17 May 2021

Derma Jihad. Rm1 Sehari Untuk Ummah Setiap Hari


Nadir Al-Nuri

Rakyat Malaysia tunggal di Palestin. Berkongsi kehidupan seharian di Gaza dalam kekalutan pengeboman oleh Israel. Sangat aktif dan berperanan menyampaikan sumbangan umat Islam di Palestin dengan gabungan NGO Islam Malaysia.

https://t.me/nadiralnuri

 Urusan kaum muslimin kita tidak lagi terlalu bergantung kepada kuasa politik sesebuah negara. Ia amat lambat dan terlalu banyak kerenah birokrasi.

.



NGO Islam yang mempunyai rekod baik sangat bagus kita manfaatkan demi membantu saudara seislam kita yang ditindas atau bergelut demi sesuap nasi.

.

Kita mempunyai bilangan umat Islam yang sangat ramai, seandainya setiap seorang menderma RM 1/ Usd1 sehari ke dalam tabung kecemasan pasti urusan umat Islam menjadi lebih mudah. Kita pun tidak merasa berat dengan Rm1, tetapi istiqamah setiap hari sebagai rasa tanggungjwab bersama atas tema persaudaraan sesama Islam. Apakah berat? Inilah bukti cinta dan cakna kita kepada saudara seIslam.

.

Kita bawakan kesedaran ini kepada setiap insan yang mempunyai Islam. Suburkan cinta dalam jiwa kerana dalam diri kita ad cinta yang patut di agihkan kepada semua manusia.

.

Ustaz Ebit Liew sebagai contoh dan model yang patut kita lahirkan lebih ramai lagi. Kemiskinan dan kesengsaraan tiadalah mengenal bangsa dan agama. Yang susah kita bantu, itulah rahmat dan kasih sayang Rasulullah saw untuk umat Nya.

.

Musuh yang cuba mengawal dunia sengaja menolak kita ke jurang kemiskinan agar senang dikawal dan di rentap iman agar menjadi hamba mereka. Firauan dizaman ini wujud cuma dalam wajah berbeza, mereka kelompok elit dunia yang kononnya mahu menjadi Tuhan.

.

Usaha kita membantu memelihara iman saudara seIslam kita sekurangnya lepas kehidupan sehari-hari dan menyelamatkan keimanan mereka merupakan suatu bentuk perjuangan yang  mudah dan semua umat Islam wajib membantu.

.

Walaupun kita sendiri comtohya kais pagi makan pagi, namun RM 1 sehari disisi Allah tiadalah boleh dinilai dunia dan isinya. Inilah ibadah yang paling dicintai Allah dan RasulNya. Bukan hanya memikirkan perut dan nafsu sendiri sahaja sehari-hari kini, tanpa menekan dan menyakiti nafsu kita tiadalah  dikatakan benar ibadah kepadaNya.

.

Ada segolongan manusia yang hampir tiap tahunnya dihabiskan menunaikan umrah sedangkan insan disekelilingnya ( jiran, keluarga, pekerja, anak buahnya) dalam kemiskinan dan kesusahan. Mereka ini kata alim ulama hanya beribadah dengan nafsu dan ditunggang iblis sahaja. Apakah ini yang dikehendaki Allah dan Rasul dari nikmat yang dikurniakan? Melayani kehendak nafsu?? Fikirkan kembali sedalamnya..

.

Begitulah indahnya dakwah akhlak Nabi Saw kepada ummatnya. Mutakhir ini tanggungjawab kita sangat banyak terhadap umat Islam diseluruh dunia. Setiap hari ada disembelih, dibunuh, dibiarkan kebuluran, diniagakan dan bermacam lagi bentuk pembantaian yang dikenakan. 

.

Maka apalah sangat nilai RM1 sehari yang kita cuba istiqamahkan beri kepada NGO2 Islam yang benar bergerak membantu dimana2 umat yang tertindas. Kita tidak perlu hantar senjata dan sebagainya nak perang, cukuplah kita bantu ringankan makan minum merek sehari hari. InsyaAllah keimanan mereka terjaga dan kebangkitan akan perlahan lahan dibina.

.

NGO Islam dimana berada adalah duta penyelamat dan suatu bentuk kasih Sayang Allah di alam ini jua. Sama2 kita bantu mereka yang wakafkan diri demi.Kebaikan umat Islam di seluruh dunia. NGO islam ini wajar kita bantu, pergerkan mereka bukan bermusim, setiap hari mereka yang menjadi mangsa perang perlu makan.

.

Jadikan kempen sehari Rm1 untuk ummah. Semoga menjadi ikutan dan fenomena sehingga Allah memandang belas Ihsan kepada kita lantaran kecaknaan kita kepada setiap kaum Muslimin.

.

wallahuaa'lam semoga sama2 kita gerakkan kempen ini.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger