30 Dec 2008

Bening Subuh

Aku menyelak lembaran tafsir pimpinan ar Rahman, surah Ibrahim ..mataku mencari melirik satu persatu ayat sehingga kepada ayat kelima.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa lalu) yang membawa mu’jizat-mu’jizat Kami) sambil Kami berfirman: “ Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah ‘. Sesungguhnya yang demikian itu , mengandungi tanda-tanda yang menujukkan kekuasan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.( Ibrahim:5)

Aku membetulkan posisi dudukku dan mengambil pula sebuah buku bertajuk Malam Pertama Di Syurga….Aku meneliti depan , belakang kulitnya..Kualiti yang tinggi desis hatiku.

Aduh, tajuknya saja sangat menarik…kenikmatan yang tidak terbayangkan…Aku bermonolog sendirian cuba mentafsir isi kandungannya sebelum mula membaca isi kandungannya….

Bait-bait kata didalam buku ini membunga-bungakan hatiku..imanku terasa meningkat, kesungguhan mahu mengecap redha Allah semakin kuat… terasa diriku melayang-layang mengenangkan nikmat syurga yang umpama mengecap kejayaan yang tak pernah ada kesudahan…nikmatnya semakin hari semakin baik..

Sungai-sungai di syurga adalah sesuatu yang pasti ia terus mengalir dan tidak pernah berhenti , terletak di bawah mahligai, istana-istana dan taman-taman penghuni syurga . Sungai-sungai berupa madu-, sungai khamar, dan yang tidak memabukkan , sungai susu dan air sungai jernih yang tidak pernah berubah rasanya. Sungai-sungai syurga menancar dari bahagian atas syurga, kemudian mengalir turun kebawah menuju kesemua tingkatan –tingkatan syurga seperti tersebut dalam hadis .


Bangunan didalamnya terbuat dari batu – bata emas dan perak. Aduanya sewangi kasturi yang sangat harum. Batunya terbuat dari mutiara lu’lu’ dan yaquth dan tanahnya terbuat dari za’faran, seperti tepung putih yang berbau kasturi. Diantara bentuk bangunannya adalah kubah-kubah indah yang terbuat dari mutiara..Keindahan apakah yang cuba dibayangkan buku ini? Manusia yang terbuat dari tanahpun sudah indah ciptaannya apalagi..ciptaan Allah yang terbuat dari emas, perak, mutiara, za’faran, yaqut, lu’lu… Maha Suci Allah Lagi Maha Hebat.

Aku meneruskan bacaan dengan sangat bersemangat dan penuh minat..perasaan yang mengantuk sebelumnya dirasakan hilang serta-merta seperti kabus ditiup angin. Aku meneruskan bacaan baris ke baris , helaian demi helaian yang menginsafkan jiwa. Kadang-kadang aku tutup sebentar dan memejamkan mata cuba membayangkan kenikmatan yang Allah gambarkan, cuba menyelami bait-bait hadis yang diungkap Nabi saw. Kadang-kadang aku menghela nafas panjang, merasakan nikmat udara dan dapat menyedari rupanya merasakan aku semakin merindui tempat asalku ini…tempat asal kita semua..SYURGA ALLAH swt. IMPAIAN terbesarku mahu kesana bersama yang tercinta.

Bacaanku tersangkut tidak semena-mena apabila terkenangkan diri ini. Persoalan dosa dan maksiat selama ini yang banyak melazimi hari-hari ku menyebabkan aku rasa malu dengan diriku sendiri. Kasih sayang Allah swt selama ini tidak menjadikan aku bersukur bahkan nikmat-nikmatnya aku telah zalimi dengan tidak meletakkan pada tempatnya.

Dalam kebeningan subuh ini aku mendengar alunan zikir keinsafan , selawat-selawat Nabi yang di pasangkan sahabat sebilikku …terasa syahdu dan sedih. Meresap dalam alunan selawat ini dan menyebabkan aku menutup buku yang dibaca dan bibirku mula mengikut rentak alunan selawat ini. Makin lama- makin menjadi-jadi sebak didada mengenangkan diriku yang banyak berdosa pada ALLAh swt. Solatku Allah terima kah? Jarang khusuk..walaupun aku cuba..semakin dicuba semakin kuat dugaannya..selalunya aku tewas. Puasaku, amalku, maksiat-maksiat yang aku buat selama ini, ilmuku yang tidak aku amalkan ,…niat yang tidak tulus …sesekali pintasan-pintasan memeori kelam sejarah hidupku datang serentak.


Entah mengapa tidak dapat menahan lagi..air mata panas tiba-tiba mengalir perlahan membasahi pipi .Subhanallah…ungkapan ini terpacul; keluar dari mulutku. Penuh rasa Maha Besarnya Allah swt...Lemahnya diri ini...





1 comment:

Anonymous said...

Syurga... ibarat igauan buat sang manusia yang bergelar PEJUANG. Namun, sejauh manakah kita bersedia dan berusaha kearahnya?

SOALAN EMAS UNTUKKU DAN UNTUK SEMUA PEJUANG-PEJUANG ISLAM YANG MENGAKU DIRINYA ADALAH PEJUANG..

munirnukman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger