29 Apr 2018

Video Suara Hati Rakyat ; Bicara PRU 14


Peringatan Untuk Diri Kita



۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

Jangan terlena dengan dunia ini, jangan buang-buang waktu, manfaatkan setiap detik hidup kita yang masih tersisa di dunia ini untuk :

1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub) dengan memperbanyak dzikir dan amal ibadah lainnya.

2. Mengerjakan berbagai amal sholeh dan kebaikan walaupun sekedar memberikan sebutir kurma kepada orang lain

3. Membekali diri dengan takwa

4. Menggunakan kenikmatan yang diberikan Allah SWT (harta, waktu luang, kesehatan) untuk taat kepada-Nya.

5. Mensyukuri nikmat Allah SWT dengan menggunakan nikmat tersebut untuk semakin lebih taat kepada-Nya. Menggunakan nikmat harta, nikmat waktu, nikmat sehat untuk digunakan sebagai sarana untuk beribadah lebih banyak lagi kepada-Nya.

Semoga kita tidak termasuk umat yang digambarkan Allah SWT seperti dalam firman-Nya : “Hingga ketika datang kematian menjemput salah seorang dari mereka, ia pun berkata: ‘Wahai Rabbku, kembalikanlah aku ke dunia agar aku dapat mengerjakan amal shalih yang dulunya aku tinggalkan’.”
(Al-Mukminun: 99-100)

Satu Hari Satu Ayat

Satu hari satu ayat Al-Quran

وَلَا تَتَمَنَّوْا۟ مَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بِهِۦ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبُوا۟ ۖ وَلِلنِّسَآءِ نَصِيبٌ مِّمَّا ٱكْتَسَبْنَ ۚ وَسْـَٔلُوا۟ ٱللَّهَ مِن فَضْلِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمًا
An-Nisaa (4:32)

Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

28 Apr 2018

All Is Well


(Raikan perbezaan pilihan. Berlapang dada le dgn dgn pulihan orang lain.. xpe dlm grup ni ada berapa penjurupun.. siapapun yg menang, All is well bak kata Ustaz Pahrol) 😊😊😊

All is well...

Jika BN menang sedikit dan PAS jadi 'King maker' , lalu terbentuklah kerajaan campuran, maka PAS akan jadi penasihat. Ini bagus, rakyat boleh menilai bagaimana respons BN terhadap nasihat-nasihat Islamik daripada PAS bagi memberi kebaikan dan kebajikan yang lebih baik untuk rakyat. Kita boleh melihat bagaimana sinergi ulama PAS dan ulama UMNO untuk melahirkan umara yang lebih taqwa. 'King maker' mudah-mudahan akan berjaya mengurangkan imej 'Cash is King'.

Jika PAS menang semua kerusi, dan menjadi parti yang paling dominan,  maka kita berpeluang melihat bagaimana prinsip dan dasar-dasar Islam dalam kerajaan pimpinan PAS diaplikasikan dalam seluruh sistem bernegara dan diterjemahkan secara syumul dalam realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Dan tentu sahaja semua janji dalam manifestonya akan ditunaikan.  Tentu ini  sangat baik dan menarik bila umara dan ulama ada pada individu yang sama.

Jika PAKATAN HARAPAN menang, baik juga. Tentu mereka akan membentuk kerajaan yang lebih adil dan mesra rakyat dengan menunaikan segala janji dalam manifestonya. Tentulah mereka lebih berhati-hati dan sudah belajar daripada kesalahan kerajaan yang sebelumnya bagi membina sebuah negara yang lebih berintegriti,  adil dan mesra rakyat. Ulama dalam parti AMANAH  dan individu yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam dalam PKR akan menjadi penasihat supaya nilai-nilai Islam terus dipertahankan dan kedudukan Islam dalam perlembagaan akan terus dipelihara.  Rakyat akan melihat bagaimana PAKATAN HARAPAN memenuhi harapan mereka.

Jika BN terus menang besar, kita perlu terima dan berlapang dada kerana  itulah hakikatnya sistem demokrasi, kita perlu akur  kepada suara majoriti. Selagi ini 'permainannya' maka kita perlu setuju dengan peraturan permainan dan  keputusannya. Kita berharap kerajaan BN nanti akan mesra rakyat, belajar daripada kesalahan lalu dan membangunkan sistem pemerintahan dan urus tadbir yang lebih berintegriti dan kompeten. Majoriti rakyat telah memilih, maka kita perlu menerimanya. Jika 'pisang berbuah dua kali' maka kesabaran perlu untuk menghadapinya.  Tentu ada hikmahnya, Allah takdirnya semua itu berlaku.

Jika terbentuk pula kerajaan campuran yang lain dari yang lain (kerana politik ialah bidang yang serba mungkin - kawan jadi lawan, lawan jadi kawan, boleh terjadi 'sekelip mata') maka apakah kita ada pilihan untuk tidak menerimanya? Maka terimalah juga dengan berpegang kepada prinsip 'yang menang tidak dapat semua,  yang kalah tidak hilang semua.'

Apapun marilah kita jaga persaudaraan sesama Islam, menghormati dan menghargai yang bukan Islam, mencintai negara sepenuh hati kerana sabda Rasulullah SAW: ”Sayangilah yang ada di bumi, niscaya Yang ada di langit akan menyayangimu.” (HR. At Thabrani dalam al Mu’jam al Kabir, Shahihul Jaami’ no. 896)

Mari kita berdoa agar Malaysia diselamatkan daripada sebarang malapetaka dan terus aman.  Berhati-hati ketika mengundi. Istikharah dengan Allah, bermesyuarat dengan manusia.  Kita tidak akan kecewa. InsyaAllah.  Amin.

(Sekadar pandangan seorang marhein yang tidak celik politik.)
#Ustz Pahrol M Juoi

Imam Muda Warga Palestine Syahid Di Bunuh Mossad




27 Apr 2018

Membunuh Kutu Rambut


Tak pasal-pasal anak ada kutu kat rambut. Mana datang pun tk pasti hinggalah perasan dia menggaru-garu rambut lebih kerap.
.
Pengalaman ini suatu yang baru bagi ibu bapa. Apa yang patut dibuat. Apa patut kita gunakan untuk menghilangkan kutu dan telurnya dari rambut?
.
Rupanya bila di kaji dan diselidik kutu ni ada pusingan hidup dia. Sesetengah kaedah berkesan pada kutu yang dah menetas sahaja. SELEPAS 3 hari kena ulangi lagi langkah tadi memandangkan telur yang belum menetas tadi akan mula kitaran hidup baru.
.
Jadi langkah perlu di ulang setiap 3 hari.
.
Ada banyak kaedah.
.
1. Guna monotameous earth/ kapur ajaib
2. Ridsect
3. Minyak zaitun
4. Cuka dan lemon
5. Air daun durian belanda
.
Cara setiap satu diatas sama shj.
1. Lumurkan bahan tadi pada rambut yang kering
2. Perapkan sekejap dengan plastik/ kain tuala
3. Basuh dan bilas selepas 40 minit-4 jam.
4. Ulangi 3 hari berikutnya. Kalau ada lagi lepas 4 sesi. Ulangi selang 2 hari. In sya Allah hilang.
.
Jagalah kebersihan diri.
.
Pastikan tiada nanah atau bisul. Kalau dah mula ada tanda ni cepat2 lah jumpa doktor

26 Apr 2018

Syarah Hikam ke 100


Mari Mengundi Calon Berwibawa :


Siapa patut kita undi BoH?
.
Undilah calon yang paling berwibawa, bersih dan boleh membawa agenda rakyat dan membela nasib rakyat. Bukan retorik semata. Undilah sebagai tanggungjawab rakyat kepada negara. Bukan orang Islam/ Budha/ Hindu/ Kristian kepada Agama/ Bangsa.
.
Nilai sepunya yang kita bersetuju adalah calon yang boleh bela rakyat, jujur, amanah, integriti, mesra rakyat, tidak bawa kebencian, bawa kasih sayang dan penyatuan sebagai rakyat Malaysia.
.
Usah terperangkap sentimen agama, bangsa, dan perbezaan pendapat. Undilah mereka yang ada kepakaran dan kebolehan. Berdasar maklumat dan data yang anda saring dahulu.
.
Ahli politik pun manusia.. baik dr parti agama atau sebaliknya mereka juga buka semua malaikat, juga bukan semua iblis. Jadi anda nilai lah di tempat anda sendiri. Keperluan pada komuniti anda. Setiap lokaliti tidak sama.
.
Jadilah pengundi bijak dan bukan ikut ikutan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger