22 Mar 2013

Khasiat Pemakanan Sunnah- Madu Lebah


Khasiat Madu Lebah Menurut Islam Dan Saintifik

 466  137
 
 2832
dibuktikan melalui kajian santifik, khasiat madu lebah, al-quran, kajian, binu sinar, buat kajian, khasiat madu lebah, sihat badan, penyakit berat dan ringan, jantung, kencing manis, tips awet muda, petua awet muda, bagusnya madu lebah, al-quran tentang madu lebah, ciptaan allah, menyembuhkan penyakit, hati, dada, ubat penyakit, berkat, rasulullah suka madu, nabi gemar madu, khasiat tersembunyi dalam madu, ubat segala penyakit, ubat paling mujarab, bukti saintifik, kajian ibnu sinar, demam, darah tinggi, peredaran darah, tips, suhu badan, awet muda hingga akhir hayat, fitrah islam

“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat dan rahimNya kepada semua hamba manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.

Malah, pendapat ulama silam mentafsirkan bahawa antara sebab-sebab turunnya (asbabun nuzul) Surah An-Nahlu (lebah) adalah untuk manusia berfikir tentang pentingnya peranan madu di dalam membina kehidupan yang sihat, khususnya kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain.

Antaranya, sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.

“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.

Menurut para sahabat pula, Rasulullah SAW sangat menggemari madu dan turut memberikan tips kepada umat Islam mengenai khasiat yang tersembunyi di dalamnya.

Misalnya Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah RA berkata bahawa “madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Manakala Imam Ja’afar RA pula menjelaskan bahawa selain Al-Quran, madu merupakan ubat paling mujarab untuk menyihatkan badan.

Ilmuwan Islam terkenal, Ibnu Sina, yang rasa terpanggil dengan firman Allah untuk mengkaji kelebihan yang terdapat pada madu menemukan bukti secara saintifik mengenai khasiat yang terdapat di dalam cecair yang dihasilkan dari perut lebah itu.

Dari hasil kajiannya yang kemudiannya menjadi rujukan para sarjana dan pakar orientalis barat mendapati madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi.

Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.

Kitab Islam terkenal, Tafsir Ibnu Kathir, menyatakan bahawa madu yang berwarna putih, keemasan dan kehitaman sangat sesuai untuk dijadikan santapan harian sama ada dicampur di dalam makanan atau minuman.

Begitulah kebijaksanaan dan rahmat yang diturunkan Allah kepada manusia dan terserahlah kepada hamba-hambaNya untuk memilih sama ada mahu mengikut fitrah yang diberikan kepada mereka atau sebaliknya.

Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia.

Alangkah indahnya sekiranya kita merujuk kepada fitrah Islam sebagai cara hidup seharian sementara menunggu saat bertemu dengannya di dalam kehidupan yang lebih abadi nanti, wallahu’alam.

 Fungsi Madu Dan Peranannya. 
Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer. Sumber laxative yang natural dan lembut Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya. Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH 1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. 2. Memulihkan sel-sel urat besar. 3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan. 4. Merangsang tenaga batin. B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH. 1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah. 2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih. 3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. 4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi. KELEBIHAN 1. BAYI/KANAK-KANAK: a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental. b) Menyembuh dengan segera cirit-birit. c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut. d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. 2. REMAJA: Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan. 3. WANITA: a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik. b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri. 4. LELAKI: a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda. b) Menguatkan tenaga batin. 5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS): Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah) 6. UNTUK SEMUA: a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal. b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air. c) Memulihkan penyakit berpanjangan. d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. e) Menyembuhkan penyakit dalam perut. f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh. g) Memulihkan batuk dan lelah. h) Menghindarkan badan letih dan lesu. i) Kurangkan kesakitan bila datang haid. j) Baik untuk perempuan bersalin. k) Membantu/menerangkan pemandangan. CARA MENGGUNAKANNYA 1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian. 2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman. 3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda. 4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak) 5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum. 6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak. 7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari. 8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata. 9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa. "MIRACLE ANTIBI0TIK" KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah...... disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakln. SAPULAH MADU JIKA ANDA a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman. b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain. c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT. d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata. MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN a) Makan bersama roti / biskut. b) Bahan membuat kuih / kek. c) Goreng atau panggang ayam. KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU A) IBU MENGANDUNG 1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. 2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. B) ANAK DALAM KANDUNGAN 1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata. 2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. 3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli. 4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. 5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung. C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR 1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan. 2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut. 3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat. 4. Mengelak dari kembung perut bayi. D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK 1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim. 2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air. CARA MENGGUNAKAN MADU: Batuk : madu + limau nipis (diperah) Menguatkan minda: madu + kismis Menguatkan tulang: madu + susu anlene Menyembuhkan luka dan melecur: sapukan pada luka Lelah dan sesak nafas: madu + lebak putih (diparut dan diperah) Pembersih muka: putih telur + limau nipis (diperah) + madu Pelembap muka: kobis + madu Melangsingkan badan: madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali) Tenaga batin: 1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur. Wanita mengandung: 1 sudu teh madu 2 kali sehari

21 Mar 2013

Redakan Ketegangan di Malaysia---Suburkan Cinta


Perancangan DAJJAL serta konco-konconya samada di alam zahir mahupun alam ghabib tidak pernah berhenti dari mencipta terus kehancuran dari luar dan dalam. Memulakan bibit pertembungan demi pertembungan dalam masyarakat, keluarga, ulama, siswa, persatuan ..hatta rumahtangga semakin menjadi-jadi. Senjata-senjata sihir dihalakan tepat kepada umat ISLAM dimana berada ..bukan bsusung atau santau , tetapi sihir pemutus kasih sayang yang dibisikkan ketelinga-telinga penyimpan api mazmumah dengki dan dendam dalam jiwa oleh jin-jin kafir yang bertugas mencari seramai anak cucu adam untuk disumbatkan kedalam kawah neraka bersama mereka .ka 
.
Tahun ini beberapa rentetan cerita-cerita panas menghampiri PRU ke 13. Tidak semena-mena Malaysia terlibat dalam kancah peperangan yang tidak sedikit masa untuk diselesaikan. Bibit-bibit panas dan cemas seolah-olah dihalakan tanpa sedar di rantau ini. Sesiapapun tidak menjangka perkara ini boleh menjadi sangat dahsyat jika tidak ditangani dengan bijak.; .
Seperti biasa api perkauman dan sentimen melayu dimainkan. Isu kedaulatan menjadi tajuk dan di tekankan dengan KEMPEN 'OPS DAULAT' oleh kerajaan . Bezanya negarawan dan kuasawan ..negarawan memikirkan next generation, kuasawan memikrikan next election...pun begitu kesetiaan dan ketaatan angkatan bersenjata Malaysia tidak dapat dipertikai. terbukti di lapangan dan wajar menerima pengiktirafan atas pengorbanan yang disumbangkan.
; .
 Nah ..dalam keriuhan dan kekalutan ini..kita dalam keadaan terkawal. Namun siri penjajahan era baru sedang menanti akan dilepaskan satu demi satu bak melepaskan anjing ganas membaham mangsanya. Daripada kajian yang dibuat..berlakunya apa sahaja kekacauan di dunia ini akan didalangi hidden hand yang berusaha menguasai dunia dan menghalang kebangkitan yang mampu menggugat hasrat mereka mengungguli isu dunia. Asia Barat hancur di musnahkan...sekarang bala dihalakan ke asia timur untuk melengkapkan proses membonekakan dunia.; .
Apakah penulis sekadar melambung sesuatu yang tidak diketahui umum..tidak . Umum mengetahui ...Sejarah mencoretkan---Sulatan Jamalul KIram 111 adalah sultan yang tidak di dokong rakyat mereka...bahkan sultan ini ternafi dari menuntut sabah dan jajahan takluknya kerana mereka tidak layak.Pewaris sebenar adalah dari Maharaja Adinda( rujuk tausug dan Kesultanan Sulu). Sultan Jamalul Kiram adalah juak-juak imperialis dijadikan boneka untuk menimbulkan isu ketegangan di rantau ini sekaligus menguasai Asia Tenggara kerana ia melibatkan sama CHINA-FILIPINA-MALAYSIA-INDONESIA.Silap percaturan sesama negara ini berperang .; .
Terlalu banyak persoalan timbul dalam siri pencerobohan Lahad Datu..sehingga menimbulkan persoalan siapa sebenarnya yang terbabit dalam operasi pencerobohan ini? Senjata yang canggih dari mana musuh dapatkan? sikap yang aneh tidak pernah dan bertentangan dengan budaya asal kaum SULU yang asli(memerangi saudara ISLAM sendiri),dan banyak lagi situasi yang menimbulkan kepada persoalan seterusnya...mudahnya...ia tidak seperti apa yang dilihat...wayang gambar ini diatur teliti untuk mengumpan atau mencapai sesuatu misi...; .
Sekarang..semua mata menghala kerantau ini. berita dunia menjadikan rantau ini tajuk utama untuk di propagandakan mengikut hasrat mereka.Tekanan antarabangsa akan mula menyusahkan Malasysia dengan apa cara...satu cara menguasai dunia...; .
wow., anda sanggup mendengar pendedahan yang lebih dahsyat? Nk kiamat dah wei dunia nih...jadi sebarkan cinta dan kasih sayang kerana di saat kekalutan ini..kuasa dan cahaya kasih sayang yang di bawa baginda saw untuk umat ini adalah penawar paling mujarab menyeleesaikan semua masalah ini. Dengan kuasa kasih sayang-cinta inilah bakal mengundang rasa kasih dan rahma ALLAh kepada kita semua. Yakin dengan janji Rasulullah ..ISLAM akan bangkit dan kembali diatas. Siapakah mahu membantu mengisi usaha kearah tertegaknya kembali ISLAM di DUNIA? untuk terpilih..kriterianya adalah mereka yang mencintai apa yang NABi saw cintai...Redakan ketegangan yang ditimbulkan musuh.jangan dimasuk lubang biawak. Pegang teguh dengan RASULULLAH SAW dan PEWARIS-PEWARISNYA...; .
Mereka yang terpancanr mata hatinya...akan berebut-rebut untuk mendapatkan bahagian dalam usaha mengembalikan ISLAM di akhir zaman....Nah usah telarut dengan massa... kita doakan semua PEJUANG ISLAM YANG TULUS DAN BENAR DI MANA BERADA SENTIASA DIBANTU ALLAH DAN DIBERIKAN KEKUATAN...MOGA SETIAP MISI MEREKA DIBERIKAN KEJAYAAN>>KITA DOAKAN IKATAN KASIH SAYANG SESAMA KITA SEISLAM DIPERERATKAN--DAN ALLAH PELIHARA SEMUA SAUDARA MARA KITA DARI MARABAHAYA DAN FITNAH AKHIR ZAMAN; .
Musuh merancang dan ALLAH juga merancang..ALLAH SEBAIK-BAIK PERANCANG...

17 Mar 2013

CIA....CIA..CIA dan SULU..

Serangan oleh SULU di Biaya Amerika

Kapal AS ‘DIMUSNAHKAN’ Selepas ‘Tersangkut’ Di Laut Sulu, Kenapa?

Ada satu perkara menarik yang mungkin ramai orang tidak tahu, terlepas pandang atau mungkin sengaja buat-buat tak tahu.

Sebuah kapal perang Amerika Syarikat, USS Guardian telah terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata di Laut Sulu pada 17 Januari lalu, iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 2013.

Persoalan besarnya, dengan segala kelengkapan terkini dan sistem radar yang canggih, bagaimana kapal itu boleh ‘tersangkut’ di terumbu karang tersebut?

Lebih menimbulkan kemusykilan, dikatakan kapal perang berkenaan sengaja belayar keluar dari laluan asalnya.

Untuk rekod, pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang itu.

Tetapi bagaikan dirancang, USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang berkenaan.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“ The question is, Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu berkenaan.

Ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut, mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Yang menjadi lebih pelik dan ajaib, kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa.

Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia.

Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina, kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Amerika Syarikat kini boleh memberikan apa saja alasan mereka…kapal tersangkutlah, demi rahsia kapal terpaksa dimusnahkanlah atau apa saja untuk mengjustifikasikan perkara tersebut.

Tetapi sebagai rakyat yang sedang tertanya-tanya di mana pengganas militan Sulu boleh mempunyai kelengkapan kenteraan yang canggih, persoalan ini akan terus berlegar-legar dalam pemikiran kita.

Kita pun tahu siapa Amerika yang sebenarnya, kita pun tahu peranan agensi perisikan mereka CIA yang ‘terkenal’ dalam bab melaga-lagakan sesebuah negara.

Jadi rasanya tidak salah kalau kita merasakan bahawa ada ‘sesuatu’ di balik kehadiran misteri kapal USS Guardian di Laut Sulu itu.

Dan percayalah, kita tidak akan terperanjat kalau mereka rupanya dalang yang membekalkan peralatan dan persenjataan kepada pengganas militan ini.

Mungkin kita salah, tetapi kita juga mungkin benar.

Yang pasti banyak perkara misteri di sebalik kemalangan yang menimpa kapal USS Guardian ini…hanya masa saja yang akan menentukan, bila segala persoalan tersebut akan terjawab!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger