30 Jul 2012

PELARIAN KEPULAUAN SULU: DASAR PERIKEMANUSIAAN



JABATAN Imigresen Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 81,000 dokumen IMM13 sehingga 2009 kepada pelarian perang bagi membolehkan mereka bergerak bebas tanpa menggunakan pas perjalanan di Sabah dan Labuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata dokumen itu hanya diberikan kepada dua kumpulan di Sabah iaitu pelarian Cina-Indonesia dan pelarian perang selatan Filipina.
  • Menurut Nazri ketika menjawab soalan Datuk Marcus Mojigoh (BN-Putatan) di Parlimen, pemberian dokumen kepada kedua-dua kumpulan pelarian ini adalah dibuat atas dasar perikemanusiaan dan untuk itu mereka telah diberi pengecualian pasport oleh kerajaan untuk tinggal sementara di Sabah dan Labuan.
  • Nazri berkata terdapat enam skim penempatan pelarian perang selatan Filipina yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan diwartakan oleh kerajaan negeri Sabah.
  • Tempat tersebut ada lah di Kg Hidayat di Tawau, Kg Selamat di Semporna, Kg Bahagia di Sandakan, Kg Kinarut di Kota Kinabalu, Kg Telipok di Kota Kinabalu dan Kg Muslim di Labuan," katanya.
  • Namun begitu, beliau berkata disebabkan UNHCR tidak mampu menampung kos penempatan sejak 1970-an, kebanyakan mereka terpaksa tinggal di luar kawasan penempatan dan mendirikan rumah di kawasan setinggan.
  • Manakala pelarian Cina-Indonesia yang rata-rata tinggal di kawasan bandar berjaya diasimilasikan dengan masyarakat Cina tempatan seperti di bandar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau,
  • Menjawab pula soalan Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) sama ada pemegang dokumen IMM13 diberi status kewarganegaraan, Nazri berkata mereka tidak diberikan status itu. Dalam pada itu, kerajaan tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada pelarian dan pemohon suaka politik di negara ini.
Kes ini kendalikan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR. Bagaimanapun, Nazri berkata atas dasar perikemanusiaan kerajaan membenarkan mereka yang memegang kad UNHCR untuk tinggal sementara sehingga ditempatkan ke negara ketiga
Nazri berkata seramai 83,993 pelarian dan 10,850 pemohon suaka direkod oleh UNHCR sebagai orang yang menjadi kebimbangan, berada di Malaysia sehingga kini.
Sumber: BERNAMA

Kebenaran ISLAM vs Kekeliruan Kristian

dipetik dari : tausug-global


Diceritakan oleh Ustaz Tajuddin Othman Abdullah(Reverend Thomas Laiden). Beliau adalah bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.

Antara sedutan ceritanya:

"SEMASA KRISTIAN saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok (maksudnya Suluk @ Tausug). Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah.

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabahseluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu".

Perdebatan Bermula:

"Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi.

Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita anuti ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."

Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa.

Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian? Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." "Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)." Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama." Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia".

Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik, apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa.

Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya. Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa".

Mendiang Pope John Paul II meneropong dari luar Gereja Vatican kalau-kalau ada lagi Tausug yang menjadi Paderi. Beliau sudah tidak yakin dengan Tausug walau paderi sekali pun. Bahaya!!

RAHSIA Paderi Vatican Bersumpah Guna Al-Quran

"Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ.

Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.

Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya.

Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St Mary, Sabah".


Ulasan Asree:
Saya percaya kitab yang diambil dari dalam laci oleh Thomas itu ialah salinan Injil Barnaba kerana Injil Barnaba persis sama kandungannya selari dengan Al-Quran dan Sunnah. Atau pun ianya kitab Injil yang asal dari penganut Yahudi terawal menjadi pengikut Nabi Isa a.s. Saya pernah terbaca satu kitab Injil Barnaba dalam Bahasa Melayu. Dalam muka surat awalnya tertulis bahawa kitab Injil Barnaba tersebut telah ditahqiq (disemak) oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebelum dicetak.

Pengajaran di atas ialah TAUSUG memang benar-benar "PENGKHIANAT" sekiranya mereka benar-benar telah "dikhianati" dengan tertipu atau terpedaya. Maka benarlah tekaan para ahli sejarah terhadap TAUSUG:

Primo Esleyer penulis Lessons from Kidnapping dalam www.iloiloviews.com, Visayan Daily Star pada June 20, 2008:

“Tausug adalah pelayar terbaik, kapal perang Spanyol tidak boleh mengalahkan kapal mereka. Mereka adalah pahlawan-pahlawan tetapi adalah yang paling khianat berbanding kaum Muslimin yang lain… ramai para Jeneral (tentera Filipina) yang terperangkap dan terbunuh.

nota: untuk makluman pembaca, Tausug adalah bangsa asal kepulauan SULU yang asalnya merdeka namun dijajah secara perjanjian tanpa kerelaan bangsa TAUSUG . Mereka kelompok yang kuat jati diri ISLAM dan cuba dikristiankan. Bangsa ini terus berjihad dan bangkit menegakkan KEsultanan Sulu hingga kini dan dilabelkan dengan pelbagai konotasi negetif  oleh media antarabangsa seperti pengganas ABU SAYYAF, Orang Moro dan sebagainya. 

Rohingya Perlukan Keadilan Dunia


BUkan sedikit kekejaman yang di lakukan keatas UMAT ISLAM ROHINGYA di Arakan , Burma.
Sukan OLIMPIK yang beritual ALA-ALA YAHUDI DAN DAJJAL menutup tabir KEKEJAMAN keatas BANGSA MANUSIA.
Beberapa siri berita yang kedengaran dari dada-dada ahbar serta media internet kelihatannya ada yang semakin mengapi-apikan permusuhan agama ini. Permusuhan ini seolah -olah dicaturkan tangan-tangan yang memang mahu melaga-lagakan agama sehingga menimbulkan permusuhan dan kebencian agar akhirnya ISLAM yang dimangsakan . Junta BURMA secara tiada perikemanusiaan tetapi sah disisi undang-undangya melaksanakan PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI masyarkat ISLAM ROHINGYA. Percaturan ini juga dilihat semakin pelik apabila Aung Su Kyi yang dahulunya lebat memperjuangkan DEMOKRASI diam seribu bahasa...dan terbaru mengeluarkan kenyataan tidak menyokong PENINDASAN MELAMPAU - TIADA KEMANUSIAAN serta UNDANG_UNDANG RIMBA JUNTA BURMA kepada rakyatnya sendiri.

Kelihatannya negeri-negeri ASEAN seperti melihat wayang gambar sahaja. Tiada lagi suatu bentuk bantuan yang konkrit dalam mencegah  PENCABULAN HAK ASASI MANUSIA secara terang-terangan keatas manusia . Bukankah wajar PEPERANGAN di lakukan ke atas BURMA sebagaimana IRAQ dan AFGHANISTAN?? Perkara ini tidak akan berlaku sebab yang menang di sini adalah BUDDHA dan bukannya ISLAM. Matlamat peperangan di IRAQ dan AFGHANISTAN adalah menghancurkan kekuatan ISLAM. Apa yang berlaku di BURMA dipersetujui para pemuka KUFFAR yang mahukan ISLAM di HINA di BULAN RAMADHAN yang mulia ini.
Begitulah sukarnya menggeggam ISLAM buat para penganutnya. Hadis Nabi di akhir zaman ini begitu pahit untuk diamalkan. Mereka yang tegar diuji sahaja akhirnya menikmati kemanisan IMAN . Yang cepat mengalah akan mengikut apa yang ditawarkan DAJJAL. Walaupun dilihat seperti syurga tawaran mereka namun disisi ALLAH itulah neraka akhirnya.
Kita usah berhenti berdoa kepada ALLAH buat sekalian umat ISLAM yang ditindas di NUSANTARA khususnya dan DUNIA umumnya . Bermula dari Pattani, Sulu, Mindanau, Burma, Checnya, Iraq, Afghanistan, Syria, Palestin, Amerika, Afrika, SOmalia...Ya ALLAh betapa kami tidak mampu melainkan mengharapkan petolongan MU keatas bentuk kezaliman terncang ini .
Sentiasalah kita bersangka baik kepada ALLAH AZZAWAJALLA...Teruskan mendoakan di waktu mahu berbuka dan saat bersahur. Agar ALLAH bantu semua UMAT ISLAM dan kuatkan IMAN kita serta matikan kita di akhir zaman yang penuh dengan fitnah ini dengan KHUSNUL KHATIMAH

Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a)      Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b)     Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c)      Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d)     Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran 
e)      Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f)       Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g)      Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h)     Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka.


Info lanjut mengenai mereka rujuk link di bawah. Baca sampai habis, faham dan SEBARKAN.

http:// sozcyili.blogspot.com/2012/06/siapakah-umat-islam-rohingya.html
http://www.szlihin.com/2012/06/isu-pembunuhan-umat-islam-rohingya-di.html

Dari http://szlihin.com = 1. Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini, 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
2. Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan itu, puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.
(Propaganda KERAJAAN BURMA MENCETUSKAN KEBENCIAN KEPADA UMAT ISLAM )
3. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.
4. Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima, polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

5. Berdasarkan maklumat langsung dari Maungdaw, sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

6. Namun, mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga kini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga kini.

7. Pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan bahawa mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

8. Lebih memeranjatkan, pihak keselamatan, polis dan tentera, kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun darurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan, pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

9. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk, namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

10. Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gitelah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

11. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan, namun bukan untuk melindungi mereka, akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah. Lantaran itu, penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

12. 9 hb Jun 2012, sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar. 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar iaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine.

13. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar. Dari maklumat terkini, semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. Hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

14. Kutukan keras dilemparkan terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1982 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

15. Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

16. Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang masih berada di wilayah Arakan, Myanmar .

17. Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa mengganut Buddha.

18. Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Semoga kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar supaya segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Kita mesti bertindak tegas jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan. Kekejaman regim tentera Myanmar menzalimi umat Islam Rohingya di Myanmar mesti dihentikan!

28 Jul 2012

Kekejaman JUNTA BURMA memperalatkan BUDDHA menghalalkan ETHNIC CLEANSING


KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh dunia harus bangkit menyatakan bantahan terhadap kekejaman Junta Myanmar melakukan kezaliman berterusan terhadap saudara Islam Rohingya di negara itu.

Sehingga kini dianggarkan puluhan ribu maut ditembak, disembelih dan dibakar manakala masjid dan perkampungan turut dibakar, mayat-mayat dicampak ke laut dan gadis-gadis diperkosa sampai mati.

"Apakah kita hanya mahu melihat mereka disembelih, dibakar dan dizalimi sebegitu rupa.Ironi Mana pemimpin Islam yang melaung-laungkan ISLAM,mengapa menikus, mana kekuatan Umat Islam? Dimanakah mereka yang mendabik dada PEJUANG dalam UMNO? Apakah suara OIC tiada berguna ....ibarat ada tak menambah , tiada tidak berkurang ??Suara ASIAN yang HEBOH memperjuangkan HAK ASASI ??? Inilah yang patutu diberikan keutamaan .

"Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk membela nasib mereka jika bukan kita," kata Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.Beliau berkata demikian ketika berucap di himpunan aman Rohingya di perkarangan Masjid Masjid al-Syarif, Gombak sejurus selesai solat Jumaat hari ini.

Hampir 200 orang menyertai himpunan itu bagi membantah tindakan kejam pemerintah Myanmar terhadap kaum Rohingya di negara itu.Turut berucap pada himpunan itu Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad, Pengerusi Shura Abdul Ghani Shamsuddin, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Suhaimi Abdul Aziz serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Mat Som.

Kamruzzaman berkata, himpunan hari ini juga merupakan tanda sokongan dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap warga Rohingya yang dizalimi.

"Atas semangat persaudaraan, kita perlu bangkit menentang kekejaman junta yang BURMA yang menindas rakyat ISLAM MYNMAR.

"Jika kita bangkit membantah, kita harap kuasa-kuasa besar dunia membuka mata dan mendesak pihak junta menghentikan kezaliman mereka," katanya.

Selain di Kuala Lumpur, himpunan aman Rohingya anjuran Dewan Pemuda PAS hari ini turut diadakan di seluruh masjid terpilih di seluruh negara.

Di Sabah, Kira-kira 200 umat Islam berhimpun secara aman bagi tujuan sama.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu berkata, umat Islam khusunya di negeri ini perlu bersatu dan menunjukkan kebersamaan terhadap umat Islam di negara-negara lain. 
“Kekejaman terhadap umat Islam Rohingya ini merupakan isu sejagat umat Islam yang lain. Kita mesti bersama dengan mereka... menyokong serta menghulurkan apa-apa yang boleh disumbangkan hatta dengan harta sekalipun.

“Kita juga mendesak, kerajaan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang digembar-gemburkan, adalah amat malang sekiranya kerajaan hanya mahu melihat tidak berdaya berbuat apa-apa,” jelasnya.



Katanya, kerajaan Malaysia harus melihat isu ini secara tegas dan matang dengan menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar. Atau sudah sampai masanya kita TUKAR KERAJAAN PADA PRU 13 kerana kemandulan KERAJAAN INI dari bersuara. Bukanlah GULA-GULA berupa wang yang rakyat mahukan tetapi KOMITMEN MENDUKUNG PERJUANGAN SEJAGAT ISLAM itulah yanbg utama.

“Kita mahu, kerajaan Malaysia selaku rakan ASEAN dengan Myanmar melihat secara tegas. Katakan secara tegas kepada Myanmar untuk tidak berlaku kekejaman terhadap umat Islam di sana,” ujar Lahirul.

Perhimpunan aman yang berlangsung di Masjid Bandar dekat Kota Kinabalu berakhir dengan beramai-ramai mengaminkan bacaan doa dan doa qunut nazilah yang diketuai oleh Murtaza Othman yang juga Exco Tarbiyah, Pemuda PAS Sabah.

26 Jul 2012

Sejarah Konspirasi Amerika


Maklumat ASREE MORO dari blog rasminya (KLIK)

Seorang sahabat tidak bersetuju dengan analisis saya yang mengatakan Perang Dunia Ketiga akan bermula di Sulu. Beberapa sahabat karib juga turut tergelak sambil bertanya, apakah mimpi saya malam tadi hingga menyebabkan saya mengatakan PERANG DUNIA TERAKHIR itu akan bermula di Sulu. Sahabat saya Neldy Jolo salah seorang dari teman pengkaji Sejarah Sulu, lebih bijak dan berhati-hati dengan bertanya, apakah buktinya? Saya katakana buktinya sudah terpampang di depan mata. Dia Tanya lagi yang mana satu? Jawab saya ringkas, meletupnya dua bangunan New York dan kejatuhan ekonomi Amerika (Global). Dia mengangguk dan tersenyum sambil mengatakan bahawa, dia akan turut menemani saya mengkaji hal ini.


Saya mengatakan, Sulu adalah satu wilayah di hujung dunia yang paling timur di garis khatulistiwa, adalah satu wilayah yang paling kaya di muka bumi. Sesiapa yang mendampinginya akan turut menjadi kaya-raya. Persoalannya betulkah?

Menurut sahabat saya seorang Jurutera Tausug yang bekerja di carigali PETRONAS, mengatakan bahawa beliau ada maklumat berupa foto-pelan Setelit Laut Sulu dan sekitar Pulau Jolo. Menunjukkan di Laut Sulu terdapat satu kawah petroleum yang lebih besar dari simpanan minyak negara-negara Arab keseluruhannya. Malah katanya terdapat tompokan emas yang banyak tidak jauh dari Pulau Jolo yang berada di laut. Maklumat ini sangat menakjubkan.

Beberapa hari lalu seorang sahabat yang bekerja dengan carigali mengatakan, baru-baru ini mereka sedang menyiapkan pelantar minyak di laut Sandakan dan beberapa lokasi lain berhampiran sempadan perairan Sabah dan Sulu (Filipina), mengesahkan lagi dakwaan ini.



Satu penjelasan menarik dari salah seorang Dr yang menjadi ketua kampung di Pulau Flores. Dalam blognya 

memperjelaskan tentang satu benua yang dinamakan LAMAHOLOT. Umum mengetahui yang dinamakan Solot oleh Srivijaya dan Majapahit dalam dalam catatan Negarakrtegama adalah kepulauan Sulu itu sendiri.

Dalam blog beliau menjelaskan:

Ini antara lain yang membuat heboh di Flores Timur, yaitu pernyataan Anda yang menyebut Lamaholot sebagai pusat peradaban dunia. Tolong dijelaskan.

Itu kan asumsi saya, dengan memperhatikan (apa yang ada dalam masyarakat Flores Timur, Red). Kan saya keliling dari desa ke desa. Saya memperhatikan nama-nama, simbol-simbol. Nama itu misalnya Solor, masih ada secara fisik. Ada jagung Solot, ada orang yang namanya Solot. Dan saya mempunyai asumsi bahwa ada sebuah benua yang hilang, yang disebut Benua Solot. Benua Solot itulah benua awal. Sekarang kita mencari Benua Solot itu ada di mana? Ya, tentu dengan ilmu pengetahuan dan teknologi yang dimiliki manusia, yang juga sebenarnya dalam penguasaan Tuhan, kemudian bisa dikaji, di mana itu Benua Solot?

Yang kedua, para ilmuwan pun berpendapat bahwa peradaban bermula di Timur. Pertanyaan kita, Timur itu yang mana? Setiap kelompok, setiap orang boleh mencari. Apakah Timur itu di Sulawesi, di Irian, di Timur Tengah, kan bisa saja. Dan, sebagai orang yang menggali akar budaya Lamaholot, saya juga bisa mempunyai asumsi seperti itu. Tinggal saja nanti dikaji, seperti apa? Nah kalau di dalam perkembangan peradaban dunia, ternyata terjadi pencemaran-pencemaran, kontaminasi yang tidak sesuai dengan ajaran leluhur, maka perubahan pun harus dimulai dari Timur. Secara teoretik para ilmuwan berpendapat begitu
.


Kejatuhan Ekonomi Global Serta Kaitannya Dengan SULU

Baru-baru ini seorang Tengku, sahabat saya dari keluarga diraja Pahang dan Selangor mengatakan sepatutnya kejatuhan Ekonomi Global sudah berlaku selepas beberapa bulan meletupnya bangunan berkembar New York pada Sebelas September 2001 yang lalu. Betulkah? Bagaimana ia berlaku demikian?

Katanya, pada tarikh 11hb September adalah tarikh lahir Mantan Presiden Filipina Ferdinand E.Marcos, kerana pada tarikh tersebut berakhirnya cagaran/pelaburan Gold Bar yang ditabur Marcos di seluruh dunia untuk kembali ke Filipina (Sulu?). Bermakna, segala jongkong emas (gold bar) itu sepatutnya akan kembali ke Filipina pada tarikh tersebut, malangnya berlaku letupan dan meranapkan Pusat Dagangan Dunia di New York itu. (Umum mengetahui, letupan tersebut bukan dilakukan oleh Al-Qaeda Osama bin Laden) Ini bermakna letupan tersebut adalah “Diletup Sendiri” untuk menghalang kembalinya jongkong emas 600,000 tan metrik ke Filipina. Sebab itu mengapa “Isu Keganasan” telah dinyalakan untuk mengalih tumpuan. “Keganasan” terfokus terutama kepada golongan Islam radikal (Wahhabi/Salafi) yang sememangnya mudah dikambing-hitamkan (Al-Qaeda).

Jongkong emas yang ditabur Marcos keseluruh dunia bermula pada 1981, iaitu berakhirnya undang-undang tentera (Martial Law) di Filipina Selatan (ketika ini (1981) penduduk Sulu sudah membanjiri Sabah kerana lari dari perang MNLF vs Marcos sebagai pelarian, yang kekal hingga hari ini (IMM13)). Dalam mana-mana pelaburan jongkong emas, 20 tahun adalah jangka masa maksimum yang ditetapkan, setelah itu akan dikembalikan semula kepada pemiliknya. Umum mengetahui, akaun pelaburan Marcos bermula pada 11hb September 1981, sempena tarikh lahirnya dan sudah tentu akan berakhir pada 11hb September 2001 (tarikh berlakunya kehancuran Pusat Dagangan Dunia, New York).

Tarikh Lahir Keramat?

Dalam laman web http://www.globalpinoy.com mengatakan: The 10th president of the Republic of the Philippines, Ferdinand Marcos was born on September 11, 1917 in Sarat, Ilocos Norte…”

Para pengkaji harta bersetuju, bahawa Marcos sangat suka meletak sesuatu pekerjaan yang punya nilai sejarah sesuai dengan tarikh lahirnya. Tarikh Undang-undang Tentera (Martial Law) di Filipina juga dilakukan pada tarikh hari lahirnya, cuma terlewat beberapa hari iaitu pada 22hb September 1972 yang mungkin disebabkan masalah teknikal ianya tersasar. Bermula dari tarikh lahirnya segala kedurjanaan turut mewarnai 11hb September sebab itulah tarikh “kekayaan” yang membawa “kehancuran”

Para pengkaji harta juga termasuk Mr. Mike Kay menyatakan segala jongkong emas Marcos adalah bukan kepunyaannya, tetapi adalah kepunyaan Sultan Sulu dan Rakyatnya. Ianya telah menjadi sumber kekayaan Marcos bersama isterinya Imelda secara peribadi. Ini bermakna Marcos dan Imelda lebih kaya daripada kerajaan Filipina sendiri setelah berjaya memanipulasi Harta Perbendaharaan Sulu. Dalam laman web http://www.infoplease.com membuktikan Marcos dan Imelda tidak menggunakan harta kerajaan Filipina sekali pun rakyat sangsi bagaimana Marcos mendapat kekayaan yang begitu banyak.
“After substantial evidence of Marcos's corruption emerged, he and his wife were indicted for embezzlement in the United States. Marcos died in Hawaii. After her husband's death Imelda Marcos was found innocent (1990) of embezzlement by a U.S. court, but she was convicted of graft in a trial in the Philippines in 1993”.
Walaupun Filipina membicarakannya namun tiada bukti kaitan penyelewengan Marcos terhadap asset Filipina. Dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu menjelaskan:
“Juga semasa soaljawab oleh pihak Mahkamah di Manila ke atas Puan Imelda Marcos (Isteri Marcos) pada tahun 1993, beliau telah menafikan yang suaminya (Presiden Marcos) ada menggelapkan mana-mana harta Kerajaan Filipina semasa era pemerintahannya dari tahun 1965-1986”.
Yang digelapkan sebenarnya ialah jongkong emas Sultanate Of Sulu. Kerajaan Filipina terpaksa mengakui bahawa kalau bukan Marcos sudah tentu Filipina hingga hari ini gagal memasukkan Sulu dalam wilayah kedaulatannya. Malah kalau bukan Marcos masakan Filipina pada tahun 1949 berjaya meminjam jongkong emas 400,000 tan metrik dari Kesultanan Sulu untuk menubuhkan “Bank Negara Filipina” yang ketika itu adalah salah satu dari negara “Papa Kedana” di Asia Tenggara?
Untuk mengetahui bagaimana cara Marcos memanipulasi harta Sulu, sila klik ke dalam kandungan buku “Tausug dan Kesultanan 


Kuasa Proksi Zionis

Seorang Professor dari Havard Keneddy School of Government yang juga penulis buku “The Power To Lead”, Joseph S NYE (beliau juga bekas Penolong Setiausaha Pertahanan AS) mengatakan “Persoalan lebih besar berkisar kepada kuasa AS pada masa depan. Ramalan pada 2025 yang disediakan Majlis Risikan Kebangsaan Amerika menyatakan dominasi AS akan hilang dan satu-satunya kunci yang akan terus menjadikan AS hebat ialah kekuatan ketenteraannya”

Sebenarnya kejayaan AS bukan semata-mata kepada ketenteraannya tetapi “think tank” disebalik semua apa sahaja yang dimiliki oleh AS iaitu “Yahudi”. Perkara ini bukan lagi rahsia bagaimana “Jutawan Yahudi” sebagaimana yang pernah disebut oleh Tun Mahadir sebagai “Kuasa Proksi” adalah yang berkuasa terhadap segala tindak-tanduk AS. Lalu, bagaimana “Yahudi” begitu berkuasa dalam negara “Polis Dunia” itu? Bagaimanakah Yahudi mendapat dana begitu besar sehingga dapat menguasai Dunia? Sebenarnya adalah berpunca dari harta KESULTANAN SULU! (Lihat kaitannya dengan Marcos serta kerjasama Vatikan memindahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas dari Sulu ke Italy sebelum Perang Dunia ke-II meletus :http://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html)

AS secara zahirnya, tidak lagi mampu menguruskan dirinya kerana hutang terlalu banyak. Hutang yang bertimbun menyebabkan AS mengikut sahaja apa yang dimahukan oleh kumpulan yang memberikan hutang. Hutang kepada siapa? Dalam laman web http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/2008/08/nwo-krisis-dunia-sekarang.html menyatakan:

“Masalah hutang luar negera Amerika dengan bank-bank milik Yahudi Zionist sudah menjangkau USD 9.4 Trillion dalam bentuk tunai dan hutang didalam negara berbentuk ( Soc. Sec., Medicare, Medicaid, federal employee pensions, entitlement programs dll ). Hutangnya sekitar USD 50 dan 70 Trillion. Sekarang angka ini sudah bertambah ke USD 99 Trillion. Kerajaan Amerika tidak mampu membayarnya”

Ketika Zionis muncul dan menjadi kuat selepas Perang Dunia Pertama, dengan percaturan bijak mereka berjaya memproses serta menghantar Kamal At-Tarturk dan Laurence of Arabia masing-masing ke Turki dan Najad, Saudi Arabia, hinggakan mereka berjaya menghancurkan kesatuan Khilafah Othmania di Timur Tengah, maka adalah mudah menewaskan yang lainnya (seperti Asia Tenggara) selepas itu. Kerana sumber kekuatan Dunia Islam telah pun musnah.

Amerika Syarikat Bermula Di Sulu

Pada hujung abad ke-19, AS telah pun berada di Sulu memeterai beberapa perjanjian penting setelah kekalahan Spanyol kepada AS. Sultan Sulu ketika itu Sultan Jamalul Kiram-II, memeterai Perjanjian Bates pada 1898 dan membuat perjanjian semula pada Perjanjian Carpenter 1915. Ketika ini AS telah dapat menghidu “sesuatu” ke atas Sulu dan Kesultanannya. Pada 1916, AS telah mewujudkan Jones Law untuk persediaan memberikan kemerdekaan pada Filipina tetapi gagal kerana ditentang hebat oleh kongres AS sendiri. Tujuan AS ialah agar Sulu berjaya dimasukkan ke Filipina secara tipu helah sebab itu AS cepat-cepat memberikan Kemerdekaan kepada Filipina.

AS telah berjaya “menghidu” kekayaan Sulu berdasarkan budaya perniagaan secara BARTER pihak Istana Sulu dengan kerajaan Kayangan China, yang sudah tentu telah mengumpul harta karun yang bukan sedikit. AS tidak dapat berbuat apa-apa atau memaksa Sultan Sulu membuat itu dan ini kecuali Sulu mesti berada di bawah kekuasaan atau pentadbiran negara lain, maka sebab itu Filipina mesti dimerdekakan dan memasukkan Sulu-Mindanao dalam wilayahnya untuk memudahkan AS membuat “urusan”.

Pada tahun 1930, AS telah mengalami musibah kejatuhan ekonomi yang paling teruk dalam sejarah AS. Kemelesetan turut merebak ke seluruh dunia yang kita katakana hari ini sebagai kejatuhan ekonomi global. Kejatuhan ini seperti telah “dirancang” dengan begitu rapi, dengan demikian segala urusan perjanjian dengan wilayah-wilayah dalam naungan perniagaan AS akan dapat dipermudahkan.

Sebab itu Jones Law yang gagal pada 1916, telah diganti dengan satu lagi Undang-undang yang telah diperkenalkan pada tahun 1934 iaituTyding-MCduffie Law. Ia juga dikenali sebagai The Philipines Independence Act sebagai langkah memberi kemerdekaan kepada Filipina. Tyding-MCduffie Law akhirnya berfungsi sepenuhnya pada 1935 di Filipina.

Ketika ini pada 1935, Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram-II telah berjaya diyakinkan oleh “Agen” yang terdiri dari 2 orang Trusty untuk melabur dalam pelaburan AS. Oleh kerana Sultan Jamalul Kiram-II terikat dengan beberapa perjanjian sebelumnya dan dikatakan bagindalah satu-satunya Sultan Sulu yang paling bijak dan moden yang mengetahui pelaburan “ala saham Amerika”, dan mungkin ditambah lagi dengan kemudahan dari  Tyding MCduffie Law, maka Sultan Sulu menyerahkan lebih 600,000 tan metrik jongkong emas kepada 2 orang Trusty tersebut. Oleh kerana Sultan Sulu yang satu ini bijak dengan senantiasa memantau “jongkong emasnya” maka pada tahun 1936 baginda telah mangkat dipercayai diracun.

Tercetusnya Perang Dunia Ke-II
Berkenaan aset besar Sulu, jongkong emas bernilai lebih 600,000 tan metrik ini kemungkinan besar berjaya “dihidu” oleh Jepun melalui Turki yang pada ketika itu Jepun bersekutu dengan Turki dan Jerman sebelum meletusnya Perang Dunia Ke-II. Setelah itu Jepun telah melaungkan slogan “Asia untuk Asia” yang kemungkinan inspirasinya datang dari pembolotan AS terhadap “Harta Karun Sulu” itu. Keadaan ini menimbulkan ketakutan AS dan para “proksinya” lalu dibuat tindakan drastik:

Pada 1939, harta-harta Sulu telah dihantar ke Vatican City untuk mengelakkan dari Perang Dunia ke-II (WW-II) dan ketika ini (Vatican) dibawah jagaan POPE JOHN PAUL-II. Tidak lama selepas itu, kedua-dua trusty telah mengambil Ferdinand E.Marcos menjadi "Peguam" mereka dalam menguruskan harta-harta Sulu tersebut..” Dipetik dari buku Tausug dan Kesultanan Suluhttp://tausugglobal.blogspot.com/2008/09/15-harta-perbendaharaan-negara.html

Akhirnya Perang Dunia Ke-II telah meletus pada tahun 1941-1945. Jepun telah berjaya masuk ke Sulu dengan General Tenteranya bernama Yamashita mengetuai serangan. Telah terbukti Jepun telah mengetahui akan kewujudan “Harta Karun” Sulu itu lebih awal sebelum meletusnya perang, iaitu setelah General Yamashita berjaya masuk ke Sulu, langkah keduanya ialah mencari “Harta Karun” Sulu. Yamashita telah berjaya menemui satu kawasan simpanan jongkong emas Sulu yang nilainya tidaklah sebanyak apa yang didapat oleh AS (2 trusty dan Vatican) yang diserah oleh Sultan Jamalul Kiram-II. Hingga hari ini, terdapat satu nama sebagai pemilik Jongkong emas iaitu “Yamashita”.

Ini juga membuktikan, Sultan Sulu masih ada simpanan emasnya di Sulu, tetapi masih tersimpan rapi. Sebahagiannya telah dijumpai oleh Yamashita dan sebahagian lagi diserah kepada Trusty AS itu tadi. Hingga hari ini pencarian masih berlaku di sekitar kepulauan Sulu. Tentera Filipina menjaga Sulu dengan propaganda “keganasan” dari Tausug (Abu Sayyaf, MILF, MNLF, JI dan sebagainya) yang dianggap ganas dan jahat. Yang kononnya segala penculikan adalah dilakukan oleh kaum Tausug, hakikatnya adalah untuk menjaga Sulu dari didatangi pemberita kerana disitu terdapat banyak kepentingan AS (Minyak dan Emas) yang belum diteroka.

Amerika Akan Berakhir Di Sulu?

Untuk menyelamatkan ekonomi AS dan gobal keseluruhannya, AS bersama “proksinya” terpaksa mengakui bahawa Sulu adalah “tempat” untuk menyelamatkan diri. Setelah meletupnya bangunan Pusat Dagangan Dunia, New York pada 11hb September 2001 dengan atas alasan yang penulis sudah terangkan di atas, AS akan bergegas kembali ke Asia Tenggara terutama di sekitar Mindanao. Dalam hal ini (AS kembali melihat Asia Tenggara), Prof. Joseph S NYE mengakui dengan mengatakan:

“Dalam politik antara negara, faktor berterusan yang penting ialah ‘kembali kepada Asia’”

Di dalam laman 


“..the United States may eventually want to re-establish major conventional bases in this geographic heart of maritime Southeast Asia. Since 2002, the United States has, through a 'back door' approach, incrementally integrated the Philippines into its forward military posture in Asia. It refers to its bases in Mindanao as "forward operating bases" similar to its special forces presence in the Horn of Africa”.

Semuanya atas nama memerangi keganasan global sebagai alasan tunggal masuk ke Sulu (Mereka tidak menyebut Sulu secara spesifik, takut kantoi, hanya menamakan Mindanao). Artikel di atas bersambung lagi:

“The forces are called the Joint Special Operation Task Force Philippines and are an integral part of Operation Enduring Freedom, the Middle East anti-terror operation. They are considered a model for future US military operations”.

Juga mereka masuk dengan tajuk “latihan bersama” atas alasan memerangi keganasan serta kebebasan. Contohnya di Filipina, latihan bersama AS dengan tentera Filipina di Sulu dinamakan “Balikatan”. Semenjak tahun 2002, AS telah berada di Sulu malah dengan adanya “Balikatan” mereka semakin kukuh di sana dengan menunjukkan bantuan kemanusiaan “Humanitarian”. Bangunan “kekal” juga turut dibina di seluruh kepulauan Sulu untuk memudahkan “bantuan”. Antara program Humanitarian AS di Sulu ialah:
  1. 1.       Menyediakan bekalan air bersih di kepulauan Sulu.
  2. 2.       Membina Jalan Berturap (sekarang sedang berlangsung).
  3. 3.       Membina perigi-perigi untuk bekalan air bersih penduduk.
  4. 4.       Sistem perparitan (dalam Bandar) terutama di Jolo kerana selalu banjir.
  5. 5.       Membina sekolah untuk kanak-kanak Sulu (membasmi buta huruf).
  6. 6.       Membaiki masjid dan surau.
  7. 7.       Membina hentian-hentian bas (berbumbung)
  8. 8.       Membaiki bangunan lama yang rosak.
  9. 9.       Mengadakan seminar-seminar untuk kesedaran bernegara secara aman, kursus-kursus kesedaran berpolitik (sebahagian anak Sulu di bawa ke AS untuk mendalami kaedah berpolitik mengikut sukatan AS).
Rakyat Sulu tentunya sangat berterima kasih dengan “Balikatan” dan satu rahmat buat mereka dari Allah swt sekali pun yang memberi bantuan itu AS. Nampaknya OIC tiada langsung peranan di Sulu kecuali “Oh, i see”… Tiada apa yang boleh diharapkan dari negara-negara Islam kecuali hanya “omong kosong” dan kedayusan. Sebagaimana kedayusan negara-negara Islam kerana gagal menghalang serangan Israel-Yahudi ke atas penduduk GAZA, begitu jugalah dengan Sulu.

Sulu kiranya menjadi negara berdaulat semula, ia akan menjadi sahabat “Karib” Amerika yang tak boleh disangkal dan dinafikan “kekuatannya”. SEBAB ITU SULU BOLEH TUNTUT SEMUA HAKNYA DISELURUH DUNIA walau sekecil biji sawi pun ianya akan tertuntut.

Mengikut Hadith Rasulullah saw, menyatakan bahawa akan ada satu kumpulan dari sebelah timur yang akan datang membawa panji-panji untuk membantu Al-Mahdi. Berkenaan kemunculan Dajjal juga dikatakan akan muncul di SEBELAH TIMUR?

1 ulasan:

Langan berkata...
Salam Bro Asree, saya terharu dengan artikel Bro Asree ini. Ini ialah infromasi baru bagi kajian tentang Sulu. Seperti Lawrence itu ialah Zionis, melambangkan satu kegigihan Bro Asree mengkajai apa jua fakt-fakta yang berhubungkait dengan Kesultanan Sulu. Dari itu, saya mengulas artikel Bro Asree melalui arikel di bawah selepas saya membaca artikel Bro Asree.

WILAYAH KESULTANAN SULU TERBAHAGI TIGA

Neldy Jolo

Kepulauan Sulu Dianeksasi Ke Republik Filipina

Semasa Sepanyol kalah berperang dengan Amerika, ia menyerahkan Delas Islas Filipinas atau kepulauan Filipina dengan harga 20 juta dollar dalam perjanjian kedamaian yang di tandatangani di Paris pada 10 Disember 1898, yang telah dikenali sebagai “Treaty of Paris” . Kedaulatan Kesultanan Sulu dan Mindanao disertakan dalam perjanjian tersebut, walaupun ia tidak pernah dijajah.

Pada 7 November 1900, perjanjian baru telah diadakan antara Sepanyol dengan Amerika. Perjanjian tersebut telah memasukkan Teluk Sibutu dan wilayah Kagayan De Sulu pada harga 100,000 dolar. Taganak dan Pulau Penyu turut dimasukkan dalam perjanjian baru tersebut, walaupun ia sebahagian dalam pajakan antara Kesultanan Sulu dan Syarikat British Borneo Utara yang dimeterai pada 22 Januari 1878. Disamping itu, juga pada tahun 1878, perjanjian perdamaian telah diadakan diantara Kesultanan Sulu dengan Kerajaan Sepanyol yang di wakili oleh Colonel Carlos Martinez kerana di masa itu, Kerajaan Sepanyol mengalami kekalahan yang amat teruk dalam perperangan dengan Kesultanan Sulu.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum perjanjian Kesultanan Sulu-Amerika Syarikat yang di panggil “Kiram-Bates Treaty” pada 20 August 1898 dan perjanjian yang dikenali sebagai “Carpenter Agreement” pada 22 Mac 1915, terdapat satu lagi perjanjian di tahun 1904 antara Kesultanan Sulu dan Amerika Syarikat dalam buku Mohammad Ariff Bin Dato’ Hji Othman, “Tuntutan Filipina Terhadap Sabah”. Dalam perjanjian itu Amerika Syarikat telah mengikhtiraf kedaulatan, hak dan tugas Sultan Sulu dan pembesar-pembesarnya atas kedaulatan Negara Kesultanan Sulu.

Semua perjanjian ini di tandatangani semasa pemerintahan mendiang Sultan Muhammad Jamalul Kiram II, beserta Perdana Menteri Hadj Butu dan para pembesar-pembesarnya. Kiram-Bates Treaty telah dimeterai pada 2 March 1904, kononnya Sultan Sulu gagal menghapuskan pemberontakan oleh pahlawan-pahlawan Sulu dan triti tersebut adalah penghalang pada penaklukan Amerika terhadap Kesultanan Sulu.

Pada 10 October 1904, Hadji Abdulbaqui Butu Rasul sebagai Perdana Menteri Kesultanan Sulu, telah dilantik sebagai penolong kanan kepada Gabenor Tentera di Sulu oleh kuasa tentera Amerika Syarikat. Ini bermakna pada tahun 1904, Hadji Butu telah mula bersubahat dengan Amerika Syarikat untuk mengambil alih kedaulatan Kesultanan Sulu. Pada tahun 1904 tersebut, Sultan Jamalul Kiram II masih lagi memerintah di Sulu sebelum beliau mangkat pada 7 Jun 1936.

Perbuatan Hadji Butu bagaikan melompat parti, sepertimana yang berlaku dalam sistem politik hari ini. Bayangkan, sebagai Perdana Menteri tiga kali berturut-turut di bawah pemerintahan tiga Sultan, tiba-tiba menjadi penolong kanan kepada Gabenor Tentera Amerika Syarikat. Apakah yang boleh di katakan padanya, selain daripada kata-kata yang menyakitkan hati.

Pada 20 Jun 1913, pangkatnya di naikkan kepada Naib Gabenor wilayah Sulu oleh Gabenor Tentera wilayah Moro (Mindanao dan Sulu), iaitu Jeneral John Pershing. Maka dari ini, boleh dikatakan bahawa Hadji Butu tahu akan rancangan Tentera Amerika untuk mengadakan pembunuhan beramai-ramai para Datu dan rakyat Kesultanan Sulu yang tinggal di Bud Dahu (Bukit Dahu) pada Mac 1906 dan yang tinggal di Bud Bagsak (Bukit Bagsak) di Julai 1913 sebab dia telahpun seiring dan bertugas di bawah kerajaan Amerika.

Kemudian, Hadji Butu dilantik sebagai senator oleh Gabenor-Jeneral Francis Burton Harrison pada December 1915, bagi mewakili persidangan ke-12 wilayah senator di Mindanao dan Sulu. Sejak itu, dia telah dikenali sebagai senator Muslim pertama di Filipina. Ini bermakna, dia telahpun menjadi bangsa Filipina dan rakyat Amerika, bukan lagi bangsa Sulu dan rakyat Kesultanan Sulu. Walhal, kerajaan Kesultanan Sulu ialah negara yang berdaulat dan telah di buktikan dalam perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915.

Draf undang-undang yang di sarankan adalah untuk memberi autonomi dan seterusnya kemerdekaan Filipina. Draf undang-undang tersebut mula ditulis pada tahun 1912 oleh Demokrat William Atkinson Jones yang pada masa itu sebagai pengerusi, Komite Dewan Amerika Syarikat Hal Ehwal Dalam Negara. Draf undang-undang tersebut ialah rancangan untuk memberikan kemerdekaan kepada Filipina pada 4 Julai 1921. Tetapi ia tidak lagi berkembang selepas itu.

Versi kedua draf undang-undang (bill) tersebut difailkan lagi oleh Wakil Dewan Jones pada 1914, tetapi ia tidak lagi menentukan tarikh untuk memberi kemerdikaan pada Filipina. Banyak pembaharuan pada draf tersebut disebabkan pembangkanganan wakil-wakil dewan Repulikan. Ia diluluskan setelah disemak dan di tandatangani pada 29 Ogos 1916 oleh Presiden Amerika Syarikat Woodrow Wilson dan di namakan “Jones Law of 1916.”

Pada tahun 1920, sistem politik Kesultanan Sulu telahpun di masukkan dalam sistem politik Filipina, mungkin dalam keputusan perjanjian Mei 1919 antara Kesultanan Sulu dengan Amerika Syarikat. Seperti yang di katakan oleh Dr. Hedjazi, iaitu berakhirnya Kesultanan Sulu di perjanjian Mei 1919 dalam buku mereka the “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”.

Di petik dalam buku manuskrip “Sulu Archipelago: The Islands of Pearls and the Wisdom Behind It” yang di tulis oleh Nelson Dino, bahawa kemasukan (dipaksa) Kesultanan Sulu, selepas Jabatan Mindanao dan Sulu dibawah Biro pihak bukan Kristian, Jabatan Hal Ehwal Dalam Negara di mansuhkan. Orang Amerika dan Filipina menyepadukan (mengintegrasikan) orang Islam Mindanao and Sulu ke aliran sistem politik utama mengikut kuasa dari Majlis Undang-undang Negara Filipina. Dan para Datu Tausug menentang pengintegrasian ini pada 1921. Hadji Butu masih lagi bertugas sebagia senator pada masa itu sehingga tahun 1931 dalam kerajaan Amerika Syarikat di tanah jajahan Filipina (kecuali Mindanao dan Sulu).

Wakil Dewan New York, Robert Bacon memperkenalkan House Bill No. 12772 atau lebih dikenali sebagai “Bacon Bill” pada 6 May 1926, memanggil politik terasing untuk tanahair Muslim, merdeka daripada Filipina. Tetapi bill ini kalah oleh pengaruh para orang Amerika yang menyebelahi sebilangan rakyat Filipina. Pada 2 Januari 1930, Amerika dan British membuat perjanjian sempadan yang disahkan pada 13 Disember 1932, merujuk pada Treaty of Paris, Disember 10, 1898 dan perjanjian pada 7 November 1900.

Akta Kemerdekaan Filipina atau dikenali sebagai Tydings-Mcduffie Act ditandatangani pada 24 Mac 1934 untuk membenarkan orang Filipina (Filipino) menulis perlembagaan negara mereka sendiri untuk peralihan Kerajaan Komonwel dalam masa sepuluh tahun dan memberikan kemerdekaan Filipina pada 4 July 1946 bermula dari tahun 1935. Di tahun 1935 ini juga Konvensen Perlembagaan diadakan dengan tiga wakil dari Mindanao dan Sulu dan dua orang daripada mereka dipilih menjadi wakil ke Perhimpunan Agung (National Assembly). Pada tahun yang sama, Kerajaan Komonwel telahpun rasmi ditubuhkan.

Pada 4 Julai 1946, kemerdekaan Republika Filipina telahpun diisytiharkan. Mindanao dan Sulu telah di aneksasikan sebahagian daripada Negara Filipina. Dan bukti keengganan orang Sulu terhadap penganeksasian ini masih wujud lagi hingga kini.

Borneo Utara Menyertai Persekutuan Malaysia

Pada 22 Januari 1878, Kesultanan Sulu, iaitu Sultan Muhammad Jamalul Ahlam-Kiram telah menandatangani Surat Ikatan Pajakan Borneo Utara dengan Gustavus Baron de Overbeck orang Austria dari Hong Kong dan Alfred Dent, Esquire dari London yang mewakili Syarikat British Borneo Utara. Wilayah yang dipajak adalah dari Sungai Pandasan di Timor, dan seluruh pesisir pantai Timor hingga ke Sungai Sibuku di selatan (sekarang Kalimantan, Indonesia) termasuk wilayah-wilayah di Sungai Pandasan dan tanah pesisir dikenali sebagai Paitan, Sugut, Banggal, Labuk, Sandakan, Kinabatangan, Mumiang, dan wilayah-wilayah dan tanah pesisir ke selatan sempadan Teluk Darvel hingga ke Sungai Sibuku termasuk semua pulau-pulau di dalam sembilan batu dari pesisir pantai.

Dalam pajakan tersebut, Gustavus Baron de Overbeck dan Alfred Dent, Esquire telah menjanjikan bayaran sebanyak lima ribu Mexican Emas Dolar setiap tahun dan berjanji tidak akan memindah milik hak dan kuasa kepada Negara lain atau syarikat warganegara asing tanpa persetujuan dari kerajaan Duli yang Maha Mulia. Dan pada tarikh 22 Januari 1878 ini juga Baginda Sultan yang empunya kuasa di Negeri Sarawak, melantik Baron de Overbeck sebagai Raja Sandakan dan Datu Bendahara, sepertimana yang tertulis di dalam buku Asreemoro, “Tausug dan Kesultanan Sulu”.

Pada 1849, James Brooke membuat perjanjian dengan Sultan Sulu Jamalul Ahlam untuk membenarkanya menduduki Negeri Sarawak. Dalam buku Mohammad Ariff Bin Dato’ Hji Othman, “Tuntutan Filipina Terhadap Sabah” mengatakan, setelah Kerajaan British mengisytiharkan protektorat pada 12 Mei 1888 terhadap North Borneo dan Sarawak, James Brooke telah diiktiraf oleh kerajaan British sebagai Raja dan pemerintah yang sah bagi Negeri Sarawak yang merdeka di bawah naungan Great Britain.

Overbeck dan Dent mempunyai kedudukan sebagai hamba sebagaiman kedudukan Raja James Brooke denga Sultan Brunie sebelum Sarawak diisytiharkan sebagai negeri naungan. Satu lagi perjanjian antara Kesultanan Sulu dan Syarikat British Borneo Utara pada 22 April 1903, memajakkan wilayah dari Pulau Banggi ke Sungai Sibuku (Kalimantan).

Setelah Republik Filipina mendapat kemerdekaan pada 4 Julai 1946, selepas sebelas hari, wilayah Borneo Utara dianeksasikan oleh kerajaan British dan dipanggil Tanah jajahan Borneo Utara. Syarikat British Borneo Utara mula menyerahkan kuasanya pada Kerajaan British bagi Borneo Utara pada 26 Jun 1946. Selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua di tahun 1945. Syarikat British Borneo Utara tidak boleh lagi memulihkan kehancuran pada wilayah ini. Dan pada 10 Julai, kerajaan British mengeluarkan pengumuman dalam mesyuarat untuk menganeksasikan Borneo Utara beserta Labuan sebagai Tanah jajahan.

Satu pertanyaan yang timbul disini. Mengapa Syarikat British Borneo Utara tidak menyerahkan kembali ke empunya wilayah, hak dan kuasa mentadbir. Jawapanya mungkin di sebabkan yang empunya wilayah, Kesultanan Sulu telahpun di aneksasi ke Republik Filipina. Jadi lebih eloklah Syarikat British Borneo Utara menyerahkan Borneo Utara kepada Kerajaan British.

Pada 16 September 1963, Borneo Utara menyertai Persekutuan Malaysia beserta Sarawak, Singapore dengan persekutuan Semenanjung Tanah Melayu. Tarikh sebenar menubuhkan Persekutuan Malaysia ialah 31 Ogos 1963, mengikut tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, tetapi mendapat tentangan dari dua Negara jiran iaitu Republik Filipina dan Republik Indonesia pada tahun 1962, hinggakan Konfrontasi meletus antara Persekutuna Tanah Melayu dan Republik Indonesia.

Pada tahun 1962, Republik Filipina telah mengumumkan tuntutannya terhadap Borneo Utara melalui Kesultanan Sulu. Padahal Kesultanan Sulu tidaklah termasuk pada wilayah Filipina secara tersirat dan tersurat. Ini hanya di sebabkan pengisytiharan kemerdikaan Republik Filipina oleh Amerika Syarikat di tahun 1946 dan dalam Treaty of Paris di tahun 1898, tanpa persetujuan Sultan, para Datu dan para rakyat Sulu.

Kalimantan Menjadi Indonesia

Kemasukan bahagian wilayah Sulu yang dikenali hari ini sebagai Kalimantan tidak di rasai dan begitu senyap. Hinggakan terbitnya buku Dr. Hedjazi, “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”, mengatakan Kalimantan ialah salah satu daripada wilayah Sulu, pusat pentadbiranya di Balikpapan dan ia juga salah satu bintang yang terterah dalam Bendera Sulu.

Setelah membaca buku Mohammad Ariff Bin Dato’ Hji Othman, “Tuntutan Filipina Terhadap Sabah”, terdapat perjanjian-perjanjian antara United Kingdom dan Belanda, iaitu perjanjian sempadan pada 30 Jun 1891, disahkan pada 11 Mei 1892. Perjanjian tersebut menetapkan garis sempadan antara milik Belanda di Borneo dengan negeri naungan British. Dan satu lagi perjanjian sempadan pada 28 September 1915 bahawa British tidak boleh mengambil wilayah Borneo yang terdapat di selatan khatulistiwa iaitu di Kalimantan, dan menetapkan sebagai negeri naungan Belanda.

Setelah wilayah-wilayah dan Kepulauan Aceh, Jawa, Sumatra, Makassar, Maluku, Sulawesi, Irian Jaya beserta Timur Timor (Timor Leste), Kalimantan dan lain-lain mendapat kemerdekaan dari kerajaan Belanda pada 17 Ogos 1949 yang dinamakan Republik Indonesia, bermaksud kedaulatan Kalimantan sekarang ialah di Republik Indonesia.

Kesimpulan Dan Analisis Terkini

Pada 26 January 2002, Eric Margolis mengatakan di artikelnya, Philippines, Next Target of Bush's War, iaitu:

“Inilah kali kedua selepas lebih seratus tahun tentera Amerika beraksi menentang Moro (Muslim di Sulu dan Mindanao). Setelah Amerika menghalau Sepanyol dari Filipina pada tahun 1901 dan menjadikan kepaulauan tersebut (Filipina) sebagai Negara taklukan, Kesultanan Sulu dan Mindanao telah menentang dengan berani seperti apa yang mereka lakukan terhadap Sepanyol selama 350 tahun…Amerika telah mengetepikan pemberontakan di utara (Filipina) oleh komunis gerila yang begitu ganas seperti Abu Sayyaf. Nampaknya terorisma, dalam istilah Bush hanya merujuk kepada Muslim.”

Pengisytiharan kemerdekaan Republik Filipina telah memasukkan Kesultanan Sulu pada tahun 1946, dan penyerahan Borneo Utara (Sabah) oleh Syarikat British Borneo Utara kepada Kerajaan British juga pada tahun 1946, ada sesuatu yang tersirat yang boleh melambangkan bagaimana Kesultanan Sulu di hancurkan, menggunakan akal fikiran. Telah sedia maklum, Kesultanan Sulu tidak pernah dijatuhkan atas nama peperangan hingga kini.

Pada tahun 1915, perjanjian Carpenter telah di adakan antara Sulu dan Amerika, juga boleh menimbulkan satu persoalan, sebab perjanjian sempadan antara British dengan Belanda juga ditandatangani pada tahun 1915.

Tertulis dalam buku Dr. Hedjazi, “Rise and Fall of the Sulu Islamic Empire (1675-1919)”, Wilayah- wilayah Kesultanan Sulu yang terdapat dalam Bendera Sulu iaitu lima bintang melambangkan lima wilayah Kesultanan Sulu, iaitu Kepulauan Sulu (Sulu, Basilan, Tawi-Tawi), bintang ditengah, Zamboanga Peninsula, Palawan, Borneo Utara dan Kalimantan bintang pada empat penjuru.

Perjanjian perdamaian antara Kesultanan Sulu dan Kerajaan Sepanyol pada tahun 1878 di wakili oleh Colonel Carlos Martinez menjadi kesempatan bagi pihak Syarikat British Borneo Utara untuk membuat perjanjian pajakan terhadap Borneo Utara (wilayah Sulu) antara Kesultanan Sulu di tahun yang sama iaitu 1878.

Kesultanan Sulu telah tenggelam dalam perjanjian yang kini ada. Yang terkini ialah perjanjian-perjanjian antara Republik Filipina dan Moro National Liberation Front iaitu perjanjian di Tripoli, Libya pada tahun 1976 (Tripoli Agreement), perjanjian di Jeddah (Jeddah Accord) pada tahun 1986 dan yang terakhir ialah perjanjian di Manila, Filipina (Final Peace Agreement) pada tahun 1996. Semua perjanjian-perjanjian hanyalah Autonomi bukannya kepada kemerdekaan wilayah-wilayah BangsaMoro?

Jika suasana ini diteliti dengan baik maka boleh di katakan orang Sulu telah diperbodohkan. Kerajaan Filipina akan membuat perjanjian selepas setiap sepuluh tahun untuk membunuh rakyat Sulu. Lihat perjanjian 1976, selepas sepuluh tahun perjanjian 1986 dilakukan dan seterusnya selapas sepuluh tahun lagi menghancurkan rakyat Sulu dan Mindanao iaitu perjanjian tahun 1996 turut diadakan.

Setelah sekian lama kerjaan Filipina tidak boleh menentang ketua MNLF iaitu Prof. Nur Misuari. Satu helah diadakan oleh kerajaan Filipina supaya ia boleh menimbulkan satu peperangan yang kejam lagi. Selepas itu, NProf. Nur Misuari ditangkap pada tahun 2001 di Malaysia dan di hantar ke Filipina atas sebab kes pemberontakan (rebellion). Dan pada 2006, selepas sepuluh tahun perjanjian itu diadakan, ulangtahun perjanjian itu yang kesepuluh dimeriahkan di Davao. Apa lagi agaknya perjanjian yang diadakan nanti?

Ada kemungkinan peristiwa-peristiwa sebegini ada hubungkait dengan operasi Zionis Yahudi. Mungkin inilah cara Yahudi membutakan mata dan hati orang-orang Islam di Sulu supaya tidak lagi menghiraukan harta perbendaharaan Kesultanan Sulu.

Apa yang dikatakan di dalam Filem Braveheart, orang Scotland memerangi kemerdekaan dari orang Inggeris bahawa, “hidup tanpa kebebasan sama sekali tidak hidup” adalah benar dan berunsur kenyataan. William Wallace berkata dalam filem ini juga, “memang benar orang akan mati tetapi tiada orang yang benar benar hidup” tanpa kebebasan. Kata-kata ini membawa maksud kebebasan Agama, Negara dan Bangsa.

Mengikut Hadis Muhammad RasulAllah, bahawa panji-panji hitam yang di bawah oleh orang-orang yang berpakain putih akan muncul dari timur menolong Imam Al-Mahdi untuk menentang panji-panji kuning. Ada kemungkinan “timur” yang di katakan itu ialah Sulu. Kembalinya kebenaran ke Bumi Sulu, kemerdekaan dan kemajuan di Negara Sulu Darul Islam akan timbul dan muncul serta merta!!!InshaAllah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger