Kehidupan pelajar IPTA kini umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Segala macam cabaran dibebankan keatas bahu -bahu mereka ..dilabel generasi harapan akan datang, pelapis kepimpinan dan entah berapa banyak harapan yang kadang-kadang menyenakkan pemikiran kita dalam menerajui dan mendepani masa depan MALAYSIA tercinta.
Dalam krisis akhlak yang tak berpenghujungnya melanda rata-rata pelajar IPTA apalah yang boleh diharapkan kepada mereka. Sistem pendidikan yang bersifat "DARWINISM ORIENTED" mengenegahkan
budaya kajian santifik yang menafikan sesuatu yang tidak boleh dinilai atau dicerap sekaligus bertentangan dengan fitrah kita yang mengimani sesuatu yang tidak dapat dicerap. Konflik yang berlaku jarang disedari kecuali ahli falsafah yang banyak membicarakan kegersangan pelajar yang dihasilkan sistem pendidikan kita sekarang. Maka jika menurut fiqh awlawiyat (fiqh keutamaan) karangan Ulama kontemporari: Yusuf Qardhawi, kita telah zalim dalam menentukan keutamaan dalam kehidupan kita sehari-harian sehingga menjerumuskan kita kepada hanyutan dunia akademik hingga akhirnya kita memisahkan diri kita dari matlamaat kita sebenar : hidup bertuhan!!
Seseorang lebih sanggup tidak tidur sepanjang malam untuk menghabiskan ulangkaji , namun meninggalkan apa yang lebih wajib baginya..solat subuh. Seseorang bertungkus lumus mencapai tahap tertinggi dalam dunia akademiknya untuk :
keperluan dirinya sehingga meminggirkan keutamaannya membantu perjuangn menegakkan ISLAm :
matlamt hidupnya kemabali kepada tempatnya, Menanda kehadiran kekuliah lebih utama daripada memastikan diri lengkap menunaikan solat kepada ALLAh sehari semalam sebanyak 5 kali sehari semalam..Siapa sedar , meningkatnya kadar maksiat dalam kampus punya pertalian yang erat bagaimana sistem pendidikan membentuk manusia yang tempang. Kes -kes yang di nukilkan mungkin lebih teruk dari yang boleh kita bayangkan.
Penindasan terhadap kebebasan mahasiswa dalam ertikata membangun kualiti diri dikekang dan disekat melalui segala bentuk polisi, undang-undag, ugutan, ancaman, gerakan sulit semata-mata memastikan kuasa politik tidak tergugat. Hakikatnya mahasiswa menjadi semakin bodoh!!MAAF CAKAP BUATLAH SURVEI dikalangan pensyarah yang punya akal..adakah betul cara universiti mencanai mahasiswa sebagai golongan kelas pertama dalam susun lapis masyarakat? Pensyarah juga punya pendirian, namun suara mereka kecil kerana kuasa politik mengatasi segalanya...lalu berlakulah perbincangan-perbincangan kecil dalam kuliah menilai suasana mahasiswa sekarang...aduhai kasihan...Mahasiwa hilang taring, gersang peranan, hilang punca..di doktrin TUMPULAH AKADEMIK DAHULU!!!sehingga menafikan peranannya kepada masyarakt, agama, negara..perlu diingat mahasiswa juga masyarakat, jurubicara masyarakat..dan aset neghara yang perlu digilap bukan menjadi hamba akdemik, undang2 ATAU paling teruk BHEP(pentadbiran Universiti).Kononnya menjaga kearmonian kampus...berapa ramai warga kampus tidak bersetuju dengan tindakan universiti yang memperbodohkan mereka namun tidak berani bersuara..kerana mereka memang dibentuk agar cakap-cakap belakang sahaja..
jangan benarkan mahasiswa bersuara..sibukkan mereka dengan kuliah, tugasan, amanah dalam ..ikat mereka hanya dfengan aktiviti kolej..elak mereka terlibat aktiviti luar..ikat mereka dengan merit kolej..biarkan mereka terikat dengan kolej,jadikan mereka rasa perlu terikat dan bergantung dengan kolej.
Jika mereka melawan pilih sebilangan dari mereka dan buang dari kolej..bagi mesej kepada pelajar lain,momokkan siapa langgar BHEp mereka akan dihukum,ditakutkan, disusahkan..dan sebagainya..Kesannya lebih hebat dengan strategi ini
jadilah mahasiswa terus bodoh,diperbodohkan, pengecut dan mandom...Ada tak menambah, Tak dak tak berkurang-suasana mahaiswa kepada masyarakat..siapa ikut undag-undang akan dilayan sebaiknya....Habis madu sepah dibuang-itulah lumrah, yang tak sedar masih terhegeh-hegeh duduk bawah ketiak BHEP...Jika ia tidak diperlukan, ia juga akan disingkirkan suatu masa nanti..Lumrah kehidupan, selalunya yang lemah akan mengalah.
Namun realiti politik semasa membuka mata mahaiswa untuk sedikit merasai bahang perlunya menampilkan diri membentuk masa depan anak cucu pada masa depan.Apalah guna sijil ditangan andai masa depan tergadai.Punah dan rosak generasi depan angkara kita yang tidak mengambil peduli hal ehwal negara dan masalah remaja sekarang. Generasi yang lahir sekarang bakal mebentuk siapa dan apa negara kita akan datang. Kesedaran yang perlu dipupuk dari sekarang memerlukan mahasiswa
kebebasan mencerna dan
melunakkan perjuang mereka dengan mendepani isu -semasa, kebajikan , agama, isu kaum, isu perundagan, isu keruntuhan isntitusai keluarga..bahkan dunia.
Dibandingkan kita dengan aktivis mahasiswa di Indonesia , kita jauh ketinggalan dalam merasai pentingnya kita sendiri yang menentukan masa depan kita.
Comfort ZONE yang di hamparkan kepada kita menjadikan kita takut keluar dari kepompong yang kita sendiri bina dan kita berasa selamat sekadar berada didalamnya.Biarlah apa yang berlaku, ributkah, banjirkah, gempakah, kiamatkah..aku dan dunia aku sahaja!! Maka hilanglah manusia yang sepatutnya berperanan memakmurkan dunia ini sebagai khalifah , wakil ALLAH dalam menterjemahkan baris -baris QURAN yang mulia dalam aktiviti seharian. Dogamtik yang tempang menjadikan generasi yang lahir tidak stabil dan rosak. Aktivis indonesia sangat responsif akan perkara ini..mungkin kerana keadaaan sosiopolitik mereka yang susah, kehidupan yang sukar, menyebabkan kesedaran dan semnagat mereka lebih berbanding kita disini untuk mencetus perubahan. Jauh panggang dari api...gerakan kita masih lemah ...
kesedaran inside - outside masih belum terjadi dan tercetus..bilakah ia kan berlaku..seseorang perlu bangkit mengetuai segalanya...
Pemimpin masa hadapan ..siapakah orangnya...???? Kita perlu mula mengubah bentuk pemikiran kita, perlu dimasukkan agenda negara dalam kehidupan harian kita, juga gerakan kita...Sampai bila kita perlu dicucuk hidung?? Kita punya maruah dan akal yang boleh berfikir...
Kita tinggalkan teori dan retorika-retorika nanindah yang langsung tidak membuahkan natijah yang jelas.Perlu kita buka minda kita, perlu kita luaskan perspektif kita..kita perlu lebih agresif, dan mendahului.Sekarang bukan masanya semua mahu jadi waraq dan pemalu tak memasal..Musuh sentiasa merencanakan kehancuran ISLAM , sedang kita masih ditakuk lama ..pemerhati paling pasif didunia. Sekadar mengeluh, menggeleng kepala, mengangguk ...dengan suara sinis, dan ketawa mencuka., senyum kambing terlekat tulang:hingga kita berlakau seperti seseorang yang lain,hilang identiti, musnah jati diri, gugur kehebatan dan potensi yang terpendam.
Gerakan ISLAM seluruh kampus perlu memulakan langkah ini. Segala perencanaan perlu kita cernakan ..
berkata bekas menteri pertahanan Israel..namanya MOSHE DAYAN yang telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai tiga kelemahan umat islam iaitu tidak mengkaji sejarah islam, tidak mengatur strategi dengan teliti dan MALASSeluruh warga kampus perlu kita selamatkan dari belenggu kuasa anarki BHEp..pecahkan monopoli mereka, dan hancurkan kubu kuat mereka. Siapa mereka? Tanpa kita mereka semua tiada dalam kampus.Suara MAHASISWA besar..tanpa sokongan kita, lumpuh pentadbiran UNIVERSITI. Mereka boleh berlagak sekarang, esok lusa belum tentu kerana mereka retak menanti belah sedang kita membina kekuatan yang tak mampu mereka bayangkan.Mana-mana kampus seluruh negara, ASPIRASI sudah ketandusan pimpinan dan kerosakan yang terhasil dari program mereka..sedikit demi sedikit keburukan mereka mula dihidu masyarakat..bangkai mula berbau dan berulat. Hasil kepimpinan mereka yang terlibat dengan liwat, zina dan entah berapa banyak lagi keburukan perlu kita dedahkan: ini bukan kes terpencil!!!...zalimnya kita mebiarkan orang seperti ini terus ada memimpin dan memperbodohkan kita.
Sehebat manapun undang-undang yang cuba dikenakan, tekanan yang cuba diaplikasikan kebahu kita..kita sentiasa makin seronok berperang dengan mereka....Kesilapan kita masih punya ruang untuk diperbaiki...jangan gentar untuk menyalurkan tenaga guna matlamat perjuangan nasional, kecil sangat kesusahan yang diterima berbanding matlamt yang kita mahu capai, masih ramai sahabat yang mahu menghulurkan bantuan andai anda ditekan..itulah kekuatan kita. Kita perlu mengubah paradigma kita, sedar peranan kita , dan kuasai masa depan kita....TERUSKAN BERJUANG!!!
JUNDI UMMAHSALAM PERJUANGaN BUAT SEMUA AHLI GERAKAN ISLAM KAMPUS
MENJANA KEBANGKITAN MAHAISWA
3 comments:
salam. semangat2 juga. pelajaran tetap kita kena jaga. bukan apa, krn sdh ramai yg terlupa
minta utk dipos artikel ini di web pmiupm. Syukran.
Beware dengan media semasa. Nampak macam ada agenda pemikiran mahasiswa yang ingin dibawa oleh KPT yang masih kabur matlamatnya
Post a Comment