26 Sept 2007

SAHABAT PERJUANGAN




azanuddin,syukri, mawi,Abe Zul, Yamin, Hassan, Abe KA, dan Paan.....









Buat kesekian kalinya aku kembali menulis, setelah apa yang berlaku dalam kehidupan aku beberapa minggu yang lepas. Mendepani kehidupan sebagai manusia biasa dalam suasana yang penuh dengan cabaran, dugaan, mehnah dan tribulasi. Acapkali aku merenung masa silamku, kemudian aku kembali merenung masa depanku. Sejarah yang berlalu menjadikan aku sering mengeluh menyesal. Kenapa? Kesilapan yang aku buat menjadikan di mana aku berada sekarang. Terkadang menangis di buatnya, bukan kerana menyesal dengan ketetapan Allah, tetapi kerana menyalahi kehendak Allah swt.









Merenung masa depan menjadikan aku menarik nafas panjang, penuh paru-paru dengan udara..menenangkan hati yang keluh -kesah. Aku masih optimis masa yang Allah masih berikan kepadaku adalah untuk aku memperbaiki kesilapan silamku.Sungguh, Allah masih memberikan masaNya untuk aku perguankan diri dan menebus kembali kesilapan silam. Kemana sahaja aku pergi masih terbayang-bayang dalam benak fikiranku apa yang telah aku rancang untuk menggapai apa yang di katakan sebagai matlamat hidup.


Nama-nama diatas merupakan antara insan yang bayak mewarnai kehidupanku, bersulamkan kesilapan yang aku perbuat....mereka menjadi inspirasi dan pengubat duka di hati. Aku terbayangkan siapa diriku tanpa mereka disisi??? Cuma aku sangat berharap mereka tahu, mereka sahabat aku yang aku hargai di dunia ini. Walaupun kadang-kadang..biasalah manusia..ada pasang surutnya..inilah sahabtku yang seadanya.Seumah pulak tu..dah boleh agak peel masing-masing, kelemahan....


11 Sept 2007

Kehidupan KEMBALI

Setelah sekian hari bercuti , balik ke Kuantan dan menikmati suasana desa..kini aku kembali semula ke kampus UPM tercinta.



Perkara pertama yang bersarang dalam benak fikiran kau kini, bagaimana boleh aku menyiapkan proposal projek yang akan dibentangkan pada hari Rabu ini. Segalanya agak kabur, ditambah pula dengan persediaan yang kurang dan tidak sistematik. Perkara ini sebenarnya menjadi buah mulut setiap orang di fakulti.Masing-masing sibuk mengedit, berbincang dan bersoal jawab bagi memastikan tiada sebarang masalah ketika pembentangan. Namun semua berjalan lancar dengan pelan kecemasan yang ada. Kini aku telah berjaya membentang proposal , cuma perlu sedikit penambahbaikkan.

Dalam kesibukan merancang perjalanan thesis aku, kini kita telah melangkau ke episod baru bulan Ramadhan al Mubarak.Alhamdulillah Allah swt masih panjangkan umur kita untuk kesekian kalinya bagi menikmati rahmat dan limpahan kasih sayang Allah pada hambaNya pada bulan ini. Jangalah kesibukan dunia mengalpakan kita merebut peluang yang umpama bulan jatuh keriba. Sepanjang bulan lepas, kedengaran beberapa insan yang aku kenali telah kembali kerahmatullah, dari semuda 19 tahun hinggalah ke umur 70-an, mereke pergi menyahut panggilan Ilahi. Tamat sudah masa untuk mereka berzikir, bertasbih, beristighfar, beramal, dan membuat kebajikan..masa pantas berlalu dan kini mereka berada dialam yang kita sendiri akan pasti melaluinya. Mereka kini berehat untuk masa yang panjang bagi kita didunia ini. Tiada lagi Ramadhan untuk mereka..sedekahkan Al-fatihah untuk mereka ..Al-fatihah.

Peringatan terus dari Allah tentang kematian seharusnya menginsafkan sanubari kita untuk kejap tetap pada ketaatan titah perintahNya. Entah mengapa kita pasti akan lupa dan terus lupa bahawa berdosa itu akan menyusahkan kita...mengapa tetap kita perbuat dosa?..mungkin kita perlu muhasabah kembali masa dan saat-saat kita berhubung denganNya...sejauh mana komitmen kita, kualiti yang kita bagi untuk setiap hari-hari yng kita laui, setiap kebaikan yang kita perbuat, setiap kalimah zikir yang kita lafazkan, setiap takbir yang kita ungkap untuk bersolat, setiap ilmu yang kita amalkan, setiap minit yang kita luangkan dengan alim ulama'. Adakah semakin baik? atau semakin jauh pula dari haikat sebenar pengabdian kita kepadaNya?
Lantas menjadi hijab untuk kita merasa ihsan terhadap pencipta kita.

Muhasabah yang kita perbuat tiap hari mestilah berkisar pada niat kita....apa tujuan kita?Kemana hala tuju kita..??maka ruang KERAHMATAN RAMADHAN yang terhidang buat kita ini kita manfaatkanlah sungguh-sungguh untuk perbaiki diri kita. Jinakkan nafsu, bukan melayan kehendaknya.kelak sakit badan , menyesal tak sudah....

Burulah rahmatNya...rebutlah anugerahNya..manfaatkan ruag masa yang diberikanNya...selagi ada degup nadi, nafas kehidupan...laksanakn ikrar kita sehari - hari yang kita ungkapkan dalam solat...hidupku, matiku hanya untuk Tuhan sekalian alam..

Dalam kita mendepani permasalahan hati dan amalan persendirian,..aku terpanggil untuk kita juga memperingat akan urusan umat yang berlaku disekeliling kita. Bilamana Islam dicabar, umat Islam diinjak-injak, diperlakukan seperti binatang di negeri sendiri; hatta dalam rumah mereka sendiri, Quran di kencingi, syariat dicabar, munafik berpesta dengan kezaliman yang mereka perbuat terhadap orang Islam, maruah dirobek,Kuffar laknatullah memperbudak-budakkan umat Islam..menyembah bumi keagungan yang kita kecapi ketika zaman para sahabat r.a.suatu ketika dulu.Hialng upaya untuk bertindak, sesak dada bial memikirkannya...APA YANG KITA PERLU LAKUKAN??

Kewajipan terpikul atas tiap kita yang bergelar MUSLIM...berzikir tetap perlu, keberadaan didalam masjid juga perlu untuk kita laksanakan...namun JIHAD juga perlu kita lancarkan...Kekuatan yang bagaimana untuk kita gembelengkan untuk kita juga menjadi peserta dalam gelanggang umat??, bukan sekadar penonton setia!!

Sedarilah sahabat, Jahiliyyah sudah lama kembali menapak dalam masyarakat kita.Zaman fitnah untuk umat ini sangat serius sehingga barah ini berakar umbi ke hati orang Islam. Kenali JAHILIYYAH dalam umat ini dan bangkit menentangnya...SEKULARISME, KOMUNISME, HENDONISME,DARWINISME,FEMINISME, ISLAM LIBERAL, PEMIKIRAN ISLAM HADHARI..DAN SEIRBU MACAM PEMIKIRAN BENTUK BARU TAJAAN AKAL FIKIRAN MANUSIA UNTUK KEPENTINGAN DUNIAWI MEREKA ATAU NIAT JAHAT MEREKA..
Kerahkan segala kekuatan yang ada untuk Islam.agar tiada lagi fitnah untk Islam melainkan semuanya hanay bagi ALLAH.

Kita berpernan di kedudukan mana kita berada..jika kita tentera...berperanan sebagai tentera Islam, jika mahasiswa..berperananlah sebagai mahasiswa Islam yang melancarkan JIHAD setiap msa demi kecintaan kepada Allah dan Rasul, Pekerja? Pengarah?Penyapu sampah? Peniaga?siapa sahaja kita sama-samalah berperanan sebgagai umat Islam yang prihatin.

Panduan kita Al-Quran dan Sunnah...dan ikutan kita bagi zaman kita ialah Pewaris Nabi SAW..itulah dia alim Ulama' yang terlebih faqih(ALIM) dalam agama ALLAH ini. Agama akan rosak jika ditafsir mebuta tuli mengikut haw nafsu..tiada hak untuk kita berbuat demikian..Agama ini Hak ALLAH swt..bukan hak kita...tetapi kita wajib memeliharanya

Menjalankan usaha dakwah, dalam suasana fitnah yang hebat kini..memerlukan kita kepada gerak kerja berkelompok(berjemaah). Carilah medium untuk bergerak kerja..semakin sukar dugaan dan cabarannya..semakin benarlah perjuangan yang didukung.. jika perjungan senang tanpa sebarang ujian, pasti terdapat sesuatu keganjilan disana. Sunnah dalam perjuangan , jalannya sukar, tidak ramai orang nak mengikutinya Mereka berjanji diri mereka semata-mata untuk agama ALLAH, ada yang mati kerananya..dan mereka syahid..dan mereka yang tetap dengan perjuangan.. menunaikan janji-janji mereka dan menunggu giliran masing-masing untuk syahid...dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela..moga Allah golongkan aku dalam golonagn tersebut(Syahid)

Dari sebesar-besar konteks perjuangan sehinggalahke ruang yang lebih kecil; ke kampus..masing-masing ada peranan dan ujian yang tersendiri.Hanya Jauhari yang Mengenal Manikam...Mereka berjaga malam membicarakan urusan umat, dikala yang lain sibuk melayan mimpi, peluh mereka menitis semata-mata memastikan Islam berada ditempat sepatutnya.
Mereka saling membantu, sebahagian mereka membantu sebahagian yang lain..Ikatan yang wujud atas dasar akidah menjadikan mereka kuat walau badai halangan menghempap mereka.

Gerakan Islam , Pejuang-pejuang Islam akan tetap bergerak diaman sahaja di pelusok dunia..menunaikan janji mereka...persoalannya tidakkah kita ingin mengambil bahagian??? FIKIRKANNYA...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger