11 Feb 2015

Anwar Di Penjara lagi 5 Tahun .


Penat menunggu akhirnya mereka bersorak riang dengan kejayaan memberkas musuh politik ini buat kesekian kalinya. 7 tahun proses yang panjang dan memenatkan sehingga menuju ke noktahnya . Meniti usia 67 tahun mungkin inilah masa yang sesuai DSAI merehatkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah swt. 

Siapa tahu kasih sayang Tuhan kepada hambaNYA, ini cara Tuhan menarik kembali hambaNYA . Manusia mana tidak melakukan dosa. Dan kalaupun anwar buat atau tidak buat perkara yang didakwakan keatasnya oleh mahkamah dunia, Pastinya diri nya atau mana-mana insan masih terpalit dosa-dosa yang lainnya dengan ALLAH swt yang bakal di bicarakan di mahkamah ALLAH SWT.

Kita insan pendosa memikul kesilapan sepenuh bumi, tetapi rahmat ALLAH sebanyak bintang di langit...

Takziah buat DSAI sekeluarga, Tahniah buat Rakyat Malaysia.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...