22 Mar 2013

Khasiat Pemakanan Sunnah- Madu Lebah


Khasiat Madu Lebah Menurut Islam Dan Saintifik

 466  137
 
 2832
dibuktikan melalui kajian santifik, khasiat madu lebah, al-quran, kajian, binu sinar, buat kajian, khasiat madu lebah, sihat badan, penyakit berat dan ringan, jantung, kencing manis, tips awet muda, petua awet muda, bagusnya madu lebah, al-quran tentang madu lebah, ciptaan allah, menyembuhkan penyakit, hati, dada, ubat penyakit, berkat, rasulullah suka madu, nabi gemar madu, khasiat tersembunyi dalam madu, ubat segala penyakit, ubat paling mujarab, bukti saintifik, kajian ibnu sinar, demam, darah tinggi, peredaran darah, tips, suhu badan, awet muda hingga akhir hayat, fitrah islam

“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat dan rahimNya kepada semua hamba manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.

Malah, pendapat ulama silam mentafsirkan bahawa antara sebab-sebab turunnya (asbabun nuzul) Surah An-Nahlu (lebah) adalah untuk manusia berfikir tentang pentingnya peranan madu di dalam membina kehidupan yang sihat, khususnya kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain.

Antaranya, sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.

“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.

Menurut para sahabat pula, Rasulullah SAW sangat menggemari madu dan turut memberikan tips kepada umat Islam mengenai khasiat yang tersembunyi di dalamnya.

Misalnya Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah RA berkata bahawa “madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Manakala Imam Ja’afar RA pula menjelaskan bahawa selain Al-Quran, madu merupakan ubat paling mujarab untuk menyihatkan badan.

Ilmuwan Islam terkenal, Ibnu Sina, yang rasa terpanggil dengan firman Allah untuk mengkaji kelebihan yang terdapat pada madu menemukan bukti secara saintifik mengenai khasiat yang terdapat di dalam cecair yang dihasilkan dari perut lebah itu.

Dari hasil kajiannya yang kemudiannya menjadi rujukan para sarjana dan pakar orientalis barat mendapati madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi.

Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.

Kitab Islam terkenal, Tafsir Ibnu Kathir, menyatakan bahawa madu yang berwarna putih, keemasan dan kehitaman sangat sesuai untuk dijadikan santapan harian sama ada dicampur di dalam makanan atau minuman.

Begitulah kebijaksanaan dan rahmat yang diturunkan Allah kepada manusia dan terserahlah kepada hamba-hambaNya untuk memilih sama ada mahu mengikut fitrah yang diberikan kepada mereka atau sebaliknya.

Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia.

Alangkah indahnya sekiranya kita merujuk kepada fitrah Islam sebagai cara hidup seharian sementara menunggu saat bertemu dengannya di dalam kehidupan yang lebih abadi nanti, wallahu’alam.

 Fungsi Madu Dan Peranannya. 
Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer. Sumber laxative yang natural dan lembut Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya. Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH 1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan. 2. Memulihkan sel-sel urat besar. 3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan. 4. Merangsang tenaga batin. B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH. 1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah. 2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih. 3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif. 4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi. KELEBIHAN 1. BAYI/KANAK-KANAK: a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental. b) Menyembuh dengan segera cirit-birit. c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut. d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. 2. REMAJA: Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan. 3. WANITA: a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik. b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri. 4. LELAKI: a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda. b) Menguatkan tenaga batin. 5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS): Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah) 6. UNTUK SEMUA: a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal. b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air. c) Memulihkan penyakit berpanjangan. d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. e) Menyembuhkan penyakit dalam perut. f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh. g) Memulihkan batuk dan lelah. h) Menghindarkan badan letih dan lesu. i) Kurangkan kesakitan bila datang haid. j) Baik untuk perempuan bersalin. k) Membantu/menerangkan pemandangan. CARA MENGGUNAKANNYA 1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian. 2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman. 3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda. 4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak) 5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum. 6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak. 7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari. 8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata. 9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa. "MIRACLE ANTIBI0TIK" KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah...... disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan dengan penuh yakln. SAPULAH MADU JIKA ANDA a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman. b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan lain-lain. c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT. d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata. MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN a) Makan bersama roti / biskut. b) Bahan membuat kuih / kek. c) Goreng atau panggang ayam. KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU A) IBU MENGANDUNG 1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. 2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. B) ANAK DALAM KANDUNGAN 1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata. 2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. 3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli. 4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. 5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung. C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR 1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan. 2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut. 3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat. 4. Mengelak dari kembung perut bayi. D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK 1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim. 2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air. CARA MENGGUNAKAN MADU: Batuk : madu + limau nipis (diperah) Menguatkan minda: madu + kismis Menguatkan tulang: madu + susu anlene Menyembuhkan luka dan melecur: sapukan pada luka Lelah dan sesak nafas: madu + lebak putih (diparut dan diperah) Pembersih muka: putih telur + limau nipis (diperah) + madu Pelembap muka: kobis + madu Melangsingkan badan: madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali) Tenaga batin: 1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur. Wanita mengandung: 1 sudu teh madu 2 kali sehari

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger