JABATAN Imigresen Malaysia telah mengeluarkan sebanyak 81,000 dokumen IMM13 sehingga 2009 kepada pelarian perang bagi membolehkan mereka bergerak bebas tanpa menggunakan pas perjalanan di Sabah dan Labuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata dokumen itu hanya diberikan kepada dua kumpulan di Sabah iaitu pelarian Cina-Indonesia dan pelarian perang selatan Filipina.
Nazri berkata seramai 83,993 pelarian dan 10,850 pemohon suaka direkod oleh UNHCR sebagai orang yang menjadi kebimbangan, berada di Malaysia sehingga kini.
Sumber: BERNAMAMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata dokumen itu hanya diberikan kepada dua kumpulan di Sabah iaitu pelarian Cina-Indonesia dan pelarian perang selatan Filipina.
- Menurut Nazri ketika menjawab soalan Datuk Marcus Mojigoh (BN-Putatan) di Parlimen, pemberian dokumen kepada kedua-dua kumpulan pelarian ini adalah dibuat atas dasar perikemanusiaan dan untuk itu mereka telah diberi pengecualian pasport oleh kerajaan untuk tinggal sementara di Sabah dan Labuan.
- Nazri berkata terdapat enam skim penempatan pelarian perang selatan Filipina yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dan diwartakan oleh kerajaan negeri Sabah.
- Tempat tersebut ada lah di Kg Hidayat di Tawau, Kg Selamat di Semporna, Kg Bahagia di Sandakan, Kg Kinarut di Kota Kinabalu, Kg Telipok di Kota Kinabalu dan Kg Muslim di Labuan," katanya.
- Namun begitu, beliau berkata disebabkan UNHCR tidak mampu menampung kos penempatan sejak 1970-an, kebanyakan mereka terpaksa tinggal di luar kawasan penempatan dan mendirikan rumah di kawasan setinggan.
- Manakala pelarian Cina-Indonesia yang rata-rata tinggal di kawasan bandar berjaya diasimilasikan dengan masyarakat Cina tempatan seperti di bandar Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau,
- Menjawab pula soalan Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) sama ada pemegang dokumen IMM13 diberi status kewarganegaraan, Nazri berkata mereka tidak diberikan status itu. Dalam pada itu, kerajaan tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada pelarian dan pemohon suaka politik di negara ini.
Nazri berkata seramai 83,993 pelarian dan 10,850 pemohon suaka direkod oleh UNHCR sebagai orang yang menjadi kebimbangan, berada di Malaysia sehingga kini.
No comments:
Post a Comment