17 Dec 2008

Sorotan BENCANA SICHUAN dan MALAYSIA- Ukuran kita...


Salam Muhibbah Pembaca budiman sekalian. Buat sementara penulis berdiam menjauhi penulisan blog sebelum kembalinya semula sesi baru penulis ke dunia kampus. Kurang sebulan sesi baru akan bermula menandakan satu lagi pusingan pengajian bermula, mahasiswa kembali akan sibuk ke kuliah, bas-bas akan mula bersesak-sesak atas jalan mengangkut penumpang yang punyai jutaan ragam dan kerenah. Kita biarkan apa yang akan berlaku, putaran hidup, dan sejarah akan berulang….tinggal lagi sejauh mana kita mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku dan berlalu.

Penulis tertarik dengan isu Bukit Antarabangsa yang melanda ibu kota baru-baru ini. Kes seumpama ini menimbulkan berbagai-bagai reaksi yang beraneka ragam respon yang kita dengar di lapangan media perdana. Semua pihak merespon..analogi –analogi yang puitis dan menyengat di lunakkan dengan perbincangan yang semakin rancak di kedai kopi, perbahasan menteri, Sidang Dewan Rakyat, Dewan Negara…dimana-mana dalam Negara perkara ini hangat diperbahaskan. Kemana perbahasan ini membawa aliran pemikiran kita? Apakah konotasi dan idea utama yang diketengahkan? Pandangan orang ramai dan persepsi mereka terhadap isu ini membenuk gaya tindakan mereka….


Idea-idea seperti, Dah terhantuk baru nak terngadah, PBT bertanggungjawab ke atas kes ini, PBT kata Pemaju yang salah, Pemaju kata PBT salah, akhbar STAR kata pengaruh politik punca, Pembangkang kata Rasuah puncanya, Geologi kata manusia yang tidak mengguna pakai sistem yang ada, Mangsa tanah runtuh dan yang kematian ahli keluarga mula mengeluarkan ugutan..menyaman sana, menyaman sini…katanya memberi ingatan dan pengajaran…Penduduk menyalahkan ATM gagal jalankan tugas dengan baik, ATM makan hati dengan sikap penduduk menuduh yang bukan-bukan, polis difitnah merompak rumah, orang awam yang ambil kesempatan memecah rumah yang ditinggalkan dan berjela-jelalah konflik yang terus berlaku. Ada juga individu yang bermurah hati menyumbang, dan dana dilancarkan…Penutupnya, meredakan keadaan… kerajaan memutuskan mengharamkan projek lereng bukit lebih 35 darjah. Noktah!

Penulis mengucapkan takziah buat mangsa-mangsa yang kehilangan ahli keluarga. Dalam satu rancangan Tv keloalaan TV9-HALAQAH, Ustaz menyatakan untaian kata yang lebih tersirat dan membekas dihati. Kesan manusia menzalimi hak alam yang dilarang ISLAM, jadi ini merupakan ujian yang membetulkan dan menyentak banyak pihak. Kita belajar bersabar, kita belajar menerima…katanya ujian ini meninggikan kita disisi ALLAH jika kita sabar dan memuhasabah diri. Lebih mendalam dan halus bicaranya…aku khusyuk mendengar Dr Danial memberikan contoh demi contoh berkaitan sirah bagaimana Rasul SAW mengajar umatnya, dan firman-firman ALLAh swt yang manusia jauh sekali memikirkan maknanya agar kita sebagai KHLAIFAH wajib adil dan bijaksana merencana ala mini seluruhnya. Harga pengajaran ini sangat mahal…nyawa, harta benda , masa tenaga dan emosi… Semoga harga ini memberikan kita

Penulis mengucapkah tahniah buat semua pihak dan pasukan bantuan yang turut sama membantu mangsa tanah runtuh ini. Semua pihak dari muda sampailah ke tua yang bersusah payah untuk sama-sama meringankan beban mereka yang menjadi mangsa harus mendapat pujian atas keikhlasan membantu dan meringankan beban mereka yang ditimpa bencana. Rasa kasih–sayang sesama manusia ini haruslah mendahului dari segala prasangka negetif dan persepsi tempang yang sebenarnya hanya merupakan kesan sikap individualistic yang merentap rasa empati kita. Ketidakadilan kita dan zalimnya kita menatijahkan kerosakan yang akhirnya memakan diri kita sendiri.

Baik….., penulis ingin menyorot pemikiran pembaca..pada sudut pandang yang berbeza dan membuat kita terfikir dan mengukur sejauh mana bandingan kes di Malaysia dan di Negara orang..dan bandingkan diri kita..dimana letaknya kita sebagai orang ISLAM yang mengakui hebatnya ajaran terkandung dalamnya yang hakikatnya kita sendiri gagal menghayati intipatinya. Paling kurang sejauh mana moral dalam diri kita untuk mungkin menghulurkan bantuan buat mereka yang kesusahan berbanding banyak bercakap dan menyalahkan sana dan sini sedang diri kita terkedu bila diajukan soalan ‘ APA KAMU BUAT UNTUK BANTU? Untuk itu download sesuatu yang pasti merenggut emosi kita dalam memahami asam garam kehidupan, kesusahan dan dengan apa yang selalu dikatakan sebagai KEMANUSIAAN. Dalam ‘SHAREBOX’ di bawah belah kanan blog ini ada satu power point bertajuk “DISASTER IN SICHUAN” yang mungkin boleh kita bandingkan mesej yang hampir sama alam berikan namun di berikan reaksi yang jauh sekali penghuni diatasnya bertingkah laku. Selamat bermuhasabah…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger