20 May 2017

Kemana 'KITA' Mengheret Pemikiran Manusia?





Baru-baru ini kecoh isu lempang-melempang sesama artis di pentas LIVE hadapan Perdana Menteri. Peristiwa yang tercetus tanpa diduga ini mendapat perhatian NETIZEN dengan pendapat yang berbagai. 

Disuluh dari kaca mata politik, mereka yang DANGKAL langsung mengaitkan perkauman. Sudut lain yang lebih harmoni mengheret kepada aspirasi Rukun Negara - Kesopanan dan Kesusilaan. Kita perlu berhati-hati dengan EMOSI MARAH kita terlebih dahulu. Jadikan ia tenang agar RASIONAL akal mendahului emosi yang semberono. ''RACUN PEMIKIRAN'' berleluasa dalam media tanpa batasan kini.
.
Melihat kecamukan idea dan dogma ahli politik kini menyebabkan rakyat terheret entah ke jurang-jurang gelap mana pun tidak diketahui. Semua membawa kepada kekusutan yang tak berkesudahan. Rakyat terheret dengan perkara-perkara yang tak masuk akal, Kes tampar sahaja, sudah dikaitkan dengan CINA KURANG AJAR? ..Nah bila isu CINA disentuh, maka automatik lawannya Melayu. Konteks bertukar menjadi Perang Dingin kaum  pula. Masing-masing mempertahankan entiti masing-masing dan dipaksakan menerima satu IDEOLOGI sahaja. Yang lain salah. Padahal semua yang dibawa adalah bayang-bayang yang rapuh sahaja. Ramai pula yang mengikut aliran pemikiran yang bermasalah seperti ini.
Image result for ketuhanan

Penulis suka membaca dari kaca mata AGAMA. Maksud penulis, dalam satu-satu isu kemana kita mahu bawa penonton sebenarnya?

. Kita mengajak manusia kepada tauhid IHSAN atau SYUHUDI; Akhlak Jiwa Muhamadiah dan Salaman (Sejahtera- Membawa kebaikan dan menghentikan apa jua yang membawa kemudaratan dalam apa jua keadaan)

Itu apa yang kita harapkan, namun untuk mencapai perkara diatas ada 1001 cara, samada politik, jemaah, kelab dan aktiviti, Tarian, Muzik, Silat, Budaya dan sebagainya. Maksud penulis kita akan berdepan berbagai-bagai citarasa dan aliran pemikiran namun hasil akhirnya adalah satu sahaja seperti yang dinyatakan dalam perenggan diatas. Dalam konteks sekarang penulis menggunakan medium PENULISAN.
.
Isu menampar DAVID TEO perlu lah dibawa kepada peri pentingnya kita di Malaysia mengutamakan kasih-sayang dan hormat menghormati, dan keharmonian. Peranan artis sebagai model dan personaliti dalam masyarakat mestilah terkedepan dalam aspek wibawa- mereka sepatutnya menjadi contoh kerana mereka menjadi perhatian pengikut serta peminat. Usahlah dimelaratkan pula isu ini sehingga menambah mudarat dengan mengapi-apikan pula perkauman dan sebagainya.
.
Penulis percaya tugas utama kita adalah menekankan menghubungkan Ketuhanan dalam setiap saat kehidupan kita. Mudah kata mengajak ummat manusia merenung jiwa kita dan merasakan hubungan apa sahaja yang berlaku di sekitar kita ada kaitannya dengan HIKMAH ILAHI. Berhati-hati dengan EMOSI MARAH--kerana MARAH dari Syaitan.
.
Percayalah, apa sahaja ISU-ISU serta KEJADIAN yang berlaku sekeliling kita sebenarnya punya satu mesej sahaja. KETUHANAN. Dan kesitulah kita mahu simpulkan apa-apa yang berlaku depan mata kita. Tiada lain. Jadilah agen yang menguatkan mesej ini bukan memudarnya.
.
.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger