Sesampai aku ke dalam majlis mesyuarat itu, sudahlah lambat, terakhir sekali pula masuk mesyuarat pada malam itu . Aku terpinga-pinga , ku sangka akan diperli. Namun hatiku tidak terusik sebaik melabuhkan punggung ke lantai- syukur selamat dari lontaran bedilan maut.... Keadaan senyap seketika, pengerusi merenung dalam lalu membuka majlis mesyuarat dengan surah al fatihah. Terkumat kamit masing-masing membaca ayat ...seakan membisik-bisik. Tawajuh hati dibetulkan , lalu sepintas lalu soalan dilontarkan pengerusi majlis kepada semua ahli mesyuarat.....tapi macam biasa semua terlalu "warak' sehingga tiada bicara yang menjawab soalan ....akhirnya BURDAH dialunkan dulu memandangkan semua seperti tertidur dalam sedar...
Mudahnya di sini aku ingin berkongsi beberapa perkara yang aku kira pernah di ingatkan sebelum-sebelum ini , moga ia terus menjadi ingatan yang tersemat dalam dada masing-masing yang zahirnya nampak cinta tetapi rupanya terasyik dengan perasaan semata-mata...kosong, keliru dan masih celaru...
1)Para ahbab ini sekelompok yang bergerak bukan lagi dengan arahan-arahan , tetapi hasil dari zikir itu sepatutnya terzahirnya gerak kerja yang ikhlas dan bersungguh untuk memperjuangkan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipimpin mursyid. Sepatutnya kesan zikir itu bawa kepada cintakan agama dan usaha memperjuangkannya semula, semakin merisaukan umat ..lalu berfikir dan membuahkan perbuatan dan gerak kerja yang betul-betul terjemahkan kecintaan itu . Bukan menjadi penzikir yang asyik sendirian ...tenggelam dalam perasaan semata-mata..tetapi tumpul fikir dan tiada terdetik mahu bergerak melakukan sesuatu. Pasif..hanya mernerima arahan , linear, kaku , semacam sambil lewa... TIDAK LANGUSNG BERFIKIR. Sudahlah amalan tak pula hidup, khidmat belum betul2 , khidmat ilmu pula (sebarkan fikrah ASWJ) belum lagi timbul rasa perlunya ada usaha menggerakkan dari diri...sebaliknya hanya menuggu ; rutin diberi, menyalin dalam kertas, merekod dalam mp3..dan duduk diam ok..kemudian ulang lagi perkara yang sama tanpa ada rasa mahu membawa dan mendukung perjuangan ini kepada masyarakat. Sesekali, ke daurah rohani...terhasil asyik sedikit ...dan tiada apa2 juga...dimana silapnya diri kita perlu di muhasabah dan di perbetulkan.
2. Tanggungjawab agama ini sangat berat..berantaian sampai kepada Nabi saw lalu sampai kepada ALLA swt jua. Ringankanlah kesusahan dan tanggungjawab pemegang rantaian silsilah ini dengan bersama-sama melaksanakan apa yang telah diamanahkan. Bergerak dengan kekuatan akal dan rohani (jika ada) guna terus menjalankan amanah yang di taklifkan semampu mungkin. Usahlah kita menyusahkan mereka, sedang mereka telah berusaha menyelamatkan ummah ini dengan kasih sayang....mengapa disusahkan mereka dengan sikap kita yang terus tidur dan tidak peduli...mementingkan diri , malahan tidak merasa bersalah.

No comments:
Post a Comment