26 Sept 2007

SAHABAT PERJUANGAN




azanuddin,syukri, mawi,Abe Zul, Yamin, Hassan, Abe KA, dan Paan.....









Buat kesekian kalinya aku kembali menulis, setelah apa yang berlaku dalam kehidupan aku beberapa minggu yang lepas. Mendepani kehidupan sebagai manusia biasa dalam suasana yang penuh dengan cabaran, dugaan, mehnah dan tribulasi. Acapkali aku merenung masa silamku, kemudian aku kembali merenung masa depanku. Sejarah yang berlalu menjadikan aku sering mengeluh menyesal. Kenapa? Kesilapan yang aku buat menjadikan di mana aku berada sekarang. Terkadang menangis di buatnya, bukan kerana menyesal dengan ketetapan Allah, tetapi kerana menyalahi kehendak Allah swt.









Merenung masa depan menjadikan aku menarik nafas panjang, penuh paru-paru dengan udara..menenangkan hati yang keluh -kesah. Aku masih optimis masa yang Allah masih berikan kepadaku adalah untuk aku memperbaiki kesilapan silamku.Sungguh, Allah masih memberikan masaNya untuk aku perguankan diri dan menebus kembali kesilapan silam. Kemana sahaja aku pergi masih terbayang-bayang dalam benak fikiranku apa yang telah aku rancang untuk menggapai apa yang di katakan sebagai matlamat hidup.


Nama-nama diatas merupakan antara insan yang bayak mewarnai kehidupanku, bersulamkan kesilapan yang aku perbuat....mereka menjadi inspirasi dan pengubat duka di hati. Aku terbayangkan siapa diriku tanpa mereka disisi??? Cuma aku sangat berharap mereka tahu, mereka sahabat aku yang aku hargai di dunia ini. Walaupun kadang-kadang..biasalah manusia..ada pasang surutnya..inilah sahabtku yang seadanya.Seumah pulak tu..dah boleh agak peel masing-masing, kelemahan....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger