwa yang lazat dengan muraqabah(merasa) dan musyahadah (memandang),
  9. jiwa yang lazat dalam ibadah,
  10. jiwa yang rindu pertemuan dengan Allah,
  11. jiwa yang berbimbang akan dosa,
  12. jiwa yang bebas dari iktan makhluk dan kebendaan,
  13. jiwa yang benas dari mengagungkan budaya Barat,
  14. jiwa yang tiada takut dan gentar hanya paad Allah,
  15. jiwa yang syukur dengan kewujudan Rasulullah sebagai taulaudan dan rahmat bagi sekelian alam.

Zawiyah Syaikh Abdul Malik.


20 May 2011

FALSAFAH POLITIK MACHIVELLI

Pengenalan

Niccolo Machiavelli dilahirkan pada 3 Mei 1469 di Florence, Itali. Ayah beliau adalah seorang ahli hukum dan beliau dibesarkan dalam keluarga yang ternama tetapi tidak begitu berada.


Ketika Machiavelli berumur 29 tahun, beliau memperolehi kedudukan tinggi dalam kerajaan Florence. Beliau berkhidmat dalam kerajaan Florence selama 14 tahun sebagai setiausaha kerajaan dan terlibat dalam pelbagai misi diplomatik ke Perancis, German dan di dalam negeri Itali.


Pada tahun 1512, kerajaan Florence telah digulingkan oleh golongan Medici dan kerajaan berbentuk republik telah bertukar menjadi kerajaan zalim. Machiavelli pula telah disingkirkan daripada jawatannya. Oleh kerana terdesak untuk kembali ke alam politik, beliau cuba menarik perhatian pemerintah Medici dengan menulis sebuah buku politik yang pada pandangannya merupakan matlamat Medici dan berharap ianya dapat diterima oleh mereka sebagai panduan dalam pemerintahan. Maka lahirlah karyanya, The Prince semata-mata untuk memuaskan dan memikat hati pemerintah. The Prince dipenuhi dengan idea Machiavelli tentang keperluan pemerintahan yang zalim dengan ideologi yang keji dalam sesebuah negara.


Malangnya, usahanya ditolak oleh pemerintah Medici dan beliau tidak dapat sebarang jawatan yang diinginkan. Beberapa tahun kemudian, setelah pemerintahan Medici dijatuhkan dan kerajaan republik dikembalikan, Machiavelli sekali lagi cuba untuk menyertai semula kerajaan yang pernah disertai sebelum itu. Tetapi oleh kerana tulisannya, The Prince, karya itu telah mempengaruhi orang ramai untuk tidak menerimanya kembali kerana mereka memikirkan falsafahnya menyerupai pemerintah Medici. Keadaan itu telah menyebabkan Machiavelli jatuh sakit lalu meninggal dunia pada tahun 1527 ketika beliau berumur 58 tahunAntara karya-karya beliau ialah The Discourse upon the First Ten Books of Titus Livius, The Art of War dan A History of Florence and La Mandragola. The Prince adalah sebuah karya beliau yang termasyhur dan memang paling mudah untuk dibaca dari semua tulisan ahli falsafah.


Falsafah Politik Machiavelli


Falsafah politik Machiavelli adalah falsafah pengalaman peribadinya yang bersifat saintifik dan empirikal yang berdasarkan suasana kekacauan politik pada zaman Renaissance. Ketika beliau berkhidmat sebagai setiausaha kerajaan, beliau telah menemui ramai ahli politik yang terkemuka dan salah seorang daripada mereka ialah putera Alexander VI, Cesara Borgia, yang telah memberi kesan mendalam kepadanya. Machiavelli kagum dengan cara pemerintahan Borgia yang bijak mengatur perancangan bagi memenuhi cita-cita walaupun bertindak dengan zalim sebagaimana digambarkan dalam karya beliau, The Prince.

Fikiran pokok buku ini ialah, untuk mengekalkan kuasa, para pemerintah harus mengabaikan pertimbangan moral sepenuhnya dan menaruh segala keyakinan terhadap kekuatan dan kepintaran menipu. Dalam tulisan Machiavelli, beliau banyak menceritakan sejarah kerajaan terdahulu seperti kerajaan Yunani dan Rom yang memusatkan kepada kuasa sebagai tunggak
pemerintahan. Beliau juga mengatakan pemerintah perlu bijak mengaburi mata rakyat dengan menyuap rakyat dengan hiburan, pertunjukan seni dan sukan bagi melalaikan mereka dan agar terus mendapat sokongan daripada rakyat. Jika ada yang menentang, perlaksanaan undangundang secara tegas walaupun dalam bentuk kezaliman perlu dikenakan sebagai hukuman tetapi pada masa yang sama dalam bentuk yang kelihatan saksama.

Politik Tanpa Moral


Machiavelli bersikap kritikal terhadap suasana politik semasa yang ketika itu zaman Kecerahan yang penuh dengan korupsi dan berlaku penindasan yang mengongkong kehidupan oleh pihak kerajaan yang dikuasai oleh golongan paderi. Maka, persoalan yang ditimbulkanMachiavelli ialah bagaimana kuasa politik digunakan untuk menstabilkan keadaan. Beliau bersikap prejudis terhadap agama dengan menafikan peranan agama dalam politik. Menurutnya, politik tidak sewajarnya cuba dikaitkan dengan persoalan moral atau agama kerana ia boleh mendedahkan seseorang kepada golongan musuh yang cerdik dan licik. Melalui fahaman sekularisme ini, beliau berpendapat bahawa nilai kemahiran dalam pentadbiran adalah lebih tinggi daripada nilai moral. Berdasarkan pemerhatian Machiavelli terhadap pemerintah Borgia, beliau memuji-muji pemerintahan Borgia yang mencintai kemahiran pemerintahan.

Menurut teori politik Machiavelli, kuasa politik boleh didapati dengan dua cara iaitu pertama, jika bernasib baik melalui warisan daripada keturunan atau yang kedua, melalui penaklukan. Bagi menguasai negara baru, pihak pemerintah hendaklah menghapuskan seluruh pencabarnya dari kerajaan terdahulu walau dengan apa cara pun. Kemudian, pemerintah harus bijak menggunakan propaganda untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat. Dari aspek ini, Machiavelli menyatakan kecemerlangan sesebuah pemerintah hanya memerlukan seorang pemerintah yang mempunyai metod pemerintahan yang licik dan dapat menyelesaikan segala masalah.


Ciri Pemerintahan Yang Baik


Machiavelli menggariskan beberapa ciri yang dianggapnya sebagai asas utama dalam
mengekalkan kuasa walaupun persepsi dari sudut moralnya buruk sekali. Menurut beliau,
keperibadian seorang pemimpin adalah asas bagi kemantapan sebuah kerajaan. Beliau
menyatakan nilai–nilai buruk yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin adalah seperti sifat
kedekut, melakukan kejahatan dan tidak takut kepada kutukan rakyat. Malahan menurutnya,
seorang pemimpin seharusnya mengutamakan sifat kedekut lebih daripada pemurah. Sifat
pemurah hanya ditunjukkan ketika memerlukan sokongan dan pujian rakyat. Jika mahumenunjukkan sifat pemurah, pemimpin seharusnya menggunakan harta orang lain untuk diberikan kepada rakyat tetapi bagaimanapun, bukan dengan cara merampas harta mereka.

Dalam bab 17 buku The Prince, Machiavelli membincangkan apakah seorang pemimpin itu
lebih baik ditakuti atau dicintai. Beliau menjelaskan lebih baik pemimpin itu ditakuti dari dicintai dengan bertindak kejam dalam menjalankan hukuman terhadap rakyat. Hukuman yang kejam akan memberi kesan yang lebih mendalam kerana ia dapat menakutkan ramai orang dan mengurangkan jenayah. Walau bagaimanapun, pemimpin perlu menghindari dibenci rakyat dengan tidak merampas harta mereka. Beliau menambah, perasaan dicintai itu boleh hilang mengikut kehendak bebas manusia tetapi apabila ditakuti dan diperkuatkan lagi dengan kengerian akan hukuman, ianya selalu berkesan. Kalau pun pemimpin itu tidak dicintai, sekurang-kurangnya dia tidak dibenci rakyat.


Dalam bab 18 yang berjudul “Cara bagaimana seorang pemimpin memegang
kesetiaan(janji)”. Di sini Machiavelli berkata seorang pemimpin yang cermat tidak harus
memegang kesetiaannya(janjinya) jika sesuatu yang dilakukan itu berlawanan dengan
kepentingannya. Beliau memberi dua kaedah perjuangan politik. Pertama, melalui undang-undang tetapi ini selalunya menemui kegagalan. Kedua, melalui kekerasan dan penipuan ataupun yang diistilahkan sebagai ‘cara binatang’. Pemimpin perlu memiliki sifat kedua-dua binatang singa dan kancil. Singa kerana ganas dan lambang dahagakan kuasa dan kancil yang sangat licik bijak menipu.


Machiavelli menambah, seorang pemimpin juga patut menonjolkan sifat hipokrit dalam
kehidupan hariannya. Dia harus berpura-pura menonjolkan nilai baik dalam dirinya terutama sifat pemurah, jujur, berperikemanusiaan, baik budi dan alim. Machiavelli berkata seorang pemimpin itu tidak perlu memiliki semua sifat baik tetapi ‘seakan-akan memiliki sifat baik’ kerana manusia akan hanya menilai berdasarkan apa yang dilihat sahaja daripada apa yang mereka rasa.


Perubahan karakter pemimpin mestilah mengikut keadaan. Rasa sayang dan moral dapat
diabaikan jika diperlukan.Seterusnya, Machiavelli menyatakan seorang pemimpin harus mengelakkan diri daripadadibenci dan melakukan perkara yang mengaibkan di mata rakyat. Ini boleh dilakukan dengan tidak merampas harta rakyat, merampas isteri orang bawahan dan tidak menonjolkan sifat tamak dan berkeinginan. Di samping itu seorang pemimpin mestilah ada sikap yang konsisten dengan tidak berubah sikap dalam tindakannya, tidak bersikap melulu, lemah, pengecut dan tidak tegas.

Diajuga perlu pandai mengambil hati golongan pembesar negara dan membahagiakan rakyat
bawahannya. Pemerintah perlu membimbing para pembesar cara bergaul dengan rakyat dan
memberi penghargaan kepada rakyat.Bagaimanapun, dalam mencapai dan mengukuhkan kuasa, seseorang pemimpin ituhendaklah mengukur antara manfaat tindakan yang baik dan tindakan yang buruk. Jika perlumemperolehi kuasa, maka tindakan buruk diutamakan. Demi kepentingan kuasa politik, bagibeliau pemerintah diharuskan menggunakan sebarang cara untuk merealisasikan matlamatnyadengan doktrin, the end justifies the means. Pada pandangan Machiavelli, dalam politik adalahsesuatu yang bodoh jika seseorang pemimpin itu menggunakan cara yang boleh membawa kegagalan kepadanya sehingga hilang kekuasaan.

Penutup
Tiada siapa yang lebih memahami tentang pentingnya kuasa dalam politik melainkan
Niccolo Machiavelli. Beliau dinobatkan sebagai ahli falsafah politik moden dengan teori politik yang dipaparkan dalam bukunya The Prince. Bagi Machiavelli, apa yang diusulkan bukan bagaimana rakyat harus bertingkah laku atau siapa yang mesti berkuasa tetapi bagaimana sesungguhnya seseorang itu boleh memperolehi kekuasaan. Golongan penentang teori ini pula,menganggap Machiavelli sebagai simbol kediktatoran dan kekejaman. Teori kepemimpinan Machiavelli dikatakan cenderung menghalalkan segala cara untuk mempertahankan suatu kekuasaan. Karya Machiavelli, The Prince, dianggap orang sebagai ‘buku petunjuk untuk para.

SUMBER:



14 May 2011

Saat Memandang ALLAH dalam tiap kelakuannya...

9 STRATEGI DAKWAH WALI SONGO



on Wednesday, 02 June 2010 at 09:21
1. Kalimasada senjatane ( Senjatanya adalah Iman, Islam dan Ihsan yang terkandung dalam Syahadat)
Artinya : selalu mendakwahkan iman, Islam, Ihsan. Mengajak umat untuk kembali kepada Allah dan setia pada Rasulullah.

2. Becik ketitik, Olo ketoro (Kebenaran akan selalu menang, dan kemungkaran akan lenyap binasa).
Artinya: Dakwah Wali Songo adalah dakwah dalam kebenaran dengan cara damai. Dan Allah pasti akan menolongnya.

3. Sugih tanpa banda (Kaya tanpa modal harta).
Artinya : Jangan rakus pada harta….kebahagiaan adalah ketika kita mampu mendakwahkan agama, dakwah jangan bergantung pada harta.

4. Nglurug tanpa bala (Menyerbu tanpa banyak orang/tentara).
Artinya : jangan terhijab dan terpesona dengan banyaknya jumlah kita,…..karena kemenangan berasal dari pertolongan Allah. Bukan karena banyaknya pengikut.

5. Menang tanpa ngasorake (Menang/unggul tanpa merendahkan orang).
Artinya : Berdakwah harus dengan cinta, damai dan lemah lembut, jangan menganggap hina musuh-musuh kita….kita pasti unggul dengan sikap tawadhu’…..jangan merendahkan org lain (jangan sombong).

6. Mulya tanpa punggawa (Mulia tanpa anak buah).
Artinya : kemuliaan hanya dalam iman, takwa, akhlak dan pengamalan Islam secara Kaaffah, bukan karena banyaknya pengikut.

7. Mletik tanpa sutang (Melompat jauh tanpa galah/tongkat panjang).
Artinya : Niat untuk berdakwah ke seluruh penjuru alam adalah berkat pertolongan Allah, bukan karena sebab-sebab yang lain.

8. Mabur tanpa lara (Terbang tanpa sayap).
Artinya : kita bergerak untuk berdakwah menjumpai umat di mana pun berada.

9. Menang tanpa tanding (Menang tanpa berperang).
Artinya : Berdakwah adalah dengan hikmah, cinta, kasih, damai, kata-kata yang sopan, akhlaq yang mulia dan doa-doa yang selalu dipanjatkan kepada Allah agar umat seluruh alam mendapatkan hidayah dari Allah. Bukan dakwah dengan kekerasan atau anarkis.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat yang banyak bagi mereka yang ikhlas dan benar-benar mengharapkan redha TUHAN-nya dalam sepak terajang dunia DAKWAH

12 May 2011

GST merugikan pengguna, menindas SI miskin

SUMBER


GST: Kesan keatas Pengguna dan Rakyat


Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.

GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.

Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya.

Ditambah lagi , dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.

Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapore, Thailand, Indonesia dan Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapore 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan Filipina 10%.

GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.

Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US , mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah semada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.

GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai.

Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.

GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga.Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.

Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.

Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.

Akhirnya pengguna akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahkan GST kepada pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.

7 poin mengenai GST

1. Peniaga dikehendakki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.

2. GST dikenakan ke atas bekalan yang di cukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.

3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.

4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.

5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).

6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.

7. Beban akhirnya ialah pengguna.



P/S: Bukan sekadar melaksanakan GST..tetepi apa jaminan KERAJAAN perlaksanaannya mmg menguntungkan RAKYAT, aptaha lagi mereka yang berpendapatan rendah? Apakah fokus nya sekadar MENGUNTUNGKAN KERAJAAN? Apa pula yang menguntunghkan RAKYAT?

Sejak melaksanakan cukai, hingga kepada wang zakat..pelbagai bukti kita saksikan wang-wang ini di salahgunakan untuk kepentingan tertentu. Setakat ORANG kampung duduk FELDa BOLEHLA BELI UNDI MEREKA DENGAN KAIN BATIK DAN DUIT 50 HINGGIT. SEBUT GST DEPA BUKAN TAU APA...

3 May 2011

50 Perkara Untuk Menjadi Suami Yang BAIK

  1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

  2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
  3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
    Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
  4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
  5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
  6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
  7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
  8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
  9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
  10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

  11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
  12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
  13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
  14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
  15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
  16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
  17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
  18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
  19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
    Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri.
    Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
  20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
  21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
  22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
  23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
  24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
  25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
  26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
  27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum
    cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
  28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
  29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
  30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki
    cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
  31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
  32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
  33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
  34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiapperbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
  35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
  36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
  37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
  38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
  39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
  40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
  41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
  42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
  43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
  44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
  45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
  46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
  47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
  48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
  49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
  50. Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
SUMBER

Kewujudan dan Kematian OSAMA...Satu Penipuan CIA


Gambar yang tersebar di laman twittwer...tetapi cepat dipadamkan ini menimbulkan tanda - tanya akan kesahihan berita yang di momokkan MEDIA YAHUDI dan BARAT.

Konspirasi-konspirasi tentang kewujudan OSAMA-TALIBAN-SERANGAN KEGANASAN KE ATAS WTC saling bercanggah dan semakin dikaji- semakin kita menemui tangan-tangan KEJAHATAN yang berselindung dengan motif yang sama- MEMUSUHI SERTA MENGHANCURKAN ISLAM DAN UMATNYA.

Berhati-hatilah dalam menerima maklumat dari para pemuka KAFIR LAKNATULLAH ini .

Rujuk juga artikel yang menari ini ..KLIK

1 May 2011

Sidang Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia


Tema:

Islam Tergugat: Apa Tindakan Kita?

Anjuran: Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

Tarikh: 7hb Mei, 2011 (Sabtu)

Masa: 8:00 pagi – 1:30 tgh

Tempat: Dewan Muktamar Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur

Pengisian Majlis:

Ucap Utama, Forum dan Pelancaran Gerak Kerja PEMBELA

Hadirin yang dijemput:

Para pemimpin NGO Islam, AJK Masjid/Surau, AJK Kelab/Persatuan Kakitangan agensi kerajaan/swasta

Sila daftar segera (tempat terhad).

Hubungi melalui:

SMS 019-258-7512 atau emailkan kepada zramlee@yahoo.com

atau 014-863-2101 – aliffbasri@gmail.com

Sila ikuti pengumuman lanjut di sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger