20 Jan 2016

Memburu Keberkatan Rezki?


Senang mengungkap tidak sesenang meraihnya. Senang membaca namun tidak ramai yang sanggup beramal dengannya. Cukup penulis nukilkan sepotong hadis ringkas yang mahsyur. ‘’Setiap amal perbuatan adalah dengan niat’’. 

Hadis ini mengandungi ‘’energi’’ yang cukup kuat sebenarnya, dari hadis ini dikembangkan menjadi subjek teras dalam dunia PSIKOLOGI serta MOTIVASI diri. Dikembangkan dengan ungkapan seperti..’’Kita adalah apa yang kita fikirkan’’, think positive, think rich dan sebagainya. 

‘’DOA’’ dan niat terhasil dari apa yang kita fikirkan, yang membentuk anggapan-anggapan sehingga mencipta dunia kita sendiri. Nak jemput rezeki berkat mesti bermula dari situ, ‘’DOA’’---‘’NIAT’’---‘’FIKIRAN’’, 3 wajah yang membentuk apa yang kita mahukan. Betul niat kita, hasilnya memberangsangkan, pincang niat kita---pincanglah semuanya. Sebelum meneruskan bacaan renung sekejap apakah NIAT anda? Bentuk satu pemikiran yang masak sehingga menemui apa yang anda mahukan?

Anda sudah bersihkan niat anda sesuci murni seadanya? Anda adalah apa yang anda minta, fikri dan doa. Sesudah niat, apakah yang anda cari dalam rezki? KUALITI atau KUANTITI? Jika anda menjawab salah satunya anda masih belum bersedia dan masih duduk dalam dunia yang terhad, tangapan yang sempit serta kurang keyakinan diri. Jika anda mahukan kedua-duanya itulah cara anda berfikir, niat dan doa. 

Anda jangan sedapkan hati anda dengan katakan mahu KUALITI sahaja…atau terikut nafsu dengan mahukan KUANTITI sahaja. Kita tidak tertakluk kepada KUALITI atau KUANTITI…yang penting kita gunakan apa sahaja asalkan HALAL demi menjayakan NIAT kita, VISI kita, MISI kita. Berjuang untuk dapatkan KUALITI dan KUANTITI. Batu asas dalam perenggan ini sebenarnya membetulkan cara kita berfikir. Kelak tindakan kita akan lebih jelas.

Permainan di alam ini penuh tipudaya. Imam al Ghazali menggariskan NAFSU, SYAITAN, MAKHLUK dan DUNIA halangan terbesar kita menuju keredhan ALLAH swt. Setiap perbuatan kita dikira ibadah jika dihubungkan dengan Nabi Muhammad saw( meneladani sunnah). Kunci keberkatan terletak kepada sejauh mana benar kita mengamalkan sunnah baginda saw di alam ini. Bila telah kenal benar, baru kita akan kenali diri . Rasa-rasa dalam NAFSU kita akan terbit satu persatu dan perlu di pandu dengan SUNNAH. Bagaimana Nabi saw dengan HARTA? EMAS? KUASA? KEKAYAAN? PEREMPUAN?...sesuailah dengan namanya MUHAMMAD yakni YANG TERPUJI. Menyatakan apa yang didalam hati BAGINDA saw. Kita contohi Baginda saw berkatlah rezki. Asas perenggan ini menyatakan MODEL bagaimana mahu kita laksanakan NIAT dan FIKIRAN kita tadi. Tabiat baru memerlukan disiplin dan sejenis kepayahan untuk dibentuk…HALANGAN MINDA. Kita mula dengan belajar bersyukur dengan apa yang kita ada dan bersabar dengan apa yang tiada. Kemudian tingkatkan bersyukur dengan apa yang ada dan dengan apa yang tiada.

Apa yang kita ada, kita bersyukur dan Allah swt yang MAHA KAYA akan memganjarkn kita lagi. Dalam pepatah inggeris..’’What u give u get back, dalam Hindu hokum KARMA. Alam ini begitu unik Allah swt ciptakan sehinggakan belum semua rahsia mampu kita fahami bagaimana ia berlaku. Cahaya dalam hati ibarat MAGNET. Ia menarik apa yang kita minta ia Tarik. Jika kod kekayaan yang kita bentuk dalam jiwa…ALAM akan tunduk beratur mengikut kehendak kita itu tetapi dengan syarat..kita bersedia menerimanya. Kita mahu jadi orang berjaya, bila alam datangkan kesusahan dan kepayahan untuk sediakan kita untuk bersedia menerima atau melatih kita …namun jika kita menentang dan menolak. Ia tiak akan berhasil sama sekali. Untuk berjaya kena berikan komitmen…Fokus…Untuk berkat perlu kuatkan jiwa menerima yang sedikit dulu…Bila yang sedikit kita mampu bersyukur,,,jika sudah banyak apatah lagi. Apakah terjadi jika yang sedikit jiwa kita tak mampu bersyukur, tiba-tiba ALLAH berikan banyak terus. Kita belum bersedia , mungkin jiwa kita akan rosak, minda kita penat, kita overreact…atau istilah lainnya KELIHATAN CANGGUNG. Sebab itu Antara latihan yang terulung kit fokuskan pada memberi kebaikan kepada orang lain bukan semata-mata diri. Logik kita fokus bantu orang lain …alam akan memprogram orang akan bantu kita pula. Kita adalah apa yang kita fikirkan .

sambung.....





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger