Senang mengungkap tidak sesenang meraihnya. Senang membaca
namun tidak ramai yang sanggup beramal dengannya. Cukup penulis nukilkan
sepotong hadis ringkas yang mahsyur. ‘’Setiap amal perbuatan adalah dengan niat’’.
Hadis ini mengandungi ‘’energi’’ yang cukup kuat sebenarnya, dari hadis ini
dikembangkan menjadi subjek teras dalam dunia PSIKOLOGI serta MOTIVASI diri.
Dikembangkan dengan ungkapan seperti..’’Kita adalah apa yang kita fikirkan’’,
think positive, think rich dan sebagainya.
‘’DOA’’ dan niat terhasil dari apa
yang kita fikirkan, yang membentuk anggapan-anggapan sehingga mencipta dunia
kita sendiri. Nak jemput rezeki berkat mesti bermula dari situ, ‘’DOA’’---‘’NIAT’’---‘’FIKIRAN’’,
3 wajah yang membentuk apa yang kita mahukan. Betul niat kita, hasilnya
memberangsangkan, pincang niat kita---pincanglah semuanya. Sebelum meneruskan
bacaan renung sekejap apakah NIAT anda? Bentuk satu pemikiran yang masak
sehingga menemui apa yang anda mahukan?
Anda sudah bersihkan niat anda sesuci murni seadanya? Anda
adalah apa yang anda minta, fikri dan doa. Sesudah niat, apakah yang anda cari
dalam rezki? KUALITI atau KUANTITI? Jika anda menjawab salah satunya anda masih
belum bersedia dan masih duduk dalam dunia yang terhad, tangapan yang sempit
serta kurang keyakinan diri. Jika anda mahukan kedua-duanya itulah cara anda
berfikir, niat dan doa.
Anda jangan sedapkan hati anda dengan katakan mahu
KUALITI sahaja…atau terikut nafsu dengan mahukan KUANTITI sahaja. Kita tidak
tertakluk kepada KUALITI atau KUANTITI…yang penting kita gunakan apa sahaja
asalkan HALAL demi menjayakan NIAT kita, VISI kita, MISI kita. Berjuang untuk
dapatkan KUALITI dan KUANTITI. Batu asas dalam perenggan ini sebenarnya
membetulkan cara kita berfikir. Kelak tindakan kita akan lebih jelas.
Permainan di alam ini penuh tipudaya. Imam al Ghazali
menggariskan NAFSU, SYAITAN, MAKHLUK dan DUNIA halangan terbesar kita menuju
keredhan ALLAH swt. Setiap perbuatan kita dikira ibadah jika dihubungkan dengan
Nabi Muhammad saw( meneladani sunnah). Kunci keberkatan terletak kepada sejauh
mana benar kita mengamalkan sunnah baginda saw di alam ini. Bila telah kenal benar,
baru kita akan kenali diri . Rasa-rasa dalam NAFSU kita akan terbit satu
persatu dan perlu di pandu dengan SUNNAH. Bagaimana Nabi saw dengan HARTA?
EMAS? KUASA? KEKAYAAN? PEREMPUAN?...sesuailah dengan namanya MUHAMMAD yakni YANG
TERPUJI. Menyatakan apa yang didalam hati BAGINDA saw. Kita contohi Baginda saw
berkatlah rezki. Asas perenggan ini menyatakan MODEL bagaimana mahu kita
laksanakan NIAT dan FIKIRAN kita tadi. Tabiat baru memerlukan disiplin dan
sejenis kepayahan untuk dibentuk…HALANGAN MINDA. Kita mula dengan belajar
bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersabar dengan apa yang tiada. Kemudian
tingkatkan bersyukur dengan apa yang ada dan dengan apa yang tiada.
Apa yang kita ada, kita bersyukur dan Allah swt yang MAHA
KAYA akan memganjarkn kita lagi. Dalam pepatah inggeris..’’What u give u get
back, dalam Hindu hokum KARMA. Alam ini begitu unik Allah swt ciptakan
sehinggakan belum semua rahsia mampu kita fahami bagaimana ia berlaku. Cahaya
dalam hati ibarat MAGNET. Ia menarik apa yang kita minta ia Tarik. Jika kod
kekayaan yang kita bentuk dalam jiwa…ALAM akan tunduk beratur mengikut kehendak
kita itu tetapi dengan syarat..kita bersedia menerimanya. Kita mahu jadi orang
berjaya, bila alam datangkan kesusahan dan kepayahan untuk sediakan kita untuk
bersedia menerima atau melatih kita …namun jika kita menentang dan menolak. Ia
tiak akan berhasil sama sekali. Untuk berjaya kena berikan komitmen…Fokus…Untuk
berkat perlu kuatkan jiwa menerima yang sedikit dulu…Bila yang sedikit kita
mampu bersyukur,,,jika sudah banyak apatah lagi. Apakah terjadi jika yang
sedikit jiwa kita tak mampu bersyukur, tiba-tiba ALLAH berikan banyak terus.
Kita belum bersedia , mungkin jiwa kita akan rosak, minda kita penat, kita
overreact…atau istilah lainnya KELIHATAN CANGGUNG. Sebab itu Antara latihan
yang terulung kit fokuskan pada memberi kebaikan kepada orang lain bukan
semata-mata diri. Logik kita fokus bantu orang lain …alam akan memprogram orang
akan bantu kita pula. Kita adalah apa yang kita fikirkan .
sambung.....