Persaingan bagi golongan bumiputra dalam sektor ekonomi bukan sesuatu yang senang untuk di ungkap. Kadar survival bagi sesetengan peniaga bumiputra bergantung kepada sejauh mana kebijakan dan kebersamaan mereka dalam satu pasukan .
Umum mengambil cina sebagai kayu pengukur dalam membanding bezakan bagaimana orang melayu berniaga . Ketiadaan kesepakatan kalangan bangsa melayu menjadikan usaha menyatukan ahli perniagaan bumiputra suatu yang tidak dilihat penting ..Merungkai permasalahan ini tiada kesudahannya...merenung jauh daku tercari-cari mengapa ini terjadi???
Rata-rata blog mengulas bab sikap dan semangat orang melayu. Jika benar dipandu pada lorongnya, masalah sikap akan mampu diubati sedikit demi sedikit. Kita wajar memfokuskan kepada generasi muda. generasi orang lama sukar dibentuk kerana mereka punya acuan sendiri mengikut zaman mereka.
Beberapa gagasan cadangan wajar diketengahkan agar suatu bentuk tindakan bersifat konkrit terlaksana secara teknologi anai-anai--perlahan-lahan akhirnya runtuh semua dikoreknya. Para pemikir usahawan muda ayuh bangkit dari sikap malas dan berharap disuap. ilmu yang ada sungguh jika di manfaat mampu menjana ekonomi yang jauh lebih hebat ..aptah lagi berteras keimanan dan ketaqwaan ....beberapa persoalan dan lambungan awal untuk dikongsi..
1.Perlukah mereka menubuhkan persatuan yang benar-benar kukuh agar masalah mereka dapat diatasi secara kolektif dalam kalangan jaringan perniagaan mereka ..?
2. dari situ wajib ada visi dan misi yang jelas kemana hala tuju persatuan yang nak dibawa ? disamping memfokuskan plan cadangan /perkongsian survival perniagaan ahli persatuan .
3. Proses penerapan kepada masyarakat akan kesedaran memecah monopoli peniaga asing bagi mengangkat kembali ekonomi ummah sesuai pada tempatnya.
4. menjadikan hasil akhirnya untuk ummah kembali kerana perniagaan ini berteras menjaga hubungan dengan ALLAH dan Sesama manusia.
5.Pelan jangka 5 tahun perlu dinilai dan dilihat kembali hasilnya kepada masyarakat . Sejauh mana kesannya kepada peniaga asing , APAKAH kita menguasai sektor pengeluaran dan bahan asasi ???
6. Kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan atau kepartian . Proses membantu dari kerajaan mestilah tanpa sebarang prasyarat yang akan melemahkan organisasi akibat ketamakan dan kebodohan ahli politik yang tiada matlamat dan jiwa besar membangun ummah .
7.Pendidikan dan perkongsian dengan memberikan kurusus dan pendedahan bagaimana melakukan promosi dan marketing sepatutnya dikongsikan . Bukan setakat untuk kegunaan sendiri ...
8. para peniaga berjaya sewajarnya mencipta lagi 5 apperentice di bawahnya...demi memacu visi dan misi kita yang besar ini.
9. tema kita bangun dari jatuh yang banyak kali .kerana kesakitan jatuh itulah ujian dan ilmu yang berguna di masa depan.
Boleh layari:
http://tekok-beriuh.blogspot.com/2013/05/kenapa-cina-lebih-maju-daripada-melayu.html
boleh layari
No comments:
Post a Comment