14 Jun 2022

Jati Diri Bangsa Melayu : Bermula Dengan Cinta

 




Dalam rencam memahami nuanasa Bangsa Melayu, ruas-ruas pendapat bercampur baur antara rasa pedih dan kecewa dari kesan Politik dan kuasa.

.

Sejarah nan panjang silih berganti, hingga jalur sejarah ditempa penjajah dengan pamor palsu menghilang nilai sejarah Bangsa Melayu.

.

BANGSA iNI BANGSA keramat, walau sebegitu halus rencana memandulkan ia dari jati diri. Adat Bersendi Syariat, Agama Tunjang Utama masih bertahan walau ratusan tahun di porak perandakan sistem nilai kita 

.

Menukilkan dari Bonda Tun Suzana,

MELAYU TRADISIONAL:


Akhlak & Keperibadian Berasaskan Ciri 'Tasawuf' 🍂


“…Adanya erti Melayu itu adalah ia melayukan dirinya, iaitu yang diibaratkan orang dahulu kala daripada erti ‘melayu’, adalah umpama pucuk kayu yang melayukan dirinya dan bukan layunya itu kerana kena panas atau api. Bahawasanya dengan sahaja-sahaja ini jua ia melayukan dirinya, yakni ia merendahkan dirinya dan tiada ia mahu membesarkan dirinya, baik daripada adab tertibnya atau daripada bahasa peraturannya atau daripada adab makan minumnya dan perjalanannya dan kedudukannya samada dalam majlis atau tempat lain. Maka daripada perkara itu tiada diperbuatnya dengan mamang (melampau-lampau), melainkan dengan perangai yang lemah lembut, tiada dengan berlebih-lebihan dan dengan kekurangan (serba sederhana) itulah adanya….”


“Shahadan maka lagi adalah yang dikehendaki oleh istiadat Melayu itu dan dibilangkan (disebut sebagai) ‘Anak yang Majlis’, iaitu apabila ada ia mengada ia atas sesuatu kelakuan melainkan dengan pertengahan jua adanya (serba-serbi besederhana), yakni daripada segala kelakuan dan perbuatan dan pakaian dan perkataan dan makanan dan perjalanannya sekelian itu tiada dengan berlebih-lebihan dan dengan kekurangan sekelian diadakannya dengan keadaan yang sederhana jua adanya.”


“Maka orang itulah yang dibilangkan ‘Anak yang Majlis’, tambahan pula dengan adab pandai ia menyimpan dirinya, maka berlebih-lebih lendib (kaku) atau sidib adanya, seperti kata hukama: “Hendaklah kamu hukumkan kerongkongan kamu di dalam majlis makan dan hukumkan mata kamu tatkala melihat perempuan dan teguhkan lidahmu daripada banyak perkataan yang sia-sia dan tulikan telingamu daripada perkataan yang keji-keji.” Maka apabila sampailah seseorang kepada segala syarat ini, iaitulah ‘Orang yang Majlis’, namanya dan dengan demikianlah segala orang yang arif budiman kepada hamba yang dhaif ini.

Tamat”

Sumber: Adat Raja-Raja Melayu

FB TunSuzana Tun Hj Othman

Bermula dari kekeluargaan, sehingga kepada berkerajaan; bangsa ini penuh dengan adat istiadat, kehalusan adab dan tatatusila dari terjemahan peradaban nilai Islam yang erat dengan bangsa ini.

.

Nilai pakaian , persenjataan, keilmuan, perubatan, ekonomi dan sebutkan apa sahaja telah mendahului bangsa lain. Namun susunan Allah lebih baik adanya, kehebatan ibarat tenggelam dalam peredaran zaman, namun ibarat api dalam sekam. Semangat bangsa ini tidak pernah luntur. Menantikan perjanjian yang ditetapkan olehNya 

.

Ujian hebat yang ditimpakan atas bangsa ini pasti ada sesuatu yang hebat dihadapan guna untuk perjuangan.

.

Pun begitu menyediakan bangsa ini untuk suatu hal yang besar giat berlaku dimana-mana. Tanpa hubungan yang jelas, namun isyarat diterima dlam bentuk hal ehwal yang sukar di mengertikan.

.

Ketauhidan , Akhlak dan Kasih Sayang serta Hikmah Kekuasaan adalah kunci peradaban Melayu pernah menjadi kecemburuan Tentera Dajjal laknatullah yang bermudik ke muara Pantai Melaka.

.

Melalui agenda halus, Melaka tumbang jua dari dalam akibat pengkhianatan mereka yang rakus kuasa takhta. Wahai bangsaku, kembalilah kuatkan pegangan Tauhidmu, barulah Negara Tanah Bedaulat bakal bangkit tak mempan di serang musuh dari dalam dan luar.

.

Tanah ini menjadi saksi, pertahanan kubu demi menjunjung Allah dan Rasul , Quran sebagai terutama dalam hidup. Walaupun di tipu secara atas kertas perjanjian, namun jiwa2 Umat Jawi ini masih utuh dengan Allah dan Rasul..

Adat berkeris lambang perjuangan bangsa mempertahan Agama dan Tanah Air. Sebaik keris keluar dari sarungnya, hanya nyawa jadi taruhan. Niatnya hanya satu, melumpuh musuh secara berdepan, bersedia menikmati syahid ..begalang tubuh dan jiwa. Apa jua kita serahkan kepada yang Esa hendaknya.

.

Perbanyakkan selawat, menyatu dengan cahya Nabi Saw, cintai 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger