Adapun UJUB dan RIYA' adalah penyakit orang yang banyak beribadat kepada ALLAH swt. ia menghapuskan pahala ibarat kayu kering disambar api.
Riya' adalah cenderung mencari keredhaan manusia. Amalannya tidak selari dengan hatinya...ahli jemaah ni ana faham sangat..bukan tak tahu.. berpura-pura alim, berkopiah , jalan didepan muslimat tunduk, berpura-pura zuhud, pura-pura alim, merasakan diri lebih layak..tetapi hatinya menunggu-nunggu untuk berbuat maksiat. Sangat berbeza sikapnya saat ia dihadapan manusia dan saat ia berseorangan....itulah ia antara perangai dan sifat munafiq/ berpura-pura. Berkopiah, melaksanakan dakwah, ...gambar lucah pun tengok!..

Sayugia terdengar beberapa individu beristighfar..terkedu, spontan dalam kuliah tasauf dalam membahas bab khauf dan raja'(takut dan harap) serta penyakit ujub dan riya' ahli ibadah dari kitab minhajul abidin . Aku memerhati keadaan sekeliling, kembali mataku aku tetapkan kelantai tunduk malu..begitu juga beberapa sahabat sefikrah yang juga ahli jemaah kampus. Title ahli jemaah yang dibangga-banggakan , kononnya merasa diri pendukung agama ALLAH dihempas kelantai , berkecai ia dek sentuhan halus nasihat dari ustaz...
Aku rasa, aku lalui , aku memerhati dan aku juga menjadi saksi dalam gerak kerja ahli jemaah. Memang ada benarnya apa yang dibahaskan ustaz. Seolah-oleh beliau juga pernah menyaksikan perkara sebegitu dalam penggerak harakah islamiyyah...Begitu jauh kita dari apa yang dikatakan sebagai mencari redha ALLAh swt sedang dalam diri kita bersatu maksiat dan yang haq.
Tarbiyyah tidak boleh dipandu akal, kerana ia nafsu. Sebaliknya perlu dari hati yang bersih..serta panduan Ilahi.
Mutiara demi mutiara aku kutip saat bersama orang - orang soleh seperti ini. Kita belajar bagaimana sebenarnya kita tidak tahu... Kita sangkakan kita betul , sangkaan kita meleset jauh dari jalan sebenar.
Sejauh mana penglibatan kita dengan jemaah menjadikan semakin kita takut akan ALLAH swt? Apakah semakin meningkat amal kita? Apakah semkin kita berusaha meningkatkan kualiti amalan wajib kita? Apakah ia menjadikan kita meninggalkan maksiat kepada ALLAH swt? Apakah semakin halus syariat kita atau sebaliknya? ... Semakin baikkah akhlak kita atau kita sendiri keliru dengan amalan akhlak di kalangan ahli jemaah...?
Dihitung-hitung , dengan halusnya perbahasan bab penyakit hati yang ustaz bahaskan boleh dikatakan tiada apa lagi yang tinggal bagiku dalam gerak kerja amal jamaie aku dek dirosakkan penyakit hati yang aku sendiri tidak sedar rupanya aku menganuti penyakit-penyakit itu sepanjang bergerak kerja... Habis bagaimana aku boleh merasa selesa? ..Itulah tipu daya iblis terhadap anak adam bagi memastikan setiap dari kita tidak selamat dalam perjalanan menuju ALLAh swt.
Habis tarbiyyah yang dibahas-bahas , dimuhasabah saban sem, serta konsep jiwa besar yang di bentuk-bentuk selama ini apa?...Semakin dalam kita hayati , rupanya jiwa manusia bernama ahli jemaah ini masih banyak ruang vakum yang wajib diisi sebelum mereka meggelarkan diri mereka sebagai AHLI JEMAAH !Memalukan , rupanya kita tak jauh beza pun dari insan yang berada diluar kepompong bai'ah ahli jemaah melainkan sekadar sejauh sifat berpura-pura sahaja...bahkan kita mungkin lebih teruk lagi terdedah dengan penyakit - penyakit ini.
Aku ingat lagi ustaz Md Noor Omar juga memang ada menyebut bab penyakit hati ini. dari kitab bidayatul hidayah juga karangan Hujjatul Islam Imam Al Ghazali .Untuk menghadapinya hanyalah dengan ilmu.... barulah kita akan dapat jalan yang lurus.

2 comments:
Buat sahabat pendokong ISLAM, untuk menundukkan hati adalah dengan ilmu dan ditarbiyah setiap masa serta sentiasa dipandu akal yang waras.bERMUJAHADAH setiap detik dan ketika.
salam akhi.. ana setuju dgan pndapt nta maaf ana katakan konsep tamrin yg kita bw selama sbnrnya tidak brkesan.. Bagi ana tarbiyah adalah melibatkan hati jd usaha ke arah pembersihan hati amatlah perlu dititikberatkan bukan sekadar menanam fiqrah prjuangan shaj... Skiraya tiada penumpuan ke arah pmbersihan hati, maka akn lahirlah ahli njemaah yg sekdar berpura 2 Kritikan yg ana lontarkan ini smoga dapat dijadikan muhasabah diri
Post a Comment