Aduh .pening kepala den melihat gelagat sakai BOMOH MALAYSIA (MALAYSIA SHAMAN) yang mengusutkan keadaan . Niat membantunya baik sahaja cuma ..sangat meletakkan Malaysia seakan kaum asli afrika yang memakai sut di persada dunia.
Begitulah parahnya ....liputan satu dunia menjadikan isu sebenar tenggelam dek gelak berguling semua yang melihat PAWANG ini buat program MAHARAJA LAWAK peringkat antarabangsa.hihihi
Sementelah isu sebenar kehilangan ini sebagai paling prestij dalam sejarah penerbangan Malaysia. Namun tidak dimanfaatkan kerajaan Malaysia . Seperti terkial-kial mengatur gerak --kepimpinan Malaysia benar-benar diuji saat ini .Hambatan konflik dari segenap jabatan , penyelarasan gerak kerja dari bawah sampailah keatas mencerminkan kecelaruan . Namun syabas , disaat genting ini penguatkuasa Malaysia terus iltizam dengan tugas dan cabaran yang dipikulkan kebahu mereka ,
Dalam situasi sebegini rupanya kecepatan penyaluran informasi melalui media sosial menyebabkan ramai yang menjadi keyboard army. suatu istilah yang menggamabrkan suasana peperangan idea, spekulasi, fitnah, cemuhan ,luahan perasaan yang tidak terkawal. Para pengkaji saling melontarkan teori masing -masing ...berkecamuknya peperangan ini meninggakan mereka dalam keadaan penuh teka-teki.
Fasa peleraian dikatakan semakin hampir. Hikmah kejadian ini banyak menghamburkan segala bentuk kelemahan kita yang harus dicermati satu-persatu untuk dimuhasabahkan dan diperbaik pada masa depan. Suasana kritikal seperti ini sangat menakutkan jika berlaku dalam keadaan kita tidak bersedia seperti ini . Apapun kita nantikan kesudahan cerita ini ...KEHILANGAN MS370 meletakkan MALAYSIA pada kedudukan tertentu pada persepsi penduduk dunia.
Ingat...KIta telah terdedah ...dalam bahaya ...termasuk dalam kancah peperangan media dan elektronik. Namun berpegang kita pada..wamakaru wamakaarullah wallah hu khairul makirin. Mereka merancang dan ALLAH jua meranacang. Allah sebaik-baik perancang. Kepada ALLAH kita adukan masalah ini ..ya Segalanya berpunca dari kealpaan dan kesombongan diri kita. Jika peringatan ini pun masih belum kita sedari . Peringatan bagaimanakah baru boleh kita mahu sedar. ???
"I know Kung Fu"
12 hours ago
No comments:
Post a Comment