Perjalanan kehidupan kita didunia ini sungguh mencabar.
Saya mampu melalui semua ini..
Aduh susahnya..kenapa jadi begini..kenapa tidak begitu ...
Kalaulah aku begini ..mesti aku akan begitu.
Dalam pelayaran bahtera kehidupan ini bagaimanakah diri kita saat berdepan dengan cabaran dan rintangan. Adakah sekadar berfalsafah, atau anda terus mara dengan kuasa positif minda, atau merungut-rungut macam lidah biawak...atau ragu-ragu . Yang mana satukah cerminan diri anda.
Kita memilih dan berfikir ..maka ALLAH mengikut sangkaan hamba NYA. DREAM BIG and KEEP SMILE. Memotivasikan diri kita untuk terus berfikiran positif bagi menarik gelombang -gelombang baik di sekitar kita. Rupanya dengan sentiasa berfikiran positif dan berjiwa besar kita akan dapat menongkah arus dengan selamat dan akan memiliki motivasi juang yang sangat tinggi.
Bagi mereka yang sentiasa dalam keluh kesah , kena belajar meluaskan kolam kehidupan , belajar bercita-cita besar maka yang kecil akan dilihat mudah dan kacang . Jika yang kecil sudah dilihat besar dan menjadi masalah; diri kitalah yang sebenarnya bermasalah .
LIhat sahaja MASALAH itu proses mematangkan diri bukan suatu MASALAH ..pendidikan kehidupan ..pelajaran sepanjang hayat. Berlian itu lahirnya dari tekanan dan haba yang sangat tinggi..kemudian dicanai dan dibentuk oleh yang pakar . Kemudian barulah sebutir berlian yang bernilai tinggi dan digilai ramai.
Segalanya bermula dari diri anda. untuk menjadi HEBAT dan BERNILAI --belajar menerima dan memajukan diri .SALAHKAH BERCITA_CITA HEBAT??? Pilihan ditangan anda.
Seperkara..UNTUK JADI HEBAT kena berguru dengan MEREKA YANG HEBAT jua...mereka yang hebat tidak semestinya berkereta besar.. RAMAI SAHAJA WALI ALLAH hanya hidup beratap rumbia tetapi KOLAM JIWANYA BESAR dari KOLAM KITA YANG SEBESAR KOLAH BILIK AIR:)
Seperkara..UNTUK JADI HEBAT kena berguru dengan MEREKA YANG HEBAT jua...mereka yang hebat tidak semestinya berkereta besar.. RAMAI SAHAJA WALI ALLAH hanya hidup beratap rumbia tetapi KOLAM JIWANYA BESAR dari KOLAM KITA YANG SEBESAR KOLAH BILIK AIR:)
No comments:
Post a Comment